Bill Perhimpunan Aman yang akan dibentang oleh BN di Parlimen merupakan satu insiden hitam bagi sebuah negara demokrasi. BN mengambil sistem demokrasi untuk negara tetapi takut dengan sistem itu sendiri. Apa yang akan dibentangkan dan diluluskan oleh parlimen ini merupakan satu tindakan yang mengekang perhimpunan secara aman dan nampaknya kerajaan yang memerintah amat gerun dengan kebangkitan rakyat untuk menyuarakan suara dan manifestasi mereka secara terbuka.
Cadangan ini adalah bercanggah dengan kehendak perlembagaan yang membenarkan rakyat menyuarakan pandangan dan pendapat mereka melalui perhimpunan secara aman. Demokrasi hanyalah dalam bentuk packagingnya sahaja tetapi sebenarnya di alam packaging itu penuh dengan elemen dictatorship dan jika BN mengambil kesempatan untuk mendapatkan kelulusan dengan sokongan ‘simple majority’ di parlimen ia tidak lain dari tindakan menekan terhadap gerakan fikiran rakyat untuk melakukan perubahan.
Bagi pendapat saya secara peribadi, BN akan teruskan membentangkan bill ini dan akan mendapat kelulusan ‘simple majority’ di dewan parlimen. Tidak ada siapa yang boleh menyangkalnya jika BN masih mahukan akta yang menekan ini untuk dikenakan kepada rakyat.
Perhimpunan tidak dibenarkan di semua tempat dan ini adalah cara BN untuk mengelakan insiden seperti Bersih 2.0 untuk berlaku sekali lagi. Tentunya bill ini merupakan tanda-tanda yang kerajaan BN tidak akan melaksanakan pilihanraya secara adil dan bill ini penting untuk mengelakan reaksi marah rakyat yang ramai.
Saya tidak mahu komen banyak tentang isu ini. Hanya saya hendak bersama dalam isu menentang bill ini kerana ianya akan menjadikan negara ini sebagai apa yang dikatakan sebagai ‘police state’ dan ianya tidak ada bezanya dengan sebuah negara yang berkepimpinan diktator yang bersalutkan demokrasi.
Saya telah sebutkan beberapa kali yang demokrasi di negara ini telah beransur-ansur mati. Jika pilihanraya di adakan kali ini saya berkeyakinan yang isu ini akan dapat di atasi jika semua rakyat bersatu; tidak kira apa bangsa sekali pun untuk pergi ke peti undi dengan aman dan terus sahaja memberikan undi kepada mana-mana parti selain dari UMNO dan BN.
Dengan cara ini tidak payah lagi kita hendak bertengkar dan berbahas. Bagi saya masa untuk berbahas sudah tidak ada lagi kerana UMNO dan BN tidak akan dapat mengubati penyakit rendah diri itu lagi. Penyakit itu sudah menjadi kanser tahap empat. UMNO tidak akan berubah lagi.
Kita sepatutnya tidak merasa bersalah lagi untuk meninggalkan UMNO itu kerana ianya lebih membawa penyakit dari membawa yang baik untuk rakyat. Rakyat tidak di berikan kebebasan untuk berfikir. Kita hanya dibenarkan untuk menganggok sahaja dan tidak dibenarkan mengeleng.
Jika ini cara UMNO memimpin dan membina pembangunan rakyat, kita akan menjadi rakyat yang tolol dan tidak boleh berbeza fikiran lagi.
Apabila saya membaca apa yang sedang berlaku ini, ada juga keinginan saya untuk keluar memberikan pandangan dalam ceramah-ceramah dan perhimpunan bagi menambah usaha untuk bersama-sama membetulkan keadaan yang tidak baik yang sedang menyelubungi politik negara.
Kita tidak juga boleh menyalahkan BN menggubal akta seperti ini. Kita mesti faham mereka yang sedang berkuasa ini amat takut dan gerun untuk menerima kekalahan yang saya rasa akan mereka alami. Selalunya mana-mana kerajaan yang akan jatuh selalunya bersikap seperti apa yang kita lihat sedang dilakukan oleh BN sekarang ini.
BN tidak gentleman. Mereka terlalu seronok dengan kuasa dan tidak mahu melepaskannya walaupun mereka tahu mereka tidak berkelayakan lagi untuk mentadbir negara. Tetapi mereka masih mahu berkuasa, maka tidak hairan kenapa mereka menggubal dasar-dasar yang ketat dan dianggap gila oleh mereka yang berfikir.
Jika rakyat benar-benar hendak mengelakan akta seperti ini wujud, caranya ialah untuk tidak memberikan kuasa lagi kepada mereka yang bertanggungjawab menggubal akta yang tidak senonoh ini. Jika mereka tidak lagi berkuasa, maka mereka tidak akan lagi berada di tampuk kuasa untuk menggubal dasar-dasar yang menekan seperti ini.
Kita mesti mengakui yang peralihan kuasa itu adalah fenomena normal dalam sesebuah negara demokrasi. Jika mereka yang terpilih melanggar semangat demokrasi itu rakyat mempunyai hak untuk memberikan mandat itu pada pihak lain, dan itu bukan sekali-kali merupakan kesalahan. Memberikan sokongan kepada pihak lain itu bukannya satu tindakan yang kriminal. Kita boleh melakukannya tanpa takut kepada mana-mana pihak.
Sebenarnya rakyatlah yang bertanggungjawab. Jika mereka masih memberikan sokongan dan seterusnya mandat untuk berkuasa maka rakyatlah yang patut dipersalahkan. Mereka yang berkuasa sekarang memang tidak merasa bersalah kerana melakukan kesalahan itu adalah kerja mereka.
Rakyatlah yang bertanggungjawab samada akta ini mahu diteruskan atau dibubarkan. Itu sahaja komen dari saya. Jika kita kaji secara halus tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling kita, untuk mengalahkan BN dalam pilihanraya kali ini bukanlah satu perkara yang mustahil malahan ianya merupakan keadaan yang agak mudah bagi parti-parti pembangkang untuk memenangi pilihanraya ini.
Ingat kepada slogan ABU (asalkan bukan UMNO), undilah mana-mana parti yang lain. Insyaallah segala akta yang menekan boleh kita hapuskan.
12 comments:
Yes,ABU in the next election.
Salam saudara Aspan,
Saya sudah lama mengikuti laman saudara dan merasa hairan kenapa saudara masih bersama UMNO tapi sekarang saya sedar bahawa saudara masih boleh berperanan dalam parti tersebut dengan gaya saudara sendiri. Saya doakan sejahtera untuk saudara dan teruskanlah usaha saudara. InsyaAllah kebenaran akan menang dan kebatilan akan lenyap. Itulah cita-cita kita semua sebagai rakyat yang cintakan negara.
Bro Aspan,
Saya menyokong penuh hasrat sdra untuk naik kepentas ABU untuk melahirkan pandangan sdra secara jujur dan berterus terang.
walaupun sdra tidak lagi mempunyai apa apa jawatan dalam Bahagian atau Cawangan UMNO tetapi saya rasa tentu ramai lagi mereka yang pernah menyokong UMNO seangkatan dengan sdra masih ingat hubungan intim sdra dengan TRH yang integritinya masih utuh. Sekiranya sdra bersedia menaiki pentas ABU,dan menelanjangkan segala keburukkan UMNO saperti yang sdra zahirkan melalui tulisan tulisan dalam blog sdra, saya yakin sdra dapat menyumbang kepada kejatuhan UMNO/BN tetapi sdra perlulah bersedia dipecat oleh UMNO( kalau masih lagi menjadi ahli UMNOlah) Teruskan perjuangan sdra Aspan samaada melalui tulisan2 sdra dalam blog ataupun dipentas ABU.
UNTUK PUAK-PUAK lembUMNO !!!!
Inilah dia Pemimpin-Pemimpin umno yang membuat sesuatu tak pakai otak manusia tapi pakai otak lembUMNO, dengar namanya sungguh menarik iaitu Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman tapi isi kandungannya macam Rang Undang-Undang Perhimpunan Haram.
Apabila dibantah elok-elok dan dikatakan bahawa RangUndang-Undang yang nak dibentangkan itu tidak elok untuk rakyat, pemimpin-pemimpin lembUMNO akan buat sombong aje. Bila bantahan dibuat dengan DEMO baru lah kelam kabut dan cakap nak kaji semula.
hemmmm..... umno dengan penipuan umpam irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan.....betul-betul meloyakan heeeeeeee
Saudara Aspan
Nampaknya dengan terbentang rang undang undang perhimpunan aman yang menjurus untuk mengkukuhkan police state, ianya telah mencapai tahap breaking point kebanyakan kita dengan UMNO/BN.
Diharap ramai akan mengikut kita dan membuat yang perlu pada PRU 13!
Sdr Aspan,
Tulisan anda memang menyengat dan terus menekan Semangat BN/UMNO yang merosakkan Negara.
Kita Rakyat semua harus dipersalahkan sekiranya BN/UMNO menang dalam PRU13 nanti. Dpd itu, tentanglah BN/UMNO dengan segala apa yang kita mampu lakukan termasuk mengikis semua fikiran yang BN/UMNO akan membela rakyaat tetapi penekan dan penindas hak dan kuasa rakyaat.
Sesudah PRU13, tentukan yang BN/UMNO, sesuatu nama yang tidak akan kedengaran, kelihatan dan diketahui lagi oleh rakyaat Malaysia semua nya. Undi ABU = Asal Bukan UMNO.
Aspan,
Good writeup, syabas.
The Ketuanan UMNOputra/BN Leaders, their Cronies & Macais have become Nazi monsters in the eyes of the Opressed Bolehland's Rayaat, a nation of bullies and bastards who would rather kill than live peacefully.
They are not just Whores for power and $$$, but killer whores with hate and fear in their hearts.
They are human scums, and that is how history will judge them.
No redeeming social value. Just whores. Get out of our way, or we'll kill you.
You be the judge.
Yes, let us all vote ABU !
Shalom.
lembu pun taknak himpun di Gemas semua dicondo mewah bangsar
UMNO BARISAN NASIONAL tidak ada pilihan lain lagi untuk mempertahankan kuasa pada PRU13 ini. Mereka akan melakukan apa saja tindakan bagi mempertahankan kuasa hatta dengan cara yang paling tidak bermoral. Mereka telah dapat rasai bahawa pendekatan baik pun mereka akan kalah, oleh itu mereka akan lakukan apa sahaja. Ibarat orang hampir lemas, seutas benang pun akan cuba ditarik sebagai penyelamat.
Pak Aspan,
Siapa lagi yang boleh merosakkan Malaysia dan memperbodohkan rakyat ke tahap maksima kalau bukan Pemimpin UMNO dan Lembu-Lembu nya!
Pak AA.
Assalamualaikum wbt.
UMNO yang sedang mengharungi saat akhirnya masih tidak hendak berubah, malahan nak menipu lagi rakyat Malaysia dengan cadangan pemansuhan ISA dan Emergency Ordinance dan diganti dengan Bill Perhimpunan Aman.
Kita tahu UMNO "baru" ini yang diplopori oleh TDM adalah "di rampas" dari UMNO lama yang terbatal pendaftarannya pada 4 Feb. 1988 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. UMNO baru pula wujud pada 13 Feb. 1988 tajaan TDM yang merampas dan merompak segala yang ada dalam UMNO lama termasuk asset berjumlah hampir RM1 billion, walaupun Tunku Abd. Rahman dan Tun Hussein Onn membantah dan menghalang.
Sejak UMNO baru ini memakai baju UMNO lama, amanah dan semangat UMNO lama diketepikan sahaja. Dari ketuanya TDM sampailah kepimpinan UMNO diperingkat bawah termasuk sekutunya dalam BN telah mengganas, melanun, menipu dan menzalimi rakyat Malaysia tanpa alasan yang munasabah dan keadilan undang-undang yang adil.
Dengan memperkenal Bill Perhimpunan Aman atau apa sahaja Transformasi yang di usulkan oleh UMNO/BN sekarang, UMNO/BN dilihat semacam bermimpi siang hari, buta matahati/akal dan hendak keluar dari mulut buaya tetapi hendak masuk kandang harimau ganas.Sedih melihat Wakil Parliment UMNO/BN dalam Dewan Rakyat semacam lembu dipasung hidungnya diheret kesana kemari untuk turut bersetuju dengan Bill Perhimpunan Aman.
Bagi saya niat UMNO/BN memperkenal Bill Perhimpunan Aman adalah kerja sia-sia dan menjurus kepada hendak membunuh diri sendiri.
Pak AA
Selagi rakyat mahu di tipu dan diperbodohkan oleh UMNO/BN, maka UMNO/BN akan terus menipu and memperbodohkan rakyat. Jadi rakyat yang menjadi penentu masa depan rakyat sendiri.
Masalah yang terbesar sekarang ia lah rakyat masih suka di tipu and diperbodohkan oleh UMNO/BN. Entah lah sampai bila baru mahu sedar. Sedih betul!!!!!
Post a Comment