“Ahli-ahli UMNO yang didapati
mensabotaj parti dalam pilihanraya nanti akan disingkirkan keahlian mereka.
Mereka yang bekerja dan mengundi parti-parti pembangkang adalah mereka yang
tidak setia dan UMNO tidak memerlukan mereka”. Itulah lebih kurang kata-kata
Muhyiddin dua hari yang lepas semasa merasmikan perwakilan salah satu bahagian
di Johor dua hari yang lepas..
Inilah sebenarnya masalah yang
sedang dihadapi oleh UMNO apabila menghadapi PRU yang akan datang. Masalah itu
merupakan masalah yang terbesar yang UMNO sedang hadapi dan jika UMNO menumpukan
mengkritik dan membidas DAP, PAS dan PKR, itu merupakan tumpuan dan 'priority'
yang salah yang dilakukan oleh UMNO.
Parti-parti dalam Pakatan Rakyat
itu hanyalah parti-parti yang halal dan bukannya menjadi kesalahan bagi sesiapa
untuk mengundinya termasuklah ahli-ahli UMNO sendiri seperti yang telah
dilakukan oleh sebahagian besar ahli-ahli UMNO dalam pilihanraya yang lalu.
Lain-lain perkataan parti-parti pembangkang bukannya musuh BN. Pakatan
Rakyat hanya menawarkan pilihan kepada BN yang kian hari kian bercelaru dengan
masalah ‘inter-party’ dan ‘intra-party’ dalam BN.
Musuh UMNO ialah ahli-ahlinya
sendiri. Saya tidak putus-putus dihubungi oleh ramai ahli-ahli UMNO yang biasa
di bawah-bawah ini sejak saya menjadi ahli DAP awal Januari yang lepas. Mereka
tidak berpuas hati dengan parti mereka sendiri dan ingin saya meyakinkan mereka
yang menyokong Pakatan Rakyat itu adalah tindakan yang tidak bersalah-salahan
dengan perjuangan politik rakyat dan negara. Mereka mahukan saya memberi tahu
dan meyakinkan mereka mengundi DAP dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu
merupakan tindakan yang halal malahan ia merupakan langkah kearah perubahan dan
hijrah untuk rakyat termasuk orang Melayu sendiri.
Mereka mahukan saya memberikan
pandangan yang perubahan kali ini adalah satu perkara yang sudah menjadi
kemestian untuk kita lakukan. Mereka merasakan yang mereka hanya dijadikan
‘kuda pelejang’ untuk pemimpin-pemimpin korup yang tidak bermoral dan beretika
dan jika UMNO masih mendapat mandat kali ini mereka merasakan usaha untuk
menyelamatkan negara akan tertangguh lagi. Sementara hendak menunggu satu lagi
pilihanraya negara kita akan kering kotang dan negara akan menghadapi masalah
yang amat sukar untuk diperbetulkan pada masa itu nanti. Pendeknya mereka kata
untuk melakukan perubahan itu adalah sekarang dan tidak boleh ditangguhkan lagi.
“It’s better late than never,’
kata seorang rakan saya yang baru saya kenali di Seremban baru-baru ini.
Apabila kita mengutamakan negara, kita tidak boleh lagi memberikan UMNO
bermaharajalela. UMNO akan melakukan banyak perkara yang menekan rakyat
termasuklah kepada ahli-ahlinya sendiri. Dengan amaran Muhyiddin itu ia
menampakkan yang UMNO sedang menghadapi masalah dari ahli-ahlinya sendiri. Masalah
dalaman parti UMNO, adalah seperti orang yang menghadapi masalah dalaman.
Penyakit dalaman tubuh kita selalunya akan membawa kita ke tahap penyakit yang
‘terminal’ yang akhirnya membawa maut kepada kita sendiri.
Bagaimanakah UMNO akan membuang
ahli-ahli UMNO yang mensabotaj calon BN itu? Bukankah undi itu sulit? Kali ini bukan masalah sabo-menyabo. Sekarang
ini adalah masalah untuk menghapuskan rasuah yang dilakukan oleh BN. Muhyiddin
nampaknya hendak menekan ahli-ahlinya sendiri dan itu pun budaya UMNO sejak
akhir-akhir ini. UMNO tidak kisah bagaimana masyarakat melihat dan memberikan
persepsi kepada parti itu sendiri. Yang penting mereka (ahli-ahli UMNO) mesti
undi BN. Apa pun perasaan yang ada di dalam hati ahli-ahli UMNO itu,
pimpinan mereka tidak ambil peduli.
Bagaimana UMNO hendak mengambil
tindakan kepada ahli-ahlinya yang ramai yang mengundi pembangkang? 1.5 juta
ahli UMNO menyokong pembangkang dalam pilihanraya yang lalu berapa orang yang
telah diambil tindakan? UMNO tidak sedar yang ahli-ahli UMNO itu adalah
manusia bukannya haiwan belaan dan mereka mempunyai perasaan dan maruah juga.
Jika pun UMNO memecat ramai ahli-ahlinya ia menunjukkan yang UMNO itu merupakan
parti yang rapuh dan lemah.
Jika pecat memecat menjadi budaya
dalam UMNO ia hanya akan memberikan persepsi yang UMNO bukanlah parti yang disayangi oleh ahli-ahlinya. Tetapi jika UMNO itu kalah dalam pilihanraya seperti
yang diyakini oleh ramai, bagaimana mereka hendak memecatnya?
Jikalah benar UMNO itu masih
sebuah parti yang kuat dan diterima baik oleh rakyat kenapa keluar kenyataan
yang nyata memberikan persepsi yang UMNO itu tidak percaya kepada ahli-ahlinya
sendiri. Pimpinan UMNO sekarang mempunyai persepsi yang tidak baik kepada
ahli-ahlinya sendiri. Pimpinan-pemimpin UMNO ‘suspect everybody and trust
nobody’ terhadap semua ahli-ahlinya.
Situasi ini sememangnya merupakan
indikasi yang jelas yangUMNO tidak akan boleh bertahan di hati rakyat ramai. Kenyataan seperti yang keluar dari mulut seorang pemimpin utama parti itu
dengan sendirinya membuatkan rakyat merasa kurang keyakinan mereka. Kalau
ahli-ahlinya sendiri tidak boleh dipercayai, tentulah yang tidak menjadi ahli
itu tidak akan dipercayai oleh UMNO.
Bagi ahli UMNO, jika mereka
memberikan undi kepada Pakatan Rakyat seperti yang mereka lakukan dalam PRU
yang lepas mereka tidak akan mendapat apa-apa mudharat kerana berada di dalam
UMNO pun tidak menjamin yang kita tidak akan menerima mudharat akibat kelemahan
pimpinan yang tidak dapat menolak dugaan yang mereka hadapi seperti rasuah dan
salahguna kuas.
Ahli-ahli UMNO sendiri berkata
yang jika seseorang yang dipilih menjadi calon, itu merupakan tiket untuk
mereka membuat dan membina kekayaan peribadi. Hendak ditegur mereka tidak akan
berubah. Caranya ialah untuk menolak calon-calon itu sebagai pengajaran yang
berkuasa ialah rakyat, bukannya mereka yang diberi mandat itu.
Menjadikan orang ramai untuk
menjadi kerbau untuk membajak sawah sahaja tidak lagi dapat diterima ramai.
Cukup-cukuplah setakat ini. “Jika mereka dipecat pun bukannya ada apa-apa yang
hilang pun, kerana semasa kita belum dipecat pun keadaan tidak menentu. Apa
bezanya kalau dipecat? Selama ini pun UMNO tak nampak bergerak pun. Tidak lagi
berada dalam UMNO pun hidup kita serupa juga,” kata seorang AJK Bahagian dari Negeri
Sembilan kepada saya.
Seorang rakan yang menganggotai
AJK Bahagian di Selangor memberitahu saya, “By all means, Muhyiddin can sack
us and suit himself. After all UMNO is unrecognizable bang Aspan!. Dah lah!
Sumbat sana bocor kat sini. Sumbat kat sini
berlubang kat sana.”
24 comments:
As Salam Tuan AA.
Satu sahaja kejayaan UMNO yang tidak boleh ditandingi oleh semua parti di galaksi ini walaupun untuk jangka masa 1000 tahun lagi iaitu mendidik rakyat untuk jadi bodoh dan bersetia sampai ke mati untuk mentaati para pemimpin mereka (UMNO) yang korupsi lagi haramjadah terutama pengundi saluran 1 dan 2. Bagi mereka label UMNO itu terlalu tinggi, mungkin boleh diangkat sampai langit ke tujuh barangkali?
kahkahkahkahklahkahkahkahkah 1000000X
Saudara Aspan,
Perpatah Melayu ada mengatakan,"rumah terbakar tikus-tikus lari betempiaran",Kalau benar apa yang diperkatakan ,kesempatan haruslah diambil dari peluang ini,bagi mempertingkatkan penyertaan Melayu dalam DAP agar lebih seimbang bagi mengubah imeg DAP sebelum ini supaya menjadi sebuah parti yang benar mencerminkan multiracial yang sempurna.
Kesempatan yang terungkai kalu tak diambil akan lari ketempat lain.
Aspan, kalau dah disamakan UMNO dengan parti SYAITAN, tak jadi masalah kalau dipecat pun. Jidin jangan banyak cakap, tolong jelaskan perkara Stamford sewaktu beliau MB JOhor.
Salam AA dan bloggers,
'Self destruction mode.'
Sememangnya tanda2 UMNO akan runtuh dari dalam ada dimana2.
Pemimpin2 bercakaran sesama sendiri berebutkan harta negara dan pengaruh.
Lihatlsh kenyataan dari Mahathir,Najib,Muhyiddin yang disokong ulama makan gaji, penjual agama yang diibaratkan Dr Asri (MAZA)sebagai anjing.
Syaitan2 bisu ini diam membatu bila samseng2 UMNO menyerang dan merosakkan konvoi DSAI serta menggangu ceramah PR.
Polis pulak tidak mengambil tindakan yang mengesahkan PDRM sebagai parti komponen BN selain SPR,SPRM,Jabatan Peguam Negara dll agensi penguatkuasa.
Polis Raja Di Malaysia!
Ahli2 biasa UMNO sudah meluat yang terlampau melihat kedurjanaan pemimpin yang hanya mempergunakan mereka untuk kepentingan dan survival segelintir elit UMNO.
Semuanya perlukan duit untuk bergerak dari kehadiran ke ceramah Najib di stadium sehinggalah menampal poster pilihanraya.
Tidak ada keihklasan dalam perjuangan seperti dalam PAS misalnya, di mana kehadiran beribu2 penyokong dalam memeriahkan ceramah tanpa bayaran dan bas2 yang menjemput serta cabutan bertuah seperti diamalkan UMNO/BN.
Di dalam hati kecil mereka ini meronta2 cintakan kebenaran dan bencikan kesesatan dan akan melepaskan geram dengan mengundi PR.
Selamat tinggal UMNO.
Surrogate
BN is a party that works on patronage and has lost its way in the last 55 years in power by forgetting that its primary role is to listen and serve the rakyat. Just look at the current states where BN are the opposition, they are like chickens without heads and cannot provide any positive arguments or improvements for the state.
There is a lack on new blood in BN and this will lead to its downfall. Dr M is "spot-on" when he claimed that once PR wins it will be difficult for BN to win again - this is a FACT as the rakyat sees the improvement and transparency in PR's running of Penang and Selangor state government from deficits to surplus.
Assalamualaikum...
Kenyataan yang sukar dinafikan ialah pemimpin Umno-BN enggan mengakui kesilapan mereka.
Sejak bilakah Umno benar-benar menghormati dan memartabatkan prinsip undang-undang?
Siapakah yang memulakan krisis kehakiman, memecat para hakim yang tidak bersekongkol dengan pemerintah dan menghidupkan budaya rasuah dalam badan kehakiman?
Mengapa Umno-BN mengamal budaya 'double-standard' yang dihalalkan oleh pemimpinnya?
Apakah dengan mengundi Umno-BN itu merestui segala tindak-tanduk mereka?
Pak,
The closer we are to the next GE and with further delay and flip-flopping by Najib "the deity whose picture UMNO fanatics would kiss every morning", the more information and revelation on UMNO dirty and criminal behavior would be revealed the rakyat. For instance the FGV fiasco, after all the brouhaha and self praising "masuk bakul angkat sendiri" talk about giving windfall or "durian runtuh" to the Felda folk, it was revealed at last as nothing more than a con job and a daylight robbery perpetrated by najib with the help of Isa Samad on the unsuspecting and ill informed Felda people (the felda folk let najib and Isa samad sodomized them willingly with the promise of huge sums of money. And were they surprised when they received only RM 600 as payment!).
And just like what was warned and cautioned by the opposition and the NGO "ANAK", the FGV exercise of "repairing what isn't broken", truly did went south where at the end of the day the felda folk lost their majority control of the palm oil business worth at least RM4 billion annually and furthermore fleeced out of the lucrative lease on their land while Najib, Isa Samad and their coterie of privileged bumiputras walked away with hundreds of thousand if not millions (at the expense of felda folks who got a durian runtuh of RM 600 at most. Some durian runtuh, huh?)
Just like what mahathir did during his regime, najib is following suit where he is enriching his chosen few (special bumiputera) while the simple ordinary folks and malays can go to the dump for all he cares. In other words, najib (and UMNO leaders) aren't interested in the livelihood and the future of the Malays or Malaysian. He is in politics for the benefits he can get and with the robbery he can get away as prime minister and as government of Malaysia.
With all that being revealed to all and sundry, did UMNO expect Malaysian in drove will come back to them with blind loyalty and unwavering support? Highly unlikely and going by the fate that has befall all the other corrupt regime and dictators (good for nothing government), UMNO's demise is just around the corner and that corner leads straight to the Sg Buloh or even maybe kamunting aka "retirement resort for the corrupt, the racist, the brainless despot and of course for "the pious on the outside but godless on the inside" government servants, official and ranking officers. The end is nigh and judgement day is coming for najib, isa Samad, muhyiddin and of course mahathir too (and that's why he is in such as flurry to stop the tsunami).
Even the cronies of najib and mahathir know that their run on the Malaysian treasury is coming to the end. UMNO is going out not with a bang BUT with an implosion and nothing will save it from its fate. And it will be a new dawn for Malaysia when that happen. Not if it will happen but when it will happen. Then we can all celebrate a new independence day! MERDEKA from UMNO and Mahathir! And merdeka from idiots the like of Rais yatim and his foul smelling lyric and ass licking antics!
Nick.
As Salam Tuan AA.
Tahniah lah, "tebing tinggi" tu nampaknya dah tengok segala isu dengan kepala otak dan sedikit kebijaksanaan bagi menilai maklumat dan semakin cintakan kebenaran. Kalau sebelum ini beliau mungkin menggunakan otak rasuah UMNO dan menilai sesuatu isu dengan menggunakan "kepala lutut". Tahniah sekali lagi kerana tidak menjadi "ikan kering" - Mata sentiasa terbeliak (terbuka) tapi tidak nampak atau dapat menilai sesuatu kebenaran atau keadilan yang lalu di hadapan mata (walaupun Tuan AA dan tulis sampai hampir tecabut tangan tetapi kamu (tebing tinggi) masih terlalu tegar untuk merenungi hakikat kehidupan berpolitik)
Pak Aspan,
Ketua Perhubungan UMENu Penang mengadakan kenduri kahwin anaknya dan juga rumah terbuka UMeNU di Jawi. Kos khemah RM 100 000, jemputan 20 000. Anggaran RM10 sekepala. Jumlah RM 300 000.
Bagaimana kita boleh berkenduri sebegitu rupa? Cukupkah duit gajinya setahun untuk ini? Saya takut melihat perilaku seperti ini. Jangan kelak kedurjanaan seperti ini di buat oleh pemimpin PR. Jika ada pemimpin PR yang melampau perbelanjaan akan saya tentang mati2an. Saya takut pimpinan PR gopoh...
Tn AA , lama dah saya dok tengok, buat tu tak kena , buat macam ni tak jadi. Jadi semua serba tidak menjadi, dengan lain kata semua apa2 mereka buat, jadi belakang api - " backfirelah " mereka sendiri dan yang mengundi PR dulu adalah ahli umNO sebenar.semantara ahli mereka yang kekal undi umNO tu adalah HAMBA umNO...
Bro AA,
FGV kena bom buluh ,any big hopes on fgv will be a lost dream.
Technically fgv boleh turun lagi maybe even below ipo price of course the market players expect the price to be hydrauliclly jacked up but the 'scalpers' will be active and make some money at the expense of whoever is pushing it up.
Those who are holding fgv shares are already losing money.
I hope the felda settlers wont storm putrajaya.
Bad mistake for the settlers but a windfall for the powers that put up the con.
Anonymous 11:33,
The current situation of FGVH has been predictable right from the start.
BUT what can we do? The Felda Plantation with almost 1 million acres should be given to the landless as hat was the main motive of Felda' existence. That kind of acreage could have placed about 80,000 settlers and the landless. BUT some parties choose to rob them and make money out of it at the expense of those landless. The milking of the rakyat will never stop. The ruling leaders are having addiction for corrupt practices and looting the rakyat.
Can anyone suggest any solution other than toppling the current government democratically?
Salam Pak Aspan,
Hari ini tanggal 10 september 2012, apa yang Pak Aspan tulis memang benar menggambarkan keadaan tenat, sesak, terdesak umno (baru). Sesiapa2 yang nak pertikaikan keadaan ini bererti mereka bukan tahu keadaan sebenar politik umno (baru)....mereka jahil...itu sahaja.
Bagi saya bila membaca post Pak Aspan, saya sering mengimbau kembali perbincangan saya dgn Allahyarham Cikgu Hj Abd Kahar, dari Muar Johor. Apa yang kita perhatikan kecelaruan hari ini sudah Allahyarham sebut pada awal tahun 2000 lagi!....Masa tu Mahatdeyyyy masih PM dan Paklah TPM!
Bagi saya memang benar Allahyarham sungguh berilmu tentang politik umno lama dan baru......perkara2 yang sedang berlaku pula kini juga dia sudah sebut!
Yang lebih gerunkan saya perkara2 yang akan berlaku....dia ada bagi petunjuk2 serta tanda2nya sejak dulu....dan perkara2 ini jugak sedang berlaku!....
Ini bermakna apa yang dia ramalkan pengakhiran hayat umno (baru) nampak benar seolah2 akan berlaku!....Bab ini memang susah bagi saya nak tulis....tetapi percayalah....seperti kata Allahyarham...mereka akan disish rakyat....mereka akan jadi seperti kera sumbang!....mereka akan jadi serba salah.....cakap pun orang meluat dan tak percaya lagi....akan bergaduh sesama sendiri....(perhatikan tindakan muhideen...ini cluenya!!!)....mereka juga akan terpaksa guna tektik menekan serta membuatkan orang2 melayu takut....dan juga orang2 cina terutamanya gerun dengan rusuhan 13 mei 1969!.... nanti akhirnya tenaga serta kekuatan/nyawa akan dipertaruhkan.....nyawa rakyat!!
Tanda2 sudah nampak...mereka sedang terdesak....orang terdesak akan menjadi terpaksa.....serta akan hilang pertimbangan.....
Kalau setakat bocor tu takpe lagi....saya risau hancur, lulur negara dibuatnya......
sekian,
Gheng lama
bro,
kes sabotaj semasa pilihanraya bukanlah suatu perkara yang baru. perkara inilah yang masih menghantui umno dan bn sejak pilihanraya umum 2008 sehingga bn gagal memperolehi dua pertiga majoriti. saya melihat orang yang mensabotaj parti samada bn/umno mahupun pakatan rakyat telahpun mengambilkira nasib mereka selaku ahli mana-mana parti politik. saya tidak fikir dengan memecat seseorang ataupun golongan yang mensabotaj parti sendiri boleh menimbulkan keinsafan kepada golongan tersebut. sudah pasti sebarang tindakan tatatertib yang dikenakan hanya dipandang remeh oleh mereka kerana bagi mereka, ianya tidak mempunyai sebarang kepentingan lagi dengan parti tersebut.
dalam konteks ini, suatu perkara yang perlu diberi perhatian utama ialah soal calon yang diletak oleh parti. itulah pentingnya 'winnable candidate' iaitu calon yang boleh diterima umum dan bukannya calon yang boleh diterima oleh pucuk pimpinan parti!
Bro Aspan,
Sebagai tambahan kepada tulisan sdra nik - Antara tujuan besar mengapa Felda menjadi sasaran geng-geng penyangak untuk dirembat kerana duit negara dah tak ada lagi untuk dirompak melaui projek-projek mega.
cari punya cari, yang nampak dan hanya cara yang ada depan mata adalah merompak Felda melalui penyenaraian FGVH.
Kemana QD menghilang. Inilah satu lagi parasit penghisap darahtitik peluh dan keringat para peneroka FELDA. Bila dah bantai peneroka ini kow-kow, dia kekenyangan dengan keuntungan saham FGVH.
salam anakanda aspan, pak tengok hanya ahli2 umno yang buta mata dan buta hati dan buta telinga sahaja yang masih menyokong umno. ABU.
Salam Pak Aspan dan semua,
UMNO nak pecat ahli yang berpaling tadah??? he he he... Pecat le! Ada kami heran. Sokong UMNO pun bukannya hidup kami senang. Susah lagi ada la...Barang Naik!!! Dulu ye la sokong sampai terlondeh kain sbb nak bagi UMNO/BN menang, la ni sori la. Dah hidup bawah kerajaan 'PEMBANGKANG' rasa soronok pula. Beza jauh dari masa jerajaan BN dulu. Nak jumpa pemimpin la ni cukup mudah. Tadak protokol. Dulu?Sori la!!! Kalau tadak epoinmen jgn harap la. Kalau masuk kampung? Nak naik kapcai gear belakang?! Sori le... Naik mercedes beb, BMW...siap senteng seluar takut basah/kotor. tak panggil dato' siap jeling lagi. Pemimpin mcm ni tak yah la simpan lama-lama, rosak negara. Dah ramai warga saluran 1 & 2 dah kembali ke'asalnya', jadi para pengundi generasi baru renungkanlah masa depan kita semua. Apa yang tinggal sekarang ni dah kategori 'serdak' sebab yang sedap-sedap dah di samun oleh pemimpin yang korang@penyokong UMNO/BN pilih. Jgn ler biarkan hasil negara yg dah kategori serdak ni di'belasah' puak tak berhati perut ni. Ingat ler... puak ni pemimpin cawangan pun kaya, kita yg pulun siang malam apa dapat?! Bior ler UMNO pecat!!! Tak rugi apapun!!! KAMI SEDIA DIPECAT, tu pun kalau diorang berani ler... he he he. Ataupun TUNGGU PRU13 NI KITA PECAT UMNO/BN BERAMAI-RAMAI!!! PECAT!!!!!!!!!!!!
Terima Kasih.
Selamat sejahtera semua,
UMNO nak pecat ahli yang sabotaj parti? Pecat le... tp yang patut dipecat dari dulu lagi Anak mamak kutty@madet sebab PRU12 dia la dalang utama jatuhkan Pak Lah. Lingkup BN waktu tu. Anak Yatim Jolobu tu pun sama sbb dah derhaka kat UMNO dulu siap bertanding lawan UMNO tp kalah. Ahli-ahli yang sabotaj parti? Pecat la kalau berani. Orang dah tak takut ugutan tu!!! Dengar ni... Orang yang menderhaka pd bangsa dan negara sendiri tunggu PRU 13 ni... KAMI AKAN PECAT KAMU SEMUA!!!
Biar derhaka kat UMNO pariah,asalkan tak derhaka kapada ALLAH.ABU
btul3x...sekarang rakyat sudah takutkan laknat Allah SWT daripada takutkan umno.....dengan keuasa dan keizinNYA ABU= Allah Binasakan Umno.
Wow, aweѕome blog lаyout! How long have you
been blogging for? you maԁе blogging looκ easy.
Τhе overall lοok of your site is fantaѕtic,
as well as the сontent!
mу web site Homepage des Autors besuchen
Also see my web page > http://www.baytreerestaurant.com/index.php/member/28620/
Gгeеtіngs! Quicκ queѕtion that's totally off topic. Do you know how to make your site mobile friendly? My site looks weird when browsing from my apple iphone. I'm trying
tο find a templatе or plugin that might be
able to corгect thіs problеm. If yоu have аny recommenԁations, pleasе share.
Many thаnks!
my blog: http://Www.Correct.Go.th/pd2/Newpdnuke/html/modules.php?name=Your_Account&op=userinfo&username=LanoraMap
Oh my goоdneѕs! Incrediblе article dude!
Manу thаnκѕ, However I am hаving
ρroblems with your RЅS. I don't know why I am unable to subscribe to it. Is there anybody else having identical RSS issues? Anyone who knows the solution can you kindly respond? Thanks!!
My web page; www.muzeana.sk
Post a Comment