08 December 2011

Dio dapek kerusi, kito dapek ayat

Kadang-kadang ada juga rasa tidak ada ‘mood’ untuk menulis tentang perkara yang serius. Kali ini saya tidak akan menulis tentang isu yang berat; hanya hendak menulis tentang pengalaman yang ada sikit-sikit ini untuk saya tulis sebagai coretan peribadi saya.

Saya teringat kepada satu insiden berucap dan berceramah di Johor banyak tahun yang lalu. Salah seorang daripada orang ramai yang begitu marah dengan wakil rakyat mereka yang jarang-jarang datang menjengok mereka di kampung mereka yang agak jauh dari bandar.

Semasa pilihanraya dahulu wakil rakyat yang beliau maksudkan ini datang dengan berbagai-bagai cara dan penampilan untuk mendapatkan undi daripada pengundi di kampung serta peti undi itu.

“Kami masih ingat lagi, semasa pilihanraya dahulu, wakil rakyat ini datang dengan membawa surah kursy yang dicetaknya untuk kami baca beramai-ramai kononnya untuk menolak bala dan hasutan pihak lain. Kami pun bacalah ramai-ramai dan dipendekkan cerita beliau menang dengan undi yang selesa.. Sejak beliau menang kami tidak nampak batang hidungnya lagi. Kami ingat kami telah diminta membaca ayat kursy itu berulang-ulang kali, akhirnya dia dapat kerusi, dan menjadi kaya-raya, kami hanya dapat ayat sahaja,” kata seorang yang pertengahan usia dan disambut dengan gelak ketawa hadzirin semua.

Apabila saya teringat insiden-insiden seperti ini saya merasa seronok pun ada, sedih pun ada dan geram pun ada. Walaupun ia sangat menggelikan hati saya tetapi kita boleh belajar daripada kata-kata rakyat yang berada di bawah ini.

Apabila saya teringat isu-isu seperti ini ia membuatkan saya tidak berapa berkenan dengan pemimpin-pemimpin UMNO menggunakan ayat-ayat suci untuk menutupi segala dosa dan noda yang dilakukan di hadapan mata dan kepala rakyat.

Saya teringat kepada insiden ini apabila saya mengikuti ucapan Muhyiddin Yassin dalam perhimpunan 3 sayap UMNO minggu yang lepas. Dalam ucapan beliau itu beliau telah membaca beberapa baris ayat Quran untuk dijadikan ‘insulation’ kepada segala noda dan perkara yang tidak semenggah yang berlaku di dalam UMNO.

Dalam pada membaca ayat-ayat suci Tuhan itu beliau telah memaki hamun pihak seterunya dengan menuduh bermacam-macam yang keji seperti menuduh parti lain hendak menjadikan negara ini sebagai negara republik dan anti Islam serta hendak membuang raja-raja Melayu. Semua tahu yang itu hanyalah merupakan tuduhan liar tetapi tuduhan-tuduhan liar itu di saluti dengan membaca ayat-ayat suci Tuhan. Apa maknanya semua ini?

Kalau tidak malu kepada tuhan, tidakkah beliau malu kepada diri beliau sendiri setidak-tidaknya? Kalau dahulu pemimpin ini menuduh PAS menggunakan ayat-ayat Quran untuk politik tetapi sedarkah beliau yang beliau telah menggunakan ayat-ayat suci untuk mengelirukan rakyat yang beliau sangka bodoh semuanya?

Kita orang Islam sejahil mana pun tahu yang Iblis itu adalah malaikat yang paling alim (berilmu) di kalangan ramai-ramai malaikat. Tetapi Iblis telah bersumpah dan berikrar untuk menyesatkan semua bani Adam dan iblis tidak mahu tunduk kepada Adam walaupun diperintah Tuhan untuk berbuat demikian.

Selebihnya saudara/saudari sambunglah sendiri.

21 comments:

apam balik said...

Ha...ha...haa.. baguih punya cerita dari you bro.

Quiet Despair said...

Ketawa besar saya baca posting Tuan Aspan.
Memang ramai menggunakan ayat Quran untuk memesongkan kita seperti bomoh atau pakar motivasi auta.
Tokoh politik are the main culprits to impress us by including Quranic verses in their speeches to impress us.
Saya ada tulis di sini terkejut bangat saya tengok Pak Din selitkan beberapa potong ayat Quran dalam ucapannya di PAU.
Ah well, diapun nak lawanlah tokoh PAS yang merasakan ayat-ayat al-Quran itu exclusive hanya untuk mereka.
Oklay, jika Pak Din tak salahguna atau selewengkan ayat yang dibacanya.
Diapun nak tunjuk kat kita semua Aruah bapanya seorang tokoh ulamak di Muor.

Red Alfa said...

Salam Saudara Aspan

Sungguh hebat cara Allah SWT menunjukkan kemunafiqan pada manusia kerdil untuk perhatian umum.

Al-Yasar said...

Sekarang pemimpin-pemimpin UMNO semakin banyak menyelitkan ayat Quran dalam ucapan mereka. Untuk tunjukkan mereka lebih islam dari orang PAS-kah?

Anonymous said...

Islam dah macam tuh? Yeah, right!

ABU.

Anonymous said...

AA

Ingat sdr!!! ABU

Anonymous said...

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Untuk mengelak dari pening kepala makanlah ubat.......ABU (asalkan bukan UMNO)

Unggal said...

KESIAN TUN RAZAK, KESIAN HUSSEIN ONN, KESIAN CIKGU MD YASSIN TERGOLEK2 DALAM KUBUR SORANG-SORANG DISIKSA, AKIBAT ANAK2 MEREKA YG TELAH MENJADI PETUALANG NEGARA, KABUR MATA TETAPI MABUK KUASA, MEMAKAN SEMUA TITIK PELUH MEREKA YG INGIN MELIHAT KAUM MARHAEN DAN ANAK BANGSA BERILMU DAN BERWIBAWA...TAPI DIBOLOT SEGALA ...

ismail. kuantan said...

AA

Ayah saya bernama ABU. Jadi tak bolehlah mengundi UMNO. Heeeee!!!!

nick said...

Pak,

I'm not worried or even care about Muhyiddin or even those so-called "Ulama muda UMNO" using "ayat2 Quran untuk membeli dunia"! To them I would say "your deeds and intent will be judged in the hereafter and GOD is the Judge of all Judges. So beware!"

What I'm worried about is our people, the Malays, the so called "Melayu Islam" who are first Malay and then second, islam, just like Muhyiddin pledge that he is Malay first then Malaysian". There are so many of them who would rather think themselves as malay first and because of that belief, even if something is against Islam (and Malaysia) but ultimately will serve the "Malayness" agenda, they wouldn't hesitate in doing it (in other words "Ketuanan Melayu" justifies immoral and unlawful act and deeds)!

These are the people that are abundant in UMNO and of course outside UMNO. And ultimately these are the very people who are responsible for a corrupt UMNO and a destroyed nation. It about time we, Malays change our selves into TRUE Muslim who uphold the law and country above the race and especially "Ketuanan Melayu".

Only then can we rise above mediocrity and destruction. Islam have uplifted so many races towards greatness (the Arabs, Persian, Indian and Andalusian) and it's about time for us to rise above too and shed ourselves from xenophobic mentality and UMNO absurdity. And of course be firm in our pledge of "ABU"!

Nick.

Sekampung dgn Ustaz Zainal Sakom, said...

Hahahaha.... saya masih ingat lagi kira2 lebih 10 tahun yg lalu our ex-MB Selangor, Dato Khir Toyo sering keluar dalam rancangan "Kuliah Subuh" (kalau tak silap terbitan RTM). Isteri saya sering marah2 sebab saya sering tutup TV setiap kali beliau menyampaikan ceramah agama.

Saya katakan pada isteri saya... Huh orang2 UMNO kebanyakan munafik dan sering tak consistent apabila bercakap tentang isu2 agama. Hari ini depa sebut itu haram ini haram.... esok lusa semua halal belaka...

Hahahah.. sehingga hari ini apabila saya bertemu Khir Toyo saya tersenyum lucu teringat akan ceramah2 beliau hingga ada kadangkalanya beliau emosi sampai tegang2 urat leher ketika berceramah.

master said...

UMNO ni tunggu masa sahaja.

Anwar hanya perlu kata,' We are ready for Putrajaya' nearly elections- orang ramai tidak teragak-agak lagi untuk undi Pakatan Rakyat.

Maaf katalah. Saya undi Pakatan 2008 di Shah Alam dan PRU-13 kali ini saya akan undi Pakatan lagi.

Yang menyelamatkan UMNO sekarang hanya mitos-mitos selama 50 tahun, bahawa UMNO saja boleh memerintah Malaysia, negara akan lingkup dibawah Pakatan. Tapi Selangor, P.Pinang, Kedah, Kelantan, Perak menjadi bukti itu semua hantu tahyul yang direka puak UMNO.

Orang Melayu tersengih melihat perhimpunan agung UMNO menjelang pilihanraya. Najib gagal dan hilang arahtuju hanya mampu bertempik ditambah pula mendapat timbalan tak boleh pakai Muhyiddin Yasin. Hishamuddin lagi haprak gila kuasa menikam belakang Najib sekaligus bakal menyaksikan UMNO rebah dalam PRU-13.

Ke mana hala tuju Khairy dalam PRU-13? Kita saksikan. NFC Scandal bakal dijaja ke seluruh pelosok kampung orang Melayu oleh Pakatan. Mampukan UMNO menahan serangan bertali arus Pakatan?

Apa-apa pun saya kata 50-50 tapi UMNO berada dalam keadaan tertekan.

Saya orang pertama yang berkata, 'Anak Melayu menyokong DAP'. Ini jawapan personal saya untuk Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

saji said...

Tak perasankah pemimpin2 UMNO mengenai Ayat 188, surah al Bagarah yang maksudnya berbunyi,

"...Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, serta janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan ( atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui salahnya..."

Anonymous said...

Bahasa Melayu Pak Aspan Menyentuh hati saya...tapi pendapat saya Pak Aspan amat sayang pada UMNO tapi apa nak dikata bila UMNO menghampakan rakyat dan menperalatlkan orang melayu untuk kuasa politiknya.....

j ahmad said...

UMNO solicits support with force and all unbecoming intrigues bro AA.

UMNO is not being loved and has no legitimate support of the Malays. The party has been a fake party led by faked leaders who are all out for their personal glories.

I have made decisions not to support the party any longer as i feel deceived through and through. UMNO has ceased to be struggling for the Malays and the country.

I reckon PAS and DAP are the only 2 parties with discipline and let us just grow old with them.

IbnAbdHalim said...

Apa nak hairankan? Abdullah bin Ubay sentiasa bersama Rasulullah. Namun dia tetap juga seorang munafik.

Anonymous said...

Salam Aspan,

Appreciate with what you have been doing for the country lately. To show my thanks, please follow the given step-by-step instructions to remove malware on your blog.

Keep up the good work! :)

ujang kutik said...

Sdr Aspan,

Saya secara tak sengaja menjenguk blog tuan kerana tajuk ini'Dio dapek kerusi.Kito dapek ayat'.

Berbaloi den singgah sebab isinya memang menarik.

Bagaimanapun, yg tak 'semenggah' ada di mana-mana.Orang semenda yg tak 'semenggah' pun ada.

Bagaimanapun, orang politik yang tidak 'semenggah' disebut dalam buku pepatah Allahyarham Tan Sri Abdul Samad Idris. Pepatah itu berbunyi, "Puar tunduk ke perut."

Bukan hendak promosi blog saya yang kerdil,tetapi kalau tuan berhajat nak tahu maana pepatah tersebut jenguklah ke blog saya.

faizal moin said...

pernah juga join majlis cam ne,, terikut ajakan kawn,,sedih dan malu apabila di fikirkan balik,,

Anonymous said...

maaf tuan, saya setuju pandangan tuan kecuali pada perenggan terakhir, kerana iblis itu bukan dari kalangan malaikat tapi jin.

Anonymous said...

Semasa PAU tu memang ramai yang keluar masuk tandas kerana aircond sejuk sangat. mungkin ada yang terlupa baca doa masuk dan keluar tandas. Jadi tentu banyak iblis yang mengekori ke dewan...