Kali ini saya kembali menyebut
satu isu yang pada saya sepatutnya menjadi satu isu basi dan tidak lagi diperbesarkan. Isunya ialah isu penyertaan saya dan beberapa orang Melayu dalam
Parti Tindakan Demokratik, DAP. Saya tahu ini merupakan isu yang tidak berapa
laku lagi sekarang kerana orang ramai tahu yang momokan UMNO dan penyokongnya
dalam isu ini semakin hari semakin pudar dan sudah tidak diterima oleh rakyat
yang ramai.
Saya tidak berminat untuk melayan
momokan ini, tetapi terlalu ramai sahabat dan rakan-rakan yang menyokong
saya menyertai DAP ini meminta saya menyebutnya sekali lagi, setidak-tidaknya
buat kali terakhir. Mereka yang menyokong saya meliputi penyokong-penyokong
saya dari seluruh negara dan ramai di antara mereka meminta saya menulisnya
lagi.
“Penyokong UMNO ini malas
berfikir. You mesti beritahu mereka selalu, kalau tidak mereka lupa. Orang yang
malas berfikir mesti diperingati selalu sebab mereka payah untuk memahami
isu-isu penting ini. Mereka ini tidak pernah dilatih untuk berfikir sebaliknya
dilatih untuk mengangguk sahaja,” kata beberapa orang yang menyokong saya
menyertai DAP walaupun mereka ini hanya sekadar penyokong yang akan memberikan
undi kepada DAP.
Sebenarnya apa yang hendak saya
sebutkan lagi kerana semuanya sudah disebut banyak kali. Apakah benar yang DAP
itu adalah parti Cina? Mungkin DAP itu disertai oleh ramai orang Cina tetapi ia
bukan parti Cina. DAP adalah parti berbilang kaum yang memperjuangkan nasib
semua bangsa. Parti ini memperjuangkan kebersihan dalam pentadbiran kerajaan
yang sangat kotor pada masa kini. DAP memperjuangkan ketelusan dan menolak isu
rasuah yang banyak berlaku dalam kerajaan dan pimpinan BN sekarang ini.
Di mana-mana saya pergi, dari
utara ke selatan, dari timur ke barat saya berjumpa dengan ribuan orang dan
tidak ramai yang membangkang saya setelah saya berikan ‘rationale’ kenapa kita
tidak perlu takut untuk memberi sokongan kepada DAP yang merupakan salah satu
komponen dalam Pakatan Rakyat ini. Saya bukannya duduk di rumah berdiam diri. Saya
selalu meninggalkan rumah untuk pergi ke merata-rata daerah dan tempat dalam
negara ini. Saya dijemput untuk berceramah dan memberikan penerangan kenapa
kita tidak perlu gusar untuk memberikan sokongan kepada DAP.
BN khususnya UMNO memang begitu
takut dengan pengaruh DAP tetapi sebesar mana pun pengaruh DAP itu ia tidak
akan menguasai kerajaan dan Putrajaya jika Pakatan menduduki Putrajaya itu. DAP
akan menurunkan hanya seramai lebih kurang 50 kerusi sahaja dalam pilihanraya
yang akan datang. Jika DAP menang kesemuanya, parti yang saya anggotai ini tidak akan terjadi apa yang dikhuatiri oleh segelintiran orang
Melayu. Takkanlah nak buat kiraan yang senang ini pun mereka (penyokong BN
totok) tidak mampu?
Tetapi jika DAP menang semua kerusi,
ia memang penting untuk perjuangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Pertamanya, parti ini mempunyai rekod ketelusan dalam pentadbiran, Pulau Pinang
misalnya. Jika DAP bersama-sama dengan PAS dan PKR menguruskan Putrajaya itu
sudah pasti DAP akan memainkan peranan untuk keadilan ini. Yang pentingnya kita
mempunyai kerajaan yang bersih daripada noda rasuah yang menggila dan menjadi
benteng kepada perompak harta rakyat seperti yang lazim berlaku sekarang ini.
Saya menjadi ahli UMNO selama 40 tahun dan di dalamnya saya telah menjerit dan berbuat
segala-galanya untuk mengingatkan parti itu supaya berbuat yang baik dan jauhi segala kemungkaran terhadap politik dan ekonomi
negara. Tetapi saya siapa? Tidak ada siapa yang mendengarnya kerana saya hanya
seorang picisan dalam UMNO yang begitu kuat budaya mengampu dan membodek ini.
Saya yakin dengan sebenar-benarnya yang kebaikan itu tidak akan datang malahan
hanya kerosakan sahaja yang akan wujud, ‘from bad to worst’.
Maka saya bertindak untuk bersama
DAP dan, ‘I want to grow old with this party’. Saya merasakan bahawa parti ini
juga boleh memperbaiki diri saya kerana saya telah begitu lama dalam UMNO dan
saya memerlukan parti yang boleh memperbaiki sikap dan nilai dalaman saya dalam
perjuangan politik negara ini. Bunyinya besar tetapi saya tetap seperti dahulu,
bukannya orang yang mempunyai apa-apa kedudukan dan tidak bergelar serta
bernama seperti rakan-rakan yang lain yang mengampu ke hulu dan ke hilir itu.
Saya sebutkan kita mesti
menyertai parti yang boleh memperbaiki diri kita dan saya merasakan DAP telah
pun sedikit sebanyak memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada sedikit sebanyak
di dalam diri saya. Kalau saya masih berada di dalam UMNO saya tidak akan
memperbaiki diri saya kerana UMNO tidak terjumpa nilai-nilai kemanusiaan yang
baik dalam perjuangan selain daripada memperjuangkan nasib peribadi mereka
semata-mata.
Bermacam-macam yang saya alami
sejak menyertai DAP. Ada
sahabat karib yang meninggalkan saya terus kerana marah-marah kerana mereka
percaya pada momokan UMNO dan BN. Tetapi saya mendapat penyokong baru
yang begitu ramai dan mereka tidak putus-putus menghubungi saya dan
bertukar-tukar fikiran sesama kita. Alhamdulillah, usaha saya itu berbaloi dan
ramai orang Melayu yang akan bersama saya untuk mendokong DAP sebagai sebuah
komponen dalam Pakatan Rakyat.
Saya sekarang yakin bahawa PAS, DAP serta PKR akan mendapat dokongan
rakyat dalam pilihanraya kali ini dan saya tidak sabar juga untuk melihat
perubahan untuk kebaikan itu dalam pilihanraya kali ini. Saya akan bergembira
melihat perubahan untuk kebaikan ini berlaku semasa saya masih hidup dan
bernyawa ini.
Kepada rakan-rakan saya yang
berada jauh dan dekat, ayuh kita teruskan usaha kita dan kepada mereka yang
tidak gemar oleh kerana momokan UMNO itu, biarkan sahaja mereka di sana. Kita wajar
memandang ke hadapan tanpa menoleh kebelakang lagi. Yang penting negara kita ini
kita ubah untuk kebaikan bersama.
Sekarang apa masalahnya lagi? Pemimpin yang rasuah sekarang mungkin bermasalah, tetapi rakyat tidak ada masalah.
25 comments:
Masalah la bang kalau DAP menang bersama PAS dan PKR. Kalau PR dah mengambil alih pemerintahan, macam mana kami nak cari makan, siapa nak bagi kontrek rundingan terus.....
LIM GUAN ENG??? jangan harapla. Dulu Zaharin Katak pernah pujuk LGE untuk managekan Bukit Jambul Golf Resort, tak dibbaginya China DAP tu. Nasib baik UMNO datang membela si gigi buaya tu...dapatlah juga nganto anak belajar ke England.
Buatnya kerajaan PR buka fail-fail lama pemimpin kami berhubung dengan penyalahgunaan wang PETRONAS, duit ternakan lembu, salah urusan MAS, FELDa dan macam -macam lagi, haru biru la jadinya....Sebab tu saya tetap kata MASALAH BESAR la kalau DAP menang bersama PAS dan PKR. Ni bukan soal Melayu China ke yang pegang kuasa. Ini soal kami tak mahu kehilangan kuasa...ada faham!
Saudara AA
Saya berpendapat bahawa selepas bulan puasa, saudara dan Dato Ariff patut mula berceramah di seluruh negara supaya rakyat dapat tahu bahawa apa yang saudara-saudara sedang berjuang adalah demi kebaikan masa depan generasi kita. Saya juga berdoa agar rakyat dapat memberi Pakatan Rakyat satu peluang untuk menjadi kerajaan Persekutuan. Jika pilihan raya umum asyik dimenangi oleh UMNO/BN sahaja, negara kita takkan maju dengan perangai bongkak, boros, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berleluasa.
Salam.Observer
Aspan,
Just go and go bro. Lets go and get things changed in the 13th GE.
I am patiently waiting to see new government formed.
That would be the happening once in my life time bro.
I share your feeling.
Wak Coi, (still Umno man)
Bro,
Umno itu terdesak, maka dia org guna isu 13 mei dan sebagainya. Orang Cina mahu cali makan saja bro. dia olang mahu negala aman. Tak mau gaduh-gaduh.
Yang mau cali gaduh, itu Umno sajalah Kita olang Melayu mau jadikan itu isu pilihan raya saja. Olang Umno pun berkawan Cina juga. Malam-malam olang Umno peluk amoi-amoi cina jugak dalam kaleoke.
Haya, ini Umno tad dak butut punya parti. Mau cali gaduh saja.
Jangan undi Umno lagilah. Kita tak mau gaduh gaduh.
Aman Abdullah
Mampuih pilah apa orang nak kata... kalau aku boleh mengundi seribu kali dan semua kerusi adalah antara DAP dan BN... jangan haraplah aku nak undi BN... ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, ABU,
Bro Aspan,
Please tell everyone that DAP is only contesting in 50 seats altogether and there's o way they will rule the country.
On the other hand on the BN side there will be more than 60 seats on non-malay dominating areas that they are going to field in the GE.
Tell everyone that there is no more space for people with racial sentiment in the country.
thanks.
ahmad dahalan
AA,
you don't have to worry. bot sides of the divide there must be chinese partner.
bn has mca and gerakkan as well as mic, pakatan rakyat has dap.
i am supporting you to the utmost.
abdillah
Salam AA dan bloggers,
Penyokong UMNO tegar bukan sahaja perlu belajar mengira tetapi kena rajin membaca buku2 sejarah kejatuhan empayar2 agung aeperti Rom,Parsi dan Monggol.
Dalam versi 'keagungan' UMNO harus dihayati sebab musabab kelingkupan Kesultanan Melaka.
Antara punca2nya:
i.Kelalaian pemerintah dengan kemewahan,pemborosan dan kemaksiatan.
ii.Perpecahan dan persengketaan sesama pembesar negara.
iii.Menzalimi rakyat.
iv.Membelakangkan hukum Allah.
Penjajahan kuasa luar yang sering dimomomk2kan sebgai punca utama kejatuhan adalah faktor kelebiahan tambahan (added advantage) kepada kuasa penaklukan kerana pemerintahan agung tersebut sudah bobrok dari dalam.
Dalam sejarah moden, dipenghujung nyawa pemerintahan Saddam Hussein,Muammar Gadafi dan Shah Iran telah berlaku pembelotan (defection) secara besar2an daripada kabinet sendiri kepada pakatan penentang dengan gabungan neo-kolonial Perikatan yang dikepalai Amerika Syarikat.
Deja vu di Malaysia?
Inilah yang di momok2kan dan ditakuti UMNO/BN.
Tetapi nyatanya tiada kuasa luar melainkan ketakutan pada bayang2 sendiri akibat ciri2 lengkap kejatuhan rejim sebagai mana disebut2kan di atas.
Pokok jati yang besar merimbun, memayungi ramai akan tumbang juga jika dimakan anai2 perosak dari dalam.
Renung2kan.
Surrogate
Salam Datuk,
Bukan senang nak jatuhkan umno (BARU)/BN kerana otak/minda, telinga dan mata orang-orang Melayu sudah lama tertutup katup akibat mainan dakyah umno (BARU) chap mahadeyyy.
Bila mereka campur-gaulkan dan lodohkan dakyah itu dengan fahaman dan ikutan agama mengikut acuan mereka, lagi susahlah hendak betulkan hati umat Melayu!.
Maka saya syorkan agar PR mulalah berjinak dan bergandingan dengan 'AMANAH' yang telah diasaskan oleh Ku Li. Bekerjasamalah....berlapang dadalah.....kerana matlamat kita semua sama....membetulkan keadaan negara yang sudah teruk akibat perkosaan rakus lagi ganas oleh mereka-mereka yang tak perlu kita sebut nama mereka.
Ku Li sudah beri HINT atau penunjuk cara dalam buku beliau 'Rahsia Yang Terpendam'....Amatilah buku itu kerana di dalam sana Ku Li berikan rahsia beliau!.....BACALAH!
Bayangkan PR + AMANAH!!....
gheng lama
Salam Bro,jangan sekali-kali memperjudikan masa depan anak cucu kita dengan menukar kerajaan yang sedia ada.DAP,PKR dan PAS hanya inginkan kuasa untuk memerintah.BN inginkan kuasa untuk memajukan negara.Jadi beringat-ingatlah.Sekali kuasa melayu hilang,air mata darah pun dah tak guna masa itu.
umno telah rosak..setelah sekian lama di rosakkan mahadey hosni mubarak..jika sesuatu keadaan ingin menjadi baik akibat dosa dosa lampau..kifarah atau pengapusan dosa akan berlaku...
Musnah nya umno..adalah kifarah org melayu akibat perbuatan pemimpin seperti maadey,sharizat,rais yatim,dan kebanyakan pemimpin umno yg telah diamanahkan dlm memimpin negara..
Selepas kifarah berlaku..INSYAALLAH bangsa melayu akan sejahtera,aman damai dlm kehidupan dunia untuk mengejar akhirat..
Dear sir,
I read your posting with full of respect. This is my first reading on your blog and honestly I am impressed with your perspective towards the change in managing the sovereign wealth of country to the people. I am from Perak and I believe that the wave of change is near to our shore. Through the external impression of Malaysia which seems good, but the internal factors that drives the resistance of the people to consistently reject the government of all sort.
I hope the new wave of change will bring a new hope, not today but it is for our future generation. Like the saying of 'We borrow our land from our future generation, we sow the seed for today's growth for tomorrow's market.
Cheers!
saudara a pan,spot on..your comment..priceless!
Kalau BN memerintah dan Mca menang bersama jumlah kaum cina juga akan berada di dalam linkungan 50 kerusi juga. Sekarang kaum cina tidak mahu lagi MCA dan Gerakkan dan menggantikannya dengan DAP. Jadi apa bezanya, melainkan takut kerana kesalahan yang pemimpi sekarang telah lakukan. Lagi pun ini free country, mana-aman parti pun semuanya halal. Apa yg penyokong UMNO nak sibuk ni. Yang bercakap tentang Umno ini pun bukannya penggiat Umno pun. Janganlah lebih sudu dari kuah.
Kepada brader Aspan jika u bertanding di atas tiket DAP saya akan berkempen ramai-ramai. Kebetulan saya pengundi seremban walaupun duduk di serdang.
Kalau DAP tak bagi kerusi baru kami cerita lain. Barulah boleh tuiduh DAP itu berbohong.
sam
Terdapat satu negara islam ditimur tengah yang sungguh megah mengatakan yang sekarang negara itu 100% diperentah satu parti sahaja selepas beberapa tahun perjuangan.Negara itu cukup kaya dengan harta berterlilion2 tetapi rakyatnya meskin .Duit banyak digunakan untuk beli senjata moden tapi kita tahu senjata ini akan digunakan untuk bunuh rakyatnya seperti yang berlaku dinegara jirannya.Kalaulah sebelum ini negara kita BN dengan tiga suku majoriti memerentah masih rakyatnya susah bolihkah dengan 100% majoriti akan lebih senang rakyatnya ,saya rasa lagi teruk bukan saja meskin tapi tak bolih bercakap lebih.Negara kita hampir sama dengan negara arab itu dimana negaranya kaya dengan hasil asli tetapi kekayaan dalam tangan beberapa orang tertentu sahaja .Cuba buka minda ,buka mata buka telinga samaada UMNO yang memerentah cukup lama dengan kuasa mutlaknya tapi mana duduknya rakyat jelata hampir 90% susah dan hutang sekeliling pinggang.DAP gagal menarik ahli melayu kerana propaganda UMNO dengan berbagai ugutan yang bermatlamatkan tersuruk kedudukan mereka terus memerentah.Saya sokong gabungan PAS,DAP,PKR kerana kita mahu pilihan ada kepada setiap rakyat pada setiap masa untuk berikan terbaik kepada rakyatnya.Kita cukup undang2 untuk bertindak keatas mereka yang menyeleweng tambahan pula PAS,PKR,DAP telah buktikan mereka bolih memerentah dan jauh baik dari UMNO .Saya dalam UMNO 40 lebih dan tahu dalam UMNO pun ada kasta jadi mohonlah kumpulan paria yang menyokong membabi buta tolonglah buka minda,buka telinga buka mata samaada selama 54 tahun mereka memerentah taraf kehidupan rakyat biasa bertambah baik selari dengan pemimpin umno atau bertentangan dimana pemimpan bertambah mewah sedangkan penyokong paria ni semakin susah .Di jepun kereta api berlanggar menteri letak jawatan dan dilondon tahun lepas seorang menteri penuh letak jawatan kerana ditudoh menggunakan kuasanya untuk dapatkan permit keja untuk orang gajinya.Di malaysia semua ini mustahil berlaku kerana jawatan YB dalam parti memerentah adalah tiket untuk mewah dan jutawan.Kalau kumpulan paria umno ini masih tak nampak kemewahan pemimpin UMNO betullah mereka itu layak kekal susah merempat.Dari pergaulan semasa saya dapati paria umno dah cukup banyak berkurangan kerana tekanan keliling seperti pengaroh anak2 mereka ,kawan2 mereka dan juga pengaruh media cetak .Saya dah cukup yakin UMNO akan tumbang dan tak mungkin timbul apabila mereka2 ini nanti ditekan olih berbagai akta atas kesalahan dan penyelewengan yang mereka lakukan ,undilah dengan penuh tanggung jawab bukanlah bolih dibeli olih UMNO dengan kain pelikat atau rokok sebungkus,Wallah hu alam .
Sdr Aspan kata : Saya bukannya duduk di rumah berdiam diri. Saya selalu meninggalkan rumah untuk pergi ke merata-rata daerah dan tempat dalam negara ini.
Saya terharu dalam usia ini, Sdr Aspan bergegas ke merata tempat untuk membangunkan rakyat. Jutaan terima kasih. Tuhan akan memberkati Pak serta rakyat dengan kemenangan besar di PU13 nanti. Sama - sama kita tengok setelah setiap undi kita dipangkah DAP / PK / ABU untuk Menang.
Saudara Aspan
Terima Kasih atas penulisan saudara yang cukup berilmu dan contoh Saudara memasuki Parti DAP adalah satu contoh berani dan berwibawa buat golongan Melayu
Rasa-rasanya kebanyakan orang Melayu terutama yang terpelajar dan duduk di bandar (urbanites and suburbanites) memahami bahawa isu-isu semasa bukannya berlegar pada perkauman dan ancaman orang Cina dan India kepada orang Melayu.
Tetapi isu-isu yang akan mengugut kestabilan negara adalah pencurian dan perampasan harta dan aset rakyat dan negara oleh segolongan 10-20% pemimpin Melayu, Cina dan India di kalangan pemerintah. Kehilangan 1 trilion riggit duit rakyat ke luar negara yang kini hilang ke dalam poket para menteri, sanak saudara merek dan konco serta kroni. Kebocoran 20-30 billion rinngit setahun disebabkan rasuah, pembaziran dan korupsi...
Isu ketidak-adilan dalam pengagihan aset negara kepada rakyat, isu korupsi dan penyalahgunaan kuasa, isu kezaliman dan fitnah keji kepada orang Melayu dan Islam. Semua ini orang Melayu yang pandai membaca dan menilai, nampak di mana-mana
Mereka tahu, disebabkan pengaliran wang ber-trillion ke luar negara, disebabkan kebocoran berbillion ringgit setahun, perlu ada yang menanngung kosnya. Iaitu rakyat yang terdiri daripada orang Melayu sendiri
Inflasi naik, harga barang naik, kerajaan setahun dua ini ingin mewujudkan cukai GST disebabkan deficit melambung tetapi kecut. Juga terdengar desas desus dari menteri sendiri untuk mengurangkan subsidi, malah ingat lagi beberapa tahun lalu seorang menteri kewangan mengatakan kalau subsidi tidak ditamatkan Malaysia akan bankrupt menjelang 2019?
Apabila kos sara hidup melambung tinggi disebabkan kerajaan cuba melawan defisit terkawal yang kini melebihi 500 billion rinngit, orang Melayu sekarang akan sengsara.
Apabila defisit makin meinggi dan melarat sehingga kerajaan tidak mampu bayar peminjam, masa itu kerajaan akan meminjam dari bank-bank dan institusi kewangan luar negara dan mengikut kadar faedah yang tinggi berserta bermacam syarat. Seperti yang terjadi di Greece, kerajaan dipaksa membuang pekerja, memotong pencen dan subsidi dan memotong perbelanjaan untuk kemudahan asas rakyat.
Sengsaralah orang Melayu sampai ke anak cucu untuk membayar hutang dan hilanglah kemerdekaan Negara
Pada masa itu laugan 'hidup Melayu' pun tidak guna lagi.
20 tahun dulu saya selalu berdebat dengan rakan-rakan umno mengenai DAP chauvanis cina. Ahli-ahli umno percaya apa yg pemimpin mereka cakap tapi gagal melihat apa pemimpin mereka buat. Mereka gagal menilai yang mereka ditipu dari dulu dan selama-nya oleh pemimpin mereka sendiri.
salam AA
sy cadangkan pada AA memanjangkan pada pimpinan DAP agar mat sabu dpt bertanding d bukit bintang....
utk tunjukkan bahawa DAP terbuka kpd orang melayu dan islam.....
AA atau SAK pulak bertading d Titiwangsa.... soal logo guna logo mana terpulang...
Kah kah kah...Mat Sabu di Bukit Bintang ?.Lupakan.Faham fahamlah kawasan BBintang tu sarang pelacuran, perjudian dan segala macam maksiat.Guna akal sikit bro.Wakil PAS ini hanya layak di Kedah atau Kelantan sahaja.Tempat lain Johor ke Pahang, Melaka PAS tak popular.Mungkin Terengganu ok.
Melayu DAP hanya boleh berjaya di Penang ,Selangor dan Negri(Seremban atau Rasah Telok Kemang BN balik)).Aspan pilihlah , terserah.
Tuan AA,
- UMNO BN sudah lama membudayakan budaya menipu rakyat.
- Kebiasaan mereka ialah ialah salahguna kuasa dan bila rakyat susah hendak ditipu mereka akan cuba menghasut pula.
- Salam A.B.U
-scorpeneterbang-
DAP provides a completely different political platform for Malays to fight for their various rights and equality.
Malay leaders in DAP will liberate ordinary Malays and other ordinary Malaysians from decades of anthoritarian/dictatorship control by BN....you can't put a price to real independent, freedom and good management of the country
Salam Saudara Aspan
Satu momokan UMNO/BN yang saya ingin saudara dalam DAP mungkin dapat menangani dengan hebat jika saudara melakukan secara personal.
Bercakaplah dalam ceramah-ceramah saudara bahawa sebagai seorang Muslim saudara wajib menyokong hukum hudud dan saudara menyetujui sungguh jika dapat diperlaksanakan keatas orang berugama Islam di Malaysia.
Bukankah perlaksanakan hukum Islam yang sedia ada seperti Hukum Faraid, Hukum Nikah, Ordnan menghukum Orang Islam tak berpuasa, dilarang minum arak dan berjudi dsbnya yang dikenakan hanya kepada orang berugama Islam sahaja sudah lama diterima oleh masyarakat Malaysia termasuk mereka yang non-Muslim?
Jadi apa bezanya dan apa susahnya ini boleh diterima diperlaksanakan Hukum Hudud?
Saya harap saudara sekaligus dapat menerangkan dasar aqidah dan pegangan wajib orang Islam ini kepada DAP khususnya pada YB Karpal Singh. Mereka akan memahami ini, seperti mereka kini sedia menerima Saudara sendiri memang tertakluk kepada Hukum-hukum Islam dan tidak pada undang-undang Civil mengenai bebas berugama, bebas berkahwin antara ugama, dsbnya yang dalam hal-hal ini saudara dan orang-orang Islam mengetahui adalah haram bagi kita menuntut sesama hak dengan orang non-Muslim dibawah undang-undang Civil.
Masalah kalau PR (DAP, PKR, PAS) menang ialah:
1) Pembunuh (Sabrini, Teoh, Kugan, Atantuya) akan digantungatau diketahui umun.
2) Ex cronies dipenjara kerana mencuri duit rakyat ber billions.
3) New cronies tak dapat project baru.
4) Negara bertambah maju dengan pentabiran yang telus/jimat (tidak bocor)
5) Mamak akan hilang kewibawaan yang selama ini digelar “Bapa Modern/pembangunan” sekiranya PR dapat membuktikan kemajuan yang akan dicapai. Dia tak boleh terima sesiapa yang lebih bagus daripada dia dan akan merosakkan rancangan PR yang boleh memberi kemajuan kepada malaysia. Perkara ini terbukti dengan supportnya yang diberi kepada Umno yang dikatakan perasuah dari atas hingga ke bawah. Mana ada orang yang support perasuah seperti dia?
Umno pandai menakutan Melayu dengan May 1969.
Umno cuma tolong Cronies AP, Consortium taxi, Project....etc
Post a Comment