Sesungguhnya pilihanraya kali ini
ialah pilihanraya untuk mengalahkan Pakatan Rakyat. Begitulah situasi
sebenarnya kerana banyak dalil yang menunjukkan yang BN sedang tercari-cari
waktu yang sesuai sejak setahun yang lalu untuk menentukan tarikh pilihanraya
umum ini. Sesungguhnya jika PRU di adakan sekarang PR akan mendapat mandat
rakyat dan hakikatnya BN sedang berusaha untuk mengalahkan Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyatlah yang sebenarnya yang sedang mempertahankan mandat itu..
Sebagai parti yang memerintah BN
masih membelek tarikh-tarikh yang sesuai
kerana jika salah tarikh mereka khuatir BN akan dikalahkan dengan teruk oleh
Pakatan Rakyat yang kini mendapat perhatian rakyat sebagai satu-satunya pilihan
jika hendak menolak BN.
Inilah kali pertama kita melihat
keadaan parti pemerintah tidak dapat menentukan tarikh pilihanraya walaupun
segala usaha telah dilakukan untuk memujuk rakyat kembali kepangkuan BN
khususnya UMNO Baru. Usaha untuk membetulkan UMNO Baru sudah tidak akan berjaya
lagi kerana untuk membetulkan UMNO itu ia mesti di lakukan oleh pemimpin UMNO Baru
yang tidak terlibat dengan pentadbiran sekarang.
Ia tidak boleh lagi dilakukan
oleh pemimpin-pemimpin yang telah secara ‘collective’ membinasakan UMNO Baru itu. Baik Najib, atau pun Muhy (muhyiddin) dan
semua barisan pimpinan pada hari ini tidak akan mampu untuk mengembalikan UMNO
ketahap yang pernah mereka alami dahulu. Bagaimana mereka yang merosakkan UMNO
boleh memperbaikinya?
UMNO Baru ini sepatutnya diperbetulkan semasa parti
ini belum mengalami kerosakkan yang seburuk sekarang. Kalau diperbaiki dari
dulu mungkin jugalah parti ini mampu diperbaiki. Semasa dahulu belum ramai lagi
barisan pemimpin yang melakukan rasuah misalnya. Maka UMNO boleh membaikinya
dengan cara kita makan tebu….busuk seruas kita buang seruas.
Tetapi sekarang ini keseluruhan
batang tebu itu telah berulat dan tidak ada lagi ruas yang baik untuk dimakan.
Maka terpaksa kita buang keseluruhan batang tebu itu, dan itu pun yang hendak
dilakukan oleh rakyat termasuk ahli-ahli UMNO yang akan membuat perhitungan di
dalam peti undi nanti.
Ibarat kata keseluruhan tanaman
tebu itu mesti dilakukan ‘replanting’ keseluruhan kepada kebun tebu yang
berulat itu jika masih berminat untuk mendapatkan tebu-tebu yang boleh mendatangkan hasil. Rakyat mahukan
batang-batang tebu yang tinggi kualitinya, bukan setakat batang-batang tebu
yang layak untuk dimakan oleh gajah sarkis sahaja.
Pendeknya sekarang begitulah yang
dihadapi oleh UMNO Baru ini. Kalau UMNO
masih lagi berkeyakinan untuk menang tidak munasabah Najib belum berani
mengadakan pilihanraya umum kali ke13 ini.
Jika begitu keadaannya,
hakikatnya BN sedang berjuang untuk mengalahkan pengaruh PR yang mereka anggap
akan memenangi PRU ini jika dipanggil sekarang atau sebelumnya. Jika kita
hendak fahami lagi maksud saya itu, BN sudah kalah, dan jatuh sebelum terbang
(crashing before taking off).
Maka menghadapi situasi ini
bukannya satu perkara yang mudah kerana BN tahu yang parti itu akan tewas dalam
pilihanraya kali ini. Justru itu jugalah sebabnya beberapa orang pemimpin besar
UMNO Baru telah membuat berbagai-bagai cerita yang kita akan menghadapi
huru-hara jika PR kalah dalam PRU ini
Sebenarnya BN lah yang akan kalah
dan BN jugalah yang akan ‘orchestrate’ huru hara itu. UMNO belum pernah hilang
kuasa lagi. Oleh kerana itulah untuk menerima penolakkan rakyat itu sangat
susah bagi BN, seolah-olah seperti hendak memisahkan kulit dengan daging. UMNO
sebenarnya tidak ‘gentleman’ seperti parti-parti pemerintah di negara-negara
maju.
Di negara-negara maju, parti
pemerintah yang kalah dalam pilihanraya begitu ‘gentleman’ dan menyerahkan
kuasa dengan berhemah dan halus mengikut tata-cara peralihan kuasa yang telah
dimaktubkan dalam perlembagaan dan undang-undang negara. BN ini jika kalah
sekali pun, ia akan berusaha untuk menyekat PR untuk mengambil alih kuasa dan
semuanya bersebab.
Sebenarnya jika pimpinan itu bersih
mereka tidak akan takut dengan kekalahan dalam pilihanraya kerana itu adalah
biasa dalam mana-mana negara yang demokratik. Di negara Jepun, PM nya pernah
bertukar sebanyak tiga kali dalam dua tahun tetapi tidak memberikan masalah
kepada negara itu. Tetapi disini pemimpin-pemimpin kita terlalu banyak
kesalahan dan jenayah yang mereka lakukan semasa berkuasa. Jika terlepas dari
kuasa mereka takut untuk menghadapi ‘consequence’ kepada kekalahan itu.
Ini adalah akibat dari kita tidak
menghormati sistem pentadbiran dan memilih untuk menjahanamkan sistem itu untuk
kepentingan politik peribadi yang tiada hadnya. Sejak Mahathir menjadi PM ,
beliau yang menguasai sistem bukannya sistem yang menguasai negara. Mahathir mahukan segala-galanya berada di
dalam tangan beliau.
Beliaulah Hakim, beliau jugalah
Polis, beliau jugalah Undang-Undang. Akhirnya undang-undang yang mengikut
kehendak beliau dari beliau mengikut undang-undang. Cara beliau mentadbir tidak
ubah seperti P Ramlie dalam lakonan beliau dalam filem ‘Ahmad Albab’ yang
beliau sendiri arahkan. Kalau kita tengok filem itu beliau mengaku yang
beliaulah general manager, beliau lah peon dan beliau jugalah yang menjadi
salesman dan kontraktornya.
Apabila beliau merasakan tekanan
setelah begitu lama memerintah, beliau meletakkan jawatan dan menyerahkan
segala warisan yang luntur itu kepada Pak Lah. Segala-galanya telah berkecai
semasa Pak Lah mengambil alih dan Pak Lah tidak mampu untuk membetulkannya
kembali. Rakyat melihat ini semua dan
sejarah Mahathir ini akan ditulis dengan teliti oleh beberapa orang sejarawan
apabila sampai waktunya.
Sekarang Mahathir menyalahkan
semua orang terutamanya menyalahkan Pak Lah sedangkan Pak Lah semasa mengambil
alih kuasa, segala sistem negara telah hancur lebur. Tinggal lagi Mahathir
bijak untuk meletakkan jawatan betul-betul sebelum masalah ciptaan beliau itu
meletup. Beliau melepaskan tangan dan akhirnya Pak Lah lah yang menerima akibatnya.
Kerosakkan itu sekarang di warisi
oleh Najib dan Najib menerima jawatan itu kerana menjadi PM itu adalah
‘ultimate’ bagi beliau dan Najib sekarang sedang menghadapi masalah yang lebih
besar dari yang dihadapi Pak Lah kerana Najib sendiri menambah masalah negara
dengan lebih besar lagi.
Isu terhadap Najib dan BN terlalu
besar dan tidak dapat diperbaiki lagi. Usaha Najib untuk membetulkan keadaan
ibarat tikus membaiki labu. Ini semua mendapat perhatian rakyat yang sudah
terlalu jemu dengan isu-isu yang tidak dapat lagi diterima oleh sebahagian
besar rakyat.
Rakyat sudah letih dengan gelagat
pemimpin-pemimpin kita maka mereka (rakyat) mengambil pendirian, ‘enough is
enough’. Rakyat sudah tidak lagi mahukan ‘faked leadership’ yang terlalu
bergantung kepada ‘form’ mereka sahaja dan tidak kepada ‘substance’ kepimpinan
mereka.
Kalau dahulu seorang PM yang
tidak ‘effective’ itu boleh diganti dengan orang kedua dan ketiga atau
seterusnya, kali ini amat malang bagi UMNO Baru kerana keseluruhan kepimpinan
di bawah Najib, iaitu Muhy dan yang lain-lain itu tidak akan berjaya memperbaiki
keadaan kerana mereka tidak mempunyai ‘legitimacy’ untuk mewarisi kepimpinan
negara. Ada
pihak yang memberi komen, ‘jika Najib yang begitu teruk, Muhy lagi teruk dan
yang lain pun lebih teruk’.
Maka rakyat kini mengambil sikap,
‘let’s go for a change…real change’ untuk negara kita. UMNO Baru masih tidak
tahu formula untuk memperbetulkan keadaan politiknya sendiri.
14 comments:
Salam..Sdr AA,
Saya senyum dan teringat kata kata arwah ayah saya bila membaca artikal tuan,..kata ayah...UMNO ni klu nk d pebaiki hanya ada satu cara saja...kita ni klu nak hapuskan lalang (UMNO) ..bawa mesin jengkaut, korek sedalam dalam akar lalang itu.. jgn ada yg tertinggal satu pn dan hendaklah di buang jauh ketengah tengah laut supaya lalang tu tak kan tumbuh lagi di atas darat....
heheh ni la masa yg sgt baik utk kita ABU kan UMNO supaya jdi bahan sejarah....
Bro Aspan
Bro telah menceritakan dengan baik sekali tentang apa yang tak kena dengan UMNO Baru. Lagi mengujakan Bro telah mengantikan perkataan UMNO dengan UMNO BARU kerana itulah hakikatnya. UMNO itu merujuk kepada UMNO LAMA yang telah tiada, dibunuh dengan kejam oleh Mahathir. UMNO BARU adalah SPV PERIBADI MAHATHIR UNTUK KEPENTINGAN DIRINYA SORANG...repeat: untuk kepentingan dirinya sorang.
2. Menambah kepada tulisan Bro - disebabkan UMNO BARU itu adalah SPV peribadi Mahathir, ianya ditailorkan oleh Mahathir untuk fit dirinya sorang je.
Macam bajulah, baju yang diukur untuk saiz badan kita sorang tentunya tidak boleh dipakai oleh orang lain. Ada je yang tak kena bila orang lain pakai. Begitu juga dengan UMNO BARU. Itulah yang terjadi apabila Paklah mewarisi UMNO BARU dari Mahathir. Sekarang Najib pun menghadapi masaalah yang sama.
3. Saya menyokong 100% pandangan Bro iaitu PRU 13 ini adalah for Pakatan Rakyat to loose. Keadaan dan kedudukan UMNO BARU sekarang adalah agak tenat. Lagi tenat apabila kita lihat Najib dan pimpinan clueless macamana nak uplift fortune UMNO BARU yang sedang tenat.
Seperti yang saya katakan, indikator yang paling tepat untuk menilai keadaan UMNO BARU ialah melihat gelagat Mahathir. Kalau dia kalut seperti sekarang ini, maknanya UMNO BARU sedang tenat. Lagi meraban tak tentu hala dengan komen-komen gila, lagi le tenat.
mat pendang
Pakatan Rakyat perlu menang sebab rakyat ingin mengetahui isu sebenar bagaimana Tun Mahathir dan 5 yang lain yang telah didakwa mempengaruhi perlantikan hakim dalam isu video Lingam boleh ditenggelami dengan begitu sahaja.
Rakyat juga ingin tahu tentang bagaimana Tun Fuad Stephens (Donald Stephens) dan menteri-menteri kabinet Sabah yang mati dengan tragik kerana tidak bersetuju menandatangani perjanjian royalti minyak Sabah. Tengku Razaleigh pernah mengaku bahawa beliau turut berada di dalam kapalterbang tersebut, tetapi telah diminta turun dari kapalterbang di saat akhir. Khabarnya Tun Fuad Stephens telah mengugut untuk menarik Sabah keluar dari Malaysia.
Begitu juga dengan Ghazali Shafie yang terselamat dari kemalangan helikopter yang mana juruterbangnya terbunuh pada tahun 1982. Kemudian perkembangan politik beliau menjadi senyap selepas itu sehingga kematiannya pada tahun 2010.
Tuan AA,
JUTAWAN POLITIK vs. PEMBANGUNAN BANGSA MALAYSIA:
- Sampai bila-bila pun puak ini tidak akan dapat membetulkan umno baru.Perjuangan mereka ini(JUTAWAN POLITIK) telah jauh menyimpang dari perjuangan 'PEMBANGUNAN BANGSA MALAYSIA'.
- Apa kelayakan mereka ini hendak mengugut orang melayu yang diwar-warkan akan hilang kuasa jika menolak parti umno?Adakah seorang menteri layak dan sewenangnya menakutkan rakyat?
- Bangsa Melayu atau Mana-mana bangsa sekalipun yang hidup sebumbung dalam negara Malaysia ini tidak akan perolehi keadilan, kemajuan, kesenangan,kesedaran, kepintaran dan hak sama-rata jika memberi mandat kepada ideologi 'JUTAWAN POLITIK'.
-Ironinya bagaimana slogan 'HIDUP MELAYU' hendak dijayakan jika ini yang berlaku :
- Kalau hendak berkuasa,kaya jadilah menteri.
- Kalau hendak menang kita harus menipu.
- Undang-undang kepada rakyat dan undang-undang untuk menteri.
salam
-Scopeneterbang-
Salam Tuan,
Ini UMNO baru sudah dalam keadaan NaZak kerana pimpinan Najib A Razak.
Kalau seudah dekat ajal, maka jadi macam budak-budak kecil, merapu tak tentu pasal.
Contoh :
1. 200 ribu, UMNO Baru kata 12 ribu.
2. RAKYAT pilih pilihanraya bersih, UMNO Baru kata kumpulan Bersih ini MUSUH KETAT negara.
3. Pembukaan Tilawah Quran, kita bicara tentang keagungan Quran, NaZak bicara Bersih 3 itu jahat.
4. Kerja polis nazak, cari orang Bersih 3 sampai ke lubang cacing. Terang-terang kerja samseng lembu rempit UMNO Baru, buat pekak badak.
Kesimpulan : Pakcik makcik di kampung, jangan lagi cium tangan pemimpin yang sudah nazak ini.
Macam bau zombie sudah.
Kasihanlah anak cucu kita semua dari kerakusan diktator UMNO baru ini pada masa akan datang.
Kalau pimpinan UMNO Baru ini di pimpin oleh manusia-manusia yang berhati cahaya Quran, maka kita tidak teragak-agak untuk pangkah BN nanti. Kalaulah .....
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.
Ma sha Allah! Hebat! Tepat benar kedua-dua kiasan saudara ini! Malah, alhamdulillah, berdasarkan ketiga-tiga ulasan yang sempat saya baca, kesemuanya mengulas dengan berpijak di bumi nyata, bukan sekadar dibuai fantasia ...
Ya, nak buat macam mana lagi? Inilah akibatnya kalau hamba cuba lawan tuan. Mana tak? Sudahlah jahil agama, berlagak semberono bagaikan lebih maksum daripada Rasul-rasul-Nya ... Sekaligus, lawan Allahlah tu? Kemudian, setelah segalanya hancur berderai bagaikan qiamat, baru lepas kat orang lain yang rata-ratanya lemah dik tergadainya prinsip, terlondehnya maruah dan tercabulnya kehormatan, kan? Dan kini, orang nombor satu tu pulak ... Penjenayah antarabangsa! Timbalannya pula, dah kerasukan hantu toyol kuasa hatta perjudikan agama, menyebabkan tutur katanya pun makin berbelit ... Wakil Jelebu, agaknya Matematik pun dah habis buta, kot ... Begitulah seterusnya dan seterusnya sehinggakan agaknya merekalah yang harus dikambuskan sahaja!!!
Apapun, menutup bicara, saya masih berpendapat, seandainya UMNO asal itu dipimpin mereka yang berkelayakan ketika krisis kontrovesi 1987-88 itu, insha Allah, ia tidaklah akan sebegini jadinya. Dengan itu, ayuhlah kita bersama melakukan penghijrahan secara terang-terangan, walaupun bukan hijrah makani (tempat) agar selamat Malaysia kita nan tercinta ini di bawah naungan abadi-Nya. Buat mereka yang masih kabur atau sengaja mengkaburkan pandangan, ingatlah, kita dikurniakan Allah dengan aqal dan nafsu; terpulanglah kepada pilihan masing-masing untuk mengutamakan yang mana, agar kalian tiada lagi alasan ketika hari pertemuan itu untuk berdalih "Ya Allah, aku tak tahu ..." Sekadar itulah dahulu untuk peringatan bersama; yang baik itu daripada-Nya belakab, manakala yang buruk itu, kelemahan, kealpaan dan kecuaian saya yang masih perlu banyak mengaji lagi.
Terima kasih.
Tun Daim dan Tun Mahathir adalah angkara percaturan politik di dalam UMNO Lama sehinggakan nasib malang menimpa Tiga Abdul (Abdul Samad Ismail, Abdullah Ahmad dan Abdullah Majid).
UMNO Lama pimpinan Allahyarham Tun Hussein Onn menghadapi cabaran serius dari bekas Menteri Besar Selangor yang berpengaruh iaitu Dato' Harun Idris. Akhirnya pengaruh Dato' Harun berjaya dihancurkan oleh pasangan Tun Daim dan Tun Mahathir dengan menyabit beliau dengan rasuah.
ANON 8:38; King Ghaz adalah Menteri Dalam Negeri. Mengapa Tun Mahathir juga memegang jawatan tersebut sewaktu jadi Perdana Menteri?
Mengapa Sidek Ghouse, seorang pembantu kanan Mahathir dituduh membocorkan maklumat negara kepada Soviet Union? Apa kena mengena Soviet Union dengan Malaysia ketika itu?
Pada waktu itu tiada siapapun yang bangun bersungguh-sungguh mempertahankan hak rakyat yang dimangsakan kerana pada hari tersebut, rakyat jahil dan tidak tahu tentang hak rakyat.
Hari ini, Pakatan Rakyat merupakan harapan rakyat yang sebenar untuk membela hak rakyat. Kuasa merubah keadaan terletak di tangan rakyat jelata. Maka, kuasa rakyat ini jangan dipersia-siakan begitu saja tanpa sebarang kesungguhan.
demi masa depan anak-anak dan generasi akan datang, bn/umno haruslah ditumbangkan dari menerajui negara. hati saya lebih tenang bila memikirkan anak saya membesar dibawah pemerintahan pr terutamanya dibawah parti pas. sudah terbukti dan nyata kerajaan yg kita ada sekarang ini hanyalah diterajui oleh orang-orang yg lemah moral, perasuah, perompak harta rakyat, tamak dan jauh dari Allah. lihat sajalah tingkah laku mereka. tak mungkin saya tenang melepaskan anak saya dibawah pemerintahan mereka bila saya tiada lagi kelak. ABU
Salam AA dan bloggers,
Bangunan SUK dikelilingi orang ramai dan polis membuat sekatan dan halangan.
Berlori-lori dokumen dilarikan dan yang tidak sempat dimusnahkan dipejabat pemerintah yang kalah.
Kejadian amuk dan letupan berlaku disana-sini.
Agong mengumumkan perintah Darurat dan pihak tentera mengambilalih pimpinan negara.
Malaysia menghampiri rejim kuku besi Idi Amin, Suharto-Sukarno dan Pol Pot.
Kalau nak hantuk kepala ke dinding buat la sekarang sebab masa tu nasi dah jadi bubur.
Surrogate
PECAH BERITA! Skandal Scorpene: Daim Zainuddin Dan Mahathir Turut Terlibat Selain Najib Altantuya?
http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2012/05/pecah-berita-skandal-scorpene-daim.html
Pelan strategik Daim-Mahathir ialah meletakkan Mahathir sebagai Perdana Menteri sejak waktu Tunku Abdul Rahman lagi.
Kemudian meminggirkan Tengku Razaleigh Hamzah untuk Daim menerajui bahagian media dan menteri kewangan. Beliau bermain sandiwara menyatakan tidak minat berpolitik padahal beliau dan Mahathir telah lama bersekongkol.
Musa Hitam sebagai Timbalan tidak pula sedar lalu melapurkan kepada Mahathir tentang pemberian projek oleh Daim kononnya kepada 'kroni'. Bermulalah dari situ, Musa dipinggirkan sehingga sendiri meletakkan jawatan.
Daim merupakan 'master mind' tetapi untuk mengelak persekongkolan mereka berdua dari dikesani, jawatan Timbalan selalu diberikan kepada mereka yang 'kurang cerdik'.
Malah Sanusi Junid dan Anwar pun diperpedayakan. Silap terbesar ialah memberikan jawatan menteri kewangan kepada Anwar kerana beranggap beliau tidak mempunyai kepakaran dalam ilmu ekonomi. Sebaliknya Anwar seorang yang bertanggungjawab lalu banyak membaca berkenaan portfolio yang dipeganginya.
Bila Anwar melakukan perbuatan melapur kepada Mahathir sebagaimana Musa pernah lalui, bermulalah plot menyingkirkan beliau.
Bukan sahaja orang Melayu diperdaya, Daim mengumpan Samy Vellu dan Ling Liong Sik dengan memberi pelbagai projek kepada mereka dan anak-anak.
Ketamakan Daim dan Mahathir telah banyak merosakkan sistem negara.
Mengapa pihak polis bertindak ganas terhadap rakyat Malaysia yang tidak bersenjata?
http://www.youtube.com/watch?v=NnqwyiZNHuY&feature=share
Salam sdra AA.
harus di ingat segala penentuan dlm perkara ini masih ditangan kutty (akal berkata)perancangan nya dinamakan (the game of war) segala jentera /polis /spr/jpn/rela dan sebagainya dipergunakan, mereka masih menunggu ketibaan waktunya sahaja dan mereka telah menyusun begitu rapi dan teratur hanya Allah sahaja yang dapat menumpaskan segala perancangan jahat dan tipu daya mereka olih yng demikian itu saya pohon kpd semua yang menyintai kesejahteraan supaya selepas sahaja solat waktu kita berdoa kpd yang maha esa dengan penuh keyakinan supaya dijauhi segala tipudaya mereka, Allahhua'lam.
Ayahanda Aspan,
Khabarnya harga minyak Ron 97 ialah RM 2.90 seliter tanpa subsidi.
Harga minyak Ron 95 ialah RM 1.90 seliter dengan subsidi RM 1.45 seliter. Bermaksud harga Ron 95 adalah RM 3.35 seliter.
Khabarnya kualiti Ron 95 adalah minyak yang kurang kualiti dibanding dengan Ron 97.
Kenapa harga Ron 95 lebih mahal (RM 3.35 seliter) kalau kualitinya tidak setanding dengan Ron 97 (RM 2.90 seliter)?
Apakah ada unsur penipuan dan pembohongan dalam isu subsidi juga, ayahanda?
Post a Comment