08 October 2012

Sendiri yang tak pandai, salahkan Soros pula

Dr Mahathir semalam bercakap lagi dan menambahkan keyakinan ramai yang beliau tidak lagi berasa senang melihat kejatuhan UMNO dan BN. Jika BN jatuh beliaulah orang yang paling merasakan panasnya dan ini merupakan satu igauan bagi beliau. Beliau tidak pernah menyangka yang suatu hari nanti beliau akan tertekan dengan keadaan politik ciptaan beliau sendiri. Beliau tidak pernah menyangka yang suatu hari nanti rakyat akan membuka mata dan politik selepas itu akan menjadi mimpi ngeri bagi beliau.

Selama ini beliau merasakan beliau boleh melakukan apa sahaja terhadap politik dan rakyat negara ini. Beliau tidak pernah menyangka yang pada suatu hari selepas beliau meletakkan jawatan dan bersara dari kerajaan pimpinannya akan datang isu-isu yang menjadikan parti dan kerajaan pimpinannya akan dibelakangkan oleh rakyat semua kaum.

Berbagai cara beliau untuk mempertahankan kejatuhan UMNO yang beliau tubuhkan itu. Menuduh semua orang bertanggungjawab di sana sini terutamanya pihak pembangkang. Mahathir bukan sahaja mengutuk pembangkang untuk memalingkan rakyat mengarahkan kesalahan kepada beliau malahan beliau menumpukan masa dan waktunya untuk menuduh Abdullah Badawi pemimpin yang beliau pilih sendiri untuk menggantikannya.

Semua orang salah kecuali beliau dan keluarga beliau. Mahathir lah pemimpin yang bergaduh dengan semua pihak semasa beliau memegang kuasa Beliau seorang sahajalah yang betul. Orang lainnya semuanya tidak betul. Orang lain semuanya anti Melayu. Hanya beliau sahajalah pejuang Melayu. Orang yang benar-benar Melayu tidak memperjuangkan Melayu tetapi mereka yang menjadi Melayu ‘by choice’ memperjuangkan hak Melayu. Itu kepercayaan Mahathir.

Kali ini Mahathir mempersalahkan George Soros pula. Beliau cuba hendak menakutkan pengundi Pakatan Rakyat yang pembangkang didukung oleh George Soros yang di labelkan oleh Mahathir sebagai penyangak matawang antarabangsa. George Soros menjadi sasaran Mahathir dan semua pengikut membuta tuli beliau kerana kejatuhan nilai matawang ringgit di dalam krisis kewangan pada tahun 1997 dahulu yang menyebabkan Malaysia menjadi mangsa terbesar dari kejatuhan dan krisis matawang itu.

Seperti yang saya sebut selalu, Dr Mahathir menyalahkan semua orang diatas kesilapan dan kesalahan beliau kepada negara. Pada penghujung tahun lapan puluhan sehingga penghujung tahun sembilan puluhan Mahathir telah melakukan banyak kesalahan kerana beliau merasakan beliau seorang yang begitu handal dalam semua bidang termasuk dalam bidang perniagaan matawang asing. Bidang ini bukannya bidang yang beliau faham tetapi beliau merasakan yang beliau pandai dan ingin mencuba-cuba bidang yang beliau mengetahui terlalu sedikit.

Mahathir telah terlebih dahulu menjadi ‘penyangak’ matawang asing ini dengan cuba hendak bermain-main dengan pasaran wang antarabangsa pada tahun 1992 dahulu. Beliau telah meminta Bank Negara untuk menyertai perdagangan wang antarabangsa dan akhirnya negara telah rugi melebihi RM30 billion dalam operasi perdagangan wang antarabangsa itu. Bank Negara terpaksa menjual banyak esetnya untuk mengurangkan jumlah kerugian di dalam akaun Bank Negara dan akhirnya telah memberitahu rakyat yang kerugian itu hanyalah RM9 billion sahaja. Jika Mahathir berjaya dalam operasi perdagangan wang antarabangsa itu saya yakin Mahathir akan lebih dahsyat lagi dari Georga Soros. Tetapi nasib beliau tidak berapa baik, kita kerugian sebanyak RM30 billion.

Sebagai spekulator wang antarabangsa George Soros dan ramai yang lain akan melakukan spekulasi terhadap mana matawang yang lemah. Kebetulan ringgit kita adalah salah satu matawang yang sudah terlalu lemah semasa itu maka semua spekulator matawang antarabangsa secara ‘natural’ akan memilih ringgit untuk diperdagangkan.

Spekulator matawang asing mengetahui yang ringgit kita sudah lemah kerana semasa itu negara mengimport ‘capital good’ yang begitu besar untuk melaksanakan projek-projek raksaksa secara ekspress seperti komplek pentadbiran Putrajaya dan KLIA. Kita mesti ingat projek raksaksa seperti KLIA itu tidak pernah timbul di dalam rancangan Malaysia ke-6. Kita hanya tahu projek KLIA itu wujud ketika pembentangan separuh penggal rancangan Malaysia ke-6 itu.

Mahathir mahu segala-galanya berlaku di zaman beliau tanpa berfikir yang semua projek raksaksa yang tidak dirancang itu akan membawa padah kepada kewangan negara. Beliau tidak ambil peduli yang pengimpotan ‘capital goods’ yang terlalu besar untuk melaksanakan projek ekspress raksaksa itu akan melemahkan matawang ringgit dipasaran wang antarabangsa.

Akhirnya apabila ringgit kita lemah maka ianya menjadi mangsa kepada spekulasi matawang antarabangsa. Mereka bukan sahaja dilakukan oleh Soros tetapi ramai lagi spekulator wang anatarabangsa yang lain. Mahathir sendiri mencuba-cuba untuk menjadi spekulator wang antarabangsa pada tahun 1992 dengan menggunakan BNM dan Nor Mohammad Yakcop tetapi gagal dengan kerugian sejumlah yang saya sebut tadi.

Bezanya Soros menjadi spekulator wang antarabangsa yang berjaya, Mahathir pula menjadi spekulator wang antarabangsa yang gagal. Tidak ada bezanya Dr Mahathir dengan Soros itu jika dilihat dari sudut yang lain.

Sekarang Mahathir hendak menyalahkan Soros pula kerana kelemahan yang dihadapi oleh UMNO dan BN. Beliau cuba untuk membina pemikiran rakyat, jika memilih PR ia bermakna memilih pilihan George Soros. Tetapi mesti ada yang percaya dengan kata-kata Mahathir ini, tetapi kepada siapa yang menggunakan pemikiran yang sebaik-baiknya ia tidak kena mengena dengan Soros dalam membuat pilihanraya yang akan datang ini.

Membuat tuduhan yang Soros adalah dibelakang kekuatan PR itu merupakan tuduhan yang keluar dari seorang pemimpin yang ‘desperate’. Bagi mereka yang menyokong PR, mereka tidak perlu memberikan apa-apa reaksi. Hanya ringankan lidah dan beristighfar banyak-banyak kerana untuk menolak yang bathil memerlukan fokus dan kesabaran yang tinggi. Anggap sahaja pandangan Dr Mahathir itu sebagai pandangan seorang yang sakit. Tidak perlu di ambil hati dan tidak perlu mendengar kata-kata orang yang sedang dalam kegeringan moral kepimpinan itu.

Tetapi sakit jiwa politik ini bukan sahaja dialami oleh Mahathir tetapi ia sedang dialami oleh pemimpin-pemimpin yang lain seperti Najib, Muhyiddin dan keseluruhan barisan kepimpinan BN khususnya UMNO.

Jika berjaya rakyat menolak kepimpinan UMNO dan BN dalam pilihanraya nanti kita boleh melakukan penyatuan semula tanpa mereka-mereka yang memimpin pada hari ini yang tidak habis berusaha untuk memecah belahkan kita di bawah ini.

Kita bersatu di luar UMNO dan BN. Kita bermaaf-maafan di antara satu dengan lain dan terus bersatu. Selepas itu kita bangunkan negara dengan telus untuk mencapai matlamat negara yang satu, iaitu Perpaduan Nasional yang sejati dan berkekalan.

Selagi ada pemimpin seperti pemimpin yang sedang kita perkatakan ini serta yang lain-lain dalam UMNO itu, selagi itulah kita tidak akan berjaya mencapai matlamat Perpaduan Nasional yang kita idam-idamkan itu.

Kita sudah jemu dipecah dan  diperintah oleh pimpinan dari acuan Dr Mahathir ini. Kita wajib keluar dari budaya pecah perintah ini dan kita berharap kehidupan rakyat tidak lagi ‘stressful’ seperti yang rakyat sedang hidapi sekarang.

20 comments:

Melayu Kena Sokmo said...

As SAlam Tuan AA.

Dari sudut perniagaan, Soros ini jauh lebih baik dan jauh lebih berintegriti dari Najib dan Mahathir Kutty.

Keidupan rakyat di negara ini sejak 4 ke 5 tahun kebelakangan ini jauh lebih perit dan tertekannya berbanding di tahun 1997 (krisis matawang dunia).

Hanya 'Bapa Penyangak" sahaja yang hidup senang lenang dan mewah hasil menipu serta mengadu domba rakyat juga hasil dari berjayanya menakutkan bangsa Melayu akan kehilangan kuasa, sedangkan tak perlu kehilangan kuasapun bangsa Melayu dah terlalu dhaif (kecuali kroni Bapa Penyangak).

Pemimpin Haramjadah ini tak perlu berkerja kuat di negara ini untuk jadi kaya-raya, hanya yang perlu mereka lakukan adalah menakut-nakutkan dan membodoh-bodohkan bangsa Melayu akan kehilangan kuasa dan pengaruh jika tidak memilih UMNO dan BN, di samping itu hanya perlu mencipta slogan "janji ditepati".

Memang janji kamu telah kamu tepati aduhai pemimpin UMNO Haramjadah, tetapi janji untuk membolot harta rakyat dan menyerahkan kepada keluarga dan kroni kamu..... Kamu ini lebih jahat dari kaum kafir dan lebih hina dari kaum munafik.

Hassan Karim said...

Pak Aspan,

Bukan hanya Mahathir sahaja GAGAL menjadi spekulator wang antarabangsa tetapi beliau GAGAL dengan Proton juga. Ini adalah kerana beliau GAGAL memahami industri automotif dan mempunyai pemahaman dan fakta yang salah.

Siri kegagalan kualiti Proton Preve

Nak kata bodoh pun boleh

Kegagalan Mahathir

Anonymous said...

Tuan AA,

- Mamak kutty telah memilih bangsanya, iaitu bangsa melayu dan tidak akan ada orang melayu lain yang lebih melayu melainkan mamak kutty seorang.

- Mamak kutty memang tahu semua kesilapan yang berlaku adalah disebabkan/dilakukan oleh orang lain.

- Jangan lupa bahawa orang lain yang mendapat kerugian 30 bilion, bukan kroni,keluarga dan dirinya.

- A.B.U

Anonymous said...

Sabar............ sabar.............. sabar............... sabar tu separuh dari iman.

Anonymous said...

Henry Kissinger guru politik Mahatdeyyy sejak 1968. Dia jugak guru politik Lee Kuan Yew, Presiden PAP Singapura sejak 1967. (Baca Biografi Kissinger oleh Walter Isaacson)

Henry Kissinger memang berkawan baik dengan Soros sejak sekian lama

Mahatdeyyy tak kenal Soros? Mahatdeyyy tak berkawan dengan Soros?
Mahatdeyyy hanya mahu mencuba2 serta meniru urus niaga (currency speculation) ala Soros dgn guna Nor Yakcop??

Rekod BNM memang negara rugi besar, tapi betulkah Soros sorang aje yang untong??

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,
Tak payah la kita kutuk TM,doakan la dia menjadi baik dan mengaku ke atas kesalahannya.Semoga Allah akan membuka pintu hatinya kearah kebaikan.

Anonymous said...

Apa Beza antara Mahadey dan Soros?
Soros judi duit sendiri. Mahadey judi guna duit orang lain!
Mahadey semua betui. Soros semua menang.

Anonymous said...

PAk Aspan,

Inilah musibah dan bala bila sorang pemimpin yang kurang pandai merasa dia lah manusia paling pandai. Ni lah jugak satu satunya perangai paling buruk dan tak guna yang bersarang dalam diri manusia bergelar Mamak Kutty aka Mandeliar.

Pandaikah Mamak Kutty bila melantik Pak Lah sebagai PM, sedangkan dia sendiri kata Pak Lah bodoh?. Kerana perangai buruk dan tak guna dalam Mamak Kutty ni, semua pemimpin Melayu cerdik lain abis dikuis keluaq dgn cara tak senonoh.

Dah hang rasa hang pandai sangat Mamak Kutty oii...awat BNM rugi speculate mata wang?. Bodoh bodoh Soros..buat untung berlambak. Tang nak mengaku hang bodoh tak sekali...kona sana sini, belit kiri kanan pindahkan bodoh hang tu pada pembangkang terutamanya Anwar dan Soros.

Awat..hang ingat kami kat Aloq Setaq ni baghal sangat nak telan auta hang bulat bulat. Kami tau sangat keturungan Mandeliar ni jenis lidah bercabang dua, kitab Melayu lama dah sebut hal ni. Mati hidup blk kami tak kan izin anak hang jadi MB di Kedah ni kerana keturunan Mandeliar ni dah terbukti dulu , kini dan selamanya tak boleh dipercayai.

Anonymous said...

pak aspan tau kutuk ameno ja..kalau pak aspan jadi pm agak2 boleh selesai ke krisis ekonomi? kui3

Anonymous said...

Alahai Pak AA,
macamlan tak tahu... manusia bernama mamak ni@mahadir mohamamad iskandar kutty sampai matipun takkan mengaku dia silap. Semua orang lain salah. Kalau boleh dengan malaikat maut pun dia nak 'argue' kot-kot malaikat silap terima arahan untuk ambil nyawa dia ( malaikat tidak pernah silap )!!! Itu punkalau dia tahu bila nak mati ler... yang dia dok risau sangat ni sebab dia tak tahu bila dia nak mati, sebab tu dok cari salah orang ja...
mamak... mamak, tak berubah perangai. Kat pejabat akau pun ada satu, kaki bodek sampai tunggang-langgang keharmonian pejabat, yang pelik tu ketua jabatan tertinggi pula percaya semua apa dia kata... memang mamak ni hebat menyusahkan orang lain!!!
Hoi Melayu!!! TaKkantak faham lagi kot apa yang dah mamak ni buat kat Malaysia ni, dah jadi "JAHANAM STYLE" DAN SEANTERO DUNIA DAH TAHU.
Kalau masih tak faham... memang Melayu ni 'freak'!
Pada Melayu yang faham, tahniah dan bertindaklah!
tq

Anonymous said...


Sdra Aspan...

Tahniah blog sdra di baca oleh rakyat Malaysia berjumlah 1.8 juta org!

Utusan Malaysia menangis ketika ni kerana Rakyat Malaysia sudah letih membaca auta penulis upahan BN.Tiap hari pejabat UM di jln Chan Sow lin dilambak dg longgokan dalam keadaan berbukit oleh akbar utusan malaysia yg tidak terjual !.Jualan Utusan merudum teruk.

Madeeyy memerintah Malaysia dg stail divide and rule.
Dalam th 70an, Madeeyy telah guna BTN at the fullest dg menyebarkan fahaman bencikan kaum bukan Melayu.Ramai pelajar Melayu universiti ketika itu di rekrut utk menjadi informer di bawah telunjuk Aziz Samsuddin dan kawan-kawannya di JPM.

Madeeyy ni cakap saja! cakap tak serupa bikin! Hari ni kita lihat kawasan Sentul telah diberi kpd YTL oleh mamak tongkang ni.Apakah tidak ada kontrektor rakyat Malaysia yg boleh membangunkan kawasan itu ?

Madeeyy sepatutnya dibicarakan di Tribunal Rakyat kerana mismanagement of the national wealth semasa dia memerintah selama 22 tahun.

Telah terdapat suara-suara rakyat Malaysia yg mahukan Madeeyy dibicarakan!

Ini menjadikan Madeeyy turun padang dg pembohongan yg direka oleh madeeyy sendiri kerana dia tak dapat tidur malam dg nyenyak !

Bayangkang 30 billion hilang sekelip mata dalam spekulasi mata wang.wang Perwaja pula mencecah berbillion hilang begitu saja melalui Eric Chia orang kepercayaan Madeeyy.

Duit rakyat pembayar cukai itu boleh dibelanjakan utk menjana modal insan dg skill vokashional dan pendidikan percuma.Kita mahu kita diajar memancing dan bukannya digelapkan dg pemberian wang yg tidak seberapa.Pada hal wang itu adalah wang rakyat di beri balik kepada rakyat. walhasil balik asal!

Anonymous said...

Saudara AA dan bloggers

Memang dah jadi perangai si Mamak ni yang asyik menuduh orang lain yang bersalah kecualinya. Rupa-rupanya aGeorge Soros menjadi 'punching bagnya' sekali lagi. Ingat tak lagu kegemarannya yang dibentangkan oleh Frank Sinatra, "I did it my way"?

Salam.
Observer

Anonymous said...

Mahathir is behind times. Sejak aku celik didunia sehingga kini aku dh punyai anak, Mahathir tak abis2 menipu. Bermula dari zaman Mahathir lah UMNO mula hancur & reput sedikit demi sedikit. Kepimpinan Mahathir telah byk membuat kerosakan kpd bangsa Melayu itu sendiri.

Buat sekian lama Mahathir telah berjaya membuat orang2 Melayu "selalu syok sendiri" berfikiran ala2 zaman "Pop Ye Yeah.." Akibatnya kini UMNO dilihat sebagai parti orang2 bodoh, parti kekampungan, parti kain batik/pelikat. Manakala pemimpin2 dari akar umbi hingga ke taraf menteri seperti Rais anak Yatim & Hisapmudin adalah diantara menteri2 yg pandai tapi TAK CERDIK. Apa saja keburukan yg boleh anda bayangkan semuanya ada didalam UMNO

Tiada yg baru didalam sejarah dan setiap perkara yg berlaku sering diulang tayang kembali dan maka sebab itulah Allah menurunkan banyak Rasul2 dimuka bumi ini. Didalam AlQuran itu sendiri tiada perkara baru yg diturunkan selain dari ulangan ayat2, amaran dan kiasan2 yg terdahulu.

The next Firaun, Shah Iran, Edi Amin, Suharto, Ben Ali, Mubarak is in the making. History is repeating by itself.

orang umno said...

anon 8 October 2012 15:27:00,

Mahathir bukan Firaun

Shah said...

Salam Pak Aspan, mcm itu lah mahathir yg suka menyalahi org lain seperti Soros dan pihak PR.

Oorang tua ini lebih baik duduk diam diam mcm Pak lah.....

ahmadyani said...

Dosa sudah menjadi bayang hantu yang asyik menganggunya siang dan malam. Patutnya dia mula insaf, tapi nampaknya itu seperti mustahil. Bagaimanapun DrM belum terlewat untuk berubah. Selagi nyawa belum sampai ke teggorokan, masih ada masa untuk dia insaf dan membuat perubahan sikap.

Anonymous said...

Pak Aspan...kebanyakan rakyat malaysia terutama bangsa melayu telah sedar akan ketamakkan dan kebodohan mahadey...Pru 13 nnti adalah buktinya..

Seoarang lagi yg tamak adalah Datuk seri Zahid hamidi,sekarang di mindef kesemua kerja yg melibatkan pembinaan semuanya di bagi pada kroni dan di beri kontrak berpenggal selama 3 tahun..kontraktor kelas f semua berputih mata..kalo la sprm telus dah lama zahid hamidi masuk ke dalam...dalam bee end skrg banyak pemimpin seperti mahadey in making..

Anonymous said...

Pendatang asing berkata : 'kalaulah soros fasih berbahasa melayu, sudah tentu dia dapat ic projek'.

Anonymous said...

Anon 9:30

Kau masih nak berselindung bawah anon lagi gheng lama ? Kenapa terlalu paranoid dengan UMNO baru ni.Dah takut kena belasah diblog lain ya.Apa ada kena mengena Kissinger dengan Mahathir ?

Anonymous said...

Anda semua tidak sukakan Mahathir sebab penulisan Pak Aspan yang punyai love and hate relationship dengan Tun.Saya baca komen dalam blog che det ramai yang menyayangi dan boleh dikira yang menghentamnya,Tetapi beliau sentiasa cool dan sentiasa menghormati pandangan kita walaupun berbeza.

Tony APUA kata Tun nyanyok dan tidak releven.Itu Tony APUA kata .Siapalah si Cina sepet ni untuk merendahkan Mahadeyy ? Dunia UN menghargai beliau dengan AWARD sebagai world leader yang jujur,berbakti pada negara dan dunia dan sudah pasti dia saorang NEGARAWAN.Pada saya beliau masih disayangi dan dihormati.Beliau akui beliau mungkin ada membuat kesilapan dan kesalahan teapi His contributions far outweigh those little miatakes.