28 June 2012

Pemuda tidak bergerak, Najib pula macam Syawal dalam Ahmad Albab

Beberapa orang bertanya kepada saya samada saya benar-benar yakin yang BN akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mereka bertanya samada saya hanya berkata-kata untuk menyedapkan hati saya. Mereka bertanya samada saya komited dengan apa yang saya katakan yang UMNO Baru akan tumbang dalam pilihanraya ini.

Jawapan saya senang sahaja. Yang pasti UMNO Baru sudah pun tumbang kerana sekarang ini kita tidak nampak lagi ciri-ciri UMNO yang ada pada UMNO Baru yang tertubuh pada bulan Februari 1998 itu. Nama UMNO itu memang ada tetapi UMNOnya sudah tidak ada lagi.

Jika benar UMNO itu masih ada, kita tidak akan mengalami keadaan kegusaran di kalangan pemimpinnya kerana UMNO itu pada hakikatnya merupakan parti baik pada asalnya. Tetapi segala apa yang ada pada asasnya dalam UMNO itu sudah tidak wujud lagi. Jika UMNO itu masih wujud pilihanraya sepatutnya telah diadakan tetapi oleh kerana ‘attribute’ UMNO itu sudah tidak wujud lagi maka pilihanraya masih belum dapat di adakan.

Saya berkata demikian kerana UMNO yang hakiki itu tidak takut untuk memanggil pilihanraya kerana UMNO itu mempunyai ‘attribute’ yang baik pada asalnya dan rakyat tidak teragak-agak untuk menyokongnya. Tetapi parti yang bernama UMNO sekarang ini sentiasa dalam kegelisahan untuk menghadapi rakyat dan jika ia berada di dalam kegelisahan itu bukannya UMNO.  UMNO itu hanya wujud pada kulitnya sahaja.

Lagi pula kita boleh lihat sekarang, kita  tidak melihat ahli-ahli UMNO memakai baju-T parti itu lagi. Tidak seperti dulu.. ahli-ahli UMNO sendiri malu untuk mengenakan baju-T parti itu kerana mereka tahu parti itu menjadi alat dan bahan lawak oleh rakyat yang sudah bermaklumat. Mereka tidak lagi memandang tinggi kepada UMNO itu dan ini disedari oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti itu sendiri.

Kalau dahulu anak-anak muda berbangga mengenakan pakaian yang berlambangkan UMNO tetapi kini mereka tidak mahu mengenakan pakaian berlambangkan UMNO itu dikhalayak ramai. Selalunya apabila ‘mood’ pilihanraya sampai anak-anak muda akan mengenakan pakaian UMNO itu dengan bangga dan megah.

Sekarang ini pemuda-pemuda UMNO sendiri menyorok-nyorok apabila mengenakan pakaian UMNO itu. Ini  merupakan keadaan yang sangat berlainan semasa dahulu. Itulah sebabnya saya katakan UMNO itu sudah mati dan tidak bernyawa lagi. Dalam pada kita sedang tertunggu-tunggu pilihanraya ini, kita tidak mendengar suara Ketua Pemuda nya akhir-ahir ini.

Saya kadang-kadang tidak teringat kepada Ketua Pemuda UMNO Kebangsaan kerana sudah lama kita tidak mendengar suaranya sekarang ini. Dalam pengalaman dahulu, dalam keadaan  sekarang pemuda itulah yang nampak bergerak dan bergiat di mana-mana. Jika scenario ini berterusan maka saya berkeyakinan yang UMNO akan menjadi sejarah tidak lama lagi. Ketua Pemuda UMNO tidak nampak dimana-mana akhir-akhir ini. Mungkin beliau tidak berapa sihat agaknya.

Kita tidak nampak lagi pemuda-pemuda di cawangan-cawangan bergerak seperti dahulu. Yang bergerak sekarang hanyalah Presidennya dan kadangkala Timbalam Presidennya sahaja. Bagaimana sebuah parti yang mengaku gagah  perkasa tidak bergerak diperingkat akar umbi?

Sekarang ini hanya Najib sahaja yang berusaha melakukan semua kerja sedangkan ahli-ahli dan pimpinan di bawah tidak berbuat apa-apa.. Najib ini seperti peranan Syawal ibni Zulkaedah di dalam filem arahan P. Ramlee, Ahmad Albab… semua kerja Syawal yang buat..Najiblah manager, Najib jugalah postman, Najib jugalah kerani dan Najib jugalah jadi jaga! Syawal berkahwin dengan Mastura dengan mas kawinnya FREE.

UMNO mempunyai ahli seramai 3.3 juta orang, tetapi tidak bergerak diperingkat akar umbi. Jadi UMNO itu ibarat seorang yang gemuk dan mempunyai tubuh yang besar tetapi mereka tidak dapat bergerak kerana berat badan yang keterlaluan. Ia seolah-olah seorang badan yang besar tetapi apabila berjalan mengheret kaki dan tidak berdaya untuk membuka langkah.

Sesungguhnya UMNO mampu jika pemimpin-pemimpin sekarang mahu berkorban untuk menyelamatkan parti itu. Tetapi semua tahu yang mereka (pemimpin-pemimpin) tidak mahu berkorban untuk keselamatan parti mereka. Mereka sanggup melihat parti mereka tersungkur, namun untuk berkorban tidak sekali.

Barisan pimpinan tertinggi UMNO masih dalam ‘denial syndrome” dan tidak mahu mengaku yang mereka sedang ditolak oleh rakyat yang mengundi. Keahlian yang ramai berjuta orang itu tidak dapat membantu pimpinan untuk memenangkan UMNO itu. Malah keahlian yang ramai itu menjadi beban kepada parti itu dengan masalah dalaman yang berlaku disetiap peringkat parti itu.

Jika keahlian yang ramai itu boleh diharapkan untuk memenangkan UMNO tidak mungkin parti itu menjadi sebegini lemah. ‘Bottom line’nya ialah apakah keputusan rakyat apabila sampai dalam bilik mengundi itu.

Apabila sampai dalam bilik mengundi, semasa itu tidak ada lagi ahli UMNO atau apa-apa parti sekali pun. Pengundian akan digerakkan oleh perasaan yang ada dalam naluri masing-masing pengundi.

Kita mesti ingat seramai 1.5 juta ahli UMNO memilih untuk menyokong calon pembangkang dalam PRU yang lalu. Apakah UMNO mampu untuk menghalang perkara yang sama dari berlaku dalam PRU yang akan datang ini? ‘Intuition’ saya berkata tidak ada siapa yang mampu untuk menghalang ahli-ahli UMNO memberikan undi kepada calon pembangkang.

Najib dan Muhyiddin tidak mampu untuk menghalangnya walaupun berbagai-bagai cara untuk membeli perasaan rakyat sedang dilakukan oleh mereka. Kebarangkalian andaian saya ini salah adalah kecil. Walau bagaimana sesiapa pun boleh tidak bersetuju dengan pandangan saya ini.

Saya bukan orang pandai tetapi pengalaman menghadapi isu ini ada sikit-sikit kepada saya dan ramai lagi dari kalangan orang UMNO sendiri. Begitulah jawapan saya kepada beberapa orang yang bertanya saya semalam.

16 comments:

Anonymous said...

skg siapa yang memakai tanda UMNO di kelayak ramai, orang akan tergelak "Bodoh punya org masih lagi sokong UMNO"

Anonymous said...

saya pernah nampak pekerja kontrak indon memakai baju dacing..xtau mereka itu bakal pengundi hantu...atau cubaan mengelak dari di tahan oleh polis..

Sekarang ne banyak dilihat bangla-bangla yg kurang ajar..mcm mereka ini rakyat malaysia pula..

Anonymous said...

Aspan, you may bring numbers of Malays supporting DAP and I am one of them. But please ensure DAP reflects it6s sincerity in fielding Malays as candidates. Remember DAP is just another political party.

If that is not seen we will be severely disappointed bro.

morgan

Suara Akarumbi said...

I agree 101% to your statement.umno will be much worse in this coming pru,as i see it more of their members are already on the fence ready to 'jump ship '

Anonymous said...

Belajar Iqra’ online percuma http://www.youtube.com/channel/UCO7px4dUEcRYayY6UYNNLDw?feature=results_main

Anonymous said...

DAP nominate Malay candidate ? Name me DAP malay candidate who won MP seat !,None right ? Where do you think Aspan be contesting.Has Aspan ever contested and has he ever won ?These are pertinnent quedtions that we need answers to win election.Can PRwin majority in Johor,Melaka,Pahang and Negeri Sembilan.Will Aspan be accepted in Malay dominated constituency ?

Sorrylah unknown kalau setakat sibuk mencari kesalahan UMNO saje tak kemanalah hampa noh..

Anonymous said...

Tuan AA,

Untung memang untung kerana dapat komisen kapal selam tapi sekarang malang datang bertimpa-timpa.Sudahlah dapat gelaran demokrat palsu, dapat lagi bakal menantu/besan yang tidak kurang hebatnya seperti dirinya juga.


salam

-scorpeneterbang-

Albanjari said...

I am proud to be PAS and Pakatan Rakyat member.

Anonymous said...

Tuan, mereka ini lebih mirip dengan geng Tiga Abdul, ada tukang cuci, ada kadam tua nak mampos dan yang paling hampir `PENCACAI PENGANGKAT NAJIS! sebab Tukang Penasihatnya banyak ambik persen..

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

UMNO memang spesis yang dilindungi sekarang ini.

Rata2 ahli ,tak kira di peringkat bawahan atau atasan sedang berkira2 nak 'lompat kapal' (jump the ship).

Tapi penghalangnya ialah 'what if..'

Bermaksud macamana kalau BN masih menang PRU13?

Tak mungkin berpaling selepas membakar jembatan.

Kebanyakan sekarang 'hanger-ons' atau menempel sambil tunggu dan lihat.

Tetapi di dalam jiwa mereka sebenarnya bersama2 kita didalam arus perubahan.

Sebab itu kita jangan hina dan maki ahli2 UMNO/BN ini,manalah tau satu hari mereka akan menjadi rakan baik kita di dalam PR.

Kepada yang masih menyimpan keahlian UMNO/BN,bolehlah diibaratkan Abu Jahal yang mati dalam kekufuran walaupun sanggup mati mempertahankan Muhammad SAW.

Surrogate

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Sekadar mengulas pendek, insha Allah. Apapun, kalian bolehlah menegurkan hujjah saya yang keterlaluan; saya sedia terima, tapi, biarlah berfakta, bukan sekadar emosi dan sentimen.

Sememangnya kita boleh berbeza pendapat dan menyokong sesiapa sahaja. Namun begitu, tidakkah kita sudi menerima kenyataan sebagaimana pesakit yang wajib memakan ubat? Apapun, bukanlah semua yang dalam UMNO tu tak baik; cuma disebabkan golongan elit dan kepimpinan mereka kini yang dah "out of rail" itulah faktor utama mereka kini semakin disisih masyarakat, walaupun dari bangsa sendiri. Begitu juga dengan komponen-komponen BN lain. Bayangkan, betapa baik dan mahalnya sebuah kenderaan itu, kalau dipandu pemandu mabuk atau paling kurang tak berlesen, kan menempah risiko namanya? Soal sama ada Saudara Aspan akan dicalonkan atau tidak, rasanya itu remeh benar untuk diperdebat; paling penting dan isu pokoknya ialah istiqamah di atas landasan perjuangan. Sebab itu, saya setuju dengan ulasan rakan kita yang menyatakan jangan disisih sekalian ahli UBN ini, kerana soal hidayah adalah milik-Nya secara mutlak. Yang patut benar kita sisihkan ialah para dajjal yang, maaf, kalau tak keterlaluan, sedang kesempitan walau dilimpahi kemewahan setinggi Everest ...

Sekali lagi, apapun, ini hanya pendapat spontan; saya juga masih perlu mengaji lagi. Cuma, diharap kepada yang kurang bersetuju dengan mana-mana ulasan yang dikatakan "pro-pembangkang" ini, agar berhujjahlah penuh kematangan. Barangkali, dan saya juga masih belajar lagi, luahan rasa itu elok kalau dilunakkan intonasinya setelah menerima teguran rakan-rakan lain. Mengakhiri bicara, seperkara yang paling penting, jangan sekali-kali kita nanti dihimpun di sana bersama golongan yang menzalimi diri di dunia ini: sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian ...

Terima kasih.

Anonymous said...

Tuan AA,

Persoalan Tuan AA dicalonkan atau tidak adalah tidak penting kerana perjuangan pembangunan bangsa Malaysia sebenar bukanlah semata-mata untuk dicalonkan.

- Apapun bangsa yang memimpin negara ini semua bangsa akan dibela,tidak menyalahguna kuasa dan tiada siapa pun yang akan ditindas.Jauhi sifat/amalan rasis seperti yang umno amalkan selama ini.

- Jangan sekali-kali jadi seorang pemimpin yang dilabelkan sebagai "DEMOKRAT PALSU".

salam

-sorpeneterbang-

Anonymous said...

Ahli UMNO memang lah angan2 tinggi melangit dapat jawatan dalam parti cuma nak mendapat keuntungan nak jadi wakil rakyak,nak project itu dan ini dengan apa cara sekalipun
sanggup memeberi rasuah,makan rasuah,apa sahaja yang ahli UMNO tak buat bunuh sesama bangsa pun sanggup dibuat sejarah dah terlakar ok,imbas kembali... DAP ada buat? apa jadi dengan Khir Toyol,Mohammad (Mike Tyson)Isa pendek/Kinzir, inilah dia satu2nya contoh orang UMNO,
ramai lagi tak dapek den nak nolong eh doh, UMNO oh UMNO ( Umat Munafik /Mamak National Organization)habis orang dikoyokan nya. ABU

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan dan bloggers,

Kejadian selepas lunch hari ini masih affected my thoughts. Minta maaf saya perlu guna Inggeris sebab ianya lingua franca pejabat saya.

Seorang wanita Melayu, berusia mid 40s datang memohon jawatan cleaner. She looks worn out from the struggles of her daily life. She says she can’t find any cleaning jobs in the wealthy families’ homes as there are many indons working as stay out maids. Hence she is looking for more cleaning jobs in offices.

My office is in Mont Kiara. As there is already a cleaner, I couldn’t offer her a job. I asked if she would like to work for my expat friends beside Pavilion, but she said it was too far for her.

The question is why many hundreds and hundreds of indons are employed as stay out maids by the families in Mont Kiara ? On what criteria they are employed that they deprive the poor Melayu, Indian and Chinese women from the low income segment of the cleaning jobs ? Are there agents involved ? Who are they, having connections with the ruling leaders established during “ gerko ”or karaoke time ?

Why can’t they give the jobs to fellow Malaysians first and still earn a small commission? But how could ones be so cruel and stoop so low to earn riba from the blood and sweat of the poor ? Isn’t it quite clear that there are polaroid Indon Malaysian citizens who have become both agents and cleaners ?

And it is high time the govt cut off the Rapid bus service to the area for a fortnight and the indons can learn what it takes for them to learn to respect Malaysian tax payers and Malaysians.

As a chap who underdresses, without a coat while traveling on the rapid buses and have a fresh change of clothes at office, i look poor to them. To indons subzero mentality, if we can’t take noise, then we take the cabs. Are they so stupid not to know that their bosses need to catch forty winks or think 4D to plan, to make money in businesses so that the companies can pay taxes ? Also so that they can enjoy jobs in our country and live on our hospitality.

Day in day out, many indon women passengers can’t jam their bloody mouths, even after the daily bad morning traffic jam from Segambut Dalam heading to Mont Kiara clears.

And a few of them look like mafias due to earning more money and looks of indon support actresses, comes power on busses to bully Malaysians.From their arrogant attitude, and the tight clothes they wear, they must be working illegally in offices and ready to seduce their dato bosses flicking their toilet brush looking eye lashes ! And if they have their lazy men who act as their gang leaders, they have forgotten that Tsunami hit them. It recognises no nations, boundaries or nationalities !

Don’t they have God fearing ustazah to teach those “ mafia indon women” to be humble and think about the mercy of Tuhan each morning and pray blessings on Malaysia for giving them jobs and teach how to beach. Stupid TV ¾, RTM !!

What’s that indon song racun madu screaming in Kota Raya or Jln TAR ?! Pii lah which thinking and intelligent orang kita mahu dengar that cave song !

And yes, I do know of several very nice God fearing Indonesians who are grateful to earn halal money in our beloved Malaysia. Ya Najib and his love for Melayu and Malaysians ?

QD, Go travel on the rapid bus to the said route on any working mornings ! Otherwise you just live in Bolehland Utopia.

And Ms Fernandes, i respect your work, but ask your relatives go find employment there and travel by bus, under- dressed. And teach these people whom you champion courtesy and respect or go work in the UAE ! See if they want them !

tebing tinggi said...

Moleknya UMNO menchontohi PAS ,PKR ,dan juga DAP berceramah keseluroh negara,jadinya nampaklah sebok.

Anonymous said...

BERITA BAIK UNTUK UMNO...KEBANYAKAN KAKITANGAN KEMAS SEKARANG SUDAH TERASA MALU MENGAKUI DIRINYA PENYOKONG UMNO...MAJLIS ANJURAN UMNO PUN MEREKA TERPAKSA DAN AMAT MEMALUKAN BAJU YANG PATUT DIPAKAI HANYA DILETAKKAN DALAM BEG SAHAJA..WALAUPUN ADA PENASIHAT IMEJ UNTUK MEREKA PAKAI KETIKA MAJLIS TERSEBUT.....MEREKA HANYA MENCARI MAKAN SAHAJA DENGAN KEMAS .......ELAUN MEREKA SAPTU PUN DAH ADA YANG TAK MAHU AMBIL...