Saya tidak pernah menulis tentang
isu hudud sebelum ini kerana saya bukan seorang yang berkelayakan untuk
bercakap dan berbahas tentang isu itu. Mungkin saya seorang yang begitu jahil
kerana saya lihat semuanya bercakap tentang hudud dan apabila mereka bercakap
dan berbahas tentang isu itu tentulah mereka ini sudah mahir dan memahami isu
hudud ini dengan tepat termasuk mereka yang berada di dalam kerajaan sekarang.
Hanya yang saya tahu sebagai
seorang Islam kita tidak boleh memakai separuh undang-undang agama kerana ia
bersesuaian dengan kehendak kita dan menolak separuh lagi kerana undang-undang
itu mungkin menjejaskan kepentingan peribadi lebih-lebih lagi yang berkaitan
dengan politik. Kalau kita beragama Islam kita wajar dan berkewajipan untuk
menerima segala hukum yang disyariatkan Tuhan itu.
Jika kita melanggarnya, kita akui
sahaja yang kita engkar dengan hukum itu. Tidak boleh kita kata setengah hukum
Tuhan itu zalim dan tidak boleh dan praktikal dilaksanakan. Saya tidak ada keberanian
seperti yang ada pada Dr Mahathir yang pernah mengatakan yang hukum hudud itu
hukum yang zalim pada suatu masa dahulu. Saya sendiri selalu terlanggar banyak
hukum yang disyariatkan Tuhan, tetapi saya tidak berani mengatakan hukum Tuhan
itu zalim atau tidak baik dan sesuai dengan keperluan kita di negara ini.
Hukum Islam itu adalah ‘universal’
dan jangan sekali-kali menentang atau menolaknya. Hukum itu tidak boleh
dikatakan sesuai bagi satu negara dan tidak sesuai dengan rakyat dan negara
lain. Saya tidak berani mengatakan hukum Islam itu salah semata-mata ia
menjejaskan kebebasan saya untuk melakukan sesuatu untuk kepentingan peribadi
saya.
Hudud tidak diberikan penerangan
yang meluas kepada rakyat oleh kerajaan selama ini. Ramai di kalangan orang
Islam sendiri tidak memahami tentang hukum agama kita ini dan ia termasuklah
diri saya sendiri. Jika kita sendiri tidak memahami sepenuhnya tentang hudud
ini bagaimana kaum bukan Islam hendak memahaminya? Tetapi saya berani menulis
sedikit setakat cebisan yang saya tahu. Selebihnya itu biarlah mereka yang
berisi ilmu fiqh yang tinggi sahaja untuk memberikan fakta yang jelas tentang
hudud yang sebenarnya.
Kita mesti akui yang Allah itu
Maha Mengetahui dalam segala-galanya. Tuhan itu Maha Adil serta Maha Pengasih dan Penyayang. Kita
selalu menyanyikan segala nama sifatnya dan tidak mungkin apa yang diturunkanNya itu tidak sesuai dengan semua umatNya di dunia ini. Jadi isu yang
berbangkit sekarang tidak lebih dari isu politik semata-mata. Memang senanglah
hendak menjadikan isu ini sebagai isu politik kerana pihak yang takut dengan
hukum yang mereka tidak memahaminya akan dengan mudah menjadikannya sebagai
isu.
Saya rasa Dr Mahathir tahu yang
hukum ini adalah hukum Allah kerana beliau adalah seorang Muslim. Tetapi
mungkin oleh kerana beliau jahil dalam isu ini seperti saya, maka beliau telah
menolaknya semasa beliau menjadi PM dahulu mentah-mentah. Bezanya Mahathir ini
berani orangnya dan beliau berani mempersoalkan hukum yang diturunkan oleh
Tuhannya.
Apa yang membuatkan beliau berani
untuk tidak meyakini hukum ini saya tidak tahu. Tetapi oleh kerana beliau
bercakap dalam konteks politik maka itulah kemungkinan yang menyebabkan beliau
berani menolaknya dan menyekat hukum hudud itu terlaksana. Saya tidak berani
menolaknya kerana saya akui hukum itu datangnya dari Tuhan kepada agama yang
saya anuti semata-mata hendak menang perbahasan politik.
Saya tahu saya hanyalah makhluk
yang bersifat baharu dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan noda
lebih-lebih lagi semasa muda dan zaman remaja dahulu. Kita berkewajipan untuk melakukan introspeksi diri sendiri dan
berusaha untuk membetulkan kesilapan kita yang lalu secara serius.
Bagi saya, saya mengakui yang saya tidak mampu untuk
memberikan ulasan tentang isu ini dengan mendalam. Mungkin saya boleh menyambung
artikel ini besok atau lusa kerana setakat sekarang ini artikel ini pun sudah
cukup panjang.
Artikel yang panjang mungkin
membuatkan orang ramai yang mengunjungi blog ini merasa jemu terutamanya kepada
yang tegar tidak sehaluan dengan saya. Besok lusa saya sambung lagi dan saya
akan memberikan pandangan saya tentang isu ini kerana isu ini adalah isu yang
berkaitan dengan akidah kita.
Saya tidak berani untuk
membenarkan yang salah dan menyalahkan yang benar.
(Bersambung)…..
22 comments:
masalah sekarang apakah HUDUD yang sebenarnya??
pernahkan PAS buat seminar atau forum besar-besaran utk mengilmukan rakyat malaysia semua??
kenapa hanya berkempen pada nama sahaja?
ISLAM itu ADIL dan jika Undang-undang HUDUD yang cuba dicipta oleh PAS itu tidak ADIL, WAJIB kita tentang..kita bukan tentang UNDANG-UNDANG ISLAM,kita tentang undang-undang yang tidak adil..
Cuba tanya pemimpin PAS adakah UNDANG-UNDANG JENAYAH yang ada sekarang TIDAK ADIL??
Saya suka dengan gaya tulisan anda. Teruskan.
Saya suka dengan gaya tulisan anda. Teruskan.
Salam Pak Aspan,
Tetiba jer umno (baru) nak perbesarkan isu hukum hudud. Nampak sangat ini modal muniaga politik longkang mereka dalam keadaan terdesak!
Saya terbaca dalam satu blog (lupa namanya) tentang komen satu penulis. Penulis tu alu2kan umno (baru) utk datang membicarakan isu hukum hudud. Tapi penulis tu letak satu syarat!
Dia tulis kalo mereka nak mai dalam perbincangan meja bulat isu hukum hudud, masing2 kena kerat tangan masing2! Kerana apa? Dia kata pasal masing2 sudah ragut dan merembat banyak hasil negara serta haq rakyat!
Kalo takut nak potong tangan jangan nak buka mulut!
Hadoooooooooooiiiiii!
Sekian,
Gheng lama
Sampai aje di pejabat gomen saya terlebih dahulu membuka blog tuan AA, membaca tulisan tuan dan komen2 dari pembaca. Semoga tuan di beri anugerah kesihatan yang baik dan membuah idea yang bernas oleh Allah.
Tenang dan Berhemah ... Terima Kasih ...
hs
Saudara AA
Mungkin itulah sebabnya mengapa MM dikenali sebagai MahaFiraun!!
Salam PAK AA:
i presumed that those Muslims and non-Muslims who dare to talk about the issue of Hudud are the ignorant and uneducated people who regard the God's Law is human being made law. They are obviously strayed and deviate from the religion Islam because they arrogantly reject the Al-Qur'an and Al-Hadith especially the Muslim followers. They are actually half-baked in the Islamic Shariah Laws.
Congratulate PAK AA in your first chapter of your writing to highlight this issue for the understanding of our Muslis.
i would follow and look forward for your second chapter if any in your remarkable column later.
Thank you.
Anonymus 10:28 GMT
Kamu balik-balik cerita pasal Hudud PAS & Hudud bukan PAS. Tahu kah kamu Undang-undang Islam hanya satu, iaitu yang di tentukan & ditetapkan oleh Allah swt. Undang-undang jenayah yang sedia ada banyak kepincangannya, kerana ianya dibuat oleh manusia dan di putarbelit ikut kehendak manusia, apatah lagi setiap kejadian jenayah diputarkan ikut skript parti yang memerintah (manusia) UMNO/BN.
Apabila PAS bercakap soal ingin melaksanakan hudud, ianya adalah merupakan janji politik yang harus dilihat ingin ditunaikan. Malangnya suatu garis panduan yang lengkap serta penerangan yang jelas kepada masyarakat belum dapat dibuat sepenuhnya.
Apabila UMNO bercakap mengenai hudud,ianya hanyalah bermotifkan politik semata-mata tanpa sebarang petanda serius untuk melaksanakannya.
Apabila Mahathir bercakap mengenai hudud pula, jelas bertujuan untuk manipulasi dan memutar belit.
Pak Aspan,
Tuan telah mengupas isu ini dengan jelas dan bahasa yang mudah difahami. Barangkali lebih baik dari mereka yang berserban besar atau mantan Mufti-Mufti Besar. Jadi teruskanlah.
mana ada hudud PAS,hudud tu semuanya dari ALLAH
Hadi Awang pernah menyatakan hudud dalam Quran hanya meliputi 0.001 peratus & oleh kerana itu tidak perlu difikirkan sangat. TDM pula menyatakan hudud kalau ingin dilaksanakan perlu meliputi semua kaum baru adil. TGNA pula ingin guna isu hudud sebagai modal pilihanraya. Karpal Singh kata langkah mayat dia dulu kalau nak laksana hudud. Ulama pula ada yg kata ok ada yg kata no way. Para mufti pula hanya berbisik-bisik sesama sendiri tentang hudud, Pencacai politik kebingungan dalam bab hudud. Akhirnya sampai sekarang & mungkin sampai bila-bila soal hudud akan hanya menjadi bahan bacaan sampingan.
Anon 19:16
Mcm mana ko boleh kata TGNA jadikan hudud modal pililhanraya? Sedangkan TGNA dah perjuangkan hudud sejak mula dapat bentuk kerajaan Kelantan 20 tahun dulu.
Hakikatnya UMNgok yg jadikan hudud modal politik. Bila tiba musim PRU media2 pengampu pun hebohlah passl hudud. Lps PRU isu hudud pun hilang... Tujuannya x lain x bukan nak laga2kan pemimpin pembangkang!
Tapi semua orang dah nampak! Awak jer yg masih buta hati! Byk sgt makan duit haram…
ABU!!!
Anonymous 29 August 2012
Ko ni bebal ke ape? Ko penah baca ke yg ko kata "hudud PAS" tu x adil??
Ko penah g ke mana2 ceramah PAS pasal hudud?
Biar aku jwb bg pihak PAS (walaupun aku bkn ahli PAS), mmg undang2 jenayah skrg x adil!! Kalo adil nape penjenah2 (termasuk pemimpin2 pujaan ko) bebas? Nape jenayah makin menjadi2?
Bebal la ko ni!!!
"Cuba tanya pemimpin PAS adakah UNDANG-UNDANG JENAYAH yang ada sekarang TIDAK ADIL??"
1/Orang Islam yang dijatuhkan oleh Mahkamah Jenayah Syariah kerana kesaalahan melanggar Hukum Hudud tertentu dan telah menjalani hukumannya seperti potong tangan bagi yang mencuri akan terhapus dosanyakerana melanggar Undang2 Jenyayah Hudud terbabit. Tetapi orang Islam yang dijatuhkan oleh Mahkamah Jenyah Sekular ciptaan Barat yang negara guna pakai selama ini itu dan telah menjalani hukumannya seperti dipenjara bagi yang mencuri tidak akan terhapus dosanya kerana melanggar Undang2 Jenayah Sekular terbabit.
Saji, you are plain silly and suffering from serious mental block.
Aspan was trying to say that we should recognized that hudud is the law that comes from God and people like Mahathir and alike should not look down upon.
Do you understand that simple language Saji?
taji
Taji
Saji is a cunt simple as that.ABU
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Alhamdulillah! Tahniah! Teruskan! Analisa ringkas lagi mudah difahami, sehinggakan rakan kita yang non-Muslim pun teruja membacanya. Semoga saudara dikira antara orang yang berjihad walau hanya berbomkan pena siber.
Justeru, kepada mereka yang, maaf untuk saya sebut, terang-terangan mencabar hudud ini: Atas dasar apakah kalian tergamak bersikap lancang sebegitu? Seperti yang sering saya katakan, kalau tak tahu, lebih baik diam aja, kan lagi bagus? Bukan masalahnya bandingan hukuman potong tangan kerana mencuri hapus dosa dengan pencuri dipenjara tak terhapus dosa ... Persoalannya ialah, kita ni siapa: pengaturcara perisian atau perisian itu sendiri? Justeru, berperilakulah selayaknya jika benar kita sering bertahlil bukan main, atau kononnya bersyahadah benar ketika solat. Malah, sejarah membuktikan bahawa terdapat ahli kitab daripada bangsa Yahudi seperti Abdullah (Hussein) bin Salam, sesudah mengetahui bahawa Muhammad bin Abdullah SAW yang berhijrah ke Madinah itu Rasulullah, terus dia akur tanpa soal. Juga, sudah pasti, ketika sesuatu kesalahan itu dibicarakan dalam mahkamah yang mengamalkan sistem kehakiman Islam total berasaskan Al-Quran dan hadith, prosedurnya sangat ketat; umpamanya, kategori orang yang menjadi saksi itu sendiri dalam kes zina, sebagai contoh, antara lain, mestilah orang yang benar-benar boleh dipercayai, terdapat bilangan tertentu, dan sebagainya, yan saya sendiri masih perlu banyak baca lagi. Malah, dengan hukuman disaksikan oleh orang ramai, ianya insha Allah akan menginsafkan masyarakat agar tidak sewenang-wenangnya berbuat sesuka hati. Nah, bukankah ini berunsur pendidikan, daripada hanya gantung sampa mati bagi kes bunuh dalam undang-undang sekluar? Justeru, janganlah sesekali kita menyempitkan aqal sihat ini dik emosi dan kejahilan yang tidak dirawat. Juga, seandainya tidak bersalah, apa mau takut, ibarat kalau tak makan cili, tak akan terasa pedaslah, kan? Menutup ulasan, jutaan ampun maaf seandainya ulasan ini dirasakan tidak wajar; cuma, kepada yang tak bersetuju, itu hak kalian, tetapi elok jangan kerana marahkan lalat seekor, habis makanan dibuang, K?
Terima kasih dan selamat merdeka.
anon 10:25:00 cuba menyatakan bahawa HUDUD yang diperjuangkan PAS adalah TIDAK ADIL dan wajib ditentang. Saya amat menyokong pendirian beliau TETAPI mana pula HUDUD yang sebenarnya seperti yang terkandung di dalam AL-QURAN!? Kalau setakat nak menafikan HUDUD hanya kerana dibawa oleh PAS dan tidak pula menyatakan HUDUD yang sebenarnya,lebih baik diam, dikhuatiri jadi mcm iblis yang dikeluarkan dari syurga kerana ingkar arahan Tuhan-Nya. Saya yakin sekiranya anon 10:25:00 atau NGO atau mana-mana parti politik dapat memberikan atau menyatakan HUDUD yang sebenarnya spt yg dinyatakan dalam AL-QURAN, saya pasti ramai yg menyokong termasuk PAS. UMNO/PERKASA/JATI ada berani ka bawa HUDUD spt dlm AL-QURAN kalau begitu yakin HUDUD yg dibawa PAS tak betul. Kan UMNO ada banyak ulamak. Jgn jadi ulam mamak atau ular dalam semak dak ler...
hoi anon 10:25:00!!! meme ler undang-undang jenayah lor ni tak adil. ape ke hey nye remaja perogol dibebaskan gitu aja tanpa hukuman setimpal. Pencuri syampoo pasar raya penjara 2 tahun, perasuah 250 juta bole lak beli banglo lembu. orang yang cuba betulkan keadaan pulak ditangkap. hanya pembengap dan pembangang sahaja kata undang-undang jenayah sekarang ni adil.
ADA dua golongan disini yg sokong dan xsokong. bagi yg tak sokong mereka ni ngaku islam tapi bodoh ilmu ..refer ini...Maaidah, ayat 49 :
وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
maksudnya :
"dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu."
....jgn jadi orang FASIK
ada sokong dan ada xsokong mana yg xsokong mereka ni ngaku je islam tapi bodoh ilmu islam , kamu nak jadi org FASIK? baca ni...at least..Maaidah, ayat 49 :
وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
maksudnya :
"dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu."
Post a Comment