Hari ini hari terakhir umat Islam
menyempurnakan ibadah puasa yang telah disyariatkan Tuhan dan Rasulnya. Bulan
Ramadhan al-Mubarak berakhir hari ini dan setiap Muslim yang berjaya menyempurnakan
ibadah yang besar ini sedang bersiap sedia untuk menyambut kemenangan di bulan
yang mulia ini.
Besok adalah permulaan Syawal dan
umat Islam di seluruh dunia menyambutnya dengan kegembiraan serta kesyukuran dan
pada siapa yang menyambutnya sebagai hari ibadah, mereka akan tetap berzuhud
dengan tasbih dan tahmid bagi meningkatkan tauhid mereka terhadap Tuhan yang
Maha Pencipta itu.
Di samping merayakan lebaran ini
dengan sanak saudara dari jauh dan dekat umat Islam tidak lupa kepada ibu bapa
dan ahli keluarga yang tidak lagi bersama kita dengan berduyun-duyun menziarahi
pusara mereka,
Diri saya seperti juga ramai yang
lain sejak empat tahun dahulu saya tidak dapat menahan rasa rindu terhadap ibu
saya yang telah meninggalkan kami sejak itu. Hari raya tidak sama lagi seperti
semasa ibu masih bersama kami.
Kepada sesiapa yang ibu dan bapa
masih hidup, rayakanlah hari yang mulia ini dengan mereka dan berpuas-puaslah
bersama ibu bapa kita masing-masing. Doakanlah kealfiatan ibu bapa kita terus
menerus kerana apabila mereka sudah tiada, rasa ditinggalkan itu sentiasa berada
di dalam jiwa kita.
Jauhilah dari menderhakai ibu
samada ibu kita masih hidup atau sudah kembali ke rahmatullah. Mendoakan ibu
yang sudah pergi itu pada hakikatnya adalah jalan yang sangat luas untuk ke
syurga.
Bagi anak-anak yang soleh mereka
akan menganggap ibu mereka sebagai insan yang agong yang telah melahir dan
membesar serta mendidik kita sehingga dewasa.
Kata ulamak yang muktabar, ‘ibu
itu jika bersalah pun, ia tetap benar dan agong’. Bagi mereka yang telah
ketiadaan ibu lagi mohonlah syufaat Rasul untuk memberikan keampunan bagi ibu
kita yang telah pergi itu tanpa henti semoga roh-roh mereka berada sebaris dengan roh-roh aulia dan syuhada'.
Akhir kata saya seisi keluarga
mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua sanak saudara yang berada jauh dan
dekat serta semua umat Islam dan khususnya kepada pengunjung blog saya ini
mana-mana sekali mereka berada.
Kepada anak-anak serta menantu
saya yang berada jauh di negara orang (Dek Naz, Shafiq dan Rini), babah mengucapkan salam aidilfitri dan
jagalah diri baik-baik dan sentiasa berusaha untuk mencari keredhoan Tuhan
semesta alam ini.
Kepada anak-anak yang beraya
bersama di sini, iaitu Kak Long sekeluarga dan Yen, babah mengucapkan selamat
kita beraya bersama-sama dan mendoakan adik-adik yang berada jauh di perantauan
sentiasa berada di dalam sepenuh kealfiatan.
Kepada cucu-cucu, Dany, serta kembar
Riezman dan Riezwan atok menyayangi anda tidak terkira. Pada cucu yang seorang
lagi yang berada jauh di negara orang, Zain Qayyum, atok dan tok mak sentiasa
merinduimu dan tidak pernah luput dari ingatan atok berdua.
Kepada anak-anakku, jangan lupa
mendoakan mama agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan terpelihara dari
segala mara bahaya sepanjang hayatnya.
Seperti yang babah ingatkan kamu
selalu, mendoakan ibu itu merupakan satu ibadah yang sangat besar fadhilatnya
dan jangan lupa untuk melakukannya selalu secara istiqomah.
Akhirnya, SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI, mohon kemaafan yang zahir dan yang batin. WASSALAM.
13 comments:
Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya, Pak Aspan yang dikasihi. Walaupun tidak pernah berjumpa, tulisan Pak selalu meninggalkan kesan dihati saya.
Tulisan kali ini mengingatkan saya pada tribute Pak buat ibunda tercinta suatu waktu dahulu. Saya membaca tulisan tersebut mulanya dgn sebak dan diakhiri dgn linangan airmata.
InsyaAllah, Raya ni saya masih diizinkan Allah swt bersama mereka.
Doa saya supaya mereka dan adik beradik saya, juga Pak Aspan sekelurga panjang umur utk menikmati Malaysia Baru. InsyaAllah.
Wassalam.
Salam Aidil Fithri to Tuan AA and family.
Maaf Zahir dan Batin.
Ucapan sama kepada semua kawan-kawan di sini. Kita sama-sama enjoy, okay.
Tuan AA, pleaselah kasi can kat saya di sini. Janganlah delete sokmo. Heehee.
Terima Kasih. See Ya!
Assalam Pak Aspan,
Selamat Hari Raya maaf zahir batin,semoga kita bersama merayakan hari besar kemenangan ini dibawah naungan rahmat Allah s.w.t.
Saudara Aspan,
Saya bersama keluarga mengucapkan selamat hari lebaran buat saudara seisi keluarga semoga perjuanga saudara sampai kematlamatnya.
Saya sedar sudara ikhlas untuk melakukan sesuatu untuk kebaikan. Walaupun saya tidak mengenali saudara secara peribadi saya faham saudara mempunyai jiwa yang luhur.
Saya akan kembali ketanah air bila PRU tiba. Saudara memberi semngat besar kepada saya.
Salam aidilfitri
Dari
A Rahman Salleh,
Scotland
Saudara AA
Selamat Hari Raya. Semoga seluruh rakyat negara kita dapat memilih ahli politik yang jujur dan benar.
Salam.
Observer
Hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui perihal ciptaanNya. Selamat Hari Raya AA.
Salam Aidil fitri kpd Tuan Aspan & family,sahabat2 BN & PR.Sehinggga bersua kembali dialam siber ini,mudah2an dirahmati dan dilindungi Allah hendaknya. Kpd yg bukan Islam,Selamat Bercuti wokey...
Happy Hari Raya to Pak Aspan@family @friends here...Take care wherever u are...
Selamat menyambut Hari Raya kpd AA+FAMILI.Kpd geng2 disini jangan lupa undi PR yer...Alarr,,,,QD dah habeh puasa,,lepas nei Hari Raya pulak akan berakhir,,,Tak lama lagi Hari Raya Korban akan menjelma.. Macam mana kalau kita sama2 korbankan BN diPRU13 nei..hehe. Asyik dok main & dengar lagu nostalgia UMNO/BN yg dah out of date tu...tak teringin ker nak tukar taste ke lagu2 baru yg lebih terkini & progresif alunan PR...hehe..maaf zahir batin bro..
Selamat Hari Raya Pak Aspan.Maaf zahir dan batin. dari orang Dusun bah ni.Tulisan Pak Aspan mengenai hal2 semasa dan memahami masalah orang Sabah sangat dihargai.
Salam AA dan bloggers,
Selamat menyambut Hari Raya Maaf Zahir batin kepada semua.
Surrogate
Saudara Aspan,Selamat Hari Raya to you and family.
Tuan Aspan,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Saya mohon kemaafan tuan serta rakan rakan tetamu blog tuan atas kemungkinan terdapat coretan saya yang menganggu serta menimbulkan kedukaan hati kalian.
Saya sudah berada di Batu Pahat, tempat kelahiran saya serta tempat bersemadinya kedua ibu bapa saya.
Semoga tuan sekeluarga sentiasa dirahmati Allah SWT.
Post a Comment