05 September 2012

Dr M perlu ingat, kerbau sudah tidak berapa banyak lagi sekarang

Dr Mahathir berkata BN mampu memperolehi kemenangan majoriti 2/3 dengan beberapa syarat. Di antara syaratnya ialah ahli-ahli UMNO tidak mensabotaj calon-calon UMNO sendiri. Setiap ahli UMNO mesti memberikan sokongan seratus peratus kepada calon UMNO dan BN untuk membentuk kerajaan dan jika calon-calon BN disabotaj oleh ahli-ahlinya sendiri BN mungkin menghadapi kekalahan.

Kenyataan Mahathir itu adalah satu kenyataan yang benar. Bagi pihak Pakatan pun serupa. Jika semua rakyat menerima calon Pakatan Rakyat maka Pakatan Rakyat akan menang dengan majoriti bukan setakat 2/3 tetapi mungkin lebih dari itu.

Maksud saya itu ialah, syarat-syarat yang dikatakan oleh Mahathir itu merupakan perkara yang ‘obvious’ dan itu bukanlah formula yang baru. UMNO sememangnya menghadapi masalah sabotaj itu sejak beberapa lama dahulu dan telah mengalami banyak kekalahan di banyak tempat.

Semasa Dr Mahathir sabotaj UMNO pada pilihanraya 2008 dahulu banyak kerusi UMNO telah tertewas. Dr Mahathir merupakan seorang pemimpin UMNO yang berpengalaman dalam melakukan sabotaj kepada parti yang beliau tubuhkan sendiri dengan keluar dari parti itu dalam waktu pilihanraya sudah hampir pada 2008 dahulu.

Tetapi jika ahli-ahli UMNO sabotaj calon UMNO dalam pilihanraya yang akan datang, itu merupakan tindakan ulangan yang mereka telah lakukan pada 2008 dahulu. Diketuai oleh Dr Mahathir sendiri, seramai 1.5 juta ahli-ahli UMNO telah melakukan sobotaj terhadap calon-calon UMNO dan BN dengan mengundi calon-calon pembangkang. Mengundi calon-calon pembangkang kali ini sudah menjadi biasa kerana mereka sudah terbiasa melakukannya.

Mahathir tidak boleh marah jika ahli-ahli UMNO mengundi pembangkang kerana beliau sendiri telah mensabotaj UMNO dan BN dalam pilihanraya yang lalu dengan menolak BN dan UMNO. Ahli-ahli UMNO ada dua pilihan: samada untuk mendengar nasihatnya pada tahun 2008 dahulu atau menerima nasihatnya yang sekarang.

Kita mesti ingat Mahathir adalah jenis pemimpin yang berubah mengikut musim pilihanraya. Kalau hendak mendengar nasihat beliau pada tahun 2008 dahulu, ahli-ahli UMNO sepatutnya mengundi pembangkang. Kalau kita dengar nasihat beliau yang sekarang untuk mengundi UMNO nanti kita akan diarah pula mengundi parti pembangkang pula pada PRU ke-14 nanti.

Jadi kita akan jadi pusing kepala jika mendengar nasihat Mahathir yang tidak konsisten setiap PRU sampai. Sekejap meminta ahli-ahli UMNO mengundi pembangkang, sekejap meminta mereka mengundi BN pula. Itulah dia Dr Mahathir yang menjadi pujaan mereka yang tidak mengenali beliau. Mahathir sememangnya suka kepada mereka yang tidak ada pemikiran supaya beliau boleh mengarahkan sesiapa ke mana-mana yang beliau suka. Mahathir memang suka jika orang ramai mengikut beliau seperti kerbau yang dicucuk hidungnya.

Saya pernah menulis cerita bagaimana seekor kerbau itu boleh berfikir dan tidak mudah untuk ditarik sesuka hati tuannya. Sekitar tahun 1964 saya masih dalam darjah enam sekolah rendah jenis kebangsaan (Inggeris). Ibu saya meminta saya membawa seekor kerbau belaannya dengan menariknya dari sawah masuk ke dalam kawasan yang berpagar rumah saya. Itu tugas saya setiap petang.

Pada pukul 6 petang setiap hari, saya akan menarik kerbau yang sudah dicucuk hidungnya itu dengan tali yang agak besar (tali dendan) yang diikat kepada kelikir rotan yang telah dicucukkan kepada hidung kerbau itu. Saya tidak ada masalah menarik kerbau tersebut malahan haiwan itu akan mengikut sahaja di belakang dan tali yang diikat di hidungnya itu kendur sahaja.

Sampai sahaja dalam kawasan rumah kerbau tersebut akan ditambat di belakang rumah dan selalunya saya akan memasang unggun api yang kecil untuk memanaskan badan kerbau tersebut. Setiap hari saya melalui jalan yang sama dan tidak mempunyai masalah kerana kerbau itu hanya mengikut sahaja.

Tetapi apabila saya menariknya sambil mengikut jalan dan lorong yang lain kerbau saya tidak mahu mengikut. Dia akan berhenti dan saya tidak berdaya menariknya. Saya terpaksa membawanya kembali dengan menggunakan jalan yang biasa atau lorong-lorong yang dia selesa.

Moral kepada cerita pengalaman saya ini amat mudah difahami. Kerbau itu seekor haiwan yang tidak berakal, tidak seperti kita manusia. Tetapi tidak semua kehendak peribadi saya diturutinya. Maka persoalannya kenapa seekor haiwan boleh menentukan kehendak yang asas baginya sedangkan kita manusia diminta mengikut sahaja kehendak yang memimpin kita tanpa soal jawab?

Sememangnya ahli-ahli UMNO, lebih-lebih lagi zaman sekarang, mahukan calon yang bersesuaian dengan kehendak mereka. Tetapi oleh kerana rakyat keseluruhannya termasuk ahli-ahli UMNO sendiri mempunyai persepsi yang buruk terhadap kepimpinan mereka sendiri, maka siapa sahaja yang diturunkan oleh Najib dan partinya itu akan dipersoalkan oleh rakyat ramai yang mengundi.

Bagi saya UMNO akan menghadapi perpecahan yang sangat ketara sebaik sahaja calon-calon mereka diumumkan. Dalam keadaan yang tidak seteruk sekarang semasa PRU ke-12 dahulu pun seramai 1.5 juta ahli-ahli UMNO mengundi pembangkang, apatah lagi yang akan berlaku dalam situasi sekarang yang lebih teruk dari masa pentadbiran ‘the sleeping PM, Abdullah Badawi’ dahulu?

Ahli-ahli UMNO yang bertemu dengan saya hampir setiap hari pun sudah mula sedar yang kepimpinan hari ini adalah mereka yang sudah menjadi ‘reject items’ kerana mereka tidak mahu lagi kepimpinan mereka menganggap mereka itu seperti dalam cerita kerbau tadi.

Kerbau pun tidak mahu mengikut semua kehendak tuannya sendiri, apatah lagi manusia yang dianugerah Tuhan dengan akal fikiran untuk berfikir baik buruknya keputusan dan tindakan mereka.

27 comments:

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Benarlah....mereka sebenarnya belom mampu memilih calun....calun yang Najib selaku Presiden parti umno (baru) mahu

ATAU

Calun2 yang ingin dibariskan oleh mahatdeyyy selaku TUAN PUNYA parti umno (baru)

Inilah sebenarnya yang sedang berlaku.....Najib tahu dia akan menjadi mangsa. Dalam keadaan umno (baru)/BN sekarang, kalau menang pun mesti dalam keadaan lemah!

Kita sudah saksikan bebudak Perkasa yang banyak bertindak menyebabkan rakyat LEBIH membenci umno (baru)/BN.....Inilah kerja sabotaj parti yang sudah berlaku sejak berakhirnya PRU 12 lalu.

Selepas PRU 13 nanti, siapa yang berani cucuk Najib berpeluang melonjakkan diri menjadi TPM!

Kalo sanggup, sila jumpa mahatdeyyy...hahahhaah

sekian

gheng lama

Anonymous said...

Tafsiran saya mengenai cerita kerbau Pak Aspan tadi agak lain sikit. Bila kerbau Pak Aspan tadi tiba-tiba enggan untuk mengikut lorong atau laluan baru untuk pulang ke rumah kerana sudah terbiasa dengan jalan lama, ianya adalah ibarat ahli-ahli UMNO totok yang jumud akal mereka...enggan menerima perubahan. "Kerbau-kerbau" jenis ini sajalah yang boleh terus-terusan dicucuk hidung oleh Mahathir. Sedangkan kerbau cerdik sudah lama "menanduk" Kutty ini...

bangchaq

Alam Flora said...

As Salam Tuan AA.

Mungkin kerbau di zaman persekolahan tuan tersebut kalau masih hidup sekarang mungkin dah tinggal di dalam Kondo yang dimiliki suami Shahrizat. Kadangkala kerbau yang tuan maksudkan itu pun boleh disamakan dengan bangsa Melayu sekarang ini kerana pilihan (jalan) yang sama sahaja haiwan tersebut mahu turut, kalau jalan lain haiwan tersebut tidak mahu menurutinya. Sinonimnya (sebahagian besar) pengundi saluran 1 dan 2. Mereka ini hanya tahu memangkah lambang Dacing sahaja, tak tahu lambang lain lagi dah walaupun para pemimpin dari parti Dacing itu rata-rata korupsi, bapa rasuah, penjual negara, penyangak, penyamun, perompak, kontraktor jual negara, broker wang rakyat, broker Zionis, agen kapitalis, pemodal iblis dan bapa segala Munafik. Saluran 1 dan 2 ini tidak sedar akan segala setiap malapetaka ekonomi/bajet yang menyusahkan rakyat itu sebenarnya adalah angkara pemimpin dan kroni UMNO/BN yang hanya pandai berniaga dengan rakyat atau berniaga menggunakan dana rakyat. Kalau perniagaan mereka untung, maka hasil keuntungan tersebut hanya mereka yang bolot 100% tetapi kalau perniagaan mereka rugi maka rakyat akan menanggung segala kerugian tersebut, malahan perniagaan kroni mereka langsung tidak terjejas. Itu sebablah jurang kekayaan di antara rakyat dan kroni di negara ini terlalu besar akibat dari sistem pemerintahan dan ekonomi hasil dari acuan Bapa Iblis Kutty dari Kerala yang terlalu liat nyawa nak mampus disebabkan Allah SWT ingin mengingatkan kita (rakyat) supaya memilih pemimpin yang jujur, ikhlas dan beragama (ad'din) untuk menerajui negara, jika sebaliknya (memilih pemimpin korupsi dan munafik) maka kamu rasailah aduhai rakyat hasil dari pilihan kamu semua yang songsang iaitu sebuah negara yang semakin suram dan tidak bermaya. Yang bermaya dan bercahaya adalah para pemimpin korupsi UMNO/BN yang kaya raya hasil menipu rakyat dan menjual negara kamu.

Anonymous said...

hahaha! lucu juga cerita kerbau tuan

kalau dikiaskan dengan ahli umno.

Anonymous said...

mahadir punya jahat..sampai mati rakyat sebut..minta - minta anak mahadir tidak kemana dlm arus politik malaysia..jangan sampai pisang berbuah dua kali..

No more mahadir blood..dlm politk malaysia..

tebing tinggi said...


'Reject item's'

Satu istilah yang amat tepat,itulah masaalah yang paling sukar yang menghantuai para pengundi ,atau bakal pengundi diketika ini,apatahlagi menjelangnya pilihan raya yang akan datang.

Toleh kekanan ,nampak muka-muka UMNO yang dah meluat nak tengok ,malangnya toleh kekiri ternampak muka-muka 'reject item's' dari UMNO dalam PKR,dalam PAS,mungkin dalam DAP agak genuin sedikit ,tapi ada juga barang-barang reject.

Sebenar inilah senario dan delima yang dihadapi olih pengundi-pengundi ,terutama mereka yang tidak berpati. Yang berpati dah tentulah akan jadi macam kerbau yang ditarik saudara Aspan satu ketika dahulu.

Anonymous said...

Alo Tebing tinggi,

Bila orang kluar umno ko panggil reject items? Awat macam lembu neh? Atau ko spesis kerbau balau?

Ada tahu bagaimana umno lama tertubuh? Siapa yg tiba2 naik ambik kuasa sedangkan penyatuan melayu bermula terlebih awal lagi?. Apa itu KMM, API, AWAS, dll pertubuhan2 yg lahir akibat semangat menghalau penjajah?.

Setelah bersatu, Kenapa kemudiannya orang melayu mula kluar umno? Bermula dgn ahli2 yg tinggi ilmu agama Islam menubuhkan Pas, sehingga kini apa yg tinggal dgn semangat asal orang2 melayu yg berjuang lalu sanggup bergabung, sebelom umno tertubuh?. Dah kaji sejarah? Da tahu semua fakta2? Siapa ketua2 orang2 melayu mengikut zaman? Apa peranan orang2 cina dan india zaman tu yg sama2 berjuang?

Aku gase ko duduk jer pelok lembu2 dalam kandang umno (baru) tu. Sebab takde ilmu, tak tahu membezakan umno lama dan baru dan kenapa orang2 melayu tinggalkan umno (baru) yg ada ni.

Ko baca buku sejarah Ramlah Adam ajer ker? Control sket arrr kejahilan tu. Zaman dah berubah, kubang da takde! Orang2 Kubang Pasu pun dah taknak dia!!

Sekian,

Gheng lama

Anonymous said...

Saudara AA dan bloggers

Maksud saudara ni memang Najib, Mahathir dan lain-lain 'are in for a real shock'.

Salam.

Anonymous said...

Seandainya semua ahli Umno 3.5juta, MCA/Gerakan 1.5juta, MIC 1juta undi BN nampak gayanya sah BN tumbang.

Anonymous said...

salam pak Aspan,pengertian saya terhadap cerita kerbau ada lah seperti ahli UMNO yang pada masa sekarang terlalu mengharapkan mereka di beri makan secara percuma,seperti mengharapkan kontrak tanpa tander dan begitu lah kerbau ia tidak boleh berdikari sendiri hanya mengharapkan sipemiliknya nya menghantarnya cari makan dan bawa pulang untuk ditambat

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

Spesia kerbau dalam UMNO semakin berkurangan sebab ramai yang dah 'bersekolah'.

Sethau kita kerbau akan diletak 'blind' berupa penutup mata disisi mata supaya kerbau dpat fokus membajak sawah dan tak sibuk meragut.

Penutup ini berupa sogokan propaganda media UMNO seperti Utusan Malaysia,RTM,TV3 supaya dpt maklumat yang di 'spin'.

Tapi kebanyakan generasi baru sudah terdedah dengan ledakan maklumat melaui media alternatif internet terutama bloggers.

Segala penipuan,penyelewengan dan salahgunakuasa akan diperolehi dihujung jari.

Ini menjadikan pembuat dasar di UMNO kelam-kabut hendak menangani maklumat 'rahsia' yang bocor melalui orang dalam yang prihatin.

Maka diciptalah undang2 baru yang mengekang kebebasan maklumat dan yang menindas 'whistleblower' yang mirip undang2 negara komunis China.

Inilah antara petanda kejatuhan UMNO/BN.

Surrogate

Adlan said...

Cantik sungguh & amat berketepatan sekali dengan sikap penyokong UMNO. Menyokong berasaskan HANYA kepada emosi. Kerap kali penyokong UMNO akan melenting & memaki-hamun apabila tidak mampu berhujah secara intelek, akademik atau simple logic. Penutup hujah mereka selalunya berkisar sekitar bersyukur dgn apa yang ada, berterima kasihlah kpd pemimpin yg pernah berjasa, ketuanan Melayu dan kejayaan mengecapi kemerdekaan. Segala kezaliman, korupsi dan kejahatan UMNO WAJIB ditutp mata.
Ini lah lembu2 & kerbau2 yg amat disayangi pucuk pimpinan UMNO.

Anonymous said...

Syukur.ada masa komen arini tentang tulisan sdr Aspan. Minat , kagum kerana sangat ada umph!

Cuma nak tanya U ALL tak ada ke kau orang nak sponsor cetak tulisan sebaik pengarang ini , masuk dlm akhbar utusan, sisip dan sebarkan disetiap daerah ?atau fotostat dan masukan ke dlm peti surat disetiap rumah taman dan kampung, , di surau , masjid? JANGAN LUPA POS KEPADA SEMUA AJK UMNO!Kat gereja dan tok kong tak yah sebar, depa pasti sokong Pakatan rakyat!KPD AJK PAS , KEADILAN DAN SEANGKATAN DGNNYA, SAYA SERU, Buatlah "amal kebajikan " ini, pasti BN akan jadi mayat serta abunya kita bakar dan hembus di angin lalu!

Bab kerbau lembu ni, pepatah melayu pun ada sebut kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji! Tapi UMNO/BN tak pernah pegang janji.Duit royalti kat Kelantan tu walaupun ada Perjanjian, tapi di songlap! Pegang janji? janji ditepati? Janji nak bantu bagi jawatan MB kat anak si dia tu di kedah ada la!Janji nak jual minyak kat MAS ada laa. janji anak anak si depa tu kaya ada la!
Jadi masih percaya BN? Ho ho....betul lah anda yg dok sokong BN dan UMNO tu macammmmmmm kelebauuu!

Ada sorang laiiii, saban hari melalak kat radio...rakyat jgn jadi lalang, kibarlah bendera tanda sokongan dan cinta pada negaraaaaa! hui, hui, macam nak nangis marayu rayu...macam nak melutut minta simpati undi!.Ah! dulu kini dan selamanya UMNo cucuk idong dan tikam belakang kami, maka kini, nahi nahi, sori , sori,undi BN ? No way!

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Kepada yang mahu berfikir.....Adakah Roh dan Semangat nenek moyang kita masih berada dalam umno (baru) yang ada kini????

Apa bezanya umno (baru)...sejak 1987/88 dengan umno lama yang Tunku bawa itu sejak 1951???

Dan apa bezanya umno lama yang Tunku bawa itu dengan umno lama yang Dato Onn Jaafar asaskan itu, sejak 1946-1951???

Bagaimana pula semangat melayu sebelom 1946?....orang2 melayu tak de semangat?....tak de perjuangan??...tak de ketua???

Sejarah negara/Malaya hanya bermula
setelah umno tertubuh pada 1946?????

Bagaimana Dato Onn dapat satukan umat melayu?? Hanya dengan berlakunya usaha wujudkan 'Malayan Union'?

Apakah yang telah menutup mulut Dato Onn dari berkata2????...Apakah perkara yang tersirat????...PETA???

Mahukah kita kaji, fikir, bahas, dan cari jalan kebenaran????....dan tidak hanya menerima apa yang disogokkan...apa yang ditekankan....apa yang tertusuk dalam minda kita oleh 'mainan dunia'????

Namun Allah swt tahu dan punyai perencanaanNYA.....bab in saya teramat yaqin!!

sekian,

Gheng lama

Anonymous said...

Sori Pak Aspan.....

saya terlupa beri link video.....Dato Onn dan kias tersirat....

http://www.youtube.com/watch?v=Yr9vlRarU1s

.......mendeka! (kata anak saya sewaktu berumur 5 tahun dahulu!!)

sekian

Gheng lama

Anonymous said...

Salam pak aspan,gheng lama dan semua.
La ni meme 'kerbau' dah tak banyak sebab tu UMNO risau. Dah tadak nate nak cucuk hidung. Kerbau zaman Pak Aspan tahun 1964 pun dah tahu beza mana satu jalan selamat, apatah lagi kobaou sekarang. Sebab tu jarang tengok kobaou berkeliaran merata-rata. Yang banyak merayau-merayap la ni lembu sebabnya 'lembu-lembu' ni hidup senang, dah ada kondominium di bangsar, dah miliki mercedes malah masih jadi pemimpin pun, sebab tu la lembu sekor ni suka warna merah. kalau yang dipimpin redo dgn pemimpin jenis ni maknakata pemimpin dan yang dipimpin sama la- kosong-kosong, tadak apa faedah malah menyusahkan.
Satu lagi, kalau tak tikam kawan, fitnah kawan, sabotaj kawan, cah keting kawan, menyusahkan kawan menyenangkan kroni- tak la nama dia UMNO. Ini la dia didikan 'anak kerala' kepada UMNO - DULU KINI DAN SELAMANYA.
Kepada penyokong tegar UMNO tengok la perkara ni. Dakwaan PR tak tau memerintah dakwaan kosong sebabnya bila pula PR tadbir Malaysia. BN yang lama memerintah -55 tahun. Apa kita dapat - tadak apa - kosong-kosong. Yg pasti petrol naik, beras naik tapi harga padi masih sama mcm tahun 1972 dulu-pesawah susah, naik subsidi pun tadak kesan sbb harga racun, sewa mesintuai, upah bajak semua dah mencanak naik. Yg turun saham FGVH ja.
Saya pernah berbicara dgn lebai di Kedah. Dia kata buat apa nak tukaq kerajaan la ni. Dulu BN perintah kami makan nasik dgn ikan temenung. La ni pun makan sama juga. Cuma dulu kami tak lena tidoq mlm bimbang tanah bendang kerajaan ambil buat projek. Hok tu ja la harta yang ada. La ni tak pa dah. Ustaz dia mai jumpa tanya habaq. Kalau tak boleh buat, dia tak buat. Tidoq mlm pun lena. Jadi pasai apa nak tukaq. Anak-anak kerja kolumpo pun nasihat jgn tukaq.
Jadi renungkan sejenak. Beri peluang PR mentadbir Malaysia. Tak lama, 5 tahun ja. Kalau gagal/seleweng kita pakat-pakat tukar pemimpin korup. Tak perlu tunggu PRU. PR pasti tahu dahsyatnya natijah mempermainkan amanah rakyat atau mengkhianati janji yang diikrarkan!!!
Terima kasih.

Anonymous said...

Apa yang Orang Tua nak lagi. Kenapa dia perlu mendesak orang Melayu bukan sahaja berikan undi mereka kepada UMNO tapi juga kpd BN. Sudah lupakah Mahattdevvy ini sebenarnya sudah melewati tarikh luput. Ugut orang Melayu dengan janji palsu tidak akan laku lagi. Satu Contoh yang terkini sudah cukup bagi orang Melayu tolak UMNO, FGVH, satu lagi tawaran kontrak MRT kpd MMC/Gamuda tanpa tender terbuka,kontraktor sedang terganga terkejut berok, DPMM baru sedar bahawa bagi UMNO hanya 1 atau 2 MElayu diTanah Malaysia ini, Melayu lain tidak perlu dibantu. Sedarlah Orang Melayu, jangan serahkalah kpd ugutan Orang Tua ini.

Anonymous said...

Lihatlah anak-anak didik UMNO/BN perangai macam orang yang tidak ada ibu-bapa, tidak dapat kasih sayang untuk menjadi manusia yang bertamadu. Pada 31 ogos baling kasut kpd penceramah (DSAI) memberi tazkirah dlm Masjid. Tutup api, buat bising dengan hailer, agak inikah anak harapan bangsa, tak tahu hormat rumah Allah (masjid). Semalam buat kacau, serbu rumah orang ( Ibu Pejabat PKR ). Anak didik UMNO ni tak paham bahasa ke, tak tahu nak hormat harta orang, rumah orang. Apa dah jadi dengan dia orang ni, harap Bro AA boleh bagi sikit didikan pada depa ni.

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Mahatdeyy sedang meracau!

Dia suruh rakyat Sabah dan Sarawak bersabar sehingga hasil bumi dikeluarkan, dan pembangunan akan sampai? Kampong man tolong jawab sket samada minyak dah dihasilkan di Sabah n Sarawak.

Dia kata PR akan ingin mentadbir sehingga bila2, maka akan berakhirlah all the good things that we all know! What good thing? What things?

Bacalah malaysiakini now!

Sekian

Gheng lama.

P/s - dah meracau macam Saddam membela diri dlm mahkamah jer! Hehehem

Teksi!

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Cuba baca lapuran ini.

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/dr-m-predicts-a-sterner-najib-after-bn-polls-win/

a) Dia mengata (blame) Paklah tak habis2.....dia kata dia tak pandai pilih pengganti! Dia tak sebut berapa ramai 'penggantinya' sudah dia hapuskan!!

b) Lepas PRU nanti, 'Najib will be more sterner'!....dia kata harap2 umno (baru)/BN boleh menang besar dan tubuhkan kerajaan yang kuat!....tapi apa yang sudah dibuat selama ini sudah banyak melemahkan Najib!....komen2 dia, muhideen, Daim, berahim semua sudah lemahkan Najib!....

Skrip sudah tertulis......

sekian,

gheng lama

p/s - dia bercakap perkara2 ini dengan geng orang2 pencen....yang sentiasa 'overwhelmed' dengan hanya mendengar nama dia!!

Anonymous said...

Tuan AA,

Mamak kutty @ spesis umno memang biasa pegang tali saja tapi tidak berpegang janji.Tali kerbau, tali anjing dan sewaktu dengannya.Tali mana yang hendak ditarik dan tali mana yang hendak dilepaskan dan tali gantung untuk menjerut sesiapa saja yang menentang.

Anonymous said...

Halo Setiap tubuh,

Nama saya adalah Ibu Monica Roland. Saya tinggal di London Inggris dan saya seorang wanita senang hari ini? dan saya mengatakan kepada diri saya bahwa setiap pemberi pinjaman yang menyelamatkan keluarga saya dari situasi kita miskin, saya akan merujuk setiap orang yang mencari pinjaman kepadanya, dia memberi saya kebahagiaan bagi saya dan keluarga saya, saya sedang membutuhkan pinjaman sebesar $ 250,000.00 untuk memulai hidup saya seluruh karena saya seorang ibu tunggal dengan 3 anak-anak saya bertemu takut orang yang jujur ​​dan ALLAH pemberi pinjaman yang membantu saya dengan pinjaman Dolar AS $ 250.000,00, ia adalah seorang ALLAH takut, jika Anda membutuhkan pinjaman dan Anda akan membayar kembali pinjaman silahkan menghubungi dia katakan padanya bahwa Ibu Monica Roland yang merujuk Anda kepadanya. Hubungi Pak James Tulang melalui email: (bestloansfinance02@gmail.com)

Bunda said...

Ini adalah pengumuman untuk masyarakat umum. Saya Fadilah dari Surabaya, Indonesia dan saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan / mendidik masyarakat umum tentang mendapatkan pinjaman online.
Satu-satunya perusahaan Anda bisa online pinjaman adalah Dubril Badan Kredit.
Saya menghubungi Dubril Badan Pinjaman ketika saya membutuhkan pinjaman mendesak dan saya ditawari pinjaman pada tingkat bunga 2%.
Hubungi Dubril Badan Kredit melalui email di dubrilloanfirm@gmail.com.
Jika Anda memerlukan bantuan atau informasi tentang bagaimana untuk pergi tentang proses pinjaman, silahkan hubungi saya melalui email saya bfadilah8@gmail.com.
Tuhan memberkati Anda.

Bunda said...

Ini adalah pengumuman untuk masyarakat umum. Saya Fadilah dari Surabaya, Indonesia dan saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan / mendidik masyarakat umum tentang mendapatkan pinjaman online.
Satu-satunya perusahaan Anda bisa online pinjaman adalah Dubril Badan Kredit.
Saya menghubungi Dubril Badan Pinjaman ketika saya membutuhkan pinjaman mendesak dan saya ditawari pinjaman pada tingkat bunga 2%.
Hubungi Dubril Badan Kredit melalui email di dubrilloanfirm@gmail.com.
Jika Anda memerlukan bantuan atau informasi tentang bagaimana untuk pergi tentang proses pinjaman, silahkan hubungi saya melalui email saya bfadilah8@gmail.com.
Tuhan memberkati Anda.

Bunda said...

Ini adalah pengumuman untuk masyarakat umum. Saya Fadilah dari Surabaya, Indonesia dan saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan / mendidik masyarakat umum tentang mendapatkan pinjaman online.
Satu-satunya perusahaan Anda bisa online pinjaman adalah Dubril Badan Kredit.
Saya menghubungi Dubril Badan Pinjaman ketika saya membutuhkan pinjaman mendesak dan saya ditawari pinjaman pada tingkat bunga 2%.
Hubungi Dubril Badan Kredit melalui email di dubrilloanfirm@gmail.com.
Jika Anda memerlukan bantuan atau informasi tentang bagaimana untuk pergi tentang proses pinjaman, silahkan hubungi saya melalui email saya bfadilah8@gmail.com.
Tuhan memberkati Anda.

Anonymous said...

Najib still the best Prime Minister
Of Malaysia..

Anonymous said...

GUA SAYANG SAMA NAJIB !