Saya telah diminta oleh seorang pengunjung blog saya melalui e-mailnya meminta saya memberikan komen tentang jenayah
ragut yang agak berluas-luasa di negara ini. Insan yang menghantar email itu
menyatakan yang beliau mahukan saya menulis tentang jenayah ragut yang telah
berlaku kepada isterinya beberapa tahun dahulu yang menyebabkan isterinya
tercedera dan telah menhadapi rasa fobia apabila berjalan di bandar untuk
membeli-belah atau ke pasar.
Pengadu ini mempersoalkan samada
apa yang dibangga-banggakan negara ini sebagai negara yang aman dan selamat
itu adalah benar atau sebaliknya. Sesungguhnya jenayah ragut memang banyak
berlaku dan saya sendiri pernah menyaksikan peristiwa ragut belaku di hadapan
mata saya sendiri. Dua orang yang menaiki motosikal telah lalu di sebelah
wanita yang membimbing bag tangan dan terus sahaja meragut wanita itu dan
mereka (peragut) terus memecut laju meninggalkan wanita tadi terbaring di tepi
jalan dan mengalami sedikit kecederaan di tangannya.
Peristiwa seperti ini selalu
berlaku dan sekali gus ia menafikan yang negara kita adalah sebuah negara yang
aman damai seperti yang di antara kita bangga-banggakan. Ini tidak termasuk kes
rogol, bunuh dan pecah rumah yang menjadi bahan berita yang lumrah melalui
saluran-saluran TV kita serta media cetak. Ada sahaja yang cedera dan mati akibat
jenayah ini.
Banyak pihak bertanya kenapa
perkara ini selalu sangat berlaku di negara kita? Ada yang bertanya bagaimanakah keadaaan
sebuah negara yang aman itu? Pihak
penguasa polis dan penguatkuasa undang-undang yang lain boleh kita lihat di
mana-mana terutamanya di kotaraya-kotaraya di dalam negara kita tetapi jenayah
tetap berkembang dengan cepat dan deras. Malahan ramai di antara bekas anggota
dan pegawai tertinggi polis menulis dan membuat kenyataan yang mengakui jenayah
di negara kita meningkat dengan begitu ketara.
Selalunya apabila sesebuah
negara yang sering berlaku samun dan rompak serta jenayah ragut ini berlaku
dengan pesatnya ia merupakan petanda dan dalil yang rakyat miskin adalah ramai
dan mengambil tindakan mencuri dan merompak harta benda orang lain untuk hidup.
Di negara-negara Scandinavia misalnya tidak ada kes-kes rompak dan samun
yang ketara seperti yang berlaku di negara kita. Negara-negara dalam gugusan Scandinavia ini merupakan negara yang rakyatnya
berpendapatan tinggi malah ia melebihi pendapatan per kapita negara-negara G8.
Kalau kita melawat negara-negara ini kita tidak akan nampak anggota polis
berkeliaran seperti di negara kita. Di negara-negara yang saya sebutkan ini
keamanan dan keselamatan diri individu rakyat seperti terjamin. Inilah
contoh-contoh sebuah negara yang aman.
Sebaliknya di negara kita, kita
melihat anggota polis dan penguatkuasa yang lain berkeliaran tetapi insiden
seperti yang ditulis oleh pengadu kepada saya itu berlaku dengan meluas. Ragut
di sana dan
ragut di sini dan dengan jelas kes ragut
harta orang lain ini sememangnya menjadi perkara yang lumrah di negara kita
ini.
Pemimpin-pemimpin kita yang
mempunyai kuasa di tangan mereka pun melakukan ragut-meragut harta orang lain
seperti harta rakyat seperti yang kita selalu dengar melalui pendedahan
pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan keadaan ini. Jumlah harta dan wang
ringgit rakyat yang diragut oleh pemimpin-pemimpin kita melibatkan jumlah yang
puluhan billion ringgit. Rakyat sentiasa diragut wang ringgit mereka oleh
mereka dan pemimpin yang mereka (rakyat) amanahkan untuk menjaganya.
Jenayah ragut ini sememangnya
sudah tidak dapat dihentikan lagi selagi mereka ini masih berkuasa. Jumlah
yang terilbat dalam ragut oleh penunggang dan pembonceng motosikal adalah
kecil. Yang penting rakyat fahami dan cuba untuk menghentikannya ialah
kes-kes ragut yang berbillion ringgit yang dilakukan oleh pimpinan yang sedang
berkuasa. Jenayah ragut yang mereka lakukan itu melibatkan harta wang ringgit seluruh rakyat yang mengisi kantung
perbendaharaan negara kita melalui berbagai bentuk cukai yang mereka bayar
setiap hari.
Penjenayah ragut yang dilakukan
oleh penunggang motosikal itu mudah untuk diselesaikan kerana sudah ramai yang
tertangkap dan dipenjarakan. Tetapi masalah yang terbesar sekarang ini ialah
untuk menyelesaikan kes ragut kolar putih yang sedang dilakukan oleh pimpinan
besar kita serta penjawat-penjawat awam negara yang melibatkan ratusan berbillion
ringgit itu.
Peragut-peragut jenis inilah yang
amat susah untuk diselesaikan. Malahan yang mendedahkan kes ragut itu pula
yang kena tuduh di mahkamah kerana ada undang-undang yang melindungi penjenayah
ragut yang berkolar putih ini. Rafizi Ramli telah dituduh di Mahkamah kerana
mendedahkan kes ragut wang rakyat yang berbillion ringgit oleh keluarga yang
mempunyai pengaruh dalam kabinet negara yang di dalamnya mempunyai penjenayah
ragut yang besar-besar.
Sekarang rakyat yang sedar dan
insaf telah mendapat formula yang jelas untuk menyelesaikan kes-kes ragut yang
besar-besar ini. Caranya ialah dengan mengenepikan mereka dari kuasa yang ada
pada mereka.
Waktu untuk mengenepikan mereka
akan sampai tidak lama lagi. Masanya itu ditentukan oleh Najib, Perdana Menteri
kita. Rakyat sekarang sedang memberikan tumpuan untuk menolak mereka yang sudah
ketagih dengan kegiatan ragut meragut ini. Rakyat sudah kerugian begitu banyak
oleh kegiatan ragut yang dilakukan oleh mereka yang sedang berkuasa itu.
Jika semua rakyat bekerjasama
dalam PRU ini, isu penjenayah ragut ini akan dapat diselesaikan dengan cepat.
Maka harta benda rakyat akan dapat diselamatkan dari diragut oleh pihak yang
sudah sebati dengan kes ragut meragut ini.
42 comments:
Salam Pak Aspan,
Aisyehmen! Kan ker mahatdeyy dah declare malaysia ni negara Islam!
Apsal pak aspan ambik negara nasara kat Scandinavia sebagai contoh negara2 yg aman?
Nanti gamai anon2 akan marahlah Pak Aspan! Hehehehe
Sekian
Gheng lama
Assalamualaikum br.Aspan.
You are right on the spot.
Well said and good luck to you.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.
Alhamdulillah, terima kasih, saudara, dan rakan kita yang meminta saudara memuatkan artikel sebegini. Sememangnya ini adalah antara inisiatif mulia yang boleh kita usahakan untuk mendedahkan kebenaran meskipun pahit untuk ditelan, juga berisiko menyebabkan kita terhumban ke dalam neraka ciptaan puak-puak fasiq sebegini.
Memang benar seperti tulisan saudara: jenayah ragut bagaikan dah jadi budaya hidup masyarakat Malaysia yang sering mencanang diri sebagai "NEGARA ISLAM CONTOH ...". Saya sendiri pernah menerima nasib serupa ketika tinggal di Johor dahulu sewaktu dalam perjalanan pulang ke asrama sebuah sekolah pendidikan khas dari kampung. Diringkaskan cerita, sesampainya saya di stesen bas Johor Bahru yang ketika itu belum dipindahkan ke Larkin pada tahun 1994 itu dengan bas malam, dengan teraba-raba, saya cuba mendapatkan pertolongan untuk menahan teksi. Tetapi, sudahlah tak dapat kerana tiada sesiapapun yang peduli, kedapatan pula seorang lelaki Cina yang kononnya berlagak baik, menghulurkan bantuan. Justeru, kerana terpaksa, sya turutkan; sudahlah lelaki ini kelihatan tua dari segi intonasi suaranya, tak faham sepatah pun BM ... Akhirnya setelah sampai di sebuah lorong berhampran jalan besar, tiba-tiba kocek saya habis diselongkar dan beg duit saya pun dikebas! Tak apa hilang wang, tetapi, kad pengenalan pun, sampai kena ganti, tau? Malah, terkini di kawasan Flat Sri Pahang ini pun, kedapatan rakan saya yang juga OKU penglihatan, seorang wanita, turut diragut, walhal wang yang dibawanya pun tidaklah sebanyak mana, dan ketika itu dia sedang pulang daripada membeli-belah.
Pada hemat saya, peningkatan gejala sebegini tak lain dan tak bukan berpunca daripada kealpaan dan sikap tidak peduli regim pemerintah yang asyik menuding jari kepada masyarakat bawahan, walhal merekalah sebenarnya seperti yang saudara katakan, para pengkhianat dan penderhaka. Terbaru, terdapat usaha yang didedahkan dalam sebuah akhbar tempatan mengenai tindakan jijik KDN dan agensi penguatkuasa di bawahnya untuk menukar perincian peratusan jenayah berindeks kepada jenayah tidak berindeks, sekaligus menteri dan para pengampunya akan mencanang ke seluruh dunia: "Kadar jenayah di Malaysia telah menurun ...", seterusnya mereka boleh terus memfokuskan perancangan keji mereka untuk menumbangkan kebangkitan ke arah kemerdekaan sebenar ini. Lihat sahaja bagaimana khutbah Aidil Fitri MAIK yang "controvercial" sifatnya, bukan tadzkirah semasa ke arah keinsafan dan penghayatan hari mulia sebegitu; agenda siapakah itu semua?
Dengan itu, saya bersetuju 100 % dengan saranan saudara agar kita sebagai rakyat gunakanlah kuasa dan hak kita untuk menumbangkan para penjenayah ini demi kemaslahatan bersama. Ingatlah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tersungkur ke tanah juga, kan? Mengakhiri ulasan, jutaan ampun dan maaf, khasnya kepada mereka yang tidak berpuas hati atau tidak bersetuju; saya tetap bertegas menyatakan segala pandangan saya ini bukan semata-mata kerana emosi, dan fahamilah kalian, bahawa, yang benar tetap benar juga; segala yang ada di dunia ini, hatta kuasa politik, fana belaka dan akan diambil kembali oleh Tuannya Yang Maha Segala.
Terima kasih dan salam jihad.
Pencuri, peragut, perompak... Penipu malaon pandikutty seekor tu yg galak dan ajau Melayu menjadi pencuri, perompak, penipu...
Saudara AA dan bloggers
Pihak polis, terutama pegawai kanan yang berada di Bukit Aman dan juga menteri dalam negeri yang bebal tu, masih mengatakan bahawa statistik jenayah semakin menurun manakala jenayah berleluasa setiap hari dipaparkan di kaca televisyen kita.
Saya ni bukan Islam dan jika hudud dapat membendung jenayah, apa salahnya jika ia dilaksanakan.
Salam.
Gheng lama,You are like bruno in Ariff blog always like to be the first to write in but lack substance and hackneyed.Lets have some intellectual and civil discussion on the issue at hand.Stop your moronic giggling for once.
Scandanavia countries are ok but not much to be proud of apart from their volvos, Saab and Nokias perhaps .Have you not heard of that anti- Islam murderer there this year i think that kills many innocent people.Its bloody cold country suit for penguins.I like it here in Malaysia better.Malaysia Tanah tumpahnya darah ku !
MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!
@ALAM, Melaka
Salam.Sdr AA..
Begini la negara kita...Negara Jibayah...bukan Negara Hidayah. Negara yg tiada petunjuk n hidayah dr ALlah...Bukannya Negara 'waqabun ghaffur' tapi waqabun kapurrrr....
-hmkaziz-
Pemimpin2 selalu beranggapan peristiwa tersebut sebagai kes terpencil.Sebab apa ? .Kerana ia berlaku kebanyakkannya pada orang-orang bawahan.Nanti suatu masa bila perkara ni berlaku kepada isteri-isteri mereka , kita akan lihat ia seolah-olah macam tsunami yang melanda.
Salam Saudara Aspan
Baru-baru ini saya telah melancung ke Istanbul dan seminggu saya berada disana saya mendapat merasai dan amat kagum dengan keadaaan "crime-free" yang cukup metenangkan jiwa. Perasaan ini pernah saya merasai sebelum itu hanya di Tokyo. Inilah satu-satu keistimewaan bandar Istanbul yang berjumlah 23 juta warga dan mengikut begitu ramai penduduknya adalah termasuk dalam gulungan "world's megacities".
Tidaklah saya merasai kurang selamat dan ketenangan seperti saya telah mengalami semasa saya melancung di megacities Kahirah, Delhi dan Lahore (sama perasaan seperti saya mengalami di Kuala Lumpur yang kini maseh belum lagi jadi megacity!)
Kita janganlah terima tahap 'crime rate' di Malaysia ini apa yang dikatakan PDRM/KHDN sebagai 'manageable' tetapi pada persepsi kita sudah sangat membimbangkan.
Satu penyelidikan menyeluruh mesti dibuat setelah PR dapat mengkuasai kerajaan agar warga KL juga bandar-bandar lain di Malaysia dapat merasai keadaan 'crime free' sepertimana dikecapi oleh warga di negara-negara yang dikatakan teristimewa itu.
Salam unknown,
Cerita saudara suka saya baca tetapi masih dalam isu ragut pun anda sempat menyalahkan pemerintah dan mempolitikan isu.Seandainyalah PR berjaya menjadi kerajaan bukanksh PDRM juga yang kita harapkan menjaga jeselamatan kita.Anda bolwh berjihad dan apa juga itu hak individu meruahkan perasaan mereka .Tapi harus juga diingat perbezaan politik janganlah sampai ketahap membenci dan berkata apa ikut mulut sahaja( bukan anda) sehingga tergusir perasaan orang lain.Because thst is not islamic.Harap maklum.
To @ ALAM Melaka, yes Malaysia a very nice country, but it has been made a unsuitable abode for the very nice people (majority Malaysians)of Malaysia BY THE HUNGRY AND GREEDY LEADERS OF THIS BEAUTIFUL COUNTRY, WHO HAWK EYED AND VULCHERS PREYING ON THE PEOPLE just because the citizens of this beloved country of ours gave their valuable votes to these TYRANTS who know not how to be thankful to the people who gave theses so called leaders the authority to manage the coffers. SO, IT IS TIME NOW FOR THE PEOPLE (THAT IS US) TO TAKE BACK OUR VOTE AND GIVE IT TO THE ANGELS THAT WE LOVE, AND SEND THE DEVILS WE KNOW DOWN TO 'NERAKA JAHANAM'.
Salam AA dan bloggers,
Keutamaan (priority) kita adalah salah bila polis yang mengiringi Sultan/Menteri/VIP lebih ramai daripada meronda mencegah jenayah.
Suruhlah Sultan/Menteri/VIP keluar duit sendiri upah pengawal/bodyguard sebab gaji/elaun mereka tinggi, adalah lebih baik daripada menggunakan wang rakyat.
Lagi satu gunakan anggota FRU/tentera/askar wataniah/rela untuk meronda selain kerja tetap mereka menangkap ular sawa atau selamatkan kucing terperangkap atas pokok!
Menyentuh jenayah ragut jalanan biasanya dilakukan penagih dadah.
Kebanyakan penagih adalah mereka yang 'spoil' dari keluarga yang berada sebab dadah tu mahal. Orang kaya je yang mampu.
Satu mekanisma baru perlu dicari supaya ibubapa harus diberikan kursus supaya dpt mengelakkan dan seterusnya memantau agar anak tidak terjebak dengan dadah dan ragut.
Berkenaan jenayah ragut harta rakyat oleh pemimpin UMNO/BN kita semua maklum tiadanya amanah dan tanggungjawab kepada mandat yang diberikan oleh rakyat.
Pemimpin Muslim yang bersolat dan istiqamah tidak akan rasuah dan pecah amanah.
Tapi gaji Menteri mana cukup nak maintain 2 bini,5 org gaji,4 kereta bla bla bla.
Al-maklumlah istilah bersederhana mana ada dalam kamus UMNO/BN.
Harapkan 'wasatiyyah',sambut harijadi dan majlis pertunangan anak yang berpuluh ribu pun rakyat yang kena tanggung.
Kalau nak meniaga jangan jadi Menteri.
Akan berlaku 'conflict of interest'.
Ini yang gagal difahami oleh Shahrizat contohnya.
Jika dia cuma guru tadika Kemas adakah kemungkinan suaminya mendapat 'soft loan' sebanyak RM250 juta untuk bela lembu?
Berapa ramai pengusaha lembu sebenar yang ditolak permohonan pinjaman bank kerana bininya bukan Menteri?
Pelanduk selalu lupakan jerat,tetapi jerat tak pernah lupakan pelanduk.
Wahai pemimpin yang korup,sesungguhnya rakyat Malaysia sentiasa memerhatikan gerak-geri kamu.
Sampai bila kamu mahu menipu dan lepas dari hukuman semata-mata pihak berkuasa polis/SPRM/AG sama2 lindung-melindungi dan bersubahat dengan kamu.
Sekarang kamu cuba merasuah dengan BR1M,tayar,duit saku anak dan terbaru biskut dalam tin dan kuih raya.
Dan kamu juga mempolitikkan kemerdekaan negara dengan tema Janji Ditepati tapi janji nak bayar royalti minyak Kelantan dah berpuluh tahin kamu mungkiri.
Kamu jugalah yang melantik firma Yahudi APCO sebagai perunding imej sambil mendakwa DSAI ejen Yahudi.
Ibarat tikus membaiki labu,semakin nak tutup kesalahan,semakin banyak belanja keluar nak beli jiwa rakyat.
'Patriotism is the last refuge of a scoundrel'.
Kami tetap berjuang sehingga kami berjaya menghantar kamu ke rumah rehat Sungai Buloh.
Kebenaran pasti akan menewaskan kebatilan.
Surrogate
Anon 12:37,
What assurance can you give me that this country will be better under PR ?.All of us love this country like you do but you appear paranoid and loose sense of balance on the bigger picture.Still politically carried away by emotions like some of you here.
I dont care who rules finally but not at the expense of creating hatred and we innocent Malaysians become the victim of your careless believe.Anytime looking at situations going on i am for MCA/BN.
See Pak Aspan dah ada yg naik hangin!
I hope you bukan orang mesjid tanah! Hahahahaha
Bro @ alam, Kalo nak tunjuk intelligent, baca dan absorb kesemua data2 dari KDN dan PDRM, yg tersiar dlm tv 3 dan utus-aann, semuanya sahih lagi benarrrrrrrrr!
Ben Ali, Mubarak, assad, ghadafi, saddam, Abdulla Salleh like mahatdeyyy oso tell their arab rakyats their nation is Islamic countries and hence members of OIC!
IS THAT all????? IS that enough??? And WE all have to accept blindly???
Sampai bila lu mahu KENA tipu woii??? Ahaksss!
Gheng lama
Aloooo anon @ ALAM,
In Malaysiakini this morning, Datuk Ramli the X-CCID boss who was recently cleared of all charges (also together with his lawyer) has spoken.
He says the X-IGP LIED when he (x-igp) said that he never knew the underworld kings known as Tengku Goh and BK Tan. He says his staffs affidavits were unchallenged in court!
Anon @ ALAM, you still need and in search of more intelligent info my friend??? Are you still in denial??? Do I need to say more???
Met my relative in JB last week-end raya visit. He pointed out that in JB almost all housing estates have pockets of walled community within the housing estate exclusively inhabited by chinese families! Why? Because chinese media gives exact reports! They never cheated on their community!
Only Chua Soilled Leg who is so dirty himself and befriended the equally gutter melayus of umno speak the opposite to the chinese! And they hav made that apek a consummate PARIAH!
Need more info? Since you are in ALAM, go talk to that proud umno melayu, the orang mesjid tanah. Make sure you hug him when you two morons meet!
Gheng lama
Sokong Surrogate....300%.
Aduhai si peragut...! Kalau korang nak meragut sangat pergilah ragut anak-anak menteri UMNO/BN yang kaya raya tu, jangan korang mengadai nyawa meragut rakyat marhaen yang susah untuk membeli sekilo ikan pun sehari (kerana harga ikan mahal sekarang).
Kepada yang mahu ke Bukit Jalil untuk menyambut Hari Kemerdekaan UMNO/BN yang ke 55 tahun tu... Silakan, kerana kamu semua adalah Rakyat SKEMA. Aku akan meraikan malam tersebut di Dataran Merdeka sempena tarikh keramat tersebut dengan memakai baju dan seluar kuning yang tertulis "Janji Bersih".
Helo kawang2, apa sudah jadi, orang felda pun dah kene ragut tapi bukan olih peragut mat rempit tapi olih Bank, bank apa eh? dah tentu sekali CIMB, sapa pumya bank?.....Adik Najis..padan muka,Woi orang felda pencacai UMNO lintang pukang keluarga enkau,jilat lah buntut Najis dan makan nasi kangkang rosmah ABU
Salam semua,
Having had not less than fifty expatriates working for my own O& G outfit through the many years allow mr to proudly cathegorically say here how much they love Malaysia not just for the beautiful people , diverse cultures and religions and the weather but importantly too is the freedom to move around almost freely without fear of safety as a major factor.Malaysia has been rated as a country of choice in terms of safety and comfort of living with beautiful flora and fauna and of course the beaches in comparison to neighbouring asian countries.No wonder it has attracted many tourists to this beautiful land.They keep on wanting to be reempployed when the oppurtunites arise Read The Expatriates and Malaysia Second Home responses is considered a success eith varioud incentives given.How much we have taken the country for granted.Nothing political here just a plain explanation.
Crime happens everywhere in this world.To be blaming our police force (PDRM) for not doing anything about it is a bit unfair and overdose an accusation.We depend on them for maitaining peace and order.Lets work and cooperate hand in hand in preventing crime with the police and support them as good citizen regardless which party you support.
I still think our police force is amongst the best in the world and please do not politise this.They have their job to do and we too have our responsibility to minimise crime in our locality.Happy Merdeka to all good Malaysians.Kibarkan Jalur Gemilang, the pride of our nation.Thank you Aspan and Salam.
@Kampong man- anak polis .
Jom kita pakat pakat jadi peragut juga! kita RAGUT KUASA DITANGAN UMNO BN dalam GE 13 nanti.
Selagi bapak peragut dipuncak kuasa anak anak, cucu cicit peragut akan terus bercambah berleluasa.
Bila aku tengok iklan kempen anti rasuah kat TV, aku rasa diri aku sebagai rakyat Malaysia dipermain dan dipijak2 oleh propaganda parti syaitan ini (pijam istilah Mamak Kutty). Pemimpin parti syaitan memang cakap tak serupa bikin. Nama pun parti syaitan (kalau puak pencacai UMNO BN nak marah, marahlah kat Mamak Kutty kesayangan mereka )
Kampung man,you really make me laugh saying that our police is one of the best in the world.best in what?duit kopi?boleh selesai?or in Indonesia they are "bisa diatur"
Maybe they are also the best in coverup,or what the IGP say only 1%of the police force are corrupted,but looks like the other way round.
Ini juga contoh jelas orang melayu jahil yg menjahilkan diri sendiri & menyalahkan orang lain atas kejahilannya.
Psk Aspan, regret to say that your immature observation & way of thinking with regard to the above statement reflect your self as a bad father.
Di negara yg di mana ibu bapa memberi didikan yg sempurna terhadap anak-anak mereka mengenai disiplin, pelajaran serta. tanggungjawab pada diri sendiri & negara secara tidak langsung akan menjadikan penduduknya suka pada keamanan, kemajuan & kesempurnaan. Sebab itu mereka tidak memerlukan polis yg ramai berkeliaran memburu orang yg melanggar undang-undang. Jika ibu bapa bukan faktor utama yg menentukan berlakunya hal seperti di atas. Ternampak ada yg janggal dalam pemikiran yg sentiasa menyalahkan kerajaan walaupun sebenarnya ia terletak pada bahu ibu bapa itu sendiri.
Kampong man anak polissh,
Macammana Xigp musa naik jadi igp melangkah beberapa senior officers? Sedangkan datuk ramli tu penah jadi boss dia!
Semua kerana musa adalah satu dari puak 3 serangkai ALAT mahatdeyyy hendak hapuskan dsai. Dua lagi mokhtar abdullah dan gani petail. Gani naik ganti mokhtar, dan mokhtar nak dinaikkan jadi federal court judge tapi Allah swt tak izinkan!
Apa sebenarnya dalang belakang tabir buat pada KP bakri omar dlm kes rasuah anak bakri dalam allocation bazaar ramadhan? Satu donia sudah tahu!
Politaik umno menjalar dalam pasukan polish? Sekarang datuk ramli yg termangsa sudah bersuara.
Pasukan the best polish in the world adalah! Polish dan kipas umno! Negara hancur!
Kampong man, ini bukan polis zaman tok dan bapak kita bertugas. Ini pasukan polish mahatdeyyy laaaa.
Bab expat sayang malaysia tu usah helanlaaa. Aku penah tinggal kat US, expat asians, chicanos, dan arabs serta east europeanteramat sayang benau bush sr dan bush jr. Kedua2 Bush tu baik ker????
Ko dgn minda mitos yg logikal dan simplistic yet myopic is not surprising to us all!
Sekian,
Gheng lama
memang betul lah Kampongman ini tergulong dari group Haramjadah bapanya polis rupanya,kan polis sinonim dengan rasuah lebeh2 lagi PDRM hai......takpalah kampongman atleast you mengaku awak anak polis sahlah awak dan keluarga awak ni.......piss off kampongman PDRM one of the best in the world? where you get the statisric eh...tembak sana sini,bunuh pakai
C4,pukol orang,pau orang sana sini,bersekongkol dengan gangster itu awak kata best in the world! you cunt, pls ask your father berapa banyak rasuah or dia pou orang semasa dia kerje polis,alamak kampongman..kesian anak polis rupanya kah kah kah kah.ABU
Kampong man and alikes,
I befriended many in the US. Locals black and whites, some muslims, jewish, atheists and many devout Christians. A good mix!
Sit with them and talk. The truth were told. They all agreed the 'Systematic raping of Amerika by satan' happens slowly and surely and they are able to seqence them and the relations with respect to events against time and the effects on the nation and the 'geopolitical interest' of Amerika. It affected them coz they paid taxes that financed the actions! Are they happy? NO!
Likewise here almost similar actions and calculated results are showing. Hatred, suspicion, blame are rampant and being sowed by the day! by who? Acted by whom? On whom? For what? Extreme politics? And gutter politics? What about 'the established system'?
When Timothy Mc Veigh bombed the federal building in Oklahoma is he alone? What was his target? And when Breavik attacked in Sweden, isn't it a political party activity that he targeted?
Who are the satans that the common Americans referring to? Before Mc Veigh was caught, the media was happy selling Islamists/Arabs as the perpetrators!
Kampong man, I am sure if you were there then, you would buy what the media peddles. Why I said this? Coz you are what the common Americans termed as fools! We (the common Americans) refused to be one, they exclaimed!
Politics, race relations, safety, accountability, responsibility, religious harmony, the institutions, economics, etc are going to the drains.
Systematic raping? By who? The angels?
Gheng lama
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Terlebih dahulu, saya memohon maaf kerana "ter"hantar ulasan yang masih belum sempurna. Justeru, saya minta jasa baik saudara untuk memadamnya. Sekadar makluman, ianya berpunca daripada perisian "screen reader" saya yang ada fungsi "forms mode" yang pada tetapan asalnya (default setting) ialah auto; maknanya ia boleh "on/off" secara automatik, dan ketika "off" itu, jika kita menaip huruf B, ia akan menggerakkan "virtual cursor" ke "button", dan bila kita menekan "space bar", kita secara tak disedari, telah mengaktifkan butang itu. Apapun, kalau kurang jelas, saya akan menghantar Email berkenaan sesegera mungkin. OK-lah, meneruskan agenda, saya mulakan dengan memohon maaf kerana mencelah lagi; cuma, sekadar memperjelas salah tanggap beberapa rakan pengunjung. Tetapi, suka saya tegaskan: "BUKAN MASALAH PILIH KASIH/BULU, TETAPI, BEZAKANLAH ANTARA YANG 'HAQ' DAN YANG 'BATIL'".
Merujuk kepada kisah yang saya paparkan ini, telahpun saya nyatakan, bukanlah saya hendak bercakap secara semberono. Justeru, kepada rakan kita yang tidak bersetuju dengan saya, silakan. Tetapi, mengapa saudara tidak mahu menerima hakikat, bahawa, seandainya sesuatu masyarakat itu didirikan hanya berasaskan keduniaan nan tipis nilainya, tentu sekali gejala-gejala sebegini akan berlaku, kan? Malah, majoriti rakan-rakan kita juga sependapat, malah bersetuju 100 % dengan apa yang saudara Blogger kita ni tulis. Sebab itulah, saya tetap yakin yang saya tidak berseorangan dalam memberi pandangan, insha Allah; malah sekiranya benar apa yang saya katakan itu salah semuanya, saya mengalu-aluan teguran dan nasihat saudara, juga kemukakan bukti dan fakta. Malah, kalau benar-benar saudara ikhlas, renung-renungkanlah kembali apa yang telah diucapkan oleh penasihat agung kepada pemerintah kini, yang tentunya tak perlu saya sebut namanya ... Adakah ini pola pemikiran seorang berjiwa patriotik? Nah, bukankah dengan terlajak bicara sebegitu, petanda jelas lagi sahih yang tak perlukan lagi kajian saintifik, bahawa, dia dan anak didiknya telah runtuh akhlak? Justeru, sudah pasti fakta-fakta yang saya sebutkan, di samping sokongan kukuh majoriti rakan kita yang lain, bukti yang juga tak perlu lagi dipersoal?
Apapun, tidak dinafikan, masih kedapatan pegawai-pegawai penguatkuasa serta agensi penguatkuasa keselamatan yang masih komited dan ikhlas dalam tugasan mereka. Namun begitu, mereka sering dizalimi seandainya tidak bersetuju dengan dasar-dasar yang nyata mungkar. Lihat sahaja pemecatan Pengarah Besar FELDA yang juga disiarkan di dada akhbar semalam (28 Ogos, 2012); bukankah ini juga bukti ragut dan rompak? Adakah kita boleh hanya sekadar melihat ragut dan rompak itu pada perkara yang jelas nyata, sedangkan billionan dan trillionan ringgit kita dah lesap sekian lama menyebabkan kita kini sebenarnya sedang dilanda krisis? Oleh itu, tak bersetuju, tak apa; saya dengan segala rendah hati memohon maaf kepada saudara kerana agak lantang menyalahkan pihak yang saudara sokong ini. Namun, sedarlah, saya hanya berkongsi pandangan agar kita bersama memperoleh kebaikan, bukan makin tercabut daripada iman dan taqwa, mentelah lagi kita baru sahaja berpuasa bulan lalu. Akhirnya, saya mencadangkan agar kita beri pula peluang jemaah lain berkuasa, dan sekiranya mereka gagal, sudah tentu kita sebagai rakyat dan pengguna perkhidmatan yang membayar cukai itu dan ini, berhak sekali menolak mereka pula, kan?
Terima kasih dan salam jihad.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Maaf, mencelah untuk kali kedua dalam masa singkat; sekadar berkongsi pandangan lagi.
Ya, ibu bapa adalah institusi terpenting yang akan menentukan bagaimana generasi mendatang bekelakuan dan berakhlak. Namun begitu, adakah kita asyik nak menuding jari kepada institusi kekeluargaan ini atas pelbagai bentuk peningkatan gejala sosial, khasnya ragut dan rompak yang sedang kita bincangkan ini? Bagaimana pula dengan sosioekonomi kita yang kelihatan semakin maju tetapi telah semakin runtuh nilai? Contohnya, kalau suatu ketika dahulu, "public-caning" adalah antara mekanisme yang telah terbukti baik mendidik akhlak dan perilaku pelajar-pelajar sekolah. Tetapi, sejak penguatkuasaannya dihentikan, konon atas sebab-sebab kemanusiaan yang remeh, maka, bukankah ini yang sedang kita saksikan sekarang? Bagaimana pula dengan pasangan suami-isteri yang hidup di kota kosmopolitan, malah di kawasan semi-bandar yang terpaksa turun bekerja bersama-sama demi menjamin "survival" keluarga gara-gara peningkatan kos hidup, sekaligus kurang masa untuk bersama anak-anak? Bagaimana juga dengan peningkatan kemudahan dan sokongan terhadap elemen-elemen keruntuhan akhlak seperti judi, kilang arak, penyiaran audio dan video lucah dan fitnah, dan lain-lain, hatta boleh pula direstui sekalian yang berkepentingan yang terdiri daripada para kapitalis dan penguasa yang tak terbayang d minda mereka soal dosa pahala, syurga dan neraka? Lagi, adakah kesemua yang menyalahkan institusi keibubapaan itu 100 % bukan ibu dan bapa kepada anak-anak mereka? Contohnya, kalau tanpa sokongan seorang ayah, masakan si anak boleh berbelanja besar untuk majlis pertunangan, walhal si ayahlah inilah yang mencanangkan ita ber"wasatiyah"? Justeru, bagaimana ketam nak ajar anaknya berjalan betul? Itu belum lagi cerita anak yang kononnya dapat berkat daripada perniagaan arak di luar negara, lalu berbangga sebagai antara "businessman" bumiputera paling berjaya?
Apapun, sekali lagi, bukan kita bermaksud sama sekali merendahkan "credibility" sesiapa. Apa yang perlu kita saling fahami, tidak kira dari latarbelakang mana sekalipun, ialah punca permasalahan itu sendiri, bukan sekadar mencari salah siapa. Namun begitu, jika telah ditemui puncanya, maka yang salah tetap salah juga dan perlu segera diperbaiki dengan cara berhemah. Menutup ulasan, jutaan ampun dan maaf sekali lagi khasnya kepada mereka yang pasti tak bersetuju; saya sekadar berkongsi idea. Namun begitu, ingatlah, biarlah segala perbezaan pandangan ini berlandaskan hujjah yang bersandar kukuh atas platform iman, ilmu, fakta dan nilai kemanusiaan secara fitrah.
Terima kasih dan salam jihad.
Bacalah temubual eksklusif Datuk Ramli Yusuf X-CCID boss (boss musa hassan jugak) dalam Malaysiakini.
Apa yg kita alami hari ini ada kaitan dgn wayang/ragut kuasa dalam Bukit Aman pada tahun 2006!
Umno berkocak, bukit dan negara jadi tak aman jugak! Hahahahaha
Yg nak sokong tu berpadalah control kedangkalan otak masing2!
Gheng lama
Helo kawang2 bukan MOKHTAR ABDULLAH
TAPI MOKHTAR DUGONG ORANG MELAKA KAH KAH KAH.abu
Tuan AA,
- Saya rasa tiada bezanya peragut jalanan dengan pemimpin yang meragut segala kesempatan yang ada untuk kekayaan diri sendiri.Cuma hanya ada suatu kuasa dalam tangan mereka yang menentukan supaya tidak dihukum kerana mereka ini kononnya ''mempunyai masa depan yang baik''
- seseorang mungkin akan mendapat hukuman lebih berat walaupun melibatkan kerugian yang kecil
- seseorang mungkin akan mendapat hukuman yang lebih ringan atau terlepas dari keadilan walaupun perbuatannya itu melibatkan wang berjuta-juta/berbilion ringit.
- Jenayah memang tidak dapat dielakkan disebabkan peningkatan populasi warganegara sama ada pertambahan penduduk asal atau pertambahan kemasukan imigran yang fasih berbahasa melayu,warga Mat pukistan,Mat San Miguel,Mat Keretek dll dan sudah tentu dimana ada orang disitulah akan berlakunya jenayah dan jangan pula jadi ''dimana ada menteri disitu ada berlakunya jenayah penyelewengan dan penipuan''.
Salam A.B.U
-scorpeneterbang-
Salam prmbaca yang dihormati,
Dear Gheng lama,
I am impressed with your experience in the States but probably as student only maybe. As for me i was a PR (not P'akatan Rakyat) of the UK in the early 70's before you even go to school perhaps if i can read from most of your writing in bro Aspan blog.I was doing my Engineering degree and my other half was persuing Architecture then .We are enjoying our profession and our bussiness because it is very difficult to stop .They say professionals do not RETIRE they DIE.There is so much to give and to contribute back to society and your bangsa.Promoting them to be in business like our chinese friends.I employed chinese and indians engineers too.So i cannot be racist you see .
As for our PDRM i certainly cannot answer who shall be promoted and to do what.I am nobody.My late father was a responsible and a dedicated policemman of his time.He was merely a rank and file police sargeant(sgt 457).He surely was an old hand judging by his number.We were very happy family and managed to see me through a good education and a sucessful working career.
My other good schoolmate(STAR,Ipoh) Dato Fauzi was a very senior police officer.He joined PAS recently active in PAS politics like Bob Lokman and many other artists are in PAS too.But there are others like Jamal Abdillah and some others choose to be in UMNO.See it is very colourfull and we are never short of choice really.Bro Aspan and Sakmongkol choose to be in DAP.The different being that i have had lunch with them and most of you have never known them personally.They like me and hate me too.But we remain good friends.
As i have said i am just a passer by and where i find relevence i give my opinion.I can accept anyone opinion however different.So have mercy on me.I donot really take this forum seriously so you are free to diasgree or even kutuk as much you like but prefer polite and decent approach.No worries.
Akhir sekali mohon ampun dan maaf sekira penulisan Kampong man ada yang menyinggong perasaan pembacha di sini .Tak mungkin saya akan selalu melawati blog ini as i will be busy taking care of my darling wife as she is twice a cancer survivor and umdergoing treatment.Now i am in Putrajaya Hospital writing this in my little handphone.Thank you and have a good Merdeka day.Cheers !
Kampong man,
JAGALAH ISTERI TU BAIK2, KERANA SAYA JUGA PERNAH ALAMI LIFE/DEATH SITUATION YEARS AGO, SAYA FAHAM APA YG SAUDARA ALAMI, though you never knew exactly what your wife and what I went through!
You r too conscious of yourself! Professional in oil n gas! Do I have to expose myself like you did? Nay!
I like to tease but what I knew, lived thru is mine only, wealth and profession is not my obsession anymore! To brag with what I am and have or haven't is immaterial too.
Material wealth is good but spiritual wealth and god's guidance and inner ability to see with TWO 'EYES' beats everything! When this happens, we can understand what transpired physically/happenings and relate to what's in the
Al Quran and Al Hadiths.
Indeed this is the best of God's gift!
Gheng lama
Datuk Mat Zain (X-CID KL boss) sudah berpadu dgn Datuk Ramli Yusuf (X-CCID boss) nak lawan Tan Sri Musa Hassan (X-IGP) dan Tan Sri Gani Petail (AG)?
Masa sudah suntuk nampaknya bagi PM Najib untuk pastikan kapal BN meredah badai dgn selamat. Lebih banyak rahsia akan terbongkar!
Kapal umno (baru) sedang bergolak? Presiden VS Tuan punya??? Hahahahahaha
APA SUDAH JADI?????
Sekian
gheng lama
Well said gheng lama, hoi kampongman who cares your wife kena cancer eh? you don't need to tell the whole world what you do or you are PR of Pomp country or your wife kena cancer, we are not bothered you go and tell najis and rosmah about it ok.ABU
Ada org tak suka pada kgman krna dia org umno tegar.Tapi dia org umno baik dan tak dengki dan busuk hati mcm anon atas ni yg bengang kah...kah...kah~ TIBAI. gua caya lu kgman.
Salam Pak Aspan,
Geng 3 serangkai mahatdeyyy membelasah DSAI adalah a) Mokhtar Abdullah (masa itu sebagai AG, kemudian dinaikkan pangkat ke Federal Court judge TETAPI Allah swt lebih tahu dan enggan mengizinkannya!) b) Gani Petail (masa itu selaku DPP sahaja dan kini sudah dapat jawatan Mokhtar Abdullah selaku AG) dan c) Musa Hassan (masa itu berpangkat kalo tak silap ASP dan telah diizinkan melangkah beberapa senior officers untuk jadi IGP. Kini dia sudah dipencenkan tanpa ada kontrak lanjutan!)
Inilah sahaja last shield yang mahatdeyyyy ada.....Gani Petail
Tetapi gabungan Datuk Ramli dan Datuk Mat Zain yang kedua2nya telah termangsa oleh gandingan kerja Musa dan Gani sedang dicabar kuat. Sudah lama Datuk Mat Zain berlawan berseorangan....kini dia sudah dapat regu!
Sejauh mana Gani akan bertahan secara bersendirian???....
atau sejauh mana pula mahatdeyyyy akan cuba memacu tali wayang kulit dari jauh untuk memastikan Gani selamat, supaya Gani dapat jaga dan tutup kesemua kes2 yang sedang hebat dibongkar....lebih2 lagi yang melibatkan kerja2 mahatdeyyyy????
Kes liwat 1 DSAI dan RCI mata lebam DSAI telah dijadikan modal oleh Datuk Ramli dan Datuk Mat Zain. Kedua2 kes ini melibatkan kerja Musa dan Gani....untuk memastikan DSAI tersungkur!
Maka mahatdeyyyy terasa amat tertekan sekarang. Adakah Najib sedang melawan secara senyap dengan membiarkan perkembangan ini????
Apa mahatdeyyy akan buat jika kes 2 Datuk VS Gani/Musa ini menjadi lebih parah????
SAH UMNO (BARU) SEDANG KUAT BERGOLAK KINI!
ADAKAH KITA SEMUA PERASAN?????? Macam Datuk S M Salim kata.....'APA NAK JADI'?????
sekian,
Gheng lama
Aku ingat gheng lama ni inspector polis di bandar melaka.Banyak cerita polis dia tahu.Elok ler tu .Jangan main serkap saja yer.Kurangkan ketawa.
Mengikut hadis terlalu banyak ketawa akan timbul bintik bintik hitam dihati.Cuba tanya ustaz.Ada ustaz disini boleh terangkan .
Gheng Lama
Bukan Mokhtar Abdullah..correction
MOKHTAR DUGONG.ABU
Wahai cik anon 13.54,
Bacalah banyak surat2 Datuk Mat Zan kepada KPN dan jugak kepada PM Paklah dan Najib. Datuk Mat Zan teramat marah namanya dan nama Doktor pakar yg menyiasat kes mata lebam DSAI telah dikotorkan sehingga kini.
Dia seorang pegawai polis professional dan beliau mahu namanya dibersihkan. Bagi dia dan segala2nya dia tahu Gani dan Musa terlibat sama! Wahai CIK anon, ini bukan cerita serkap jarang laaa!
Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah swt masih lagi ramai anggota polis yg beriman dan bermaruah yg berani bangkit utk menegur dgn keras demi membetulkan keadaan negara, institusi2 terutamanya pasukan polis supaya balik semula ke atas landasan kebenaran!
Anon 22.00, Mokhtar Abdullah org melaka. Rahim Nor pun org melaka. Mereka femes buat kerja yg tak baik untuk si Anu tu! Apakan daya hari ini Si Anu bertambah huru bin hara.
Terbaca komen Tun Musa tentang mahatdeyy semasa ziarah raya ke rumah Datuk Shahril dan adiknya Khalid Samad. Gamai dlm umno (baru) sudah buat pendirian!
Bagi mereka2 yg bekerja kuat utk mahatdeyy pikirlah! Yg masih sokong serta membela jugak pikirlah! Bagi yg nak naik tangga umno (baru) khususnya moideen, jugak pikirlah! Tiang rumah umno (baru) sudah rapuh!
Sekian,
Gheng lama
p/s - 'Baiklah baik, memilih temaannn, .aha ha hai 3x! Ketawalah lagi!' kata J Sham! (dengar baik2 pantun dalam lagu tu wei cik anoooon)
Ekekekekekek Ahakkss!
Terserlah Gheng lama ni orang lama dari melaka ulau belingkau balik pagau ! .Lagu J Sham tu lagu pop yeh yeh emak aku daa...Gamai pun perkataan org Melaka.Tapi kau dah tak ada sultan.Tapi masih ketawa terbelahak belahak..poodah .
Hahahaha
Ekekekekek
Ahaakkksss!
Sebelom ada J Sham nyanyi lagu tu, udah ada P Ramlee, Shamsuddin dan Aziz Satar panggil umno sebagai Sarkas! Apa maknanya tu?
Adakah yg lama semua bodoh? Tak berguna? Ketinggalan zaman?
Ini namanya bebudak hingusan bengap lagi jahil, jahil hal donia lebih2 lagi urusan ukhrawi/akhirat!
Itu tahun 1960'an, cer kaji tahun2 1900, 1800n apa yg berlaku. Tahun2 masa Islam berkembang oleh arus pertama dan kedua oleh Ahlul Bait Rasulullah saw. Ada tahu? Ada pengetahuan? Ada ilmu tentang ini?
Apa yg Nabi saw sabdakan 1400 tahun lalu. Ada tahu? Ada ilmu? Ada kaji? Ada tahu hubungan peristiwa2 ini dengan kecelaruan hari ini?
Kenapa Nabi saw suruh rujuk kepada Al Quran dan Hadiths2 baginda yg semuanya cerita lama!
Jahil nau bebudak2 juak umno (baru) ni. Apalah yg boleh kita harapkan daripada mereka berketuakan mamak dari kerala! Paklah dan najib serta moideen HANYA balachi sebelom dia naikkan anaknya mukrizz.
Yg lelain semuanya sampah kot bagi mamak ni!
Sekian,
Gheng lama.
P/s - fakta tentang mamak yg saya bentang takde sapa nak soal/pertikai? Mamak yg pelok Yahud sejak 1968 nak dibuat imam? Mengong? Tongong? Bingung? Hahaha
Post a Comment