06 June 2012

Sebenarnya BN sedang berusaha merebut mandat rakyat dari Pakatan Rakyat

Sesungguhnya pilihanraya kali ini ialah pilihanraya untuk mengalahkan Pakatan Rakyat. Begitulah situasi sebenarnya kerana banyak dalil yang menunjukkan yang BN sedang tercari-cari waktu yang sesuai sejak setahun yang lalu untuk menentukan tarikh pilihanraya umum ini. Sesungguhnya jika PRU di adakan sekarang PR akan mendapat mandat rakyat dan hakikatnya BN sedang berusaha untuk mengalahkan Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyatlah yang sebenarnya yang  sedang mempertahankan mandat itu..

Sebagai parti yang memerintah BN masih  membelek tarikh-tarikh yang sesuai kerana jika salah tarikh mereka khuatir BN akan dikalahkan dengan teruk oleh Pakatan Rakyat yang kini mendapat perhatian rakyat sebagai satu-satunya pilihan jika hendak menolak BN.

Inilah kali pertama kita melihat keadaan parti pemerintah tidak dapat menentukan tarikh pilihanraya walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memujuk rakyat kembali kepangkuan BN khususnya UMNO Baru. Usaha untuk membetulkan UMNO Baru sudah tidak akan berjaya lagi kerana untuk membetulkan UMNO itu ia mesti di lakukan oleh pemimpin UMNO Baru yang tidak terlibat dengan pentadbiran sekarang.

Ia tidak boleh lagi dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang telah secara ‘collective’ membinasakan UMNO Baru  itu. Baik Najib, atau pun Muhy (muhyiddin) dan semua barisan pimpinan pada hari ini tidak akan mampu untuk mengembalikan UMNO ketahap yang pernah mereka alami dahulu. Bagaimana mereka yang merosakkan UMNO boleh memperbaikinya?

UMNO  Baru ini sepatutnya diperbetulkan semasa parti ini belum mengalami kerosakkan yang seburuk sekarang. Kalau diperbaiki dari dulu mungkin jugalah parti ini mampu diperbaiki. Semasa dahulu belum ramai lagi barisan pemimpin yang melakukan rasuah misalnya. Maka UMNO boleh membaikinya dengan cara kita makan tebu….busuk seruas kita buang seruas.

Tetapi sekarang ini keseluruhan batang tebu itu telah berulat dan tidak ada lagi ruas yang baik untuk dimakan. Maka terpaksa kita buang keseluruhan batang tebu itu, dan itu pun yang hendak dilakukan oleh rakyat termasuk ahli-ahli UMNO yang akan membuat perhitungan di dalam peti undi nanti.

Ibarat kata keseluruhan tanaman tebu itu mesti dilakukan ‘replanting’ keseluruhan kepada kebun tebu yang berulat itu jika masih berminat untuk mendapatkan tebu-tebu  yang boleh mendatangkan hasil. Rakyat mahukan batang-batang tebu yang tinggi kualitinya, bukan setakat batang-batang tebu yang layak untuk dimakan oleh gajah sarkis sahaja.

Pendeknya sekarang begitulah yang dihadapi oleh UMNO Baru ini.  Kalau UMNO masih lagi berkeyakinan untuk menang tidak munasabah Najib belum berani mengadakan pilihanraya umum kali ke13 ini.

Jika begitu keadaannya, hakikatnya BN sedang berjuang untuk mengalahkan pengaruh PR yang mereka anggap akan memenangi PRU ini jika dipanggil sekarang atau sebelumnya. Jika kita hendak fahami lagi maksud saya  itu, BN sudah kalah, dan jatuh sebelum terbang (crashing before taking off).

Maka menghadapi situasi ini bukannya satu perkara yang mudah kerana BN tahu yang parti itu akan tewas dalam pilihanraya kali ini. Justru itu jugalah sebabnya beberapa orang pemimpin besar UMNO Baru telah membuat berbagai-bagai cerita yang kita akan menghadapi huru-hara jika PR kalah dalam PRU ini

Sebenarnya BN lah yang akan kalah dan BN jugalah yang akan ‘orchestrate’ huru hara itu. UMNO belum pernah hilang kuasa lagi. Oleh kerana itulah untuk menerima penolakkan rakyat itu sangat susah bagi BN, seolah-olah seperti hendak memisahkan kulit dengan daging. UMNO sebenarnya tidak ‘gentleman’ seperti parti-parti pemerintah di negara-negara maju.

Di negara-negara maju, parti pemerintah yang kalah dalam pilihanraya begitu ‘gentleman’ dan menyerahkan kuasa dengan berhemah dan halus mengikut tata-cara peralihan kuasa yang telah dimaktubkan dalam perlembagaan dan undang-undang negara. BN ini jika kalah sekali pun, ia akan berusaha untuk menyekat PR untuk mengambil alih kuasa dan semuanya bersebab.

Sebenarnya jika pimpinan itu bersih mereka tidak akan takut dengan kekalahan dalam pilihanraya kerana itu adalah biasa dalam mana-mana negara yang demokratik. Di negara Jepun, PM nya pernah bertukar sebanyak tiga kali dalam dua tahun tetapi tidak memberikan masalah kepada negara itu. Tetapi disini pemimpin-pemimpin kita terlalu banyak kesalahan dan jenayah yang mereka lakukan semasa berkuasa. Jika terlepas dari kuasa mereka takut untuk menghadapi ‘consequence’ kepada kekalahan itu.

Ini adalah akibat dari kita tidak menghormati sistem pentadbiran dan memilih untuk menjahanamkan sistem itu untuk kepentingan politik peribadi yang tiada hadnya. Sejak Mahathir menjadi PM , beliau yang menguasai sistem bukannya sistem yang menguasai negara. Mahathir mahukan segala-galanya berada di dalam tangan beliau.

Beliaulah Hakim, beliau jugalah Polis, beliau jugalah Undang-Undang. Akhirnya undang-undang yang mengikut kehendak beliau dari beliau mengikut undang-undang. Cara beliau mentadbir tidak ubah seperti P Ramlie dalam lakonan beliau dalam filem ‘Ahmad Albab’ yang beliau sendiri arahkan. Kalau kita tengok filem itu beliau mengaku yang beliaulah general manager, beliau lah peon dan beliau jugalah yang menjadi salesman dan kontraktornya.

Apabila beliau merasakan tekanan setelah begitu lama memerintah, beliau meletakkan jawatan dan menyerahkan segala warisan yang luntur itu kepada Pak Lah. Segala-galanya telah berkecai semasa Pak Lah mengambil alih dan Pak Lah tidak mampu untuk membetulkannya kembali. Rakyat melihat ini semua dan sejarah Mahathir ini akan ditulis dengan teliti oleh beberapa orang sejarawan apabila sampai waktunya.

Sekarang Mahathir menyalahkan semua orang terutamanya menyalahkan Pak Lah sedangkan Pak Lah semasa mengambil alih kuasa, segala sistem negara telah hancur lebur. Tinggal lagi Mahathir bijak untuk meletakkan jawatan betul-betul sebelum masalah ciptaan beliau itu meletup. Beliau melepaskan tangan dan akhirnya Pak Lah lah yang menerima akibatnya.

Kerosakkan itu sekarang di warisi oleh Najib dan Najib menerima jawatan itu kerana menjadi PM itu adalah ‘ultimate’ bagi beliau dan Najib sekarang sedang menghadapi masalah yang lebih besar dari yang dihadapi Pak Lah kerana Najib sendiri menambah masalah negara dengan lebih besar lagi.

Isu terhadap Najib dan BN terlalu besar dan tidak dapat diperbaiki lagi. Usaha Najib untuk membetulkan keadaan ibarat tikus membaiki labu. Ini semua mendapat perhatian rakyat yang sudah terlalu jemu dengan isu-isu yang tidak dapat lagi diterima oleh sebahagian besar rakyat.

Rakyat sudah letih dengan gelagat pemimpin-pemimpin kita maka mereka (rakyat) mengambil pendirian, ‘enough is enough’. Rakyat sudah tidak lagi mahukan ‘faked leadership’ yang terlalu bergantung kepada ‘form’ mereka sahaja dan tidak kepada ‘substance’ kepimpinan mereka.

Kalau dahulu seorang PM yang tidak ‘effective’ itu boleh diganti dengan orang kedua dan ketiga atau seterusnya, kali ini amat malang bagi UMNO Baru kerana keseluruhan kepimpinan di bawah Najib, iaitu Muhy dan yang lain-lain itu tidak akan berjaya memperbaiki keadaan kerana mereka tidak mempunyai ‘legitimacy’ untuk mewarisi kepimpinan negara. Ada pihak yang memberi komen, ‘jika Najib yang begitu teruk, Muhy lagi teruk dan yang lain pun lebih teruk’.

Maka rakyat kini mengambil sikap, ‘let’s go for a change…real change’ untuk negara kita. UMNO Baru masih tidak tahu formula untuk memperbetulkan keadaan politiknya sendiri.

14 comments:

Anonymous said...

Salam..Sdr AA,
Saya senyum dan teringat kata kata arwah ayah saya bila membaca artikal tuan,..kata ayah...UMNO ni klu nk d pebaiki hanya ada satu cara saja...kita ni klu nak hapuskan lalang (UMNO) ..bawa mesin jengkaut, korek sedalam dalam akar lalang itu.. jgn ada yg tertinggal satu pn dan hendaklah di buang jauh ketengah tengah laut supaya lalang tu tak kan tumbuh lagi di atas darat....
heheh ni la masa yg sgt baik utk kita ABU kan UMNO supaya jdi bahan sejarah....

bat8 said...

Bro Aspan

Bro telah menceritakan dengan baik sekali tentang apa yang tak kena dengan UMNO Baru. Lagi mengujakan Bro telah mengantikan perkataan UMNO dengan UMNO BARU kerana itulah hakikatnya. UMNO itu merujuk kepada UMNO LAMA yang telah tiada, dibunuh dengan kejam oleh Mahathir. UMNO BARU adalah SPV PERIBADI MAHATHIR UNTUK KEPENTINGAN DIRINYA SORANG...repeat: untuk kepentingan dirinya sorang.

2. Menambah kepada tulisan Bro - disebabkan UMNO BARU itu adalah SPV peribadi Mahathir, ianya ditailorkan oleh Mahathir untuk fit dirinya sorang je.

Macam bajulah, baju yang diukur untuk saiz badan kita sorang tentunya tidak boleh dipakai oleh orang lain. Ada je yang tak kena bila orang lain pakai. Begitu juga dengan UMNO BARU. Itulah yang terjadi apabila Paklah mewarisi UMNO BARU dari Mahathir. Sekarang Najib pun menghadapi masaalah yang sama.

3. Saya menyokong 100% pandangan Bro iaitu PRU 13 ini adalah for Pakatan Rakyat to loose. Keadaan dan kedudukan UMNO BARU sekarang adalah agak tenat. Lagi tenat apabila kita lihat Najib dan pimpinan clueless macamana nak uplift fortune UMNO BARU yang sedang tenat.

Seperti yang saya katakan, indikator yang paling tepat untuk menilai keadaan UMNO BARU ialah melihat gelagat Mahathir. Kalau dia kalut seperti sekarang ini, maknanya UMNO BARU sedang tenat. Lagi meraban tak tentu hala dengan komen-komen gila, lagi le tenat.

mat pendang

Anonymous said...

Pakatan Rakyat perlu menang sebab rakyat ingin mengetahui isu sebenar bagaimana Tun Mahathir dan 5 yang lain yang telah didakwa mempengaruhi perlantikan hakim dalam isu video Lingam boleh ditenggelami dengan begitu sahaja.

Rakyat juga ingin tahu tentang bagaimana Tun Fuad Stephens (Donald Stephens) dan menteri-menteri kabinet Sabah yang mati dengan tragik kerana tidak bersetuju menandatangani perjanjian royalti minyak Sabah. Tengku Razaleigh pernah mengaku bahawa beliau turut berada di dalam kapalterbang tersebut, tetapi telah diminta turun dari kapalterbang di saat akhir. Khabarnya Tun Fuad Stephens telah mengugut untuk menarik Sabah keluar dari Malaysia.

Begitu juga dengan Ghazali Shafie yang terselamat dari kemalangan helikopter yang mana juruterbangnya terbunuh pada tahun 1982. Kemudian perkembangan politik beliau menjadi senyap selepas itu sehingga kematiannya pada tahun 2010.

Anonymous said...

Tuan AA,

JUTAWAN POLITIK vs. PEMBANGUNAN BANGSA MALAYSIA:

- Sampai bila-bila pun puak ini tidak akan dapat membetulkan umno baru.Perjuangan mereka ini(JUTAWAN POLITIK) telah jauh menyimpang dari perjuangan 'PEMBANGUNAN BANGSA MALAYSIA'.
- Apa kelayakan mereka ini hendak mengugut orang melayu yang diwar-warkan akan hilang kuasa jika menolak parti umno?Adakah seorang menteri layak dan sewenangnya menakutkan rakyat?
- Bangsa Melayu atau Mana-mana bangsa sekalipun yang hidup sebumbung dalam negara Malaysia ini tidak akan perolehi keadilan, kemajuan, kesenangan,kesedaran, kepintaran dan hak sama-rata jika memberi mandat kepada ideologi 'JUTAWAN POLITIK'.
-Ironinya bagaimana slogan 'HIDUP MELAYU' hendak dijayakan jika ini yang berlaku :
- Kalau hendak berkuasa,kaya jadilah menteri.
- Kalau hendak menang kita harus menipu.
- Undang-undang kepada rakyat dan undang-undang untuk menteri.

salam

-Scopeneterbang-

Anonymous said...

Salam Tuan,

Ini UMNO baru sudah dalam keadaan NaZak kerana pimpinan Najib A Razak.

Kalau seudah dekat ajal, maka jadi macam budak-budak kecil, merapu tak tentu pasal.

Contoh :

1. 200 ribu, UMNO Baru kata 12 ribu.

2. RAKYAT pilih pilihanraya bersih, UMNO Baru kata kumpulan Bersih ini MUSUH KETAT negara.

3. Pembukaan Tilawah Quran, kita bicara tentang keagungan Quran, NaZak bicara Bersih 3 itu jahat.

4. Kerja polis nazak, cari orang Bersih 3 sampai ke lubang cacing. Terang-terang kerja samseng lembu rempit UMNO Baru, buat pekak badak.

Kesimpulan : Pakcik makcik di kampung, jangan lagi cium tangan pemimpin yang sudah nazak ini.
Macam bau zombie sudah.

Kasihanlah anak cucu kita semua dari kerakusan diktator UMNO baru ini pada masa akan datang.

Kalau pimpinan UMNO Baru ini di pimpin oleh manusia-manusia yang berhati cahaya Quran, maka kita tidak teragak-agak untuk pangkah BN nanti. Kalaulah .....

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Ma sha Allah! Hebat! Tepat benar kedua-dua kiasan saudara ini! Malah, alhamdulillah, berdasarkan ketiga-tiga ulasan yang sempat saya baca, kesemuanya mengulas dengan berpijak di bumi nyata, bukan sekadar dibuai fantasia ...

Ya, nak buat macam mana lagi? Inilah akibatnya kalau hamba cuba lawan tuan. Mana tak? Sudahlah jahil agama, berlagak semberono bagaikan lebih maksum daripada Rasul-rasul-Nya ... Sekaligus, lawan Allahlah tu? Kemudian, setelah segalanya hancur berderai bagaikan qiamat, baru lepas kat orang lain yang rata-ratanya lemah dik tergadainya prinsip, terlondehnya maruah dan tercabulnya kehormatan, kan? Dan kini, orang nombor satu tu pulak ... Penjenayah antarabangsa! Timbalannya pula, dah kerasukan hantu toyol kuasa hatta perjudikan agama, menyebabkan tutur katanya pun makin berbelit ... Wakil Jelebu, agaknya Matematik pun dah habis buta, kot ... Begitulah seterusnya dan seterusnya sehinggakan agaknya merekalah yang harus dikambuskan sahaja!!!

Apapun, menutup bicara, saya masih berpendapat, seandainya UMNO asal itu dipimpin mereka yang berkelayakan ketika krisis kontrovesi 1987-88 itu, insha Allah, ia tidaklah akan sebegini jadinya. Dengan itu, ayuhlah kita bersama melakukan penghijrahan secara terang-terangan, walaupun bukan hijrah makani (tempat) agar selamat Malaysia kita nan tercinta ini di bawah naungan abadi-Nya. Buat mereka yang masih kabur atau sengaja mengkaburkan pandangan, ingatlah, kita dikurniakan Allah dengan aqal dan nafsu; terpulanglah kepada pilihan masing-masing untuk mengutamakan yang mana, agar kalian tiada lagi alasan ketika hari pertemuan itu untuk berdalih "Ya Allah, aku tak tahu ..." Sekadar itulah dahulu untuk peringatan bersama; yang baik itu daripada-Nya belakab, manakala yang buruk itu, kelemahan, kealpaan dan kecuaian saya yang masih perlu banyak mengaji lagi.

Terima kasih.

Anonymous said...

Tun Daim dan Tun Mahathir adalah angkara percaturan politik di dalam UMNO Lama sehinggakan nasib malang menimpa Tiga Abdul (Abdul Samad Ismail, Abdullah Ahmad dan Abdullah Majid).

UMNO Lama pimpinan Allahyarham Tun Hussein Onn menghadapi cabaran serius dari bekas Menteri Besar Selangor yang berpengaruh iaitu Dato' Harun Idris. Akhirnya pengaruh Dato' Harun berjaya dihancurkan oleh pasangan Tun Daim dan Tun Mahathir dengan menyabit beliau dengan rasuah.

ANON 8:38; King Ghaz adalah Menteri Dalam Negeri. Mengapa Tun Mahathir juga memegang jawatan tersebut sewaktu jadi Perdana Menteri?

Mengapa Sidek Ghouse, seorang pembantu kanan Mahathir dituduh membocorkan maklumat negara kepada Soviet Union? Apa kena mengena Soviet Union dengan Malaysia ketika itu?

Pada waktu itu tiada siapapun yang bangun bersungguh-sungguh mempertahankan hak rakyat yang dimangsakan kerana pada hari tersebut, rakyat jahil dan tidak tahu tentang hak rakyat.

Hari ini, Pakatan Rakyat merupakan harapan rakyat yang sebenar untuk membela hak rakyat. Kuasa merubah keadaan terletak di tangan rakyat jelata. Maka, kuasa rakyat ini jangan dipersia-siakan begitu saja tanpa sebarang kesungguhan.

mad said...

demi masa depan anak-anak dan generasi akan datang, bn/umno haruslah ditumbangkan dari menerajui negara. hati saya lebih tenang bila memikirkan anak saya membesar dibawah pemerintahan pr terutamanya dibawah parti pas. sudah terbukti dan nyata kerajaan yg kita ada sekarang ini hanyalah diterajui oleh orang-orang yg lemah moral, perasuah, perompak harta rakyat, tamak dan jauh dari Allah. lihat sajalah tingkah laku mereka. tak mungkin saya tenang melepaskan anak saya dibawah pemerintahan mereka bila saya tiada lagi kelak. ABU

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

Bangunan SUK dikelilingi orang ramai dan polis membuat sekatan dan halangan.

Berlori-lori dokumen dilarikan dan yang tidak sempat dimusnahkan dipejabat pemerintah yang kalah.

Kejadian amuk dan letupan berlaku disana-sini.

Agong mengumumkan perintah Darurat dan pihak tentera mengambilalih pimpinan negara.

Malaysia menghampiri rejim kuku besi Idi Amin, Suharto-Sukarno dan Pol Pot.

Kalau nak hantuk kepala ke dinding buat la sekarang sebab masa tu nasi dah jadi bubur.

Surrogate

Anonymous said...

PECAH BERITA! Skandal Scorpene: Daim Zainuddin Dan Mahathir Turut Terlibat Selain Najib Altantuya?

http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2012/05/pecah-berita-skandal-scorpene-daim.html

Anonymous said...

Pelan strategik Daim-Mahathir ialah meletakkan Mahathir sebagai Perdana Menteri sejak waktu Tunku Abdul Rahman lagi.

Kemudian meminggirkan Tengku Razaleigh Hamzah untuk Daim menerajui bahagian media dan menteri kewangan. Beliau bermain sandiwara menyatakan tidak minat berpolitik padahal beliau dan Mahathir telah lama bersekongkol.

Musa Hitam sebagai Timbalan tidak pula sedar lalu melapurkan kepada Mahathir tentang pemberian projek oleh Daim kononnya kepada 'kroni'. Bermulalah dari situ, Musa dipinggirkan sehingga sendiri meletakkan jawatan.

Daim merupakan 'master mind' tetapi untuk mengelak persekongkolan mereka berdua dari dikesani, jawatan Timbalan selalu diberikan kepada mereka yang 'kurang cerdik'.

Malah Sanusi Junid dan Anwar pun diperpedayakan. Silap terbesar ialah memberikan jawatan menteri kewangan kepada Anwar kerana beranggap beliau tidak mempunyai kepakaran dalam ilmu ekonomi. Sebaliknya Anwar seorang yang bertanggungjawab lalu banyak membaca berkenaan portfolio yang dipeganginya.

Bila Anwar melakukan perbuatan melapur kepada Mahathir sebagaimana Musa pernah lalui, bermulalah plot menyingkirkan beliau.

Bukan sahaja orang Melayu diperdaya, Daim mengumpan Samy Vellu dan Ling Liong Sik dengan memberi pelbagai projek kepada mereka dan anak-anak.

Ketamakan Daim dan Mahathir telah banyak merosakkan sistem negara.

Anonymous said...

Mengapa pihak polis bertindak ganas terhadap rakyat Malaysia yang tidak bersenjata?

http://www.youtube.com/watch?v=NnqwyiZNHuY&feature=share

arawa said...

Salam sdra AA.
harus di ingat segala penentuan dlm perkara ini masih ditangan kutty (akal berkata)perancangan nya dinamakan (the game of war) segala jentera /polis /spr/jpn/rela dan sebagainya dipergunakan, mereka masih menunggu ketibaan waktunya sahaja dan mereka telah menyusun begitu rapi dan teratur hanya Allah sahaja yang dapat menumpaskan segala perancangan jahat dan tipu daya mereka olih yng demikian itu saya pohon kpd semua yang menyintai kesejahteraan supaya selepas sahaja solat waktu kita berdoa kpd yang maha esa dengan penuh keyakinan supaya dijauhi segala tipudaya mereka, Allahhua'lam.

Anonymous said...

Ayahanda Aspan,

Khabarnya harga minyak Ron 97 ialah RM 2.90 seliter tanpa subsidi.

Harga minyak Ron 95 ialah RM 1.90 seliter dengan subsidi RM 1.45 seliter. Bermaksud harga Ron 95 adalah RM 3.35 seliter.

Khabarnya kualiti Ron 95 adalah minyak yang kurang kualiti dibanding dengan Ron 97.

Kenapa harga Ron 95 lebih mahal (RM 3.35 seliter) kalau kualitinya tidak setanding dengan Ron 97 (RM 2.90 seliter)?

Apakah ada unsur penipuan dan pembohongan dalam isu subsidi juga, ayahanda?