22 July 2010

Isu Perpaduan PAS - UMNO : Ayam tak patuk, itik pun tak sudu

Ada seorang dua menghantar e-mail kepada saya yang bertanya kenapa tulisan saya tidak menampakkan sokongan kepada usaha pihak yang inginkan perpaduan diantara UMNO-PAS.

Sebenarnya tidak ada siapa yang mempunyai semangat Melayu walau sekecil mana pun akan menolak apa-apa usaha untuk menyatukan PAS dan UMNO yang kedua-duanya parti orang Melayu yang sama anutan agamanya.

Saya memang tidak berminat untuk memberikan komen kerana penyatuan itu berpremiskan kepada kesatuan politik kepartian yang sudah pasti tidak akan tahan lama, malahan sebagaimana yang difikirkan oleh ramai orang ianya tidak akan menjadi kenyataan.

Usaha yang sedang disebut-sebut itu tidak mempunyai iltizam yang benar-benar kuat dan ianya timbul kerana ada keadaan ‘desperation’ disebelah pihak dan cadangan itu semata-mata untuk ‘survival’ parti dan pihak tertentu sahaja.

Lagi pun ini bukan kali pertama isu ini timbul dan selalunya ia tidak mendatangkan apa-apa kesudahan yang baik untuk kedua-dua belah pihak.

Perasaan tidak ada keyakinan oleh banyak pihak ditambah pula dengan pihak tertentu mengambil ‘political positon’ apabila isu ini dipaparkan oleh pihak yang saya tidak tahu siapa.

Utusan misalnya mengambil ‘position’ dengan menggalakkan penyartuan ini dengan keadaan lebih sudu dari kuah. Apabila Nik Aziz memberikan sedikit pandangan yang tidak disukainya akhbar ini melenting dan membelasah pemimpin PAS ini seolah-oleh pemimpin ini tidak ada langsung gunanya kepada masyarakat dan negara sedangkan Nik Aziz adalah pemimpin yang ramai pengikutnya.

Sesungguhnya PAS boleh bertahan dengan kekuatannya sendiri. Yang perlukan sangat kerjasama ini ialah UMNO kita sendiri. Kalau kita perlukan kerjasama itu elemen yang mesti ada kepada kita ialah elemen sabar. Kita yang mahukannya kita pula yang nak mengarah orang lain berbuat mengikut kehendak kita sahaja.

Apabila TGNA memberikan bayangan ada jalan untuk penyatuan ‘orang tua’ ini dipuji setinggi langit, tetapi jika ada kata-katanya yang agak boleh menyempitkan keadaan mereka yang bersalah TGNA dibelalasah seperti orang memukul ular.

TGNA telah jelaskan yang penyatuan umah yang kekal adalah Islam tetapi Utusan tidak gemar dengan Islam sedangkan itu pun yang digalakkan oleh agama kita.

Jika kita hendak bersatu atau pun bekerjasama pihak kita mestilah ada sedikit sebanyak pengorbanan. Jika agama menjadi penghalang kepada penyatuan ini, ia bermakna ada sebelah pihak yang tidak setuju dengan isu agama ini, dan ianya tidak mungkin datangnya dari PAS.

Kalau hendak bersatu ianya mestilah berdasarkan kepada penyatuan sejagat dan bukannya diatas kepentingan parti masing-masing.

Kita mesti faham PAS bukan parti ‘desperate’. Kalah menang adalah biasa bagi mereka. Menang mereka berterima kasi, kalah pun mereka tidak goyah. Mereka lebih disiplin dari kita.

Sebaliknya UMNO bak kata DS Najib UMNO adalah parti yang besar, tetapi saya khuatir dan takut UMNO ibarat orang yang berbadan besar tetapi terlalu banyak penyakit peringkat ‘terminal’ yang ada didalam tubuhnya yang besar itu.

Tidak guna kita mengadakan ‘formula’ yang akhirnya tidak dapat dipertahankan apabila datang sedikit konflik pandangan. Buat apa berkahwin kalau hanya untuk mendapatkan kesedapan sekejap dan bercerai kemudiannya?

Lagi pula melalui blog saya ini saya mendapat banyak komentar yang membelasah PAS dengan tidak ada ‘mercy’nya. Jadi bagaimana perundingan itu dapat membawa kejayaan.

Bagi saya jika ada keinginan mana-mana pihak untuk mengusahakan rundingan ini, ianya patut dirundingkan secara senyap-senyap dulu dikalangan pemimpin kedua-dua belah pihak.

Ini tidak; sebelum pemimpin-pemimpin bertemu Utusan Malaysia sudah sibuk menyokong dan mengkritik jika ada kenyataan yang tidak digemarinya. Bagi Utusan, akhbar ini mahukan semua pihak mendengar cadangannya.

Saya cadangkan elok kedua belah pihak berunding secara tertutup dahulu dan jika berjaya barulah diminta pandangan ahli masing-masing dan dapatkan reaksinya. Jika ada apa-apa yang perlu dipinda maka kita panda mana-mana yang patut.

Adat perpateh ada menyebut; rundingan dibuat dalam gelap adap terlaksana didalam terang. Makanya runding senyap-senyap dan apabila bertemu persetujuan maka laksanakan secara terang.

Kalau diberitahu Utusan Malaysia dahulu sebelum berunding nescaya semua yang hendak kita lakukan secara baik tidak akan berjaya…percayalah!

Sekarang Utusan sudah memainkan jarumnya, maka elok kita tinggalkan saja ‘idea’ untuk bersatu itu. Ianya tidak akan membawa sesiapa kemana-mana. Buat apa membazirkan masa untuk berfikir tentang isu penyatuan yang sudah pasti gagal itu?

UMNO mesti meningkatkan kekuatan sendiri, bukannya menunpang pengaruh pihak lain.

Isu pertemuan dengan PAS elok ditangguhkan dahulu. Kita tidak mahu mendengar ada pihak yang mengata kita seperti perbidalan, 'ayam tak patuk, itik tak sudu'. Buat malu aje.

17 comments:

johnwayne said...

Betul kata you Aspan,

Buat malu aje. Perkasakan parti sendiri.

zainal&gang said...

johnwayne, dalam politik mana ada istilah malu bro. Kalau ada perasaan malu ada orang tu patut berenti dari mentadbir negara.

Tapi yak mau dia bergerak pun dari jawatan tu. Malah lebih mencengkam lagi.

zainal&gang

Anonymous said...

benda yang baik apalah salahnya di segerakan.. penyatuan Melayu bukan ke satu yang baik yang akhir menguntungkan umat Melayu sendiri..

Orang Cina berpolitik secara matang.. walaupun mungkin menggangotai mana-mana parti politik Cina,matlamat mereka hanyalah satu, membawa keuntungan kepada kaum Cina.

Orang-orang Melayu berpolitik yang akhirnya membunuh masa depan orang Melayu sendiri.Apalah guna menang dari segi politik tapi akhirnya hak orang Melayu/Islam terhakis

Quiet Despair said...

Soalan yang paling utama adalah adakah UMNO dan PAS dan kita Melayu dan Islam bersungguh-sungguh nakkan penyatuan ini?
Jika Ya, boleh dijayakannya.
(Saya telah menayakan Bro Aspan dalam komen sebelum ini, tak nakkah kita perpaduan ini?).
Sekarang Bro Aspan telahpun menjawabya bahawa jika dilaksanakan tidak bertahan lama.
Saya melihat kedua-dua pemimpin UMNO dan PAS masing-masing main tarik tali dan mempamirkan mereka ada power, buat kata belia sekarang.
Najib telah berkata kita bukan dalam keadaan lemah yang menyebabkan kita nak kerjasama ni.
Tok Guru yang disayangi berkata seumpama Najib juga.
Macam tarik talilah, kejap kendur, kejap ketat.
Masuk pula Mufti Perak yang benar-benar inginkan perpaduan ini jika tidak "Mati Melayu, matilah agama, Mati Agama, matilah orang Melayu."
Tetapi dua orang Naib Presiden PAS bertubi-tubi mengatakn bila pula Tuan Mufti diberi kuasa untuk menjadi mediator.
Aduh peningnya. Yang nak buat baikpun menjadi cacian.
Yang tak faham jika PAS boleh bersekongkol dengan DAP, kenapa tidak dengan UMNO?
Sebagai pengikut setia UMNO dan juga menyayangi PAS, saya berdoa tolonglah jadi bersatu.
Yang ketara tak mahu sudah tentulah penyokong Anwar Ibrahim.
Shivering in their pants, man.
Keadilan tak masuk dalam benak fikiran saya kerana memangpun telah memecah-belahkan orang Melayu.
Sekarang jalankan jarum dengan senyap. Setelah dapat kata sepakat baru umumkan.
Jadi tiada siapa boleh sabotaj.

Anonymous said...

hehehe... lu tolong gua, gua tolong lu. Katok ular lebih senang dari katok penyangak.Inikan pula nak katok bos segala penyangak, penyamun dan perompak, guna segala cara nak menipu. Tak payah la pening2 pikir, sama jerr pangkah UMNO dengan PAS sekarang ni. Untuk perot dan kroni sendiri jerr.. kehkehkeh...

Pak Zawi said...

Aspan,
Penyatuan PAS dan UMNO boleh berlaku apabila kedua dua pihak mempunyai pemimpin yang berakhlak baik. Cuba kita fikirkan adakah pemimpin kita mempunyai sifat sebegini?

Anonymous said...

Saya rasa eloklah UMNO ber "satu Melayu" dengan Perkasa dulu...

schenker78 said...

kenapa PAS boleh bersatu dgn DAP??

sebab UMNO ni parti rasuah, pemimpin playboy, kaki dangdut, gila jawatan dan pangkat datuk, kaki enjoy, gila shopping, rumah banglo berjuta2, kaki minum arak, kaki judi.. TIDAK AMANAH dan KUAT MENIPU.

PAS dan UMNO bagaikan air dengan minyak....langit dengan bumi....jangan harap boleh bersatu....BN akan berpecah 100% kalau PAS join UMNO....last UMNO akan tinggal seorang....PAS kalau pecah dua pun, di Kelantan Nik Aziz masih boleh menang..

PAS _ UMNO kahwin serupa lah kemungkinan gunung berapi meletus kat malaysia....padahal xde gunung berapi xde pun kat sini.....

Selagi UMNO dipimpin Rosmah Najib, Mudin, Gani patail, mahathir firaun dan Musa Hassan, PAS x akan sentuh UMNO....yg berhubungan dgn umno ni menurut Tulang besi adalah orang PAS yang gila jawatan seperti Hassan Ali dan geng2 dia...

Majoriti Undi Pakatan rakyat melebihi BN di semenanjung..... sudah kalah lah parti kamu

berterima kasihlah kepada orang Indonesia dan Selatan Filipina yang mengundi UMNO di Sabah...

Quiet Despair said...

@Schenker78, my best pal

Kadang-kadang macam RPK cakapla lu.
Of course you oppose PAS being one with PM.
Tinggallah parti kesayangan kamu DAP terkontang-kontang.
Jangalah harap Kesdilan yang orang pertamanya cuma bermimpi nak jadi PM.
Apa yang kamu tuduh pemimpin UMNO itu sounds familiarla.
Isn't that's what the Keadilan people are doing? Wine, women and song.
And I forgot, unnatural acts of sodomy, twice caught mind you.
What are you talking about Schenker? BN will recapture Selangor.
And the way the biadap Guan Eng is runing the state, like razing down stalls of Malay petty traders, he will tumble down too.
Shameless of him to be fighting with his officer.
Bahasa menunjukkan bangsa.
Kalau tak ada class itu, jadi CMpun macam chekkai.

Anonymous said...

Shamsul anuar,

You are just the foot soldier of of this kaput BN. Yr arguments are UMNO typical.

what is more sinful than Mahathir's act of using petronas funds in billion to save his hopeless son Mirzan.

You are not to the mark of a basic educated guy,

You are more UMNO than UMNO and you think you are fit to be within an intellectual group for reasonable discourse.

You must be damn boring guy to talk to.

Zirkuan.

schenker78 said...

yer la tu....awak tengok brp kerat orang jer dgr ucapan najib, itupun dibayar atau dipaksa datang....

omong kosong jer najib itu, mulut berbuih2 cari topik nk bual....maklum lah...jahat...

kalau Pakatan buat ceramah, beribu2 datang dengar, pasal apa??

Low said...

Aspan,
True. UMNO looks more desperate and that is bad for public perception.
As politic is a game of perfection as you have rightly said in your last posting, the issue of UMNO-PAS talk is making UMNO look like it is going to be in destitute.
Iam an MCA member but that is just my personal view about the issue.

Low

schenker78 said...

Presiden Pas Abdul Hadi Awang berkata, orang Melayu tidak lagi harus dipimpin oleh Umno, sebaliknya oleh PAS kerana semua kaum di Malaysia menerima orang Melayu adalah teras politik.

Beliau juga berkata, sudah tiba masanya untuk Umno-BN berehat dan bercuti daripada memimpin negara untuk membina partunya dan membentuk dirinya semula.

“Sebagaimana yang berlaku dalam demokrasi negara lain, dia boleh kembali berkuasa selepas diperbaiki dan kita boleh buat silap kalau kita memerintah,” katanya.

Hadi juga berkata, sepatutnya rakyat yang benar-benar demokratik akan memberi peluang kepada parti lain untuk memerintah.

“Mereka lihat dulu dalam masa lima tahun dan selepas itu mereka boleh membuat muhasabah terhadap semua parti termasuk Umno-BN, bukan kita sahaja,” katanya lagi.

Quiet Despair said...

Dah tengok corak pemerintahan di Selangor dan Penang.
Tok sei la Tuan Guru.
Amat kalut-malut.

Col Roseli said...

Bila pulak orang Melayu bergaduh sesama sendiri, maka perlu pulak untuk disatukan semula?

Didalam kehidupan serta sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini kita haruslah menerima perbezaan pendapat. Tetapi apakah perbezaan pendapat itu diistilahkan oleh UMNO sebagai bergaduh.

Agaknya begitu lah. Bagi UMNO 'if you are not with me, you are against me'.

Setahu saya hanya negara-negara yang berfahaman Kominis sahaja yang mengamalkan sistem satu parti.

Pondok Hati said...

Mungkin sekarang ini lebih tepat disebut sebagai zaman anarki politik puncanya adalah berebut kekayaan. BN,Pakatan Rakyat sama je.

Anonymous said...

Quiet Despair & schenker78, jangan bergadoh. Awak dengan parti awak, saya dengan parti saya. Siapa yang dapay mandat dia menang. He!!!!!!!