Pihak Pakatan Rakyat telah menghantar jemputan kepada Dato Seri Najib untuk debat terbuka di Stadium Kuala Kubu Bharu malam ini pukul 8.30 malam untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit diHulu Selangor dihadapan pengundi-pengundinya.
Pihak polis telah pun mengeluarkan ‘permit’ untuk acara yang sangat ditunggu-tunggu oleh pengundi Hulu Selangor itu dan dijangkakan ribuan rakyat khususnya pengundi-pengundi akan membanjiri Stadium itu sebelum pukul 8.30 malam nanti.
Surat jemputan telah dihantar kepada Dato Seri Najib petang semalam tetapi pegawai-pegawai PM memberitahu yang mereka belum menerima jemputan itu walaupun PM tahu dan maklum tentang jemputan yang diatur oleh pihak PKR.
Bagi saya ini merupakan kesempatan keemasan bagi Najib untuk meluruskan yang bengkok, menyambung mana yang putus serta menampal dimana yang koyak.
Sebagai seorang pemimpin yang dikatakan telah berjaya merubah keadaan negara, beliau perlu menggunakan kesempatan ini untuk membuktikan semua yang disebut oleh PR itu adalah fitnah.
Saya akan keKuala Kubu untuk mendengar debat ini. Najib perlu buktikan yang beliau adalah pemimpin yang berwibawa dan untuk menyahut cabaran PR itu adalah satu perkara kemestian bagi DS Najib dan BN.
Saya tidak nampak kenapa DS Najib patut menolak jemputan seperti inim kerana pengundi sudah tertunggu-tunggu untuk meyaksikan debat terbuka dengan Anwar Ibrahim pada malam ini sebelum rakyat keluar mengundi besok.
Jika Najib menolak cabaran ini, bermakna beliau takut untuk berhadapan dengan rakyat Hulu Selangor malam ini, maka Zaid Ibrahim tidak akan melalui jalan susah untuk memenangi PRK ini.
Jika Najib menerima cabaran ini beliau boleh melondehkan segala apa yang dikatakan oleh PR dalam kempen PRK ini adalah semata-mata fitnah dan tidak ada kewajarannya.
Dari riaksi pengundi-pengundi nampaknya ramai diantara mereka akan datang untuk membantu mereka membuat keputusan yang wajar sebelum mencalitkan pensil untuk mengundi pada hari esok.
Tentunya rakyat akan kecewa jika Najib menolak perbahasan terbuka ini kerana ramai diantara mereka telah bersiap sedia untuk menyaksikan debat yang penting ini.
Sama-samalah kita tunggu sehingga malam ini, samada DS Najib akan datang atau pun tidak distadium KKB untuk perbahasan terbuka itu.
Bukan sahaja rakyat Hulu Selangor tertunggu-tunggu, malahan seluruh negara menantikan saat perbahasan ini untuk mencari sedikit kebenaran.
Sekian……………………………………………..Aspan Alias
8 comments:
Haaa, berat! Apa macam DS Najib?
pd sy ni bukan pasal nak debat sana sini..PM2 sblm ni pun bukan lah pendebat yg terkemuka..bak kata org cakap je lebih tp perlaksanaan x de nak buat apa??
agaknya klau pm malaysia tu nuar..asyik gebang sana sini dah lama bankrupt
Rasanya DSMNAR tak akan kot sebab dia bukan jenis berdebat
Frankly kalau dengar dia ceramah politik pun dah bosan sebab masih dengan style retro dan penuh dengan retorik (sama style dgn arwah Tun Ghafar)
Salam Sdr Aspan,
Saya kira lebih wajar bagi DS Najib tidak menerima jemputan itu.Silap langkah nanti beliau akan masuk perangkap.Lagi pun tempat dan suasananya tidak begitu sesuai untuk mengadakan perdebatan di peringkat itu.
Untuk menangkis segala tomahan dan fitnah telah pun dibuat melalui pelbgai cara dan media.Sudah cukup bagi pengudi membuat penilaian dan pertimbangan untuk mengundi esok.
Sabarlah menunggu untuk menerima keputusan malam besok.Perdebatan itu boleh diadakan lain kali.Mungkin dekat PRU 13 nanti.
Askar Tua
tak payah nak ikut rentak anwar bodoh tu. kalau jadik sekalipun garenti anwar lari.
nak buktikan apa lagi. byk najib dah buat tapi anwar banyak lagi dah 'buat' juga.
Nonsense!!
Bro,
I am very sure NTR will not turn up tonight. He need not turn up and bare himself to be rediculed by Anwar. Debate platform is anwar's fortress.
2. I can see that NTR will not be able to stand his ground when Anwar starts to bring out the APCO, failed gomen policies, GST etc. We still remember how Shabery Chik fumbled big time on national TV during oil hike debate sometime ago.
3. Furthermore, the dabate is not the the deadly factor that will determine who wins tpmorrow for BN. Its better for them to continue with their campaign spresent campaign strategies which are more effective - tabur duit, ugut etc.
4. Infact serangan peribadi keatas zaid is their main weapon to avoid from answering the main issues eg apco, gst, poor economy etc. This tactic is actually a stunning success! Secondly, while Pakatan is on defensive to defend Zaid, UBN can effectively use all their unsavoury arsenal for maximum impact.
4. May be UBN is in a comfortable position to win tomorrow considering they have almost covered the local baees. But there is another factor that they cannot fully control tomorrow - the outstation voters.
bat8
Bro Aspan,
Cabaran untuk berdebat itu dibuat dihadapan 8000 orang hadzirin. Saya ada disana malam tadi.
Natijahnya begini Aspan, jika Najib tak datang itu hak dia, tetapi banyak undi BN akan merosot.
Terang-terang saya cakap, Zaid akan menang.
Post a Comment