18 August 2012

Mohon kemaafan zahir dan batin di Hari Raya

Hari ini hari terakhir umat Islam menyempurnakan ibadah puasa yang telah disyariatkan Tuhan dan Rasulnya. Bulan Ramadhan al-Mubarak berakhir hari ini dan setiap Muslim yang berjaya menyempurnakan ibadah yang besar ini sedang bersiap sedia untuk menyambut kemenangan di bulan yang mulia ini.

Besok adalah permulaan Syawal dan umat Islam di seluruh dunia menyambutnya dengan kegembiraan serta kesyukuran dan pada siapa yang menyambutnya sebagai hari ibadah, mereka akan tetap berzuhud dengan tasbih dan tahmid bagi meningkatkan tauhid mereka terhadap Tuhan yang Maha Pencipta itu.

Di samping merayakan lebaran ini dengan sanak saudara dari jauh dan dekat umat Islam tidak lupa kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang tidak lagi bersama kita dengan berduyun-duyun menziarahi pusara mereka,

Diri saya seperti juga ramai yang lain sejak empat tahun dahulu saya tidak dapat menahan rasa rindu terhadap ibu saya yang telah meninggalkan kami sejak itu. Hari raya tidak sama lagi seperti semasa ibu masih bersama kami.

Kepada sesiapa yang ibu dan bapa masih hidup, rayakanlah hari yang mulia ini dengan mereka dan berpuas-puaslah bersama ibu bapa kita masing-masing. Doakanlah kealfiatan ibu bapa kita terus menerus kerana apabila mereka sudah tiada, rasa ditinggalkan itu sentiasa berada di dalam jiwa kita.

Jauhilah dari menderhakai ibu samada ibu kita masih hidup atau sudah kembali ke rahmatullah. Mendoakan ibu yang sudah pergi itu pada hakikatnya adalah jalan yang sangat luas untuk ke syurga.

Bagi anak-anak yang soleh mereka akan menganggap ibu mereka sebagai insan yang agong yang telah melahir dan membesar serta mendidik kita sehingga dewasa.

Kata ulamak yang muktabar, ‘ibu itu jika bersalah pun, ia tetap benar dan agong’. Bagi mereka yang telah ketiadaan ibu lagi mohonlah syufaat Rasul untuk memberikan keampunan bagi ibu kita yang telah pergi itu tanpa henti semoga roh-roh mereka berada sebaris dengan roh-roh aulia dan syuhada'.

Akhir kata saya seisi keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua sanak saudara yang berada jauh dan dekat serta semua umat Islam dan khususnya kepada pengunjung blog saya ini mana-mana sekali mereka berada.

Kepada anak-anak serta menantu saya yang berada jauh di negara orang (Dek Naz, Shafiq dan Rini), babah mengucapkan salam aidilfitri dan jagalah diri baik-baik dan sentiasa berusaha untuk mencari keredhoan Tuhan semesta alam ini.

Kepada anak-anak yang beraya bersama di sini, iaitu Kak Long sekeluarga dan Yen, babah mengucapkan selamat kita beraya bersama-sama dan mendoakan adik-adik yang berada jauh di perantauan sentiasa berada di dalam sepenuh kealfiatan.

Kepada cucu-cucu, Dany, serta kembar Riezman dan Riezwan atok menyayangi anda tidak terkira. Pada cucu yang seorang lagi yang berada jauh di negara orang, Zain Qayyum, atok dan tok mak sentiasa merinduimu dan tidak pernah luput dari ingatan atok berdua.

Kepada anak-anakku, jangan lupa mendoakan mama agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan terpelihara dari segala mara bahaya sepanjang hayatnya.

Seperti yang babah ingatkan kamu selalu, mendoakan ibu itu merupakan satu ibadah yang sangat besar fadhilatnya dan jangan lupa untuk melakukannya selalu secara istiqomah.

Akhirnya, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, mohon kemaafan yang zahir dan yang batin. WASSALAM.

13 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya, Pak Aspan yang dikasihi. Walaupun tidak pernah berjumpa, tulisan Pak selalu meninggalkan kesan dihati saya.

Tulisan kali ini mengingatkan saya pada tribute Pak buat ibunda tercinta suatu waktu dahulu. Saya membaca tulisan tersebut mulanya dgn sebak dan diakhiri dgn linangan airmata.

InsyaAllah, Raya ni saya masih diizinkan Allah swt bersama mereka.

Doa saya supaya mereka dan adik beradik saya, juga Pak Aspan sekelurga panjang umur utk menikmati Malaysia Baru. InsyaAllah.

Wassalam.

Quiet Despair said...

Salam Aidil Fithri to Tuan AA and family.
Maaf Zahir dan Batin.
Ucapan sama kepada semua kawan-kawan di sini. Kita sama-sama enjoy, okay.
Tuan AA, pleaselah kasi can kat saya di sini. Janganlah delete sokmo. Heehee.
Terima Kasih. See Ya!

Wak Parjo said...

Assalam Pak Aspan,

Selamat Hari Raya maaf zahir batin,semoga kita bersama merayakan hari besar kemenangan ini dibawah naungan rahmat Allah s.w.t.


Anonymous said...

Saudara Aspan,

Saya bersama keluarga mengucapkan selamat hari lebaran buat saudara seisi keluarga semoga perjuanga saudara sampai kematlamatnya.

Saya sedar sudara ikhlas untuk melakukan sesuatu untuk kebaikan. Walaupun saya tidak mengenali saudara secara peribadi saya faham saudara mempunyai jiwa yang luhur.

Saya akan kembali ketanah air bila PRU tiba. Saudara memberi semngat besar kepada saya.

Salam aidilfitri


Dari

A Rahman Salleh,
Scotland

Anonymous said...

Saudara AA

Selamat Hari Raya. Semoga seluruh rakyat negara kita dapat memilih ahli politik yang jujur dan benar.

Salam.
Observer

Anonymous said...

Hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui perihal ciptaanNya. Selamat Hari Raya AA.

MAHApenipu said...

Salam Aidil fitri kpd Tuan Aspan & family,sahabat2 BN & PR.Sehinggga bersua kembali dialam siber ini,mudah2an dirahmati dan dilindungi Allah hendaknya. Kpd yg bukan Islam,Selamat Bercuti wokey...

Ministers: 90%Cow's Brain 10% Human's Brain for stealing said...

Happy Hari Raya to Pak Aspan@family @friends here...Take care wherever u are...

Apa Nama Pun Boleh said...

Selamat menyambut Hari Raya kpd AA+FAMILI.Kpd geng2 disini jangan lupa undi PR yer...Alarr,,,,QD dah habeh puasa,,lepas nei Hari Raya pulak akan berakhir,,,Tak lama lagi Hari Raya Korban akan menjelma.. Macam mana kalau kita sama2 korbankan BN diPRU13 nei..hehe. Asyik dok main & dengar lagu nostalgia UMNO/BN yg dah out of date tu...tak teringin ker nak tukar taste ke lagu2 baru yg lebih terkini & progresif alunan PR...hehe..maaf zahir batin bro..

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Pak Aspan.Maaf zahir dan batin. dari orang Dusun bah ni.Tulisan Pak Aspan mengenai hal2 semasa dan memahami masalah orang Sabah sangat dihargai.

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

Selamat menyambut Hari Raya Maaf Zahir batin kepada semua.

Surrogate

bruno said...

Saudara Aspan,Selamat Hari Raya to you and family.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Saya mohon kemaafan tuan serta rakan rakan tetamu blog tuan atas kemungkinan terdapat coretan saya yang menganggu serta menimbulkan kedukaan hati kalian.

Saya sudah berada di Batu Pahat, tempat kelahiran saya serta tempat bersemadinya kedua ibu bapa saya.

Semoga tuan sekeluarga sentiasa dirahmati Allah SWT.