Rais Yatim sekarang sudah
bercakap tentang sikap ‘gentleman’ satu topik yang sangat tidak relevan jika
Rais yang bercakap tentangnya. Apa yang dimaksudkan oleh Rais tentang ‘gentleman’
ini saya tidak tahu dan susah untuk difahami. Mungkin 'gentleman' kepada Rais itu
ialah ‘kalau den bantai kau, kau diam ajo, kalau kau bantai den, den kojoan kau
balik dan kau diam ajo”
Yang saya tahu BN lah yang akan
melakukan segala kejahatan yang Mahathir, Muhyiddin serta Rais sebutkan ini.
Tanda-tanda awalnya memang kita telah lihat. Saya sendiri mengalami diganggu
oleh pihak UMNO Baru semasa berceramah di Pekan beberapa bulan yang lalu.
Di mana-mana pihak UMNO Baru telah menggunakan samseng dan budak-budak jahat untuk
mengganggu ceramah dan kegiatan Pakatan Rakyat.
Rais mahukan semua pihak menjadi
‘gentleman’ dan ikut sahaja tindak tanduk BN tanpa banyak soal. Bagi Rais, “kok
terghimpit, biar kek ateh, kok tokughong biar kek luar, kok bojalan boduo den
jalan kek tongah’. Saya mengenali Rais ini sikit-sikit, walaupun sudah berpuluh
tahun tidak berjumpa. Dia bijak orangnya. Silat politiknya penuh berseni. Dia
menjatuhkan kawan-kawan seperti pun ada seninya.
Rais meminta Anwar supaya menjadi
‘gentleman’ dan melalui pilihanraya ini dengan sikap itu. Apa yang Rais
maksudkan ini sama-sama-lah kita fahami. Rais seperti Muhyiddin, seirama
menyanyikan lagu Mahathir, yang negara akan kecuh dan huru hara jika Pakatan Rakyat kalah dalam pilihanraya ini. Pakatan Rakyat akan membuat kecuh jika
kalah dan mereka ini seolah-olah bercakap tentang cara BN berfikir dalam
keadaan BN sedang menghadapi hujung-hujung usianya.
Jika BN kalah budaya ini akan
kita lihat dengan lebih buruk lagi. Itulah sebabnya pihak PR telah mengecam
tindakan UMNO Baru dan BN yang menzahirkan rasa ketakutan menghadapi kekalahan
dengan menggunakan samseng-samseng. Sekarang menggunakan Pekida pula untuk
melakukan kerja-kerja buruk ini bagi mengganggu proses demokrasi yang sedang
berjalan dinegara ini.
BN lah yang sepatutnya bersikap
‘gentleman’ dan janganlah ganggu program pihak lain. Bersedialah dengan sikap
‘gentleman’ yang disebut oleh Rais Yatim itu. Jika kalah, terima kekalahan itu
dengan ‘gentleman’ dan jangan melakukan kerja-kerja hina kerana tidak dapat
menerima kekalahan yang ditentukan oleh rakyat. Kepada Rais, buatlah liputan tentang politik negara ini dengan 'magnanimous' dan hentikan membuat liputan berat sebelah melalui RTM yang anda kuasai.
Kata-kata seperti ini dimulakan
oleh Dr Mahathir dan begitulah bunyinya Rais memberikan respon terhadap
kata-kata Mahathir yang sedang hendak menakut-nakutkan rakyat itu. Mahathir
memangnya menggunakan isu huru-hara ini di setiap pilihanraya. Bagi Mahathir
yang perlu menang hanyalah UMNO Baru dan parti-parti halal yang lain tidak berhak
untuk mendapat sokongan rakyat.
Semua orang tahu motif Mahathir
mengeluarkan kata-kata ugutan ini tetapi saya begitu hairan Rais, seperti
Muyiddin juga, seolah-olah memilih untuk menjadi perawi kepada kata-kata
Mahathir. Kalau hendak menjadi perawi kepada Mahathir pun biarlah ianya
dilakukan oleh pemimpin yang bawahan sedikit, tetapi Rais memilih untuk
merendahkan mertabat beliau dengan menjadi perawi kepada kata-kata Dr Mahathir
ini.
Kalau teori Mahathir mengatakan
jika PR kalah keadaan akan menjadi huru-hara ia merupakan satu ugutan kepada
rakyat. Tetapi, jika kita hendak berbahas tentang alasan Mahathir yang negara
akan huru-hara jika PR kalah telahan itu merupakan telahan yang meleset,
kerana yang kalah nanti adalah BN.
Bagaimana huru-hara itu akan
berlaku? Huru-hara akan berlaku jika BN kalah maka yang akan melakukan huru-hara
itu adalah BN terutamanya UMNO. Masakan PR yang menang akan melakukan huru-hara
itu?
Dalil-dalil huru-hara itu memang
ada kerana yang akan kalah nanti ialah BN. BN khususnya UMNO telah membawa
Pekida, RELA dan berbagai bagai kumpulan silat untuk bersama UMNO Baru sekarang ini.
Antaranya adalah silat gayung, silat lincah dan bermacam-macam lagi yang sedang
mendapat perhatian Najib akhir-akhir ini.
Selain dari kumpulan silat itu,
individu yang pandai bersilat pun ramai dalam UMNO Baru sekarang. Salah seorang dari
yang pandai bersilat itu adalah Rais Yatim sendiri. Tetapi silat Rais ini silat
politik yang sangat halus. Selama ini
Rais bukannya kekal dalam kerajaan kerana mempunyai kepimpinan politik, tetapi
beliau ini pandai bersilat politik.Kehalusan silatnyalah yang telah menjadikan Mohamad Hasan menjadi korbannya sekarang ini. Nanti orang ramai akan tahu bagaimana Mohamad Hasan dijadikan mangsa silat mahaguru silat politik terhandal ini.
Silat politik beliau begitu hebat
sehinggakan beliau berjaya menunjukkan yang di Jelebu tidak ada seorang pun yang
boleh memimpin sejak 40 tahun dahulu kecuali beliau seorang. Tetapi ada
diantara yang mengenali beliau ini berkata yang Rais Yatim ini tidak boleh
dijadikan kawan. Dengan Rais ini, ibarat kata ‘nak berniaga durian’ pun tidak
boleh dengannya kerana modal orang lain yang keluar tetapi untungnya dia
seorang yang kebas.
Menjadi perawi kepada Mahathir
itu adalah sebahagian dari silat beliau kerana pilihanraya akan sampai. Lagi
dekat pilihanraya lagi lincah silatnya nanti. Sama-samalah kita tengok.
Silat boto-boto tok!
26 comments:
Saya tidak percaya jika (insyaallah) PR menang maka BN akan buat kacau. Ni hanya taktik lapuk untuk menakutkan pengundi khususnya org Cina yg berniaga yg memang tak sukakan kekacauan.
Saya tidak percaya kerana jika PR menang org-org seperti Rais, Muhy, Mahathir dan Najib sudah bergegas lari ke KLIA untuk menaiki private jet masing-masing. Takut kena tangkap. Yg tertinggal hanyalah Brem Ali dan Hassan Akidah dan mereka ini tidak akan buat apa-apa kerana boss boss mereka dah tiada.
Begitulah ramalan saya.
Koh tsu koon jawa Pulau Pinang tu yg paling gentlemen.....serah kuasa kpd LGE dgn cara paling demokratik. berbeza dgn umporno di Selangor.....tak sempat siang nak bawa lari fail2 sulit supaya rahsia penyelwengan tak terbongkar.
Salam Aspan dan sdr pembaca dihormati,
Kita harus perlu berfikir apabila idola saya Tun Dr M bersuara.Walauapa pun yang kita kata dan caci pada Tun dia tidak sadikit pun melenting kerana beliau mempunyai satu kekuatan iaitu KETEGASAN dan VISION yang tidak ada di kebanyakan mana mana individu
diMalaysia hari ini.
Mahathir berani membuat sesuatu bukan sahaja di negara ini malah di pentas dunia terutama negara negara islam .Pemikiran dan pandangan beliau yang jauh dalam Che Det diminati jutaan pembaca kerana apa yang beliau tuliskan telah beliau fikirkan.
He is able to think outside the box and finally found to be TRUE through time.In other words his words is almost orang kristian kata Gospel.eg Pegging the Ringgit to the dollar during financial crisis.It works contrary to popular belief.
Kita semua benci pada beliau but that man DELIVER no matter what you said against him.No wonder he is my MAN , hated but loved by many.His PUTRAJAYA is fiercely fought by both BN and PR today.He leaves those many landmarks that have become the envy of friends and foes.No wonder Rais and Muhy respect what the old man said and think.
I have said it many times before but not in brother Aspan blog and perhaps must say it again here on this man:
"Whiles POLITICIANS (like DSAI and may be to some extent Mat Sabu) think of the next election a STATESMAN thinks of his next GENERATION ! !
Without doubt Mahathir is a STATESMAN !!
In his book "Doctor in the House " he admitted that he may have made many mistakes but sacking Anwar is not one of it ! .It is this man Anwar that has skillfully planned the takeover by hook or crook hijacking Bersih is one of it.
May Allah blessed him with good health.Ameen.I am now ready for the firing squad here because i mean what i said and i have no problem if you disagree folks.
Have fun articulating and thanks to bro Aspan for allowing me this little thought here. Salam.
Saudara AA,
Kalau BN betul-betul bersikap 'gentleman', biarlah media perdana menyiarkan ceramah-ceramah politik pihak pembangkang.
Rais, et al sekarang ni semacam 'cry babies' aje.
Antara kehebatan Rais berpolitik di Jelebu ialah menghapuskan tokoh2 yang bagus2 dan ikhlas berjuang atas tiket UMNO. Dulu masa dia jadi PEMBANGKANG Dr. Mahathir ..apa ayat cabul yg tak keluar dati mulut dia..macam2 hingga tak sangup saya nak tulis disini... Tape ucapan dia masa Pembangkang maseh ada yang simpan... Kelayakan Rais utk cakap soal "GENTLEMAN" terhapus dan sangat mengelikan dan meloyakan. Orang yang kenal rapat dengan beliau khususnya di Parlimen Jelebu dari segi permainan silat politik sangat faham... Janji politik beliau:-
1. Saya nak satu penggal yo jadi Ketua Bahagian ...Ini "Last"... entah berapa kali "Last" saya jijik dengan perkataan dia ini... hingga pertandingan dlm UMNO yang lalu pun sebut lagi "Last".. Dari tahun 2000 "Last" hinggi kini 2012 "Last" ..rasa2 nak Lastik yo kepalo dia.
2. Saya nak jadikan Apak Yunus kau Menteri Bosa.. tapi di belakang kutuk habis Apak Yunus... Sekarang bermasalah dengan Hj. Zainudin bekas Setpol yang ada skandal... Apak dah di Pakai Semula... Banyak berunding dalam golap dgn Rais merayu mintak undi tapi dia Humbankan org yang tolong dia semasa kritikal... Entak apa punya hatiperut Rais ni saya pun tak tau.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Jutaan terima kasih sekali lagi. Nah, pada hemat saya, kalau benar para dajjal tu nak orang lain jadi "gentlemen", merekalah yang sepatutnya jadi "gentelmen" terhadap:
1. Allah dan Rasul -- dengan patuh sepenuhnya dan jangan jadi ular mamak;
2. Tuntutan massa -- dengan bersikap terbuka, seterusnya berani berdepan dengan kebenaran.
Justeru, sekali lagi, bukankah ini semua dakyah Fir'aun Malaysia yang ter"MULIA" (hina) itu? Bukankah kini kita juga sedang mulai diresapi unsur-unsur keyahudian, antaranya, dengan semberono bermain saham, sekaligus menggadai harta ahli keluarga sendiri? Bukankah dengan berhibur dedah aurat secara terang-terangan hatta terkinja-kinja bersama para "sesy"wati itu, didikan Al-Majnun Mahathir mamak itu, konon negara Islam? Dengan memperalat sekalian macam peralatan kerajaan dan swasta untuk tembolok yang tak kenal puas itu hatta tergadai maruah negara kerana seorang gadis, segalanya halal menurut acuan si kurang ajar tu, kan? Oh, kalau nak disenaraikan, rasanya, mahkamah antarabangsa di The Hague pun, barangkali, tak mampu nak muat semua bukti, agaknya, kerana dah tebal sangat ... Bayangkan, apa dah jadi dengan kesopanan dan kesusilaan yang menjadi sebahagian daripada prinsip Rukunegara itupun, habis punah, ibarat dunia dah qiamat?
Oleh itu, bersamalah kita menepuk dada dan bertanyakan iman dan/atau fitrah: "Relakah aku memperkosa ahli keluargaku sendiri demi keuntungan tak seberapa?" Atau: "Meja makan dah kotor ni, nak biar begini ajakah?" Akhir kata, bersamalah kita renung-renungkan. Apapun, saya alu-alukan maklum balas kalian; cuma, biarlah dengan penuh iman dan kewarasan, bukan emosi dan logik yang dipandu nafsu semata-mata.
Terima kasih dan selamat berjihad!
Kampong man,
Mahathir did more harm than good. melayu have lost its political and human culture altogether
Or else things we see today wudn't have happened.
He won't answer anything to anybody as he hasn't have the answer to all issues against him.
He is just another political animal. That's about all.
zaid man
agreed on balance tun mahatdir did more harm then good, renongilah.......
Abang Aspan,
Rais tu POLUTO!!
zaal, potaseh
Wahai sumo ahli Umno dan tidak Umno!!!
Kami hairan kenapo Najib selalu jejeng Rais kohulu kohilir.
Kami orang Jolobu dah muak nengok si minang ni.
Cukuplah Jib, kito tak pangkah laie Rais kali ni.
Kalau dio bohong satu Jolobu pocayo.
Kampong man,
Only a pariah said that,apa yang mahadir mamak kutty buat ia alah untuk kebaikan dia dan kroninya munkin awak adalah salah saorang yang dapat habuan dari tindak tanduknya dahulu,memang betul kata tuan Aspan Mamak kutty ni dia sahaja yang betul orang lain saja yang salah......tapi apa yang dia telah hancurkan? tak nampak ke? orang buta dan pekak pun tahu apa lahnat ni telah buat kepada Malaysia termasuklah Institiusi Raja,inikah dia awak kata Stateman heh....piss off man...orang UMNO memang munafik termasuklah Isa Kinzir.
AA,
Eloklah tuan masuk DAP tu. Kita di NS amat malang kerana tiada kepimpinan. Yang ada Isa dan Rais yang sudah terbukti menyamun. Mat Hasan asyik muji diri sendiri. Entah apa politiknya pun kita tak tahu.
Semuanya mempunyai sikap 'bangsat', sampai semua yang berkepimpinan sudah tidak lagi dalam Umno.
Jangan rasa bersalah untuk tinggalkan Umno wahai semua rakyat NS!
Aspan, I am truly envious of you, that you are very brave and courageous to leave this problematic party.
You are rumored to contest in NS and can hear everyone on the street feeling delighted except from Umno goons and cohorts.
jim, seremban
Semua orang sudah Panik apabila UMNO interlligent memberi briefingnbulan lepas kapada TUN Mahathir.Kenapa mereka Panik,
Dalam brieing it mereka memberitahu Tun,BN akan menang hanya 80 seat.Lai 50 seat 50:50.
Ini bermaana jika mereka menang lai 50 seat yang 50:50''BN hanya akan meneng 130 seat kurang dari yang di menani masa GE 2008.
Dalam kiraan BN mustahil mereka akan menang semua 50 seat itu.
Sebeb itu TUN Mahathir telah ka hulu ke hilir untok berkempen bagi Najib dan BN.Sebab dia tahu ila Pakatan Meneng,nasib nya akan jadi macan Hosni Mubarak.
Mahathir ingat dia ia maseh popular lagi.Rais pun sama .Rais tahu yang Negeri Sembilan akan jatoh ka tangan Pakatan.sebeb itu ia pun Panic.Tan Sri Isa Samad demi untok mendapat undi Felda telah bulldoz untol listing Felda Global.Tanah reserve melayu pun kena gadai.
Sekarang oreng Felda mula marah sebab mereka rasa kena tipu.
Nasi kau lah labi
Toksah ambik pot lah dengan anak si orphan ni. Jangka hayatnya dalam politikpun tak lama abis.
Kerja dia tak de lain, tersongkok-songkok (cakap Pahang for terhegeh-hegeh) membodek those who matters for his survival. And yes tunduk kepada bini QCnya.
Dengan orang lain, like what Aspan and my UMNO pals, said he's ruthless.
Kalau tak takkan lah dah bakar jambatanpun masih ada till today. Dah tua kerepotun worming himself in Najib's orbit.
Dia tak lebih dari nasi tambah to what Tun M and Muyiddin said.
Yes, what the two said have credence. In fact Najibpun dah cakap sama.
It's real. They have got intelligence reports on this.
Mungkin bukan dilakukan oleh PAS or DAP. But Anwar and his people.
They have proofs which were already submitted to the panel under Hanif that there were instigations of riots at the Bersih demo. That people were asked to go to create havoc.
And the government has to be wary of it in the GE which is a matter of life and death to Anwar.
His last hurrah. And he will do anything to get to Putra Jaya.
P.S. Seperti biasa bahasa Tuan AA amat tinggi. Banyak perkataan saya tak tahu saya learnt from here.
Adakah perawi bermakna canvasser?
Mahathir Mohamad In his book "Doctor in the House " he admitted that he may have made many mistakes but sacking Anwar is not one of it !
Dulu aku fikir kesilapan Tun Mahathir hanyalah kerana singkirkan Anwar, tapi sekarang baru aku tau bukan itu saja kesilapan Tun,banyak lagi yang belum dibongkar.
ai say Kampong Man, you and your misplaced loyalty to Mahathir. As Tuan Aspan's budi bahasa is tinggi, likewise yours, minus ahem... it is not your self- interest, it is beyond ... why did you see him in such a view that he had much for org kita, how many, the first 1001 of his species ? Anyway, you are entitled to your opinion as it was very nicely written.
but the cronyism, his immense wealth, the corruption, the manipulation, the never ending unsolicited statements, the racism, etc ? i had better take imported panadols from the UK, triple strength... ai say, payah nak beli, dah controlled item, apparently, they're too effective, though hurts the stomach, nanti Prince Court Hospital bankrupt - mahathir mesti ada shares ?
That aside, we, youngsters ( switch off Iphone, handsets masa lepas sembahyang di surau, need to make efforts to engage with gentlemen like Sdr Aspan, Sak, Walla, Kampung Man, Unknown - how to know unknown ( ? ), John Lenon, Bruno, Zaidi, dll, enjoy listening their wisdom and finesse and laughing with them and likewise. Something as priceless comes beyond consultation fees charge by the hour, don't we agree ? Almost every day can be a father's day / mother's day to enjoy their blessings.
i recommended this at another organisation, a warm inclusiveness, the elimination of generation gaps, two years ago, and today, i've quietly seen a splendid metamorphosis of great things of sharing, honor, respect and muhibbah spirit... from a a discreet distance.
The memory is jolted to write briefly here after having witnessed a youth in his early 20s, lagak macam bodoh cool, being enslaved to his Ipod, totally disengaged with his felda looking ayah emak and little brother at the LRT station recently.
Perawi ialah orang yang mencatat dan menyampaikan kata-kata Muhammad saw.
Diantara perawi hadith yang besar ialah saidina Aishah Alaihissalam yang telah merawikan kata-kata Rasullallah dan telah menyampaikan kepada umat sebagai hadith.
Ini jawapan kepada sesiapa yang masih tidak tahu siapa itu perawi. T Kasih
Orang yang sokong umno baru untuk terus berkuasa adalah kalangan yang seronok bayar tol lebuh raya sepanjang hayat mereka, mereka sokong pemimpin umno untuk terus ambil komisen@rasuah, mereka sokong agar minyak terus dinaikkan, harga barangan harian terus naik, GST dilaksanakan. Mereka seronok melihat pemimpin umno melarikan berbillion ringgit keluar negara. Mereka seronok membayar harga rumah, harga kenderaan yang mereka gunakan, meminjam PTPTN untuk anak terus berhutang, dan..dan..
Kampong man,
Malaysia tidak memerlukan seorg pemimpin yg mengayakan anak beranak dan ahli keluarga sendiri.
Malaysia perlukan pemimpin yang berhemah dan mengasihi rakyat.
Aku rasa hang pun dah berumur tak kan tak tau .. berapa banyak harta negara yang dah dipulunnya.
Kita tak nak pemimpin mcm tu..la.
Itu bukan pemimpin.. itu penyamun.
berlaku adil la...
rakyat nak idup gak..
Kalau cekik..pijak..cekik pijak..
gajah pun jadi lidi.
QD,
Cuba beri alasan mengapa anwar and the gang nak merusuh kalau kalah..
lojik la sikit! mereka tu dah biasa kalah. Lain la kalau madey and the geng yang buat hal.(ada merit kot).
apa pun hulur lah hujah anda. Bagi kami ni percaya sikit.
mari kita cabar mereka sign gentleman agreement..tgk BN ada berani tak..
It was not a mistake to sack anwar from umno. It was a blessing in disguise. Anwar has become a better man and more fit to lead than when he was an umno man
There would be chaos if pakatan won - TDM. My simple logic says let them win them then!
Tuan AA,
- Pak Rais dan Mat Mooh ini sebenarnya lebih layak dipanggil sebagai ''pencacai'' dari puak elit umno baru.
- Jika Mamak buat kuih mereka tolong jaja kuih,begitu juga jika mamak terberak ditengah jalan dan secara 'automatik' mereka inilah yang akan jadi tukang angkat tahi.
- Dengan cara 'mencacai', mereka ini percaya akan selamat dan terlepas dari tindakan dicantas oleh Mamak kutty.
- mungkin teori rahman akan bermula semula.....'R'....hehehe...
salam
-Scorpeneterbang-
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Maaf, sekadar pembetulan nan sedikit.
Ya, benar. Perawi ialah seseorang yang meriwayatkan (menceritakan) hadith-hadith Nabi SAW, khasnya di kalangan para sahabat "radhiallahu 'anhum" dan juga di kalangan tabi'in (generasi selepas sahabat, atau boleh dikaakan, para pengikut sahabat). Oleh itu, memang benar, di antara perawi hadith Nabi yang terbanyak ialah Saiyyidatina A'ishah Radhiallahu 'anha, bukan dipanggil dengan panggilan 'alaihissalam, kerana panggilan itu ('alaihissalam) hanya untuk para Nabi dan Rasul sebelum Nabi SAW. Sebab itu, ketika saya membentangkan sedikit sebanyak fakta sejarah berkaitan dengan perjuangan para Nabi dan Rasul sebagai perbandingan, saya akan menyelitkan "acronym" AS ('alaihissalam), manakala ketika menulis tentang para sahabat pula, saya lazimnya tidak memasukkan apa-apa singkatan, kerana saya masih jahil tentangnya. Untuk mendalami lagi akan maksud panggilan dan sebutan-sebutan tersebut, bersamalah kita rujuk kepada para asatizah (ulama) di sekeliling kita, atau rajin-rajinlah mengikuti kuliah-kuliah agama yang tersebar luas, asalkan bukan kuliah UMNO, K?
Terima kasih dan selamat berdiskusi ...
Zat
Mana diorang ada telok, Najis punya sudah disimpan dalam bek Birkin Rosmah.......Rais anak yatim dan Udin anak yasin lagi terok.....telok depa dah setengah masak.Nak gentelmen bagi projek lah,masuuuuuuk itu yang depa tau
Post a Comment