Dianggarkan 8000 orang penyokong dan penggerak PKR hadzir dimajlis pengumuman calun bagi parti itu sebentar tadi, didewan komuniti Serendah.
Sebagaimana yang dijangka, Datuk Zaid Ibrahim diumumkan sebagai calun parti itu dan sambutan awal menunjukkan sokongan terhadap beliau bakal memberikan ‘consequence’ yang besar kepada politik Hulu Selangor kali ini.
Ramai pemimpin PR yang berucap sebelum pengumuman itu, diantaranya ialah Tok Guru Haji Hadi Awang, Tan Seng Giaw, Chua Jui Meng, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa orang yang lain sebelum DS Anwar berucap dan seterusnya mengumumkan pencalunan Zaid Ibrahim.
Anwar memberikan beberapa sebab kenapa Zaid dipilih mewakili PKR dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor ini.
Pertamanya PKR mahukan wakil yang benar-benar berani dan berkesan duduk dalam Parlimen mewakili PKR dan PR kerana beliau telah terbukti mempunyai ketegasan dan sanggup meletakkan jawatan sebagai Menteri kerana tidak bersetuju dengan beberapa isu negara.
Sambil menyindir ahli-ahli Parlimen UMNO, beliau berkata "ahli-ahli parlimen UMNO tahan mencium tangan pucuk pimpinan kerana nak jadi Timbalan Menteri, sedangkan Zaid merupakan penyandang jawatan Menteri pun sanggup meletakkan jawatan. Yang mencium tangan itu pun tak dapat juga jawatan!" disambut dengan tepukkan gemuruh.
Keduanya Zahid adalah seorang yang mempunyai ketokohan besar hinggakan ramai diantara pemimpin UMNO tidak merasa senang jika Zaid berada didalam UMNO.
Kesalahan Zaid hanyalah kerana beliau berkata benar, maka beliau dipecat dari UMNO tanpa meminta beliau memberikan tunjuk sebab kenapa beliau tidak patut diambil tindakkan.
Semasa beliau menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu beliau telah terbukti menjalankan tanggaungjawab sebagai wakil rakyat dengan baik.
Jika beliau menjadi Wakil Parlimen kepada Hulu Selangor tentulah beliau akan lebih mampu melaksanakan tugas dengan lebih baik kerana kawasan ini hampir dengan kediaman beliau di Tropicana.
Seseorang yang berketokohan seperti Zaid sudah pasti akan dicemuh oleh media cetak dan elektronik, kerana BN akan menghadapi tekanan dari media perdana negara, dan itu memang lazim dilakukan oleh parti yang memerintah sejak tahun 1959 yang lalu.
Tetapi rakyat sekarang bukan lah seperti dulu lagi, kerana mereka tahu mana yang benar dan mana yang merupakan fitnah kerana itulah nasib pihak pembangkang sejak pilihanraya diadakan dinegara ini.
Walau bagaimana pun sekarang ini ancaman dari media perdana tidak mampu mengubah pemikiran rakyat kerana rakyat sudah terlalu jemu dengan tindakkan media perdana yang selalu membuat kenyataan yang ‘slanderous’ terhadap pemimpin pembangkang.
Lagi pun saya nampak jelas salah satu lagi faktor yang akan memenangkan Zaid ialah, terdapat ramainya ahli UMNO yang bersikap ‘adulterous’ terhadap parti mereka.
Setakat ini sahaja coretan saya kali ini.
Sekian………………………………………………Aspan Alias
10 comments:
semoga datu zaid yang saya hormati ini mencapai kejayaan. Amin.
zally
Zaid memang seorang tokoh. hanya yg punya prejidis shja yang tak setuju.
be realistic, he is te best bro
Assalamualaikum Bro,
What im going to say abt this... NO IDEA...NO IDEA! Let me put the situations like this :
(a). Chinese Voters : They likes Zahid very much coz Zaid looks liberal/moderate.
(b). Indians Voters : They dnt know zaid very much BUT they hate MIC.
(c). Malay Voters : They only WANT MELAYU, no matter from which party.
So...i dnt know....still waiting fr the BN Candidate to do the whole analysis. Ikhlas.
Penetap Kuala Kubu.
Bro Ryzal72, I was there in Serendah last nite watching and looking at the situation and feel of the 9000 crowd.
I don;t have scientific explanation to it, but my intuition tells me that Zaid is going to make it.
There aura was clearly seen and felt.
Thank you.
Ryzal72,
If you won't mind can you let me know yr h/p no.
Please send it through my email
Sdr Aspan, you said you were there last nite in Serendah?
Wow you shud have seen with yr eyes that Zaid has very good response.
You n me saw how the crowd waited patiently for Zaid's speech, and he did well bro.
I don't vote in H Selangor but my wife and 2 children do.
They too were excited gila-gila.
Ramli SM,
Yes I was there to see how was it there in Serendah.
I strongly believe that Datuk Zaid is going to make it.
I share your view, and among the strong crowd I could see old women with walking sticks cheering together in the crowd.
As a friend, I am happy for D Zaid. My gut feeling forces me to say that Zaid is winning the seat sdr Ramli SM.
Thanks
Bro Aspan
No doubt DZI adalah calon terbaik PKR untuk HS. Ini telah mengusarkan UBN, judging by Muhyiddin statement, hinting on broad character assasination.
Apatah lagi, MIC berkeras agar palanivel dan memberi syarat calon dari ketua pemudanya yang dicadangkan oleh UMNO tidak akan diterima. Kemelut menjadi semakin rumit apabila pengerusi BN berada diluar negara dan tidak mempunyai 1st hand assesment keadaan di HS.
To say DZI is going to make it is a bit premature to me kerana kempen sebenar masih belum bermula. U never know and cannot underestimate how UBN gonna to campaign when the odd is heavily against them.
Riak-riak kempen untuk menuduh DZI sebagai anti islam, anti hudud, kaki ar*k dsb sudahpun bermula. To me this is a risky line of campaign . UMNO national leaders ahould refrain from taking pot shots along tis line. It can heavily backfire on them.
yang paling menarik untuk kita lihat sekarang siapakah calon BN yang akan bertanding melawan DZI. Pemilihan calon untuk PRK HS ini mempunyai implikasi kepada hubungan antara UMNO dan parti-parti komponen lain dalam BN.
bat8
Bro bat8,
Where have you been and thanks for visiting me.
I agree wth you completely, that is too premature to see the actual of happening.
That was why I qualify my statement by admitting that i don't have scientific knowledge about the situation.
As I have said, it was just my strong gut feeling and intuition that told me Zaid is going to make it.
Of course BN is good in disputing facts of their own faults and instead go for personal attack and character assassinations.
Those injustices are synonymous to BN and everyone knows it.
Thanx Bro
Bro Aspan,
TQ for remembering me, being a smal fry l feel honoured. To me checking ur blog is one of my daily routine coz l feel tat we have a common concern i.e the well being of the malays. We both indebted to UMNO ( old UMNO tat is...hehe) for wat he have today.
Lastly, semoga Allah memberi kesihatan dan keberkatan kepada sdra sekeluarga. wassalam.
bat8
Post a Comment