Besok 16hb September adalah hari
kenangan penubuhan Malaysia
dan kita namakan Hari Malaysia.
Tanggal 16hb September ini juga merupakan hari yang kita ingati sebagai hari
dalam mana Persekutuan Tanah Melayu telah menambah ahli keluarganya apabila
Sabah dan Sarawak dan juga Singapura telah menyertai Persekutuan ini yang
namakan Persekutuan Malaysia.
Lain-lain perkataan Singapura, Sabah dan Sarawak telah mencapai kemerdekaan
mereka dengan menyertai Persekutuan Malaysia pada 16hb September 1963
dahulu. Walau bagaimana pun Singapura telah dikeluarkan dari persekutuan kita
dan menjadi negara merdeka sendiri.
Saya berumur 11 tahun semasa itu
dan saya masih ingat yang kami dikampung berkumpul sekeliling radio kerana itu
sahajalah alat komunikasi kerajaan kepada kita, terutamanya bagi kita yang
duduk dipedalaman yang jauh dari bandar dan kemajuan. Semasa itu tidak semua rumah
mempunyai radio, tetapi datuk saya Haji Kassim merupakan orang yang pertama
dikampung itu yang mempunyai radio. Kampung kami jauh dipedalaman dan tidak
mudah bagi kami untuk keluar ke bandar kerana perjalanan ke bandar itu memakan
masa berjam-jam lamanya.
Kewududan Persekutuan Malaysia
ini merupakan salah satu usaha untuk British memerdekakan tanah-tanah
jajahannya dan yang membuatkan Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia
ini adalah kerana rasa senang hati dan kepercayaan British terhadap kepimpinan
negara kita yang tatkala itu diterajui oleh pemimpin yang masyur buat zaman
itu, itu Tunku Abdul Rahman Putra Al haj.
Tidak payahlah kita olah
bagaimana susur galur kejadian yang menyebabkan penubuhan Persekutuan Malaysia itu,
tetapi cukup bagi kita untuk menghayati makna persekutuan dan kemerdekaan itu.
Sebagai sebuah negara Persekutuan
yang merdeka, tentulah kita dipayungi oleh perlembagaan negara yang lengkap
walaupun tidak selengkap perlembagaan Islam. Kita bercita-cita untuk
mendapatkan perlindungan dan pentadbiran negara yang luhur dan baik kerana
persekutuan ini sahajalah yang kita ada untuk kita wariskan kepada generasi
yang akan datang sampai bila-bila selagi dunia belum kiamat. Kita tidak
mempunyai kekuatan ekonomi yang membolehkan kita pergi ke merata tempat untuk
tinggal. Malaysia
sahajalah negara tempat kita berlindung dari ancaman luar dan dalam negara.
Oleh itu yang terpenting bagi
kita ialah untuk menjunjung keluhuran perlembagaan kita dan tidak sekali-kali
mencerobohinya walau sekuat mana pun tekanan untuk mempertahankan kepentingan
peribadi kita. Perlembagaan kita itu
adalah ‘supreme’ dan mencerobohinya adalah satu tindakan pengkhianatan terhadap
negara.
Tetapi telah 49 tahun Persekutuan
Malaysia
wujud tetapi kita masih lagi tidak atau pun belum kemas menjaga kedaulatan
perlembagaan kita dengan sepenuhnya. Kadangkala oleh kerana permainan politik
yang terlalu kotor ada kalanya perlembagaan itu di cemari dan ia sangat menusuk
hati kita yang kasih dan mencintai negara dan perlembagaannya. Kadangkala
bukannya unsur asing yang mencerobohi perlembagaan kita, tetapi ia datang dari
rakyat kita sendiri.
Untuk kita berusaha menilai
kembali peranan kita untuk menjaga perlembagaan kita elok kita sebut satu dua
insiden pencerobohan yang dilakukan oleh manusia yang diamanahkan untuk menjaga
kedaulatan perlembagaan itu sendiri.
Insiden yang paling menyayat hati
ialah kejadian yang berlaku dalam tahun 1993 dahulu. Pada tahun itu ia
merupakan tahun yang telah memberikan pimpinan kita cobaan besar samada mereka
itu mendaulatkan perlembagaan atau mendaulatkan kepentingan politik dan kuasa
mereka. Semasa itu perlembagaan memperuntukan yang isu Raja-Raja tidak boleh di
sentuh samada di dalam atau pun di luar parlimen.
Tetapi dalam krisis perlembagaan
itu Raja- Raja Melayu telah dihina dan diperkosa oleh UMNO pimpinan Mahathir
kerana kewujudan Raja-Raja dan Majlis Raja-Raja dengan peruntukan kecil yang
ada terhadap Raja-Raja tidak menyelesaikan politik UMNO khususnya bagi Dr
Mahathir sendiri.
Mahathir semasa itu mahu segala
apa yang beliau inginkan dilakukan tidak diganggu gugat oleh peruntukan yang
ada untuk Raja-Raja Melayu. Mahathir dan UMNO mahukan kebebasan yang tidak
bersempadan ibarat bebasnya haiwan di hutan. Sedih ceritanya tetapi jika ada
kesempatan dalam kehidupan saya teringin juga menulis buku tentang kejadian dan
insiden-insiden yang berlaku dalam krisis perlembagaan yang sesungguhnya di
mulakan oleh kesalahan UMNO itu sendiri.
Berbagai-bagai alasan di buat
untuk menghina perlembagaan kita dalam isu ini. Ada pemimpin UMNO yang menyatakan tindakan
terhadap Raja-Raja itu adalah untuk memperbetulkan sikap dan tabiat Raja-Raja
yang tidak sesuai lagi buat masa sekarang. Raja-Raja terlalu banyak terlibat
dalam perniagaan dan keadaan itu harus di berhentikan. Itulah sebabnya
Raja-Raja wajar di kecilkan peranan mereka dan tidak boleh lagi bertindak
mengikut sesuka hati mereka.
Tetapi kita semua melihat dengan
mata kepala kita sendiri yang perlakuan seorang dua Raja-Raja semasa itu adalah
perbuatan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri Pemimpin-pemimpin UMNO sendiri yang
mengampu Raja-Raja dan telah merosakan imej seorang dua Raja. Apabila Mahathir
merasakan tertekan dengan peruntukan yang ada kepada Raja-Raja Melayu dan
peruntukan itu akan menyekat baginya untuk melakukan semua perkara sumbang maka
jalan yang paling singkat bagi Mahathir dan UMNO ialah dengan menyerang
Raja-Raja dan menghina baginda semua dengan kata-kata yang amat mengaibkan
institusi Raja yang merupakan elemen penting di dalam sistem kerajaan kita.
Sekarang baru lah UMNO sedar yang
institusi Raja-Raja itu penting dan sekarang semakin hampir dengan Raja kerana
kepentingan mereka jua. UMNO sekarang ini,kalau boleh hendak berada di bawah
ketiak Raja-Raja pula dan menuduh pihak lain pula yang cuba mencemari
kedudukan Raja-Raja Melayu. Sekarang dengan ‘hypocrisy’ yang amat keterlaluan
UMNO kononnya adalah parti yang mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu.
Tetapi kita mesti ingat yang kita
telah meminda perlembagaan 181(2) dan 159(5) kerana krisis tersebut. Kedua-dua
peruntukan itu memberikan perlindungan terhadap bangsa Melayu. Dengan
peruntukan itu orang Melayu di ibaratkan mendapat perlindungan yang begitu
kuat. Ia diibaratkan seperti sebuah peti yang di kunci dengan sembilan mangga
kunci yang kukuh dan tidak ada apa pun yang boleh melakukan apa-apa terhadap
bangsa Melayu. Itulah dia kuasa yang diberikan kepada Raja-Raja Melayu untuk
orang melayu.
Tetapi peruntukan itu telah
dimansuhkan dan Sembilan kunci itu tidak akan dapat mempertahankan bangsa
Melayu jika ada pihak-pihak yang cuba melakukan perkara buruk
terhadap bangsa kita.
Sampailah hajat Dr Mahathir dan
penyokong-penyokong beliau di dalam UMNO. Apabila bangsanya sudah tidak
mempunyai peruntukan yang kuat itu maka sampailah hajat Mahathir yang begitu
resah dengan bangsa Melayu selama ini walaupun beliau memilih untuk menjadi
Melayu untuk kepentingan peribadi beliau.
Membinasakan Sembilan buah kunci
ini merupakan hadiah busuk UMNO kepada orang dan bangsa Melayu.
Bersambung………
3 comments:
Sedikit demi sedikit pekung mahadey terbuka..Bila bangsa melayu hendak sedar...
Mahadey sememangnya pengkhianat bangsa melayu..kebanyakan pemimpin melayu diakhir hayatnya tidak percaya pada mahadey...
Jangan la pisang berbuah dua kali..kerana mahadey sedang mengangkat anaknya dan ameno baru mendokongnya..
PRU akan dtg adalah masa terbaek untuk mengagalkan rancangan durjana mahadey...
Salam Pak Aspan dan semua,
MAHATHIR BIN MOHAMAD ISKANDAR KUTTY tidak pernah jadi Melayu dan tidak akan sesekali jadi melayu kerana bapaknya Bangla Kerala!!!
Hanya orang yang buta sejarah spt Ramlah Adam dan Zainal Kling dan orang UMNO sebuta dgnnya saja yg kata mamak tu Melayu
Tq.
UMNO nak jaga perlembagaan Malaysia? Seperti "tikus membaiki labu" atau seperti "Kak Ros mengidamkan cincin berlian 24 juta US".
Post a Comment