Presiden MCA Dr Chua Soi Lek
meroyan lagi. Beliau membidas DAP dan menuduh parti DAP tidak bertegas dalam
isu hudud. Semakin hampir pada pilihanraya semakin tenat ‘penyakit’nya dan
menuduh DAP dengan berbagai macam cara. Soi Lek seperti seorang yang gila talak
kerana diceraikan oleh bangsanya yang telah bertaut kasih dengan DAP. Saya
terbaca kenyataannya di dalam sebuah akhbar arus perdana pagi ini.
Chua Soi Lek mahu mengembalikan
sokongan kaum Cina kepada MCA tetapi tidak mendapat layanan daripada kaumnya sendiri.
Sebaliknya kaum Cina memberikan dokongan kepada DAP yang telah berjaya
membuktikan yang parti itu bukannya parti chauvinis seperti yang dituduh
oleh parti-parti dalam BN. DAP mempunyai intergriti yang tinggi kerana menjadi
sebuah parti yang 'magnanimous' dan menghormati cara hidup dan kepercayaan semua
kaum di negara ini.
Tuduhan jahat BN terhadap DAP
selama 4 dekad yang lalu telah terbukti meleset. DAP terbukti sebagai parti yang mempunyai
kemampuan bekerjasama dengan semua pihak sejajar dengan matlamat membentuk
sebuah negara dalam mana rakyatnya yang berbilang kaum dan agama hidup dalam
aman dan damai serta memperjuangkan ‘national unity’ yang sebenarnya.
DAP bersama dengan parti-parti
dalam Pakatan Rakyat telah berjaya menepis tuduhan-tuduhan liar dari pihak BN
yang sentiasa berusaha untuk menghancurkan kerjasama yang terjalin di antara
ketiga-tiga parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat. BN memahami hakikat yang
selagi ketiga-tiga parti ini bersatu dan tidak berpecah selagi itulah mimpi ngeri
BN dalam menghadapi PRU yang hampir tiba ini menghantui kehidupan pemimpin
seperti Soi Lek.
Soi Lek dalam usaha terdesaknya
telah membidas DAP kerana kononnya DAP tidak tegas dan membenarkan PAS
memperjuangkan hukum hududnya. MCA tidak ada masalah dengan UMNO dalam isu
hudud kerana UMNO seperti MCA menentang hukum itu walaupun hukum itu datangnya
dari Tuhan dan agamanya sendiri. Soi Lek tahu yang UMNO lebih takut kepada MCA
daripada takutkan Tuhannya.
Yang menjadi masalah kepada MCA
ialah untuk memecahkan kerjasama di antara DAP dengan PAS terutamanya kerana
sikap DAP yang menghormati agama dan adat semua bangsa dan agama di negara ini.
Malahan rakyat khususnya orang Melayu dengan secara beransur-ansur tetapi pasti
telah dapat memahami yang DAP itu bukanlah sebuah parti chauvinis Cina seperti
yang cuba
digambarkan oleh UMNO dan MCA selama ini. Sekarang baru semua orang tahu yang
DAP telah membuat pendirian untuk menghormati agama dan adat resam
bangsa-bangsa lain. Sikap ini merupakan sikap parti berhemah dan wajar
bersama-sama dengan rakan-rakan dalam Pakatan untuk menerajui negara selepas
PRU ini.
Sikap MCA yang secara terbuka
menghina hudud, hukum yang diturunkan oleh Tuhan orang-orang Melayu dan Islam
itu. Soi Lek tidak faham perasaan orang Islam dan orang Melayu bahawa mereka
(orang Islam) amat terguris dengan sikap MCA khususnya Soi Lek yang menentang
apa yang dikehendaki oleh Tuhan Maha Suci dan Agong kita itu.
Tindakan MCA itu amat merbahaya
dan jika masih boleh lagi Soi Lek menggunakan akal dan fikiran beliau dengan
baik, beliau sepatutnya berhenti menghina kami orang Melayu dan Islam ini serta-merta. Kami mahu hidup dalam keadaan aman damai dan tidak mahu MCA menghina
kami terus-terusan. Kami juga ada sedikit perasaan dan hormatilah kami setidak-tidaknya
sebagai insan yang mahukan kedamaian di dalam negara yang telah dibina oleh kita
sendiri selama ini. Negara ini adalah negara kita bersama dan tidak bermoral
bagi Soi Lek memainkan sentimen agama yang tidak bersempadan itu.
Jangan bertindak tanpa berfikir
sehingga menyucuk mata kita. Kalau anda tidak mampu untuk membina keharmonian
di antara kami, saudara elok menjadi penyokong kepada apa yang kami dalam
ketiga-tiga parti (PAS, DAP dan PKR) sedang usahakan ini.
Walaupun UMNO takut untuk menegur
anda tetapi rakyat akan membuat perhitungan dengan anda dan parti anda dalam
PRU yang akan datang. Kami tidak mahukan hidup dengan membiarkan undang-undang
yang diturunkan Tuhan kami dicaci dan dicela oleh orang-orang seperti
saudara. Tindakan saudara benar-benar jelas bertujuan untuk memecahkan
kedamaian dalam kehidupan rakyat. Saudara carilah jalan yang lain yang bermoral
untuk mendapatkan sokongan terhadap anda yang telah hilang itu.
Saya ingin mengingatkan Soi Lek,
hudud tidak menggangu agama saudara kerana kami menghormati setiap agama dan
cara hidup semua pihak. Hanya satu soalan yang jika tidak keberatan bagi
saudara Soi Lek untuk menjawabnya, apakah sebenarnya masalah yang saudara
hadapi?
Kenapa saudara merasa gundah-gulana kerana kami ingin hidup dalam situasi berbaik-baik sangka di antara kami?
Janganlah mengambil dan meneladani sikap syaitan yang tidak selesa melihat
orang lain berbaik-baik.
UMNO yang sepatutnya memberikan
nasihat rakan kongsi terapatnya ini supaya menjadi rakyat negara yang dewasa dan bertanggungjawab. Tetapi UMNO terlalu lemah untuk melakukannya. Masing-masing
dengan dasar chauvinis masing-masing. UMNO dengan chauvinis Melayunya dan MCA
dengan chauvinis Cinanya. Sampai bila kita hendak mencapai perpaduan kaum yang abadi selagi pimpinan BN masih memainkan isu perkauman dan sensiviti agama
yang menebal ini?
So, Mr Soi Lek, please behave!
Let us grow old together and stop being a nuisance.
17 comments:
PM akan panggil PR13 sebaik sahaja PAS ceraikan DAP dengan talak 3.Kalau itu tidak berlaku PM ,TPM ,anak yatim jelebu ,CSL akan melalak kulu kilir macam orang hilang pedoman.Mereka tu dah tahu akan tumbang sekarang cuma play for time tapi lagi lama mereka tunggu lagi tipis peluang nak menang kini mereka2 tu nampak dah mula melatah maklumlah dinegara kita ni bila kalah dalam politik yang lain2 pun akan hilang ,kalah,bersalah dan tak kan hidup lagi.Tun Mahathir dah mula melatah dan semua ini tanda2 ketakutan adalah kebaikan kepada pembangkang....Teruskan berjuang kerana rakyat sudah berikan keyakinan dan jangan abaikan kepercayaan itu.
Mr Soi Lek has only grown old in age and phisically, not his brains.
His fear of 'undang-undang syariah' inclusive of hudud makes behave like one who has lost his senses. What is the problem with 'hudud', does he not understand that this law only applies to muslims. He could go on living his life just like what he has done all this while. So MR Soi Lek please tell your UMNO colleagues not to allow you to take them for a ride.
Saudara AA dan bloggers
CSL ni tak tahu malulah. Dia ni terlibat dalam filem lucah dan dia sekarang ni nak membantah hudud. Mana moralnya dan mana ada kaum Cina nak dengar padanya? Patutlah dia ni takut pada hudud.
Salam.
Salam Hormat Tuan AA.
Chua Suwei Lek ni jangan takut kalau umat Islam PAS nak laksanakan Hudud kerana hukuman bagi pemimpin yang bukan Islam seperti beliau untuk yang bermain filem porno (seperti yang pernah beliau lakonkan) tidak akan dilaksanakan di bawah Hudud sebaliknya undang-undang sivil akan dikenakan terhadap beliau. Oleh itu jangan susah hati untuk mengutuk Hudud kerana Majoriti Melayu Islam di negara ini yang mengundi di PRU13 nanti akan terasa hati dan bertindak menolak MCA di kawasan majoriti Melayu begitu juga kaum Cina akan memilih DAP yang dilihat lebih telus dan jauh lebih berkredibiliti dari pemimpin MCA yang rata-rata pengamal rasuah yang sama naik (2 x 5) dengan pemimpin UMNO. Oleh itu carilah isu lain untuk bangkitkan semangat kaum Cina bagi menngembalikan sokongan terhadap MCA..... salah satu caranya adalah dengan menyokong DAP dan mula menyerang UMNO dari dalam. Cara ini pasti akan berkesan dari kamu kalah jadi abu lebih baik kamu menang jadi arang (ada juga gunanya untuk memanggang ikan).
Pak Pan..
Layan pelakon lucah ne buat pe.. mengabih air liur je..
Salam Pak Aspan,
Bah 1, 18. Bah 2, 13 komen (setakat ni). Komen membela penentang2 hudud kecil sekali. Bila bab hukum agama, gamai yg betul2 kecut rupanya.
Penulisan simple Pak Aspan di campur dgn jawapan TGNA dlm blog tokguru membuatkan ramai buka mata! Ramai jugak yg terkebil2!
Mudah sangat saya lihat. Nak main/muniaga politik longkang lagi terdesak, tapi nak guna hukum Allah swt dengan menentangnya, boleh dikira halalkah???? Manusia2 durjana ni ingat apa2? Inilah akibatnya bermain politik serba boleh, matlamat menghalalkan cara! Ikut fahaman REALPOLITIK chap Kissinger anak cicit Machiavelli! Mahatdeyy cedok ilmu ini di New York pada tahun 1968 lagi! LKY ke sana tahun 1967! Dia berdua main wayang sampa la ni kita semua mahu ditipu?
Kini apek porno pun saban hari menyalak. Bontot penuh taik, tuan jerit jer dia pun salak!
Hebat sungguh mainan politaik kerabat setan!
Sekian,
Gheng lama
Chua sek leg ni dah hilang akal ke ape nih? Dia ni Islam ke ape yang dok meracau meraban halehwal agama Islam ni! Itulah..umno ni memang tak boleh nak diharap utk bela Islam....cina kaki sek ni kutuk dan hina hukum Allah pun dia diam macam pondan!!!!!! Braheng anak ali, hassan beras jati dan nasya mana suara perjuangan Islam kamu?? Dok dalam seluar ke?
Akhir-akhir ini bukan saja Tun Mahathir yang meroyan, CSL pun ikut sama. Tun M mungkin takut legasi dan kejahatan beliau selama 22 tahun terbongkar jika BN tumpas. Lalu beliau menakut-nakutkan orang Melayu dengan isu ketuanan Melayu serta kemungkinan huru hara jika PKR menang.
Manakala CSL ibarat orang kelemasan dan terpaksa bergantung hayat pada isu agama pulak kerana beliau sedar MCA akan berkubur selepas PRU 13.
As Salam Tuan Aspan,
DSAI dituduh meliwat tapi di manakah buktinya yang sahih? Hanya sipolan yang mengatakan DSAI inilah, itulah dsbnya. Cakap semua orang pun boleh cakap.
CSL terbukti dlm video malah CSL sendiri pun mengaku. Tapi masih tidak dihukum sampai sekarang malah langsung tidak ditegur oleh UMNO pun. Sebaliknya diangkat sebagai Presiden.
Di manakah letaknya kepercayaan kepada tuhan? Ke mana perginya keluhuran, kedaulatan, kesopanan dan kesusilaan yang dirukunkan kepada setiap insan?
Gheng lama,
Apa kau masih lagi paranoid dengan Mahathir tak habis habis.Hebat sunggoh Mahathir ni rupanya.Berkenaan CSL tu pedulikanlah dia.Pernah dia berkata banyak ahli politik dari semua parti pun buat kerja yang sama kerana ini nafsu manusia yang semula jadi.Cuma bagaimana kita menguruskan nafsu shahwat kita .Tak gitu.Cuma beliau katanya suka buka lampu ketika di ranhang, pilitician lain ahmm..suka tutup lampu dan vermain dalam gelap.The moral of the story jangwn vuka kampu ler gamaknya.Kita orang Islam harus pelihara san sayabgkan diri kita dari perbuatan zina.Kerana seksanya amatlah perit .Tak gitu sdr Aspan ?
ds
All smaller commponent parties in BN, including MCA are dispensable for the final battle to save UMNO....to win the war for BN.
If BN win by a small margin, UMNO could recover, through real and effective reforms, to strenghten BN....time is not at their side and they change too slow.
Hudud or no hudud, Ordinary Chinese will not save MCA.....don't mention Gerakan.
alooo ds,
mamak kerala buat citer, rahim sahut....nalla sahut, eskay budak india sahut......(semuanya dari benua hindia!)
dan akhirnya melayau2 macam hang turut sama jaja citer yang tak boleh laku dalam mahkahmahaha.....ahmm?.....
apadaaa.....politaik sang paranoid???....
ko kata aku paranoid dgn mamak kerala?....aku gase dia yang paranoid dgn diri dia sendiri....tahi dia kat New York tahun 1968 tu sapa nak cuci?....hang kah?????
hahahhahah.....
sekian,
gheng lama
Mr Aspan and friends,
According to hudud law, a adulterer who is unmarried will be whipped 100 times while the married would be stoned to death!
CSL is afraid he'll be deprived of this basic human right if opposition coalition is to be elected into power.
I'm sure his wife and fellow comrade in MCA too, agreed.
John Glitzy-Gloat
Washington DC
madey memang celaka
I never like your posting gheng lama.Do better please.Now, i began to doubt your intelligent.Sorry.
Alo Anon 23.13,
Lack of intelligence? Do I need to care? To worry? To be sad?
Look Anon, our most so called intelligent PM has created this insane abyss on all fronts in this beloved nation. For what this smart doctor has done, comparatively, I'd rather be called a fool, really!
See, when it comes to being cynical, sinister, my posts are full of that, albeit a calculated one. Are you satisfied?
Gheng lama
Different charaters and opinions will make this blog interesting and challenging....to be fair, Gheng lama is interesting.
Post a Comment