Tok Guru Nik Aziz tidak mahu
membuat komen terhadap isu yang diperbesarkan oleh Utusan Malaysia
tentang kenyataan Nurul Izzah, Naib Presiden PKR, yang diselewengkan oleh
pihak yang bermusuhan dan politik negara ini. Saya difahamkan bahawa Utusan telah
menyiarkan berita kenyataan Nurul Izzah yang diselewengkan oleh akhbar arus
perdana itu tentang kebebasan beragama beberapa hari yang lalu.
Kita mesti memahami yang
menyiarkan berita itu adalah Utusan Malaysia dan jika akhbar itu yang
menyiarkannya orang ramai sudah tidak mempercayai kredibiliti akhbar tersebut.
Dalam masa yang agak kesuntukan untuk pilihanraya ini sememangnyalah Utusan
akan meneruskan usahanya untuk memecahkan permuafakatan yang telah terjalin
dengan erat di antara rakyat untuk membinasakan pihak syaitan dan iblis yang
sememangnya sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan orang ramai itu.
Biarkan sahaja Utusan itu dibaca
dan diyakini oleh mereka yang kusut pemikiran. Kita yang telah berusaha
untuk memperbaiki keadaan sememangnya berwajib bersabar kerana salah satu daripada
tugas untuk mencapai kemukmininan ialah dengan bersabar dengan segala dugaan
yang datangnya dari agen dan ‘representative’ dari pihak iblis dan syaitan itu.
Yang terpenting bagi kita ialah
untuk meneruskan perjuangan membersihkan segala keburukan yang dilakukan oleh
pihak ini dan ini adalah perjuangan yang akan kita hadapi sampai akhir kalam
kita. Malahan inilah perjuangan yang mula kita hadapi dari baliqhnya kita,
iaitu untuk melawan iblis dan syaitan. Iblis dan syaitan itu tidak akan
berhenti untuk menyesatkan kita malahan itu adalah persumpahan mereka dari awal
alam ini wujud.
Tengok sahaja dan fahami apa yang
dilakukan oleh syaitan ini untuk menghasut Nabi Ibrahim semasa Nabi Ibrahim hendak menunaikan wahyu dan
suruhan Allah untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail. Semua syaitan-syaitan itu
menyerupai manusia yang warak dan alim yang berusaha sedaya upaya mereka untuk
memesongkan Nabi Ibrahim dengan mengingkari perintah Allah untuk mengorbankan
anaknya.
Begitu jugalah jika kita lihat
dan pandang tentang apa yang berlaku dengan Nurul Izzah sekarang ini. Dari
banyak-banyak akhbar, Utusan pula yang begitu sibuk yang mencuba untuk
memesongkan pandangan orang ramai terhadap Nurul dan PKR. Saya sangat menyedari betapa besarnya dugaan yang sedang dihadapi oleh keluarga ini tetapi dugaan inilah yang selalunya akan membersihkan diri untuk kemukmininan.
Mudah sahaja. Jika kita membaca
Utusan mulakan dengan membaca ‘auzubillah’ banyak kali kerana kita sebenarnya
tahu Utusan ini adalah sebenar-benarnya utusan dari iblis dan syaitan yang
menyerupai pihak yang warak dan alim.
Sememangnya dunia ini, diwujudkan
iblis untuk menduga mereka yang sedang menuju ke arah kemukmininan. Apalagi cara
dugaan bagi mereka yang hendak mencari keredhoan Tuhan jika tidak dari iblis
dan syaitan itu? Apabila kita berjaya melontar semua iblis dan syaitan seperti
yang baru sahaja dilakukan oleh saudara Islam kita di Mina pada hari-hari
tasyrik baru-baru ini.
Walaupun lontaran itu hanyalah
sebagai simbolik besarnya tugas kita untuk melawan syaitan yang direjam ini
tetapi apabila ia dijadikan sebagai rukun dalam ibadah Haji maka itu sudah
cukup untuk memberitahu yang ingin tahu yang melawan iblis dan syaitan itu
merupakan ibadah yang sangat besar yang dirukunkan oleh agama kita.
Peperangan melawan elemen syaitan
di dalam semua bidang kehidupan kita adalah perkara yang sangat mulia dan untuk
mendapatkan kemuliaan itu sememangnya kita akan berhadapan dengan dugaan dari
iblis ini yang sentiasa menyerupai orang yang kita sayangi dan kasihi.
Bagi Nurul beliau hanya perlu
meningkatkan kesabaran beliau. Saya sendiri mengenali Nurul ini sebagai pejuang
yang sanggup bermatian-matian dalam usaha kita semua untuk mencari kedamaian
dan keredhoan Tuhan Maha Esa itu.
Nurul akan berhadapan dengan
dugaan yang lebih besar lagi terutamanya apabila pilihanraya benar-benar hampir
tiba. Pimpinan PAS dan DAP telah menerima lagi banyak dugaan sejak kewujudan
parti-parti itu. Ramai pemimpin-pemimpin mereka telah dipenjara dan ditahan
oleh pemerintah negara, tetapi akhirnya kebenaran telah mula terlihat dan zahir
sekarang ini.
Kebenaran yang sebenarnya,
insyaallah akan timbul semasa pilihanraya yang akan datang. Mahu tidak mahu
semua pihak mesti bersabar sampai ke tahap maksima. Tidak ada jalan senang untuk
mencapai kebaikan ini. Dugaan akan datang satu demi satu sehinggalah ke akhir kalam kita. Itulah perjuangan sebenar-benar perjuangan dalam hidup kita.
Saya selalu berkata, ‘Jalan ke
syurga akan penuh dengan onak dan duri, sedangkan jalan ke neraka disaluti
dengan keju dan roti’.
31 comments:
Salam Pak Aspan
Syabas..! pencerahan yang sungguh bernas dan berfakta. Tapi saya teramat sedih bila orang yang mengakui mempertahankan agama islam yang katanya dia lebih islamik sehingga airmata bercucuran kerama agama, raja dan melayu tetapi rupa-rupanya mereka masih tak faham maksud dalam al-quran dan dengan mudah menerima apa yang utusan dan berita harian tulis sedangkan kita tahu seperti Tuan telah nyatakan Utusan ini adalah sebenar-benarnya utusan dari iblis dan syaitan yang menyerupai pihak yang warak dan alim. Mengapa tidak bersuara malah menyepikan diri bila laknatullah chia soi lek dan kuncu-kuncunya dari mca dan gerakan dengan terang-terangan menghina dan memperlekehkan agama islam. Kepada semua pembaca-pembaca sekelian ingin saya bertanya "Adakah manusia seperti ini yang dikatakan dalam golongan orang munafik dan suku sakat dajjal?" yang membawa kepada kehancuran dan perpecahan.
Allahualam bi saawab...
Semoga Pak Aspan sentiasa sihat. Teruskan perjuangan Mu melalui mata pena sesungguh mata pena Mu amat tajam berbanding mata pedang...Amin.
Wassalam.
Saya tersedak bila pak aspan mengatakan bacalah 'auzubillah' sebelum membaca utusan..sungguh dalam kata2 ini...selamat la pak aspan x ckp kena samak selepas baca utusan..heheheheh..
Salam Tuan Aspan & rakan2,
Rasullullah s.a.w. ada berpesan bahawa umatnya diakhir zaman akan terbahagi pada 73 bahagian tetapi hanya satu bahagian yg betul; 72/73 semuanya ke neraka.
Kepada mufti2 & Majlis Agama Islam, siapa yg. boleh jamin Islam kita yg betul, sekiranya maksiat & rasuah pemimpin2 'yang terang lagi bersuluh' pun tak berani nak bersuara!!!???
~ Amin2 Yaa Rabbil Alamin
"Tandas tu kotor, kalau nak cuci tak perlu masuk ke dalam!
Cukup dengan pancutkan air yg deras ke arah dalam tandas tu!
Kalau masuk tandas, kekotorannya akan melekat kat badan dan pakaian kita!"
Jawapan dari Allahyarham Cikgu Abdul Kahar Ahmad bila saya tanya perlukah saya sertai umno (baru) utk perjuangan!
2005/6 lagi Arwah sudah samakan umno (baru) sama seperti TANDAS YANG KOtOR!
Sekian
Gheng lama
Hari ini Timbalan Menteri Mashitah berkata bahawa Nurul Izzah boleh di dakwa kerana menghina Agama Islam. Malangnya tidak pula kedengaran komen beliau apabila Chua Soi Lek menghina hukum hudud ataupun semasa Jamil Khir menggunakan wang zakat untuk bayaran guaman.
Apapun, komen TGNA adalah terbaik... "tak perlu komen lapuran Utusan mengenai Nurul Izzah kerana lapuran Utusan tidak mempunyai nilai". Allahuakbar!
Pok Li
Busuk, kotor, jijik, hamis, pekong, puak tandas kotor itu dijamin tersebar merata pelusuk alam oleh lidah terjelir rasmi mereka, Utusan Malaysia!
Sekian
Gheng lama
As Salam Tuan Aspan.
Utusan Malaysia? Kalau tak dibiayai oleh para pemimpin UMNO, dah lama menjadi arwah. Apa tidaknya? Asyik kena saman dan saban hari pembaca semakin kurang memandangkan lambakkan akhbar tersebut di wakil-wakil pengedar terlalu banyak dari subuh hingga ke petang amat kurang pembeli.
Slogan baru perlu diwujudkan untuk mengembalikan kegemilangan Utusan Malaysia ini. Slogannya berbunyi begini "Kalau mahu membeli (berita fitnah dan penipu) maka belilah "Utusan Neraka".
Ini lah rupa dan wajah wartawan-wartawan Melayu yang bodoh bagi mempercepatkan kejatuhan para pemimpin yang juga terlalu bodoh tetapi banyak wang dan harta (hasil kerja harian merompak dan merampas harta rakyat secara terhormat).
CSL. si pelakon porno tu memang bukan Islam. Tapi yang Islam tu pun sama menghina Islam. Sewenang-wenang mengatakan hukum hudud ciptaan ulama feqah, hukum hudud mengandungi elemen-elemen melampau dan bermacam-macam lagi. Tak nak dakwa sekali ke, Mashitah?
Assalamu 'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.
Allahu akbar! Teruskan! Malah, setakat 5 ulasan yang saya sempat tinjau, alhamdulillah, semuanya seia sekata; yang benar tetap benar ... Syabas dan teruskan!
Justeru, saya turut bersetuju dengan segala pencerahan saudara dan rakan-rakan sekalian. Malah, di sinilah, saya turut ingin mengemukakan persoalan yang rasanya wajar untuk kita renungi bersama: Sejauh manakah penghayatan Islam di Malaysia ini yang kelihatan begitu banyak masjid tersergam, wujudnya pelbagai institusi keagamaan di peringkat persekutuan dan negeri, serta pada setiap negeri terdapat seorang mufti? Jika benar UMNO ingin mendakwa merekalah pejuang Islam, bagaimana mereka boleh hanya bersikap pengecut bin dayus berdepan kritikan membabi-buta rakan barisannya, jika dibandingkan pengetahuan YB Nurul-Izah yang jauh lebih arif? Pernahkah mereka (UMNO) selama ini mengoptimakan faedah dan manfaat segala institusi keagamaan, hatta para menteri agama di Jabatan Perdana Menteri untuk usaha dakwah, agar setidak-tidaknya rakan-rakan mereka yang non-Muslim ini tidak semberono bersikap celupar terhadap agama Allah ini? Lalu, inikah yang mereka katakan menjunjung Islam sebagai agama Persekutuan, walhal menghalalkan pencerobohan berleluasa ke atasnya, tetapi, konon berperang bagaikan nak mampus bila tak faham ucapan atau pandangan di pihak lain? Juga, bukankah mereka (UMNO) inilah juga yang sering memperalat segolongan alim untuk dijadikan kereta pecut berlumba di lebuh raya poltik ini sehingga melabelkan golongan non-Muslim di pihak alternatif yang terlanjur keliru sebagai "kafir harbi"?
Dengan ini, ayuhlah, sempena kita bakal menyambut Tahun Baru Hijrah 1434 Hijrah ini, bersamalah kita berhijrah daripada berpemimpinkan golongan jahil berlagak pandai ini kepada kepimpinan yang berlandaskan petunjuk-Nya dan keadilan sejagat. Semoga pengorbanan kita menumbangkan para penjenayah ini walaupun dengan hanya bersenjatakan sebatang pen, akan turut dikira-Nya sebagai jihad di jalan-Nya, insha Allah.
Terima kasih dan salam jihad.
Salam.
Seperti mana ulasan gheng lama tadi cukup menarik dipetik dari guru agama dia yg menyamakan UMNO tertalu KOTOR dan BERNAJIS!. .justeru itu kita buang UMNO jauh2. .tapi Apa tindakan Parti ISLAM ( PAS ) bila melihat hukum ALLAH dipersendakan dan diubahsuai mengikut versi pemimpin2 yg berkepentingan ini. .Apakah penghinaan karpal singh satu dugaan org mukmin dan kita hanya berdiam diri sahaja. .apa pulak kekotoran yg terlekat pak aspan kerana bersekongkol dengan manusia jenis karpal singh ini. .Apa bezanya yahudi yang menghina nabi muhamad s.a.w kita dengan karpal singh yg menghina hikum ALLAH. . .
Salam perjuangan sekelian,
Mereka agama Islam
Tidak laksana hudud
Tuduh orang zina
Tanpa empat saksi
Mereka jual agama
Untuk dapat undi
Tidakkah mereka takut
Api neraka nanti?
Tuan Aspan,
Kenyataan Nurul adalah benar walaupun pahit ditelan. Islam bukan diwarisi. Lahir sebagai melayu tidak semestinya ianya islam. Namun, dalam politik hanya ada istilah manipulasi isu untuk kepentingan parti masing2.
Satu pengajaran pahit buat Nurul. Kenyataan Khalid Samad hanya memburukkan keadaan. Tabik buat Nik Aziz atas statement beliau. Inilah contoh ahli politik terbilang.
Salam saudara sekelian.
Nurul Izzah sememangnya salah dan terlanjur bicara. .adalah benar ulusan ibni ismail. .islam bukan diwarisi tetapi adalah tuntutan sbgai ibubapa islam mengislamkan keturunan mereka kerana kita tidak boleh nemaksa org lain memeluk agama kita. .kita mulakan syahadah dan tarbiyah dengan keluarga dan jauhkan nilai kesaksamaan memilih agama kerana ianya akan kepada murtad. .kita sbgai mukmin bertanggungjawab memelihara agama kita bukannya membuka ruang kepada bukan islam memurtadkan kita. Nurul izzah membuka ruang yg luas untuk kita menanggung murka tuhan sekiranya pandangan bebas dan kesamarataan agama ini di angkat oleh generasi termasuk anak cucu kita. .
Anon 9:13,
Karpal Singh? belom kita buat apa2 lagi, dia sudah Allah swt letak atas kerusi roda! Faham tak?
Kita tunggu apa yang Allah swt akan buat kepada unker porno tu yer.
Jadi usahlah risau sangat wahai melayu. Hang kena risaukan apa akan jadi dengan nasib melayu2 kaki songlap, kaki makan, kaki main, kaki cucuk, kaki laga, kaki fitnah, kaki balun yang sekapal dgn hang tu. Mereka gadai hukum agama Islam setiap hari!!
Mereka2 ni, yang bernama melayu...mereka lebih teruk dari Karpal dan unker porno tu.
Faham tak?
sekian
Gheng lama
Lalu kat Planetarium, MITC, Ayer Keroh. Ada konsert rock sedang berkumandang
Konsert hanya 500m dari Masjid!
Obama wins his second term!
Najib is yet to win his first term, after THREE YEARS on the job!!
&*%^$#*(@$!! = no e*g!
mashitah tgh naik tocang! nak ambik hati najib bertanding dalam PRU 13.Dia bertandinglah dalam mana konstitusi pun, dia tak akan menang.dia ni terkenal dg air liur basi satu ketika dulu.promote punya pomote sampai org kata Mashitah Air liur basi.Dapat PHD dalam terjemahan alquran, sepatutnya mashitah mengajar org memahami alquran. ini tidak dia jadi batu ronson dalam perbahasan nurul. Mashitah ni pun bukan terror sangat dalam B.Inggeris! cakap org putih pun tak betul!
orang baling dah baling mashitah. Jadi wakil rakyat tapi tak pernah balik kawasan. duk bangga dg gelaran dr. Apa pun dia tak tahu!Cuba kita anjurkan debat antara mashitah dg Nurul dalam bahasa inggeris, siapa yg hebat?Jangan terkejut mashitah ckp ala Zainuddin mydin.
Gunung keyang
Islam menurut umno bn, seperti barangan buatan malaysia, murah jual diluar, mahal kalau beli dalam negara.Walaupun barangan ini terbukti tidak berdaya saing dalam pasaran global tapi rakyat jua yang terbeban (walaupun kurang kualiti) untuk membuat untung kepada sesetengah pihak (malaysia boleh).
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.
Tertarik saya membaca dua ulasan yang begitu kontra. Kepada rakan kita yang menganggap PAS, malah Saudara Blogger, boleh berdiam diri dan bagaikan bersekongkol dengan penghina agama di pihak alternatif; saya secara peribadi benar-benar meminta saudara agar menggunakan kesempurnaan penglihatan dan pendengaran yang ada agar benar-benar kamil (sempurna) dan sadiq (benar) dalam pertuturan. PAS khasnya telah menjawab segala persoalan Karpal Singh itu, ingat ya, bukan tak jawab, ya ... Cuma, sudah tentu jawapan yang diberikan adalah setaraf dengan kelayakannya sebagai seorang bukan islam. Namun begitu, MP ini turut diberi amaran agar lebih berhati-hati dan tidak bertindak secara emosi. Dengan itu, kepimpinan PR telahpun melaksanakan tanggungjawab mereka; bagaimana pula dengan UMNO gila bangang ini, hanya bacul, pengecut lagi dayus berdepan syaitan mereka, CSL itu? Tdakkah itu yang benar-benar saudara buka mata?
Mengenai kenyataan YB Nurul Izah: Rasanya, kepada yang masih belum faham, lebih baik jangan ulaslah. Bukankah daripada kenyataannya itu, jelas sekali bermaksud agama itu tidak dipaksakan ke atas seseorang jika belum memeluk Islam walaupun berbangsa Melayu, hatta berbangsa Arab, bangsa yang diturunkan Al-Quranul-Karim? Tetapi, sekiranya dilahirkan sebagai seorang Islam, adakah lagi alasannya untuk kufur? Malah, jika dia kufur atau murtad itu kerana kurang penddikan, dia sepatutnya diberi peluang untuk bertaubat, atau terpaksa dibunuh sekiranya masih degil untuk meneruskan pemurtadannya. Oleh itu, sekali lagi, marilah kita berhujjah dengan didasari iman, taqwa dan ilmu yang kukuh, bukan dengan emosi yang dipandu iblis dan nafsu. Apapun, Allah Yang Maha Mengetahui.
Terima kasih dan salam jihad.
Kalaulah ditakdirkan
Malaysia mempunyai
Perdana Menteri Wanita,
dia ialah Nurul Izzah.
Salam gheng lama
Kamu melayu ke?..kalau namanya melayu..itulah rupanya tak kira parti mana. .yang kamu sebut tadi tu perangai macam kita. .seketul daging tu tak cakap parti mana punya. .faham ke?. .biar buruk siku jangan buruk perangai..jangan malukan diri sendiri dengan kata nista. .ubahlah sikap tu menjelang awal muharram ni.
Salam
Salam pada gheng lama. .ALLAH telah izinkan UMNO memerintah selama ini seperti ALLAH izinkan PAS mentadbir kelantan dan yg lain2. .tak salah gheng lama nak berdoa dan meminta kejatuhan UMNO. .tapi hakikatnya UMNO masih tuhan izinkan memerintah.
Faham tak?
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Maaf, mencelah lagi. Sekadar berkongsi sedikit idea lagi.
Pada hemat saya, rasanya, soal keterlanjuran kata, telah acapkali timbul dalam ruangan perbincangan ini. Justeru, saya berharap isu sebegini tidaklah begitu diperbesarkan, kerana hanya memakan ruangan ulasan, ruangan yang sepatutnya memfokuskan perbincangan dan perdebatan secara harmoni dalam konteksnya sahaja. Adapun, berkenaan doa agar regim sekian kalah dalam pertarungan, ianya, setahu saya, dibolehkan, kerana itu merupakan doa yang tidak akan ditolak Allah SWT, dengan ertikata doa pihak yang dizalimi ke atas pihak yang menzalimi. Justeru, pada kesempatan ini, saya sekali lagi ingin memperingatkan diri saya, khasnya, agar bersamalah kita berbincang berdasarkan iman, taqwa, ilmu dan fakta, dan sekiranya ia merupakan hakikat, seperti mendedahkan keburukan dan kerosakan yang nyata dilakukan oleh seseorang tanpa segan-silu, apatah lagi menjaga batas keagamaan, terimalah, meskipun yang melibatkan pemimpin yang kita banggakan selama ini.
Terima kasih dan salam jihad.
Anon 23:08
Nabi saw sudah bersabda 1400+ tahun dulu....akan tiba zaman ke 5 setelah zaman ke 4 berakhir.
(Pergi cari Hadiths baginda itu tentang LIMA zaman yang baginda sabdakan)
Umno (baru) adalah TUNJANG ketidakadilan dan kebobrokan yang Nabi saw sebut dalam zaman ke 4 itu di bumi Malaysia @ Tanah melayu ini.
Maka Insya'Allah zaman ke 5 itu akan muncul, sudah tak lama lagi. Ini bermakna Umno (baru) akan terlucut kuasa secara otomatik! Nak pertahankan yang salah dan tak betul buat apa??
Nabi saw tak bersabda kosong!
Faham betul2!
Gheng lama
Salam
Saya sememangnya kurang faham tuan gheng lama maklum lah orang umno. .di dalam sabda nabi muhammad s.a.w ada sebut ke UMNO baru dalam zaman ke-4 itu. .barangkali kerosakan yg umno lakukan secara kebetulan termaktub di ketidakadilan tersebut. Begitu keji sekali org melayu umno ini hingga tergolong di dalam golongan zalim yang dibolehlaknakkan..Adakah tidak mustahil zaman ke-4 itu merujuk kepada pemimpin2 yang lain selain UMNO. .
pada unknown 8nov 20:53:00 jangan marah kat depa depa tu iq tak braaaper tiiinnggi..sebab tu orng maksud kan lain depa paham lain...
Salam gheng
Siapa pulak yg mempertikai sabda nabi muhamad s.a.w. .kita yg berdosa dan jahil pada hari ini.kita mengaku kita faham ajaran islam. .tapi sendiri yg merosakkannya dengan berlaku tidak adil menghukum saudara islam sendiri. .sya tak pandai mcm tuan ada rujukan hadith dan hidayah tapi yg saya tahu. . siapa kita nak menjatuhkan hukum yg bukan hak kita. .kalau umno buat hukum dan hukum org sesukahatinya. .kita jgn jadi mcm dia. .ini nampaknya sama saja..belum tuhan izinkan lagi mengetuai zaman ke-5 sudah angkuh dan ujub..
Kepada cik2 Anon yg konfius dan yg saja2 nak kompiuskan keadaan,
Dalam Hadiths itu, Nabi saw hanya sebut zaman, ada lima keseluruhannya. Di mana zaman pertama adalah zaman baginda sendiri sendiri. Hidup kenalah rajin baca dan rujuk, kalau malas, kekallah dalam gelap dan hidup meraba2. Bila org sudah bagitau, ikutla, bukan buat kompius dgn telahan lain2! Hati kaudu kah?
Kita yg kata Malaysia sudah maju, ilmu tinggi2 ni kenalah kaji kejadian2 dunia serta alam semlm, hari ini dan esok utk bezakan dan ambil sabda baginda sebagai rujukan atau guide. Barulah selamat hidup kita selaku muslim dan kemudiannya mukmin!
Di bumi Malaya ni kan uumno yg sering berkokok kata mereka mendapat izin Allah swt utk memerintah! Tapi adakah Allah swt beri umno (baru) lebih2 lagi 'BLANK CHEQUE' utk buat onak? Ada?
Dan perkara cengkaman meruncing. Kepada kehidupan rakyat kini adalah akibat salahguna kuasa dan rasuah tanpa batas dan ikut suka hati penguasa zalim lagi rakus adalah yg terhidang depan mata kita. Jelas dan nyata berlaku, pun nak deny? Ada pulak nak halalkan? Ini semua kerja sapa? Ambiga? TGNA?
Guna mata dan mata hati utk lihat supaya faham. Hati akan redha!
Awat kata ujub sdangkan tuan pemilik parti umno (baru) saban hari tunjuk ujub tak tau atau tak berupaya nak tegur?
Ada pulak yg kompiuskan hujah saya kata saya orang umno (baru). Koman sungguh otak tuu!
Sekian,
Gheng lama
Mula2 dia kata bab Allah swt izinkan umno. Ada saya pertikaikan hal ini?? Yang kita sebut kebathilan dan onak yang umno (baru) tunjangi di bumi Tanah Melayu ini!
Kemudian mereka kata kita menghukum. Bukankah ayat2 Al Quran itu membezakan yang Haq dan Bathil? Bukankah ini hukum Allah swt? Abis tu dalam Hadiths2 Nabis saw, ada perkara yang baginda suruh kita buat, dan banyak jugak perkara2 yang baginda terangkan agar kita jauhi. Bukankah Nabi saw suruh kita jauhi kemungkaran?
Lepas tu mereka kata kita ujub dan bongkak. Ini jalan mereka nak cover jahil mereka. Kita beritahu, mereka kata kita tinggi ilmu lah..dapat ilham laaa....mereka sakit otak!
dan mereka tak akan terlupa bagitau mereka memang kurang arif bab2 Hadiths atau ayat2 Allah dalam Al Quran
Inilah standard minda mereka yang sebanarnya mereka hanya nak bantu umno (baru) melingkop!, Insya'Allah
sekian,
Gheng lama
p/s - Anon2 sama adakah mereka juga masuk blog2 sahabat2 mereka untuk menegakkan kebenaran, menegur? Ada?
Dalam blog2 begini, mereka akan duduk, bertapa, untuk kelirukan serta memperkecilkan hujah2.
Jika kita biasa masuk blog2 popular, mereka2 ini ramai sebenarnya. Guna nama Anon, sebab takde telooor!
Umno (baru) terus bergolak??
http://msomelayu.blogspot.com/2012/11/betulkah-teuku-adnan-teuku-mansor.html
atau mungkin ada yang sudah sedar?
atau MUNGKIN dia sudah penat nak kena buat keje2 bodo untuk si anu!?
Salam
Untuk tatapan unknown 9nov 18-36
Sekiranya mencelah untuk menghina orang dengan orang lain kurang cerdik dan kamu lebih cerdik dan sekaligus meninggalkan ruang ilmu ini dengan tanpa pengisian ilmiah dan membina. .tanyalah sendiri siapa yg rendah ilmu dan kurang budi pekerti.
Ruangan ini untuk semua lapisan sejagat samada ianya org org kecil mahu pun org besar. .yg iq rendah mahu pun iq tinggi. .biarlah bebas berbicara kerana yang kurang faham akan lebih faham. .yg sesat jalan boleh menemui jalan keluar. Janganlah kamu ingin sekat dan hina org yg kurang cerdik..barangkali kita pun sama IQ rendah.
Post a Comment