01 September 2012

Puluhan juta wang dibelanjakan, Jalur gemilang tidak juga berkibar

Semalam genap 55 tahun negara kita merdeka dan begitu rapi persediaan yang diuruskan untuk merayakan hari kemerdekaan ini oleh kerajaan. Perayaan ini merupakan satu perayaan yang termahal sekali dan itu tidak mengapalah kerana memang sudah menjadi budaya kita berbelanja berlebih-lebihan untuk perayaan. Wang yang dibelanjakan pun bukannya duit siapa tetapi duit rakyat yang membayar cukai dengan keringat dan darah mereka.

Perayaan mengingati hari kemerdekaan di negara kita merupakan perayaan yang terboros sekali. Setahun yang lepas saya sempat melihat majlis ulang tahun negara Australia melalui kaca TV yang saya sudah lupa dari saluran mana. Tetapi Australia merayakan secara ‘simple’ tetapi meriah. Majlis itu yang berlangsung dalam kurang dari dua jam hanya mendengar ucapan Perdana Menteri yang ringkas. Tidak ada bas disewa oleh kerajaan untuk mengangkut orang ramai dengan elaun kehadiran sebanyak RM30, baju-T dan sebagainya.

Semua Ahli Jemaah Kabinetnya hanya duduk di atas barisan kerusi yang ‘simple’ dan mudah dan kita boleh tahu mereka tidak menggunakan wang rakyat yang begitu banyak untuk merayakan hari kebangsaan mereka. Sebaliknya kita di sini membelanjakan wang rakyat berpuluh-puluh juta untuk merayakan hari kebangsaan kita. Tetapi tak mengapa juga rakyat kita kebanyakannya tidak kisah harta benda mereka diperkosa seperti ini dan ada yang masih memberikan sokongan pihak yang membelanjakan wang mereka dengan boros itu.

Tetapi selain daripada memberikan komen tentang pembaziran ini saya ingin memberikan pemerhatian saya terhadap perayaan hari kebangsaan kita yang saya nampak tidak mendapat sambutan rakyat. Banyak publisiti yang kita dengar dan lihat tentang seruan untuk menaikkan ‘jalur gemilang’, tetapi di mana-mana kita pergi orang ramai tidak nampak jalur gemilang dikibarkan di premis-premis perniagaan dan rumah-rumah kediaman rakyat yang ramai.

Keadaan ini lebih jelas lagi dari keadaan semasa perayaan hari kebangsaan pada tahun 2008 dahulu. Kali ini tidak nampak semangat mengibarkan jalur gemilang itu lagi. Kereta-kereta serta teksi-teksi yang baru sahaja mendapat empat biji tayar pun tidak nampak mengenakan jalur gemilang di kenderaan-kenderaan mereka. Malahan situasi hambar tentang pengibaran jalur gemilang kali ini adalah yang terburuk dan terendah sekali penyertaan dari rakyat ramai.

Rakyat nampaknya sedang menjelaskan lagi sikap dan pandangan serta pendirian mereka terhadap seruan media yang meluas supaya semua rakyat mengibarkan jalur gemilang pada 31 Ogos ini. Nyata rakyat ramai tidak bersama memeriahkan hari kebangsaan ini dan elok setiap orang mengkaji kenapa keadaan ini berlaku. Yang pasti rakyat tidak boleh dipujuk-pujuk dengan duit-duit raya atau hadiah-hadiah yang tidak boleh menjamin masa depan negara mereka. Rakyat merasa jemu dengan cara pimpinan hari ini melayan mereka seperti melayan kanak-kanak ‘kindergarten’: boleh dipujuk dengan gula-gula dan coklat sahaja.

Kedapatan ramai yang mendapat jalur gemilang secara percuma pun enggan mengibarkan jalur gemilang di premis-premis kediaman mereka. Dengan sambutan hambar ini kita boleh membuat penilaian secara ‘conclusive’ yang rakyat tidak lagi menghiraukan perayaan hari kebangsaan ini. Tentulah situasi seperti ini berlaku dengan bersebab.

Bagi mereka yang serius membuat pemerhatian ini akan secara automatik berpendapat yang itu merupakan ‘reflection’ atau ‘manifestation’ rakyat terhadap kekurangan keyakinan terhadap kepimpinan negara.

Dalam kita sedang berada di ambang pilihanraya, kita sudah boleh menilai dengan agak tepat apa yang akan berlaku di dalam pilihanraya nanti, dan keputusannya merupakan keputusan yang ‘predictable’. Orang ramai berpendapat perbelanjaan yang terlalu boros itu merupakan tanda pimpinan sekarang tidak sayangkan negara kerana yang akan kekeringan adalah perbendaharaan rakyat.

Kepada rakyat kini, cara pimpinan kita berbelanja wang rakyat untuk majlis-majlis keramaian dan parayaan ini serupalah seperti tindakan-tindakan makhluk perosak. “Leaders of these days are bunch of pests,” kata seorang kenalan yang bersama-sama saya minum kopi di salah sebuah kedai mamak di Subang Jaya semalam.

“Giving Pakatan Rakyat the opportunity to take over the government is not an option. It’s a must,” kata seorang lagi bekas pegawai tinggi kerajaan yang baru sahaja bersara sebulan yang lalu.

44 comments:

nasa said...

Maafkan saya menyampuk, tuan. Saya rasa kebanyakan majlis yang diadakan selalu diperbesar-besarkan dan mmg membazir. Majlis 2 jam dijalankan persiapannya selama 2 minggu. Kadangkala diswastakan dengan kos yang tidak menasabah. Ada jua baiknya bila buat di kampung, dapat juga orang kampung makan daging dsb yang merupakan terbaik dibanding hidangan harian mereka.

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan;

Di harap perangai Syaitan yang suka berbelanja boros, berpesta, bersukaria, berpoya-poya menjadi pengajaran dan sempadan bagi PR apabila memerintah kelak.

Perangai kerajaan sekarang berbelanja boros kerana takut nanti kempunan nak joli apabila melihat satu kerajaan baru yang berbelanja wang negara dengan penuh cermat dan "berakauntabiliti".

Keborosan yang berlaku sekarang juga merupakan "Last Kopek"dari kerajaan Haramjadah yang diketuai oleh ketua mereka yang buat-buat cerdik.
Kami mendoakan Tuhan akan menyedar dan memberi pengajaran kepada mereka apabila mengangkat PR memerintah sambil mengajar mereka yang berkuasa pada hari ini macamana "Good Governance" dilakukan.

Ingat,jangan lupa diri apabila diberi maandat memerintah kelak;

Ya Allah, Redailah dan kurniakanlah satu kerajaan baru bagi Malaysia kerana kerajaan sekaran telah tamat tempoh peluang yang diberi dan sampai umor bersara......myi

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan;

Di harap perangai Syaitan yang suka berbelanja boros, berpesta, bersukaria, berpoya-poya menjadi pengajaran dan sempadan bagi PR apabila memerintah kelak.

Perangai kerajaan sekarang berbelanja boros kerana takut nanti kempunan nak joli apabila melihat satu kerajaan baru yang berbelanja wang negara dengan penuh cermat dan "berakauntabiliti".

Keborosan yang berlaku sekarang juga merupakan "Last Kopek"dari kerajaan Haramjadah yang diketuai oleh ketua mereka yang buat-buat cerdik.
Kami mendoakan Tuhan akan menyedar dan memberi pengajaran kepada mereka apabila mengangkat PR memerintah sambil mengajar mereka yang berkuasa pada hari ini macamana "Good Governance" dilakukan.

Ingat,jangan lupa diri apabila diberi maandat memerintah kelak;

Ya Allah, Redailah dan kurniakanlah satu kerajaan baru bagi Malaysia kerana kerajaan sekaran telah tamat tempoh peluang yang diberi dan sampai umor bersara......myi

Anonymous said...

diakui, aku pun tak kibar jalur gemilang kerana protes pd pemerintah sekarang yg macam nak menjadikan malaysia ni hak milik merka.

Anonymous said...

Nak kibarkan jalur gemilang tu apa faedahnya? nak sokong BN dan biarkan BN dan UMNO meneruskan agenda merompak mereka?

All of us just didn't want to hoist jalur gemilang as a protest against unfaithful, unscrupulous and barbarous government of the day.

They spent our money like spending their grandfather's money.

i just don't want to support the celebration yesterday. No Jalur gemilang, no watching TV and no nothing until this irresponsible government is ousted.

ahmad jaya

Anonymous said...

Pak AA

impian yg selalu ada dalam kepala saya adalah melihat siapa pun kepimpinan negara menjemput siapa pun pihak pembangkang untuk duduk di atas platform yang sama bagi menyambut hari kemerdekaan....

tetapi sebelum itu, kerajaan yg ada hendaklah tidak menjadikan hari kemerdekaan spt kepunyaan diri sendri atau kempen politik spt sekarang..

sedih...walaupun indonesia itu kurang kemajuan sedikit dari malaysia...tetapi mereka sangat patriotik...

Anonymous said...

AA

Saya tidak ambil peduli tentang hari kemerdekaan. Salah satu sebabnya kerana terlalu nampak perangai mengampu pengerusi perayaan hari merdeka, iaitu Rais Yatim He's packed and impregnated by 'ampuisn' to the highest order.

I am not going to vote for him in the coming GE. Macam tak ada orang lain the Jelebu ni.


jam, pengundi K Klawang.

Anonymous said...

Sdr jam, pengundi K Klawang,

Sotuju bona den jang. Kito pakat ramai-ramai, kali ini kita tolak BN kalau Rais tu laie bertanding. Polak den jang.


jamil, Larung Klawang.

Anonymous said...

AA,

Hari rayo baru-baru ni, den balek Jolobu. Den tanyo uwan den, "macam mano Rais wan?"

Uwan den jawab, "kau tenok atok kau tu ha. Dari gigi eh ponoh sampai tigga duo batang mengundi Rais. Dio baghu tau Rais tu poluto oghang eh"

Uwan den cakap, kali ni dio undi PAS atau mano-mano parti dalam PR.

Atok den tak nak kluar mongundi pulak.


mat potasih

Anonymous said...

@mat potasih

what does "poluto" mean?
hehe..


-bukan org negeri-

Anonymous said...

For your acknowledgement, rais aka I burnt my bridge rais has lost before in jelebu. This time he sure mati one

tebing tinggi said...


Setuju benar dengan pandangan sudara tentang pengibaran Jalor Gemilang di ulang tahun kemerdekan,bukan sahaja belaku pada tahun ini sahaja malah saban tahun pon begitu,terutama dikalangan pendudok bukan Melayu.
Satu kepastian bolih dibuat kalau yang mengibarkan Jalor Gemilang di permis kediaman atau kenderaan pastinya Melayu,'melaluai pengamatan bertahun', kalau tidak percaya perhatikanlah,muankin kita tidak mau menerima hakikat ini.
Mungkin ramai yang mengatakan Jalor Gemilang banyak dikibarkan dipermis perniagaan ,tetapi persoalanya adakah atas dasar kerelaan ?.

Diambang merdeka saya berkesempatan ke KL,Selangor dan menginap diAlai home stay Melaka. Syabas orang Melaka ,hampir disetiap rumah dikampong-kampong tradisinol Melayu dan taman diMelaka mengibarkan Jalor Gemilang malah kebun pon turut dihiasi Jalor gemilang.

Fooart said...

"POLUTO" tu maknanya BAPAK SEGALA PENIPU!! Adik beradik perangai Syaitan la tu.

Orang Batu Kikir.

Anonymous said...

To mat potasih and all readers

Skrg org2 veteran di saluran 1 (saluran mengundi) pun dah bukak mata… dengan maklumat yg betul terutama dari anak2 atau yg mereka baca sendiri dr mana2.

Alhamdulillah

Marilah kita semua campakkan politik longkang Umngok ke dalam longkang.
Salam ABU

hansafire

Anonymous said...

Mari kita kibar Jalur Gemilang apabila PR memenangi PRU13 dan memerintah negara nanti... Itulah ikrar aku yang dah lama berhenti pasang Jalur Gemilang di kereta ku...

Anonymous said...

Apa ada jalur gemilang bro Aspan.Kami disini dah ada doa utk pilihan raya kali dah....Ya Allah lantikan pemimpin kami dari kalangan orang bertaqwa pada mu dan boleh bawa kejalan yang diredho mu.

Bro yang pencen tu dah kenyang kot baru berani nak cakap

Anonymous said...

Prasyarat montori hadir ialah kehadiran ramai sementara duit belanja tu soal terakhir.Kalau PM hadir prasyarat kehadiran melebihi 50,000 tapi kalau suroh orang waang anak yatim jolobu kiro dio akan kato 100,000 itu bolum ambil kiro yang tak dapek masuk stadium kalau ambil kiro somuo dan jugo yang tengok tv dirumah somuonya moncapai 3 juta. ....
Orang minang anak yatim jolobu ni caradek2 ktonyo kalau terkurong biar diluar , kalau terhimpit biar diateh .Anak yatim poronah dikalahkan olih orang tak do namo dalam politik jadi kalau kili ni rato2 dah muak loyo tengok muko nyo dan PM wajib ganti orang kerano dio pun tak kan nak pogang sampai mati , hampeh boto pomimpin sumuonyo rabun...

Anonymous said...

tak da sapa bayar saya, tapi tiap tahun saya akan memasang jalur gemilang di depan rumah saya..Tahun ni lebih 7 jalur gemilang dikibarkan, saya rasa rumah saya yang terbanyak mengibarkan bendera dikawasan rumah saya.

Saya tak ambik kisah orang yang tak mengibarkan bendera dirumah mereka, macam macam alasan, tak de duit nak beli bendera, tak patriotik, marah dengan gomen..biarlah orang macam ni...nak merajuk ke, ade pulak yang bergumbira kalau orang tak mengibarkan bendera, terasa saya orang macam ni penuh dengan hasad dengki... biarkan mereka Aspan, habihkan boreh ajo.

Anonymous said...

Pak Aspan,

Apabila kerajaan tidak bertanggungjawab, korup, tidak kompeten ataupun menipu dan berboros, negara akan menjadi tidak stabil dan harmoni dalam negara menjadi gelisah.

Kemantapan politik dan kestabilan ekonomi terus menjunam. Akibatnya rasuah dan penyalahgunaan kuasa awam berleluasa. Ramai menjurus bergelumang dengan skandal dan rasuah sehingga ekonomi negara menjadi parah.

Buktinya IPR (Indeks Persepsi Rasuah) Malaysia pada tahun 2011 seperti yang diterbitkan dalam TI (Transparency International) adalah 4.3 - skor terburuk dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Angka ini terus merosot apabila lebih banyak kes-kes rasuah terbongkar.

Ini telah meletakkan negara Malaysia setanding dengan kebanyakkan negara membangun yang lain yang sedang menghadapi masalah yang sama - rasuah, ketidaktentuan politik dan ekonomi yang tidak stabil.

Kestabilan politik adalah penting bagi pelabur dan pembangunan. Hakikatnya, BN mahupun UMNO gagal memberikan kestabilan! Kebanyakan ahli politik BN tidak mempunyai integriti, tidak cekap dan mengamal rasuah.

Setelah 55 tahun negara mencapai kemerdekaan, negara Malaysia masih tidak diuruskan dengan baik dari segi kewangan dan ekonomi.

Pemimpin BN terutamanya UMNO serta keluarga dan kroni-kroni mereka telah memperkayakan diri dengan wang rakyat dan golongan miskin tetap ditindas.

-aspb

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

Orang ramai sebenarnya dah patah semangat nak sambut Merdeka yang dah di 'hijack' oleh UMNO/BN dengan tema politik Janji Dicapati.

Hitler pada zaman kegemilangannya pun pernah mengerahkan beratus ribu askar dan rakyat untuk berhimpun untuk ditiupkan semangat Ketuanan Aryan yang bercita2 mankluki Eropah dan dunia.

Apa jadi pada Hitler semua dah tau.

Moral of the story?

Bila semua cara halus/kasar/kotor gagal untuk menarik sokongan rakyat,diktator akan menggunakan sentimen patriotik tetapi rakyat tahu ini adalah helah penuh kepalsuan.

Orang ramai mahukan jawapan dan penyelesaian skandal2 penyelewenga kapal selam,Altantuya,pemborosan Rosmah,penggunaan firma perunding Yahudi,Felda,pemberian projek kroni dll.

Tetapi kita disogok dengan BR1M,tayar free,elaun anak sekolah,skim Felda,elaun itu,elaun ini tanpa menjawab atau selesaikan persoalan ketirisan,ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Dear UMNO/BN,
your silence is deafening!

Sebab tu lah kalau kita tanya marhaen ada semacam 'rebellious' akan membalasnya di peti undi kelak.

The writing is all over not only on the wall.

Adios UMNO.

Surrogate

Anonymous said...

Poluto tu samo la jugak dengan pembongak.

Anonymous said...

Adakah tidak mengibar bendera jalur gemilang, tidak patriotik? Apa itu patriotik? Bukankah kita ni warga DUNIA...

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Hari demi hari saya dan kawan2 saya semakin menyampah dan meluat dengan sikap pemimpin2 BN terutama dari puak lembu umno ni.Cakap tak serupa bikin....saya dan kawan2 dah berpakat akan buat kenduri besar bila kerajaan bn ni tumbang...hidup PKR

Melayu Cerdik

Anonymous said...

Salam Saudara AA,

Apa sahaja kempen dilakukan BN sekarang sudah tidak berkesan lagi sebab rakyat sekarang terdiri dari mereka yang mempunyai pelajaran yang tahu perkara asas PERLEMBAGAAN DAN HAK RAKYAT, Proses dan cara berkerajaan yang baik dalam acuan demokrasi yakni kebebasan memilih dan kebebasan badan pengendali pemilihan (SPR),doktrin pengasingan kuasa (eksekutif, legislatif, dan kehakiman) good governance, akauntabiliti. Itu lah cita2 setiap pembayar cukai yang mahu ekonomi negara diurus dengan baik dan saksama demi kebaikan rakyat dan masa depan negara disamping dapat menyedikan peluang pekerjaan kepada lepasan sekolah dan universiti serta kolej. Ia bukan nya kata2 dan ayat2 retorik yang terhambur dengan nada2 tinggi yang kekadang tak selesa nak dengar dan tengok.

Akhir kata perubahan akan berlaku dimana2 itu proses biasa didalam masyarakat dan pemerentahan bermula dari zaman Nabi Adam, zaman tamadun Mesir,kejatuhan blok soviet, hingga negara2 Asia Barat dan Asia tenggara sekarang.

Kalau rakyat majoriti mahukan perubahan ia tetap berlaku Kenapa harus menentang perubahan. Sejarah telah membuktikan walau ditahan macamana pun dengan berbagai cara ia tetap berlaku . Tak salah lah ayat suara rakyat suara keramat.

Saya teringat lagu 'Wind of Change' by Scorpion semasa kejatuhan German timur.

Salam aidilfitri

Anonymous said...

Salam Saudara Aspan,

Kestabilan negara kita ini adalah berdasarkan bagaimana negara ini diuruskan oleh kerajaan yang ada sekarang. Kita tengoklah keadaan dan suasana politik di sekeliling kita pada hari ini. Ianya penuh dengan

1. rasuah,
2. penyalahgunaan kuasa,
3. penyelewengan peruntukan dan kewangan,
4. penipuan dan perbelanjaan kerajaan yang tidak terkawal,
5. skandal-skandal yang melibatkan kerugian berbilion-bilion Ringgit,
6. ketidakadilan di dalam sistem pengurusan pilihanraya,
7. politik perkauman yang semakin ekstrim dan banyak lagi.

Gejala-gejala negatif yang kian berleluasa di dalam negara ini telah menimbulkan ketidakstabilan dalam negara.

Siapakah yang sebenarnya menyebabkan negara tidak stabil dan situasi menjadi tidak harmoni sehinggakan rakyat bangkit membantah pemerintahan kerajaan yang ada sekarang?

Siapakah yang bertanggungjawab terhadap pelbagai masalah dan ketidakstabilan yang semakin runcing sekarang?

mahanajib ligat

Anonymous said...

Salam Aidifitri AA,

Kepastian dan kestabilan politik akan hanya boleh dicapai apabila kerajaan yang dipilih tidak rasuah, telus dan bertanggungjawab kepada rakyat.

Kepimpinan Umno gagal dalam membentuk sahsiah pemimpin mereka dengan ilmu dan sahsiah Islam kerana parti pemerintah itu hanya membentuk pemimpin yang mengamalkan rasuah dan mengutamakan kepentingan peribadi.

Umno telah gagal memuliakan bangsa Melayu dengan iman, ilmu dan akhlak.

Melayu Bijak Berfikir

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Hari pagi ahad....saya dengar dan lihat video2 ini....

Saddam membela diri.....dalam keadaan meracau?

http://www.youtube.com/watch?v=HRF7d9ydQf8&feature=related

juga yang ini......

Ghadafi membela saddam.....sambil ingatkan pemimpin2 Arab......giliran mereka jugak akan sampai....(walaupun mereka kawan Amerika semuanya!)....Mungkin dia terlalu FRANK?

http://www.youtube.com/watch?v=SGwHOWUPKuo&feature=related

dan yang ini.....

Sharon yang angkuh...tapi kenapa dia yang begitu angkuh berpusing lidah....untuk bertukar?....sebelom dia jatuh sakit!....

(Sama2lah kita fikir!)...Ada jugak video Sharon dalam keadaan nazak di atas deathbednya...sendiri carilah!

http://www.youtube.com/watch?v=KlTzb31xJsw&feature=related

Merdeka?......dari apa?.....dari siapa? (bagi Pak2 Arab ni)

Sekian,

Gheng lama

Anonymous said...

Pak Aspan dan bloggers,

Kenapa Umno gagal untuk melaksanakan dasar-dasar yang terbentuk pra-Dr Mahathir Mohamad yang begitu kukuh dengan sokongan daripada setiap kaum dinegara ini?

Kenapa Umno tidak melakukan pelaksanaan kepada dasar memperkukuhkan orang Melayu dengan sempurna?

Apa lagi yang Umno mahukan kepada orang Melayu sedangkan orang Melayu telah memberikan segala sokongan kepada Umno sejak merdeka sehingga tahun 2008 dahulu apabila orang Melayu sudah mula merasakan yang Umno tidak mungkin berjaya membela bangsanya lagi?

Hj An

Anonymous said...

Surrogate,

Kibar jalur gemilang dan menyambut kemerdekaan sepatutnya kita sambut bersama tak kiralah paeti apa pun.Sekira ler PR memerintah kita juga harus kibarkan jalur gemilang.

The moral of the story is do not politise kemerdekaan sebelum rakyat meluat dan bosan dengan sikap tidak patriotik rakyat.Bricks on the wall ,yes- Pink Floyd.Otherwise, i do not see major changes as yet .For us to see soon. - All the best in your prediction..

Anonymous said...

Majlis majlis macam inilah yang menjadi sumber pendapat kroni kroni untuk mengaut keuntungan berpuluh ribu kali ganda punya untung... Kalau tidak kroni nak makan apa ? Nak makan pasir ke ?

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Kerajaan BN pimpinan Najib haruslah memikul tanggungjawab kerana kelemahan pentadbiran beliau yang penuh dengan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang tidak terkawal.

Jikalau kerajaan tidak cekap mahupun telus, dan senantiasa mengamalkan rasuah, adakah para pelabur asing akan berasa yakin untuk datang ke negara kita ini untuk melabur? Sudah tentunya tidak.

Kita semua inginkan kestabilan, kerana dengan adanya kestabilan, rakyat dapat keluar memperoleh pendapatan, bekerja, berniaga, mendapatkan keperluan harian, menghantar anak-anak ke sekolah, bercampur gaul dengan masyarakat berbilang kaum, mengeratkan perpaduan dan sebagainya.

warga malaysia

Anonymous said...

Politics is perception plus belief leading to support and votes.

Political Advisors, Consultants, Strategists, Managers, Fund raisers, Commentators and pundits in the US is a monopoly of the ONE race! And they shape the minds of peoples by juggling and creating issues, to determine the direction of candidates and party.

They are in our shores not only since now thru APCO BUT as early as the 1980's during mahatdeyy eras. Umno send their young guns to Washington yearly for political 'conventions'. Once in Chicago I met the then deputy youth head of umno leading about 20 pemudas enroute to Washington DC. They were proud to tell malaysians in Chicago of their yearly political pilgrimage!

In spite of their open and not so open activities, they have failed to win the hearts of the malays/malaysians. Like their advisors, they blindly follow the advice! They failed to know that man's heart and soul is in the 'hands' of the Almighty!

Seculars par excellence that is! Are we surprised?

Gheng lama

Anonymous said...

Di beritakan kerajaan berbelanja purata RM600 untuk pakaian lengkap setiap berserta yang turut dalam perbarisan Merdeka kali ini.
Hebat sunggoh Rais Yatim !!!
Kah kah Kah. Kita cuma bayangkan duit sebanyak itu boleh menampung berapa ramai rakyat miskin di pendalaman Sabah dan Sarawak.
Oleh itu "Fuck you Najib" with the solgan rakyat di dahulukan.

Unknown said...

Puluhan juta dibazirkan...Duit siapa tu??...Rakyat malaysia mmg baik hati betul..! Baru2 ni SBY-Presiden Indonesia telah bermewah2 dlm acara openhouse diIstana Presiden...Maka menggelegak dunia Indonesia ! DUIT SIAPA YG SBY GUNAKAN>>???
DIMALAYSIA malah bersorak gembira duit RAKYAT telah dilanyak untuk Pesta Merdeka yg tiada langsung manfaat bg rakyat malaysia.

Anonymous said...

Pak,

Umno telah menyalahgunakan mandat yang diberikan oleh rakyat sebegitu lama sehinggakan apa sahaja yang dilakukan Umno sekarang menjadi persoalan kepada rakyat ramai. Oleh kerana terlalu lama memegang kuasa, Umno sudah mengambil kelembutan orang Melayu dan rakyat “for granted” kerana mereka berfikiran yang orang Melayu tidak akan pergi ke mana dan akan terus menyokong Umno walaupun Umno telah membinasakan peluang orang Melayu untuk maju dalam dunia yang serba berubah dan moden ini.

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Maaf...ini terkeluar topik sket.....

Terbaca dalam Star online.....moideen suruh tolak unsur2 yang suka berpecah....

Cuma saya terfikir.....DIA BERCAKAP PASAL DIRI DIA KAH DALAM UMNO (BARU)....huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu

Maka Ku Li pun tersenyummmm.....lalu mahatdeyyyy bengang!......

hahahahhahahahah.....

sekian

gheng lama

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Maaf lagi....tambah sket lagi....

Cuba tinjau posting dalam blog ini.....dan jugak buka FB akaun yang dua itu......

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/09/panas-kempen-kami-mahu-muhyiddin.html#more

Tapi kat Sabah Najib sebut....66....55....22...(PRU 13 November ini??)

(Teringat kat J Sham pulak!....No 66.....Jalan Tampin.....)hahahahhahahah

sekian

Gheng lama

p/s - Nampaknya macam udah nak berlaku.....Kata2 Allahyarham Cikgu Abd Kahar Ahmad sekitar 2005/6 lalu kepada saya......

Anonymous said...

Gheng lama. 20:19
The above donot sound like Gheng lama writings.Its too good and too sober with no exclamation marks and big laughter and big spin. Continue writing this way bro then gua caya sama lu...Election Nov !!?? otherwise tak ada class..

Orang Mesjid Tanah

Anonymous said...

tuan aspan,

salam kemerdekaan.Jiwa rakyat Malaysia tidak lagi merdeka.Mereka merdeka secara fizikal tetapi dipenjara minda dan jiwa. Apa yang berlaku sebenarnya adalah acara kepartian tertentu tetapi diselitkan dengan wajah acara kerajaan dan denga itu bolehlah menggunakan wang kerajaan dalam membiayai acara kepartian itu.Mudah dikenalpasti kerana berkibarnya bendera-bendera parti tertentu dlm acara kerajaan berkenaa.Misalnya, apabila ada acara pemberian BR1M, ternyata banyak bendera UMNO dimerata tempat walhal BR1M adalah pemebrian kerajaan dan bukannya UMNO.Cerita pasal hal kemerdekaan, essence nya sudah tiada.lama telah dikotorkan dengan wang oleh parti pemerintah.Orang Malaysia hanya diajar untuk melakukan sesuatu jika ada imbuhan dan ini sungguh/terlampau ..tidak tahu apa ayat lagi yang sesuai digunakan. Semoga satu hari nanti semangat Hari Kemerdekaan yang suci dan tulus akan dirasai semula.Vote For Change.

Anonymous said...

Saya berada dalam Stadium Bukit Jalil memang 80 ribu orang ada . Persembahan hebat Bas parking kat Luar tidak kurang 3000 buah. saya dapat rm10.00(sepuluh ringgit sahaja) perut lapar , saya beli Burger , hati saya memberontak melihat pembaziran yg melampau. Balik malam tu pukul 3 pagi baru dapat keluar sebab bas kami kena blok.kalau tak pergi kena tindakkan tatatertib oleh ketua jabatan kami. setuju dengan komen bernas dari Tuan AA.Masa Dato Najib berucap 30% dah meninggalkan tempat duduk.Ucapan beliau pada malam tu sangat tidak Perform dan tidak fokus.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Segala-gala kuasa, sokongan dan kesabaran Melayu dan rakyat keseluruhannya itu telah diambil kesempatan oleh Umno untuk membina budaya kronism untuk kepentingan perut dan nafsu-nafsi pimpinan sahaja.

Bukankah semuanya itu telah diberikan oleh orang Melayu tetapi kenapa Umno masih tidak berjaya melakukan sesuatu yang berkesan untuk Melayu yang ramai ini?

Umno hanya memberikan keuntungan kepada segelintir yang berada di keliling pimpinan atasan sahaja. Kalau Umno diberikan mandat dalam PRU 13, sudah pasti keadaan akan masih sama malah orang Melayu akan terus ketinggalan dari segi pemikiran dan persepsi terhadap kehidupan secara negatif.

GB

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Selagi Umno masih memerintah selagi itulah pemikiran orang Melayu akan jumud terus menerus dan memerhatikan sahaja bangsa-bangsa lain maju kehadapan. Ketinggalan kita itu pula dimainkan untuk memberikan harapan palsu untuk Umno mendapatkan sokongan dari orang Melayu, tetapi orang Melayu sudah tidak boleh dikotak-katikkan seperti yang selalu mereka alami.

Apakah orang Melayu belum sedar setelah lima puluh lima tahun diperhambakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak berkemampuan untuk memimpin bangsanya selain dari pandai memerah harta benda rakyat untuk kepentingan ahli-ahli keluarga mereka semata-mata?

asp

Anonymous said...

Yang ini betul tulisan Gheng lama banyak ketawa, tak serious, suka lagu J Sham dan bahasa omputeh pun tak seberapa hebat dan spelling mahathir yang meleret leret. kakh..kah..sabor saje ler.

Anonymous said...

Saya duduk dekat Padang Jawa Klang .. Saya nak bagi tahu Tuan AA.... Bendera BN banyak berkibar tapi Bendera malaysia satu ..dua je...