07 April 2010

Atas semangat setiakawan; MIC calun Ulu Selangor

PM Najib telah mengumumkan yang calun BN diUlu Selangor datangnya dari MIC. Keputusan untuk mencalunkan wakil dari MIC itu memang diduga dari awal kerana MIC merupakan calun BN dikawasan itu sejak 1990 dahulu.

BN ada tradisi untuk memberikan kerusikan parti-parti komponen kepada kawasan-kawasan tertentu dan Ulu Selangor adalah peruntukan untk MIC. Ini adalah amalan BN sejak 36 tahun yang lalu.

Keputusan untuk meletakkan calun MIC itu bukanlah satu langkah yang salah jika dilihat dari semangat setiakawan dalam BN yang diamalkan sejak sekian lama. Meletakkan calun MIC itu adalah bukti yang BN tidak mahu merombak tata cara perlaksanaan BN.

Bagi MIC pula keputusan ini membuktikan yang pucuk pimpinan BN akur kepada amalan tradisi itu dan tidak mahu merombak dan menganjak amalan pembahagian kawasan dalam meletakkan calun ini.

Disini kita hormat kepada Najib yang mengambil keputusan seperti yang memang kita jangkakan itu.

Tetapi dalam politik diUlu Selangor sekarang, untuk mengamalkan tradisi setiakawan BN, maka risiko untuk menghadapi kekalahan adalah besar dan 'real'.

BN sebenarnya adalah dalam keadaan apa yang disebut sebagai, ditelan mati emak, diluah mati bapa.

Keadaan ini mungkin boleh diperbaikki jika MIC sendiri yang mencadangkan supaya mereka tidak meletakkan calun untuk memenuhi kehendah pengundi Ulu Selangor yang majoritinya adalah dari kaum Melayu.

Tetapi MIC pula akan menghadapi masalah dalaman jika pimpinan mereka menyerahkan kawasan itu kepada UMNO dan parti itu pastinya akan menhadapi masalh tambahan kepada masalah-masalh besar yang mereka sedang alami.

BN juga mengakui hakikat yang G Palanivel merupakan orang numbor 2 parti MIC dan bukan mudah bagi pucuk pimpinan BN untuk menolak permintaan dan desakkan mereka.

Seamalam saya telah menyebut dalam posting saya yang jika MIC menjadi pilihan BN, maka kita tidak dapat mengelakkan pertandingan sengit yang lebih kecenderungan untuk memberikan kemenangan kepada parti lawan.

Bagi Najib ini merupakan masalah yang sangat besar sebelum membuat keputusan dan Najib sebagai orang yang lebih cenderung untuk ‘play-save’ maka memberikan kepada MIC adalah jalan yang paling selamat bagi beliau.

Keputusan Najib ini memanglah satu tindakkan yang sangat berisiko dan jika BN tewas ianya akan memberikan impak negative yang agak besar terhadap kreibiliti kepimpinan beliau.

Saya bukanlah mengatakan yang jika MIC dicalunkan kita akan memdapat kepastian memjadi pihak yang tewas tetapi apa yang saya katakan kemungkinan untuk menerima kekalahan itu ada jika tidak membuat persediaan rapi.

Tetapi keadaan memerlukan MIC dicalunkan kerana semangat setiakawan dalam BN. Pengerusi BN pun telah berkata yang beliau sendiri akan memilih calun kali ini.

Bolehkan kesetiakawanan dapat difahami oleh pengundi-pengundi dibawah? Kita pun tidak boleh menyalahkan mereka dibawah kerana mereka selama ini telah betungkus lumus untuk memenangkan calun MIC tetapi masih mengalami kekalahan.

Apabila calun-calun MIC kalah teruk, termasuk Presidennya sendiri dalam pilihanraya yang lalu imej parti itu hampir tidak boleh kembali pulih apatah lagi Presidennya yang menjadi isu besar masih tidak mahu berundur dan tidak mahu berkorban kepada partinya.

Ramai pengundi Melayu berfikir jika Presidennya(MIC) sendiri tidak mahu berkorban kenapa pula mereka perlu berkorban?

Ramai berpendapat MIC adalah parti yang malang kerana kedua-dua Presiden dan Timbalannya merupakan pemimpin yang sudah ditolak rakyat.

Untuk membetulkan keadaan inilah yang mungkin menyebabkan Pengerusi BN sendiri yang akan memilih calun bagi MIC.

Berita yang hangat didengar dikalangan rakan-rakan saya dalam MIC Ketua Pemuda MIC Ulu Selangor merupakan calun ‘favorite’ mereka.

Dalam pada itu PKR sudah hampir dengan keputusan untuk meletakkan Datuk Zaid Ibrahim seorang Melayu sebagai calun dan beliau merupakan calun yang kuat jika kita masing-masing ketepikan sikap prejudis terhadap beliau.

Saya juga bertanya kepada 3 atau 4 orang rakan pengundi diUlu Selangor jika isu orang luar akan dijadikan isu dan mereka menjawab, “Ikut hukum alam. Muhammad SAW asalnya dari Mekah tetapi dijadikan pemimpin oleh semua kaum diMadinah dan seluruh dunia ini. Isu orang luar tak timbul disini. Obama asalnya dari Afrika menjadi Presiden Amerika. Guan Eng dari Melaka menjadi KM Pulau Pinang. Tengku Adnan yang datang dari Acheh melalui Melaka dah jadi MP Putrajaya. Almarhum Tunku Abdullah yang datang dari Seri Menanti pernah jadi MP Rawang dan banyak lagi contoh” katanya tegas.

Walau apa pun, PRK ini akan terus berlaku dan semua pihak perlu mengambil sikap hormat menghormati pihak lawan tanpa mencerca peribadi supaya mudah untuk bertaut kembali selepas pemilihan wakil Parlimen itu nanti.

Jika tidak ada perpecahan maka mudah kita nak beribadah dimesjid dan senang untuk mengendalikan kenduri kendara dengan jiran tetangga kita walaupun berbeza dari pilihan politik.

Akhirnya kita dalam masyarakat setempat akan berpandangan mata setiap hari, tetapi yang datang dari Kuala Lumpur yang ramai-ramai itu tidak akan datang membantu semasa terkejut dan tergempar.

Yang paling awal untuk membantu kita semasa kecemasan ialah tetangga kita walaupun mereka dari parti yang lain bukannya pemimpin dari Putrjaya.


Sekian………………………….Aspan Alias

13 comments:

babji said...

Akhirnya, sebagai yang ditelah, diUlu Selangor ialah pertandingan diantara calun Melayu dan India.

Pilih...pilih...pilih...!

babji

King-Fx said...

Inilah masalahnya dgn SETIAKAWAN BN. Kalau betul BN ada setiakawan kenapa MCA, MIC, Gerakan boleh salahkan UMNO apabila kalah dlm election? Melayu terlalu baikhati. PM yg palysafe elok aje berundur.

mika said...

amat merbahaya..risiko amat tinggi utk kalah..
Orang Melayu terpaksa pangkah MIC dengan hati yg pedih..tp ini bg yg betul2 sayangkan BN.
Tp bg Melayu yg berfikiran Kemelayuan, mereka x tgk parti tapi tgk pemimpin itu ialah Melayu Islam..
kalau BN menang itu hasil usaha keras semua komponen parti terutama UMNO yg nak sgt kerusi itu milik UMNO..
Tapi kalau kalah, ini disebabkan oleh kesilapan memilih calon!
rakyat awal2 lg dah bg isyarat.

pakteh adam said...

MIC tidak membantu didalam usaha untuk memperkuatkan BN. Seperti kata Tuan, perkara akan menjadi lebih mudah jika MIC sendiri memberi jalan.

Kalau betul mereka terutama nya komponen BN yang selalu menyakiti dan meninggalkan UMNO bersendirian mengemaskan segala sampah yang ditinggalkan oleh Abdullah Badawi, mereka perlu faham kehendak semua penyokong BN yang ingin melihat parti mereka kembali kuat. Kemenangan pada pilihanraya Hulu Selangor penting sebagai booster kepada semangat penyokong BN.

Kita akan melihat berulang nya keputusan pilihanraya kecil di Terengganu.

Faktor kekalahan BN adalah sama seperti apa yang telah di huraikan dengan panjang lebar oleh Sdr DEMI NEGARA.

Tak tahulah kalau Najib nak kuburkan MIC.

Anonymous said...

Ini lah yang selalu dilaungkan dan di war-warkan pada orang Melayu iaitu

"Hindarkanlah sikap tamak, haloba, bongkak, takbur dari dalam diri kita"

Seperti ayat yang selalu diucapkan oleh Allahyarham Tunku Abd.Rahman- "TAK PA LA"

kata lain BERALAH orang Melayu diajar supaya MENGALAH hingga kalau boleh gadaikan semua demi mengambil hati kaum lain.

Bila ada Melayu yang melenting mempertahankan Melayu, ada Melayu yang kononnya liberal dan terbuka mulai mengutuk.

Pernahkah kaum lain berterima kasih atau MENGALAH dalam memperjuangkan sesuatu isu yang berkait dengan orang Melayu?

Moderate Melayu kononya piraah!!!!

Melayu Jati
Ampang

Anonymous said...

Melayu mesti lupakan sengkita. Melayu mesti tambah wakil diparlimen.
Jika terjumpa calun Melayu jgn teragak-agak pilihlah dia.

UMNO subang

shah said...

Kita angguk aje. Bukankah tugas ahli UMNO hanya untuk mengangguk bila diarah dan bertepuk bila pemimpin bersyarah.

Kita dah pilih jadi ahli UMNO ikut saja. Angguk dan mengangguk.
Menggelengkan kepala bukan kag pantang pemimpin UMNO?

Kita ibarat kerbau yang membajak sawah, tikus yang kenyang dikepuk padi.

Ahli UMNO wajib mengangguk saja. Bila dihalau kita pergi, bila dipanggil kita datang. Jangan bercakap banyak.

Angguk brader..angguk!!


shah

Anonymous said...

UMNO masih boleh diperbaikki. Saya yakin ia boleh jadi parti bail...slow and steadylah bro.

amir said...

BN boleh menang, tapi kena kerja kuat kuat.

Diatas kertas kita kalah...that's it.


amir

Anonymous said...

Hilang sudah semangat ku untuk bekerja dalam prk kali ini.

lepas satu satu Melayu dihimpit. Melayu ni layaknya menjadi hamba sajalah nampaknya.

cerita melayu jadi tuan hanyalah drama bersiri sahaja yg dilakunkan oleh najib dan rakan-rakan.

Kalau dengar dia berucap macam melayu akan jadi kuasa dunia minggu depan.

Habuk pun tak ada....

Yusri Mohd Yusop said...

Salam,

Sejak hampir sedekad ini MELAYU asyik tertindas & di tindas, bermulanya penyakit ini sejak kuasa pemerintahan negara diserahkan kepada Pak Lah. Maka bermulalah era kejatuhan bangsa MELAYU.
Lepas satu-satu HAK MELAYU di perkotak katekkan oleh bangsa lain seolah-olah MELAYU menjadi anak tiri di negara sendiri. Berbagai-bagai tuntutan di buat hinggakan hak dlm perlembagaan pun dipersoalkan tapi tak mengapa MELAYU kena 'mengalah', tergadai tanah pun takpe MELAYU kena 'mengalah', kepala dipijak takpe MELAYU kena 'mengalah'.
Sampai bila kita kena 'mengalah' sehingga pemimpin teratas pun 'mengalah', kalau macam tu siapa yang akan membela hak bangsa MELAYU kalau dah pemimpin MELAYU pun 'mengalah'. Nampaknya pepatah Laksmana Hang Tuah "TAK MELAYU HILANG DI DUNIA" tak betulah, mungkin nama MELAYU je yg akan tinggal dalam sejarah.
Apa taknya kalau dah kawasan yang penduduknya mejoritinya bangsa MELAYU (54%)pun dicalonkan orang india (MIC) yg hanya 15% di mana adilnya & mana demokrasinya kalau minority memerintah majority.
Pemimpin tertinggi asyik melaungkan slogan 1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian di utamakan, betul ke? Pemimpin asyik berkata mereka akan mendengar DENYUT NADI RAKYAT, dengar ke?
Nampaknya semuanya hanya gimik semata-mata tiada yg betul tapi tipu semata-mata.
Akhir kata melayu akan terus meminta-meminta di negara sendiri, kerana sering 'mengalah', 'beralah','kalah'.

mengalah.......,

Yusri

Anonymous said...

Tau apa beza pak lah dengan najib?
jawapan; lebih kurang sama. Bezanya Najib tidak tidur semasa mesyuarat dan dalam majlis-majlis.


pramono

Anonymous said...

Satu keputusan yang bijak untuk memupuk semangat One Malaysia. There is no room for racial sentiment. Time is over to indulge in race card. Hak Melayu tidak akan tergadai semata-mata memilih bangsa India sebagai wakil rakyat. Mungkin bangsa lain akan memberikan khidmat yang lebeh baik lagi kepada orang Melayu daripada wakil rakyat Melayu.