18 September 2012

Putrajaya itu Kerajaan Persekutuan, bukannya Kerajaan Pusat

Sudah lama saya hendak menyebut secara khusus tentang apa yang saya hendak perkatakan ini walaupun saya pernah menulis tentangnya secara rambang dan tidak khusus kepada sesiapa yang hendak bercakap tentang kenegaraan dan politik. Tetapi oleh kerana kita dapati kesilapan ini masih terlalu jelas dan tidak diperbaiki saya ingin menyebutnya kali ini.

Saya ingin mengingatkan pemimpin-pemimpin kita dan semua yang mahu mendengarnya bahawa negara kita ini adalah sebuah negara persekutuan. Di negara kita tidak ada kerajaan pusat. Di Putrajaya itu adalah pusat pentadbiran kerajaan persekutuan (federal government), bukan kerajaan pusat (central government).

Negara yang mempunyai kerajaan pusat adalah negara-negara ‘unitary’ seperti Thailand, Indonesia dan banyak negara-negara lain. Negara kita terbentuk di atas persetujuan kerajaan-kerajaan negeri yang berdaulat untuk membentuk bersama sebuah gabungan persekutuan. Harus diingat yang negeri-negeri yang berada di dalam persekutuan ini hanya wujud pada 2hb Feb 1948 apabila negeri-negeri yang berada di dalam semenanjung ini menandatangani perjanjian persekutuan itu.

Maka terbentuklah sebuah negara persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu yang akhirnya mencapai kemerdekaan pada 1957 dahulu. Pada tahun 1963 tanggal 16 September persekutuan ini disertai oleh Sabah dan Sarawak maka persekutuan ini dinamakan Persekutuan Malaysia. Hari kelahiran Malaysia itu baru sahaja dirayakan buat kali yang ke-49 dua hari yang lepas.

Isu ini penting untuk difahami dan diperbetulkan supaya kita mengenal negara kita yang sebenarnya. Dato Rais Yatim patut menggunakan istilah ini melalui media perdana kita kerana terlalu ramai di kalangan rakyat yang menganggap Putrajaya itu sebagai pusat pentadbiran kerajaan pusat, walhal ia adalah pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.

Kalau di Thailand, kotaraya Bangkok itu adalah pusat pentadbiran kerajaan pusat kerana Thailand adalah sebuah negara ‘unitary’ dan negara gajah putih itu tidak ada kerajaan negeri di bawah naungannya. Itu sebabnya kerajaan pusat Thailand secara moralnya berkuasa sepenuhnya ke atas setiap inci negara itu.

Nampaknya pemimpin besar kita di Putrajaya selalu bersikap seperti pemimpin sebuah negara ‘unitary’ kerana banyak perkara yang menunjukan mereka tidak menghormati kedaulatan kerajaan dan rakyat negeri-negeri yang tertentu. Mereka mungkin terlupa yang Malaysia ini adalah gabungan negeri-negeri yang berdaulat yang telah bersetuju dan bersepakat untuk berada di dalam sebuah negara persekutuan.

Jika begitu keadaannya maka Putrajaya tidak boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya terhadap negeri-negeri yang berada di dalam persekutuan ini seperti yang sedang mereka lakukan sekarang ini. Putrajaya wajar ingat yang negeri-negeri di dalam persekutuan ini adalah negeri-negeri yang berdaulat dan Putrajaya wajar mempunyai perhubungan dengan negeri-negeri di dalam persekutuan dengan berhemah seperti kita menghormati mana-mana negara yang berdaulat yang lain. Putrajaya juga mesti menerima hakikat yang negeri-negeri itu semuanya mempunyai kerajaan yang beraja (kecuali Melaka. P Pinang Sabah dan Sarawak) dan negeri-negeri ini juga mempunyai Dewan Lagisltif mereka sendiri.

Tetapi mungkin isu ini tidak diambil berat oleh pihak pemerintah, itulah agaknya kenapa kerajaan BN di Putrajaya itu selalu tidak menghormati kerajaan-kerajaan setengah negeri terutamanya kerajaan yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Agaknya inilah sebabnya Putrajaya telah mencemari semangat persekutuan itu dengan menyekat pembayaran royalti minyak kepada rakyat Kelantan semata-mata kerana rakyat Kelantan memilih kerajaan yang tidak sebulu dengan Putrajaya.

Dalam ucapan Najib akhir-akhir ini menunjukan kesombongannya yang berkata kerajaan ‘pusat’ telah memberikan pembangunan di negeri itu sebanyak ini dan di negeri ini sebanyak ini seolah-olah itu bukan tanggungjawab Putrajaya tetapi sebagai satu ‘favor’ yang besar dari Putrajaya. Semuanya itu sememangnya tanggungjawab kerajaan persekutuan. Najib sendiri mesti menggunakan istilah ‘kerajaan persekutuan’ kepada kerajaan yang beliau pimpin dan bukannya ‘kerajaan pusat’.

Sebelum kita dapat membetulkan perkara-perkara yang lain elok kita memahami dahulu asas kewujudan negara kita. Jika boleh gunakanlah istilah yang betul tentang perkara ini. Kerajaan yang diketuai oleh Najib di Putrajaya itu adalah kerajaan persekutuan, bukannya kerajaan pusat.

Pihak yang ingin mewujudkan kerajaan ‘unitary’ yang berpusat di Kuala Lumpur dahulu ialah gagasan Malayan Union yang hendak dibawa oleh British dahulu dan telah ditentang oleh rakyat Malaya dahulu. British telah cuba untuk menghilangkan sempadan-sempadan negeri-negeri di dalam semenanjung ini dan merampas kuasa Raja-Raja Melayu dan dan menggantikan tugas Raja-Raja itu dengan tugas-tugas ceremonial sahaja. Mengikut perancang British Kuala Lumpur adalah ibu negara Malayan Union itu….tidak ada kerajaan negeri dan Dewan Legislatifnya lagi.

Kepada Najib dan semua pemimpin kerajaan pada hari ini elok dibezakan di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan pusat. Kalau kerajaan kita adalah kerajaan pusat tidak ada Majlis Raja-Raja yang mewakili setiap negeri yang berdaulat itu dan mewakili salah seorang dari baginda untuk mengambil giliran menjadi Yang Di Pertuan Agong setiap lima tahun seorang di peringkat persekutan.

Di negara ini tidak ada kerajaan pusat. Yang kita ada ini adalah kerajaan persekutuan, walaupun dalam banyak hal Putrajaya bertindak seperti kerajaan ‘unitary’ yang ingin dibawa oleh Malayan Union dahulu terutamanya kepada negeri-negeri yang partinya sudah hilang kuasa.

Itulah saya selalu sebutkan dalam tulisan saya, jika Malayan Union dahulu ditentang kewujudannya oleh kita tetapi semangat Malayan Union itu bertambah kuat akhir-akhir ini, tetapi dilakukan oleh bangsa dan rakyat kita sendiri.

32 comments:

Anonymous said...

Bro Aspan,

1. Saya bersetuju dengan tulisan kali ini kerana ramai antara kita memandang hakikat maha penting ini remeh dan tidak penting. Sebenarnya inilah asas terpenting yang perlu diketahui oleh setiap warganegara.

2. Saya ingin menambah bahawa kerajaan persekutuan TIDAK WUJUD SEBELUM 2 FEBUARI 1948. Kerajaan Persekutuan wujud diatas persetujuan 9 negeri-negeri melayu yang berdaulat, Pulau Pinang dan Melaka bersetuju dan memandatangani perjanjian pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

Ia wujud setelah kesemua negeri-negeri ini menyerahkan kuasa memerintah mutlk masing-masing kepada sebuah Kerajaan Persekutuan kecuali termasuk segala hasl pendapatan masing-masing kecuali dalam perkara berkaitan Ugama Islam dan hasil mahsul perut bumi antara lain yang masih kekal bersama negeri-negeri.

3. Dengan menyerahkan hampir kesemua kuasa mutlak negeri masing-masing kepada Kerajaan Persekutuan yang wujud selepasnya, welfare setiap negeri ini menjadi tanggungjawab sepenuhnya Kerajaan Persekutuan.

4. Tatacara perhubungan, tanggungjawab negeri-negeri di dalam Persekutuan, tanggungjawab kerajaan Pusat, hubungan antara keduanya termaktub di dalam perjanjian tersebut.

Adalah amat baik sekiranya sesiapa dapat upload perjanjian pembentukan persekutuan tanah melayu untuk semua membaca.

5. Satu fakta yang kita harus faham, negeri-negeri ini adalah adalah negeri-negeri berdaulat sebelum menyertai Persekutuan. Kedua, mereka menyertai secara suksrela dengan syarat-syarat tertentu yang dipersetujui bersama. INI KITA KENA INGAT!

TALI PENGIKAT ADALAH PERJANJIAN PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948. Hakikat mana-mana perjanjian, perjanjian itu sah dan perlu dihormati selagi semua pihak terlibat mematuhinya.

Perjanjian menjadi tidak sah bila berlaku perlanggaran kepada syarat-syarat perjanjian. INI KITA SEMUA KENA INGAT! terutama yang memgangkuasa hari ini dan kuncu-kuncu aka balaci-balaci mereka.

1Crony said...

As Salam Tuan AA.

Terima kasih kerana pencerahan tersebut. Saya yakin rata-rata para pemimpin dan keseluruhan rakyat di negara ini tidak pernah tahu akan hal yang berkaitan istilah Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Pusat ini. Semoga dengan penerangan ini minda rakyat di negara ini (yang membaca) akan mengingatinya kelak. Insya'allah

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Malaysia ni sebenarnya dipimpin golongan yang tak sedar diri dan mabuk kuasa. Mereka ini adalah pemimpin parti berhati syaitan. UMNO BN adalah tempat mereka berpesta.

Bapa segala "syaitan syaitan" ini tak lain tak bukan adalah melayu spesis "Kera La". Kalau rakyat Malaysia mahu negara ini selamat dengan pemerintahan yang saksama di masa depan, wajib pastikan keturunan "Kera La", keturunan "Jig Go" dan keturunan "Onn" dipinggirkan dari puncak kekuasaan.

Mereka mereka ini mabuk kuasa dan lupa daratan dan merasa mereka adalah raja di mana jawatan PM adalah jawatan temurun dan perlu digilirkan dikalangan mereka saja sebagaimana perlantikan Yang Dipertuan Agung Malaysia.

Menjadi kewajipan setiap warga Malaysia untuk menghumban keturunan ini dari tampuk kuasa kerana sifat lupa daratan dan mabuk kuasa mereka. Amat merbahaya untuk terus biarkan golongan ini memacu negara.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Saya sefahaman dengan tuan dalam isu kerajaan pusat vs kerajaan persekutuan ini. Satu kupasan yang bernas dan bersifat ilmiah.

Budaya mengadakan pilihanraya serentak adalah strategi UMNO sekian lama. Saya berharap kerajaan selangor mempunyai kekuatan untuk membubarkan DUN tanpa perlu merujuk kepada Federal seperti yang di uar uarkan. State boleh membubarkan dun mereka lebih awal atau lebih lewat dari federal bubarkan parlimen. Pasti lebih menarik jika state di bawah PR bubarkan dun lebih dahulu dari menunggu keberanian kerajaan federal bubarkan parlimen. Apakata PR cuba di Penang dahulu kerana saya yakin Penang akan tetap berada di tangan PR samadan serentak atau berasingan.

Pendapatan utama negara adalah dari hasil kutipan cukai pendapatan. Ianya di miliki oleh kerajaan federal. Ini yang menyebabkab state terpaksi menagih simpati federal. Agihan mengikut perkapita penduduk state ini tidak seimbang dan di cipta hanya untuk membolehkan state berterusan di buli.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah! Terima kasih! Menarik! Jelas sekali sebagaimana yang pernah Allah SWT tanya dalam Al-Quran kepada kita, umat manusia ini; cuma ayatnya saya tak ingat. Tetapi, di antara lain, ada sepotong ayat yang mafhumnya: "Adakah sama mereka yang berilmu dengan mereka yang tidak berlimu?"

Sebab itu jugalah, jika kita lihat, umpamanya, dalam ibadat haji, terdapat rukun haji dan wajib haji, yang mana terkadang boleh terkeliru dibuatnya bagi mereka yang pergi haji tetapi tidak benar-benar memahami dan mendalami proses ibadat itu dilakukan. Justeru, saudara telah menyatakan yang benar, dan sepatutnya perkara inilah yang mesti disedari para nasionalis UMNO ini, bukan makin menambah bongkak dan takabbur mereka terhadap amanah-Nya ini. Malah, rasanya tidak keterlaluan untuk saya sebutkan, terdapat negara-negara yang mengamalkan sistem kerajaan berpusat ini boleh mengurus-tadbir wilayah-wilayahnya penuh sistematik seperti Jepun, kan? Akhirnya, teruskanlah lagi perkongsian fakta sebegini; saya secarai peribadi menganggap saudara antara pejuang agama dan bangsa yang sebenar.

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

Alangkah baiknya jika Malaysia menjadi sebuah negara tanpa sistem 'kasta' kebangsawanan yg mewujudkan amalan dan fahaman feudalisma.

Anonymous said...

Puak UMNGOK ni bukan saja nak sebut Kerajaan Pusat, kalau boleh la, depa nak sebut Kerajaan Mak Bapak Kami....

Di merata-rata tempat di letakkan papan tanda SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BN. Nak tanya sikit ...projek ni guna pakai duit mak bapak kau orang ke atau duit parti hatuk kau orang atau pun sebenarnya duit PEMBAYAR CUKAI. Inilah keturunan penyamun tak beretika, tak punya rasa malu, hasil didikan Mamak Kerala pemutar belit penipu orang Melayu..........

XUMNO said...

Satu kupasan fakta yang cukup ilmiah dan berguna. Saya hairan professor2 yang kununnya pakar dalam sejarah selama ini macam tak pernah faham mengenai kosep kerajaan federal dan kerajaan pusat.Tapi bila difikir2kan balik apa nak dihairankan.UMNO wujud pun atas ihsan penjajah Inggeris, so the idea of Malayan Union will forever be in their mind, kalau bukan dalam bentuk identiti tapi dalam bentuk amalan.

Anonymous said...

Bro Aspan,

You are forever having cute critics on the government.

Adios!


solihin

tebing tinggi said...


Loteh Den bacho !romai tak poham ruponyo ,cokap bedoga-doga ,podang kolongit lupo romput dibumi.

Aden nok poi tengok kobou ,dah konyang ko bolom ,smbil to bolih den bacho Utusan.

Anonymous said...

Tuan Aspan,
Terima Kasih atas penjelasan yang amat penting. Beberapa hari yang lepas (sebelum saya terbaca penjelasan tuan) semasa saya sedang sembang dengan seorang pelajar pra-universiti beliau telah ceritakan tentang Malaysia selaku satu negara Persekutuan terdiri dari negeri yang bernaung dibawah satu kerajaan Persekutuan. Sekarang setelah baca penjelasan tuan maka sudah jelaslah segalanya, yang ada di Putrajaya bukan Kerajaan Pusat tapi Pentadbir Persekutuan.

Anonymous said...

Namanya "Tebing tinggi" tu banyak sangat makan tahi kerbau kat Jolobu, itu pasal lah otaknya di kepala lutut. Lain kali kalau ketagih sanagat nak makan tahi, makanlah kueh "tahi itik". Apa lah lu bro....

oghang jompo kek klumpo said...

Kalian semua,

jIKA ANDA MAHU MENJADI SEORANG YANG BERIMAN BACALAH UTUSAN MALAYSIA.

U7TUSAN MALAYSIA ADALAH LEBIH TINGGI DARI KITAB-KITAB.

ITULAH SEBABNYA SEMUA PEMIMPIN UMNO DAN PENGIKUTNYA SEMUANYA PENUH DENGAN IMAN DAN TAKWA.

hehehe


oghang jompo, kek klumpo

Anonymous said...

SYABAS satu tulisan yang cekap dan jelas!

KITA SEMUA NAK 1 MALAYSIA SAHAJA

Bukan banyak Malaysia yang kecil kecil!

Senang nak agihkan peruntukan dan kewangan sama rata tidak kira siapa perintah!

Dengan itu kerajaan yang tulus dan ikhlas akan disanjung dan dihormati oleh semua rakyat tidak kira apa kaum, bangsa dan agama
atau fahaman politik!

Semua rakyat satu negara, mesti sama rata dan adil saksama!

BARU NEGARA JADI AMAN DAN MAKMUR!

Anonymous said...

Bro Aspan,

1. Tulisan bro kali ini tepat pada masanya dan merupakan maklumat baru kepada sebahagian besar kita walaupun maklumat ini telah berusia 64 tahun.

2. Saya ingin tarik perhatian kepada fakta bahawa Kerajaan Persekutuan semasa tertubuh tak ada duit satu sen pun. Duit kerajaan Persekutuan masa itu datang dari cukai-cukai dan pendapatan-pendapatanlain-lain setiap negeri yang menyertai Persekutuan tanah Melayu diserah kepada Kerajaan Persekutuan melalui Perjanjian Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 2 Febuari 1948.

Ini bermakna kerajaan Persekutuan tu tak ada apa-apa. Kewujudannya adalah kerana disokong, dipelihara oleh semua negeri-negeri yang menganggotai persekutuan Tanah Melayu dan sekarang ini Malaysia. Jadi UBN jangan nak eksyen!

Begitulah sehingga hari ini. Kalau tidak kerana ini, depa nak cari tang mana duit? Jadi, slogan " INI SATU LAGI PROJEK BN" - adalah satu slogan sial dan penipu besou.

Slogan ini boleh diterima kalau duit nak buat projek tu datang dari kantung semua parti komponen BN. Ini duit rakyat weh.

3. Salah satu tugas Kerajaan Persekutuan setelah diserah semua pendapat negeri-negeri ini adalah melaksanakan pembangunan disemua negeri dalam Persekutuan, atau sekarang Malaysia secara saksama. INI tugas basic dan antara fungsi asas kerajaan persekutuan.

Tak kira parti apa yang menjadi kerajaan persekutuan, ia kena patuh dan menjalankan fungsi ini mengikut perjanjian.

Tak buat bermakna ia melanggar peruntukan perjanjian tersebut. Jadi masalah mengenang budi UBN, berterima kasih kepada UBN tidak timbul.

Ceritanya senang je - kalau nak mengungkit, nak mengugut, nak suruh rakyat berterima kasih baik serah balik amanah yang dipikul. Anda gagal berfungsi dan menjalankan peranan sebagai Kerajaan Persekutuan!!!

Anonymous said...

bro Aspan,

1.Kerajaan Persekutuan wujud selepas ditubuh Persekutuan Tanah Melayu dan kini dikembangkan menjadi Malaysia setelah Saabah dan sarawak menyertai Persekutuan.

Kerajaan Persekutuan tidak wujud sebelum penubuhan persekutuan tetapi kerajaan negeri-negeri yang menyertai Persekutuan telah lama wujud dan berdaulat.

Ini bermakna legitimasi atau kesahihan kewujudan Kerajaan Persekutuan is derived dari persetujuan negeri-negeri ini membentuk persekutuan tanah melayu. Tanpa persetujuan ini, Kerajaan Persekutuan tak wujud, elek, nada, zero. INI KENA FAHAM BETUL_BETUL!!

Anonymous said...

assalamualaikum.nk tnya.siapa yg pakar sila jelaskan.apa statua england,scotland,wales,dan ireland utara dalam united kingdom of great britain?pada hemat sy ianya adalah negeri naungan uk.tapi jika negeri....kenapa negeri tersebut dibenar kan bertanding dlm bola sepak piala dunia sebagai negara dan tidak mewakili great britain? dan apa persamaan dengan malaysia dlm hal ini.tolong bagi pencerahan....sekian terima kasih

Anonymous said...

Tiada kerajaan yg kekal selama lamanya jika amanah sebagai kerajaan sesebuah negara di kotak katikkan...

Lihat kerajaan suharto,mubarak,thaksin,marcos dan banyak lagi yg jatuh apabila rakyat sedar dan bangkit menentang rasuah dan penyelewengan..

Contohi apa yg berlaku di amerika syarikat,perancis,england..dimana kerajaan terpaksa bekerja untuk rakyat..jika tidak parti yg membentuk kerajaan akan diturunkan dari tahta...hasilnya rakyat dapat menjalani kehidupan yg berkualiti dan aman..

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Saya manyak musykil ni....

Mmmmmm ... Errrrrrr... Hhmmmmmmm

Bukan ker eerrrrrr mmmmmmm Persekutuan Tanah Melayu neh mmmmmm punyai pusat kerajaannya di Kerala???

Errrrrr mmmmmmm tak betul kerr??

Waaaaa gua duk dalam kesalahan lerrrr selama neh?

Ish ish ish...apa kata pak berghaim ahlee? Atau adek dier ahsan ahlee? HhheeeeeeE

Sekian,

Gheng lama

Anonymous said...

Pak Aspan..satu penulisan yg bernas..kebanyakan tulisan pak aspan boleh memberi kesedaran minda tentang apa isu-isu yg telah berlaku di malaysia...setelah telah sekian lama pemikiran rakyat malaysia di belenggu pemikiran yg kelabu..yg akhirnya mengambil keputusan yg mudah..tanpa mengambil kira apa akan berlaku dlm sesuatu isu pada masa 10 tahun..20..tahun nanti...

Adalah disyorkan supaya penulisan pak aspan boleh di akses melalui facebook..supaya ramai rakyat malaysia terdedah dengan penulisan pak aspan yg bernas dan mempunyai fakta..Wassalam

Anonymous said...

Salam Pak Aspan & semua,
UMNO TAKKAN FAHAM SEJARAH DAN FUNGSINYA SAMPAI BILA-BILA. SEBAB TU LAH RAKYAT JIKA BERMARUAH DAN ADA RASA BERTANGGUNGJAWAB MESTI MEMASTIKAN 'UMNO MENJADI SEJARAH' PADA PRU 13 ni barulah puak ni faham sejarah dan kepentingannya.
Bercakap tentang sejarah, tadak sorang pun 'pakar' sejarah UMNO/BN yg berani membetulkan fakta yg telah diputarbelit ni. Bayangkan dah berapa ramai pelajar universiti yg mendapat ajaran sesat. Inilah golongan PhD yang sesat lagi menyesatkan. Dah ler dulu kata Malaysia tak pernah dijajah tp sambut merdeka dia depan sekali@nak bodek ler tu... Dr Ramlah Adam & Dr Zainal Kling ada berani ka sanggah fakta yg dikemukakan oleh Pak Aspan?!!!
Mana Kluster Sejarah Majlis Professor? Takkan tak sedar-sedar kesilapan yg wujud? Atau tunggu nak seminar kos juta-juta dulu baru nak buat kajian yg gerannya juta-juta lagi? Malang bagi pelajar U sekarang ni sbb 'pakar' yg ada hanya sekadar 'pencacai'. Kalau Pak Aspan tak jelaskan, rasanya ramai lagi yang tersesat dan lebih teruk menyesatkan. Terima Kasih Pak Aspan, tak kira la Pak Aspan DAP ka PAS ka atau apa-apa ka, fakta tetap fakta.
Kepada pencacai@balaci UMNO faham ler sejarah tanahair, baru la dapat merasai kemanisan berkhidmat untuk negara, BUKANNYA BERKHIDMAT UNTUK UNMO/BN.
'SEJARAHKAN UMNO/BN'!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Apa kita nak hairan. Selama ni orang2 dalam UMNGOK ni semuanya half past six. suku tiang. Bila ckp ikut sedap mulut dan tak pakai fakta. Mana dia orang tahu sejarah. Dia ingat UMNO yang ada ni UMNO dulu ke. UMNO dulu dah di bunuh. Yang ada UMNO baru yang buta sejarah dah tak cukup akal. UMNO yang berjuang untuk kemerdekaan dah tak ada. Dan tak wujud kerana dah di ganti dengan UMNO yang tiada roh dalamnya. Yang ada cuma syaitan aja.

Anonymous said...

Anon 18:51:00 GMT+08:00


'Isu statua gland,scotland,wales,dan ireland utara dalam united kingdom of great britain?"

Isu yang sdra bangkitkan tidak ada kena mengena dengan isu yang dibincangkan dan tidak ada kena mengena dengan negara kita.

Penyertaan mereka secara berasingan dalam Sukan Olimpik tiada kaitannya dengan rakyat dan negara kita.

Sdra tentunys penyokong tegar UBN. Elok sdra fahami perkara dibincangkan, kalau negara kita maju seperti mereka, kita semua tidak mengira parti apa yang kita sokong akan hidup dengan selesa dan mempunyai masa depan yang cerah.

Kalau negara kita terok, peluang pekerjaan tak ada (katakan), n ak cari makan susah, semua barang mahal sedangkan pendapatan semakin kecil - orang PAS ke, orang UMNO Baru ke, orang DAP ke dll semua susah.

Golongan yang masih senang lenang dalam keadaan susah hanyalah golongan kaya termasuklah para pemimpin UMNO Baru yang sdra sokong. Jadi elok le sdra tahu tentang negara kita dulu.

Anonymous said...

Anon Anon 18:51

Ada ke mana-mana negeri dalam Malaysia ni nak menyertai sukan olimpik atas nama negeri macam scotland, wales dsb?

bat8

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Maaf, mencelah lagi. Cuma, saya tertarik dengan ulasan salah seorang rakan kita yang membandingkan persekutuan England dengan persekutuan Malaysia. Cuma, terus-terang, saya memang tidak mahir dalam aspek itu, tetapi, saya merasakan terdapat dua isu pokok yang patut direnung secara serius, khasnya para penguasa kita hari ini yang berjuang di atas tiket nasionalisme yang rapuh itu. Justeru untuk hal itu, elok rasanya saudara memperincikan perbezaan ini pada "posting" selanjutnya, insha Allah.

Menerusi fakta persekutuan yang saudara sebutkan, jika diimbas sebentar ke belakang, bukankah ianya juga sebenarnya idea British melalui dasar "pecah dan perintah" mereka ketika mereka jajah kita? Kalau tidak termasuk Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai Borneo Utara itu, terdapat tiga bentuk pentadbiran sebelum terbentuknya Malayan Union yang kemudiannya diganti dengan Persekutuan Malaya itu, iaitu Negeri-negeri Selat (1826) meliputi Pulau Pinang, Melaka dan Singapura; Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1896) meliputi Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Selangor, dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (maaf, saya lupa akan tahun pembentukannya), meliputi negeri-negeri selainnya, di mana Johor sahaja negeri yang bebas penjajahan sebelum British berjaya merampasnya dengan tipu muslihat ke atas Sultan Ibrahim bin Sultan Abu Bakar pada tahun 1914.

Isu kedua yang lebih penting ialah selagi mana kita menjunjung demokrasi, selagi itulah kalah menang dalam pilihanraya adalah asam-garamnya; malah ianya juga, setahu saya, tidak bercanggah dengan syarak. Malah, dengan keadaan sebegitu rupalah parti yang kalah akan dipaksa belajar dan bermuhasabah demi memastikan mereka pula yang terpilih pada musim pemilihan berikutnya. Oleh itu, sepatutnya kepimpinan sedia ada tidak patut, malah haram sama sekali, mengambil kesempatan di atas tanggungjawab dan amanah yang kita, rakyat, berikan kepada mereka untuk memenuhi tuntutan nafsu serakah, kerana harus diingat, walau satu sen sahaja yang diperolehi daripada sumber yang haram, nerakalah tempat yang paling aula buatnya, dan, tak payah ke neraka dulu, kehidupan dunia ini sendiri akan terasa sempit bukan main ... Tetapi, malang tak terkata, khasnya sejak peristiwa hitam pengharaman UMNO pada tahun 1987-88 yang disusuli penubuhan UMNO Baru yang dipimpin penguasa berjiwa Fir'aun lagi dajjal ini, sedikit demi sedikit hukum-hakam-Nya bagaikan sudah lenyap dan pupus daripada jiwa mereka walau kedapatan di antara mereka yang petah berdalil naqli dengan kefasihan Arabiyahnya, sementara di pihak ilmuan pula, kezaliman penguasa tidak beretika ini memaksa kumpulan ini berpecah. Cukuplah rasanya dengan pendapat saya yang masih cetek ini; tetapi, yang benar tetap benar juga. Dengan itu, kini, terserahlah kepada kita sebagai warga Persekutuan Malaysia ini, untuk benar-benar mengembalikan semula hak persekutuan itu, kerana harus diingat juga, bila disebut "persekutuan", ia bermakna perkongsian atau persyarikatan, yang mana hak ahli dan/atau rakan kongsinya juga tidak boleh diabaikan. Jutaan ampun maaf andainya kedapatan bicara yan tidak disenangi.

Terima kasih dan salam jihad.

Paine said...

Oleh kerana partai yang sama telah mentadbir negeri dan negara maka sempadan kuasa telah kabur hampir 55 tahun.Presiden partai duduk di peringkat negara dan kalau MB, KM diperingkat negeri cuba menuntut hak kerajaan negeri, ia senang dikawal oleh Presidennya diKL/Putrajaya.

Keadaan berubah bila Kelantan dan Terengganu dulu bukan bawa partai yangh sama...maka cara menunjuk kuasa dan 'mengajar' mereka siapa boss, maka royalti minyak ditahan...

Sekarang dengan lebih banyak negeri bukan bawah partai BN, maka kita saksikan bermacam pencabulan kepada semanagat Persekutuaan(federalism.

Saya kurang senang dengan pengomen yang mencaci sesiapa( Muslim) pun dengan mengungkit bangsa keturunannya. Marahlah perangainya, akhlaknya, kemikirannya, dll tetapi buat apa menggungkit keturunan seseorang.

Orang Melayu mesti Muslim, melalui definasi Perlembagaan persekutuan yang tiada definasi etnik.

Islam alergik dengan pemikiran rasis, kasta, feudal.

salam

DANIEL JOHN JAMBUN said...

Tuan,

A WAKE UP CALL FROM SINGAPORE’S SUCCESS

Anonymous said...

Syabas Bro AA,

Satu tulisan yang ada unsur akademik terutama kepada mereka yang belum tahu atau tak tahu , masa kat ITM (now UiTM)dulu ada belajar rasa nya tapi tak ambil berat sangat sebab dulu BN menguasai semua Negeri (kecuali Kelantan)tapi keadaan sekarang dah berbeza. Isu ini tidak ketara sangat pada masa itu.

Terima kasih sekali lagi kerana mengingatkan dan menyedarkan kita tentang kandungan asas Perlembagaan Malaysia. Teruskan menulis perkara berfakta yang jarang dibuat bloger lain.

Anonymous said...

- Harus diingat, 55 tahun digunakan umno bn untuk berkuasa dan bukannya berkerja untuk negara.

- you help me, i help you, tapi masaalahnya you tak buat kerja, apa modal you cakap 'janji ditepati'?

- ABU

Anonymous said...

kerajaan persekutuan mendabik dada kerana kononnya menolong kerajaan2 negeri yg ditadbir pakatan rakyat. sebenarnya itu tugas yg diamanahkan kpd mereka kerana mereka diberikan hak mengutip 90% dari cukai2. mana mungkin cukai dari rakyat kelantan/selangor/kedah /p pinang dikebas tetapi tak mau berbelanja utk rakyat di negeri2 tersebut. kalau begitu bagi kuasa kpd kerajaan negeri2 tersebut kutip cukai dan kerajaan persekutuan tak payahlah belanja apa2.

rakyat demikrasi

Anonymous said...

Ye.. Utusan Meloya..

Anonymous said...

Asalamualailum Pak Aspan,
Alhamdulillah dan terimakasih atas ilmu yang bermanafaat yang dapat kita kongsikan bersama.Semoga dengan pencerahan tersebut dapat difahami dengan jelas tentang peranan KERAJAAN PERAEKUTUAN.