09 June 2012

Jangan tunjukkan sangat sikap 'inferiority' itu

Sampai bila pemimpin-pemimpin kerajaan (BN) hendak berperang dengan rakyat? Perbalahan tentang isu PTPTN  berlarutan sehinggakan TS Muhy dan Menteri Pendidikan Tinggi telah bertindak untuk menjadikan mahasiswa Universiti Selangor (UNISEL) mangsa pertembungan di antara kerajaan dan PR dengan melakukan tindakan yang paling bodoh (maaf kerana menggunakan istilah bodoh) yang dipamerkan oleh pemimpin-pemimpin setinggi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri yang bertanggungjawab terhadap pendidikan tinggi negara.

Kalau kita amati secara halus ramai pemimpin yang pandai-pandai telah menjadi bodoh apabila menjadi pemimpin UMNO Baru. Terlalu jelas yang pimpinan tertinggi UMNO Baru yang mengaku untuk mendahulukan rakyat tidak mampu untuk mempertahankan janji-janji untuk menjadi pemimpin yang ‘magnanimous’ sepenuhnya jika dimandatkan oleh rakyat lagi sekali.

Membekukan permohonan pelajar UNISEL untuk mendapatkan PTPTN ini menunjukkan yang pemimpin-pemimpin yang terlibat sesungguhnya tidak mempunyai daya kepimpinan yang sejajar dengan cita-cita untuk menjadi pemimpin negara yang berangan-angan untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju. Kemajuan negara bermula dengan kemajuan cara berfikir dan tindakan yang setanding dengan pemikiran pemimpin negara maju yang demokratik.

Alih-alih hari ini keputusan untuk membekukan itu telah ditarik balik oleh kerajaan pusat setelah membekukannya selepas tiga empat hari selepas arahan pembekuan itu. Ini merupakan tindakan yang amat memalukan yang tidak terperi dan ramai tidak menyangkakan yang tindakan ini boleh diambil oleh pemimpin kerajaan yang beriya-iya untuk menandingi kewibawaan pimpinan Pakatan Rakyat.

Sikap pemimpin kerajaan persekutuan nampaknya lebih keanak-anakan dan bagaimana rakyat hendak meletakkan kepercayaan kepada pimpinan seperti itu untuk  mendapatkan jaminan bahawa generasi yang akan datang tidak ditadbir oleh pemimpin-pemimpin yang kurang kemampuan untuk berfikir.

Tindakan pembekuan itu diterima oleh kerajaan Selangor dengan tenang dan Menteri Besarnya telah mengambil tindakan untuk mencairkan aset UNISEL bagi penyelesaian hasil daripada tindakan gila pemimpin persekutuan ini. Kerajaan Selangor pimpinan TS Khalid Ibrahim boleh menyelesaikan isu ini walaupun pemimpin persekutuan telah melakukan pelbagai tekanan terhadap Selangor.

Apabila sudah menyedari kesilapan kerajaan persekutuan telah mendabik dada yang kononnya PR tidak mampu untuk memberikan pelajaran percuma seperti yang dijanjikan. Pimpinan mengambil isu pembekuan dan penarikan balik pembekuan itu sebagai permainan politik yang sangat rendah darjatnya. Mengakui menang yang disuarakan oleh Khaled Nordin merupakan satu kenyataan keanak-anakan.

Tiada siapa yang menang tetapi yang sudah pasti mampu menyelesaikannya ialah TS Khalid Ibrahim yang bersedia mengambil tindakan pantas untuk menyelesaikan isu pembekuan itu dengan mencairkan aset universiti itu untuk memberikan penyelesaian kepada pelajar-pelajar yang dianiayai oleh pimpinan persekutuan itu. Penarikan balik pembekuan itu merupakan satu tindakan ‘damage control’ bagi pimpinan persekutuan kerana mereka menyedari bahawa pembekuan PTPTN oleh pimpinan persekutuan itu akan dapat diatasi oleh kebijaksanaan pimpinan negeri Selangor.

Saya amat percaya TS Khalid mampu mengatasi isu itu dengan baik kerana saya tahu beliau boleh lakukannya. Inilah yang tidak mahu dilihat oleh pimpinan persekutuan. Lama juga saya berkhidmat di bawah TS Khalid ini dan saya amat berkeyakinan beliau akan buktikan kemampuan beliau mengatasi isu ini jika kerajaan persekutuan tidak menarik balik pembekuan itu.

Jika isu ini sudah selesai, pimpinan persekutuan dari sekarang jangan menjadikan pelajar sebagai mangsa kepada politik ‘desperate’ mereka dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang ini. Apabila bertindak tanpa berfikir dan bercakap lebih pantas daripada berfikir inilah jadinya.

Janji pemansuhan PTPTN atau pun pendidikan percuma itu merupakan usaha dan janji PR jika dapat dan berjaya menganjak pimpinan BN dari Putrajaya dan itu merupakan komitmen Pakatan Rakyat. Saya dan ramai lagi percaya yang PR mampu untuk menjadikan pendidikan itu tanggungan kerajaan jika mendapat kuasa.

Pimpinan BN pun percaya ia akan mampu dilakukan oleh PR jika PR berkuasa tetapi mereka (BN) juga tahu mereka (BN) tidak akan mampu untuk melakukannya. Inilah yang menjadikan pimpinan BN tidak senang duduk dan tidak nyenyak tidur kerana ketidakmampuan mereka untuk mengatasi komitmen Pakatan Rakyat itu.

Itulah sebabnya saya telah menulis dalam posting saya beberapa hari yang lepas yang pada hakikatnya BNlah yang sedang berusaha menandingi PR dan bukannya PR yang menandingi BN. Pimpinan BN tahu jika Pilihanraya diadakan besok hari, PRlah yang akan mendapatkan mandat itu.

Maka itulah sebabnya pimpinan BN sedang berada di dalam keadaan ‘defensive’ kerana mereka juga sedar bahawa rakyat secara majoritinya sedang bersama PR. Hanya menunggu tarikh pilihanraya sahaja.

Isu pendidikan percuma merupakan isu yang mampu dilakukan oleh PR kerana jika negara Scandinavia boleh memberikan pendidikan percuma walaupun tidak mempunyai hasil minyak dan hasil mahsul seperti yang kita ada, kita tidak nampak kenapa isu ini tidak boleh dilakukan oleh PR.

Maka tindakan kerajaan persekutuan untuk menjadikan pelajar sebagai mangsa kerana ketakutan dan keresahan mereka yang takut dengan kehilangan kuasa itu merupakan satu tindakan yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran ramai orang.

Sememangnya seseorang yang sudah tidak tenang itu akan melakukan perkara-perkara yang tidak betul dan sentiasa ‘flip-flop’ dalam semua tindakan mereka. Hendak tidur tidak lena, hendak makan tidak lalu dan mandi pun tidak basah. Oleh itu segala tindakan mereka tidak berdasarkan kepada pemikiran yang stabil dan tenang.

Inilah bahayanya jika kita mandatkan pimpinan negara kepada pimpinan BN kerana pimpinan yang tidak berfikiran yang tenang akhirnya akan memudharatkan rakyat lebih-lebih lagi bagi generasi yang akan datang. Penyakit ‘inferiority complex’ pimpinan persekutuan ini kian  jelas.

Rakyat Selangor mesti ingat itu. Jangan perjudikan nasib anak-anak kita dengan memberikan sokongan kepada pimpinan yang 'perongos' ini.

35 comments:

Anonymous said...

Tuan AA dan pengunjung blog,


Istilah 'Bodoh' amat tepat untuk mengambarkan betapa bodohnya tindakan menteri umno baru/ptptn(barua tunggangan terkini) yang menjadikan rakyat sebagai mangsa/tebusan mereka.Dasar sendiri buat, sendiri juga gagal tunjukkan keberkesanan dan kebaikkannya.Terserlah sudah kepimpinan umno baru yang tidak punya kecekapan, kemampuan dan komitmen terhadap perlaksanaan dasar-dasar yang telah mereka buat.


- Rakyat bukan tempat nak tunjuk ego dan kuasa.


salam
-scorpeneterbang-

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

PR 1-0 UMNO

Sekian

Surrogate

MAHApenipu said...

Pemimpin2 UMNO/BN mempunyai mentaliti ketua kg. Sepert ketua2 kg yg dikuasai UMNO/BN, mereka akan hanya menolong Kaum Kerabat & Rakan2 Sdn Bhd. Oleh kerana mentaliti pemimpin2 UMNO/BN telah menjadi terlalu kecil & sempit, mereka bukan hanya tidak layak lagi mentadbir sesebuah negeri,malahan sebuah negara yg bernama Msia...

apanama pun boleh said...

Penyokong2 UMNO/BN nei kalau bagi fakta2 dan bukti2 kebaikan dan kemajuan negeri2 bawah PR,mereka tetap tidak akan mengakuinya.Ini adalah disebabkan minda mereka telah dirantai berkunci dan tiada siapa yg boleh menolong mereka melainkan Allah swt.. Kesian... Kalah menang bukan persoalan,tapi yg penting sekali ialah minda kita perlu dibuka luas dan bebas berfikir supaya mengetahui mana yg hak dan bathil

Anonymous said...

Jelas UMNO kini dilanda krisis keyakinan, bukan sahaja rakyat tidak lagi percaya kepada pemimpin UMNO malah pemimpin UMNO sendiri banyak buat keputusan flip-flop.

Anonymous said...

Pertarungan dalam isu PTPTN ini, menghasilkan keptusan 3-0 iaitu Pakatan Rakyat, 3 dan BN, 0.

Mata pertama diperolehi Pakatan Rakyat apabila tawaran pendidikan percuma yang dilontarkan oleh Datuk Seri Anwar serta janji mansuh PTPTN berjaya menarik sokongan anak muda.

Mata kedua pula diperolehi melalui debat Rafizi dan Khairy apabila ramai melihat mekanisma pemansuhan PTPTN dan pendidikan percuma yang dijelaskan Rafizi benar-banar realistik dan mampu dilaksanakan.

Manakala mata ketiga, diperolehi apabila kerajaan dan PTPTN mengumumkan penarikan balik pembekuan pinjaman terhadap pelajar Unisel dan Kuis.

Anonymous said...

Ayahanda Aspan,

Baru-baru ini DSAI menegaskan bahawa beliau bukan seorang yang "lembab".

Keputusan membekukan PTPTN kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) dianggap oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai adil.

Ayahanda, penarikan semula tindakan membekukan pinjaman setelah tidak sampai 24 jam diumumkan memberikan implikasi yang "lembap".

Anonymous said...

Umno adalah parti yang tidak ada pendirian, parti yang suka buat U-Turn.

Anonymous said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sepatutnya semua orang Umno yang beragama Islam lari dari menyertai perjuangan kebangsaan.

Umno semakin menyimpang dari perjuangannya. Majoriti penuntut Unisel dan Kuis adalah orang Melayu. Tindakan Umno ini hanya menggusarkan hati rakyat.

Rakyat sepatutnya sudah lama tidak menyokong Umno dan BN kerana menggusarkan hati rakyat dengan gejala buruk seperti rasuah, penculikan kanak-kanak, penyalahgunaan wang zakat dan berbagai lagi.

Gejala ini berlaku berikutan pemimpin yang salah mentadbir negara seumpama memandu sebuah kereta yang tidak mempunyai brek, akibat kerosakan.

Gejala menganiaya penuntut yang tidak bersalah adalah perbuatan yang derhaka kepada Allah selain zina, tak solat, rasuah, culik manusia dan berbagai lagi. Semua ini tergolong dalam perbuatan maksiat

Anonymous said...

Amukan 'yob pasior' U turn dlm masa 52 jam

Anonymous said...

Kenapa UMNO suka buat Rakyat marah?

kembarafakir55 said...

pemimpin sekarang buat keputusan mengikut nafsu bukan akal, tu sebablah selalu tersasar!

TulangKering said...

diorang ni memang dah tentu arah dah! buat salah, tak buat pun salah.

apa lah!! Budak student pun jadi mangsa. tapi bila mereka dah tahu, banyak orang yang akan marah diluar dan dalam UMNO sebab itulah dia buat U-turn. kalau tidak makin parah.

Anonymous said...

Sdr. AA.

Kepimpinan UMNO semakin hilang pertimbangan, tidak rasional dan tandus kebijaksanaan,mereka bertindak bersendirian menepis segala hujahan dan menafikan kemampuan rakyat yang berfikiran cerdik dan bebas, jadi nampak jelas kepimpinan UMNO sudah semakin beku otak dan kekeringan sokongan.Tidak
lama lagi terhapuslah mereka dibumi politik Malaysia insyaAllah.Marilah kita bersama berdoa sebolehnya dan memilih sebijaknya kuasa baru/kepimpinan baru dalam PU13 untuk menegakkan keadilan, memperkukuh kesepakatan untuk
membangun Malaysia maju dengan rakyat yang bersopan dan bertakwa.

Bagi mereka yang sayangkan Malaysia,mahukan "Kerajaan Baru/ Kepimpinan Baru" dan dengan rakyat yang lebih bertanggung jawab dan berfikiran terbuka, kita semua jangan ulangi segala kelemahan dan keburukan kepimpinan UMNO/BN dan kuncu-kuncunya yang sudah lebih 50 tahun "mengganas".

Amalkan ABU.

Anonymous said...

BN's politicians and cronies have been on a national and international corruption spree for decades

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Sebagai seorang warga Malaysia yang prihatin saya meneliti setiap perkembangan dan senario politik semasa negara. Seluruh warga Malaysia tahu tunggak kekuasaan mahu pun kekayaan negara sejak sekian lama hingga kini ditangan UMNO BN. Namun suatu yang memalukan bila PR yang menguasai beberapa negeri dalam GE lalu dan mentadnir negeri dalam situasi sumber kewangan terbatas mampu mencuri pujian dari Audit Negara berbanding UMNO BN sendiri.

Laporang Audit Negara jelas memberi kredit kepada kerajaan negeri dibawah pentadibiran PR walau pun usia pentadbiran PR ini bagai langit dan bumi berbanding UMNO BN. Dalam segala kekurangan smber kewangan yang dinafikan kerjaan UMNO BN Persekutuan, Selangor dan Pulau Pinang di bawah pimpinan Tan Sri Khalid dan Lee Guan Eng terbukti mampu melakukan lebih baik.

Berbalik kepada Selangor, Saya bukanlah penggemar atau pemina Tan Sri Khalid. Namun saya melihat MB ini sangat profesional dalam mentadbir Selangor. Gaya dan stail pimpinan Tan Sri Khalid cukup profesional sehinggakan sikap profesional dan pendekatan ala koperat yang menjadi pegangan Tan Sri mungki tidak disenangi oleh segelintir pemimpin dalam PR itu sendiri. Namun stail pimpinan inilah sebenarnya menguntungkan rakyat kebanyakan.

Bila PTPTN tiba tiba membekukan pinjaman kepada UNISEL kerana dendam dan perangai bodoh Khalid Nordin, simpati Tan Sri Khalid dan rasa tanggung jawab MB ini yang mewakili PR jelas terlihat. Saya memuji tindakan segera yang MB PR ini cuba ambil bagi mengapungkan aset UNISEL dalam usaha untuk menyelamatkan para pelajar UNISEL yang dimangsakan oleh PTPTN walau pun penyelesaian ini bukan satu penyelesaian jangka panjang. Rasa tanggung jawab kerajaan PR ini terserlah malah peranan BM Selangor ini harus mendapat pujian ramai.

Saya yakin jika PR diberi amanah mentadbir negara Malaysia dan diberi peluang menguruskan dana negara, rakyat kebanyakan lebih mendapat menafaat, kebajikan ramai lebih terjaga dan paling penting kekayaan negara akan disalur dengan adil dan saksama tanpa amalan kronisma mahu pun pembaziran.

Kalau dalam keadaan sumber kewangan terhad kerana dinafikan hak oleh kerajaan persekutuan, negeri negeri di bawah pentadbiran PR telah mampu membuktikan sesuatu kepada ramai, bayangkan jika PR kelak menguasai kerajaan pusat dan khazanah negara, pasti kita akan melihat satu pencapaian yang luar biasa yang gagal ditonjolkan oleh UMNO BN selama ini.

Saya penuh yakin dzi era kekuasaan PR kelak kek ekonomi akan dikongsi bersama secara lebih merata dan adil berabnding era UMNO BN yang memperuntukkan bahagian besar kek berkenaan kepada golongan koperat dan kroni mereka. Dasar pengsawastaan yang pada asasnya untuk tingkatkan kecekapan pengurusan ekonomi negara selain mengurangkan bebanan kerajaan jelas telah gagal malah telah menjadi racun kepada negara akibat peningkatan sistem kroni dan pilih kasih. UMNO BN gagal mengemalkan perinsip keadilan sepanjang melaksanakan dasar pengswastaan sebaliknya membebankankan lagi negara akibat pembaziran sumber kewangan negara dan ini mula berlaku sejak Tun Mahathir memacu pentadbiran Malaysia puluhan tahun dulu.

Anonymous said...

How seriously is Pakatan Rakyat going to sustain the country's economy in which its competitiveness is currently declining

Anonymous said...

Apa sudah jadi kepada RM 237 bilion yang diambil dari Petronas waktu Pak Lah?

Anonymous said...

Kelantan BUKAN negeri yang paling miskin di Malaysia

kembarafakir55 said...

poltik politik juga, tp jangan jadikan pelajar dan rakyat sebagai mangsa! Pemimpin kalau pandai memimpin walaupun diberi rakyat sebatang lilin untuk menerangi hidup mereka pasti mereka kenang sampai ke mati, betuk x?

Anonymous said...

Salam. Saya menyokong kata2 pak aspen. Tan sri khalid bukan calang2 org dlm perihal ekonomi. Bagi beliau penyelesian yg begitu mudah dlm isu ptptn. Sedangkan semasa beliau memegang PNB kita lihat rata2 pelabur asb akan mendapat sekurang2nya 12% dividen. Selepas beliau di buang kita lihat pelabur cuma mendapat pulangan di bawah paras 10 %. Bagi saya tan sri khalid adalah pakar ekonomi yg terbaik..

mo said...

Asalam semua,

Kita di kejut dgn belbagai isu yg lansung tdk menunjukkan kematngan, isu ptptn oleh kerajaan bn umno. Sangat di mata rakyat tindakkan yg kurang bijak masih boleh menjadikan pertimbang yg sangat lemah . Kini rakyat dan ibu bapa semain tahi=u dan sedar..bahawa kerajaan yg ada ini tdk boleh di berikan kepercayaan sepenuh nya. TPM juga agak tdk bijak dan menampakan kan hujjah yg sangat tdk bijak.

Masa untuk rakyat berubaha ada patut dan masa yg amat sesuai pada kita di malaysia, Kita tdk lagi memberiak kuasa pada bn umno. Yg jelas mereka hanya boleh mengunakan kuasa, hanya atas perkiraan sempit dan lapok ?

Salam perubahan pada semua.
tq wasalam.

Anonymous said...

MB Khalid...Selangorians alwyz be by ur side..InsyaAllah..

Muhy....Khaled...both dissappoint me..

-anon-

Anonymous said...

Seperti biasa umno sanggup lakukan apa saja hatta membunoh semata2 untuk kekal berkuasa. Seperti yg sering kita lihat yg trbaru kes PTPTN . Mereka tidak peduli akan natijah tindakan mereka yg merugikan banga sendiri. Mereka telah menganggap rakyat sebagai musuh. Dan pada masa yg sama tanpa malu meminta rakyat memberi 5 tahun lagi untuk menjadi gangster memusuhi rakyat. Bayangkan manusia jenis apa kah mereka ini. Mereka ini lebih teruk dan brbahaya dari penjenayah yg nyata kerana mereka ini melakukan jenayah dgn dilindungi oleh undang2. Mereka boleh membunoh, merompak, menculik, merogol, memukul org sesuka hati, memfitnah, curi wang rakyat semuanya dilindungi undang2. Contoh yg trbaru berkumpul depan rumah org sambil menunjukkan buntut. Apakah jenis negeri yg mempunyai pemerintah yg sebegini?

sizzly7761 said...

Kepada umno dan kepimpinanya yang kureng cerdik dan kureng wisdom...lu orang hanya tunggu masa untuk dibungkus dalam lipatan sejarah antara pemimpin paling bahlol dalam isu pembekuan ptptn.

Anonymous said...

Ada beberapa perkara berhubung dgn isu PTPTN ini.
Pertama: kerajaan pusat tidak seharusnya bertindak menarikbalik pinjaman PTPTN semata-mata kerana PR berhasrat memberi pendidikan percuma.
Kedua: setiap pinjaman yg diberikan kpd pelajar pasti ada legal document yg kedua-dua pihak - pelajar & kerajaan - perlu akur dan penuhi dan tepati. Kedua-dua pihak TIDAK BOLEH memungkiri mana-mana bahagian didalam perjanjian yg telah dimeterai. Yang malangnya dan kelakarnya, kerajaan pusat sendiri pulak yg bertindak melanggar perjanjian. Well.....Malaysia Boleh laa tu.
Ketiga: pihak PR akan melaksanakan janji mereka HANYA APABILA MEREKA MENJADI PIHAK KERAJAAN PUSAT. Buat masa kini mereka masih belum diberi mandat untuk menduduki takhta PUTRAJAYA.
Keempat: UMNO/BN sendiri nampak gayanya seperti TIDAK menyokong slogan Rakyat DiDahulukan. Sebaliknya pihak lawan mereka pulak yg beria-ia sangat untuk mendaulukan rakyat. What IS going on???
Kelima: pemimpin yg bersikap kebudak-budakkan dan pemikiran yg cetek & tidak matang amat merbahaya diberi mandat untuk memerintah & mentadbir negara kita yg tercinta.

Anonymous said...

Setelah lebin 47 tahun dari pertama kali mendengar dan memahami metos? cerita rakyat? Melaayu yang diberinama PAK PANDIR, sekarang saya telah mendapat contohnya secara terus.

Dengan konklusi; lemah taksiran, menilai dari sudut/perseksi yang salah, tidak berfikiran jauh, mudah melatah dan berbagai ciri lagi telah saya lihat sejak 2 tahun kebelakangan ini. Natijahnya, nak dikatakan tidak cerdik mereka mengaku cerdik,nak dikatakan takut mereka mengaku mereka berani.
Tetapi kebanyakan taksiran dan tindakan mereka menunjukkan kearah bertentangan terhadap apa yang diakui.
Kebenaran watak2 cerita rakyat / metos Melayu seperti PAK PANDIR dan LEBAI MALANG sekarang teserlah pada pemimpin2 negara yang ada sekarang.
Harap2 rakyat Malaysia tidak diseret bersama sebagai masyarakat Melayu yang digambarkan dalam cerita berkenaan. Biarlah kita jadikan cerita2 ini sebagai pengajaran dalam hidup kita selaagi kita maseh bernafas........

tuan said...

Dun kota anggerik please make more effort. Jalan raya especially di kawasan perumahan banyak yang teruk. Jangan menang because we don't have a choice or winning at the expense of other people credits.

Anonymous said...

"PERBUATAN BODOH dalam bahasa arab dipanggil JAHIL dan orangNya pula dipanggil JAHILIAH"

mat s said...

Memang tindakan yg amat BODOH..udah le BODOH, ZALIM pulak tu...Buang je "kreta tua" ni... nampak sangat tindakan diaorg ni mcm org dah NYANYUK..ambik sesuatu tindakan tapi tak mau berfikir panjang..dah balik ke cara pemikiran bebudak, tua & nyanyuk le katakan...

Anonymous said...

Saudara AA

Two thumbs up to Pakatan Rakyat, especially Tan Sri Khalid Ibrahim. Our country certainly in bad need of leaders who are good at running sound budgets.

Salam.

Anonymous said...

Pemimpin umno bukannya bodoh tetapi mereka pandai...pandai menipu rakyat dalam segala perkara...yang bodoh adalah para penyokong tegar mereka.Selagi ada penyokong tegar selagi tu mereka masih berkuasa....

Anonymous said...

Apakah akan berlaku kepada Kelantan sekiranya mendapat duit royalti?

Anonymous said...

Education, defence, health, internal security and many others are the responsibility of the Federal Govt to provide (see Federal List in the Federal Constitution). Because of the heavy responsibility, the bulk of taxes are collected by the Federal Govt. If the Federal Govt wants to abdicate their responsibility and wants the state govts to shoulder them, then income tax, customs duties, excise tax, petroleum tax and many other taxes collected by the Federal Govt from individuals and business premises in the states should be collected by the states.

It is the election campaign of Pakatan Rakyat that should they be elected as the Federal Govt, they would abolish PTPTN and provide free education. If the current Federal Govt is not happy with that, can it react by denying UNISEL students PTPTN loan? If that is the case then the Selangor Govt can also react by banning all Federal Govt depts. from operating from Selangor as the Selangor Govt is also not happy with the election campaign of the Federal Govt i.e. to topple the Selangor Govt. I thought after more than 50 years we have matured politically.

From: not half-baked

Anonymous said...

Tidak pernah dalam sejarah, DPM dan menterinya berperangai seperti budak budak. Sanggup memperjudikan nasib rakyat demi memuaskan nafsu mereka. Sudan teramat jelas...PR adalah pilihan kita. Tidal syak lagi.