04 October 2012

Pecahkan ruyungnya dahulu sebelum mendapatkan sagunya

Kenapa kita mendengar rakyat bercakap dan berbincang tentang politik tidak henti-henti sehinggakan jarang-jarang kita mendengar orang ramai bercakap pasal lain. Keadaan sebegini tidak pernah berlaku sampai ke tahap ini dan ini sahaja menunjukkan rakyat sedang dalam pencarian. Kehidupan rakyat tentulah ada masa pasang dan surutnya dan ia bergantung kepada siapa yang mentadbir dan memerintah kita. Setiap rakyat ditadbir oleh badan kerajaan secara ‘direct’ atau ‘indirect’ di dalam mana-mana negara yang berkerajaan.

Rakyat ditadbir oleh kerajaan sehingga di kampung-kampung dan mereka ditadbir oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). JKKK itu adalah struktur pentadbiran kerajaan yang terendah sekali. Selalunya apabila sampai rakyat biasa bercakap di tempat-tempat awam tentang politik, tidak akan ada perkara lain yang berlaku selain daripada berlakunya perubahan. Dalam politik dini hari rakyat Malaysia setiap peringkat bercakap politik dan politik kepartian.

Perubahan itu tetap berlaku dan ini adalah hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh sejarah. Kita tidak terlepas daripada angin perubahan ini dan sememangnya perubahan itu sudah sampai untuk berlaku. Kalaulah Muhammad SAW dahulu tidak berhijrah Islam itu susah untuk berkembang kerana masalah tentangan dari kaum musyrikin Makkah. Kemajuan dan perkembangan Islam sendiri terpaksa melalui perubahan dalam bentuk hijrah.

Penghjrahan Muhammad SAW dengan sahabat-sahabat baginda ke Madinah telah mengembangkan makallah Islam sehingga Islam itu merebak ke merata pelusuk dunia sehingga ke Cina. Jika Muhammad masih kekal di Makkah Islam tidak mungkin berkembang dan menempa kemajuan kerana kekalutan keadaan di Makkah itu sendiri. Tetapi apabila Muhammad SAW sampai ke Madinah baginda telah disambut oleh kaum Ansar dengan begitu mesra, maka Muhammad SAW berjaya mengembangkan makallah Islam itu dengan jayanya dan berkembanglah agama suci kita itu di Madinah tanpa halangan yang besar.

Begitu jugalah kita di negara ini yang inginkan perubahan itu. Kekalutan politik di negara kita tidak akan dapat diperbaiki selagi kita tidak mahu melakukan hijrah itu dengan berani. Yang penting bagi kita ialah untuk meninggalkan kekalutan yang kita sedang hadapi oleh kerana masalah-masalah yang kita semua tahu dan telah selalu disebut dan ditulis oleh banyak penulis dan pemikir kita.

Hanya yang menjadi masalah sekarang di negara kita ialah perubahan itu terpaksa melalui usaha yang sangat rumit kerana kita belum pernah lagi melalui perubahan sejak merdeka dahulu. Tetapi di atas kerumitan inilah datangnya perjuangan dan dalam usaha yang sebegini ia tidak mungkin boleh dicapai dengan mudah kerana bukan perkara senang untuk memecahkan budaya yang songsang yang telah berakar umbi dalam masyarakat kita. Bak kata pepatah, ‘pecahkan ruyungnya dahulu sebelum kita mendapat sagunya’.

Sekarang ruyungnya sudah hampir pecah dan sagunya sudah kita nampak. Hanya menunggu masanya sahaja bagi rakyat negara ini merasakan nikmat pembaharuan yang sedang berlaku dengan derasnya di kalangan kita di sini.

Barulah sekarang kita lihat dengan jelas yang perubahan itu agak pasti akan berlaku dan ianya sudah begitu hampir dengan kenyataannya. Tidak ada sesuatu kuasa yang boleh bertahan selama-lamanya termasuklah mereka yang sedang berkuasa di negara kita ini. Tanda-tanda perubahan sudah ditunjukkan dalam pilihanraya yang lalu dengan bertambahnya pengaruh parti-parti alternatif sehinggakan BN telah kehilangan majoriti tradisi 2/3 di Dewan Parlimen dan lima Dewan Legislatif negeri-negeri dalam persekutuan ini telah diambil alih oleh pihak alternatif.

Ramai yang berharap dengan berusaha keras untuk melakukan ‘follow through’ kepada apa yang dicapai oleh pihak alternatif dalam pilihanraya yang lalu. Angin perubahan ini bertiup begitu kencang sehinggakan pihak pemerintah sekarang terpaksa bertahan dengan berbagai-bagai cara kerana pihak pemerintah sekarang belum pernah mengalami perubahan selama ini. Namun benteng pertahanan mereka itu tidak akan mampu menahan ombak perubahan yang sedang melanda kita pada masa ini.

Tentang dari penyokong-penyokong BN pada hari ini tidak perlu dirisaukan kerana mereka itu adalah di kalangan mereka yang berada di dalam ‘comfort zone’ dan payah untuk membawa mereka berjuang. Semasa mereka perjuangkan kemerdekaan oleh pimpinan terdahulu itu, ramai pegawai-pegawai kerajaan dan mereka yang makan gaji dengan pentadbiran British dahulu amat takut menerima kemerdekaan ini.

Ramai di antara mereka berkata yang kita tidak akan berjaya mengendalikan sebuah negara yang kita tadbir sendiri kerana kita tidak ada kemampuan apa-apa. Mereka berkata, hendak membuat jarum pun kita tidak boleh lakukan, masakan kita berdaya untuk mengendalikan kemerdekaan negara.

Tetapi apabila kita mencapai kemerdekaan kumpulan ini jugalah yang telah mendapat nikmatnya dan menjadi pembesar-pembesar negara dan negeri kita. Begitu jugalah dengan apa yang kita hadapi sekarang. Ramai di antara penyokong kerajaan pada hari ini berkata belum tentu lagi PR akan berjaya memerintah negara dengan baik jika diberikan mandat dalam pilihanraya ini.

Tetapi itu merupakan masalah yang biasa apabila kita hendak melakukan perubahan. Kemampuan PR untuk mentadbir negara kita adalah lebih baik dari apa yang ada pada hari ini. Yang sudah pasti UMNO dan BN tidak mampu lagi mengendalikan rakyat dan negara dengan baik kerana UMNO dan BN tidak berkemampuan untuk menguruskan kejayaan.

Mereka telah merosakkan semua kejayaan yang kita telah capai dengan jayanya dahulu. Hakikatnya jika BN masih diberikan mandat ia bermakna kita telah gagal untuk berubah yang sangat-sangat perlu bagi rakyat negara kita sekarang ini.

Tetapi jika kita timbang dari sudut keinginan rakyat untuk berubah pada hari ini, insyaallah kita akan mencapainya dalam pilihanraya yang akan datang ini. Bersedia sahajalah untuk hidup dalam ‘ambience’ politik yang baru untuk kehidupan yang jauh dari kemelut yang kita hadapi sejak beberapa lama dahulu.

Kita terpaksa jauhkan diri kita dari kemelut ini. Jangan sekali-kali kita menzalimi diri kita dengan membiarkan kita masih berada bersama pentadbiran yang telah melakukan kemungkaran politik dan ekonomi serta sosial negara kita. 

28 comments:

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah! Terima kasih sekali lagi! Sememangnya analisa berfakta sebeginilah yang patut dibaca jika kita benar-benar ingin menunaikan kehendak wawasan yang juga tercetus di era Mahathir dulu. Kalau tidak, memang jangan mimpilah ... Maknanya, tiada yang akan dapat mengubah nasib seseorang melainkan dirinya sendiri; begitulah juga dengan sistem politik dan pentadbiran negara, kan?

Justeru, fakta sejarah yang saudara bentangkan mengenai penghijrahan Nabi SAW dari Makkah ke Madinah bersama para sahabat Baginda (yang diredhai Allah) yang kemudiannya menemukan kelompok sahabat di Madinah daripada suku Aus dan Khazraj, menyaksikan komuniti "2-in-1" yang saling bekerjasama: Muhajirin (daripada Makkah Al-Mukarramah) dan Ansar (Qabilah Aus dan Khazraj: penduduk asal Madinah) yang seperti saudara katakan, akhirnya berjaya membentuk negara Islam pertama di dunia sekaligus mengembangkan sayap empayarnya ke India dan China sekitar era kekhalifahan para Sahabat dan Tabi'in, diikuti seluruh pelusuk dunia sepanjang masa termasuk benua kecil Nusantara sekitar kurun ke-13 Masihi.

Lantas, kepada para penguasa zalim kita hari ini yang sering takabbur dan 'ujub akan kehebatan kekuasaan mereka kini, khasnya daripada UMNO, tolong renung-renungkanlah mafhum ayat yang akan saya, sebagai antara mereka yang masih kecetekan ilmu ini, ingin muatkan:

"Setiap yang ada (makhluq) adalah fana, dan yang kekal abadi hanyalah wajah (kekuasaan) Tuhanmu Yang Maha Berkuasa Dan Maha Mulia".
(Juz 27/30, Surah Ar-Rahman [s75/114], ayat 26-27/78)

Kalau mereka tak mahu faham juga, terpulanglah ... Biar ketentuan-Nya yang akan menentukan segala-galanya, manakala di akhirat, dikhuatiri mereka akan dihumban ke neraka bersama golongan yang sekategori dengannya serta para pemimpin gila khianat yang mereka agung-agungkan itu dalam keadaan hina. Oleh itu, mahukah? Akhirnya, kiranya kedapatan sebarang fakta yang tersalah, termasuk terjemahan ayat, dan apa juga yang kurang disenangi, saya mohon diperbetulkan, sekaligus kita berhujjah berasaskan iman, ilmu dan fakta, bukan sekadar emosi. Teruskan menulis lagi.

Terima kasih dan salam jihad.

mad said...

tulisan terbaik pak aspan sebelum terukir sejarah perubahan negara malaysia menjelang pru13. terima kasih

HH said...


Rakyat telah menikmati sagu dari ruyung yg telah dipecahkan di Penang,Kedah,Selangor dan Kelantan.

Kecuali Perak yg telah diambil oleh lanun Bugis.Rakyat Perak pun tahu keempat-empat boneka itu telah mendapat habuan masing-masing.

Kerajaan Federal berusaha pelbagai taktik utk mengambil Selangor kembali.

Nampaknya angin perubahan bertiup kencang di Sabah dan Sarawak.Geng samseng UMNO telah cuba menyekat kemaraan PR di Melaka dan Johor.

Insyaallah perkembangan angin perubahan di Selatan Semenanjung telah merunsingkan MB negeri.

Perubahan yg berlaku menyebabkan jaguh pidato sorang diri di Putrajaya tak boleh tido malam.sekarang sering menyanyi lagu " Semalam di Malaysia "... mana dia kawan lama, kawan lama yg sama bejuang oh malaysia!..ini yg digeruni bila menjadi Ketua Pembangkang.

Rakyat Malaysia pasti mendapat sagu bila PR mengambil alih Parlimen dan seterusnya Putra Jaya.

Alam Flora said...

As Salam Tuan AA.

Rakyat di negara ini nampaknya semakin sedar dan celik politik apabila saban hari mendengar berita para pemimpin UMNO Haramjadah telah memiliki harta dan wang yang melimpah ruah hasil gadaian, rompakan, rasuah, penipuan dan perniagaan sulit menjual harta negara dan hak milik rakyat tanpa ada sebarang sekatan, penguatkuasaan dan halangan dari pihak pemerintah (kroni haramjadah) maupun pihak berwajib (penguatkuasa lantikan kerajaan). Harga barangan semakin meningkat tanpa ada sebarang pemantauan oleh menteri haramjadah, kenaikkan harga petrol tidak diumumkan kepada rakyat oleh menteri haramjadah, hanya oleh persatuan peniaga minyak sahaja. Kehidupan rakyat semakin tertekan dengan kadar ekonomi yang menguncup dan nilai matawang ringgit yang semakin mengecil berbanding negara tetangga. Perdana Menteri yang ada pun begitu bacul, dayus, penipu dan bapa korupsi. Kata-kata dan ucapannya sewaktu membentangkan belanjawan TADIKA 2013 seperti orang mabuk todi dan selayaknya menjadi menteri wanita di Somalia atau Zimbabwe dan di kalangan bangsa Beliau hanya boleh ditamsilkan sebagai "Penyangak yang buruk kepala dan berlari sekeliling kampung sambil melaungkan bahawa beliau sedang mengejar pencuri" wal hal beliau adalah bapa segala penyangak yang pernah dilahirkan oleh sebuah parti talibarut haramjadah bernama UMNO. Masih adakah maruah bangsa Melayu (majoriti) yang memimpin negara ini mempunyai seorang pemimpin yang bacul dan bodoh....? Apa pula tanggapan bangsa lain terhadap bangsa Melayu, yang kononnya tinggi adat dan nilai budayanya? Akhir kata "pemimpin UMNO dahulu, kini dan selamanya memang dilatih untuk menjadi penyangak terhormat".

Anonymous said...

PR hanyalah kembar kepada BN.

Nothing different between on you.

flinch said...

Salam Tuan,

Perkara pertama yang bermain difikiran saya berkenaan dengan keadaan negara adalah stabiliti. Stabiliti untuk rutin harian; iaitu pergi dan pulang kerja, berkeluarga, beriadah dan sebagainya tanpa ada perlu rasa takut dalam negara sendiri.

Jika melihat dari garis ini saya merasakan untuk umur saya yang masih muda (hampir 30-an)semua itu berjaya disediakan dinegara ini bawah pimpinan kerajaan sedia ada.

Tentulah ada golongan yang kurang bernasib baik dan sebagainya,tapi alangkah peliknya kita andai kata kaum pendatang berduyun datang kesini mencari rezeki. Sesetengahnya mampu mengubah nasib diri, malah mendapat kekayaan duniawi.Maksudnya peluang itu ada jika kita mahukan sesuatu.

Saya melihat jika orang luar melihat hujan emas dinegara ini, bukankah kita ini keterlaluan jika ingin menukar apa yang ada. Apa yang sepatutnya adalah pembaharuan.
Kerana apa yang ditukar belum tentu kita dapat kembali.

Saya kurang tahu, malah meragui laporan dan berita mengenai korupsi di peringkat atasan negara. Tiada apa-apa untuk pengesahan, cuma kata-kata untuk menuduh itu dan ini. Untuk peringkat bawahan saya ada pengalaman pahit sendiri.

Saya tidak menolak ianya berlaku. Sukar untuk dipercayai jika tiada langsung berlaku. Namun sejauh mana kebenarana atas apa yang dilaporkan itu keraguan saya.

Dan saya melihat kedua-dua belah parti (BN & PR) masing-masing mempunyai jerangkung dalam almarinya sendiri.

Berbalik kepada stabiliti, sekurangnya saya mempunyai keyakinan kepada BN untuk mengawal keadaan negara.

Jika dibandingkan dengan PR, saya melihat ianya suatu masalah bagi mereka untuk memberi kestabilan dimana tiadanya satu parti yang dominan dalam kesepakatan mereka.

Tidak mustahil kecelaruan berlaku setelah mendapat kuasa dimana masing-masing menunjukkan taring sebenar mereka, seperti di Penang dan Selangor dimana saya melihat ada parti tertentu seolah menjadi 'champion' dan suara parti lainnya cuma menjadi latar dalam pentas politik mereka.

Saya takut kehilangan kuasa (melayu). Dan saya tidak rasa PR mampu untuk mengekalkan kuasa itu.Risikonya terlalu tinggi untuk dicuba.

Kebenarannya melayu masih perlukan kuasa itu untuk menjadi Tuan di tanah sendiri. Apapun ingatlah DAP adalah serpihan PAP, dan lihatlah apa kuasa pada Melayu Singapura dalam pentadbiran negara.

Sutan Nahu said...

Macam mana mata nak tidur,
Daun pauh jatuh melayang;
Macam mana mata nak tidur,
Dari jauh nampak bebayang.

Anonymous said...

Ramai melayu yg dah sedar peranan jahat nina chattu bersubahat dgn portugis menyerang melaka dulu. Begitu juga mahadey dgn tipu muslihatnya membuka ruang kapitalis imperialis menguasai negara. Ingat 3 dari 4 keluarga termiskin ialah org melayu. Selain keling kutty ada satu lagi sub-spesis melayu perosak.
Di zaman melaka dulu ada seorg anak raja bugis bernama semeluki yg bersyahwat dgn ibu tirinya lalu dihalau oleh bapanya. Semerluki pun belayar 200 kapal melanun dan menyerang kerajaan2 di nusantara termasuk melaka. Dia akhirnya dikalahkan oleh angkatan sultan mansur shah. Dia pun balik ke ujung tanah dan bersumpah akan dtg kembali. Benar, setelah 200 tahun melaka jatuh mereka kembali ke tanah melayu menyelinap menguasai istana. Di tangan mereka negeri2 melayu akhirnya diserahkan kpd british. Skrg madey kutty berpakat najib semerluki. Kemanakah melayu akan dicampak?

Anonymous said...

assalam tuan AA,
kno g kursus BTN aritu
jumpo cikgu Nordin Pilah..
katonyo tuan msl DAP sbb nk jd mb n9
ese sonyum yo...lam ati..
x soda laeii org2 umno ni..
trskn prjuangan tuan...

Anonymous said...

Anon 21.27 (yang belom berumur 30 tahon!)

Baca lagi lah....kaji lagi lah....sejarah...sejarah dunya....sejarah bangsa....sejarah nusantara....sejarah Ahlul Bait Rasulullah saw yang bertebaran di sini yang telah banyak menanam benih kebenaran untuk kebangkitan Islam di akhir zaman....

kajilah...rajin2lah bertanya...rujuki yang tua2 untuk tahu...baca kitab, buku, makallah...dan 'baca' apa yang terhidang depan mata bersandar dan berlandaskan Al Quran dan Hadiths2 Rasulullah saw

nescaya kamu tidak kecut telor...tak kecut perut...tak berasa kecil lagi dhaif...untuk menaruh harapan kepada kuasa yang palsu!

Aminuddin MOhamed said...

Kita jgn spt anjing.Bidalan melayu menyebut "Sepuluh jong masuk pelabuhan ,anjing tetap bercawat ekor juga"..

Anonymous said...

Namanya "flinch" 21:27:00 GMT+08:00

Kerana negara dilihat aman dan makmurlah maka pemimpin UMNO kesayangan kamu boleh membolot segala harta rakyat sewenang-wenangnya tanpa ada sekatan (kerana semua badan penguatkuasaan dan perundangan di bawah jubur UMNO). Kalau negara huru-hara bolehkah para pemimpin UMNO ini mampu nak berbuat demikian? (contohnya Hossni Mubarak - bekas Presiden Mesir). Kamu ini selayaknya bercakap seperti anak kepada Mahathir, Najib atau menantu Pak Lah, yang pagi, petang, siang dan malam melahap harta dan titik peluh rakyat untuk memberi kesenangan dan kemewahan kepada keluarga dan kroni sendiri. Tetapi jika kamu rakyat biasa, makanya kamu ini memang ada darah dari keturunan talibarut British dahulu (sila semak sasilah keluarga) dan kalau tiada juga pertalian tersebut maka sahlah kamu ini anak luar nikah atau jenis "Melayu Haramjadah", yang kepalanya terlalu busuk berulat hinggakan terlalu sukar untuk menerima segala maklumat dan kebenaran. Jangan risau, ramai lagi seperti kamu kerana 50 tahun UMNO memerintah. mereka telah berjaya membentuk muda-mudi yang buta mata dan hati walaupun tak minum arak dan makan babi.

afero79 said...

As Salam 'flinch',

Saban tahun Laporan Ketua Audit Negara (KAN) dikeluarkan dan diumumkan kepada rakyat. Apakah ianya suatu kata-kata untuk menuduh itu dan ini? Apakah Laporan ini bukan suatu bukti kerajaan yang ada pada hari ini adalah korup, boros dan keras kepala?

Sebagai contoh, bangunan tambahan Perpustakaan Negara yang diduduki tanpa sijil CF tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai sebuah agensi kerajaan, mereka mesti tahu peraturan dan risiko menduduki sesebuah bangunan tanpa Sijil Boleh Menduduki (CF).

Demikian juga dengan teguran terhadap banyaknya projek kerajaan yang diberikan melalui runding terus dan ianya jelas suatu tindakan untuk memberi projek hanya kepada kroni sahaja dan terdapat mereka yang sudah tidak layak tetapi masih boleh mendapat projek!

Antara projek runding terus yang merugikan negara ialah pembelian kuda “sakit” oleh Majlis Sukan Negara. Daripada 23 ekor kuda yang dibeli dengan harga RM246,000 seekor, hanya 5 ekor sahaja layak bertanding.

Selain itu, juga dilaporkan kesanggupan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810% di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan. Antara yang paling menjengkelkan ialah pembelian sebuah binokular pada harga RM56,350 or 2,805% tinggi daripada harga pasaran RM1,940.

MARA (Majlis Amanah Rakyat) juga tidak kurang hebatnya kerana sanggup membeli ketuhar hampir 300% (RM1,200) lebih tinggi daripada harga pasaran RM419 dan “katil boleh lipat” pada lima kali ganda RM500 yang harga pasarannya RM100. Keborosan sedemikian ini tidak kena pada tempatnya kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah pada warga MARA.

Selain itu, syarikat-syarikat GLC yang ditegur bertahun-tahun juga terus dilanda kerugian. Antara yang mencatat kerugian yang besar adalah Syarikat Perumahan Negara Bhd (RM21.4 juta), Indah Water Konsortium Bhd (RM33.4 juta), Aset Global Network Sdn Bhd (RM41.1 juta), Keretapi Tanah Melayu Berhad (RM92.6 juta), manakala Prasarana Bhd (RM367.1 juta).

Pada skop yang lebih besar, hutang negara meningkat 12.3% kepada RM407.11 billion pada 2010 daripada RM362.39 billion di 2009, dan ini merupakan tahun kedua berturut-turut nisbah hutang negara kepada KDNK melebihi 50% pada 53.1%.

Agaknya sampai bila kerajaan yang ada pada hari ini akan menggunakan kuasa mereka untuk melakukan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa?

Bagi saya sudah sampai masanya, RAKYAT BANGKIT MENOLAK KERAJAAN YANG ADA PADA PILIHANRAYA UMUM 13 akan datang.

Jangan kita beri peluang lagi kepada mereka untuk meng'songlap' duit rakyat tanpa rasa bersalah.

Elok juga kalau 'flinch' boleh ikuti nasihat yang diluahkan oleh anon 5 October 2012 09:25:00.

Anonymous said...

" Saya takut kehilangan kuasa (melayu)."

The Constitution protects the rights of Malays in PARTICULAR and other races in general.

With the Constitution and real democracy, how could the majority lose power????

Melayu kehilangan kuasa?...TRUE for those who had abused it for decades for personal gains and caused enormous damage to the ordinary people and country.

Anonymous said...

"Sepuluh jong masuk pelabuhan ,anjing tetap bercawat ekor juga".

Look at Pelabuhan Kelang and other ports along Selat Melaka..... open entry for plenty of Indon, Bangla, Burmese and etc. coming in by" jong " or other boats to find work and populating the country with millions illegals and many able to vote.

Anonymous said...

Pak Aspan,

Berkata kita bab Hijrah ni, rasanya kita umat melayu mesti tuntut Hijrah bermula dari atas. Iaitu kita sebagai rakyat menuntut Majlis Raja2 Melayu mulakan Hijrah dahulu.

Mereka adalah ketua agama Islam di negeri2 bersultan dan juga YDP Agong selaku ketua agama Islam di Negeri2 Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Di NS, perubahan semula kepada yang berhaq sudah terlaksana. Di Kelantan juga, kuasa sudah terurus baik. Perkhabaran dari negeri Perak dari rakyat negeri sendiri banyak persoalan timbul. Dikatakan penggiliran kuasa antara keluarga2 sudah hampir lupus.

Keadaan di negeri Johor dan Selangor pula bagaimana?

Di Pahang, Terengganu, Kedah dan Perlis semuanya baik2 belaka?

Bila rakyat menuntut utk menuju kepada kebaikan, keadilan, kesejahteraan, moga2 majlis raja2 berlebihan lagi moleknya.

Paling penting, Majlis Raja2 mesti hormati haq rakyat yang membuat pilihan!

Sesungguhnya, tiada rakyat maka tiadalah Raja!!

flinch said...

Salam,
Terima kasih pada saudara afero79 atas fakta yg dibentangkan, akan saya selidiki lebih dalam untk tahu lebih lanjut.

Namun bagi saya kelemahan2 itu adalah pada peringkat pelaksanaan dan bukan pada pembuat dasar.seharusnya keadaan dapat diperbaiki tanpa perlukan perubahan pada peringkat tertinggi, bukankah begitu?

Adalah dpt dipastikan akan pelaksana2 itu sememangnya penyokong BN, dimana ianya mungkin juga adalah orang PR. Orang sebegini dimana-mana pun ada saudara.

Namun begitu sebagai pemerintah tidaklah harus dibiarkan keadaan ini berterusan. Hukuman setimpal patut diberikan. Untuk melaksanakan semua itu sehingga menukar tampuk kuasa sangat tinggi harganya bagi sy. Dan juga adakah PR itu benar2 bersih dibandingkan dgn BN.

Sy ini orng atas pagar. Untuk mengundi sy lebih melihat kepada peribadi calon, tidak kepada parti. Bagi sy Anon 11.31 terlalu kasar komennya untuk dihadam. Kamu benci pemerintah tapi jagalah adab dan percakapan kamu. Teka sy kamu juga melayu dan islam. Inikah layaknya kamu berkata pada orang yang x sependapat dengan kamu?

Komen sy sebelum ini adalah kerana sy tidak nmpk akan hala tuju PR. Keadaan dalam barisannya sekali adalah lemah. DAP dan Pas saling bertelagah. Kenapa mereka perlu bergabung? Ini kerana masing2 adalah oppurtunis, mengambil peluang atas rakan masing2. Ideologi masing2 adalah jauh berbeza. Bagaimanakah keadaannya selepas mereka menang?sy teka masing2 akan cuba mngaut sebanyak mungkin untung untuk diri sendiri.

Hatganya terlaku tinggi untuk dicuba. Janganlah sebab hendak menang sorak, kampung tergadai.

Anonymous said...

Untuk "flinch" yang kurang pick-up tu....... keadaan kini tidak siapa pun yang nak menang sorak, tapi kampung kamu ini dah memang tergadai.

Untuk yang memberi perumpamaan "sepuluh jong berlabuh, anjing tetap bercawat ekor jua", memang tepat untuk bangsa Melayu di negara ini terutama si "flinch".

Maksud perumpamaan tersebut ialah, walau sebanyak mana kemajuan dan kebenaran yang datang, bangsa kita masih dengan berfahaman dan keadaan ditakuk lama yang sukar untuk berubah atau berhijrah. Tahniah!

Anonymous said...

Yang namanya "flinch".

Kamu ini banyak sangat mengunjungi blog "papagomo" (blog upahan UMNO), itu pasallah kamu nak keluar rumah pun terlalu takut, takutkan hantu......

Kalau kamu masih bujang, eloklah kamu jangan kahwin...... kalau kamu kahwin nanti, takut pula isteri kamu berlaku curang terhadap kamu.

Jika kamu dah berkahwin pula, janganlah mengadakan "hubungan kelamin" dengan isteri kamu, nanti takut dapat anak "sindrom down" pula.

Jika kamu seorang Muslim pula, tak payahlah kamu solat 5 waktu, kerana kamu solat dan berpuasa Ramadhan pun bukannya tentu kamu nak masuk syurga kan?

Kalau dah berani kahwin nanti, dapat anak tolong namakannya "Barrack Obama" sempena Demokrat dan Republikan di US yang saban tahun bertukar parti pemerintah.

Baguslah semuanya takut.... Biar bangsa yang berani sahaja memerintah kamu buat selama-lamanya, kamu hanya layak jadi "abdi" sahaja di negara sendiri.

Aku Melayu said...

Wahai 'flinch',

Allah telah berfirman,

"Sememangnya tidaklah sama orang yang buta dan orang yang melihat, dan juga tidaklah sama orang-orang yang beriman serta beramal soleh dengan orang yang melakukan kejahatan. Meskipun hakikat ini jelas nyata, tetapi sedikit sangat kamu beringat dan insaf."

Surah Ghaafir 58

ADUN JENGKA (UMNO) WAN SALMAN WAN ISMAIL said...

"flinch" sayang,

Bukti penipuan pemimpin UMNO?

WAN ZAHARIZAN B WAN ZAN said...

Sir...

Umno's diminished state

Tujuh Sebab Umno BN Tidak Layak Memerintah Negara said...

Flinch, Pakatan Rakyat lebih mementingkan dasar/polisi

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Maaf, mencelah lagi. Rasanya, sekadar menyatakan pandangan terhadap ulasan rakan kita yang masih meragui perubahan ini. Apapun, bukan maksud saya untuk merendahkan kredibiliti mana-mana pihak; sekadar melontarkan pendapat dan ingin berbincang secara harmoni dan sebolehnya saya akan cuba mengelak daripada bersikap emosi. Apapun, kepada rakan yang berkenaan, harap perhati sebaiknya segala ulasan yang dirasakan kurang memihak kepada saudara, kerana sememangnya mengubati penyakit adalah proses sukar lagi pahit.

Begini sahajalah yang boleh saya simpulkan: Sejarah telah membuktikan bahawa pelaksanaan dasar pentadbiran negara yang telus semestinya lahir daripada pemimpin atasan yang telus kerana pemimpin tertinggi negara ibarat bapa kepada anak-anak dan suami kepada isteri atau isteri-isteri di rumah. Bukankah Saudara Aspan telah menyatakan dengan jelas contoh kejayaan negara Islam Madinah di bawah Baginda Rasulullah SAW, seterusnya diikuti generasi sahabat dan tabi'in? Kalau itu dirasakan terlalu jauh, bagaimana pula dengan kes perletakan jawatan pemimpin-pemimpin tertinggi England dan Jepun yang pernah tersiar ke seluruh dunia hanya kerana kes remeh-temeh tetapi melibatkan perbelanjaan dan dana negara? Mengapa kita harus mengintai aib orang sedangkan pakaian lusuh kita kelihatan sangat dan tidak lagi dapat disembunyikan?

Sekali lagi, maaf untuk saya nyatakan, jika kita masih berpegang kepada konsep pemimpin dan penguasa kita hari ini bersifat "ma'sum" (tak berdosa) sehingga mereka dibenarkan berbuat sesedap rasa, jangan salahkan taqdir kalau nanti Malaysia tercinta ini ditimpa musibah sebagaimana yang pernah menimpa umat-umat terdahulu; bahkan sebahagiannya sedang kita rasai. Oleh itu, marilah kita bersama memerhati dan mempelajari hikmah di sebalik pelbagai kekalutan yang melanda kita kini dengan fikiran terbuka tanpa prejudis terhadap pihak lain yang sedang mengusahakan perubahan. Akhir kata, jangan timbulkanlah lagi soal DAP-PAS bergaduh sesama sendiri, tetapi, renung-renungkanlah akan perpecahan dan insha Allah, kehancuran UMNO, parti yang sedang gila talaq dominan kuasa ini dik para pemimpin yang semakin "out-of-rail" itu. Tak percaya, tak apa. bersamalah kita tunggu dan lihat, ya?

Terima kasih dan salam jihad.

Melayu Kena Sokmo said...

As Salam Tuan AA.

Saya percaya Tuan AA pun amat kecewa dengan pandangan dan pendapat (yang namanya "flinch" itu. Boleh juga ditamsilkan seperti "Iblis membaca Al-Furqan". Bacalah sebanyak mana pun kitab ilmu atau fakta berhubung kebenaran, mereka tetap tidak menerimanya kerana mereka ini dah memang golongan "buta hati". Saya percaya penulisan tuan saban hari ialah untuk menyedarkan rakyat di negara ini supaya celik politik dan tahu akan hak-hak mereka sebagai rakyat yang berkuasa memilih pemimpin. Tapi apakan daya, teguran dan pandangan secara berhemah pun mereka tidak menerimanya malah teguran secara kasar pun lagilah mereka tidak menerimanya... Sahlah mereka ini (segelintir) memang tergolong dari kalangan "Haramjadah".

Anonymous said...

Sekurang-kurangnya baik banyak la drpd Be End

Anonymous said...

Otak kaki propa btn sumernya dah kena blok..cakap la pasal nak ubah kerajaan kt diorang ni..kalau ditakdirkan bertukar..mereka ni akan jadi golongan paling sasau

Anonymous said...

Anon 19:57 adalah contoh penyokong umno yg sedar umno akan terlungkup tapi x dpt terima kenyataan!