Isa Samad dan Mohamad Hasan bertanggungjawab terhadap Negeri Sembilan yang sudah telah kehilangan 53
kawasan hutan kekal mengikut laporan WWF (World Wildlife Fund). Perkara ini didedahkan oleh Rafizi Ramli, Pengarah Stratejik PKR, dalam sidang akhbar beliau
di Seremban semalam. Pendedahan Rafizi itu telah memberikan input yang berguna
kepada ramai rakyat Negeri Sembilan. Rakyat
NS sudah mengetahui fakta sebenar
tentang isu ini.
Ramai di antara penggiat politik
di Negeri Sembilan menggunakan hutan simpan sebagai sumber kekayaan dan inilah
cara yang paling mudah untuk hidup dengan bergaya. Malahan Menteri Besar
menggunakan balak sebagai senjata politik untuk menambat sokongan pemimpin-pemimpin di
sekeliling beliau. Balak telah digunakan oleh MB untuk menaik dan menjatuhkan
sesiapa di Negeri Sembilan sejak dari dulu terutamanya semasa pentadbiran MB
yang terdahulu. 'Compartment' balak diberikan kepada pemimpin dan penggiat politik yang menyokong Menteri Besar untuk menjauhkan sesiapa yang tidak sebulu dan sehayun dengan kehendak Menteri Besar.
Saya tahu sikit-sikit kerana saya
lama bercampur dan bergiat bersama UMNO di negeri adat itu. Dalam era
lapan puluhan dan sembilan puluhan pejabat hutan negeri dan daerah-daerah di NS
merupakan pejabat kerajaan yang paling sibuk kerana begitu ramai yang
berlumba-lumba untuk membotakkan bukit dan bukau di negeri adat itu. Tetapi saya tidak berapa pasti
sejauh mana isu ini menjadi isu kepada MB sekarang, kerana semasa beliau
memanjat pejabat Setiausaha Kerajaan itu saya sudah tidak bergiat di dalam
parti itu secara aktif lagi.
Pendedahan oleh Rafizi ini
sepatutnya disambut oleh semua pihak kerana balak ini memang menjadi bahan
untuk ahli politik di Negeri Sembilan, terutamanya semasa pentadbiran Isa
Samad. Hutan balak ini merupakan bahan yang digunakan oleh Isa selama 21 tahun
beliau menjadi MB dan balak ini jugalah yang menambat sokongan ramai pemimpin
dan wakil-wakil rakyat di negeri itu sejak beberapa lama.
Malahan semasa Mohamad Hasan
mengambil alih kepimpinan Negeri Sembilan beliau dikhabarkan telah membatalkan
banyak ‘compartment’ hutan yang telah diluluskan oleh Isa sebelum beliau
meninggalkan pejabat Menteri Besar itu. Tindakan Mohamad itu dengar khabarnya
telah menjadi perkara yang panas kerana ramai di antara penerima konsessi balak
ini telah menerima wang pendahuluan dari towkey-towkey balak dari serata negara.
Ramai yang menerima konsessi ‘compartment’ balak itu telah kerugian kerana
kroni-kroni yang mendapat konsessi itu telah membelanjakan semua wang yang didapati melalui pembayaran pendahuluan dari tawkey-tawkey balak yang berdiri di
belakang pemohon-pemohon konsessi itu.
Pendedahan Rafizi tentang isu ini
menunjukkan kerakusan dan sikap tidak bertanggungjawab MB yang terlibat kerana
pembalakan itu berlaku ke kawasan tadahan air dan hutan simpanan kekal yang telah
digezetkan sejak tahun 1918 dahulu. Sebenarnya balak inilah yang menjadikan
Isa kuat tetapi hasilnya ia telah menjahanamkan Negeri Sembilan sampai ke tahap
yang amat payah untuk dipulihkan.
Dari tahun 2005 sehingga tahun
2007 sahaja seluas 8616 hektar tanah hutan simpan telah dilibatkan dan ini
merupakan keluasan yang amat besar dan ia amat memalukan serta tidak bermoral
sekali. NS dianggap sebagai kejadian pencerobohan hutan simpan yang paling
teruk sekali di dalam Semenanjung Malaysia
ini.
Sekarang nyata yang Isa serta
Mohamad tidak mengambil ‘accountability’ ke atas isu ini. Jangan tidak mengambil tanggungjawab dengan hanya berdiam diri sahaja. Rafizi telah berjanji akan mendedahkan
banyak lagi tentang isu pembotakkan hutan yang dilakukan oleh Isa terutamanya dan
Mohamad Hasan juga tidak boleh terlepas daripada tanggungjawab untuk memberikan
penjelasan tentang isu ini.
Saya pula sentiasa tertunggu-tunggu
pendedahan ini kerana ini merupakan sikap kepimpinan yang tidak
bertanggungjawab dan wajar mendapat pembicaraan rakyat khususnya dalam
pilihanraya yang akan datang ini.
Yang sangat membimbangkan dan menyedihkan keluasan
hutan yang dibotakkan dalam tempoh 2005 dan 2007 sahaja adalah seluas 8616
hektar. Bagaimana pula di tahun-tahun dan waktu yang selain dari tempoh 2005
dan 2007 itu? Apakah perasaan Menteri Besar yang telah membatalkan gezet tanah rezap hutan kekal seluas 487 hektar di Jeram Padang itu? Tidakkah Menteri Besar itu berasa bersalah melakukannya? Pentadbiran Inggeris pun tidak menjahanamkan kawasan tadahan air itu dan merekalah (Inggeris) yang menggezetkan kawasan itu sebagai kawasan rezap kekal, tetapi pemimpin Melayu pula yang menyanggahnya.
Rafizi telah memulakan pendedahan
ini dan beliau tidak boleh berhenti setengah jalan kerana ramai rakyat di
Negeri Sembilan ingin tahu keadaan yang sebenarnya. Bagi saya tindakan tidak
bertanggungjawab pimpinan di Negeri Sembilan ini sangat wajar diketahui umum
dan akhirnya rakyat mahukan MB-MB (Isa dan Mohammad) memberikan penjelasan
kepada rakyat secara telus dan benar.
Kita tunggu pendedahan-pendedahan
selanjutnya dari Rafizi dan kita akan fikirkan cara bagaimana hendak
mendapatkan penyelesaiannya. Ada
dua cara penyelesaiannya: pertamanya melalui undang-undang dan keduanya melalui
tindakan politik
Jika hendak diambil tindakan
undang-undang ia mungkin memakan masa yang panjang. Jika hendak mengambil
tindakan melalui politik ia boleh diselesaikan semasa pilihanraya nanti
melalui peti-peti undi. Pilihlah kaedah yang sesuai untuk memperbetulkan
keadaan ini. Kalau ditanya pendapat saya cara yang paling cepat dan mudah ialah
melalui peti-peti undi dalam pilihanraya yang akan datang ini kerana dengan
cara ini tidak payah membazirkan masa mahkamah dan kosnya pun terlalu tinggi.
Kepada Rafizi, saya sudah
bersedia untuk menyambut dan menulis tentang isu hangat di NS ini
terus-terusan. Jika boleh, dedahkan berapakah perolehan Kerajaan Negeri, hasil
dari balak yang ditebang secara meluas itu. Kita mesti sedar penebangan balak yang begitu meluas itu adalah tindakan mencuri dan mereka mesti dijauhkan dari mendekati khazanah negeri melalui pilihanraya yang akan datang ini.
Kalau kita mahukan harta benda dan khazanah kita diselongkar dan dicuri, menyambung kuasa kepada BN itu adalah jalan yang terbaik. Jika kita berazam untuk menjaga khazanah kita yang dianugerah Tuhan itu maka mengenepikan mereka adalah satu tindakan yang wajib terlaksana.
Usaha mengenepikan pimpinan dan kerajaan durjana seperti ini merupakan satu ubudiah yang sangat mulia. Pemimpin seperti ini jika pergi ke mana-mana pun akan melakukan segala noda politik dan ekonomi kepada negara yang kita cintai ini.
Mereka seperti ini merupakan makhluk perosak dan akan membawa bencana kepada negeri dan negara kita. Ini adalah kerana sifat suka mencuri itu sudah mengalir di dalam darah daging dan sanubari mereka. Ada satu perbilangan 'once a thief he remains a thief'. Fikir-fikirkanlah.
Kalau kita mahukan harta benda dan khazanah kita diselongkar dan dicuri, menyambung kuasa kepada BN itu adalah jalan yang terbaik. Jika kita berazam untuk menjaga khazanah kita yang dianugerah Tuhan itu maka mengenepikan mereka adalah satu tindakan yang wajib terlaksana.
Usaha mengenepikan pimpinan dan kerajaan durjana seperti ini merupakan satu ubudiah yang sangat mulia. Pemimpin seperti ini jika pergi ke mana-mana pun akan melakukan segala noda politik dan ekonomi kepada negara yang kita cintai ini.
Mereka seperti ini merupakan makhluk perosak dan akan membawa bencana kepada negeri dan negara kita. Ini adalah kerana sifat suka mencuri itu sudah mengalir di dalam darah daging dan sanubari mereka. Ada satu perbilangan 'once a thief he remains a thief'. Fikir-fikirkanlah.
13 comments:
bukan balak je yg mereka sapu. tanah pun mereka songlap untuk dapat duit. tak caya tanya tok lilah dan hj salim
Like Mat Sabu said...bila cakap rasuah oleh Umno, Melayu macam lembu kenyang, lansung tak peduli. As long as it is done by Malays, it is okay.
ni baru skandal politik balak Menteri Besar di negeri sembilan...bila pulak nak bongkar politik balak MB pahang...lagi teruk dato MB pahang dok membodek raja habis kawasan balak dihutan pahang disapu dek kroni2 adnan yaakob... bongkor...bongkor jangan tak bongkor
Dato, sudah jadi darah daging UMNO mentedarah hak orang. Setuju pendapat Dato selesakan melalui peti undi. Lepas PRU kalau PR ke Putrajaya kita selesaikan di mahkamah. Lepas tu kita sumbatkan dua ekor penyagak ini bersama kuncu2 nya kat ' new wing' Penjara Sg Buluh! Bangsat!
-anakPodehN9-
bongkor..ayuh bongkor...
bongkor sampai demer menggelupor..
bongkor ayuh bongkor...
bongkor sampai demer terkubor....
caiyookkk
Percayalah Isa Samad dan Mohd Hassan tika ni bekerja keras dg PDRM,JPN,JPM, Imigresen dan SPR.
Agensi ni bekerja siang malam meletakkan pengundi Hantu terdiri drpd warga Indonesia,Bangla,India berdaftar sebagai pengundi.Mereka ni mendapat Mykad biru. Matalamat BN N9 mahu menang dalam pilihan raya.Jangan lupa Ma'adayy dan Daim tidak akan berdiam diri.
Isa Samad memang bapa rasuah.Tersingkir dari Jawatan Naib Presiden UMNO.Dia membeli undi perwakilan Perhimpunan Agung UMNO .
Duit itu kemungkinan dari balak yg telah ditebang oleh towkay balak.
Terkini dari dari sumber yg boleh dipercayai Isa Samad dapat kuota peribadi berjumlah 30,000 ton menjual CP 10 sawit Felda.Najib juga ada kuota CP 10 sawit dirinya sendiri utk diekspot! Mereka senang-senang buat duit!
Rais ,Isa dan Mat hasan luluskan kawasan balak macam bapak dia punya.Ini semua orang tahu kerana yang dapat orang yang sama cuma guna nama syarikat berlainan nama.Kini sebahagian yang dapat faedah tu dah muflis sebahagian dah mati dan mana yang tak dapat tanah balak atau tanah atau apa2 dah pun tinggalkan umno kerana sungguh kecewa kerana pentadbiran MB2 ni ikut nafsu jadi sekarang rasakanlah semuanya dah mula ditimpa bala .Mana dia MBNS yang bersih semuanya berpenyakit ......dan tunggu masa akan disepak olih rakyat....
As Salam Tuan AA.
Amat betul lah tamsilan Anwar Ibrahim bahawasanya Pemimpin UMNO ini lebih teruk dari Ular Sawa. Kalau Ular Sawa menelan seekor kambing maka ular tersebut akan duduk diam selama 2 bulan untuk mencernakan bangkai kambing di dalam perutnya tanpa mencari mangsa yang lain. Jauh sekali bagi pemimpin UMNO ini, kalau boleh setiap saat mahu meratah harta negara dan mengikis wang rakyat untuk memberi kesenangan dan kemewahan kepada keluarga dan kroni mereka. Yang herannya, macam mana bangsa Melayu telalu lambat bangun dari penindasan oleh para pemimpin "bangkai babi" yang tak henti-henti menyusahkan dan menipu rakyat? Maka di PRU13 nanti, kamu semua Melayu Banggang Wal Bodoh, teruskanlah mengundi pemimpin "bangkai babi" (UMNO/BN) yang kamu semua terlalu sanjungi dan hormati itu semoga hidup pemimpin "bangkai babi" kamu itu akan lebih mewah dan terus gemilang kerana rakyatnya bodoh serta dayus.
Bila la aku nak dengar cite yang baik2 dari umno ni ye...cite yang x elok je dari umno..bunuh org la..bom org la..belasah org la..rembat tanah org la..kencing org kg la..rompak duit rakyat la..tindas org marhean la..makan rasuah la..kantoi khalwat dkt p.d la..rogol amah la..mcm2 lagi..full set diorg sapu..complete!!!!buruk bebenor umno ni..selamat la pru2008 dlu aku pangkah PAS..insya allah pru13 ni confirm aku pangkah PR..
Peringatan:
Kalau melalui PLUS arah selatan, selepas exit Senawang, pandanglah ke sebelah kiri!
Gunung ganang yg menghijau sudah berbelak coklat dgn laluan2 hutan yg banyak! Berapa ribu hektar hutan yg terlibat?
Jangan butakan mata dan hati wahai rakyat negori oooiiii!
Dodahkan lagi, jangan lupa dodahkan juga kelantan, kedah, pulau pinang dan selangor....
Kita tengok mano lebih teruk....
Menjawab Fitnah Pengarah Strategik Pkr
Tanah hutan simpan di negeri ini masih lagi milik Kerajaan Negeri dan tidak pernah diserahkan hak milik kepada individu mahupun syarikat lain.
Semua tanah hutan simpan yang dikeluarkan adalah di bawah seliaan Yayasan Negeri Sembilan dan tidak pernah diberikan kepada mana-mana pihak luar.
“Kalau ada pun, kita hanya pajakkan tanah tersebut untuk melaksanakan tanaman kelapa sawit, jika mereka (syarikat luar) tidak mahu, tanah itu kita akan dapat kembali."
“Kita tidak rugi apa pun, malah tiada risiko dengan rancangan tersebut kerana Kerajaan Negeri tidak memindahkan hak milik, hanya pajakan sahaja mengikut peraturan yang ditetapkan.”
Kerajaan Negeri Sembilan telah menggantikan lebih 2,400 hektar tanah untuk dijadikan hutan simpan.
Setiap tahun Kerajaan Negeri mempunyai kuota untuk mengeluarkan hasil kayu dan sehingga kini baru 3,200 hektar sahaja yang digunakan daripada 4,800 hektar.
“Tidak timbul soal tanah hutan diteroka secara haram kerana setiap aktiviti yang dilakukan adalah mengikut undang-undang.”
Isa Dan mohamad Hassan memang lanun tak ada maruah merompak harta rakyat tanpa malu Macamlah harta bapaknya. Dikampung saya INAS hutan dah gondol bila pembangkang bising ISA kerbau pendek kata itu memang kerja pembangkang. DiPRU 13 pembangkang bawa isu balak yang dikeluarkan hinggakan sebabkan hakisan yang teruk.Mohamad Hasan lanun kata hutan tu diberi kepada orang asli tetapi sebenarnya nama orang asli digunakan untuk samun dan rompak harta rakyat. Tanah Felda Sendayan macam mana dapat kepada Matrix Consept Bhd....ini lanun Rantau punya kerja.
Belian 2 hotel olih Felda diLondon berlebihan harga pasaran £50 juta apa dah jadi...selagi umno perentah rompaklah kerana kita dua mahkamah.Kalau tak sembahyang atau tak puasa....kita mohon Allah ampunkan tapi kalau curi dan tipu dan rompak dan Samun harta rakyat yang ada hak untuk anak yatim.....perlu minta diampunkan olih setiap rakyat......mampus lah....
Malaysia ni semua ada tetapi rakyat dan negara merempat dihina kerana diperentah olih lanun dan perompak. Umno dah jelas akan berakhir selewat nya PRU 14 tapi tak mustahil berkecai dalam tahun depan. Isa gunakan harta rakyat untuk suap penyokong dengan harta rampasan untuk kekal pegang jawatan tak sedar lagi sungguhpun dapati bersalah dalam politik wang. Bila 16 cawangan umno dalam bahagian Teluk Kemang syurkan Najib letak jawatan Isa kerbau pendek terus buat kenyataan yang mereka itu ditipu dll...Janganlah bodohkan orang wahai Isa wooi.
Dongarnyo puan seri ada pejabatna diFelda.....untuk apa...tak cukup2 lagi ?. Kalau perompak tetap perompak dulu sekarang dan selama2nya.....
Post a Comment