08 September 2012

Kalau Dr M sokong Najib....

Cebisan fakta yang saya tulis tentang UMNO sejak dua hari yang lepas, susah untuk UMNO memahaminya. Dalam UMNO hanya seorang sahaja ahli yang bekerja keras, iaitu Najib, Presidennya sekarang. Penjelajahan Najib ke seluruh negara telah membelanjakan wang rakyat ratusan juta ringgit. Di sini UMNO juga terlupa yang rakyat sedang memerhatikan tindakan pimpinan UMNO dalam usaha mendapatkan mandat dalam PRU kali ini. Akhir-akhir ini Dr Mahthir sahaja yang keluar untuk menyokong Najib habis-habisan. Seorang sahabat saya berseloroh, “sokongan Mahathir itu ada makna tu!”

Dalam dua posting saya yang terdahulu, saya telah melepaskan apa yang ada tersimpan di dalam jiwa saya dan orang-orang yang sama pemikiran seperti saya memahaminya. Seperti biasa orang-orang UMNO tidak akan faham sampai bila-bila.

Dalam keadaan yang tidak menentu UMNO sendiri tidak dapat meyakinkan partinya sendiri yang mereka akan berjaya mengekalkan kuasa di Putrajaya. Dr Mahathir kali ini bekerja keras untuk mempertahankan UMNO, parti yang beliau tubuhkan dan juga parti yang beliau sendiri mengakui sebagai sebuah pertubuhan yang telah busuk sampai ke ususnya.

Hasil dari warisan pimpinan UMNO yang begitu lemah oleh Mahathir, rakyat tidak lagi memberikan penghormatan yang tinggi kepada parti itu lagi. Di sinilah kegagalan Mahathir kerana semasa beliau berkuasa beliau tidak pernah memikirkan nasib masa depan UMNO itu sendiri. Beliau terlalu tertumpu untuk menguatkan kekuatan peribadi beliau dan mengorbankan masa depan partinya. Beliau sendiri tidak dapat menerima kenyataan yang pimpinan negara mesti dibentuk dan dibina.

Justeru apabila beliau meletakkan jawatan maka yang ada di keliling beliau hanyalah kumpulan pemimpin yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin. Terlalu ‘engrossed’ untuk memperkuatkan kekuatan peribadi beliau maka partinya secara tidak disedari telah menghadapi ‘vacuum’ kepimpinan yang serius. Maka Pak Lahlah yang beliau lantik untuk menggantikan beliau berdasarkan kepada kenyataan yang Pak Lah merupakan Naib Presiden yang tertinggi semasa itu.

Semalam Mahathir mengaku kesilapan kerana memilih Pak Lah sebagai pengganti beliau. Kalau kita hendak tuai apa yang terbit, kata-kata Mahathir ada kebenarannya. Pak Lah kepada beliau merupakan pilihan yang salah. Mahathir sedang mengalih dan menganjakkan semua kesalahan beliau kepada Pak Lah. Mentang-mentanglah Pak Lah tidak menjawab kerana beliau tidak mahu lagi menyibuk setelah beliau bersara.

Kalau Mahathir tidak melantik Pak Lah semasa beliau bersara siapa pula yang sepatutnya mengambil alih beliau? Kalaulah beliau memilih Najib semasa itu, ramai merasakan yang keadaan sekarang akan lebih teruk dari sekarang. Jadi kenyataan Mahathir yang beliau melakukan kesalahan kerana memilih Pak Lah untuk menggantikan beliau itu amat ‘personal’ dan nampak sangat dendam kesumat beliau terhadap penggantinya itu.

Mahathir tidak menyedari selembut-lembut Pak Lah, beliau adalah seorang yang degil dan sangkaan Mahathir yang Pak Lah akan membenarkan beliau (Mahathir) masuk campur dalam pentadbirannya adalah salah. Mahathir tidak mengenali Pak Lah dengan sebenarnya. Walaupun Pak Lah itu seorang yang lembut, tetapi lembut beliau bukan untuk disudu. Kalau Pak Lah itu keras orangnya, keras beliau itu bukan untuk ditakek. Oleh kerana Pak Lah tidak membenarkan Mahathir untuk menyudu atau menakek beliau (Pak Lah), maka Mahathir kecewa dan mula membidas Pak Lah ‘without mercy’. Kalaulah Pak Lah membenarkan Mahathir masuk campur seperti Najib sekarang ini Mahathir tidak akan mengkritik Pak Lah sedemikian rupa.

Menyalahkan Pak Lah seratus peratus adalah tidak rasional untuk Mahathir melakukannya. Kecelaruan negara kita bukan dimulakan oleh Pak Lah. Ia bermula dari Mahathir lagi. Pengakuan Mahathir yang beliau selalu salah memilih penggantinya itu adalah benar. Musa adalah lantikan beliau, Ghaffar Baba pun lantikan beliau. Selepas Ghaffar, Anwar Ibrahim pula dan selepas Anwar, Pak Lah. Semua lantikan beliau akhirnya tidak bersesuaian dengan beliau (Mahathir). Kalau beliau tidak suai dengan semua pihak, maka Mahathir mesti melakukan introspeksi dirinya sendiri.

Sesungguhnya yang membuatkan beliau tidak bersesuaian dengan semua timbalan atau pengganti beliau itu sudah cukup membuktikan Mahathir memang tidak boleh bersesuaian dengan semua orang terutamanya mereka yang mempunyai pengaruh yang Mahathir takuti. Itu sahaja yang boleh membuktikan kenyataan ini.

Sekarang timbul satu persoalan lagi terhadap Mahathir. Jika semua orang yang disokongnya akhirnya terbukti yang itu merupakan kesilapan Mahathir memilihnya, apa pula alasan untuk kita yakini yang pilihan beliau untuk menyokong Najib untuk terus menjadi pemimpin nombor satu negara itu adalah tindakan yang tepat untuk beliau.

Bagi saya, jika lantikan beliau dahulu tidak seorang pun yang bersesuaian untuk negara, saya juga menjangka yang suatu hari Mahathir akan bertelagah dengan Najib. Mahathir akan bergaduh dengan Najib seperti beliau bergaduh dengan Pak Lah jika Najib tidak memberikan keistimewaan terhadap anakandanya yang bernama Mukhriz untuk menjadi pemimpin negara di masa depan.

Tindakan Mahathir semuanya bersandarkan kepada politik peribadi dan keluarga beliau. Itulah sebabnya rakyat tidak mahu memberikan sokongan kepada Mahathir kerana rakyat sudah berfikir dan mereka tidak mahu lagi dilaga-lagakan oleh Mahathir kerana Mahathir hanya bertindak untuk kepentingan beliau dan keluarga beliau sahaja.

Tindakan Mahathir dengan sukarela melakukan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan kepada penyelia kemas atau pegawai penerangan khas jabatan penerangan memang tidak ada siapa yang mengagaknya akan berlaku. Kita memilih untuk menyakinkan diri kita yang Mahathir akan menjadi seorang negarawan besar negara, tetapi tindakan beliau sekarang telah menjatuhkan martabat beliau ke tahap penolong kepada Ahmad Maslan sahaja.

Pendeknya kita memang sudah bersetuju kepada satu formula baru dalam memilih seseorang pemimpin. Formulanya senang sahaja. Formulanya ialah, kita jangan menyokong sesiapa yang disokong oleh Mahathir, kerana sesiapa yang disokong oleh Mahathir suatu hari nanti akan menjadi pemimpin yang lemah dan kurang kegunaan dan faedah untuk negara.

Seperti yang kita dengar akhir-akhir ini Mahathir sedang menyokong Najib dan kumpulannya. Apabila itu pilihan Mahathir maka benarlah tindakan ramai rakyat menolak pilihan Mahathir kerana tidak seorang pun yang disokong oleh Mahathir itu tidak menghadapi masalah. Baik Musa, Ghaffar, Anwar dan Abdullah Badawi semuanya bermasalah.

Kalau kita ikut kehendak Dr Mahathir untuk menyokong Najib, ia bermakna kita menyokong calon yang salah seperti yang terbukti dengan pewaris-pewaris kepimpinan Dr M yang lalu. Ini merupakan satu kebenaran dan Mahathir sendiri mengakuinya semalam.

23 comments:

Anonymous said...

Mahathir patut berehat dari politik tetapi tumpukan kerja2 amal .Politik ada turun naik jadi eloklah kepada yang muda .Umno akan kacau bilau apabila kapal mempunyai dua nakhoda dan ini jelas apabila rakyat telah mempersoalkan tujuan Mahathir bertungkus lumus sedangkan eranya dah berakhir.Semua dah sedia maklum yang Mahathir mempunyai udang yang besar disebalik batu apabila Umno memerentah tapi kalau umno kalah busuk udang besar itu akan diketahui semua rakyat .Semua anak mahathir perlukan umno menang apalagi mahathir jika tidak bukan semua yang dihajatnya berkechai disamping segala yang disuruknya juga akan makan tuan.Saya harap rakyat dapat baca apa yang mahathir nak dan jangan sekali benarkan kerana negara ini untuk semua rakyat bukan untuk kroni2 mahathir.Lagi lantang mahathir becakap lagi banyak kelemahan diketahui dan lagi ramai orang umno meminggirkan Umno.Elok juga dibiarkan mahathir berkempin supaya rakyat bolih baca mengapakan mahathir bersusah payah lagi kerana tugas dan matlamat sudah tercapai....

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

Kleptomaniac.

Itulah gambaran tepat untuk Mahathir/UMNO.

Ia bermaksud seseorang yang gagal mengawal keinginan untuk 'mencuri'.

Siang malam berfikir macamana nak cilok harta negara melalui pelbagai cara penswastaan,rundingan terus,penama (nominee),proksi,kroni dll.

Memajukan negara dan memperjuangkan rakyat miskin bukan lagi menjadi keutamaan.

Kerani tahap SPM pun boleh mencongak berapa gaji menteri berbanding dengan kehidupan mereka penuh kemewahan.

Open secret.

Kalau dulu zaman 50an sampai 70an bila UMNO diterajui oleh cikgu2 dan 'peon' (kerani) memanglah niat murni hendak memajukan bangsa dan negara.

Saya pernah menjadi 'pemuja' Mahathir pada tahun2 awal beliau naik PM kerana terhibur dengan slogan2 pro rakyat seperti bersih,cekap,amanah dan kepimpinan melalui teladan.

Itu semua berubah bila Mahathir mengagihkan projek kepada ketua2 bahagian dan cawangan untuk 'membeli' kesetian.

Pasti mendapat pencalonan penuh dan menang tanpa bertanding pada pemilihan UMNO.

Cara2 bagaimana beliau mencantas pencabar dalam UMNO, menguasai badan perundangna dan kehakiman,agensi2 keselamatan dan penguatkusaan dan Raja2 melalui tipu muslihat dan ugutan yang licik secara sistematik tak payah lah kita nak buang tenaga mengulangi kerana umum sudah sedia maklum.

Begitulah 'genius' Mahathir.

Kita mencadangkan Mahathir mendermakan otaknya apabila beliau sudah tiada untuk dibuat kajian sains.

Otaknya bolehlah dibekukan dan dipamerkan di muzium supaya rakyat dapat mengambil iktibar dan pengajaran agar tidak melakukan kerosakan di muka bumi Allah.

Semoga umur beliau dipanjangkan untuk melihat UMNO (baru) terkubur.

UMNO sudah menjadi barah peringkat ke-3.

Jom tukar!

Surrogate

Anonymous said...

Saya ada seorang kawan mamak yg baik. Dia pernah cerita kaum mamak ada cara utk pikat melayu. Buat baik dan manis muka di anjung rumah, nanti melayu biarkan mereka (mamak) masuk ke dapur dan akhirnya bilik tidur. Kaum mamak tau melayu ni alah dgn orang berbudi.

Pandangan tuan tepat. Mahathir sendiri dah mengaku silap pilih musa, ghafar, anwar dan dolah. Lepas ni dia tentu mendakwa silap pilih najib pula. Seperi ucapan tuan agenda mahathir amat jelas. Dia cuma ingin menjaga kepentingan diri dan keluarganya. Inilah tradisi mamak memijak melayu. Nanti setelah tidak ada sesiapa lagi untuk dipersalahkan, dia akan menyalahkan Tuhan pula kerana menjadikannya sbg manusia mamak. Sedarlah wahai melayu, nilai dan maruah bangsamu jauh lebih mulia dan utama dari keling ini. Pepatah melayu menyebut: kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana keling seekor musnah melayu senegara.


- rasio

tebing tinggi said...

Persolan yang timbul sekarang ,siapa yang hendak kita sokong ?.

Tengku A,Rahman ;dipersalahkan
Tun A,Razak ;dipersalahkan
Tun Husin ;dipersalahkan
Tun Mahadir ;lagi salah
Tun Abdulah ;memang salah
Tun Najib ;semuanya salah
Poneng den dah tak tau apo nak buet,serobosalah.
Den raso den belo kobou jo cukop maso den semboleh.

Anonymous said...

Jawapan nya sangat senang saudara ku aspen, mahathis ni kita tak tahu susur galurnya, beliau seorang mamak penipu, status beliau sama dengan tun ali bendahara melaka yang terakhir, seorang penipu, pembelot dan penyangak. Yang penting kepada mereka ialah survival dan keuntungan sendiri dan keluarga. Benar kata para budiman, kenali asal usul sesorang itu sebelum diangkat menjadi ketua,, apa asal usul mahadir??

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Musa?
Ghaffar?
DSAI?
Paklah?

Kesemua ini TPM mahatdeyyyy?
(Ini yang kita tahu)

Apa yang kita tidak tahu? (cerita dari melaka!)

Sebenarnya mahatdeyyy mahu naikkan Rahim Tambeee selaku TPMnya suatu masa dahulu....masa Rahim Tambee KM Melaka dan Ketua Pemuda umno (baru). Perkara ini saya tahu dari seorang mamat singapore yang muniaga di melaka.....dia bukan peniaga biasa....dia berhubungan akrab dengan rahim!

Rancangan ini gagal kerana mahatdeyyyy gagal kawal tambee dak rahim!!!

kahx1000000!!!...

kesian LGE!....(kalu rahim dapat naik jadi TPM, senang sketlaa mukrizzz dapat ikot utk naik!)

apakan daya....boya tersedak tertelan dedak!! heheheh

sekian,

gheng lama

p/s - Tamrin senyummm....yang dia sebut malam tadi saya censored!....kikikiikkiik

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Maaf....nak tambah sket lagi, harap2 bole yo!

Menurut Allahyarham Cikgu Abdul Kahar Ahmad, dari Muar.....Najib ni budak....budak yang dibela....dipanggil budak kerana dia generasi kedua (anak seorang PM) yang pertama akan naik jadi PM....laluan dia mahatdeyyyy akan buat.....tapi udah dipanggil budak, maka budaklahh....

takkan dibiarkan lamaaaaa budak ni.....(lebih kurang penutup kata2 Allahyarham)

sekian

gheng lama

p/s - siapa yang akan Paklahkan Najib selepas PRU 13 nanti? Zul Kulim?....Brahem?....layakkah mereka berdua ni jadi calun TPM?

umno (baru) akan bergolak...pergaduhan sesama mereka....saya teringat kata2 TGNA di Jalan Kebun, Kelang satu ketika dahulu.....seram!!

Anonymous said...

Masih terngiang-ngiang di telinga saya kata2 almarhum Ust Fadhil Noor sewaktu kempen PRU10 dulu. Almarhum kata 'Saya doakan Dr M panjang usianya supaya dia dapat menyaksikan kerosakan yg dia buat.'

-MAKORANG-

Anonymous said...

Tuan AA,

Begitulah kesudahan seorang bekas pemimpin yang gagal menempatkan dirinya dalam kalangan pemimpin yang disegani.

Perjuangan yang benar adalah seperti perjuangan Nelson Mandela, walaupun lama meringkuk dalam penjara, dimana saja dipelusuk dunia ini,dia tetap akan menjadi ikon kepada pejuang hak-hak kemanusiaan.

Semua tahu Mamak kutty lama memerintah tapi masih susah payah, Ironinya pula seseorang yang lama dipenjara lebih TENANG DAN AMAN dari seseorang yang lama dalam kuasa.Apalah dia buat masa berkuasa dulu ??Sama-sama kita fikirkan.

Anonymous said...

tebing tinggi,

tiada siapa yang boleh menyalahkan sdra kerana pening dan serabut yang amat sangat. Ibarat kata, otak anda bukan untuk fikir matematik, sains dan seumpamanya. jauh sekali untuk memahami matematik tambahan, fizik, kimia. Mungkin kemampuan anda hanya untuk baca sastera penglipur lara dan kalau akhbar, utusex sahaja dan kalau menonton hanya berita RTM dan buletin utama sahaja. Kalau blg, blog parpukari dan sewaktunya merupakan blog yang sealiran dan sejiwa sdra yang mudah difahami.Jangan merasa rendah diri.Kita terima kekuatan dan kelemahan diri yang ada, tiada apa nak dimalukan.

janganlah menambahkan serabut kepala anda memikirkan perkara-perkara yang tak mampu nak fikir. nasihat ikhlas saya kepada saudara teruskan memuja Mahathir dan barisan pemimpin UMNO baru yang ada. Dalam PRU 13 nanti, pangkah aje BN. Senang cerita. banyak lagi perkara besar nak kita risau seperti kos barang harian semakin meningkat, duit kita semakin kecil sedangkan pendapatan tak bertambah dsb.

Anonymous said...

Apabila seseorang itu sudah lama berkawan dgn Setan, dia akan terus menjadi hambanya. Seumur hidupnya dia akan mengabdikan dirinya membuat kerja-kerja perosak. Kan ini kerja Setan. Memusnahkan apa yg baik, melalaikan anak Adam, mengelirukan manusia supaya melakukan perbuatan yg mungkar dsbnya. Mahathir mengakui dia sudah kenal Setan. Dia tdk mempercayai Malaikat krn dia tdk kenal. Olih krn tdk kenal dia tdk percaya yg Malaikat akan buat semua yg baik, walau pun Malaikat melakukan sesuatu hanya dgn perintah Allah set. Inilah Mahathir yang dgn bantuan Setan telah bejaya memecahkan bangsa Melayu dan membawa UMNO ke era kehancuran...

Anonymous said...

Anaon 15.06,

Biarlah tebing tinggi berfikir begitu. Nampaknya semua pemimpin umno banyak yang salah.Tidak mungkin begitu dan siapa pula yang betul ?Dalam banyak salah pun Mahathir boleh memerintah 22 tahun dan atas pilhan rakyat majoriti juga.Allah juga memberi Tun nikmat kesihatan dan umur untuk melihat negara Malaysia yang berjaya.Ini semua kekuasaan Allah.Sekira Allah mahukan PR menang dan berjaya juga boleh.Segala apa juga keputusannya tentu ada sebabnya terjafi begitu.

Anonymous said...

Anon 21:17,

Saya bersetuju dengan anda. Saya juga bersyukur Dr M di berikan kesihatan oleh Allah, dan diharap panjang umurnya untuk menyaksikan apa akhirnya yg terjadi kepada rakyat di atas perbuatan beliau selama 22 tahun memerintah dengan segala intrigue politik yg tidak bermoral itu.

T Kasih.

alfian

Anonymous said...

Tuan, selagi Pakatan Rakyat(PR) mendapat sokongan kuat dari rakyat selagi itu che Det merasa takut. Takut kena tindakan bila PR berkuasa. Dia sokong Najib walaupun lemah kerana Najib selalu ikut cakap dia tidak seperti Pak Lah yg tak dengar kata (Mahathir). Dia juga mau anak dia berkuasa, jika ini berlaku dia "terselamat selama-lamanya"

PokAmid said...

Apa yang tersirat, UMNO 1946 telah dikuburkan Mahathir dan dia sendiri yang tubuhkan UMNO Baru (Mahathir). Akibat kecelaruan UMNO Mahathir ini, rakyat banyak akan menguburkan pula UMNO mahathir ini tak lama lagi, insayallah!!

Adlan Noh said...

Kalau gitu, bagaimana pulak dgn pilihan Mahathir keatas MUhyidin? Tentu tak betoi jugak. Moral of the story, selagimana Mahathir hidup, selagi itulah pemimpin UMNO yg dipilih adalah pemimpin yg tersalah pilih. Justeru, kita kena tolak UMNO laah jawabnya. Let's support ABU.

Anonymous said...

anon 21:17:00 GMT+08:00,

Melihat tindakan melatah mahathir akhir-akhir ini tidak menunjukkan sikap konfiden dengan pemerintahannya selama 22 tahun yang dipilih oleh rakyat sebagaimana dakwaan anon 21:17:00 GMT+08:00.

Arwah Tun Hussien Onn selepas bersara, tak ada kalut macam maahathir pun. Itulah sepatutnya dilakukan oleh orang bersara yang yakin dengan apa yang dia buat semasa dalam perkhidmatan. Begitu juga dengan Almarhum Tunku Abdul rahman. Semasa Mahathir menjadi PM, dia tidak kalut mengkritik pentadbiran TDM walaupun dia begitu marah dengan TDM sehingga memecat TDM dari UMNO. Dia mula mengkritik apabila TDM menubuhkan UMNO Baru. Beliau mengkritik parti bukan kerajaan. bahkan inilah kenvensyen bekas pemimpin-pemimpin dunia yang lain.

Mengapa TDM begitu kalut sekali mutakhir ini? Dia adalah mantan Presiden UMNO Baru dan PM tetapi tindakan beliau mengalah penyandang jawatan-jawatan tersebut. Agaknya dia menyesal kot melepas jawatan dulu kot, jadi sekarang ni naik meroyan nak balik jawatan-jawatan tersebut. UMNO barukan ada cara jika nak rebut jawatan dalam parti. Pemilihan nanti masuk le bertanding jawatan Presiden jika beliau merasakan presiden sekarang lemah ke, tak layak ke. Tidak ada peraturan dalam umNO Baru melarang bekas Presiden nak kembali merebut balik jawatannya demi kebaikan parti dan negara.Ong Kah Ting pun pernah buat gitu dalam MCA.

pasai umur panjang ni apa nak kecoh. Itu kerja Allah. Ajal maut adalah ketetapan Allah sejak azali bukan kerja manusia.

Anonymous said...

Skarang ini,Najib Sangat berharap mahadey akan mati cepat,kerana terlalu banyak mencampuri urusan najib..najib juga berkira kira untuk menjadi pm yg lama...

Sikap Mahadey juga merisaukan mahayudin..tempuh matang muhriz dlm kebenet makin dirasai..kemungkinan mahayudin akan seperti gafar baba,anwar,mussa hitam yg kempunan untuk menjadi pm ( dlm sejarah msia..belum ada bini pm pakai tudung)..

Sikap mahadey juga akan memecah belah melayu dlm umno..(mahadey patut digelar bapa pepecahan melayu)..

Wawasan 2020 hanya tinggal 8 tahun sahaja..jika muhriz tidak dilantik sebagai pm..wawasan 2020 adalah gagal...

Ahli majlis tertinggi umno yg mcm bangkai sekarang (tidak berfunsi) akan kembali aktif selepas bn kalah dlm pru akan dtg..

Muhriz yg tidak mempunyai kaliber dan kekuatan untuk menjadi pemimoin negara patut sedar diri..yg beliau tidak dikehendaki oleh bangsa melayu..

Umno yg telah sekian lama diterajui oleh pemimpin yg kalah dlm pemilihan parti dan pilihanraya..seakan mengali kubur sendiri..

Hanya penipuan dlm pru yg akan dilakukan oleh umno untuk berkuasa..dan sesungguhnya Allah yg MAHA BERKUASA...

Anonymous said...

Cuba siasat siapa kah mahadir sebenarnya???

Beliau adalah mamak/bukan melayu jika di ikut keturunan sebelah bapa...Bagaimana seorg yg bukan melayu pada tahun 50-60an yg semangat kebangsaan yg begitu menebal..mahadir boleh menyusup masuk dlm umno..adakah beliau seorang freemason???

David masyal..salah seorang bekas ketua menteri singapura dan yg merangka perlembagaan malaysia ketika mahadir belajar di singapura adalah seorang yahudi...

Kita mohon sesiapa yg mempunyai sumber menyiasat siapa kah mahadir sebenarnya...

Anonymous said...

Mahathir bukanlah pemimpin yang hebat dan tersohor. Pemimpin yang hebat tidak akan menggunakan kuasa, pengaruh dan wang untuk kekal berkuasa. Kesetiaan pengikut dan kelangsungan hayat pemerintahan mereka disebabkan oleh elemen-elemen yang tersebut di atas. Tiada keikhlasan dan kerelaan sebenar yang lahir dari hati mereka. Sebab itu rakyat Malaysia perlu belajar mematangkan diri dalam berpolitik. Pilih mereka yang memiliki ciri-ciri yang boleh membawa kesejahteraan kepada agama, rakyat dan negara. Kita pilih mereka bukan untuk menjadikan mereka raja tetapi mewakili kita untuk memakmur dan memajukan komuniti dan kawasan kita sendiri. Mahathir tak dapat pencen dengan tenang dan damai. Kerana apa? Ya, kerana anak-anak Mahathir sendiri. Bagaimana mereka naik? Umum sudah mengethauinya. Tak perlu jelaskan lagi. Pakatan Rakyat semakin kuat dan kukuh. BN semakin goyang. Ini yang menggoyah dan menggegarkan Mahathir. Masa depan Mahatir dan anak-anaknya terasa goyah dan malap. Inilah kesan daripada pemimpin yang menggunakan kuasa (secara salah), pengaruh (keterlaluan)dan wang (rasuah) untuk kekal berkuasa dan menolong kroni serta mengamalkan nepotisme. PRU13 adalah medan penting dan kemuncak peralihan kuasa. Penguatkuasa seperti polis, kehakiman/guaman dan pengurus pilihan raya bersepakat untuk tidak mengikut telunjuk pemimpin-pemimpin atasan mereka bila mana diputuskan bahawa PR memenangi pilihan raya. Dipercayai, huru hara tidak akan wujud walau pun pemerintah cuba menciptanya. Barulah kematangan bepolitik wujud dan rakyat telah menggunakan kuasa mereka dengan tepat dan betul.

tebing tinggi said...

Anonymous 8 sept 15:06

Sekarang ni kobou den dah semakin lamo semakin mombiak ,masing-masing pandai mongambil kosompatan akan poluang yang aden bagi,gomok-gomok belako. Apa yang eden bagi digunokan sopenohnya.Hai botambahlah hasil den !. Setiap kobou den ado tando namo,maklomlah kobou pawah ,tak pakai anonymous ,sonang aden nak bekiro.

Anonymous said...

Kobau pawah A: Alahai, camno den nak naik ni, tobeng tinggi ni. Badan borat, gomuk!

Kobau balau: Itula ko pawah, tolak kayu dan bosi ja semuanya ko bodal! Sapo ajor?

Kobau pawab B: kami ikot tuan kami, semuanya halal dio kato! Sonang!

Kobau pawah A: iyola balau. Kadang2 tido sampai pagi tak lolap, prot sakit!

Kobau pawah B: bila kami bagitau prot sakit, tuan kata, kenapo? Kandang sompit? tak selesa? Ekau nak tido dgn amoi tampin?

Kobau balau: tuan ko tu budak pemudo amnoo kg tobeng tinggi kaa? Hehehehe

Orghang masjid tanah colup

Anonymous said...

betul3x...Allah SWT memanjangkan umur mahathir untuk diadili dikemudian hari.