Sekarang sibuk tentang debat Anwar
dan Najib berhubung dengan pembentangan belanjawan 2013 di Parlimen baru-baru
ini. Isu debat ini timbul kembali bila Anwar membidas Najib kerana sindiran
Najib yang mengatakan bajet bayangan PR tidak realistik dan tidak mempunyai nilai langsung. Najib
menambah lagi serangan terhadap buku jingga semasa majlis anjuran parti Gerakan
dan sambil berkata buku jingga itu tidak bernilai dan tidak sepadan untuk dicetak di atas kertas pun.
Sebagai seorang Perdana Menteri
kata-kata Najib itu diambil serius dan dinilai oleh semua pihak. Kata-kata
seorang Perdana Menteri itu melambangkan banyak perkara tentang seorang Perdana
Menteri itu. Apa yang diluahkan dari mulut itu melambangkan apa yang ada di
dalam jiwa atau karektor seseorang itu. Najib sedang cuba untuk menjual ‘minyak’nya
dengan memuji bajet yang dibentangnya dan memperlekehkan bajet bayangan PR yang
dibentangkan oleh Ketua Pembangkang itu dua hari sebelum Najib membentangkan
belanjawan BN untuk tahun hadapan.
Semasa Ketua Pembangkang
mendebatkan belanjawan Najib itu Najib sebagai Menteri Kewangan tidak berani
hadir untuk mendengar apa-apa kritikan yang dibentangkan oleh Ketua
Pembangkang. Tetapi semasa membentangkan belanjawan itu Najib telah menyindir
yang Pakatan Rakyat telah membentangkan bajet yang tidak bernilai dan tidak
realistik sambil mengejek-ejek Anwar yang sama-sama berada di dalam dewan
semasa itu.
Kata-kata nista Najib terhadap PR
itu tidak mempunyai moral kerana beliau tidak menyedari yang ejekan beliau itu
akan mendapat reaksi dari pihak pembangkang. Najib tidak berani untuk
berhadapan dengan reaksi dari Anwar dan beliau menghilang diri dan tidak hadir
di Parlimen semasa Anwar membahaskan bajet pilihanraya beliau itu.
Najib seperti burung yang terbang
tinggi yang hinggap di dahan hanya untuk meninggalkan tahinya sahaja. Najib
tidak mempunyai sifat ‘gentleman’ dan Anwar membalas dengan meminta Najib
berbahas dengan beliau (Anwar) tentang bajet BN dan bajet bayangan PR. Najib
hanya membisu kerana seperti biasa beliau selalu mengelak daripada berdepan dengan
Ketua Pembangkang secara terus.
Anwar pernah beberapa kali meminta
diadakan debat di antara beliau dengan Perdana Menteri dalam beberapa isu
sebelum ini tetapi Najib enggan berbuat demikian dengan alasan debat itu bukan
budaya kita. Rupa-rupanya berdebat secara terbuka itu bukan budaya kita tetapi
bercakap di belakang itu adalah budaya Najib. Beliau hanya berani dalam situasi
beliau bercakap seorang diri seperti membentangkan bajet tersebut. Rupanya budaya
Najib ialah bercakap dan membebel di tempat lain seperti semasa persidangan
parti Gerakan dan majlis-majlis yang lain.
Jika Najib benar-benar yakin yang
bajet beliau bentang itu merupakan bajet yang terbaik tidak ada sebab kenapa
beliau tidak berani berdebat dengan Anwar sedangkan beliau beranggapan yang
bajet bayangan PR itu tidak realistik. Jika benar bajet PR itu tidak realistik
Najib sepatutnya dengan senang hati akan menerima cabaran Anwar itu tanpa was-was
untuk membezakan bajet yang beliau bentang dengan bajet bayangan yang dibentang
oleh Anwar bagi pihak Pakatan Rakyat.
Berdebat bukannya perkara ganjil
di dalam sebuah negara demokrasi dalam mengolah satu-satu isu yang berhubung
kait dengan kepentingan rakyat dan negara. Rakyat juga mahu menyambut cabaran
Najib supaya menilai beliau dari rekod beliau. Sekarang Najib telah menunjukkan
rekod yang beliaulah PM yang paling pengecut untuk berhadapan dengan
pembangkang secara terbuka di hadapan rakyat.
Najib sepatutnya keluar ke hadapan
dan berikan alasan kenapa buku jingga dan bajet bayangan PR itu tidak realistik
supaya rakyat dapat menilai kedua-dua pemimpin itu. Sesungguhnya sememangnya
Najib adalah seorang yang terkenal dengan sikap pengecutnya. Beliau hanya
bercakap besar dalam situasi pihak lain belum boleh menjawabnya. Najib hanya
boleh membaca khutbah dalam mana makmun yang ramai itu ditegah untuk bercakap
walaupun bercakap untuk meminta makmum yang lain untuk berdiam diri. Najib
hanya suka berkata-kata yang tidak disahut.
Rakyat mahu tahu apakah benar
yang Najib ini mempunyai pemikiran sendiri tentang belanjawan negara yang beliau
bentangkan sendiri itu. Jika benar Najib mempunyai ‘clarity’ dalam pemikiran
yang beliau persembahkan kepada rakyat itu, Najib sepatutnya akan ke hadapan
dengan sukaria untuk mempertahankan pelan dan pemikiran beliau.
Keengganan Najib untuk berdebat
itu sudah membuatkan orang ramai ‘conclusive’ tentang pandangan mereka bahawa
Najib hanyalah seorang pemimpin yang pandai bercakap dan tidak memahami
sepenuhnya apa yang beliau cakapkan dalam pembentangan bajet itu.
Dalam isu ini sahaja sudah cukup
untuk orang ramai memberikan penilaian terhadap Najib dan jika rakyat memilih
untuk tidak memilih BN lagi, itu adalah tindakan yang tidak boleh dipersalahkan
oleh sesiapa.
Kita mesti ingat seseorang
pemimpin itu harus berani menerima cabaran seperti cabaran yang dilontarkan
oleh Anwar itu. Jika tidak berani ia hanya memberikan gambaran yang Najib tidak
berani mempertahankan bajet yang beliau bentangkan sendiri. Jika begitu jangan
pula menyalahkan rakyat memilih pihak alternatif di dalam pilihanraya nanti.
Rakyat tidak akan memberikan
pimpinan kepada seseorang yang tidak
mempunyai keyakinan diri. Maka memberikan sokongan terhadap Najib itu adalah
‘self insulting’.
32 comments:
Salam Pak Aspan,
Dia fobia laaa. Kat ghumah tak bole bersuara, asyik kena bentak oleh si bengkeng!
Bila keluar ghumah, macam ekor terselit celah kangkang laaa! Inilah budak belaan Mahatdeeyyy yg dia akan nyahkan selepas PRU nanti.
Tak gitu mokrizz? Muhideeeen? Berahim? Aziz Shamsoden?
Sekian,
Gheng lama
Najib ni kaki auta saja. Ada pulak yang percaya tu!
menon
Penyokong2 tegar UMNO/BN hanyalah mereka yang mempunyai sikap rent seeking dan hanya mengharapkan kontrak2 yang penghujungnya akan di Ali Babakan. Mereka akan terus menyokong UMNO/BN tanpa mengira akibatnya terhadap rakyat Malaysia sejagat.
Nasib baik ada kereta hitam dengan outrider bila nak ke hulu ke hilir. Agaknya kalau naik bas ke, jalan kaki sorang sorang ke, mahu kecut teloq balut muka dengan seluar dalam kot. Anak Melayu bangsa yang berani kerana benar, malangnya Najib ni lain sikit lah.
Najib memang hari hari bedebat...tapi cara sehala saja melalui TV and media Bungkusan. Yang Najib tahu hanya mencaci and kritik PR tanpa memberi laluan PR untuk balas dengan aliran media yang sama. Ashik sembunyi belakang Rosmah.
Dato Aspan - pertama kali saya mendengar ucapan Dato secara live di AU3 Keramat malam semalam. I'm impress !!
baling batu sembunyi tangan
...tulurnya bagei diremas-remas he..he..he
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Yes! Absolutely True! Najib boleh digelar sebagai "ad-dayus" anak didik bapa syaitan. Nah, kalau dia tak berani berdebat, bermakna dia lebih pengecut daripada paderi-paderi Kristian yang sering berdebat dengan As-Sheikh Ahmad Didad tentang soal-soal keagamaan. Begitu juga, debat ini turut disokong ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith Nabi SAW untuk memperjelaskan kebaikan Islam kepada bukan Islam agar mereka insha Allah boleh didakwahkan, seterusnya menerima dan menganut Islam sebagai cara hidup. Lagi, bagaimana pula dengan kepimpinan negara-negara maju barat dan timur yang menjunjung demokrasi, tak adapun dengar mana-mana pemimpin teratas mereka bacul untuk berdebat hatta di TV dan pertemuan-pertemuan awam? Untuk itu, tak usahlah lagi berketuakan seorang dayus macam tu, k?
Terima kasih dan salam jihad.
Pak Aspan,
Ke'tidakberani'an Najib hadir untuk mendengar ketua pembangkang mendebatkan belajawan yang telah dibentangkan secara jelas menunjukkan secara jelas Najib bukanlah 'born leader'.Kita lihat sejarah perjalanan beliau dalam politik di Malaysia tidak melalui ranjau,semuanya telah terhampar,telah terhidang semuanya melalui jalan selamat, jadi MB atas jasa bapak,jadi ketua pemuda tak bertanding,jadi PM sekarang pun pakai mandat Tun Dollah,najib sentiasa mengharap kan teks ucapan telah disiapkan, rakyat Malaysia fikir2kanlah kualiti PM anda yang berani cakap belakang aje, ngabiskan boreh aje
Pak,
najib ni bukannya taknak berdebat dengan DSAI tp dia sudah memindahkan sifat kejantanan dia pada isterinya si Rosmah! kalau boleh, Najib ni mau aje meletakkan isterinya sebagai pengganti dirinya untuk berlawan hujah dgn DSAI.
Maklumlah isterinya tu orang cerdik pandai sampai boleh mengeluarkan pandangan bahawa kejadian gempa bumi yang melanda Jepun beberapa bulan lepas adalah hasil kegagalan kerajaan Jepun menjaga alam sekitar mereka..HUH?
Dan hujah bernas menolak berita dia membeli sebentuk cincin bernilai RM24 juta dengan mencanangkan bahawa dia hanya ingin melihat sahaja cincin tersebut tanpa ada niat untuk membeli dan pihak penjual pula iaitu Jacobs dengan sukarela menghantar cincin tersebut untuk dipakai cuba tanpa ada keinginan dari pihak pembeli untuk membelinya. "Pandai" sungguh dalihnya! Mesti bila berdebat dengan DSAI, PM Rosmah dapat meyakinkan semua pihak bahawa dia mempunyai IQ yang lebih tinggi dari najib (iaitu bila dia duduk atau berpijak atas kepala Najib)!
Nick.
Dia sendiri tidak berani mempertahankan budget yang dibentangkan, mana ada rakyat percaya dengan dia
Pak Aspan,
Tak payah laa Pak Aspan dan rakyat Malaysia nak harap Najib jadi berani. Kalau dah spesis penakut, pengecut, dayus dan bacul..tak mau puny dia berdebt dengan Anwar.
Macam ni laa Pak Aspan. Aku ni pass sekolah rendah saja. Apa kata Pak Aspan tolong arrange satu debat antara aku dengan Najib?. Topik dia pasai bajet 2013 ni juga. Mgkn hilang bacul dan dayus Najib kot kalau debat dengan aku yang pass sekolah rendah ni. Harap sangat Pak Aspan boleh arrange.
Jangan dok harap Najib nak bertembung dengan Anwar tu. Kalau dah raja "syaitan" keturunan Mendeliar dan Si Kitul yang juga mentor Najib tu sendiri takut nak bersemuka dgn Anwar...apalah sangat budak senget anak Razak ni nak jadi berani.
La ni Najib dah jadi macam anjing menyalak bukit sebab dia tau bukit tak boleh menyalak balas. Aku emang menyampah gaban laa duduk di MAlaysia bawah PM yang cabul dan dayus ni. Lebih baik Najib pi terjun Penang bridge sebab dia seorang yang tidak bermaruah. Jelas dalam kes yang Apk Aspan ulas ni membuktikan PM Malaysia sekarang pengecut dan dayus. Mana maruah Najib dan mana dia maruah pencacai pencacai UMNO BN ni???.
Tumpang tanya Pak Aspan. Agak agak kalau PR menang...boleh tak kita tengok pengupah & pembunuh Altantuya tu dicekup dan digantung ???. Aku teringin sangat nak tengok misteri yang sengaja ditutup ni terbongkar.
As Salam Tuan AA.
Perumpamaan Melayu yang cukup tepat dengan Najib ialah "Seperti ayam jantan, yang berkokok berderai-derai di punggong berlumuran tahi". Untuk pasangannya juga ada perumpamaan Mongolia yang amat sesuai iaitu "seperti ayam betina beranak berderai-derai, laki juga ramai-ramai, di bahu ada cincin berlian 24 juta dan di kepak penuh beg tangan yang mahal-mahal".
Gue sokong..........no more to najib.....vote pr....hidup rakyat.......abu........
Najib dah ta'ada telor. Rosmah dah simpan. Sebabtu dia tak berani nak berdepan dengan Anwar.
Keperibadiannya tidak ada 'isi' sebab itu dia tidak berani berdebat sebab tidak tahu apa isi yang ingin dikeluarkanya.
Semalam baru lepas tengok filem 3 Abdul. Banyak betul ilham P. Ramlee yang akal tidak dapat memikirkannya ketika itu, tetapi kini semuanya berlaku di depan mata.
Cerita hitam putih, tapi dah sebut UMNO=Sirkis
Cerita hitam putih, tapi tuan penasihat APCO, Mr 10% sampai 25% pun dah ada dan dah berlaku.
Perjanjian dikuatkuasakan dengan undang-undang. Tetapi undang-undang membelit pun dah berlaku.
Jual orang lebih baik dari jual unta pun dah berlaku.
Walhasilnya kebanyakannya terkena kepada UMNO dan pemimpin UMNO.
Soalan cepumas, siapakah Pencacai angkat najis sekarang ini yang tua kutuk nak mampus dan tak sedar diri yang masih berperanan sehingga kini? Cuba teka...!
Siapa dapat teka betul maka hadiahnya adalah destinasi pelancongan kenegeri Pasir Dua Butir.
Actor Terbaik : Najib
Pengarah Terbaik : RM
Penerbit : Semua Media Perdana 1 malaysia
Pelakun Terbaik ini telah mengondol semua oskar dalam filem " TAKUT " kerana berani berdebat sorang-sorang dg penuh emosi. Dia takut menghadapi pilihan raya kerana phobia kehilangan Putra Jaya.
Salam Pak aspan.
Pemimpin seperti ini ada pemimpin yang pengecut dan penakut apabila untuk berhadapan dengan realiti.
Pemimpin seperti ini tak layak untuk menjadi pemimpin rakyat Malaysia.
Memalukan..
Hi everyone,
Najib is not just afraid of losing in a debate. He is a thick skin leader. He is a fake and very deceiving man.
He is unnatural and unreliable man to support.
Salam tuan AA,
- Najib anak orang senang, keturunan elit puak umno.Dalam hidup dia belum pernah merasa kesusahan, asam garam kehidupan seperti kita ini, lahir dalam kalangan orang kebanyakan.Lahir didunia sudah dilimpahi kemewahan, zaman kecil remaja makan disuap, bila dewasa secara 'automatik' dapat kedudukan, keistimewaan dalam golongan puak umno dan bila sudah tua dilantik pula menjadi PM.
- Umpama hendak makan ikan, paling elok diri sendiri yang kaitkan umpan dimata kail.Tidak dapat memancing, biarlah diri sendiri yang membeli ikan di pasar.Kalau beli, duit untuk membeli ikan biarlah duit keringat tulang empat kerat sendiri, bukannya dari lendir atau keringat orang lain.
- Tiada perjuangan untuk rakyat melainkan untuk puak elit umno bn sahaja. Ternyata kesenangan hidup sudah menguasai keturunan puak umno bn dalam keistimewaan dan sudah tiba masanya mereka dan parti umno bn disingkirkan dari peta politik negara.
- A.B.U
"Berdebat bukan budaya kita!" .....Najik Tong Rosak
Najib ni suku sakat bugis......lanun dari selewasi kan bugis ni terkenal dengan sikap sombong,perompak, pembunuh lanun dari selewasi jadi PM kononnya bumiputra le....dulu pariah dari kerala datang naik tongkang mengaku bumiputra jadi PM habis orang melayu di koyoknya( Tipu)beri status bumi kepada mamak hitam useless mamak born under the dark sun.ABU
Malu aku afa PM macam ni
Why is Najib s google hangout you tube video not available? What are they hiding?
Salam Pak Aspan,
Sorry off topic.
http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=29429:doa-supaya-prof-khoo-kay-kim-cepat-sembuh-najib&Itemid=2
Hari ini dia sudah sakit. Takpalah, kita mohon dia sembuh.
Tapi saya takkan maafkan apa yang dia kata...bahawa Laksamana Datuk Hang Tuah tak wujud!. Kalau Datuk Laksamana Hang Tuah tak wujud, maka Kerajaan Islam Kesultanan Melayu Melaka dari awal 1400 sehingga 1511 pun tak wujud???
Inilah yang dikatakan menanam syak wasangka dalam minda umum dengan menggunakan orang2 penting/ahli ilmu untuk memutarbelitkan dan menipu fakta sebenar.....
Tetapi sehingga kini, juak2 seperti berahim ali, hassan ali dan zul kulim masih berdiam diri????? Saya tak harapkan naina merican membela Hang Tuah!!
sekian,
gheng lama
p/s - kenapa umno (baru) pimpinan Najib berdiam diri tanpa membantah apa yang Khoo Kay Kim kata tentang Hang Tuah????
If the PM is not willing to debate or be in the parlimen when the budget is being debated by the opposition, then is a clear sign that the
PM has ZERO confidence in his budget.
Apa macam PM yang tak berani berdebat selepas mengumum budget. Macam PM sendiri tidak percaya budget !
Malu saja PM Malaysia yang tak berani berdebat budget sendiri.
Macam ini punya PM pun ada - habislah Malaysia. Rakyay perlu bangkit dan pilih PR
Sampai masa hamparan tu akan koyak jugak..orang macam ni semangat juang memang sangat lemau.jangan risau tukar akan tetap berlaku
Post a Comment