07 April 2010

Ulu Selangor: Trend pengundian belum jelas

Politik diUlu Selangor sudah mula segar bugar. Poster-poster sudah mula dinaikkan oleh kedua-dua belah pihak walaupun dalam jumlah yang kecil.

Ianya dinaikkan semata-mata untuk memperingati penyokong masing-masing yang mereka akan kehadapan menawarkan calun masing-masing tidak lama lagi.

Walaupun Suruhanjaya Pilihanraya memberi amaran supaya jangan berkempen sebelum penamaan calun namun parti-parti yang bertanding sudah mula menjalankan kempen senyap-senyap untuk membuat persedian memilih wakil parlimen yang kosong berikutan kepulangan Dr Zainal Abidin Ahmad kerahmatullah baru-baru ini.

Kedua-dua belah pihak sedang membuat persediaan termasuk persediaan untuk meletakkan calun yang sesuai bagi parti-parti dan pengundi diUlu Selangor. Dimana-mana boleh dilihat dengan jelas orang ramai bertumpu dikedai-kedai kopi bercakap tentang Pilihanraya Kecil yang bakal tiba.

Apa yang seronoknya kita boleh melihat penyokong kedua-dua belah pihak duduk semeja dan bergurau sambil menyindir diantara satu dengan yang lain dan diharapkan perhubungan dua pihak yang berbeza pendapat ini boleh terus bersama menghidupkan keharmonian masyarakat setempat.

Nampaknya mereka sudah bersedia untuk menerima kemenangan atau kekalahan dengan hati yang terbuka dan itu merupakan persediaan untuk terus hidup dalam masyarakat dengan berbaik-baik walaupun mereka ada perbezaan politik masing-masing.

Kalaulah keadaan sebegini menjadi amalan setiap mereka yang bermain politik, saya percaya kita tidak akan menghadapi kepayahan bermasyrakat serta berkeriyah.

Saya kedengaran sekumpulan bercakap dan dalam kumpulan itu nyata ada penyokong kedua-dua belah pihak.

“Macam mana bang aji? Pilihanraya dah dekat ni?” Tanya seorang kepada pak aji disebelahnya.

“Saya macam dulu jugalah. Dah mula mengundi Pakatan tu dah susah nak gostan balek. Kau pula macam-mana?” tanyanya kembali.

“Saya ini ajk UMNO. UMNOlah!” jawabnya pendek. “Bini aku nampaknya lain macam aje sejak jumpa dengan muslimat PAS semasa kenduri kawin jiran saya tu” sambungnya lagi.

“Bini kau tu orang pencen dan berpelajaran, biarlah!” kata pak aji pula.

Orang Cina seperti biasa tidak mahu komen apa-apa. Bila ditanya dan diminta pandangan, mereka hanya menjawab, “nantilah saya pun tak tau siapa calun. Mana boleh bikin komen. Tengoklah, nanti kita undilah” kata salah seorang yang dijumpai dikedai kopi hailam di Kuala Kubu Baru.

Orang India nampaknya juga sibuk kerana mereka mendengar yang calun BN diUlu Selangor tetap dari MIC dan banyak mesyuarat diadakan dikalangan cawangan-cawangan MIC disana.

Tetapi yang jelas tidak nampak kegiatan yang tidak baik dikalangan kedua-dua belah pihak dan mereka tetap berbaik-baik sangka diantara satu dengan lain.

“Kami disini okay saja, tetapi yang datang dari luar ni yang selalu buat kecuh. Saya berharap tidak ramai orang luar datang kesini semasa berkempen nanti, biarlah kami diUlu Selangor ini sahaja yang sibuk. Kami dah tetapkan siapa yang kami hendak pilih” kata seorang yang duduk bersama kami dikedai kopi diUlu Bernam.

Apabila ditanya siapa yang akan menang, “Masing-masing ada peluang” katanya pendek. “Perbezaan undi tipis. BN kuat dan Pakatan pun kuat” katanya lagi.

Pada pengamatan saya di Ulu Selangor berbeza sedikit dengan Bagan Pinang dan tempat-tempat lain yang mengadakan pilihanraya kecil. DiUlu Selangor kesatuan diantara orang Melayu nampaknya lebih baik.

Hanya yang menjadi persoalannya ialah pengundi Melayu ini bersatu dalam BN atau pun dalam Pakatan Rakyat.

Keadaan ini mungkin disebabkan calun-calun yang bertanding belum lagi jelas maka itulah sebabnya mereka masih belum dapat menentukan trend pengundian itu.

Bagi Pakatan Rakyat mereka sudah menentukan yang calun mereka adalah dari kaum Melayu dan mereka tidak banyak lagi perkara yang masih menjadi isu besar.

PR berkeyakinan untuk mendapatkan majority undi dari kaum India dan Cina; hanya yang perlu bagi mereka ialah untuk meraih sebanyak mana undi Melayu yang mereka mampu.

Jika benar BN akan mencalunkan wakil dari MIC maka kita tidak dapat elak dari melihat pertandingan sengit diantara dua belah pihak itu.

Walau apa pun yang berlaku kita hanya berharap PRK ini akan berjalan dengan baik dan tidak ada apa-apa kejadian yang buruk berlaku.



Sekian…………………………………..Aspan Alias

14 comments:

Anonymous said...

Bro,
I want to see stiff competition here in Ulu Selangor.
Dulu org UMNO kata mereka letakk selipar jepun sebagai calun boleh menang.
Kalau pertandingan sengit maka UMNO tidak akan takbur dan kufur nikmat lagi.

ajk UMNO cawangan

PARPUKARI said...

Very good article Brother Aspan!

Saya rasa ada abiknya letak calon Melayu, baru ada fight!

Anonymous said...

Sudah jelas momentum pengundi dewasa ini dah jauh berubah, tiada lagi sogokan yang mampu menidakkan kebangkitan Pakatan Rakyat dalam mewarnai pentas PRK.

Sesungguhnya selama 2 tahun PR mentadbir Selangor sudah menampakkan adanya perbezaan, dengan terdedahnya beberapa penyelewengan Khir Toyo dan gengnya maka adakah rakyat akan terus dibodohkan lagi dengan kelembapan SPRM, Polis berbanding tindakan keatas anggota PR.

Sendiri mau Ingat La, apakah kita akan terus diperbodohkan lagi untuk Dulu, Kini dan Selamanya.......

man dego said...

Harap ada calun bebas Pro PERKASA bertanding. Unmo (BN) tak boleh di harapkan. Kita nak kerajaan baru dia bagi model ekonomi baru

Anonymous said...

If BN wins, it does not improve anything. If Pakatan wins, it does not make anything bad for the state.

So ignore all campaigns and vote as you like.

No listening to propagandists....anyone coming to yr house to campaign, just say 'insyallah'.

mustapha rahmat

Anonymous said...

UMNO does not need to come and campaign to us over here.

Kami sudah kenal UMNO sekian lama. Kita tau UMNO itu masih baik atau sebaliknya.

Jangan hantar ahli UMNO yang masih berhingus untuk berkempen.

They don't have a breath of things about UMNO.

Sorry, cakap banyak sikit.


mustapha rahmat.

Amil said...

BN masih boleh menang, tapi berbuatlah perangai baik.

Akhbar dan media perdana janganlah menghentam pembangkang keterlaluan.

Tidak payahlah menuding jari pembangkang itu hodoh, Kalau UMNO itu cantik masakan pembangkang itu kuat.

Kami sangat jelak dengan sikap media perdana dengan memanggil pensyarah-pensyarah yang tidak tahu apa-apa dimuka TV apabila kempen bermula.

Kita orang kpg yang merasa pahit manisnya dengan BN ini.

Percubaan untuk membodohkan kami itulah yg membosankan, sedangkan mereka yg bercakap diTV itu lah yg kami nampak bodoh.

Saya sependapat dengan mustapha rahmat.


Amil

cikgulama said...

Saudara Aspan Alias,
Pertama kali saya membaca tulisan sdr dan sebagai anak Ulu Selangor saya nampak sdr faham sdikit sebanyak tentang kami disini.
Benar, kami diUlu Selangor tidak berbalah kerana politik.
Biarlah mereka diKL itu yang bergaduh kerana mereka suka bergaduh.
Disekolah tempat kami mengajar semua ada. PAS ada. PKR pun ada dan UMNO juga ada.
Kami menghormati pemikiran masing-masing.
Kami berpendapat tidak ada lebihnya UMNO sekarang ini dan tidak kurang pula nilai-nilai baik dalam PAS dan yg lain-lain.
Kami tidak makan dek kempen mana-mana pihak.
Kami tidak suka mana-mana pihak menghina pihak yg lain.

cikgulama

Anonymous said...

There's no specialty in UMNO.
There's nothing wrong with PAS,
There's no problem wth PKR
There's no qualm voting for DAP

So just vote as you like
Don't listen to desperados.
Don't listen to TV3,TV1,Bernama TV or any kind like those during the campaign period.

amranjati

Anonymous said...

Yes amranjati, you said it fairly well. I am just like you bro.
My family will decide whom to vote depending on the conduct of both the printed and electronic media.

Jika TV kempen lebih-lebih kita lari.

pembaca kitab said...

amranjati,
UTUSAN Malaysia juga tak ada kredibilitinya.
Akhbar ini perosak minda kita. Jangan baca.

Pembaca kitab

PPP Kuala Lumpur said...

sdr-sdr,

UMNO itu luhur. UMNO itu bersih. Janganlah kita lupa UMNO yg membawa kemerdekaan negara.

Marah-marah boleh, tapi jangan membenci.


PPP Kuala Lumpur.

Anonymous said...

PPP Kuala Lumpur

relatifnya UMNO itu bersih tetapi pemimpinnya banyak masalah.
Lagi pula UMNO baru ini bukannya parti yg mencapai kemerdekaan.

Pemimpin yg mencapai kemerdekaan tidak ada nama dalam UMNO sekarang. Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Hussein onn serta Onn Jaafar tidak ada dalam senarai keahlian UMNO sekarang sdr.

Inilah penipuan yang tidak ada tolok bandingnya.

anak rahim kajai

Anonymous said...

UMNO sekarang adalah UMNO BARU, bukan UMNO dari tahun 1946 dulu. UMNO '46 sudah mati di zaman MAhathir dulu... UMNO sekarang bukan UMNO yang memerdekakan jati diri, minda dan rakyat. UMNO sekarang adalah apa yang tuan2 dapat... sekarang...
pisau dan buah ditangan tuan2. Potong dan belah sesuka hati tuan2, ingat pengalaman yang mengajar tuan2... siapa dan mana yang baik.. itulah pilihan tuan2.. selamat mengundi..

...adioss....