31 August 2010

Kufur nikmat - akhirnya mengkhianati diri sendiri

Menjadi parti pembangkang di negara ini amat susah. PERIKATAN dan selepas itu BN telah memerintah negara sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dahulu. Dalam jangka yang begitu lama PAS, DAP dan parti-parti pembangkang lain menghadapi dugaan politik yang tidak terkira kesusahannya.

Sekarang PKR pula wujud juga untuk mengambil tempat sebagai pembangkang di dalam arena politik negara. Sesungguhnya parti-parti ini merupakan parti-parti yang halal dan tidak menjadi kesalahan jika sesiapa berhajat untuk menyertai parti-parti ini untuk bergiat dan aktif di dalam politik negara. Malahan mana-mana parti pun boleh menubuhkan kerajaan jika dipilih oleh rakyat yang mengundi di dalam pilihanraya umum yang diadakan dalam jangka masa 5 tahun selepas setiap pilihanraya sebelumnya.

Sistem demokrasi yang diamalkan di mana-mana negara maju telah menaik dan menurunkan kerajaan dan itu dianggap biasa dan tidak menjadi masalah kepada rakyat dan negaranya. Malahan seorang pemimpin itu turun dengan ‘gentleman’nya apabila partinya tidak lagi mendapat mandat majoriti dari rakyat.

Gordon Brown meninggalkan 10 Downing Street dalam tempoh 4 jam sahaja sambil mengucapkan tahniah kepada penggantinya David Cameroon kerana mendapat mandat rakyat Britain walaupun terpaksa membentuk kerajaan campuran dengan parti kecil yang lain, iaitu Parti Liberal Demokrat.

Di Amerika Syarikat sistem 2 parti negara itu menyaksikan Parti Democrat dan Republican bergilir-gilir memerintah kerana rakyatnya menggilirkan mereka untuk mentadbir negara. Begitu jugalah di negara-negara yang maju yang lain; mereka memilih parti dan pemimpin yang mereka perlukan buat keperluan masa dan ketika itu disamping tidak meninggalkan keperluan untuk negara dalam perkara penting untuk jangka masa yang panjang.

Berbalik kepada keadaan di negara kita, BN telah memerintah di negara kita sejak mencapai kemerdekaan dan mungkin ada sebab yang perlu untuk mengekalkan keadaan seperti itu. Di Jepun parti Liberal Demokrat telah mentadbir negara itu selama 5 dekad tetapi akhirnya rakyat Jepun meletakkan parti itu di pihak pembangkang kerana masalah-masalah yang hanya dirasai oleh rakyat negara itu. Moralnya sebuah parti yang gagah pun akhirnya tidak mustahil untuk diketepikan oleh rakyat.

Semasa itu rakyat tidak boleh diminta mengenangkan jasa-jasa lama yang dilakukan oleh mana-mana parti yang memerintah sekian lama kerana yang penting rakyat perlukan kesinambungan dengan apa yang mereka rasakan selama ini. Tidak mungkin rakyat boleh memberikan sokongan berterusan jika ianya akan memudharatkan negara. Semata-mata untuk mengenangkan jasa-jasa yang begitu banyak rakyat dipaksa untuk memberikan mandat walaupun parti itu sudah jauh lari dari perjuangan asalnya.

Kadang-kadang kita tidak boleh lari dari mengakui bahawa hidup ini ibarat roda. Ada masanya duduk di atas dan ada masanya kita terpaksa berpuas hati untuk duduk di bawah. Kita telah membaca dan melihat yang kufur nikmat tetap akan menerima balasannya di dunia ini. Siapa yang mahu menafikannya silakan.

Biarlah ramai mengatakan bahawa saya seorang pengecut dan bacul kerana saya tidak berani menyangkal kenyataan hakiki ketuhanan ini. Dosa yang ada pada diri saya pun tidak terhisab, masakan saya berani hendak mengelak dari hakikat bahawa kufur nikamt itu adalah dosa yang sebesar dosa kerana ianya berkait dengan penyakit di qalbi kita. Dosa Karun yang besar ialah dosa kufur nikmat kerana Karun berfikir yang harta benda yang banyak itulah yang akan menyelamatkannya sehinggakan dia sanggup melakukan perkara yang menganiayai masyarakat di sekelilingnya.

Segagah-gagah Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan akhirnya tumpas di tangan Musa yang membesar di dalam istananya. Tidak ada sesiapa yang boleh lari dari hukum dan segala-galanya adalah urusan Tuhan semata-mata. Parti Demokrat Jepun yang membangunkan negaranya menjadi negara ekonomi kedua terbesar di dunia pun jatuh tersungkur kerana pemimpin parti itu menghadapi penyakit kufur nikmat dengan rasuah dan sebagainya.

Banyak lagi contoh-contoh nyata yang kita lihat pihak lain mengalaminya. Semuanya ini menjadi bahan pelajaran kepada kita semua. Banyak juga contoh-contoh parti yang kecil tetapi akhirnya dapat kuasa atau pun hampir dengan kuasa kerana kehendak rakyat. Parti Liberal Demokrat Britain tidak pernah menyangka yang ianya boleh mendapatkan mandat rakyat Britain untuk berkongsi kuasa dengan Conservative. Liberal Demokrat sebuah parti yang kecil telah memenangi lebih dari 50 kerusi dalam Pilihanraya yang lalu, cukup untuk membantu Conservative menubuhkan kerajaan dengan penyertaannya bersama-sama untuk mentadbir Britain buat penggal ini.

Di negara kita PAS tidak pernah memenangi pilihanraya kecuali memenangi beberapa kerusi di pantai timur semenanjung kecuali semasa berada di dalam BN dari tahun 1974 ke tahun 1978. Semasa itu PAS mentadbir Kelantan dan mendapat beberapa kerusi Parlimen seperti Bagan Datoh dan beberapa kerusi yang lain dan juga kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri.

Semasa parti-parti pembangkang ini masih kecil pemimpin-pemimpin mereka begitu cekal dan ramai di antara mereka ditahan di bawah ISA bertahun-tahun lamanya. Berbagai-bagai cara dilakukan oleh pihak parti yang memerintah untuk mengadakan sekatan terhadap parti-parti pembangkang untuk mendekati rakyat.

Tetapi kini parti-parti pembangkang ini sudah mula diterima rakyat dan mereka bukan lagi dianggap sebagai parti pembangkang tetapi sebagai parti ‘alternative’ kepada BN yang sudah berabad menerajui Negeri-negeri dan Persekutuan kita.

Parti-parti pembangkang yang terbesar PAS, PKR dan DAP kini sudah berjaya menembusi kekuatan BN yang pada suatu ketika dahulu dianggap sebagai parti yang ‘invincible’ dan ‘irreplacible’. Sekarang calon-calon UMNO tidak berani lagi hendak mendabik dada dengan berkata, “Aku hantar seluar dalam aku tanpa kehadiran aku pun boleh menang”. Begitulah ketakburan dan kekufuran calon-calon BN semasa UMNO begitu kuat dan perkasa dahulu.

Kekuasaan yang diberikan rakyat diterima dengan sikap sombong dan angkuh seolah-olah sokongan itu datang dengan sendirinya buat selama-lamanya. Mereka lupa bahawa kuasa itu didapati dengan keizinan yang Maha Esa. Firaun begitu takbur dengan kuasa sedangkan kuasa itu bukan kuasanya. Apabila diambil oleh yang MAHA Esa Firaun tidak pun ada cara untuk menyelamatkan dirinya tenggelam di dalam Laut Merah itu.

Situasi sekarang memberi pelajaran kepada kita. UMNO sedang merasakan peritnya menjadi parti pembangkang di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Saya juga mendengar di hujung-hujung telinga saya yang Sarawak pun BN akan menerima nasib yang sama. Kalau benar apa yang didengar, maka itu merupakan satu lagi kejatuhan dinasti besar yang selama ini tidak siapa pun boleh mendekatinya.

Seperti di dalam pelajaran Matematik, untuk memberikan jawapan yang tepat kita mesti tahu ‘formula’nya dengan betul. Jika ‘formula’nya diikuti dengan tepat, jawapannya akan menjadi tepat. Kalau kita salah menggunakan ‘formula’nya jawapannya akan tetap salah.

Begitu jugalah dalam politik; ‘formula’nya kena betul. ‘Formula’nya ialah; apabila berkuasa jangan letakkan hidung di dahi. Kesombongan yang tidak terkawal menjadikan kita takbur dan kufur nikmat yang dibenci Tuhan. Selama ini ‘formula’ itu tidak lagi dipakai dan diikuti.

Jika kita diketepikan anggaplah itu sebagai penyucian kepada dosa dan noda politik yang telah selalu dilakukan oleh pihak kita. Ulamak yang muktabar pernah berpesan “Kalau mendapat benda yang buruk, jangan dibuang terus, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Jika mendapat benda yang cantik-cantik, jangan terus diterkam, mungkin ada celaka di sebaliknya”.

30 August 2010

Ibrahim Ali dan Khairy sepakat

Semakin hampir pilihanraya umum semakin banyak isu yang dihebohkan dan kebanyakkan isu itu pada pandangan saya merupakan isu yang membazir masa dan waktu untuk dilayani. Orang ramai sudah lali dengan isu yang sengaja digemparkan oleh setengah pihak dengan tuduh menuduh diantara satu pihak dengan pihak yang lain.

Sekarang kita berdepan dengan isu lembik, iaitu isu Ahli Palimen berbangsa Cina masuk kesebuah surau diSerdang untuk menyampaikan bantuan dan bercakap perkara ‘non-political’ dalam perjumpaan itu. Banyak pihak dan individu yang sentiasa mencari isu, tangkas membuat kenyataan khbar dan mejerit-jerit mengatakan yang YB Teo tidak sepatutnya berucap didalam surau itu kerana kononnya merosakkan kesucian Agama kita serta menyentuh sensitivity masyarakat Islam dan Melayu kita.

Ketua Pemuda UMNO dan Ibrahim Ali kali ini sepakat untuk menyanyikan ‘chorus’ yang ‘harmonic’ dalam isu YB Teo ini. Kedua-duanya begitu selari dan saya yakin isu ini diadakan bukan kerana nak jaga kesucian Agama tetapi kerana hendak menarik perhatian ramai sahaja.

Seorang wakil rakyat boleh memberikan bantuan dimana beliau suka dan dalam kes ini beliau dijemput untuk memberikan bantuan disurau tersebut dan bagi saya itu bukan masalah besar. Rasanya saya pun seorang Islam juga dan saya tidak nampak ianya menghina Islam malah saya begitu suka mendengar Ahli Parlimen itu mengakui yang ramai pengundinya beragama Islam.

Kalau kerana tidak memakai tudung kepala kenapa isu ini hendak diperbesarkan tanpa had. Biarlah Majlis Agama Islam mengambil ‘initiative’ untuk membetulkan keadaan, bukannya orang politik.

Saya juga tidak nampak Teo sengaja hendak melukakan sesiapa apa lagi untuk menyentuh ‘sensivity’ orang Melayu. Beliau hanya melaksanakan tugas beliau sebagai seorang wakil rayat bagi kawasan Parlimen tersebut. Apa yang perlu diberitahu kepadanya ialah tata cara dan adab bila memasukki rumah ibadat orang Islam. Saya rasa tentu beliau dapat menerimanya. ‘She will be more than happy to accept it’.

Yang disebut ramai dan diisukan rakyat sekarang ialah sikap UMNO sendiri yang tidak menjaga ‘sensivity’ orang Melayu yang dipimpinnya. Pemimpin UMNO lebih sayangkan bangsa lain dengan berkompromi dalam banyak hal tentang masa depan dan nasib Melayu akan datang.

Ramai orang termasuk diri saya faham UMNO sedang tercari-cari kelemahan parti lain kerana PRU 13 mungkin tiba tidak berapa lama lagi. Oleh kerana tidak dapat menunjukkan perkara yang baik maka jalan yang lazim digunakan ialah dengan mencari isu demi isu untuk mendapat perhatian ramai; untung-untung orang Melayu akan kembali menyokong mereka.

Ramai yang mentertawakan mereka yang menjadikan ini sebagai isu. Yang ‘sensitive’ ialah pemimpin UMNO yang mengelabah tak keruan termasuklah Pemudanya sendiri. Nak tunjukkan sesuatu hasil kerja mereka tidak ada, maka gunakanlah isu ini untuk menunjukkan yang mereka masih ada dan belum mati lagi.

Kalau hendakkan orang Melayu mengikut kita, Pemuda UMNO mesti perjuangkan isu-isu yang mana pemimpin-pemimpin kita telah menyelewengkan wang ringgit dan menyalah gunakan harta benda rakyat.

Pemuda mesti bertanya secara ‘detail’ ke mana perginya 67% daripada RM4.08 billion wang Felda dibelanjakan hingga kantung Felda merosot dengan teruk sekali. Tanya Felda kenapa Felda membeli hasil peneroka dengan harga yang terlalu rendah dari harga pasaran di luar sana.

Ingatkan PM itu bahawa Felda ditubuhkan untuk menjadikan orang Melayu yang tidak bertanah dulu untuk memilikki harta, bukannya untuk Felda dan pegawainya yang kaya raya. Kita selalu nampak kurap orang, tetapi kita tahu dibalek pakaian kita yang cantik-cantik itu, dikulit kita penuh dengan kurap-kurap yang tak kunjung kering.

Khairy patut pergi berjumpa Mirzan Mahathir untuk memulangkan wang PETRONAS yang berbillion yang digunakannya untuk ‘bail out’ sebuah syarikat perkapalannya belasan tahun dahulu. Khairy mesti beritahu Mirzan, di Amerika Syarikat semua syarikat yang di'bail out' oleh kerajaan, sekarang sedang dalam proses memulangkan kembali wang rakyat yang mereka gunakan untuk menyelamatkan konglemerate mereka semasa kejatuhan ekonomi tidak berapa lama dahulu.

Beritahu Mirzan wang yang berbillion itu dipindahkan kepada MARA; boleh hantar puluhan ribu anak-anak kita ke Australia, New Zealand atau ke England untuk belajar. Bila balik nanti mereka boleh berkhidmat kepada negara kita.

Kalau Khairy berani berbuat demikian barulahlah dia dianggap anak jantan dan Ketua Pemuda yang tulin dan tidak ada tolok bandingnya. Kita tidak payah berucap menjerit-jerit untuk berjuang. Pemimpin yang menjerit dan beretorik dengan nada suara tinggi itu selalunya orang yang banyak kelemahan sendiri yang hendak ditutupinya. Setakat mempamerkan ‘silat pulut’ sahaja Pemuda tidak akan berjaya menarik perhatian orang ramai.

Kalau tidak ada isu ini mungkin orang akan bertanya; mana Pemuda, mana Khairy? Kita tidak boleh berbuat apa-apa kepada Pergerakan Pemuda sekarang ini, kerana mereka sudah hilang hidayah politik.

Nak dirotan, dia sudah besar walaupun masih keanak-anakkan. Jadi kita sabar sahaja melihat telatah dan langkah anak-anak muda ini. Orang tua-tua dulu selalu berkata, ‘anak muda yang julung berkeris, batang pisang pun dia sanggah’.

Kita sabar sahajalah. Mari kita tunggu sehingga Khairy menjadi dewasa. Insya-Allah dia akan menjadi dewasa walaupun agak lambat sedikit. Itu fenomena biasa, sesetengah kanak-kanak cepat dewasanya, hanya Khairy ini agak lambat sedikit. Lambat-laun dia akan jadi dewasa. Kita boleh sayanginya. Tak mengapa.

Oghang-oghang lamo ado bokato, ‘yang tuo kito hormati, yang mudo kito sayangi’. Ingat Khairy, kami bukannyo mombonci anda. Abang kau ni nak togo sikit-sikit. Kalau boto jalan eh, jadi taklah ghosak pojuangan kau. Itu pun kok ado pojuangan sobagai mano yang dikato.

DEB gagal - kerana digagalkan

Seronok juga saya hendak mencelah dikalangan ramai yang menyentuh tentang isu DEB dan kesannya serta apa sebenarnya yang menyebabkan dasar itu dianggap berjaya oleh setengah pihak dan gagal bagi setengah pihak yang lain. Masing-masing ada alasan sendiri.

DEB merupakan dasar yang unggul jika dilaksanakan dengan baik. Semasa dasar ini mula-mula dilaksanakan ianya berjalan dengan baik tanpa ‘complain’ mana-mana pihak termasuklah orang-orang bukan Melayu. Masalahnya sekarang ramai yang memandang DEB itu sebagai sebuah dasar yang diadakan khas untuk orang Melayu dan Bumiputra sahaja, tanpa memikirkan apa sebenarnya tujuan dasar itu diwujudkan. Kalau kita ikut mengikut ‘step’nya yang betul dasar ini tidak sepatutnya menjadi siu sekarang ini, apatah lagi dasar itu sudah tiada lagi.

DEB mempunyai hanya SATU matlamat; iaitu Perpaduan Kaum dinegara ini. Itu sahaja tujuan dan motif kewujuddannya. Pemimpin politik dan pemikir-pemikir negara semasa itu melakukan ‘soul searching’ yang mendalam untuk memperkenalkan dasar baru ini.

Kewajaran dasar ini diadakan amat dituntut bukan sahaja oleh Bumiputra tetapi juga bangsa –bangsa lain kerana mengadakan dasar yang bermatlamatkan Perpaduan Rakyat itu amat mendesak. Hasil dari kejadian 13 Mei ’69 membuktikan kepada semua pihak yang perpecahan dikalangan rakyat tidak akan membawa makna kepada kemerdekaan negara kita. Perpecahan dan pergaduhan berdarah tidak akan memberi keamanan kepada negara jauh sekali untuk memajukan negara bagi pengisian kemerdekaan itu.

Saya tidak mahu lagi untuk mengulas secara ‘detail’ tentang rupa dan bentuk dasar ini kerana saya telah menyentuhnya banyak kali sejak 2 tahun yang lalu.

Kesedaran semua bangsa tentang pentingnya perpaduan rakyat ini maka pemimpin-pemimpin yang diketuai oleh UMNO dan pemimpin-pemimpin parti-parti kerajaan dan pembangkang semasa itu (PAS dan Gerakkan) telah bersetuju yang satu tindakkan ‘affirmative’ wajar dilaksanakan untuk menentukan hidup matinya rakyat dan negara kita yang sudah mencapai kemerdekaan.

Apakah proses-proses yang ‘affirmative’ untuk pencapaian perpaduan rakyat tadi? Jawapannya ialah; menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan Agama. Selain dari itu ialah untuk menghapuskan cara dan kaedah mengenali sesuatu kaum itu mengukut fungsi ekonominya. Ianya juga bertujuan untuk merapatkan jurang pendapatan diantara yang berada dan tidak berada dan beberapa lagi tindakkan yang terpaksa diambil yang dipersetujui bersama diantara kaum-kaum dinegara ini.

Yang disebutkan dalam para sebelum ini hanya lah proses-proses kearah pencapaian matlamat perpaduan rakyat tadi. Bagaimana pula proses ini dilakukan?

Pertamanya dasar ini mengakui bahawa kemiskinan merupakan isu yang sangat besar untuk diselesaikan. Oleh kerana kaum Bumiputra rata-rata adalah kaum yang miskin yang terjebak dengan fugsi ekonomi mereka sebagai petani-petani dan pekebun kecil maka prose untamanya ialah dengan menentukan Bumiputra dibahagikan quota 30 peratus penyertaan dalam bidang perniagaan dan industri.

Yang 30 peratus yang hendak diberikan kepada Bumiptra itu bukannya dengan mengambil atau merampas hak yang sudah dikuasai oleh kaum lain. Caranya ialah dengan membesarkan kek ekonomi negara dan dalam proses itu banyak lagi tindakkan ‘affirmative’ dilaksanakan untuk mencapai matlamat ini.

Kerajaan yang begitu komited dengan dasar ini dalam masa yang sama telah membina syarikat-syarikat tajaan kerajaan yang dipangil sebagai ‘Public Companies by Guaranttee yang sekarang dipanggil GLC. Syarikat-syarikat ini ditadbir oleh ahli-ahli koporat yang sama-sama komited untuk menentukan kejayaannya dan dikalangan mereka tidak ada atau tidak menjadi budaya utuk memperkayakan diri mereka sendiri seperti yang begitu lazim berlaku dimasa ini.

Disetiap Jabatan dan Kementerian pula dan disertai oleh Bank-bank tempatan dan Bank-Bank asing unit penyertaan Bumiputra bagi membantu kaum Bumiputra untuk memulakan atau untuk membesarkan perniagaan mereka. Sekarang ini unit-unit ini telah dihapuskan sejak pertengahan kepimpinan Mahathir kerana pemimpin ini sudah mula bercakap tentang ‘meritocracy’ dan mahukan Bumiputra bersaing secara adil dan membuang ‘tongkat’ yang telah disediakan oleh DEB itu.

Bagi ramai termasuk diri saya yang kebetulan bekerja disalah sebuah syarikat kerajaan untuk membantu Bumiputra meningkatkan penyertaan dalam bidang industri dan ‘commerce’ menentang saranan Dr M ini. Kami berpendapat jika tidak mahu pakai ‘tongkat’, maka wajar tongkat itu disimpan bukan dibuang, kerana kemungkinan suatu hari tongkat ini berguna untuk kita.

Dr Mahathir adalah seorang ‘strong believer’ yang DEB itu memberikan banyak halangan kepada pembangunan pesat negara. Beliau percaya yang pembangunan secara fisikal itu adalah merupakan elemen ‘nation building’ yang mampan sedangkan pembangunan fisikal itu hanya merupakan elemen yang begitu ‘fractional’ jika kita sebut istilah besar ‘nation building’ itu.

Dr Mahathir tidak mengambil berat tentang pembinaan sikap yang betul untuk menyambut pembangunan fisikal yang pesat itu. Asalkan sahaja negara menampakkan pembangunan fisikal yang besar, tidak perlu diambil tahu kesan sampingan seperti rsauah dan salah gunakuasa yang berputik dengan pantas dizamannya.

Sekarang terbukti ‘tongkat’ kita yang sudah buang jauh itu belum tentu kita akan dapatkannya kembali dengan kelemahan pimpinan pada hari ini. Ibrahim Ali dengan PERKASAnya menjerit-jerit untuk dipulangkan ‘tongkat’ itu tetapi pentadbiran sekarang menambah lagi luka yang dialami oleh orang Melayu dengan konsep yang mengelirukan, iaitu 1Malaysia.

Saya tidak terkejut yang orang Melayu dalam masa yang agak singkat dari sekarang ini, akan menjilat luka mereka sendirian. Luka itu kian hari kian mendalam dan hampir semua mengalaminya.

Semasa DEB sedang rancak dilaksanakan kita melihat setiap rakyat bekerja keras untuk menjayakannya termasuk kaum bukan Bumiputra kerana mereka sendiri mendapat laba yang besar dengan dasar itu. DAN jangan dinafikan yang perkembangan ekonomi negara semasa itu benar-benar bersandarkan kepada DEB dan DEB lah yang telah meletakkan asas ekonomi yang kukuh bagi negara.

DEB telah meningkatkan orang Melayu didalam bidang pengurusan syarikat-syarikat awam yang besar dan syarikat-syarikat tersebut telah mengambil ‘initiative’ untuk memperkenalkan ‘management trainee program’ bagi menyediakan jumlah penyertaan Buniputra didalam pengurusan syarikat-syarikt mereka. Semasa itu kita melihat ramai eksekutif Melayu yang duduk didalam penguran syarikat-syarikat tersebut.

Hampir semua syarikat awam semasa itu ada bilangan eksekutif Melayu dan Bumiputra bagi bersama-sama menjayakan niat DEB itu. Badan-badan dan agensi kerajaan pula memberikan dokongan untuk menambah bilangan professional dan separa professional dengan menghantar ribuan anak-anak muda Melayu kedalam institusi pelajaran tinggi didalam dan diluar negara.

Tengku Razaleigh telah mengeluarkan ribuan biasiswa melalui Bank Bumiputra untuk anak-anak muda belajar diluar dan dalam negara. Beliau telah meminta PERNAS mengeluarkan biasiswa untuk tujuan yang sama. Begitu jugalah PETRONAS telah mengeluarkan ribuan biasiswa semasa beliau mengetuai penubuhan syarikat petroleum nasional itu dan seterusnya menjadikan PETRONAS sebagai mana yang kita nampak pada hari ini.

Pelajaran dan pendidikkan merupakan jalan yang terbaik bagi kita untuk membangunkan bangsa kita maka itulah sebabnya ia diberikan tumpuan semasa DEB berjalan lancar malahan pendidikkan ii bukan sahaja perlu ditekankan semasa DEB sahaja malahan buat selama-salamanya.

Sekarang ini setip mahasiswa dinegara kita ini terus sahaja berhutang apabila masuk kepusat pengajian tinggi dengan jumlah yang besar dengan pengenalan PTPTN. Sepatutnya jika sesebuah negara itu benar-benar maju pelajaran sepatutnya menjadi percuma atau perbelanjaan yang nominal sahaja.

Dinegara-negara Scandinavia pelajaran adalah percuma; begitu juga dinegara Jerman. Disini situasinya terbalik; lagi maju lagi susah nak hantar anak-anak keUniversiti dan pusat-pusat pengajian tinggi. Pulhan ribu siswazah yang belum mendapat pekerjaan sedang menghadapi tindakkan mahkamah hasil tindakkan PTPTN ini. Ini dikatakan negara maju.

Jika PETRONAS boleh melakukan ‘bail out’ untuk syarikat Mirzan Mahathir dengan jumlah hanpir 1.5 billion ringgit kenapa PETRONAS begitu kedekut untuk membiayai pembelajaran anal-anak Melayu kita? 1.5 billion yang diberikan kepada Mirzan itu boleh menampung puluhan ribu anak-anak Melayu keluar negara untuk mengambil bidang-bidang yang sesuai untuk pembangunan negara.

Kenapa mahal sangat untuk ‘maintain’ seorang PM itu? Saya pun tidak faham walaupun kita boleh agak-agak kenapa keadaan jadi begitu.

Tetapi bila rakyat marah dengan tindakkan yang tidak amanah dan betangjwab ini rakyat pula dimahi dan ada diantara yang bersuara akhir masuk kedalam tahanan diSg Buluh. Itu namanya Merdeka.

Jadi DEB itu merupakan dasar yang oleh diguna pakai sampai bila-bila kerana dasar itu adalah untuk semua disamping mengimbangi pembahagian ekonomi negara secara ‘equitable’ bukannya ‘equal’ seperti dinegara-negara komunis.

Walupun DEB hanya diberikan tumpuan sehingga 1984, penyertaan Bumiputra didalam bidang industri dan pemilikkan equiti mereka meningkat dengan pesat. Pegangan Bumiputra telah meningkat kepada 18.2 peratus dari 2.7 peratus pada tahun 1970. Tetapi sejak 1984 itu peningkatan equity Bumiputra sangat kecil dan tidak berpadanan dengan laungan kejayaan yang kita dengar. Kini pegangan Bumiputra hanya disekitar 20 peratus sahaja.

Tetapi setelah Dr M melantik ‘our great Daim’ menggantikan TR sebagai peneraju ekonomi negara maka Dr M menjadi selesa untuk melaksanakan agenda penbangunan tidak teratur dan DEB mula dilacurkan.

Dari waktu inilah projek-projek runding terus dilaksanakan dengan harga yang gila-gila. Ada orang yang hendak menjadi kaya raya. Pedulikan DEB dan sebagainya. Pemimpin-pemimpin sudah mula dilatih untuk menghampiri perniagaan besar dan pemimpin-pemimpin ini akan meleleh air lior mereka apabila nampak projek untuk rakyat.

Akan meleleh air lior mereka apabila nampak projek-projek ini, seperti anjing nampak tulang. Budaya kronism mula bertapak kerana hanya melalui kronism sahaja boleh mendapat kekayaan. Kalau dahulu ‘special privilege’ berkait dengan Bumiputra yang marhen dibawah-bawah ini, tetapi dari saat itu Bumiputra merupakan orang yang rapat dengan PM dan Daim sahaja. Mereka adalah dikalangan ‘the rich and the famous’. Berurusan dengan orang yang miskin susah untuk mendapatkan kekayaan.

Peluang yang sepatutnya dinikmati oleh Bumiputra yang ramai, peluang ini diberikan kepada Bumiputra yang lain. kali ini definasi Bumiputra pun diubah. Diantara mereka ialah Halim Saad, Ananda Krishnan, Yeo Tiong Lay, Quek Len Chan, Daim Zainuddin, Vincent Tan, Tan Sri Arumugam dan ramai lagi nama yang sudah disisipkan kedalam senarai Bumiputra. Mereka merupakan super bumi yang mendapatkan kekayaan dengan menghisap darah melalui sistem kronism yang menebal.

Dizaman Mahathir dan Anwarlah kita melihat penggiat kewartwanan menjadi proxy kepada yang memimpin dan adalah diantara wartawan yang menjadi kaya raya kerana berhubung rapat dengan pemimpin yang bersama-sama hendak menumpang menjadi kaya raya secara senang.

Mungkin itu lah cara yang terbaik untuk membangunkan negara; iaitu melakukan sesuatu tanpa memberikan perhatian kepada moral. DEB yang begitu baik disusun menjadi beban kerana ketidak tulusan perlaksanaannya yang dilaksanakan oleh perlaksana dan pemimpin yang bersekongkol dengan mereka.

Sekarang ini apa dasar pun tidak akan dapat dijayakan kerana dikalangan pemimpin-pemimpin masing-masing ada agenda mereka sendiri; baik DEB atau pun MEB. Disorong salah ditarik pun salah.

Mereka mereka yang mendapat kesenangan melalui kronism ini kebanyakkannya menjadi sombong dan tidak malu mendabik dadak sambil berkata, ‘whatever I touch will turn gold’.

Sebagaimana yang selalu saya katakan kejayaan rejim ini hanya satu; iaitu membentuk masyarakat yang tidak ada malu dan tidak beretika. Pemimpin-pemimpin pun sama; tidak malu menayangkan mahligai yang mereka perolehi dari kerja yang tidak bermoral itu.

Itulah kejayaan yang dibangga-banggakan oleh pemimpin dan penyokong kepimpinan sekarang ini. Tetapi kenyataannya, rakyat sudah berpecah belah, dan tidak ada siapa pun yang sanggup menerima dan mengambil ‘accountability’ terhadap perpecahan ini.

Perpecahan yang dialami rakyat ini merupakan kegagalan mutlak bagi DEB kerana pemimpin negara sendiri tidak menghormati dasar yang telah dibina oleh pimpinan semasa dahulu.

29 August 2010

Merdeka kata orang, Merdeka kata kita - Benarkah kita Merdeka?

Alunan dan teriakkan Merdeka yang saling kita dengar saban tahun amat memberi makna kepada rakyat yang memahami erti kemerdekaan yang sebenar. Hari kemerdekaan yang kita sambut pada 31h Ogos setiap tahun itu hanyalah untuk mengingati hari negara kita berjaya mentadbir negara sendiri dengan pemimpin kita sendiri serta menentukan arah perjalanan negara kita.

Kita telah memilih sistem demokrasi untuk rakyat memilih sesiapa atau pihak mana yang diyakini boleh mentadbir negara mengikut selera dan kemahuan majoriti rakyat. Itulah sebabnya demokrasi didefinasikan sebagai keraajaan yang dipilih rakyat dan untuk rakyat.

Pada 31 Ogos ’57 merupakan hari pertama kita mentadbir negara kita sendiri dan kita telah merdeka dari campurtangan pihak kolonial British dalam menentukan segala-gala kehendak rakyat dan negara kita. Kita mempunyai Perdana Menteri sendiri dan dianya tak lain dan tidak bukan adalah YTM Tunku Abd. Rahman Putra Al-haj.

YTM Tunku sangat terkenal dipesada antarabangsa khususnya dikalangan negara-negara Commonwealth. Beliau merupaka seorang yang masyor dan tidak payah mengupah APCO, Satchi & Satchi atau mama-mana agensi antarabangsa untuk menaikkan nama Malaysia atau Malaya sebelum itu dikalangan masyarakat antarabangsa.

Nama pemimpin dan negara kita harum diperingkat antarabangsa tanpa membayar walaupun sepuluh sen untuk agensi antarabangsa kerana nama baik itu adalah ‘original’ tanpa dibantu untuk dibantu dengan pihak-pihak yang lain. Malaya atau Malaysia selepas itu bukan negara digeruni tetapi disegani oleh pemimpin antarabangsa.

Rakyat yang sudah berumur tentu masih ingat suatu insiden dalam mana TUNKU naik berang dengan pemerintahan Apartheid Afrika Selatan dan mengusulkan negara itu digantung keahliannya sebagai anggota Commonwealth. Usul Tunku itu telah disokong oleh Perdana Menteri British, Harold Macmiland. Persidangan Commonwealth itu akhirnya bersetuju untuk menggantung keahlian Afrika Selatan sebagai anggota Commonwealth.

Imej baik pemimpin kita semasa itu bukannya imej tempelan tetapi imej yang semulajadi dan dihormati oleh masyarakat antarabangsa juga dengan penghormatan semula jadi.

TETAPI adakah perjuangan kemerdekaan itu sudah sampai kepenamatnya? Adakah dengan laungan MEDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Pada 31 Ogos ’57 itu menandakan tamatnya perjuangan dan sudah tidak ada lagi tekanan terhadap negara dan rakyat?

Sesungguhnya untuk memerdekan negara dari cengkaman penjajah sudah terbukti lebih mudah dari memerdekakan negara dari cengkaman yang datangnya dari dalam negara dan oleh rakyat serta pemimpin kita sendiri. Penjajahan oleh orang dan kaum kita sendiri adalah satu perjuangan yang lebih hebat dan belum ada pun nampak hasilnya walaupun banyak pihak yang sedang bertungkus lumus untuk memerdekakan kita dari cengkaman dari pihak penjajah dalam negara kita sendiri.

Kalau dikaji dan ditelaah jangan halus orang Melayulah yang dijajah selama-lamanya. Jika zaman penjahajan British dahulu orang Melayu dilekakan dengan nilai-nilai yang negatif, dan dibentuk sikap mudah berpuas hati dan tidak mahu bekerja keras, orang Melayu kini sedang menghadapi tekanan untuk menjadi umat yang hanya mengikut dan menghalalkan segala perbuatan mungkar pihak yang memimpin mereka.

Orang-orang Melayu dihidangan juadah rasis yang tidak ada tolok bandingnya, tetapi menuduh pihak yang lain yang memainkan isu rasis ini. Orang Melayu yang tidak puas hati dengan rekod yang buruk partinya untuk terus menyokong kononnya itu sahajalah cara untuk menyelamatkan orang Melayu dari hanyut dinegaranya sendiri.

Tetapi Pemimpin-pemimpin parti in jika terus dibiarkan berkuasa maka harta benda rakyat akan terhakis kerana ketamakkan pemimpin membolotnya dengan menggunakan kuasa yang diberikan oleh orang Melayu dan rakyat keseluruhannya. Orang Melayu masih dijajah oleh pemimpin mereka sendiri yang tidak ada sifat untuk membangunkan rakyat selain dari membangunkan diri individu mereka sendiri.

Orang Melayu masih dalam pencarian dan masih belum berjaya mendapat memerdekan diri mereka dari sikap serba salah dan was-was. Bebarap NGO Melayu telah wujud hasil dari usaha pencarian ini, tetapi mereka yang menyertai NGO ini, seperti PERKASA dihantui oleh pemimpin UMNO, dan yang terakhir diselar hebat oleh Ketu Pemuda UMNO Malaysia. Kalau balik kepangkuan UMNO mereka akan dipergunakan oleh pemimpin parti itu untuk kepentingan pemimpin, isteri dan kroni-kroni yang lain.

Dengan keadaan ini mereka yang masih dengan pemimpin UMNO sudah dianggap lemah oleh bangsa lain khususnya dikalangan BN sendiri. Maka parti komponen seperti MCA sudah menunjukkan sikap tidak percaya kepada UMNO pula. Kenapa keadaan ini berlaku?

Jawapannya mudah; sebabnya ialah sifat serba salah dan perasaan was-was yang tidak menentu dikalangan orang Melayu. Perasaan was-was ini tidak lain dan tidak bukan ialah kerana mereka sentiasa ditakut-takutkan dengan isu rasis yang menebal yang dibaja oleh pihak yang sedang berkuasa.

Pendekknya orang Melayu tidak habis-habis dijajah dan diperkotak katikkan oleh bangsanya sendiri. Ramai yang merasakan yang mereka belum lagi merdeka untuk memilih pimpinan negara. Dua puluh tiga tahun dahulu orang Melayu pernah dihina dengan pembunuhan pertubuhan kebanggaan pejuang-pejuang Melayu kerana membawa kemerdekaan kepada negara. Sekarang pertubuhan itu sudah tiada dan pertubuhan yang menggantikannya yang menggunakan nama yang sama tidak pernah dalam sejarah memerdekakan negara ini.

Pada hakikatnya orang Melayu masih jauh dari menikmati kemerdekaan. Yang menikmati kemerdekaan ialah pemimpin-pemimpin yang bebas dan ‘merdeka’ untuk menekan pihak-pihak yang mereka rasakan sebagai penghalang kepada mereka untuk terus menjajahi rakyat kursusnya penjahan terhadap orang Melayu. Penjajahan terhadap orang Melayu yang terakhir iala dengan pengenalan kosep 1Malaysia yang mungkin tidak difahami oleh orang yang memperkenalkannya sendiri.

Kepada orang-orang Melayu, perjuangan kita sekarang ialah untuk mencapai kemerdekaan yang hakiki. Entahkan cepat entahkan lama lagi, kita berharap perjuangan ini akan diizin Tuhan untuk berjaya dan berada didalam sepenuh keredhoanNya.

28 August 2010

Jauhi PERKASA - Pemuda UMNO dah 'gila talak'?

UMNO kini mengambil sikap menyalahkan PERKASA sebagai punca utama kenapa orang bukan Melayu menolak UMNO sebagai parti yang mampu memperjuangkan wadah perjuangan bangsa Cina dan yang lain-lain.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Encik Khairy meminta semua ahli menjauhkan diri dari PERKASA kerana pertubuhan NGO Merlayu itu telah memberikan mudarat kepada UMNO. Tetapi mahu tidak mahu kita mesti megakui bahawa ahli-ahli UMNO yang menyertai PERKASA adalah orang Melayu tulen yang ingin melihat orang Melayu mempunyai keupayaan untuk menjadi bangsa yang ingin menentukan politik negara yang diasaskan pada politik Melayu seperti dahulu.

Khairy mungkin lupa bahawa orang Cina sememangnya telah lari dari memberikan sokongan kepada BN sebelum PERKASA ditubuhkan lagi. Dengan saranan Khairy yang akhir-akhir ini jelas menunjukkan bahawa UMNO menaruh harapan untuk kekal relevan walaupun itu adalah usaha yang sangat berat untuk dilaksanakan.

Saya ingin mengingatkan Khairy bahawa orang Cina bukan kali ini sahaja menolak BN. Orang-orang Cina pernah menolak PERIKATAN pada tahun 1969 dahulu tetapi pada masa itu Khairy belum lahir lagi ke dunia ini. Oleh kerana pemimpin Melayu semasa itu ada finesse serta kepimpinan yang tinggi masalah penolakan kaum Cina itu dapat diselesaikan dan diatasi dengan baik dan teratur.

Tetapi sekarang pemimpin terutamanya Pemuda mengambil sikap, 'Kau ceraikan dia, kau datang kembali kepadaku. Kau dengar cakap aku supaya orang Cina sokong aku'.

Rupa-rupanya UMNO hanya boleh ‘survive’ dengan mengambil hati pihak lain dan menekan perasaan bangsanya sendiri. Kelemahan UMNO nampaknya diletakkan kesalahannya kepada orang Melayu, tetapi pemimpin UMNO khususnya Pemuda tidak mahu tahu kenapa orang Melayu berkumpul di luar sana dan tidak memberikan sokongan kepada parti itu. Khairy mesti mengakui bahawa kalau tidak kerana kelemahan UMNO, masakan PERKASA itu wujud dan berkembang dengan begitu pesat?

Orang Melayu sudah penat untuk mengorbankan segala-galanya bagi menarik sokongan orang bangsa asing, sehinggakan tiada apa lagi yang kita hendak korbankan. Akhirnya nanti Melayu tidak menyokong dan orang bukan Melayu pun menolak kita. Yang dikejar tidak dapat dan yang dikendung pun berciciran di merata-rata tempat.

Ketidakmampuan pemimpin-pemimpin UMNO untuk mengambil hati orang lain membuatkan kita bertambah tertekan. Kalau kita ikut kehendak Khairy kita jugalah yang terpaksa berkorban. Orang Melayu sahaja yang perlu menyerahkan segala apa yang masih ada sikit-sikit ini kepada bangsa lain. Takut-takut suatu hari nanti Pergerakan Pemuda akan meminta orang Melayu menyerahkan ‘batu pelir’ kita kepada orang lain asalkan sahaja orang lain itu memberikan sokongan kepada kepimpinan kita yang lemah.

Kekurangan roh perjuangan di kalangan orang yang berjawatan tinggi amat memeritkan kita. Kita di bawah ini dianggap oleh mereka sebagai hamba abdi. Kita terpaksa mengikut kehendak mereka sahaja tetapi mereka sendiri tidak langsung nampak berusaha untuk memperbaiki diri mereka sebagai pemimpin. Pemimpin kita sudah lupa bahawa kita bukannya kambing yang boleh ditarik ke hulu dan ke hilir.

Ini juga merupakan hasil dari politik wang di mana ramai pemimpin mendapat kedudukan oleh kerana kedudukan kewangan yang kuat hasil dari kronisme yang menebal dalam sistem pemilihan kepimpinan.

Apabila seseorang pemimpin menaiki tangga kepimpinan melalui kekuatan kewangan yang besar, mereka akan menjadi pemimpin yang keliru dan tidak tahu cara mengendalikan kepimpinan negara.

Khairy wajib memahami satu fakta; ‘there must be cause for a cause’. Ketua Pemuda ini mesti faham bahawa sokongan yang besar yang diberikan kepada PERKASA mesti bersebab. Saya tidak mahu mengulas berulang kali apa sebabnya keadaan ini berlaku. Saya bersama dengan ramai yang lain telah menyebutnya berulang-ulang kali.

Jika UMNO mahu rujuk kembali dengan ahli-ahlinya yang menyokong PERKASA tentulah UMNO perlu meyakinkan mereka (ahli-ahli PERKASA) yang UMNO nampak berubah. UMNO tidak mungkin mendapat sokongan dari mereka kerana mereka menyertai PERKASA kerana masalah dalaman UMNO. Sampai sekarang ini UMNO tidak berubah dan jika ada pun perubahan ianya perubahan ke arah yang lebih menyesatkan.

Kalaulah benar Khairy mahu melihat kebaikan bagi UMNO di hari muka, sanggupkah beliau memberitahu Najib ataupun manusia yang paling berpengaruh dengan Najib untuk membatalkan niat untuk membangunkan tanah lapangan terbang Sungai Besi misalnya?

Boleh atau tidak Khairy memberitahu orang yang lebih berkuasa itu bahawa tanah itu patut dibangunkan park yang elok untuk rakyat dan anak-anak untuk beriadah seperti yang ada di bandar-bandar besar di dunia ini? Bukankah Khairy ini seorang yang melihat apa yang saya katakan ini kerana beliau membesar di luar negara dan belajar di Universiti terbaik dunia.

Saya ingin mengingatkan Khairy; mendapat Sarjana Muda dari sesebuah universiti itu adalah untuk membuktikan yang seseorang itu telah lulus di dalam semua peperiksaannya. TETAPI motif yang paling penting sekali bagi seorang memasuki universiti itu ialah untuk belajar berfikir dan bukannya untuk menunjukkan bahawa seseorang itu lebih baik daripada seorang yang lain.

Lulusan universiti terbaik pun belum tentu boleh menjamin sesorang itu mampu untuk berfikir dengan baik. Lulusan universiti terbaik mungkin boleh menjadi seseorang itu terpelajar tetapi tidak semestinya dia menjadi seorang yang terdidik.

Seruan Khairy untuk kita menjauhi PERKASA membuatkan lagi ramai yang marah kepada UMNO. Mereka tidak tahu hendak ke mana kerana UMNO terlalu sombong dan bongkak dan tidak mahu kembali ke perjuangan asal kewujudan parti itu. UMNO sudah hanyut dibawa arus dan sudah hampir ke muara. Kata perbilangan, ‘keruh di hulu keruhlah di hilir’. Kalau puncanyanya sudah terbelit bagaimana hendak meleraikan kekusutan yang dihadapi UMNO?

Seruan untuk ahli UMNO menjauhi PERKASA tidak ubah seperti orang yang sudah ‘gila talak’. Selalunya orang yang gila talak tidak pernah membuat keputusan yang baik kerana keputusan yang diambil adalah berdasarkan kepada emosi. Sama ada topik ini ada di dalam kurikulum di Oxford Universiti ataupun tidak saya tidak tahu kerana di sekolah atap tempat saya belajar perkara ini ada diajar oleh guru-guru saya.

Khairy sepatutnya berterima kasih kepada PERKASA kerana dapat mengawal mereka yang tidak berpuas hati dengan UMNO supaya tidak menyertai parti-parti pembangkang. Kalau Pemuda UMNO tidak mampu mengawal mereka jangan salahkan pihak yang berjaya meyakinkan mereka.

Tetapi seperti yang saya katakan tadi orang yang 'gila talak' tidak akan mampu berfikir sampai ke peringkat itu. Saya yakin Pemuda akan lebih baik setelah penyakit ‘gila talak’nya sembuh sepenuhnya.

Tetapi saya terlupa nak bertanya kepada Khairy, tahukah saudara siapa yang sebenarnya di belakang PERKASA ini? Dengar-dengarnya orang di dalam UMNO sendiri yang memberikan kekuatan kepada PERKASA. Betul ke Encik Khairy? Saya pun berminat untuk ambil tahu sikit-sikit.

27 August 2010

Ibu tiri! Selamat menyambut hari kemerdekaan! Merdeka! Merdeka!

Tidak beberapa hari lagi kita akan menyambut kelahiran negara kita yang merdeka. Kita mempunyai negara yang masih muda dan kemerdekaan yang masih baru jika dipandang dari sudut kewujudan sesebuah negara.

Kita hanya mempunyai negara pada bulan February 1948 apabila Perjanjian Persekutuan ditangani oleh kesemua negeri-negeri dan negeri-negeri Selat untuk membentuk sebuah negara Persekutuan yang beribu pejabat diKuala Lumpur.

Perjanjanjian 3 pihak iaitu UMNO, wakil Raja-Raja Melayu dan Pihak British pada Februari 1948 itu telah mewujudkan sebuah Negara Persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Dari saat itulah Malaya wujud yang sebelumnya adalah merupakan negeri-negeri yang mempunyai Rajanya sendiri dan pentadbiran sendiri setelah Malayan Union dibubarkan kerana desakkan orang-orang Melayu Melalui UMNO (UMNO asal).

Setelah wujudnya sebuah negara Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) maka UMNO terus memanjangkan usaha pemimpin-peminpin sebelum itu untuk bergerak kearah mencapai kemerdekaan penuh dari British. Itulah jasa UMNO (asal) yang tidak terperi terhadap orang Melayu dan bangsa-bangsa asing dan akhirnya kita mencapai kemerdekaan pada tarikh 312 Ogos 1957. Sekarang parti itu sudah tiada, tetapi orang seperti saya tetap mengingati parti itu sentiasa, lebih-lebih lagi disaat-saat kita mengingati hari Kemerdekaan ini.

UMNO (asal) itu ibarat ibu kandung kepada keseluruhan rakyat dan negara dan kematiannya tidak dapat dilupakan oleh rakyat seperti saya dan ramai yang lain. Sekarang tugas ibu kandung itu diambil alih oleh sebuah parti yang lebih bersifat seperti ibu tiri yang mengambil nama ibu kandung kita dahulu.

Ayah kita telah membiarkan ibu yang melahirkan kita mati kerana dia (ayah) mahu mencari isteri yang baru kerana mendapat isteri baru (ibu tiri kita) boleh hidup senang lenang dengan isteri yang muda. Sekarang isteri muda itu telah dikahwininya sejak 22 tahun yang lalu dan sekarang isteri muda itu banyak membawa masalah kepada kelurga yang besar ini.

Seperti ibu tiri, tanggungjawab terhadap kita, anak-anak tirinya tetap dilaksanakan walaupun banyak perkara yang dilakukannya sangat berbeza dengan cara ibu kandung kita mentadbir keluarga kita yang besar ini.

Ibu tiri selalunya tidak memahami kehendak anak-anak tirinya kerana dia tidak melahirkan kita. Ibu tiri kita tidak memahami jiwa dan naluri anak-anak tirinya dan tidak pernah bersusah payah semasa kita membesar. Yang kebanyakkan ibi tiri ini tahu ialah untuk mendapat kesengan semata-mata dan dia (ibu tiri) hanya menggunakan kita anak-anak tirinya untuk mendapatkan habuan dan kekayaan sahaja.

Anak-anak tiri ini sentiasa dibebani dengan tugas berat untuk memberikan sokongan kepada ibu tiri tanpa syarat. Ayah kita selalunya memihak kepada ibu tiri kita kerana maklumlah dia (ayah kita) baru mendapat ‘barang’ baru, maka kita ini mudah dilupakan. Itulah nasib kita anak-anak tiri ini.

Tetapi seperti biasa anak-anak tii ini akan menjadi dewasa, dan apabila sampai waktu dewasanya anak-anak tiri ini akan menjadi orang yang ‘merdeka’ dalam segi pemikiran dan pandangan.

Masa itulah ibu tiri ini akan menghadapi masalah besar kerana dia (ibu tiri) ini tidak lagi mampu memaksa anak-anak tirinya untuk mengikut kehendaknya lagi. Ramai ibu tiri yang menzalimi anak-anak tirinya ini akhirnya tinggal kesaorangan semasa tuanya. Anak-anak tiri yang sudah tidak tahan dengan perlakuan ibu tiri ini akan memilih jalan mereka sendiri dan ibu tiri akan hanya tinggal dengan beberapa anak tiri yang dijaga dan diberikan kekayaan dan kesenangan hidup.

Anak-anak tiri ini sentiasa mencari jalan untuk menjadi manusia merdeka dan tidak lagi mahu menjadi mangsa ibu tiri yang gila harta dan kekayaan itu. Bagi anak-anak tiri ini mereka mahukan kehidupan yang sempurna didunia dan akhirat dan mereka tahu harta kekayaan yang menggunung pun tidak menjamin kehidupan yang sempurna.

Jadi dihari mengingati Kemerdekaan ini, dan berada pula didalam bulan yang Mubarak ini mari kita berdoa agar kita akan mendapat kemerdekaan dari tekanan pihak yang memperlakukan kita seperti anak tiri yang tidak bermertabat ini. Anak-anak tiri pun teringin juga untuk merasakan kemerdekaan itu!

Merdeka! Merdeka!

26 August 2010

Hilangnya seorang sahabat lama

Pagi ini saya dikejutkan dengan berita yang sangat mengejutkan; iaitu kepulangan kerahmatullah seorang sahabat serperjuangan selama puluhan tahun lamanya, yang baru saya temui 2 minggu yang lepas.

Kamaruddin Awang Teh meninggalkan kami buat selama-lamanya. Kamarudin Awang Teh meninggal dunia jam 6 pagi ini akibat terlibat dalam kemalangan jalanraya di Rawang. Turut bersama meninggalkan kami ialah isteri beliau Nariah Dato Malek.

Kamaruddin merupakan Ketua Pemuda UMNO Bruas pada awal tahun 80-an dan pernah dilantik menjadi Setiausaha Pergerakkan Pemuda UMNO Perak dan merupakan seorang yang berani dan lantang memperjuangkan isu-isu Melayu dan Negara.

Permergian beliau amat saya rasakan kerana saya mengenali beliau dan keluarga beliau dengan begitu rapat dan mengenali hati budinya secara mendalam. Walaupun beliau tidak menempa kejayaan dalam politik dan telah dua dekad tidak bergiat aktif beliau tidak pernah undur dari mengingati rakan-rakan supaya teruskan agenda perjuangan Melayu.

Kali terakhir beliau menghubungi saya ialah pada hari pertama Ramadhan baru-baru ini selepas 2 tahun tidak berhubung. Beliau memanggil saya dengan nama ‘orang pencen’.

“Jangan kita berhenti berfikir tentang perjuangan asal parti kita, walaupun kita sudah tidak berada dimana-mana dalam parti. Walaupun UMNO sudah hilang serinya Melayu tetap berseri jika masih ada manusia Melayu yang berdoa dan berfikir tentang bangsanya. Kome jangan berhenti bercakap tentang isu Melayu kita!” Itulah ayat yang keluar dari mulut beliau dalam pertemuan terkhir kami itu. Teringatkan nasihat beliau itu saya tidak tertahan menahan sebak di dada ini.

Semoga roh Kamaruddin dan Nariah sentiasa berada dibarisan roh-roh yang terpilih. Al-fatihah.

Perperangan Khandak dan Uhud - Apa ertinya kepada kita?

Salah satu peperangan yang paling hebat dalam sejarah Islam ialah peperangan Khandak dalam mana tentera Islam hampir tertewas. Setelah berperangan itu berlaku dalam beberapa minggu barulah tentera Islam memenangi peperangan itu tetapi ramai diantara tentera Islam mati dalam syahid.

Peperangan itu benar-benar mencemaskan pihak tentera Muhammad saw dan apabila perperangan berakhir dengan kemenangan pihak Islam Saidina Ali karamallah huwajha telah bertanya kepada Rasulallah, “Ya Rasulallah, apakah perperangan yang lebih hebat dari perperangan Khandak ini?” Muhammad menjawab, “Perperangan Khandak ini bukannya perperangan yang terbesar, Peperangan yang lebih besardan syahid ialah perperangan melawan diri kita sendiri yakni perperangan melawan nafsu kita yang senantiasa perlu dilakukan sepanjang hayat kita”

Dalam dialog yang singkat diantara Rasulallah dengan Ali itu kita dapat memunafaatkan hakikat bahawa yang selalu kita kalah ialah apabila kita tidak berdaya melawan nafsu syahwat kita sendiri. Kita tidak dapat melawan nafsu untuk mejadi tamak; tamak untuk mengekalkan kuasa dan nafsu itu membisikkan kepada kita untuk melakukan apa sahaja untuk kepentingan dan haloba kita sendiri.

Kita dan pemimpin sendiri tidak dapat menahan diri dari hasutan nafsu untuk mengaut harta orang lain seperti harta rakyat yang telah memberikan kepada kita amanah untuk dijaga dan pertahankan. Kita selalu melanggar perintah Tuhan dan sebaliknya memenuhi kehendak keinginan dan hawa nafsu kita sehinggakan sanggup mencuri dan menyalah gunakan kuasa yang dipinjamkan Tuhan untuk melakukan kejahatan kepada ummah dan manusia yang kita pimpin.

Menunjuk-nunjuk dengan kekayaan dari harta curi pun sudah tidak menjadi kesalahan lagi bagi mereka yang tamak kuasa dan glamor hidup dialam fana’ ini. DAN kumpulan ini juga tidak lagi mempunyai rasa malu kerana mengikuti arahan jahat nafsu tadi.

Maka itulah sebabnya apa yang dikatakan oleh Muhammad kepada Ali itu memang sudah menjadi kenyataan. Ramai umat pada hari ini tidak dapat menjadikan apa yang berlaku semasa zaman Muhammad dulu sebagai pelajaran hidup.

Kegagalan melawan diri sendiri boleh membawa kegagalan dalam menjayakan perjuangan telah ditunjukkan oleh Tuhan dalam perperangan Uhud dalam mana tentera Islam telah tewas ditangan tentera musyrikin dengan teruknya..

Segala stategy Muhammad tidak dapat dilaksanakan kerana tentera Islam tidak fokus untuk berperang kerana nafsu untuk mendapatkan harta rampasan peperangan lebih diutamakan oleh mereka. Mereka berperang sambil memandang kepada harta yang banyak dan berperang dalam keadaan mabuk tatkala itu.

Akhirnya perjuangan asal uintuk memenangi perperangan itu telah gagal kerana tentera Islam mempunyai agenda peribadi dari peperangan tersebut. Selepas peperangan Uhud jugalah minuman keras diharamkan secara mutlak oleh junjungan besar kita.

Pemimpin kita perlu mengambil iktibar dari insiden kekalahan tentera Islam ini kerana sebab itu jugalah yang menyebabkan kita gagal untuk meneruskan perjuangan kerana masing-masing mendahulukan kepentingan peribadi yang keterlaluan daripada melaksanakan tutututan perjuangan sebagai pemimpin negara yang bertuah ini.

Jika UMNO yang memimpin umat Islam ini tidak berjaya untuk melawan nafsu untuk melakukan rasuah dan salah guna kuasa, maka kekalahan kita dihari muka tetap akan kita alami seperti yang dialami oleh tentera Islam didalam peperangan diBukit Uhud itu.

Jika Tuhan boleh memberi pengajaran kepada pejuang-pejuang Islam dizaman Muhammad itu, apa kah tidak ada kemungkinan kita juga akan mendapat pengajaran yang sama dari Tuhan seperti yang berlaku didalam perperangan Uhud itu?

Hanya keimanan yang ada pada diri kita sahaja yang mampu memberikan jawapannya. Lagi pun hanya Tuhan sahaja yang boleh menilai taraf keimanan seseorang itu disisinya.

Apa yang terperosok didalam qalbi kita itu adalah hak Tuhan semata-mata untuk mengetahuinya. Jika kita terbiahkan dari segi zahiriahnya, kita dan pemimpin kita mempunyai kelemahan yang sama atau pun lebih lagi dengan kelemahan tentera Islam semasa perperangan Uhud itu.

25 August 2010

Penyakit dan maut usah ditempah-Dia akan datang sendiri.

Penyakit barah yang dialami oleh UMNO dan BN merupakan penyakit yang sepatutnya boleh dielakkan jika pemimpin dan ahlinya selama ini mengambil berat tentang partinya.

Terbitnya penyakit yang dialami oleh UMNO adalah ‘self inflicting’. Tidak mungkin kesalahannya kerana permainan pembangkang. Pembangkang hanya mengambil kesempatan diatas kelemahan UMNO sendiri. Musuh UMNO ialah sikap pemimpin dan ahli-ahlinya sendiri bukan pihak lain.

Begitu jugalah BN; musuhnya adalah dari kalangan komponen BN itu sendiri. Itulah sebabnya Najib yang tidak pernah merasa susah dalam karier politknya sebelum ini tidak berkemampuan untuk membendung keadaan ini dari merebak dan berlarutan.

Barah merupakan penyakit yang disebabkan oleh perperangan diantara sel-sel tubuh kita yang akhirnya menjadi penyebab barah itu berkembang dan membiak kerana banyak sel-sel kita yang mati. Jika tidak dikawal sel-sel yang mati dengan begitu mengembang akan menjadikan empunya tubuh itu menjadi lemah dan akhirnya meninggal dunia.

Sebab sel-sel mati kalau ditanyakan kepada pakar perubatan ialah kerana cara hidup yang tidak betul termasuklah cara dan amalan permakanan yang tidak seimbang. Lain-lain sebabnya ialah kerana ‘habits’ yang buruk seperti merokok atau hidup dalam persekitaran yang tidak sesuai, seperti bekerja dalam kilang yang menggunakan bahan gas kimia dan sebagainya.

Saya pun tak pandai nak membuat ulasan dalam bidang ini kerana saya bukan lah seorang yang bijak lebih-lebih lagi dalam bidang perubatan dan kesihatan. Mungkin Dr Mahathir sebagai seorang ‘medical practitioner’ yang berpegalaman boleh memberikan penerangan lengkap tentang penyakit ini.

Jika Dr Mahathir tidak ada masa mungkin Dr Chua Soi Lek boleh menerangkan isu penyakit ini walaupun kebelakangan ini beliau lebih terkenal dengan kegiatannya dalam bidang lain selain dari ‘profession’ beliau sebagai seorang doktor dan ahli politik. Mungkin oleh kerana kemahiran beliau didalam bidang tambahan inilah beliau dianggap sebagai seorang ‘good performer’ lantas beliau dipilih mengetuai parti kedua terbesar dalam BN itu.

BN itu merupakan tubuh yang besar dan merangkumi jutaan sel-sel didalamnya. Diantara sel-sel yang mati ialah pemimpin-pemimpin dalam UMNO dan MCA serta pemimpin komponen yang lain seperti Gerakkan dan yang lain-lain. Tuduh menuduh diantara pimpinan yang ada didalam komponen sama seperti pertembungan sel-sel yang ada didalam tubuh BN itu sendiri.

Penyakit kanser itu lebih parah selepas pilihanraya umum yang lalu dan kanser yang ada didalam tubuh BN itu sudah sampai keperingkat ‘terminal’. Ramai diantara yang dihinggapi penyakit kanser itu akan mengalami kehilangan berat badan. Semakin hari semakin kurus, macam tali gasing; pangkalnya besar hujungnya tirus.

Seperti orang yang menghadapi kanser yang peringkat ‘terminal’, UMNO tidak akan menambat keyakinan rakyat dengan sepenuhnya. Kanser ini selalunya susah hendak dipulihkan dengan sepenuhnya. Kalau penyakit itu sembuh, sembuhnya itu tidak kekal. Lazimnya ia akan kembali, dan akan kembali selepas ianya pulih kali yang kedua, ketiga dan seterusnya.

Dimana-mana kita mendengar orang ramai bercakap tentang penyakit yang dihadapi UMNO kita ini. Kalaulah ahli-ahli sendiri tidak mempunyai keyakinan, masakan parti ini akan kekal lama?

Sudah menjadi tabii manusia yang mereka akan memberikan keyakinan pada pihak atau tubuh yang sihat dari memberikannya kepada tubuh yang berpenyakit apa lagi penyakit yang ‘terminal’ seperti yang dihadapi oleh UMNO sekarang ini.

Hanya satu cara sahaja untuk UMNO dipulihkan; iaitu semua tubuh yang dihinggapi penyakit ini wajar diganti leseluruhannya. Ketuanya lain, yang kanan-kanan pun orang lain dan yang menganggotai MKT pun yang lain dan semuanya lain bagi menunjukkan yang parti itu serius untuk berubah.

Kalau UMNO ada ‘political will’ sekuat ini, maka harapan untuk terus menjadi kuasa yang mentadbir negara ada sedikit harapan. Tapi saya tidak yakin UMNO ada kudrat untuk melakukan perubahan ini.

Kalau pesakit tidak mahu menghadapi maut dengan cepat, pesakit itu perlu banyak berpantang terutamanya dalam pemakanan. Makan terlalu banyak tak boleh, dan makan hak orang lain yang tidak dihalalkan pun tidak boleh kerana maut hampir tiba.

Apabila seseorang itu sudah jatuh sakit selalunya rakan-rakan yang selalu bersama tidak bersama kita lagi. Mungkin mereka boleh menziarah kita sekali sekala. Yang selalu menziarah hanyalah sanak saudara dan ipar lamai sahaja. Kalau sudah sakit duit yang kita kumpul selama ini pun hanya boleh digunakan untuk membeli ubat dan vitamin sahaja.

Apabila mati siapakah dikalangan warith kita yang akan melangsaikan hutang kepada rakyat dan negara semua jumlah yang diambil secara tidak betul itu? Kesian kepada yang masih hidup yang terpaksa menanggung hutang-hutang itu.

Apalah faedahnya hidup didunia in jika hidup kita untuk menyusahkan generasi yang akan datang?

23 August 2010

Hanya tukar WADAH bukannya tukar AKIDAH

Kesetiaan kepada negara merupakan salah satau tonggak kepada Rukun Negara. Kalaulah Rukun Negara dijadikan slogan yang dipakai sepanjang zaman mungkin kita tidak akan menghadapi masalah seperti yang menyelubungi kita sekarang ini.

Malangnya masing-masing Perdana Menteri manjadikan slogan sebagai motto pimpinan peribadi. Masing-masing mencipta slogan baru jika menjadi PM untuk membezakan kepimpinannya dengan kepimpinan yang sebelumnya.

Rukun Negara sudah jarang-jarang disebut kerana ianya mula dilupai sejak 5 atau 6 tahun selepas Dr Mahathir naik sebagai PM. Pada halnya Rukun Negara itu bukan dicipta oleh individu politik, tetapi merupakan ciptaan oleh pemimpin-pemimpin kita dari berbilang kaum secara konsesses guna membina semangat bersatu dikalangan rakyat berbilang kaum yang hidup dengan kesetiaan kepada negara yang tulin.

Saya masih ingat bagaimana Tun Abdul Razak mengumumkan pelancaran Rukun Negara yang saya sudah lupa tahunnya menekan yang Rukun Negara ini merupakan hasil dari perbincangan dan ‘soul searching’ yang mendalam dengan pemimpin semua kaum semata-mata untuk mewujudkan bangsa yang bersatu.

Kalau kita kaji dengan teliti Rukun Negara adalah diasaskan kepada kehendak Agama dan kepercayaan kaum yang begitu ‘diverse’. Rukun Negara mengakui yang setiap bangsa ada ‘attribute’nya masing-masing serta identitinya serta cara hidup dan budaya mereka sendiri.Dalam perbezaan-perbezaan inilah Rukun Negara menekankan untuk hidup mengenali diantara satu dengan lain serta menghormati puak-puak yang bersama-sama hidup dan negara yang bertuah ini.

Tuhan sendiri telah memfirmankan yang manusia itu dijadikanNya berpuak-puak dan berlainan diantara satu dengan lain untuk mengenali dan menghormati diantara satu puak dengan satu kelompok yang lain. Kalau kita belajar ‘sifat 20’ kita diberikan kenyataan yang jelas yang begitu saintifik yang sifat bersalah-salahan itu adalah asas yang nyata didalam penghidupan.

Salah satu cebisan yang disebut didalam ‘sifat 20’ itu ialah sifat bersalah-salahan. Katanya ‘ADA lawannya TIADA’. Dari sepotong ayat ini kita boleh belajar jika kita ada sikit-sikit kebijaksanaan. Maksudnya, jika tidak ada elemen panas, dimana kita dapat merasakan elemen sejuk misalnya. Kalau tidak ada perbezaan bagaimana kita hendak tahu dan memahami elemen persamaannya dan begitulah seterusnya.

Rukun Negara telah mempraktikkan apa yang dikatakan ‘addin’ atau cara hidup didalam Islam itu. Tetapi Rukun Negara yang menjadi fokus pimpinan telah diabaikan oleh pimpinan ‘post Husein Onn’ dan kalau kita tanya adik-adik yang muda-muda yang berumur dibawah 35 tahun ramai yang tidak ingat atau pun tahu tentang Rukun Negara ini.

Semasa Rukun Negara diberikan tumpuan buku-buku latihan dan rampaian anak-anak sekolah ada dituliskan semua kandungan Rukun Negara dan tidak ada murid semasa itu tidak hafal dengan kesemua prinsip Rukun Negara itu.

Rukun Negara yang begitu unggul digantikan dengan slogan yang tidak ada apa-apa munafaatnya. Pada tahun80an, Bersih Cekap dan Amanah menjadi slogan kita tetapi hasilnya tidak ada. Zaman itulah bermulanya rasuah mula bercambah dan ianya mula jelas dilihat sejak tahun 1984. Masing-masing mengambil kesempatan dengan kekayaan negara dengan mencuri wang rakyat dan jumlah yang terlibat bukannya kecil tetapi menjangjau jumlah yang berbillion ringgit. Bersihnya jelas tidak nampak malah mulai pudar.

Cekapnya pun entah dimana. Zaman itulah Bank Negara Malaysia (BNM) kerugian dalam perniagaan pertukaran wang asing sebanyak 36 billion ringgit, satu usaha yang sia-sia yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sebuah bank pusat. Nor Mohammd Yakcop yang semasa itu menjadi ketua bahagian treasury BNM yang bertanggungjawab kepada kerugian besar yang tidak ada tolok banding besarnya. BNM terpaksa menjual harta benda untuk menunjukkan kerugian yang kecil dan akhirnya BNM mengumumkan kerugiannya hanya dalam lingkungan 9 billion ringgit.

Kalau ditanya kepada Nor Mohammad kenapa beliau melakukan perkara yang membazirkan kekayaan negara itu, jawabnya ‘standard’; “tanya PM’. Kerugian dalam ‘dealing’ Maminco melenyapkan wang rakyat sebanyak 600 juta ringgit Malaysia. Sebagai rakyat saya tidak boleh ditahan untuk berkata-kata demikian kerana negara ini rakyat yang punya dan saya adalah salah seorang dari rakyat yang sentiasa berdoa tentang kemakmuran negara ini.

Masa tidak mengizinkan saya untuk mengulas beberapa kejadian yang merugikan negara dizaman itu. Yang penting tidal ada kecekapan menguruskan kewangan negara seperti yang di slogankan itu.

Amanahnya pun tidak wujud. Bagi seseorang pemimpin yang betul-betul beramanah pucuk pimpinan mesti menyebelahi nasib rakyat. Tetapi dizaman inilah pemimpin yang diamanahkan menjaga masa depan rakyat terabai. Dasar-dasay yang diamanahkan rakyat dilacurkan dan kerajaan semasa itu hanya berminat untuk mengisi ‘tempolok’ mereka yang rakus memperkosa dasar-dasar yang baik dan digantikan dengan dasar untuk kepentingan sekelompok kecil kroni yang tamak dan haloba.

Dalam pada itu media dan pimpinan kebenak pemikiran rakyat yang setia kepada negara itu ada kesetiaan kepada UMNO. Kepada sesiapa yang tidak menyokong UMNO dianggap tidak setia kepada UMNO. Menetang pandangan pimpinan UMNO dianggap sebagai pengkhianat dan ini adalah penyelewengan yang tidak terhingga terhadap isu kesetiaan kepada negara.

Menjadi ahli dan penyokong kepada parti yang lain dari UMNO bagi orang Melayu merupakan satu kesalahan dan diboikot dalam masyarakat terutamanya dikampong-kampong.

Tetapi segala-galanya sudah berubah kerana rakyat sedar bahawa kalau dikaji dari sudut keasetiaan kepada negara, UMNO kini sudah dilihat sebagai parti yang tidak selari dengan kehendak negara dan banyak tindakkan pemimpinnya merupakan tindakkan yang ‘insubordination’ terhadap negara..

Perlakuan rasuah dikalangan kepimpinan UMNO menyebabkan kerosakkan kepada sistem pentadbiran negara dan akhirnya merosakkan fabrik politik dan sosial negara. Gejala rasuah menyembabkan kantung kewangan negara merosot dan rasuah juga membuatkan mereka menjadi pemimpin denganmembeli undid dan sokongan untuk berkuasa.

Salah guna kuasa oleh kepimpinan UMNO menyebabkan banyak pihak yang terinaya, terutamanya dalam bidang pembahagian peluang kekayaan dikalangan rakyat kerana hanya orang-orang yang berbaik-baik denga mereka yang berkuasa sahaja yang mengambil kesempatan yang akhirnya melahirkan sikap ‘cronyism’ yang sangat menebal.

Cebisan contoh-contoh yang dipaparkan tadi menjadi negara menjadi kelam kabut dan memberikan impak yang tidak sihat kepada negara. Rakayat semakin hari semakain bijak memberikan pertimbangan terhadap ‘conduct’ politik UMNO dan sekutunya.

Sejak sepuluh tahun yang lalu trend kesedaran dikalangan rakyat termasuk orang-orang melayu mula kelihatan. Sekarang rakyat sudah menganggap memberikan sokongan kepada UMNO dan sekutunya didalam BN merupakan tindakkan tidak setia kepada negara dan rakyat.

Orang ramai sudah mula menganggap membenarkan UMNO berkuasa bererti menggalakkan kegiatan rasuah dalam negara. Tindakkan UMNO mengungkit jasa-jasa UMNO dimasa lampau kepada negara sudah tidak dihiraukan lagi oleh rakyat .

Yang penting sekali untuk menyelamatkan harta benda rakyat dan negara berada didalam keadaan selamat dan terurus dengan baik bagi menjamin masa depan generasi mereka. Sudah mula terbit didalam pemikiran rakyat mebiarkan pemimpin UMNO memferaidkan harta rakyat dikalangan mereka merupakan tindakkan yang menzalimi diri kita sendiri.

Kali ini, jika rakyat memberikan pula kesempatan kepada PR untuk mentadbir negara, maka akan bermulalah sistem dua parti yang sangat-sangat diperlukan oleh rakyat bagi memberi tahu sesiapa yang berkuasa bahawa kuaa rakyat adalah elemen yang ‘ultimate’ dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Jika PR rakyat pula yang gagal melaksanakan tugas mereka juga akan kecundang dan kuasa itu akan kembali kepada BN dalam pilihanraya selepas itu

Lain-lain perkataan yang dimaksudkan oleh artikel ini ialah hanya system dua parti sahaja yang boleh merongkai masalah kita hadapi yang tak kunyung selesai ini. "Sudah lama sangat menunggu UMNO untuk berubah, tapi tak berubah jugak" kata seorang kenalan saya baru-baru ini.

UMNO dan BN bukannya Agama yang tidak boleh ditukar ganti. Rakyat nampaknya hanya mahukan pertukaran WADAH bukannya bertukar AKIDAH.

22 August 2010

'Better late than never' or 'better never than late'

Saya bukanlah seorang yang begitu pessimist tetapi lebih mementingkan priority yang betul jika BN masih mahu memerintah di peringkat persekutuan. Saya lebih cenderung untuk bercakap yang benar daripada bercakap secara orang yang ber‘politicking’.

Pada hemat saya, elok UMNO dan BN pertahankan apa yang ada sahaja kerana ditakuti yang dikejar tak dapat yang dikendung pula berciciran. Saya mahu nyatakan pandangan secara terus-terang kerana tidak ada masa lagi bagi UMNO untuk berusaha untuk mengambil kembali apa yang sudah hilang.

Kebarangkalian untuk mengambil kembali Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan adalah mustahil. ‘Impossible!’ bak kata AR Tompel di dalam sebuah filem lakonannya. Tetapi di sebaliknya kebarangkalian negeri Terengganu dan NS untuk kecundang adalah amat besar. Perak dari sudut moralnya memang kerajaan PR. Katalah apa pun dan oleh siapa pun, negeri Perak akan kembali ke pangkuan PR.

Mungkin ramai yang akan memarahi saya kerana pandangan saya ini, tetapi saya tidak akan menghiraukannya kerana saya mahu tidur lena dan saya mesti bercakap yang benar. Saya tidak berkesanggupan untuk berkata-kata untuk menyedapkan hati kita semata-mata. Buat apa kita hendak bermimpi di siang hari?

Keputusan pilihanraya di negeri-negeri yang sekarang dikuasai oleh PR adalah predictable. PR jelas akan mempertahankan kerajaan negeri-negeri tersebut. Begitu juga keputusan undi bagi NS dan Terengganu. PR berpontensi besar untuk memenangi negeri-negeri ini. Sementara NS dan Terengganu masih di tangan kita elok kita jaga dan berikan tumpuan kepada 2 buah negeri ini. Lakukan apa-apa yang ‘needful’ untuk 2 buah negari ini.

Kelemahan PR di NS semasa pilihanraya dulu hanyalah keterampilan calon-calonnya sahaja. Jika calon-calonnya adalah dari nama-nama yang dikenali dan berpengalaman PR sudah pun mengambilalih negeri itu dalam pilihnaraya yang lalu. Kali ini jika PR meletakkan calon-calon yang ada sedikit nama dan pengaruh maka UMNO akan kecundang jika apa-apa kelemahan yang ada tidak diperbetulkan.

Pada tahun 1999 pembangkang berdoa supaya BN mengekalkan Wan Mokhtar Ahmad sebagai peneraju BN dalam menghadapi pilihanraya umum pada tahun itu. Sesungguhnya Wan Mokhtar diberikan tanggungjawab mengetuai BN dalam pilihanraya itu dan akhirnya kesemua 7 kerusi Parlimen di Terengganu jatuh ke tangan PAS dan satu ke tangan PKR di Kemaman. Kerusi DUN hanya dimenangi oleh BN sebanyak 5 kerusi sahaja.

Di Sarawak pembangkang berdoa lagi jika Taib Mahmud masih kekal maka banyak kerusi DUN dan Parlimen akan kecundang. Taib Mahmud telah pun diumumkan kekal sebagai peneraju di dalam pilihanraya negeri yang akan datang ini. Dijangka BN akan menang tipis atau pun kalah terus di dalam pilihanraya negeri yang bakal tiba dalam beberapa bulan sahaja lagi.

Keadaan ini juga berlaku di NS sekarang ini. Jika Mohammad masih kekal sebagai MB dan terus memikul tanggungjawab untuk melalui PRU13 nanti, maka negeri adat ini juga akan terlepas ke tangan pembangkang. Mohammad Hasan akan menerima nasib seperti Mahadzir Khalid dan Khir Toyo.

Sekaranglah masanya bagi pemimpin-pemimpin membuktikan bahawa mereka benar-benar sayangkan parti dan negara dengan berkorban. Berkorban apa sahaja. Jika kita terpaksa berhenti maka bertindaklah sekarang dengan berhenti dan bersara.

Transformasi yang disebut-sebutkan oleh pucuk pimpinan kita itu mesti dilaksanakan dengan betul dan dilaksanakan oleh orang yang betul. Penyelesaian sesuatu masalah memerlukan kefahaman yang terperinci apa sebenarnya masalah yang kita hadapi. Fahami masalah sebenarnya dulu, barulah dapat kita melakukan proses penyelesaian itu. Kalau kita tidak tahu masalah dengan terperinci, sampai bila pun kita tidak akan menemui penyelesaiannya.

Masalah sebenar yang dihadapi sekarang ialah krisis keyakinan terhadap semua pemimpin UMNO dan ianya melarat kepada semua pimpinan dalam BN. Kerosakannya sudah sampai ke tahap yang ‘irremediable’. Sekarang ini pemimpin yang sepatutnya melakukan transformasi itu sendiri menjadi persoalan rakyat. Siapa yang hendak menerajui transformasi ini?

Orang ramai menganggap mereka yang duduk di dalam MKT UMNO sekarang ini pun hanya menambahkan ketidakyakinan rakyat, maka proses memperbetulkan keadaan tidak ada siapa yang boleh melakukannya. Memang tidak ada.

Apabila pimpinan yang dipandang rendah oleh masyarakat maka pandangan itu akan menular kepada pimpinan parti-parti dalam BN dan kita tidak seharusnya terkejut dengan keadaan begini. Itulah sebabnya GERAKAN, MCA dan beberapa ahli komponen yang lain menyalahkan UMNO kerana kemerosotan sokongan rakyat yang ketara di dalam pilihanraya yang lalu.

Masing-masing di dalam kepimpinan tertinggi bercakap dengan perbezaan pemikiran di antara mereka. Najib dengan konsep 1Malaysia yang tidak difahami ramai, Muhyiddin dengan isu Kemelayuannya. Antara Najib dengan Muhyiddin menyanyi tidak seirama dan selagu. MCA membuatkan UMNO lebih terdesak dengan tuntutan-tuntutan yang gila-gila.

MCA sudah mengakui bahawa mereka sudah terdesak dan sanggup bersama DAP untuk memenuhi tuntutan bangsa Cina. UMNO pula masih dalam state of denial dan untuk kepentingan politik kepartiannya mencela TGNA dan pemimpin Melayu yang lain. Penghinaan yang dilemparkan kepada pemimpin Melayu ini sampai tak sanggup kita nak dengari oleh pemimpin kita dan penyokong UMNO sedangkan kita memerlukan pimpinan Melayu.

MCA dan DAP memikirkan bangsanya tetapi Melayu hanya memikirkan bagaimana hendak terus berkuasa terus-terusan untuk kepentingan peribadi masing-masing. Apabila membelasah pemimpin seperti TGNA, ianya seolah-olah UMNO boleh berdiri di atas kaki sendiri sekarang ini.

Akhirnya penyokong-penyokong UMNO bergaduh dengan semua pihak sehinggakan tidak ada siapa lagi yang mereka hendak bergaduh. Kalau dah bergaduh dengan semua orang kenapa pula salahkan orang lain kerana tidak menyokong UMNO? Bagaimana hendak mendapatkan sokongan dari Melayu jika pemimpin PAS dihina dan dikecam sedangkan parti itu sekarang mendapat sokongan ramai orang Melayu.

Kenapa jadi begitu? Adakah disebabkan PAS itu? Atau disebabkan kita ini seperti anak ‘nangoi’ yang beranak banyak tetapi tidak tahu untuk menjaganya atau malas untuk memperbaiki diri sendiri.

Banyak kali blog ini menyebut tentang instrospeksi diri. Salahkan diri kita sendiri sebelum kita menyalahkan pihak lain. Kalau dahulu UMNO mendapat sokongan, kenapa sekarang tidak? Mesti ada sebab, dan sebabnya bukankah ada pada diri kita sendiri?

Kalau pekong sudah membesar akhirnya ia akan diketahui ramai kerana pekong itu berbau dan mudah dihidu orang. Jangan hiraukan kudis orang; hiraukan pekong yang ada kepada kita.

Pekong ini jika baik sekali pun ia akan meninggalkan parut sepanjang hidup kita. Parut itu akan mengingati orang ramai dan itu merupakan masalah besar dari segi etika kepimpinan.

UMNO memerlukan ‘facet’ yang baru dengan imej yang baru. Parti ini perlu perubahan dari A to Z.. UMNO ini perlukan pendekatan yang baru denagan perjuangannya asalnya dahulu yang sentiasa baru di setiap waktu.

Di antara ‘facet’ yang baru ialah muka-muka yang memimpin itu harus dari kumpulan lain dan mesti tidak ada langsung muka-muka yang ada pada hari ini. Kita mesti faham UMNO sudah begitu hamis pada pandangan ramai. Apa yang dicakapkan oleh pemimpin kita tidak diyakini oleh semua. Apa yang dilakukan mereka menjadi ejekan ramai. Apa pun pemimpin kita buat sudah menjadi bahan jenaka.

Jika sudah sampai ke tahap itu, bagaimana hendak terus memerintah. Salah siapa? Introspeksilah diri sendiri.

Pilih diantara 2 'proverb ini; 'better late than never' atau 'better never than late'.

21 August 2010

Jangan jadi pokok 'jantan'; pohonya rimbun buahnya tiada.

Keadaan keharmonian rakyat dan negara sudah sampai kepada tahap yang terendah didalam sejarah negara kita sejak merdeka ini. Pemikiran rakyat sudah tidak tenteram kerana melihat dan mendengar bermacam-macam peristiwa yang sangat merunsingkan kita semua.

Setiap hari kita mendengar bayi yang baru lahir dicampak dan dibuang dimerata tempat seperti mebuang puntung rokok. Setengah dari bayi-bayi tersebut diletakkan dihadapan rumah orang dan dimasjid serta ditempat awam. Ini dilakukan oleh manusia yang kebanyakkannya adalah dari orang-orang Islam yang sudah terlalu jauh menyimpang dari undang-undang yang disyariatkan oleh Agama kita.

Bagaimana fenomena ini akan diatasi belum lagi dapat diketahui. Tetapi yang jelas kita akan pasti teringatkan bagaimana kekejaman dizaman jahiliah dahulu sedang berlaku dinegara kita.

Yang peleknya hanya dinegara kita fenomena buruk ini berlaku dengan banyaknya sedangkan negara kita merupakan negara Islam yang ramai pemimpin kita mengakui yang negara kita ini sebagai negara Islam contoh dan sebuah negara membangun yang dihormati masyarakat antarabangsa.

Sejak hampir seminggu yang lepas timbul pula angkara akhbar media perdana, Utusan Malaysia yang menjadikan berita yang dicanai oleh pihak yang berkuasa yang mengatakan Majlis Agama Islam P Pinang telah menyediakan teks khutbah yang mengandungi doa untuk Lim Guan Eng. Tuduhan ini amat memilukan hati banyak pihak kerana itu merupakan unsur fitnah yang tiada tolok bandingnya.

Tuduhan ini tidak lari dari politik sempit untuk mendapatkan kuasa politik dinegeri itu. Kita tidak pernah terfikir yang politik boleh sampai ketahap ini. Tidak pernah disangka oleh kita yang melakukan ini adalah media massa yang dikuasai oleh orang Islam dan berlakunya pula dibulan Ramadhan yang suci ini.

Tidak ada siapa yang percaya Majlis Agama Negeri P Pinang berkesangguppan melakukan perkara itu. Tidak munasabah orang-orang yang ada Agama didalam Majlis Agama negeri akan melakukan perkara itu walau sekuat mana pun iltizam politik untuk menjatuhkan mana-mana kerajaan.

Kita selalu mengingatkan UMNO supaya mendapatkan sokongan melalui kerja baik yang disukai rakyat, tanpa rasuah dan mencuri harta dan khazanah rakyat. Tetapi nasihat rakyat tidak dipandang serius malah melakukan kerja buruk itu tanpa segan silu. UMNO dan BN mesti sedar yang penolakkan rakyat bukan kerana suka-suka untuk menolaknya. Mereka menolak BN bersebab.

Apabila ada kritikkan kepada UMNO, penyokongnya akan menjadi marah kerana kononya melupakan jasa UMNO selama ini membangunkan negara dan berbagai lagi.

Rakyat bertanya kepada mereka yang berfikiran begini; adakah menjadi tugas sebagai ahli parti atau rakyat untuk terus memberikan sokongan kepada UMNO semata-mata kerana jasanya yang banyak dimasa lampau walaupun sekarang parti itu telah menyelewengkan harta benda rakyat?

Oleh kerana UMNO telah memberikan perkhidmatan yang baik semasa dahulu, adakah berdosa bagi kita untuk menolaknya jika parti itu melakukan kerja-kerja sumbang sekarang ini?

Bukankah sudah menjadi perkara asas demokrasi untuk memilih yang baik dan menolak yang mungkar. Dalam sejarah perkembangan Agama dan ketuhanan bukankah banyak wali dan aulia tuhan telah diturunkan taraf mereka kepada manusia awam kerana sudah terlalu takbur dengan status mereka sebagai seorang aulia.

Ramai yang telah melakukan ibadah dan amal yang begitu banyak sepanjang hidupnya telah merasakan diri mereka lebih bersih dari manusia yang lain telah dimurkai Tuhan.

Saidina Umar Al-Khatab pernah berkata, “seandainya Tuhan memasukkan semua manusia dari Adam sampailah kepada manusia terakhir sebelum kiamat kedalam syurga, kecuali seorang, amatlah aku khuatiri yang seorang itu adalah aku.”

Sebagai seorang rakyat yang boleh dianggap sebagai seorang warga emas, saya nampak segala niat baik dan buruk jika manusia itu adalah manusia politik. Selalu saya berkata yang sebagi seorang yang sudah sampai keumur sekarang ini, kita akan tahu sekilas ikan diair kita akan tahu jantan betinanya. Dalam umur peringkat ini kita sudah boleh menyelam air didalam tunggak. Oleh itu amatlah mengecewakan jika kita nampak politik itu adalah segala-galanya.

Oleh kerana sudah terlalu biasa dengan kuasa, UMNO sudah melewati batas-batas dan lunas Agama dan adapt serta adab. Parti ini merasakan yang mereka boleh berbuat apa sahaja kerana sudah banyak membuat jasa. Oleh kerana jasanya banyak maka parti itu boleh berbuat apa sahaja walaupun perbuatan mungkar.

UMNO mengambil segala-galanya ‘for granted’. Pemikiran jumud mereka membuatkan mereka bersikap. ‘aku banyak jasa, oleh itu sekarang kamu mesti mengikut telunjuk aku. Aku berhak diatas segala-galanya”.

Kepada mereka yang tahu sikit-sikit tentang tanggunjawab sebagai manusia yang berTuhan akan secara cepat memahami yang kata-kat atau pemikiran itu adalah kata-kata yang di bisikkan oleh bisikkan ‘khatir’ yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan kita.

Janganlah kita gunakan kuasa pinjaman itu secara sombong seperti bergaya sombong memandu kereta mewah yang dipinjam dari pihak lain. Kita ikutlah resmi padi, ‘lagi berisi lagi kita tunduk’.

Jangan kita jadi pokok rambutan ‘jantan’, rimbun pokoknya buahnya tiada.

20 August 2010

Kenapa saya suka menulis tentang rasuah?

Saya ditanya berkali-kali oleh seorang dua yang mengikuti blog saya kenapa saya selalu sangat menulis tentang isu rasuah. Kenapa pilih isu rasuah sebagai isu pokok kerana rasuah itu berlaku dimana-mana. Ianya tidak hanya berlaku diMalaysia tetapi juga berlaku dinegara-negara lain.

Soalan itu senang untuk dijawab. Rasuah telah menghancurkan segala sistem pentadbiran negara dan memecahkan banyak institusi demokrasi negara. Apabila rasuah berlaku disetiap jabatan kerajaan dan swasta maka fabrik politik dan sosial negara itu hancur dan kita telah melihat segala-galanya berlaku dihadapan mata kita.

Jika politik negara dirasuk rasuah ianya akan mengakibatkan sistem politik maka lambat laun negara akan dipimpin oleh pemimpin yang tidak berguna kepada negara dan rakyatnya. Pemimpin yang naik itu bukan lah pemimpin yang boleh mentadbir negara secara ‘sustainable’ dan apabila rakyat sedar maka akan berlaku ketidak setabilan pentadbiran negara itu. Itulah yang berlaku pada negara kita sejak satu dua dekad yang lalu.

Jika ianya berlaku didalam badan kehakiman misalnya, penghakiman akan dilakukan secara tidak adil; pihak yang benar akan disalahkan dan pihak yang salah akan terlindung dari mendapat penghukuman yang setimpal. Apabila system penghakiman dipengaruhi oleh rasuah maka negara kita tidak akan menjadi negara yang menjadi kepercayaan pelabur asing untuk melabur dinegara kita ini. DAN itu memangnya sudah berlaku disini.

Apabila unsur rasuah itu tidak lagi boleh dikawal ianya akan menjadikan segala dasar baik yang digubal akan gagal kerana rasuah itu akan menggagalkan usaha implementasinya dan dan itu akan hanya tinggal dasar dan akhirnya secara politiknya rakyat akan memberontak.

Yang akhirnya menjadi mangsa rasuah itu ialah rakyat kerana yang patut dibela tidak terbela dan pihak yang sepatutnya membela tidak mampu melakukannya kerana wang ringgit dan kekayaan itu lebih menarik dari melaksanakan tugas untuk membela tadi.

Sebagai contoh, semasa pentadbiran Husein Onn dan sebelumnya kerajaan dalam usaha untuk menjayakan DEB memindahkan kekayaan negara yang dipegang oleh agensi-agensi dan syarikat-syarikat kerajaan yang memegang bagi pihak orang Melayu terlaksana dengan baik dan ramai rakyat Melayu terutamanya didesa-desa mendapat keuntungan dan munafaat dari perlaksanaannya.

Oleh kerana pemimpimpin-pemimpin kita tidak terpengaruh dengan kepentingan peribadi melalui rasuah, maka apa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pelaburan dan Penyelaras kabinet itu mengambil keputusan dengan jujur kerana pemimpin-pemimpin dala jawatankuasa kabinet itu tidak ada kroni-kroni untuk mengambil sebahagian dari peluang itu untuk kepentingan kroni-kroni tersebut.

Oleh kerana tidak ada unsur rasuah maka semua syarikat-syarikat kerajaan yang maju dipindahkan kepada Bumiputra melalui sekim Amanah Saham Nasional seratus peratus. Itu sebanya Sekim ASNB begitu berjaya dan telah memberikan munafaat kepada rakyat Melayu dan Bumiputra terutamanya disesa-desa.

Jika pemindahan itu berlaku dizaman selepas Husein Onn sudah pasti ada diantara saham-saham tersebut akan dipindahkan kepada individu-individu kroni tertentu seperti yang begitu lazim kita lihat sekarang ini.

Sebagai pengerusi kepada Jawatankuasa Penyelaras peburan Kabinet TR telah mempastikan semua syarikat-syarikat kerajaan yang paling maju itu dimasukkan kedalam sekim ASN dan tidak ada individu-individu mengambil kesempatan untuk mengambil sebahagian dari saham-saham syarikat-syarikat tersbut.

Kita bayangkan jika pemindahan itu dilakukan oleh kerajaan semasa Daim menjadi penerajunya sudah tentu syarikat-syarikat yang terbaik akan diambil alih oleh pihak yang beliau suka sahaja untuk kepentingan kroni dan peribadi beliau sahaja. Ini terbukti semasa Dr M menjadi Perdana Menteri banyak diantara syarikat-syarikat kerajaan diberikan kepada individu-individu kesayangnya sahaja tetapi akhirnya kesemua yang mendapat keistimewaan ini semuanya mengecewakan kerajaan dan rakyat serta beliau sendiri.

Tajuddin Ramli telah jelas mengecewakan rakyat kerana syarikat MAS yang bekliau diberikan 32 peratus sahamnya itu ditadbir seolah-olah MAS itu adalah milik peribadinya dan telah banyak melakukan perkara yang tidak wajar semasa itu. Apabila beliau gagal melaksanakan amanah itu, maka kerajaan terpaksa membeli balek saham-saham tersebut dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran.

Mahathir dan Daim meluluskan pemindahan balek saham kepada kerajaan dengan harga yang menggila tingginya. Kita lagi yang membayar sikap buruk orang yang bertanggungjawab itu dan jika dikaji denagn terpeninci unsur rasuah adalah penyebab kegagalan itu, bukan oleh kerana sebab-sebab yang lain.

Sekarang ini semua syarikat-syarikat GLC tidak lagi menjadi sumber yang baik untuk rakyat tetapi menjadi premis untuk mereka yang bertanggungjawab meraih kekayaan yang begitu besar dan hidup dalam glamour yang tanpa rasa malu dan segan silu. Dalam tulisan yang yang lalu apabila rsuah sudah menjdi ‘addiction’ sifat mulia yang paling awal yang akan hilang dari kita ialah sifat malu.

Apabila sifat malu itu sudah tiada kita akan hilang identiti kita sebagai Melayu. Apabila sesuatu bangsa itu sudah hilang identitinya maka lambat laun bangsa itu akan hilang rupanya dan tidak lagi bangsa yang mempunyai ‘consequence’.

Kita selalu melaungkan’ Melayu tidak akan hilang didunia, tetapi dengan cara Melayu dikendalikan oleh pemimpinnya ‘Melayu akan hilang dunianya’.

Sikitol dirasuah. Dengan rasuah yang diterima sikitol maka jatuh keseluruhan Kesultanan Melaka. Kejatuhan Julius Ceaser adalah kerana rasuah perempuan dan banyak lagi negara dan temaddun hancur kerana rasuah.

Saudara yang bertanya itu boleh sambung sendiri segala kemungkinan kemungkaran yang akan kita terima jika kita semua menerima kegiatan rasuah itu sebagai perkara biasa dan dibudayakan.

Agama suci kita mengatakan kepada kita; orang yang menerima rasuah itu serupalah seperti orang yang memakan daging saudaranya sendiri. Itu bukan saya yang kata, tetapi Agama kita, Nabi kita, kitab kita dan guru-guru yang mursyid berkata.

Tetapi rasuah tetap berlaku malahan ianya dilakukan oleh manusia yang diberikan amanah oleh rakyat untuk menjaga mereka dan negara mereka. Kerana apa? Kerana sudah mendapat ‘addiction’ dengan rasuah itu.

Sekarang mari kita bertanya pada diri kita sendiri; Apa bezanya diantara orang-orang yang mendapat 'addiction' rasuah dengan orang-orang yang mendapat 'addiction' meliwat? Siapa yang berani mengatakan kepada umum yang rasuah itu merupakan dosa yang lebih kecil dari meliwat?

Malu kah mereka jika orang ramai memerhatikan yang mereka adalah perasuah? Jawabnya TIDAK! Kenapa tidak merasa malu? Itulah hasil dari makan rasuah, kerana rsuah itu menyebabkan mereka hilang perasaan MALU! Malahan mereka bangga dengan menunjuk-nunjuk kekayaan yang datang dari hasil rasuah itu.

Itulah sebabnya saya suka menulis tentang isu ini...dan berulang kali...sebab ianya lebih hina dari peliwat. Seorang peliwat mungkin menjadikan 50 arau seratus orang mangsanya, tetapi perasuah meliwat hampir 30 juta rakyat Malaysia termasuk saya dan saudara/i sekelian.

19 August 2010

Free for all politics.

Malaysian politics seem to be like free for all. Main players UMNO, PAS, DAP, MCA, MIC,PKR pare the main players for the Peninsula while PBB,SUPP, PBRS, UPKO, PBS,LDP SAPP and others are players for East Malaysia.

Individuals in the Peninsula who of good consequence are Najib, Tengku Razaleigh Anwar, Muhyiddin, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Haji Hadi, Tok Guru Nik Aziz and Dr Wan Azizah are all names that one cannot leave out in the list of the men and women for the country.

Each of these names has an individual attributes and with individual character for Malaysian to choose to give him/her the trust to lead the nation. Gone have the days when leaders of BN in particular UMNO were the determinants of the nation politics and the direction as well as the goal the nation has to agree on.

Judging from the mood and tastes of the voters they are going for alternative leadership with alternative directions and spirit for a nation that claims to be independent and sovereign.

Firstly there is a need to find someone who is in person nice and compatible to talk serious issues about the nation. The person must be the one who is able to make any leader who is in serious mood to discuss matters pertaining to getting all Malaysian to be united. In other words of saying it, that some one has be a man with huge element of magnanimity with the heart for the people.

Another attribute is a person who understands all issues surrounding us in Malaysia and knows how to act based on right and accurate priority. And to find this person one has to know who among the many is having the outstanding testimonial records in his long or short record of public services.

Try to avoid rebel rouses to be in the short listing of names. But don’t forget that he has to be Malay. Please delete any name that is perceived to be taking kick backs and any other forms of corruptions.

For the purpose of conducting elimination process on the long list, please don’t consider anyone who is subservient his spouse or spouses if he has more than one. This is to ensure that his decision is purely his and not contaminated by the influence of his house mate or his soul mate.

To ensure that his soul mate does not interfere get some one who is married to a lady from a slightly better family so that she won’t have the addiction for money and glamor, once her husband ascends to power.

We terminate the serious notes here. Let us go for a lighter side of our mood. Please exclude certain names for consideration to take on the mantle. The list is as follows; myself, Quiet Despair, Mahaza, schenker 78, bat8, red alfa, dinturtle, kluangman and a few more. We are automatic disqualifiers. Maybe we can include one of my fierce commentators’ shamsul Anuar who never talk nonsense. (Just joking bros).

Now, if kluangman offers us a ‘buka puasa’ treat at any clean ‘warong’, that would be more quenching for us. Let us all accept the treat if he offers.

MCA akan menyaksikan akibat sikap buruknya.

MCA sudah menjadi duri dalam daging kepada BN. Ianya menjadi begitu kerana parti itu sudah hilang keyakinan dari kaumnya sendiri yang kini sedang memberikan lonjakkan kepada DAP.

DAP yang suatu ketika dahulu dimomok-momokkan sebagai parti yang ‘chauvinis’ seolah-olah parti itu serupakan dengan Parti Kominis Malaya (PKM) yang diharamkan oleh kerajaan kita itu sudah secara terang diterima oleh masyarakat, terutamanya kaum Cina.

Setelah GERAKKAN dan MCA menjadi parti yang kecil, ianya tentulah menjadikan musuh tradisinya DAP menjadi besar dan kuat. Kerugian kepada MCA adalah keuntungan kepada DAP.

Itulah keprcayaan bangsa Cina; iaitu mereka utamakan perubahan dalam kehidupan mereka dan kepada mereka perubahan itulah yang menjadikan mereka mampu untuk maju dan berjaya. Mereka memandang kepada DAP sebagai parti pilihan mereka.

Mereka percaya DAP patut diberikan kepercayaan kali ini kerana mereka berpendapat DAP merupakan parti yang sudah matang setelah melalui badai perjuangan yang panjang. Orang Cina mengaggap yang DAP mempunyai pemimpin perjuangan kerana tidak ada pemiminpin parti itu yang tidak pernah ditahan dalam penjara dan mereka terusan kekal dengan perjuangan mereka.

Sehingga tidak berapa lama dahulu, orang Melayu tidak mahu melalui perubahan kerana diyakini bahawa memberikan pilihan untuk memerintah adalah satu tindakkan yang tidak baik kerana tiada ‘continuity’ dan kononya akan membantutkan pembangunan negara dan bangsa.

Maka itulah sebabnya UMNO sentiasa menjadi pilihan mereka dan jika ada suara-suara yang mengkritik parti ini, maka seluruh jentera kerajaan akan bertindak menghentam suara-suara perubahan ini tanpa segan dan silu. Ramai juga pemimpin-pemimpin PAS berada didalam tahanan ISA dan akta inilah yang telah menekan perkembangan parti ini sejak beberapa lama.

Aklhirnya PAS menjadi pilihan apabila UMNO sudah mula hilang keyakinan dari rakyat kerana menjadi parti yang jumud dan terlibat dalam rasuah dan penyalah gunaan kuasa yang tidak berpatutan.

Orang Melayu mulai sedar bahawa jika tidak ada perubahan maka UMNO akan terus dijadikan ‘sanctuary’ bagi perasuah dan pengkhianat dalam mana pemimpin-pemimpinnya mempunyai persepsi yang amat buruk oleh rakyat.

Hanya sejak beberapa tahun yang lepas orang Melayu mulai melalui perubahan dan menjadi sensitif dalam isu politik negara khususnya dikalangan orang Melayu yang tinggal dibarat Semenanjung ini. Orang-orang Melayu dipantai timur memang sudah lama berupaya untuk melakukan perubahan yang drastik dengan memberikan kepada pihak lain untuk mentadbir mereka.

Kalau dahulunya UMNO mampu untuk memberikan tekanan untuk rakyat Melayu terus menyokong mereka, sekarang parti itu sudah duduk dipihak yang defensif. Pihak UMNO sudah terkial-kial untuk menjawab kritikkan pihak yang membangkang dan selalunya mereka (UMNO) akan membalas dengan kata-kata yang ada elemen-elemen ugutan dan paksaan..

UMNO selalunya memainkan isu rasis dan menjadikan isu 13 Mei sebagai alat untuk mengugut rakyat supaya terus menyokong mereka bagi mengelak trajedi ini tidak berulang.

Lama kelamaan isu itu sudah menjadi lali bagi orang Melayu, dan jika benar-benar pun mereka menahan pemimpin dan penyokong pembangkang maka mereka akan diketepikan oleh rakyat dalam pilihanraya umum. DAN orang Malayu telah pun melakukannya sejak beberapa kali pru yang lalu.

Tidak seperti pihak-pihak lain UMNO tidak mahu berubah walaupun berbagai-bagai pihak telah memberikan kritikkan tajam diatas tindakkan mereka terus menerus melakukan rasuah-rasuah besar yang jelas nampak oleh rakyat.

Oleh kerana sikap degil pemimpin-pemimpin parti yang begitu lama memerintah itu maka sekarang sampai ketahap yang kegiatan yang hina itu sudah tidak lagi dapat dibendung lagi.

Rasuah sudah menjadi ‘ketagihan’ yang tidak dapat dibuang lagi, samalah seperti orang yang ketagihan dadah. Pemimpin-pemimpin UMNO sedang menghadapi penyakit ketagihan rasuah yang tegar dan mereka tidak boleh menjalani hidup tanpa rasuah seperti penagih dadah yang tidak boleh hidup tanpa dadah.

Pemimpin-pemimpin kita belum menyakini yang rasuah itu merupakan kegiatan yang sangat merbahaya; lebih merbahaya dari bahaya penagih dadah dan kegiatan membuang bayi yang sedang berlaku dengan begitu meluas sekarang ini.

Apabila seseorang itu sudah terlalu biasa dengan kegiatan rasuah ianya akan dengan sendirinya hilang sifat malu malah dia pula akan menuduh orang lain pula yang rasuah seperti yang kita dengar berlaku diSelangor sekarang ini.

Rasuah PKFZ BN yang melibatkan jumlah RM 12 billion diketepikan dan tidak disentuh oleh UMNO Selangor sedangkan ianya berlaku diSelangor. Sebaliknya UMNO menggunakan isu royalty pasir untuk memberikan tekanan terhadap kerajaan negeri.

Akhirnya kerajaan negeri meminta MACC untuk duduk didalam KSSB untuk memuaskan pihak tertentu. Tetapi sehingga hari ini belum lagi ada apa-apa jawapan dari MACC terhadap jemputan itu.

MCA jelas menggunakan 13 resolusi Kongressnya untuk menalihkan pandangan dan tumpuan terhadap kelemahannya sendiri. Dalam ukuran apa sekali pun DAP sudah berjaya mengambil tempat yang selama ini didudukki oleh MCA.

UMNO dan MCA cuba untuk melindungi kesalahan mereka dengan melakukan lebih banyak kesalahan. MCA membunuh minat dan sokongan orang Melayu dengan mengeluarkan kenyataan yang chauvinistik dan membina tembok pemisah diantara orang melayu dengan partinya. Parti itu menekan kerajaan untuk mengurangkan secara beransur kuota istimewa orang Melayu sehingga ianya terhapus semeskali.

Dengan perceraian orang Melayu dengan MCA, saya tidak nampak bagaimana BN boleh mengekalkan kuasa.

BN masih ada harapan untuk mengekalkan kuasa ‘marginal’ dalam kerajaan Persekutuan jika BN Sarawak masih boleh pertahankan kemenagan mutlaknya dalam pilihanraya yang akan datang. TETAPI keadaan itu tidak mungkin lagi berlaku kerana penyakit yang dialami oleh BN diSemenanjung juga dialami oleh BN Sarawak.

Jika dalam pilihanraya 1999 pembangkang berdoa agar Wan Mokhtar kekal menjadi MB sampai pilihanraya tahun tersebut pembangkang diSarawak juga berdoa agar Taib Mahmud terus menerajui BN Sarawak dalam pilihanraya yang akan datang.

Sebabnya mudah. Trengganu jatuh pada tahun 1999 dahulu kerana mengekalkan Wan Mokhtar maka Sarawak berkemungkinan menerima nasib yang sama jika Taib Mahmud masih kekal berkuasa sehingga pilihanraya yang akan datang. Taib telah pun diumumkan akan bertanding dan terus menerajui Sarawak. Maka Sarawak merupakan satu lagi lubuk yang sangat besar kapada PR.

Begitu juga keadaan yang sama diNS. Jika Mohammad masih menerajui NS dan mengetuai pilihanraya umum bagiNS, maka NS merupakan satu lagi lubuk yang amat menyelerakan untuk PR.

Keadaan diSabah terus tidak dapat dibaca. Sabah akan mengikut apa yang berlaku kepada jirannya dan di Semenanjung. Bagi Sabah, mereka hanya mengikut rentak politik diSemenjung dan Sarawak.

Dalam keadaan sekarang Sabah ibarat ikan mati, ‘it swims with the flow’. BN yang diterajui UMNO sudah sampai kepersimpangan untuk mengambil keputusan yang amat sukar ini. Pergesiran MCA dengan UMNO diSemenanjung ini merupakan katalis bagi BN mendudukki kerusi-kerusi pembangkang didalam dewan-dewan Lagislatif negara.

UMNO dan BN sekarang ini terpaksa pilih satu diantara dua pilihan; bertukar atau ditukar.

18 August 2010

We are not afraid to side DAP - Chua Soi Lek

MCA is obviously desperate. Its President said that the party is not afraid to side its main foe DAP on issues that would benefit its race. MCA seems to fire missiles to everyone and everywhere in its desperate attempt to be relevant to the Chinese and Malaysian.

Soi Lek slammed Hishamuddin and Muhyiddin and he called on these 2 leaders to understand the situation faced by MCA and should not be unnecessarily fearful with the 13 resolutions of the just concluded Chinese Economic Congress.

Yesterday Muhyiddin was stressing that inequitable distribution of wealth would run a chance of political cataclysm like what had happened in 1969. Soi Lek was agitated by the DPM’s statement and warned Muhyiddin not to play a war-drum and keep on reminding about the incidence that the Chinese themselves do not want to see it to recur.

Soi Lek detested the statement by Hishamuddin calling for MCA to continue on with the BN struggles and he (Soi Lek) took Hisham's statement as a reflection of UMNO's distrust on MCA as the main component of BN.

"In multiracial country like us, we can’t play the zero-sum game as we are going to be a nation which is continuously going to be trapped as a middle income nation" he said. Chua advocates that Bumiputra be given price preference in certain economic sectors when the economy is liberalized for open tender.

Chua also called for gradual reduction on the 30 percent quota for Bumiputra and replace it with price preference to let the Bumiputra to compete with other productive races in the country.

Muhyiddin dismissed the resolution of the Chinese Economic Congress that the government must do away the 30 percent quota in order for MCA to remain relevant and accepted by the Chinese.

Muhyiddin was in contention that Bumiputra is still lagging behind in equity and wealth holding of the nation and he stressed that the resolution of the congress is not suitable for this multiracial country.

With the latest exchange between Muhyiddin and Chua Soi Lek means a war has started between the 2 main leaders of BN. It looks like MCA is not duly worried about taking care of mutual regards for each other like it used to.

Both UMNO and MCA are mutually blaming each other for the BN incompetency. MCA has to blame UMNO for its weaknesses and it does not help to regain its dwindling support from the Chinese voters.

The quota of 30 percent for the Bumiputra allocation had been working very well and MCA used to be remarkably accepted by the Chinese then. That has been the way and that had brought togetherness in MCA and the coalition.

It is not fair for MCA to blame the special quota and the NEP for the fall in the party’s tolerability and acceptability by its own race. In actuality MCA is starting the war drumming, not Muhyiddin or UMNO. Soi Lek must be reminded that your failure is due to your own misdeeds and just accept it.

UMNO accepts the claim that MCA has been loyal to BN and no one should dismiss it. BUT MCA must also remember that UMNO and the Malays have been sacrificing at length for MCA if the party cares to read history which is still quite recent. Please remember that this is not the first time that MCA had been rejected by the Chinese.

In 1969 GE result, MCA was almost a defunct. MCA was totally in destitute politically. MCA lost in almost every Chinese constituency to DAP and the newly formed GERAKKAN then. MCA lost totally in Penang to GERAKKAN which made Lim Cheong Yew as the new GERAKKAN CM in place of Wong Pau Nee.

It was UMNO which gave MCA a new lease of political existence when MCA leaders were sent in to be the BN candidates in Malay dominated constituencies in 1974 GE to ensure them victors. Can MCA accept this fact? Soi Lek must be reminded for all the sacrifices that UMNO had done for MCA.

UMNO on the hand is also not without issues. UMNO has the most issues that it fails to address. UMNO leaders have not been sensitive on all negative issues against the party for more than 2 decades and now it has come to a point where the Malays do not trust almost every word of its leaders.

UMNO had been treating the Malays as their servants and therefore they lag in solving the tribulations within the party while it was in small scale. They could have solved it issue by issue when the degree of troubles was within the manageable level. But the leaders chose to procrastinate in solving it while at embryonic stage

It is already too late for UMNO and MCA to do all the needful to ensure victory in the next GE. There is a huge apprehension to move for a change; the big leaders themselves do not have the cut as they are themselves are the responsible lots for the current disorder.

Anyway, there is no harm done to initiate some changes. It’s better than not doing anything at all. Do something, at least in preparing to be an effective opposition after the next GE, if I may say.

Had UMNO and the leaders initiated the repair jobs earlier, the perils could not have been this bad.

‘A person who has not done one half of his days work and duties by 10 o’clock, runs a chance of leaving the other half undone’, so said Emily Bronte.