05 March 2010

Keluar Parti - Fenomena Biasa

Saya telah dihubungi oleh beberapa orang yang selalu mengikuti tulisan saya yang tidak seberapa ini dan mereka bertanya kenapa saya tidak membuat komen atau memberi pandangan terhadap isu 3 orang ahli Parlimen PKR yang telah keluar dari parti mereka .

Saya juga ditanya tentang tindakan Setiusaha Agung Parti tersebut meninggalkan PKR baru-baru ini dan apakah consequence yang akan dihadapi oleh Parti tersebut.

Sebelum saya menjawab persoalan itu saya wajar mengakui saya bukan ahli nujum atau seorang yang kasyaf untuk mengetahui apa yang akan berlaku pada PKR dengan tindakan 3 orang ahli Parlimen yang disertai oleh Setiausaha Agungnya meninggalkan parti tersebut.

Saya akan hanya memberikan pandangan mengikut lazim yang berlaku apabila sesebuah parti ditinggalkan oleh beberapa orang pemimpin mereka.

Sesungguhnya tindakkan keluar parti merupakan satu perkara yang sudah lama berlaku dinegara kita ini dan itu bukan fenomena yang baru.

UMNO (asal) yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 dahulu merupakan parti yang pertama mengalami tindakkan pemimpin meninggalkan parti tersebut.

Oleh kerana tidak sehaluan dengan cara dan kaedah UMNO berjuang beberapa orang yang dianggap ulamak didalam parti itu meninggalkan UMNO dan terus menubuhkan parti yang berlandaskan kepada perjuangan Agama iaitu PAS.

Burhanuddin Helmi, Ahmad Fuad dan Zulkifli adalah diantara yang bertindak keluar parti dan menubuhkan PAS dan parti itu terus wujud sampai kehari ini dan menjadi parti yang diminati oleh anak-anak muda dan cerdik pandai negara masa kini.

Sayu diingat pemimpin-pemimpin PAS pun adalah diantara nama-nama asal yang bersama-sama memperjuangkan kemerdekaan negara kita.

Presiden UMNO yang pertama Dato Onn Jaafar sendiri bertindak keluar parti dan menubuhkan parti Negara apabila perwakilan UMNO pada tahun 1952 menolak usul untuk menerima keahlian UMNO dari bangsa asing.

Tetapi UMNO tetap berjaya menjadi parti unggul yang berjaya memperjuangkan kemerdekaan negara bersama parti-parti komponen Perikatan pada tahun 1957 yang lalu.

Parti itu sudah tiada kerana keengganan pemimpinnya, Dr Mahathir semasa itu untuk menghidupkan parti tersebut setelah batalkan pendaftaran oleh mahkamah pada tahun 1988 yang lalu.

Tetapi ianya telah berjaya memajukan negara dan menyususn semula masyarakat serta melaksanakan ‘social and economic engineering’ dengan jayanya sehinggalah parti itu dimatikan pada tahun 1998 dahulu.

Dalam sejarah negara kejadian membawa masuk jutaan bekas ahli UMNO kedalam sebuah parti yang baru oleh Dr Mahathir merupakan rekod yang tidak akan mampu ditandingi oleh mana-mana sejarah kerana beliau membawa masuk jutaan bekas ahli UMNO kedalam parti baru dangan pendaftaran baru yang dipanggil UMNO (baru).

PAS pula telah ditinggalkan oleh bekas Presidennya Asri Hj Muda serta Naib Presidennya Uztaz Nakhae Ahmad tetapi parti itu tetap wujud dan menjadi salah satu parti alternatif kepada UMNO baru pada hari ini.

DAP juga tidak terkecuali dari ditinggalkan oleh pemimpinnya seperti Goh Hock Guan, Richard Ho, Lee Lam Thye, Hu Se Pang serta Wee Choo Keong diantara nama-nama yang saya dan ramai lain yang ingat dengan peristiwa mereka meninggalkan parti mereka.

Wee Choo Keong adalah diantara nama yang disebut akan meninggalkan PKR pula walaupun beliau menafikannya apabila saya bertanyakan tentang kesahihan berita itu dari beliau.

Dato Paduka Ibrahim Ali adalah seorang lagi yang meninggalkan parti Berjasa dan menyertai UMNO dan menyertai banyak pertubuhan politik yang lain, sehingakan beliau diberi nama gelaran oleh Mohammad Sabu sebagai “Dato Kaya Parti’ suatu ketika dahulu.

Ibrahim Ali walaupun tidak menyertai PAS tetapi beliau telah bertanding diatas simbul PAS pada pilihanraya yang lalu dan kini beliau tidak lagi menyokong PAS dan duduk sebagai ahli Bebas di Parlimen Malaysia kerana tidak ada lagi parti untuk beliau sertai.

PAS tidak juga terjejas walaupun Ibrahim telah kehulu kehilir membelasah PAS seperti beliau membelasah UMNO semasa berceramah diatas tiket Pas pada 2007 sehingga mach 2008 yang lalu.

Tetapi jika Najib meminta beliau menyertai UMNO (baru) ini semula saya yakin Ibrahim akan dengan pantas mengisi borang keahlian UMNO dan sampailah hajatnya untuk melakukan satu lagi penghijrahan politik.

Kali ini mungkin yang terakhir sebelum melompat keparti yang baru jika UMNO ditewaskan oleh parti yang baru memerintah.

Sekarang Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghadapi situasi yang sama, tetapi ramai berkeyakinan mereka yang meninggalkan parti itu tidak akan kemana.

Mereka hanyalah menjadi umpan kepada BN dalam usaha menggagalkan usaha PR untuk mengambil alih kuasa kerajaan.

Oleh kerana masalah-masalah peribadi mereka bertindak untuk meninggalkan PKR walaupun mereka hanya akan dijadikan sebagai dahan-dahan bengkok untuk ‘kera-kera’ liar meniti.

Mengikut perangkaan yang saya dapati PKR telah mendapatkan penyertaan ahli baru seramai 30 ribu orang dalam tempuh sebulan yang lepas.

Bagi PKR penyeberangan 3 atau 4 orang pemimpinya diparlimen digantikan denga 30 ribu ahli baru untuk menambah kekuatan dari segi ‘numbers’.

Jika angka itu benar, maka keluarnya beberapa ahli parlimen PKR kepetak bebas dalam parlimen tidak memberikan apa-apa kesan dan kita berharap UMNO tidak akan begitu gembira dengan apa yang berlaku didalam PKR sekarang ini.

Jangan sekali kali mengharapkan kekuatan diatas masalah yang dihadapi oleh parti lawan kerana itu mungkin kesilapan yang paling besar bagi UMNO.

UMNO patut memperkasakan diri dengan meningkatkan keyakinan rakyat melalui dasar-dasar yang menggembirakan rakyat ramai serta berusaha menghilangkan persepsi rakyat yang UMNO itu sinonim dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Jika UMNO mampu melakukan ini, maka UMNO akan kembali kuat kerana UMNO ada segala-gala infrastruktor yang meluas.

Jika gagal untuk memulihkan imej ini tiada siapa yang akan dapat membantu UMNO lagi didalam pilihanraya umum yang akan datang.

Akhirnya elok jika kita hanya memerhatikan apa yang berlaku dalam PKR dengan teliti sebelum UMNO mengambil apa-apa tindakkan.

Pastinya ini bukan tugas yang kecil kerana rakyat sudah pandai menilai keupayaan setiap kemampuan parti-parti yang sedang berusaha meraih sokongan mereka.



Sekian……………………………………………Aspan Alias

11 comments:

Ramli Mohd Yunus said...

Saudara Aspan,

Saya amat setuju dengan pemerhatian tuan. Masuk pun tak lebih, keluar mereka pun tak menjadi kurang. Sudah banyak sejarah tertulis.

Pada saya, kalau semua MP pembangkang keluar jadi bebas, UMNO/BN masih perlu sediakan kepimpinan yang baik, jujur, bertanggung jawab.

Kepimpinan negara mesti berpaksikan intergriti, telus, tidak rasuah dan tidak salahguna kuasa. Ia dua perkara yang berbeza.

Adalah lebih bermakna dan lebih mulia kalau UMNO/BN dipilih kerana kebaikan dan kehebatannya bukan kerana kelemahan dan kekurangan pencabar politiknya.

Apabila keluar mereka memberi berbagai sebab dan dalil. Masa mereka bersama dikelompok terdahulu pun mereka hujahkan berbagai sebab dan dalil.

Asri, Nasir, Nakhaie tinggalkan PAS, PAS tidak mati malah semakin kuat. Yeap Ghim Guan, Goh Hock Huan, Fan Yew Teng tinggalkan DAP, DAP juga tidak mati malah bertambah kerusi.

Tunku, Razaleigh, Mahathir tinggalkan UMNO, UMNO juga tidak mati (walau pun sedikit lumpuh) malah masih boleh bertahan. Dan cacatnya UMNO bukan hanya kerana mereka meinggalkan UMNO tetapi seluruh kepimpinan UMNO itu sendiri tidak mahu berubah.

Maknyanya bukan kerana beberapa individu tetapi kerana akar umbi parti itu sendiri, pendekatan dan sikap kepimpinannya.

Parti akan mati jika kepimpinannya mahukan ianya mati atau diluputkan dalam helaian sejarah. Kalau PKR mahu di`mati`kan oleh kepimpinannya, maka akan matilah ia macam Semangat 46 apabila Tengku Razaleigh bersetuju untuk membubarkannya untuk memulihkan UMNO.

Sudah terbukti sejarah tidak pernah dilakar oleh hanya seorang individu!

Anonymous said...

UMNO asyik nak tarik org luar sokong..tapi masalah utama tak diselesaikan..sokongan dari dalam sendiri pun goyah..sebab apa? sayap pemuda hancus hampas..sapa nak percaya pada pemuda..kalau si menantu kene buang aku rasa 30% masalah UMNO selesai..akar umbi dok perati apasal tak dak tindakan pada mamat sekor ni walaupun dah lama aduan di buat..Jgn lah nak menafi..kami penyokong UMNo meluat semeluat2 nya..tolong la..benda asas mcm ni pun takkan tak tahu..DS najib harus bertindak..kalau tidak kamai takkan undi UMNO..Pinta kami selesaikan masalah utama ni..masa dah suntuk,,PEMUDA UMNO tu semua dah tak dak apa2..lihat mereka kami nampak rasuah.. x de yg ikhlas nak berjuang..munafik..

sekian oandangan dr hamba kerdil ..

kacapermata said...

saudara aspan,
ahli parlimen mahupun ahli dewan undangan negeri yang keluar dari parti yang mereka wakili sebenarnya adalah golongan desperado dan opportunist besar. sekiranya parti komponen bn menerima mereka masuk ke mana-mana parti bawah bn, nampak benarlah murah sangat bn ini.

Aspan Alias said...

kacapermata,

saya gembira kerana sdr sependapat dengan saya dalam isu yg diperkatakan ini.

Dalam banyak tulisan saya sebelum ini, saya telah selalu memberikan pandangan yang UMNO mesti diundi kerana penerimaan ramai, bukannya kerana kelemahan pihak lawan.

Jika kita berterusan menguruskan sentiment tetapi kurang daya untuk memperkuatkan party, jika ada pun kemenangan yang di dapati, ianya hanyalah kemenangan sementara.

Maka itulah sebabnya UMNO selalu menghadapi masalah kerana tidak ada penyelesaian jangka panjang untuk menjadi parti yang kuat dalam jangkamasa panjang.

Saya nampak jelas kegembiraan pemimpin UMNO dengan adanya tindakkan keluar party oleh ahli parlimen PKR.

Sampai bila UMNO hendak kekal dengan kemenagan judi 4 numbor ekor...kalau nasib ada menang, kalau kalah kita cuba lagi.

Terima kasih

political bystander said...

Aspan said : "Dalam banyak tulisan saya sebelum ini, saya telah selalu memberikan pandangan yang UMNO mesti diundi kerana penerimaan ramai, bukannya kerana kelemahan pihak lawan.

Jika kita berterusan menguruskan sentiment tetapi kurang daya untuk memperkuatkan party, jika ada pun kemenangan yang di dapati, ianya hanyalah kemenangan sementara."

Persoalan :
Apakah ini juga boleh digunapakai kepada keadaan PKR sekarang ini? PKR menang kerusi-kerusi yang ditandinginya dalam PRU 12 kerana penolakan kepada BN.

Saya juga bersetuju akan kelemahan BN yang mempengaruhi pengundi untuk berpendirian sedemikian. Gobind Singh Deo dalam satu forum Bar Council di Melaka juga memperakui kemenangan PR adalah kerana demikian. Choosing the better of two, tidak semestinya pilihan yang terbaik tetapi itulah opsyen yang ada ketika itu.

PKR juga hidup atas sentimen. PKR menang dulu bukan kerana keahlian parti yang ramai tetapi kerana pengundi memihak mereka untuk memberi pengajaran kepada UMNO dan BN yang kurang perceptive kepada kehendak semasa rakyat.Oleh itu selepas menang beberapa kerusi PKR dengan gigih melancarkan kempen merekrut ahli. UMNO gagal dibeberapa kerusi kerana penolakan ahlinya sendiri. ini adalah hakikat.

Apa yang berlaku sekarang kepada PKR tidak memberi keuntungan besar kepada UMNO. Ianya sekadar membuktikan bahawa terdapat kelemahan dalam PKR dari sudut organisasinya dan pendiriannya berhubung beberapa isu semasa yang tidak dapat diterima oleh ahlinya.

Kita memang ingin mengundi calon yang terbaik, tetapi calon yang terbaik tidak pernah bertanding.

Aspan Alias said...

Political bystander,

The last line in yr comment confirms that it is the real problem both in UMNO and PKR.

Thanx for sharing the real feeling with me on this isu.

Anonymous said...

Betul tu, Aspan. Sesekali saya kena sokong sdra jika tidak ada elemen sokong Tengku Razaleigh yang ketara sangat dalam tulisan sdra.Asyik nak hentam orang lain je, Tengku Razaleigh je betul !!Nampak benar bias!!

Sesekali kena sokong UMNO dan beri pandangan yang ikhlas dan positif.Janganlah asyik hentam orang ini, hentam orang itu sahaja.

bat8 said...

Sdra Aspan,

Kini kita berhadapan dengan satu fenomena baru dimana MP-MP PKR yang keluar parti memilih menjadi MP-MP bebas. Dulu ini juga berlaku tetapi seorang dua sahaja tidak semacam sekarang. 2 Adun PKR dan seorang Adun DAP di perak dulu pun keluar parti masing-masing dan menjadi ADUN bebas ( aka adun BN tak rasmi).

Dalam suhu politik sekarang yang mengelegak, tetiba terfikir saya tentang satu perkara - mungkinkah akan ada dikalangan MP-MP dan Adun-adun bebas ini, mengambil kesempatan dengan menjadi "MECENARY MP". ( Saya tidak menuduh sesiapa, sekadar lontaran idea kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku)

Maksud saya dengan " Mecenary MP" ini adalah dimana seorang MP itu sanggup menjual undinya di parlimen kepada the highest bidder.

Memandangkan, dengan keluar partinya, karier politiknya boleh dikatakan telah terkubur. Oleh itu, sementara peluang masih ada, mereka akan cuba mengaut keuntungan materil dari mana-mana pihak diparlimen yang memerlukan undi mereka. Undi mereka adalah for sale bukan kepada pihak kerajaan sahaja malah kepada pihak pembangkang juga.

Jika ini terjadi dalam parlimen kita, there goes our demokrasi berparlimen kita. These people are really traitors.

bat8

Aspan Alias said...

bat8,

There is nothing impossible and your suspicions are mutually in line with mine.

Penang State government has shown what was it that made Zaharin too angry with LGE.

So did Selangor government explained nicely why Sallehuddin left PKR.

If BN leaders reciprocate them with financial return and preferences, it is also not impossible to happen.

These 3 parliamentarian will never survive in their future politics and taking advantage before they go in oblivion is the most possible to happen.

So bro, let them be as they are just becoming apparatus and tools of the party in power.

It is quite silly to deny that fact.

Anonymous said...

Semuany berpunca dari krisis nilai seperti yg saudara ceritakan dalam posting terdahulu.

Bila krisis nilai asas yg berpunca dari diri yg mengaku beragama tapi tidak beramal atau mengambil "cara hidup" separuh separuh...mana yg dia suka dia ambil dan mana yg dia tak suka dia tinggal secara tak langsung agama bagi depa bukan cara hidup tapi kuda tunggangan utk hidup.

Bagi mereka agama suku...politik suku...

Begitulah bila kuantiti yg dipilih dan bukan kualiti.

Uda

Anonymous said...

Kenapa kita harus menilai sesuatu insiden dalam parti hanya mengikut pandangan kita sahaja.

Kenapa kita tidak mahu menilainya mengikut pandangan orang lain.

Kenapa kesalahan orang lain sahaja yang kita nampak, sedangkan apa kesalahan yang kita lakukan kita tidak mahu nampak. Ada sesetengah orang pandai sangan menyatakan pemimpin orang lain salah, pemimpinnya sendiri banyak membuat salah, sahingga sepanjang masa berkelahi dengan orang, memecat orang dan berbagai kerja salah yang dibuat oleh pemimpinnya sendiri tidak dizahirkan.

Kenapa?, dalam UMNO ini terlalu banyak sangatkah pemimpin yang melakukan kesalahan?.

HABAQ MAI SAT......???