Saya agak sibuk dua tiga hari
berada di Kedah bersama-sama rakan-rakan dan sahabat dari PAS dan PKR
mengadakan majlis penerangan dan ceramah. Saya bersama rakan saya Ahmad Rosli Ibrahim
dari Kelantan dan Tamrin Ghaffar berjumpa dengan orang ramai di negeri jelapang
padi itu. Majlis-majlis makan malam dan ceramah itu telah mendapat sambutan
ramai terutamanya di Jerlun dan Padang Terap.
Dalam pada sibuk mengadakan
ceramah kami juga sibuk mengikuti perhimpunan agong parti MCA selama dua hari
dan mengikuti apa yang berlaku dalam persidangan itu. Persidangan tahunan MCA
itu memang menjadi tumpuan buat saya kerana persidangan itu merupakan sidang
tahunan yang terakhir bagi parti itu sebelum pilihanraya umum ini dan ia
mungkin juga menjadi persidangan yang terakhir yang diadakan dalam keadaan
semeriah dua hari yang lepas.
Selepas pilihanraya nanti parti
ini mungkin akan mengadakan perhimpunan agongnya dalam suasana hambar kerana
parti ini dijangka akan kalah lebih teruk lagi dalam pilihanraya kali ini.
Ramai yang meramalkan yang MCA akan kehilangan lebih daripada separuh saki baki
kerusi yang ada sekarang yang jumlahnya hanya 15 sahaja. Suasana di dalam
perhimpunan parti itu jelas menunjukkan yang MCA sedang bertungkus-lumus dan
bermati-matian untuk bertahan walaupun tidak ada siapa pun yang mempunyai
keyakinan yang parti itu akan berjaya menarik sokongan rakyat khususnya dari
kaum Cina.
Chua Soi Lek menumpukan usaha
untuk menarik sokongan dengan mensensasikan isu hudud dan beliau jelas tidak
menghormati agama Islam di negara ini. Tidak menghormati Islam itu bermakna
tidak menghormati orang Melayu yang merupakan penduduk dan rakyat yang terbesar
di negara ini. Soi Lek telah memberikan ingatan kepada kaum Cina yang jika PR
mendapat mandat negara, kita akan hancur dan tidak selamat kerana undang-undang
Islam yang beliau anggap sebagai zalim itu.
Najib pula tidak berani mempertahankan
Islam yang selama dua hari dikecam oleh MCA dan beliau bersama-sama
bersekongkol dengan MCA dan Soi Lek
dengan membiarkan sahaja agamanya dihina dan dicerca secara terbuka oleh MCA
yang begitu jelas sebagai sebuah parti yang ‘chauvinistic’ agama itu. Kesedihan
dirasakan oleh ramai orang Melayu kerana pemimpin besar negara yang Islam
menjadi agama rasminya dihina oleh sahabat UMNO dalam BN itu.
Najib dan BN begitu terdesak dan
tidak berdaya mempertahankan agamanya sendiri dan tidak berani menegur dan
menasihati Chua Soi Lek supaya tidak menyentuh perasaan orang Islam semata-mata
kerana kepercayaan beliau yang MCA akan memberikan kemenangan kerusi yang parti
itu tandingi dalam pilihanraya yang akan datang. Najib tidak berani
mempertahankan agamanya kerana politik dan beliau seperti juga Dr Mahathir
telah memberikan pendirian yang BN tidak akan melaksanakan hudud itu selagi BN
memerintah negara ini.
Apa yang menarik perhatian saya
ialah cabaran Najib agar DAP bertanding di kawasan yang majoriti pengundinya
orang Melayu. Persoalannya bagaimana DAP hendak melakukannya kerana DAP hanya
bertanding lebuh kurang 50 kerusi sahaja dalam pilihanraya kali ini. Tetapi
sebaliknya Najib boleh membuktikan yang beliau benar-benar mendapat sambutan
dengan meletakkan calon BN (Melayu) dalam kawasan majoriti Cina. Nanti kita
boleh saksikan samada Najib mendapat sokongan penuh rakyat. Najib tidak
sepatutnya bercakap besar kerana beliau belum pun diuji dan mendapat
‘endorsement’ terhadap kepimpinannya. Beliau merupakan satu-satunya PM negara
ini yang ‘unelected’ dalam sejarah kemerdekaan kita.
Najib tidak mahu mengingatkan MCA
dan Chua Soi Lek yang selama ini MCA hanya memenangi kerusi dalam pilihanraya
di kawasan-kawasan Melayu kerana MCA jarang-jarang memenangi kerusi di kawasan
majoriti Cina selepas pilihanraya 1964 dahulu. Setelah kecundang di dalam
pilihanraya 1969 dahulu MCA terpaksa meletakkan pemimpin-pemimpin utamanya di
kawasan Melayu..
MCA telah lupa ini semua dan
Najib pun agaknya tidak tahu kerana semasa Perikatan kalah teruk di banyak
kerusi pada PRU 1969 dahulu Najib masih main karom lagi. Apabila bangsanya
sendiri sekarang telah menolaknya MCA sekarang membalas jasa orang Melayu itu
dengan menghina agamanya terang-terangan. Kenapa Najib tidak bersuara dan kita
hendak juga mendengar suara Ketua Pemuda UMNO untuk memberikan reaksi kepada
kenyataan Chua Soi Lek di persidangan tahunan MCA itu. Ketua Wanita juga senyap
sunyi dan Ketua Puteri lebih lagi senyap
dan tidak pun menyedari yang agamanya telah dihina oleh Chua Soi Lek dan MCA.
MCA sedang dalam keadaan terdesak
dan UMNO pun dalam keadaan terdesak. Kedua-dua UMNO dan MCA menggunakan
menentangan terhadap Islam sebagai salah satu kaedah untuk mendapatkan sokongan
kaum Cina, sedangkan kaum Cina tidak lagi mahu menunjukkan muka kepada parti
chauvinis MCA itu. Kita boleh bertahan dengan cara-cara lain, tetapi bagi Najib
dan UMNO membiarkan MCA bebas melakukan penghinaan ini adalah penampilan yang
amat tertekan dan mendesak.
Selama ini pimpinan UMNO selalu
membuat tuduhan terhadap DAP sebagi parti yang anti Islam dan anti Melayu
tetapi pimpinan UMNO membisu seribu bahasa dan membiarkan MCA bermaharajalela
untuk memperkecilkan Islam dengan terbuka. DAP di sebaliknya telah mengambil
pendirian rasmi untuk menghormati agama Islam sebagaimana Islam menghormati
agama lain. Hanya Karpal Singh sahaja yang membuat pendirian peribadi beliau
tidak menyokong undang-undang hudud ini.
Kita boleh membuat rumusan yang
UMNO merupakan parti Melayu yang menentang hudud kerana Najib pernah berjanji
selagi BN memerintah BN tidak akan melaksanakan hukum hudud dan UMNO tidak
menentang tentangan MCA terhadap hukum Allah SWT itu. Di sebaliknya DAP pula
yang memberikan pendirian untuk menghormati agama lain seperti agama kita
menghormati agama dan seperti Islam menghormati agama lain. Pendeknya DAP tidak
menghalang PAS dan orang Melayu untuk melaksanakan hudud itu dan pendirian ini
lebih baik daripada pendirian UMNO itu sendiri.
Itulah sebabnya saya selalu
berkata yang seburuk-buruk Pakatan Rakyat ia lebih jauh baiknya dari yang
terbaik dari UMNO dan BN itu. Lain-lain perkataan PR merupakan pilihan yang
lebih baik untuk menjadi pilihan rakyat untuk meletakkan harapan bagi
mendapatkan kesederhanaan dalam kehidupan bernegara.
Akhirnya kita hanya mempunyai
satu pilihan untuk mendapatkan kesederhanaan itu dan bangsa-bangsa lain pula
lebih selamat dengan kesederhanaan dan kesempurnaan Islam itu. Jika PAS mampu
untuk bermuafakat dengan baik dengan bangsa-bangsa bukan Melayu dan bukan Islam
maka tidak ada sebab lagi PR tidak mendapat sokongan dari orang Melayu dan
semua bangsa dalam negara ini yang mahu hidup dalam sebuah negara yang bersatu-padu.
Buat masa ini hanya PR sahaja
yang mampu menjayakan matlamat negara yang ‘ultimate’ iaitu mewujudkan ‘national unity’ yang menjadi idaman kita
semua selama ini.
27 comments:
Cukup menyedihkan!!! Kepala segala bapak BN @Najib ada dlm perhimpunan Agung MCA dan tersengih suka bila Chua Soi Lek hina Islam sebegitu rupa. Menyedihkan!!! Mana Ulama Muda/tua UMNO? Mana PERKASA? Mana PEKIDA atau dah jadi PENGKIDA? Mana Abdullah Saamah atau nak tunggu dapat RM2juta baru nak keluar fatwa MCA ni KAFIR HARBI! Mana Harussani atau dah jadi Harus Sani@ Harus 2 kali?
Bagi umat Islam tak kira la bangsa apapun, MCA dah terang-terangan HINA ISLAM dan disiarkan oleh AKHBAR ARUS PERDANA@KERAJAAN saya minta tolong fikir baik-baik guna akal yang ALLAH beri untuk pilih pemimpin, silap pangkah MCA@BN akidah jatuh. Jangan gadaikan Akidah anda. Na'uzubillahiminzalik.
Saya juga tak dengar lagi komen Hero Tiga Jalur@JATI. Takkan la sebegitu keras MCA menghina Islam Hassan Ali tak dengar atau dah pekak sbb dah banyak RM disumbat dlm lubang telibga tu. Kalau Karpal keluar kenyataan laju ja respon walaupun ia bersifat peribadi. Yo lah Karpal ni pun satu, kalau dah tak suka diam ja la, apahal nak kecoh, Pimpinan DAP lain tak bising pun. Karpal ni lain mcm ja akhir-akhir ni, mcm dok beri 'bola tanggung' kat parti pemerintah ja. ada apa-apa ka?
Akhir sekali saya mohon umat Islam tanpa mengira bangsa tolak UMNO@BN@MCA. Keceluparan Chua Soi Lek dan kebersetujuan Najib@UMNO diatas penghinaan itu cukup menghiris hati umat Islam ( apatah lagi diberi lagi ganjaran RM30juta kat MCA selepas kata-kata hina dan biadap itu).
HARAM SOKONG MCA DAN PARTI YANG DISERTAINYA@BN... tak caya? tanya la Abdullah Saamah@Ulama RM2juta... itu pun kalau sanggup bagi dia RM2 juta la!!!
TQ.
Aspan tunggu PR dikapan menjelang PRU 13
umno BN pengecut akan kita tamatkan riwayatnya dlm PRU13....InsyaAllah ...Allah akan bersama org yg menolong agamanya....
yo anon 15:45...
kalau PR kena kafan pun talkin dibaca Tok Imam.
Tapi KALAU UMNO@BN KENA KAPAN, TALKIN DIBACA OLEH CHUA SOI LEK@CHUA SOI SEK!!!
MCA KAFIR HARBIIIIIII!!!!!
Salam Sdr AA n Umat Islam Semua....
Dlm bulan Zulhijjah ni BULAN YG MULIA...bulan yg penuh pengorbanan ...Islam d perlekeh...jatuh maruah kita...apakah kita ni yg beragama Islam nk jadi MUNAFIQ?...BANGUN LAA....sedar la siapa kita d sisi ALlah nanti...ALLAHUAKBARRRRRRRR.......kepada pejuang2 Islam BANGUN laa...nyatakan pendirian kita kalau kita benar2 MUKMIN.....
-hmkaziz-
Kerana politik, Najib sanggup agamanya dihina. Nak harapkan manusia jenis ni membela agama nya sendiri? Harapkan pagar yang akan memakan padi nanti. Najib ni mana da pendirian, dia naik jadi PM pun bukan kerana dia hebat tapi ehsan Mamakkutty. Cuba bagi satu bukti tindakan Najib yang membela Agama dan bangsa.... Yilek! Cakap BESAR ada laaaaa! Babi punya PIEM!!
Anoy 15:45...
Balas hujah dgn hujan. Balas fakta dgn fakta bro. Jgn menjadi pencacai shaitoon yg dikenali yg tak kualiti. Dah tak dapat nk berhujah....buat statement mcm budak sekolah rendah. Kamon bro...tunjuk cerdik sikit komen tu!!!
PR dikapan? Don't you read & look around your neighborhood? What's your source, Rais Yatim? Pathetic!
Kat melaka kini sering khutbah Jumaat berbicara tentang fahaman/ajaran Shia.
Apasal? Ajaran2 sesat yang lain tak penting? Tak perlu umat Islam diperingatkan tentang kesesatan lain hanya Shia sahaja yg bahaya??
Apa motif kerajaan yg umno (baru) tunjangnya dalam sibuk berbicara bab Shia tetapi biarkan kawan2 mereka hina Islam??
Sekian,
Gheng lama
Sedih!!memang teramat sedih,mendengar agama kita di hina,dipijak,dilenyek di hadapan batang hidung umat islam di dalam sebuah negara yang majoritnya beragama islam yang kita akui yang agama rasminya adalah islam. Pekida, Jati,Perkasa,persatuan persatuan yang mempertahankan melayu,persatuan persatuan silat melayu,ulamak ulamak umno termasuk imam imam muda,imam imam tua,imam imam nyayuk,Semua diam seolah olah menunggu wahyu dari imam mazhab umno.Nampak sangat semuanya ni hidup berpura pura KONONYA beragama.
1/2
As a muslim, I am all for the implementation of hudud especially on the criminal statute that cut off the hands of thieves (and corrupt people in BN who called themselves muslims, are the lowliest of all thieves). But setting aside my faith, in term of the political and social realities of Malaysia, Hudud is nothing more than a set of law to be evaluated and considered (just like the common english law we currently use)and just like any other law it is only as good as the people who enforce and implement it. In short, we should not be wary about an "unproven evil and scary" law but rather we should be wary of corrupt and evil people who are positioned to enforce and implement the law, any law for that matter.
Let us look at our current law that we adopted from the British, it is far from perfect and in the hands of UMNO and BN goons, it truly has become a terrible and despicable set of law where the powerful are protected from it but the ordinary folks are persecuted with it. We have in Malaysia currently, a set of laws and rule that permitted (against our constitution I might add) the incarceration of persons without trial. So far nothing in hudud come close to it! Which set of laws is unjust, you tell me?
We don't have to imagine what our law is like in the hands of people the likes of Najib, Muhyiddin, Hishamuddin, Nazri Aziz and Mahathir. We already had them subvert our law and in comparison with the "rumored and unsubstantiated" flaws of Hudud spread by Chua Soi Lek (the most unqualified and immoral person to talk about religion), our current law is MUCH, MUCH WORSE than hudud is rumoured to be!
Our current law and the people who enforce it have in the past, cleared powerful people from prosecution and sentencing for committing graft, bribery, misappropriation of government allocation and criminal action BUT to the ordinary folks, they can expect no mercy and bears the full weight of the law (Selective prosecution and persecution). Remember Rahim Thamby, Khir Toyo, LingLiong Sik and many others who escape prison through our so called " better than hudud" law while petty thieves who stole a toothpaste, a bar of soap and undergarments were jailed for years and years?
What a wonderful set of laws we have right now and what a terrible law hudud is (even though it hasn't even been implemented yet and only applicable to Muslim)! I wonder why CSL is so worried about Hudud? Maybe he is worried that his protector, Najib and his ilk will lose their hands and no longer able to shield him from prosecution!
So don't fret about hudud yet, my fellow Malaysian! Why? Because the most important thing we need to worry now is not hudud but evil men in the government and in our public service that is corrupting our laws, our constitution and our society. Its not the law that is evil but rather the corrupt and evil people currently in power who created evil laws. So let us bring down these evil and corrupt people first before we get into a wasteful and pointless argument about a law that has not been implemented yet and still unproven to be a repressive and unjust law.
Continued ...
Nick.
2/2
One thing is clear, the current law we have in Malaysia in the hands of UMNO and its goons are much, much worse than the worse things we heard (rumors) about hudud. Think about that before anything else! And Chua Soi Lek ranting about a religion that he knows nothing about and given his immorality as a human being, we all should just punish him by ignoring his nonsensical crusade and at the same time make sure no one vote him, his party and of course UMNO and BN. I'm sure even with the common law (but in the hands of good people and judges) we can get justice for Malaysian and MCA will get their just sentence.
As for UMNO I truly hope that they will be judged under Hudud (if all malaysian agree to implement it for Muslim) and they get what they deserve! Sg Buloh and lose a limb or two, ahh what a wonderful dream! I will vote PR (ABU) with that wonderful dream in mind! It will be a great motivator for future government and politician to behave themselves and especially to mind their greed and lust.
We the people are the true master of the law and we will be the one who ensures that whatever law we decide to use (be it hudud or common) will be implemented justly and withour fear and favor. No more two set of laws for Malaysian namely one to protect corrupt people in UMNO and BN, and the other to oppress and repress the people. We the people are the lawmaker and enforcer! And we can only get that when UMNO and BN lose the GE! ABU!
Nick.
Jangkaan saya umno (baru) akan gunakan faktor agama (Islam, Kristian, Hindu) sepenuhnya utk pekap hati orang2 melayu dlm PRU 13 ni.
Tuan,
membaca komen Anon 15:45, teringat kata-kata cikgu masa form 6 dulu,jadi orang yang tubuh badan dewasa tetapi pemikiran tahap budak baru masuk tadika, ia itu berumur 4 tahun.
Itulah hebatnya TDM berjaya membodohkan ahli-ahli dan penyokong tegar UMNO Baru. Dengan kualiti ahli macam tu, TDm dapat bertahan selaam 22 tahun menjadi Presiden UMNO baru tanpa dicabar.
Yang menyebabkan dia terpaksa berundur tahun 2003 dulu, bukan kerana desakan ahli-ahli UMNO Baru tetapi penolakan rakyat bukan ahli-ahli UMNO Baru.
Sooi Lek cakap bergegar-gegar saja tu.Dia kan berlatih nak cakap! MCA sekarang nak bertanding kawasan mana? Kawasan Melayu? sorilah Sooi lek.Pasti MCA kalah deposit ! Kawasan Cina pun dia takut!.Selama niMCA menempek area Melayu.Kawasan Cina juga MCA kalah deposit.Kawasan masyarakat majmuk?Pun MCA tak dapat satu pun konstituensi!Semua habis deposit!Sooi Lek ingat ya CD anda menunggu anda!
sooi lek kan p**n S**r actor. Sebab tu dia takut sangat. Takut dia kena.
Taktik BN untuk mencetuskan peristiwa 13 mei 1969 untuk kekal berkuasa dengan mencetuskan isu perkauman dan agama..
Org cina yg waras akan benci dengan chua soi lek kerana cuba untuk memulakan bergaduhan dengan bangsa melayu..(belajar dari 13 mei 1969)
Org cina yg gila saja akan mengikuti chua soi lek a.k.a porn star...isu perkauman n agama adalah takti lapuk..rakyat mau apakah rancangan/agenda terbaik mana mana parti untuk MEMASTIKAN rakyat malaysia mendapat kehidupan/pelajaran yg tinggi yg bersesuaian dengan agama dengan tiada rasuah serta penyelewenggan..
I think the porn star is working with his Johor buddy trying to bring about the downfall of najib, but our blur,blur najib dont seem to realize it. The way the porn star goes out to offend the muslim voters in this country with his bashing of PAS and its Hudud agenda, is really to make BN lose support from the muslim voters.
Things are getting more interesting by the day as GE 13 gets nearer. The blur,blur najib might even be toppled by his own party members before the GE.
Mana PERKAS, Mana Silat Gayong Omar Din tu man,mana,mana.............diam seribu bahasa
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Jutaan terima kasih di atas analisa berfakta ini. Malah, daripada 18 ulasan yang sempat saya baca sehingga kini, terus-terang saya katakan, hanya terdapat 1 ulasan yang emosi benar, sedangkan dia meminta rakan kita yang mengulas itu agar berhujjah dengan fakta. Bahkan, saya tertarik dengan dua ulasan yang mengisyaratkan dengan jelas, barangkali kalau tak silap saya, rakan kita ini adalah seorang non-Muslim yang benar-benar memahami isu ini dengan hakikat sebenar, tidak seperti mereka yang kononnya mengaku beragama Islam tetapi sanggup bersikap dayus apabila aqidah suci diri sendiri diperangi kafir harbi sebegitu ...
Justeru, kalau tak melampau untuk saya sebutkan, dan mungkin sesetengah rakan kita akan marah benar dengan kenyataan saya ini: Bagi saya, mana-mana umat Islam yang diam membatu bila agamanya dipermainkan, seumpama kafir yang celupar mulut itu jugalah ... Sudahlah kafir tu makan khinzir, minum khamar dan gila betina, golongan munafiqun dalam UMNO ni pun, apa bezanya, kan? Cuma, mereka taklah ambil benda-benda haram jadah tu secara zahir -- sudah tentu ... Bukankah telah terang dan nyata akan amaran daripada Al-Quran dan Hadith, bahawa, umat Islam dilarang sama sekali bertemankan munafiq dan kafir harbi sebegitu? Adakah Najib, Muhyiddin, Hishamuddin, Rais, Adnan, Musa, Taib, termasuk sekalian pendukung UMNO tak kira latarbelakang dan profesion, sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga? Justeru, bodoh bin banganglah mereka tu semua, tau!
Namun begitu, tahniah juga ingin saya ucapkan kepada Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali di atas ketegasannya menyarankan haram mengundi MCA pada PRU kali ini. Biarpun ia mungkin dianggap oleh presidennya sebagai kenyataan peribadi, namun setidak-tidaknya ia masih memberi petanda positif akan sensitiviti iman di kalangan ahlinya. Namun begitu, saya turut menyarankan agar beliau turut bertegas untuk tidak menyokong UMNO yang telah keluar batasan ini, malah, seandainya beliau meninggalkan Perkasa itu, ianya insha Allah merupakan jihad yang akan beroleh perhitungan dan ganjaran baik-Nya kelak. Akhir kata, terima kasih sekali lagi di atas penyiaran artikel ini, dan saya ingin menyatakan terus-terang bahawa saya tak akan rela dan redha iman dan Islam yang dikurniakan-Nya kepada saya luntur lantaran memilih para syaitan durjana ini.
Terima kasih dan salam jihad.
.....kini....masanya adalah tepat dan wajib utk TOLAK NAJIB dan MCA........segala apa yg tgna cakap betul2 belaka....DAP tuh lebih baik dari najib/mca....
Yo Omardin Mahaguru Silat Lincah Teragung di atas muka bumi Malaysia ni... Dulu berdegar-degar ucapan akan pertahankan kesucian Islam dari dinodai sehingga ketitisan darah terakhir... sekarang apa dah jadi?!!!
Islam bukan lagi dinodai tapi dah 'dirogol dan dirakamkan dalam video seks' oleh Chua Soi Seks dihadapan orang-ramai termasuklah ahli Lincah yang hebatnya melangkaui 'langit' kononnya. Apa tindakan anda semua ahli Lincah atau anda sama saja macam Omardin, diam membisu dan menerima kehinaan ini dari MCA @ Chua Soi Seks tanpa melakukan apa-apa. Sekurang-kurangnya bantahlah dengan lisan atau pun dengan hati walaupun ia selemah-lemah iman. Untuk ahli Lincah, apabila tuan/puan memilih Pemimpin dalam PRU 13 nanti renungkanlah kehinaan ini. Nak pangkah MCA lagi ka? Nak pangkah BN lagi ka yang mana MCA parti komponen terkanan? Terpulanglah pada tuan/puan. Sekiranya masih memilih kelompok yang sejelas-jelasnya menghina Islam seperti MCA@ Chua Soi Seks semasa Perhimpunan Agung MCA, saya nasihatkan, janganlah lagi menggunakan AL-Qur'an yang Maha Mulia@ Kalam ALLAH dijadikan sandaran kesetiaan kerana tuan/puan tak mampu mempertahankannya dari dinodai dan dirogol oleh 'penggila seks' yang 'asal ada lubang, semua bole masuk...'. Berfikirlah sejenak. Mungkin orang kata DAP pun sama... Entahlah... setahunya DAP tak pernah hina HUDUD dalam mesyuarat Agungnya. Yang keras kepalanya hanyalah Karpal sahaja. Apa susah, kalau tak setuju dengan pendapat peribadi karpal, tak payah susah-susah pangkah@pilih dia. Banyak lagi calon yang sesuai.
Orang Islam tak pernah mengeluh orang Cina pasang mercun pada Tahun Baru China kerana kita faham itu adatnya. Nak minum alkohol, minumlah tapi biarlah kena dan sesuai pada tempatnya. Nak berjudi, buatlah tapi biarlah sesuai dengan tempatnya. Jadi hormatilah ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI MALAYSIA!!! Jangan nak di'seks' kan agama untuk politik.
Renungkanlah maruah agama kita wahai para pesilat khususnya Anak Murid Omardin...
Jangan nanti dikata orang, dulu berdegar-degar nak mempertahankan ISlam sehingga ketitisan darah terakhir, darah apanya... Islam dihina pun diam membatu,... darah haid kot gamaknya... dah habis titsan darah tu mula la nak 'mengedeng'...
Maaf jika ada yang terasa
Terima Kasih.
As Salam Tuan Aspan.
Aduhai saudara pengkomen di atas, janganlah kamu mengungkit darihal Mahaguru OKU kami iaitu Omardin Mamak Kutty wal perogol dan bekas banduan tu.... Beliau hanya cari makan sama seperti persatuan silat Melayu lain yang pemimpin mereka kebanyakkannya gila nak dapat status Dato'.
Kalau kamu teringin sangat nak status Dato', datanglah ke Pahang buat persembahan nyanyian atau opera China, pastinya akan disenarai nama sebagai Pembesar Negeri seperti Dato' Hattan, Dato' Siti atau Dato' AC Mizal. Nak mudah lagi mendapat gelaran Datuk pula sila pergi ke Sabah atau Melaka dan sila bawa sekali penimbang (dalam KG - sebaiknya timbang dacing BN) untuk membeli lain-lain gelaran ya...
" Bagi saya, mana-mana umat Islam yang diam membatu bila agamanya dipermainkan, seumpama kafir yang celupar mulut itu jugalah ".
This is totally unacceptable and grossly misguided in a progressive, civilised and modern world.....using religion for political purposes to tarnish the good name of the religion.
All non Muslim are threat/enemy or potential threat/enemy to Islam???
All religion are the same and was founded 3 to 4 thousand years ago......before that, millions of years ago, there was no GOD?????
' Islam dihina pun diam membatu '.
The statement did NOT ' hina ' the religion.....at least he got the courage to say something many Muslims and Non Muslims dare not say out of FEAR for various reasons.
In a REAL democracy, one cannot use religion for political purposes at all cost and expect issues relating to religion not to be challenged!
If religion is part of politics and its issues cannot be challenged, there will be NO REAL democracy eg. Iran, Iraq, Pakistan and most muslim countries in the world where violence and gross intolerance are part of their society.
Omar din bukan gayong tapi silat lincah.........
Post a Comment