Sekarang timbul pula cerita akaun
induk Anwar Ibrahim seperti yang disebut oleh Datuk Murad, bekas Naib Governor
BNM. Murad berkata ini berlaku semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan Malaysia
dahulu. Isu ini merupakan isu yang sudah lama, dan mahkamah telah pun
memberikan keputusannya yang perkara itu tidak wujud. Tetapi di dalam negara kita
yang tidak wujud pun boleh diwujudkan dan yang wujud boleh di‘tidakwujudkan’.
Inilah agaknya konsep ‘Malaysia Boleh!’ Semua boleh berlaku.
Tetapi tidak mengapalah jika isu
itu ditimbulkan kerana pilihanraya pun sudah hampir. Semuanya akan timbul. Saya
pun hendak juga tahu berapa banyak wang yang ada di dalam akaun induk Anwar itu
jika akaun itu benar wujud. Anwar sendiri pun bersetuju untuik membukanya
tetapi kenalah ada syarat sikit. Syaratnya TS Muhy pun kenalah buka akaunnya
juga.
Setiausaha Agung PKR, Dato' Saifuddin Nasution, semasa berucap bersama saya di Klang baru-baru ini juga
telah bersetuju untuk Anwar membuka segala-galanya dengan syarat Muhy, Najib,
Hishamuddin, Khairy dan beberapa orang pemimpin BN sendiri bersetuju untuk
membuka akaun masing-masing bersama dengan Anwar Ibrahim. ‘Once and for all’
kita selesaikan isu ini serta-merta.
Saya menyebut isu ini kerana cara
berpolitik hari ini sangat tidak beretika terutamanya dari pihak UMNO/BN. Murad
jelas dipergunakan oleh setengah pihak kerana politik setengah pihak. Saya
tidak nampak Murad sebagai seorang yang mempunyai kejujuran tetapi itu tidak
siapa boleh memperbaiki dirinya kerana itu sudah menjadi naluri bagi seseorang
yang terdesak.
Anwar memberikan reaksi beliau
dengan meminta semua pihak membuka akaun masing-masing dan Muhy kata beliau
mempunyai kredibiliti yang meragukan. Anwar berkata beliau pernah menjadi
Timbalan Perdana Menteri dan beliau sebaliknya tahu siapa Muhy ini. Jika sewa rumahnya pun ada pihak yang membayarnya, bayangkan apalagi yang tidak dilakukan
oleh Muhy.
Anwar nampaknya serius dan
meminta Muhy menunjukkan akaun peribadi beliau sendiri. Bagi saya yang masih
berada di dalam pencarian ini, saya amat bersetuju dengan cadangan Anwar itu
kerana amat penting segala-galanya diketahui umum kerana mereka-mereka ini
adalah penjawat awam. Saya rasa perkara ini wajar dilakukan dengan segera
seboleh-bolehnya sebelum pilihanraya umum nanti.
Anwar sudah pun bersetuju untuk
membuka akaunnya maka sekarang giliran Muhy pula untuk menyatakan pendirian
beliau samada bersetuju untuk melakukan perkara yang sama. Jika Muhy tidak
pernah melakukan rasuah inilah masanya untuk beliau membuktikannya kepada orang
ramai yang bakal mengundi nanti.
Bagi orang biasa di tepian
masyarakat ini saya tidak mungkin mampu untuk membuktikannya tetapi saya juga
hendak muktamadkan pandangan saya tentang ‘conduct’ Muhy yang banyak
diperkatakan ramai semasa beliau menjadi MB Johor dahulu. Saya juga hendak tahu
juga siapa yang membayar sewa rumah beliau seperti yang disebut oleh Anwar
Ibrahim itu. Jika benar dakwaan Anwar itu, tentulah Muhy seorang yang amat
miskin kerana sewa rumahnya pun ada pihak yang membayarnya. Tentulah orang yang
membayar itu sangat baik orangnya.
Kalau begitu elok Muhy memohon
dari pihak berkuasa untuk memohon rumah murah atau pun bantuan PPRT dari
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Kita tidak boleh membiarkan TPM
kita itu, dalam kesusahan dan jangan dibiarkan orang lain membayar sewa
rumahnya.
Dalam pada itu kita tunggu
kesudahan kepada isu ‘akaun Anwar dan akaun Muhy’ ini.
15 comments:
Muhy mana berani buka akaunnya...nnti habislah rahsia rasuahnya akan di ketahui ramai....
Muhy mana berani...nnti rahsia rasuahnya akan terungkai....
saya teringin sangat nak lihat berapa ada dalam akun diorang.. bukan apa nak mintak bantuan sikit la.. cukup untuk beli susu dan lampin anak pun jadi la..
Salam,
Sudah tentu akaun Muhy ... ehem .ehem ... tapiiiii.. bil elektrik dan ayak rumah dia berapa ribu-ribukah???
Siapa sebenarnya yang sudah ada kertas siasatan ni....Ini sebenarnya kelakuan Anuar yang suka menunjuk kesalahan orang lain bila kesalahannya kena cungkil....cuba lihat apa yang dilakukan selama ini termasuk apabila hendak dipecat dari Tim. Perdana Menteri Dulu.....apa dia kata...Kau orang sebenarnya dah tak nampak pada yang lain....teruskanlah...
No need for Mahathir to fear
Udin anak yasin ni habis orang dikoyoknya,mana dia ada telor nak dedahkan akaunnya ini termasuklah orang2UMNOGOK yang lain,dalam UMNOgok ni bukan menteri aje buat duit Ketua Kg pun sama je naik kalau tak percaya Pan,balik lah sesekali balik lah kek KS tau lah sepa dio. Ni bab budak Murad ni,ialah dah takada kerje lagi faham2lah dia tu samalah macam Lan anak Kassim dah mencacai apa lagi masuk balik lah dengan puak UMNOgok tu, kalau tak makan pasirlah.....dia orang ni lebih terok dari ULAR....
Anak mukim Rantau
Salam AA...
Elok la tu .tunjukan kpd rakyat apa harta n wang ringgit yg kita ada..dr mana dpt seme tu... Suruh isytihar harta menteri2 x mau...nah skrg kan dh tekena...
Dear Sdr Aspan,
Salam... How do we read the truths, share ideas and respond in camaraderie from now on with the latest new amended evidence act ? We might want to consider writing political messages on our regular capati, roti canai or apam terbalik.... ide yang bankrupt, youths really mengamuk ! Terima kasih, Sdr Aspan.
Pak Pan,
Kalau nak bukak, jangan lupa bukak sekali penyamuns ,madey, mukrz, mirzn dll.
lately statement dr umno sume jenis bunuh diri.. hehehe buang tebiat la tuh
Muhy ni masa dia MB johor bila dia lalu di jalan mahmodiah dia akan menangis, org ingat dia sedih mengenang kaum kerabat dia yg dah meninggal dan dikebumikan di perkuburan mahmodiah.....tapi bukan itu sebab musabab dia menangis.
Cuba teka kalau saudara/saudari org yg bijak bistari.
Amir Hamzah
JB
Sdra Amir Osman..
Sapa yang mule mencabar ? TS Muhy ataw DS Anwar ?? Cabaran TS Muhy dah disahut oleh DS Anwar.. Klw betul2 TS Muhy clean apa takut.. terima la cabaran itu secara gentlemen..klw berani hulurkan cabaran, berani lah jugak terima cabaran.. kannnn..
de_kuan
Tuan AA,
PM Najib kelihatan dengan penuh yakin dan berseri-seri dalam TV (Nightline)malam ini, bahawa BN akan mempertahankan Puterajaya.
Tuan AA, mungkin melihat keadaan pada the other side of the coin.
UMNO bukan parti yang sempurna tpi
yakin ker yang lain itu tidak akan
kumpul harta dengan lebih teruk jika
berkuasa kelak? tengok apa yang Nizar buat di Perak dan Azizan di Kedah....
Tuan Aspan,
Pastinya kesudahan isu akaun Anwar dan Muhyiddin akan seperti embun dihujung rumput yg akan hilang bila mentari menjelma. Teringat juga tentang isu berkotak kotak bukti korup pemimpin UMNO yg dijajakan oleh anwar melalui ezam. Apa kesudahannya? Jika asalnya belajar politik dari sistem UMNO maka akan terhasil lah produk UMNO walaupun dah berubah wadah. Anwar, Azmin dan rakan2 dari sistem pendidikan UMNo ini sama sahaja perangainya walaupun dah ber wadahkan parti baru. Kita sama2 lihat jika Tuan Aspan ini masih kekal dengan perangai UMNo nya, masa akan menentukan nya.
Post a Comment