11 June 2012

Muhy mengaku BN menghadapi persepsi buruk rakyat, tetapi....

TS Muhy mengakui yang BN sedang menghadapi masalah persepsi atau tanggapan buruk dari rakyat. Inilah masalah yang paling rumit untuk diselesaikan oleh BN khususnya UMNO Baru sekarang ini. Pengakuan Muhy ini membuktikan bahawa BN telah mengaku secara ‘indirect’ yang BN telah tewas dalam peperangan mental politik negara.

Peperangan politik bukannya seperti peperangan bersenjata secara terbuka. Ia adalah peperangan mental dan persepsi. Ia adalah peperangan psikologi dan sesiapa yang memenangi peperangan ini akan mendapat sokongan majoriti dari rakyat yang mengundi. Di sinilah masalah besar yang dihadapi oleh UMNO Baru dan BN.

Tetapi Muhy seperti biasa menyalahkan pembangkang yang membuatkan BN tewas dalam peperangan persepsi ini. Kita tidak nampak kenapa BN bermasalah dengan persepsi rakyat ini, kerana selalunya persepsi ini terbentuk oleh kekuatan media yang menyokong sesuatu pihak itu. Dalam kes di negara ini UMNO Baru mempunyai sokongan media yang hebat dan yang terkuat ialah akhbar milik UMNO Baru, Utusan Malaysia dan saluran TV ‘cari makan’ TV3.

Penulisan dan pena itu lebih tajam dari pedang dan selalunya apa yang dikatakan oleh media perdana itu akan diyakini oleh rakyat jelata. UMNO Baru mendapat sokongan padu dari Utusan dan TV3 dan kedua-dua saluran media perdana ini menambah kekuatan sokongan terhadap parti pemerintah dengan melakukan ‘spin’ yang tidak ada batasnya setiap hari dan waktu.

Tetapi persoalannya kenapa kedua-dua media ini tidak lagi sehebat dulu dalam tindakan memberikan sokongan terhadap BN khususnya UMNO Baru? Jawapan kepada persoalan ini mudah sahaja.

Pertamanya segala apa yang dituduh dilakukan oleh UMNO Baru dan BN itu adalah benar dan ‘real’. Misalnya kaitan UMNO Baru dan pemimpin-pemimpin mereka dengan rasuah itu adalah benar belaka. Rasuah yang keterlaluan tanpa had itu telah dengan sendirinya membentuk persepsi buruk terhadap UMNO Baru sehinggakan rasuah dan UMNO Baru itu dianggap seperti ‘aur dengan tebing’, saling menyandar di antara satu dengan lain.

Hampir kesemua pemimpin terkenal dan besar UMNO Baru dipersepsikan sebagai perasuah dan salahguna kuasa dan rakyat melihatnya sebagai isu yang ‘real’. Oleh kerana kejelasan yang dikatakan ‘real’ itulah yang menyebabkan media-media perdana elektronik dan cetak tidak terdaya untuk menafikan persepsi buruk ini walaupun mereka (media) melakukan segala-galanya untuk membenamkan persepsi buruk terhadap parti pemerintah itu.

Utusan Malaysia sudah kehilangan pembacanya dengan begitu banyak dan akhbar yang suatu ketika dahulu merupakan akhbar yang dihormati sekarang sudah menjadi bahan ejekan oleh semua pihak. Tidak ramai lagi pembaca yang mempercayai apa yang ditulis oleh Utusan terutamanya rencana pengarangnya.

Ada pihak yang menganggap berita yang benar dalam Utusan itu hanya keputusan loteri empat nombor ekor dan catatan waktu solat lima waktu sahaja. Begitulah buruknya persepsi orang ramai terhadap Utusan sekarang ini.

Persepsi buruk terhadap BN yang dikatakan oleh Muhy itu merupakan isu yang terbesar yang dihadapi oleh UMNO Baru yang tidak mungkin dapat diatasi selama-lamanya. Baik parti mahu pun pemimpin-pemimpinnya, persepsi buruk ini sudah menjadi ‘stigma’ dan mustahil untuk diperbaiki dengan hanya memberikan wang sogokan seperti ‘BR1M’ dan cokelat-cokelat yang diberikan kepada rakyat.

Berikanlah ‘BR1M’ setiap bulan, persepsi rasuah dan salahguna kuasa dan krisis keyakinan ini tidak akan hilang dari benak dan pemikiran rakyat. Bukannya tidak ada usaha di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO Baru untuk memperbetulkan keadaan ini semasa isu rasuah tegar ini belum berleluasa dahulu. Apabila kepimpinan Mahathir dilihat sudah memulakan budaya pemimpin-pemimpin mencari kekayaan besar-besaran di dalam parti dan kerajaan dahulu, UMNO Baru telah bertindak tegas dengan meminta Tengku Razaleigh Hamzah semasa itu untuk menentang Mahathir dalam Perhimpunan Agong UMNO ke-37 pada tahun 1987 dahulu.

Pertandingan itu telah diselaputi oleh kekotoran pihak yang mempertahankan jawatan dengan penipuan dan akhirnya membunuh UMNO walaupun pihaknya adalah pihak yang menang. Hancurnya segala budaya Melayu dalam UMNO itu bermula dari saat itu dan kekeruhan itu berlanjutan sampai ke hari ini.

Walaupun UMNO itu diganti dengan parti baru yang menggunakan nama ‘UMNO’ itu, kematian UMNO asal itu dan digantikan dengan UMNO tiruan itu tidak dapat membendung perubahan pemikiran dan lanskap politik orang Melayu dan rakyat keseluruhannya.

TS Muhy meminta semua pemimpin UMNO Baru di peringkat bahagian untuk memberikan penerangan jelas kepada orang ramai kerana kononnya orang ramai telah diselewengkan pemikiran mereka oleh pembangkang. Persoalannya mampukah pemimpin-pemimpin bahagian untuk melakukan tindakan penerangan ini sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO Baru itu sendiri memerlukan penerangan yang ‘extensive’ sebelum mereka berhadapan dengan orang ramai?

Persoalan lagi benarkah pembangkang yang melakukan penyelewengan fakta dan melakukan ‘deceptions’ kepada orang ramai? Bukankah persepsi buruk yang dialami oleh UMNO Baru  itu adalah oleh salahlaku UMNO Baru dan pemimpinnya sendiri? Bagaimana orang ramai boleh mempercayai kata-kata pembangkang jika UMNO Baru sendiri beriya-iya untuk menunjukkan kebobrokan mereka sendiri.

Yang melakukan rasuah itu UMNO Baru dan itu nyata kebenarannya. Itu bukan tohmahan pembangkang. Yang menghancurkan semua sistem demokrasi di negara ini dilakukan oleh parti dan pemimpin yang memerintah. Itu bukan kerja pembangkang. Yang menghancurkan bidang kehakiman negara adalah kerja UMNO Baru dan yang mengekalkan ‘Attorney General’ yang sudah tidak diyakini oleh orang ramai itu adalah kerja parti pemerintah dan bukannya dilakukan oleh DAP, parti yang baru saya sertai itu.

Pemimpin-pemimpin UMNO Baru sepatutnya berkeliaran memberikan penerangan yang jika Sharizat Jalil itu seorang bidan kampung sahaja, suaminya tidak mungkin mendapat pinjaman mudah RM250 juta untuk memelihara lembu yang digunakan untuk membeli kondominium.

Yang disebut oleh pembangkang tentang rasuah dalam pembelian Scorpene itu bukannya fitnah dan jumlah setengah billion ringgit yang diterima sebagai komisyen oleh Paramekar Sdn Bhd itu bukannya fitnah. Malahan isu ini telah dijelaskan oleh pihak berkuasa Perancis.

Mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan kepimpinan UMNO Baru  itu bukannya fitnah tetapi ‘real’ dan Altantuya benar-benar mati diletupkan oleh bom C4 di Shah Alam. Memindahkan sejumlah wang sebanyak RM10 juta melalui pengurup wang yang ‘dubious’ yang dilakukan oleh seorang Menteri Besar itu adalah benar dan itu bukannya kerja pembangkang.

Jika pun UMNO Baru hendak membuat penerangan menafikannya kepada orang ramai, penafian semua isu ini terpaksa dilakukan dengan berbohong lagi. UMNO Baru terpaksa berbohong untuk mengalihkan pandangan orang ramai terhadap isu itu. Kata pepatah ‘UMNO Baru  terpaksa berbohong seribu kali untuk menutupi satu pembohongan yang mereka lakukan’.

Bayangkan berbuat bohong yang telah dilakukan oleh UMNO Baru, maka parti itu terpaksa berbohong beratus ribu kali untuk menutup pembohongan yang telah dilakukan puluhan tahun dahulu. Akhirnya semua tindakan pemimpin UMNO Baru itu adalah pembohongan yang tidak dapat dibuang lagi. Berbohong itu sudah menjadi ‘attribute’ yang ‘basic’ bagi UMNO Baru. UMNO Baru itu bohong, bohong itu UMNO Baru.

Jadi tidak salah sesiapa  kenapa persepsi terhadap UMNO Baru itu sangat buruk? Bagi ahli-ahli UMNO Baru, untuk menutupi pembohongan pemimpin mereka bukannya kerja mudah, kerana mereka terpaksa berkongsi pembohongan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka. Ahli-ahli yang cuba menutup pembohongan itu tidak akan efektif kerana pembohongan yang dilakukan itu bukannya oleh mereka tetapi pemimpin-pemimpin mereka.

Hanya yang berbohong sahaja yang mungkin boleh membalikkan cerita kepada rakyat seperti yang dilakukan oleh Utusan Malaysia. Utusan beriya-iya untuk menyambung pembohongan pemimpin-pemimpin parti yang mempunyai saham di dalam syarikat percetakan itu tetapi apa yang ditulis oleh Utusan sudah tidak dihiraukan oleh orang ramai. DAN Utusan sudah tidak dibaca lagi oleh ramai orang kerana akhbar itu seperti organ UMNO Baru.

Apabila rakyat sudah hilang keyakinan,  apa pun penerangan yang diberikan oleh parti itu tidak akan diyakini oleh orang ramai lagi. Keyakinan orang ramai terhadap kepimpinan UMNO Baru sangat menyeluruh dan mereka (rakyat) sudah hilang rasa hormat kepada pimpinan kita.

Contoh yang terbaru ialah kes gambar Najib di tin minuman 100 plus semasa himpunan belia di Putrajaya baru-baru ini. Banyak pihak telah menyeru supaya kita ‘boycott’ sahaja minuman 100 plus kerana ada gambar PM Najib di tin minuman itu. Kempen memboikot itu sangat efektif hinggakan F&N terpaksa membuat kenyataan bahawa gambar PM Najib yang melekat pada tin 100 plus itu hanya digunakan semasa himpunan itu dan tidak menyeluruh.

Jika gambar PM Najib di tin 100 plus itu menyebabkan kerugian kepada F&N, itu menunjukkan yang gambar seorang PM pun tidak mempunyai nilai ‘commercial’ langsung. Jika Najib mempunyai kewibawaan dan dihormati ramai sepatutnya gambar beliau di tin minuman itu membawa keuntungan, tetapi sebaliknya apa yang berlaku F&N menghadapi risiko diboikot oleh pengguna minuman itu.

Semuanya ini salah pembangkang lagi? DAN bukannya salah UMNO Baru  itu sendiri? Fikir-fikirkanlah…. Sebenarnya persepsi buruk yang dialami oleh UMNO Baru itu adalah disebabkan oleh UMNO Baru dan pemimpin mereka sendiri. Jangan salahkan orang lain.

Tetapi pengakuan Muhy yang UMNO Baru menghadapi persepsi yang buruk itu adalah benar dan meyakinkan, tetapi beliau seperti pemimpin BN yag lain, tidak mengaku yang semua penyebab yang memburukkan persepsi orang ramai itu adalah kerana pemimpin UMNO Baru itu sendiri.

25 comments:

Anonymous said...

Saudara AA,

Umno Baru sering mengingatkan rakyat supaya mengenang dan membalas budi, tetapi apabila harta negara dan duit rakyat dikebas, mereka mahu semua isu-isu ini dilupakan.

Rakyat boleh terima gambar-gambar Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, P. Ramlee, Nelson Mandela atau Mahatma Gandhi tetapi gambar-gambar dari Umno Baru sorrylah!

Salam.

Quiet Despair said...

Kenapa Anwar masih membisu tentang harta yang dikaut berjumlah RM3 billion semasa dia menjadi Finance Minister.
Ini ditanya setiap malam dalam berita TV. Adakah silence means yes.
Begitu juga dengan Azmin yang juga dituduh rasuah saham dan wang berjuta-juta oleh RPK dan adiknya Ummi serta ex-friendsnya. Diam juga.
Pasal minuman 100 plus tu, saya menyimpan dengan banyaknya selepas menyertai himpunan belia hari tu.
It will be a collectors item, believe me. I will be rich if I sell it.

Anonymous said...

Tuan, dengar nama UMNO pun dah cukup meloyakan. Itu belum berjumpa dengan pencacai, wakil rakyat mahupun menteri UMNO . Bagi saya masalah rakyat masalah negara semua bermula dari UMMO!

-AnakPodehGhombau-

Anonymous said...

Sebenarnya UMNO ini terlalu silap persepsi terhadap strategi Pembangkang. Mereka (UMNO) kini bukan lagi hanya melawan pembangkang (kerana di 4 negeri UMNO adalah pembangkang), yang mereka lawan kini adalah suara rakyat sebenarnya. Oleh itu eloklah kita tukarkan sahaja nama Parti UMNO itu kepada UMRAH (Untuk Menipu Rakyat Hari-Hari) rasanya amat sesuai nama itu bagi sebuah parti yang para pemimpin/menteri mereka dari kalangan korupsi, perasuah, penyangak, pencuri wang rakyat dan bapa segala penipu. Kalau mereka menang undi di PRU13 (dengan pertolongan SPR) sekalipun, rakyat tidak akan mengiktiraf dan mempercayai kemenangan mereka itu. Bagi rakyat biar kita bermandi darah (hidup pun bukan boleh sampai usia 200 tahun) dari bermandi peluh (hidup asyik ditipu dan ditindas). Rakyat akan bangun juga walau dengan apa cara sekalipun untuk menjatuhkan para pemimpin korupsi ini. Mereka (pemimpin UMNO) boleh menipu dan merasuah sebahagian kecil rakyat, tapi bolehkah mereka menipu dan merasuah semua rakyat di negara ini?

Anonymous said...

Sekarang apa saja organ yang bernama umno ianya sebusuk bangkai.Samada dari pemimpinnya , pendokongnya , pencacainya mereka adalah sekufu.PENGKHIANAT ISLAM DAN BANGSA

Anonymous said...

Salam AA...
Baca tulisan tuan...teringat cerita seorang gembala kambing yg menipu org kampong tentang adanya hariamau....lama2...org dh xpercaya ckpnya lagi....itu lah UMNO baru hari ni...rupa2nya cerita dongengan rakyat dh jadi benar la pulokkkkk....heheheh

Anonymous said...

Kenapa Najib tak jawab banyak soalan pasal komisen kapal selam dan lain2 yg memenuhkan kantungnya? Kenapa Muhy x tunjuk akaun dia bila dicabar Dsai? Berita TV x de yg tengok. Org UMNgOk aje tengok mcm awak QD ha ha ha.

Anonymous said...

QD buat lawok.. setengah masak.
kalau telo separuh masak sedah. tp lawok 1/2 masak QD buat aku nak termuntah.

Tu la.. belajar la menggunakan cermin.. ke kepala otak asik ingat jubo aje.. kata dah ada lubang sendiri.

Berapa banyak dawaan katas pemimpin UMNO tak terjawab.. tapi QD buat bodoh je. Ke memang betul2 bodoh.

Sori la bos ko yang kata gitu.

Terima lah hakikat UMNO telah busuk tak kira mana bahagian.

Satu je kelebihan UMNO.. berak bos nya akan tetap akan dikatakan wangi.

Betol tak QD..

Anonymous said...

untuk qd yg malah membaca atau benak menerima pencerahan.

"Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad, -Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus -

Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 - kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada awal bulan September tahun berkenaan.
Abdul Razak kemudiannya membuat akuan bersumpahnya mengenai perkara itu dan mengemukakannya kepada mahkamah.

Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup.

Sekarang qd jawab pulak.

kes kala jengking..
kes hantu ditutuhnya..
ipp...
lembu kondo pun tak boleh satel nak cakap banyak.

Anonymous said...

umno baru a.k.a umno celup..sampaikan ahli dlm umno baru pon melayu celup..mamak pon dikatakan melayu..siam pon dikatakan melayu..sampaikan ketua bahagian umno disabah yg berugama kristian dikatakan melayu..

Apakah rasional nya umno celup pada bangsa melayu..TIADA..yg untuk kroni..lebih baek bangsa melayu sertai PAS,KEADILAN DAN DAP..yg nmpak jelas lebih tulen dari umno celup..

Mahadey nak ahli umno celup keliru..seperti warna kelabu tahi anjing..campuran warna puteh dan hitam..supaya mata hati jadi buta..dan senang dirasuah dgn wang ringgit yg x seberapa seperti BR1m..

Apabila ramai bangsa melayu sedarkan penipuan pemimpin umno celup..umno hanya akan menjadi sejarah..parti golkar pon boleh jatuh..inikan umno

Anonymous said...

Baru-baru terserempak dengan orang-orang kuat YB ADUN Kuang Selangor. Dulu mana ada YB disitulah muka-muka ni menempel gagah. Maklumlah sidekick yB lah katakan.

Bila ditanya soalan; ' Camna dgn umno sekarang' katanya dengan muka kecewa ' umno dah tak boleh harap lagi, pemimpin umno terlalu banyak skandal, termasuk di kuang ini! Kita ahli-ahli bawahan amat malu dengan keadaan ini, tak boleh nak pertahan lagi.

Kali ini jentera umno pasti lumpuh, katanya lagi.

MAHApenipu said...

Segala polisi2 dan projek2 mega yg BN lakukan hanyalah kearah keuntungan Kaum Kerabat & Kroni2 Sdn Bhd. Rakyat hanyalah sebagai alat utk dimanupulasi dan dieksploit menjayakan rancangan2 penipuan mereka.Akhirnya,secara halus dan tanpa disedari,majoriti rakyat menjadi mangsa dan hamba kepada golongan elit2 BN.The art of slavery conceived by the thieving mind of BN.And BN demands the rakyat to be grateful to them???What a ‘lintah darat’ species!!!

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan.

Bak kata perpatah;
Nasi sudah menjadi bubur;
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Kuman diseberang laut nampak, gajah didepan mata tak nampak;
Kalau dah saayang kentut pun berbau bunga;
Bangkai gajah masakan dapat ditutup dengan nyiru;

Rakyat dah celik dan cerdik, dan itupun yang di rancang dan dibangunkan oleh kerajaan awal kemerdekaan dulu.
Tiba2 kerajaan sekarang seolah2 meletakan kekangan ke atas program mencelik dan membangun minda rakyat.
Setiap program atau keputusan kerajaan yang kurang cerdik atau memberi manafaat kepada puak2 yang memerintah akan di war2kan baik dalam media yang dikawal oleh kerajaan.
Disinilah terletaknya ketidak cerdikan pengampu apabila isu2 yang membebankan rakyat akan diolah seolah2 rakyat setuju dan merestuinya.Tak boleh salah mereka juga apabila kerja dibalas dengan habuan.

Harga minyak naik, harga barang, tol, cukai, semuanya akan disiarkan dalam midia pencacai menunjukkan rakyar setuju; tak mengapa naik, tak banyak, naik yang berpatutan, kerajaan perihatin mengurangkan kenaikan yang lebih tinggi,menyelamatkan negara, adalah skrip yang selalu disiar apabila isu kenaikan harga berlaku.

Kroni akan menerima pelbagai habuan setelah berbagai projek baru dicipta.Projek dibangunkan denganpenuh gah tanpamemikirkan kesan pada rakyat.
Anak2 menteri hidup berpoya2, Midia yang dikawal tidak akan menyiarkan perkara ini tetapi dunia sekarang "mengecil" jika rajin sedikit maklumat dapat diperolehi dihujung jari. Rakyat yang telah terbuka minda dan tidak gemar dikongkong dapat menilai semua ini. Menteri tidak perlu memberi seribu alasan untukmelindungi salah/sumbanglaku ini. Tempat dahulunya tidak terfikir oleh kita untuk mendapaat maklumat kini hanya dihujung jari.

Jika menteri dan kroni memerintah sekarang telah terasa kepercayaan rakyat telah terhakis, memang wajar kerana merekalah yang telah mencelarukan negara sekarang, bukan kominis atau pembangkang.
Kerana tamak, zalim, salahguna kuasa, penting diri dan kroni kemudaratan ini telah berlaku.

Rakyat perlu menidakkan kuasa yang telah diberi kepada kerajaan sekarang dan kerajaan baru wajib mempercepatkan pembetulah "governance" agar rakyat dan negara dapat menikmati erti sebenar kemerdekaan dan demokrasi. Moga2 tiada lagi rakyat yang hidup beratapkan langit, dapat menikmati peluang untuk membangun diri dan keluarga tanpa meminta2.
Kehidupan dapat dipermudahkan dengan perkongsian kekayaan negara, bertanding atas landasan yang sama bagi pembangunan negsra.

Kita yang berimformasi ini diharap dapat memaklumkan kepada rakyat agar demokrasi, perkongsian kekayaan negara, pembelaan ke atas gulungan yang kurang kemampuan dapat dilaksanakan....

Berubahlah.....Myi

mahaza said...

permohonan buang kes oleh pengadu dalam kes Mat Sabu hari ini semakin menjelaskan bahawa Utusan adalah penyebar fitnah bukan penyebar berita - adakah ianya akan diletakkan di muka depan akhbar itu esok atau adakah ada berita dalam Utusan esok?

Anonymous said...

dah baca semua komen dgn laju, best, patah balik nak sakat QD.

QD, dlm seminggu lagi, saya cadangan QD beli necktie yg ada superimposed image katak 3 D. Lepas itu pakai spray ridsect, jumpa katak2 lain ribbit - ribbit di rendezvous putar jaya !

Anonymous said...

How Malaysia’s Leader Is Damaging His Reformist Reputation

Anonymous said...

Betulkah UNDI itu rahsia?

Anonymous said...

Tuan AA dan pngunjung blog semua,

- saya sangat setuju dengan pendapat tuan.cuma hendak tambah sikit :

- Bukan rakyat yang minta berlakunya persepsi buruk kepada parti umno baru, tapi individu/puak/kroni/pemimpin parti umno baru sendiri yang tidak sedar diri menyebabkan berlakunya ketidakpercayaan terhadap parti umno baru.

- Mat Mooh sendiri pun hanya mampu cakap 'no komen' kalau ditanya wartawan pasal skandal rasuah kapal selam scorpene.Satu dunia sudah tahu, dan dia sebagai seorang menteri tidak mampu memberikan jawapannya.

- Isu rm 3 bilion dalam akaun DSAI yang sudah selesai tahun 2009 pun dia nak jadikan modal fitnah mat mooh.Takan seorang menteri ketinggalan perkembangan semasa.

- Banyak lagi perkara yang berlaku dan anda semua tahu sudah 55 tahun media telah dikawal umno baru.

- Secara ringkasnya Persepsi rakyat kepada Umno baru dan para pemimpinnya seumpama cerita gembala kambing yang telah menipu orang kampung bahawa ada serigala makan kambingnya.Inikan kehidupan kita bukan seperti kisah dongeng, Sekali bolehlah umngok boleh tipu tapi lain kali hanya orang bodoh/dungu sahaja percayakan pembohongan umno baru


Salam
-scorpeneterbang-

Anonymous said...

QD,

tetang anwar dah ada org lain jawab. tentang azmin pula beginilah. mereka mengambil masa yg begitu lama (sejak 1998) utk dapat merekacipta (fabricate) bukti "salahlaku" azmin. baru skrg agaknya terjumpa perekacipta yg mahir. memang sukar utk fabricate benda yg tak ada. kalu memang ada dah lama mereka keluarkan (sejak pilihanraya umum 1999 lagi). tentang 100 plus memang you can make tons of money out of it. may be more than rm500 million that najib pocketed from submarine sale to RMN.

dpd: bukan gullible

Quiet Despair said...

Anon 01.44

Heehee, best cadangan tu. Bukan neck-tie katak 3-d saja. Suitpun saya boleh sponsor. Insya-Allah.
Doakan saham Felda saya naik mencanak (huhu cakap Pahang naik tegang).
Saya dah beli 50 lot.If ikut trend saham Asia dan Europe naik semalam, QD tak lama lagi jadi millionaire.
Tak nak ke kawan dengan saya? Boleh kita enjoy kat Putra Jaya.
Sayapun dah masuk briged belia KDN.

Anonymous said...

Malaysia is a country gifted with many talents

Anonymous said...

Ya memang banyak telents, talents menipu,menyamun duit rakyak vip terlibat dengan pembunuhan menjual rahsia negara,ahli politik gangster, apa yang tiada di malaysia ni dah terbukti pun,dari pemimpin penipu sampailah kepada kroninya ia itu UMNO baru,disokong olih media utusex Malay sia,penipu fitnah,orang buat fitnah ni cari makan cara haram sampai anak bini pun jadi anak haram,kakitangan media utusex malay sia ni faham2 lah bertaubat lah sebelum terlambat,gaji yang awak dapat tu ialah gaji haram.QD pergi mampuslah awak pun sama anak Malay sia....

Anonymous said...

Macam orang kentut di khalayak ramai. Dah terkentut dan orang memandang dia atau mengesyaki dia yang kentut. Untuk menyelamatkan air muka dia, dia akan tuduh orang lain yang kentut.

Anonymous said...

@QD..
dah masok briged KDN?
wah..da jadi pejuang melayu...
kalo islam jihad...kalo melayu ape?hehe...

Anonymous said...

Anonymous said...
@QD..
dah masok briged KDN?
wah..da jadi pejuang melayu...
kalo islam jihad...kalo melayu ape?hehe...

12 June 2012 17:35:00 GMT+08:00

Kalo melayu jilat .. bes qd nyaman