10 December 2012

Menukar kerajaan itu hak mutlak rakyat

Dr Mahathir berkata di Sik Kedah dua hari lepas, ahli-ahli UMNO mesti menyokong sesiapa sahaja yang di calonkan oleh pucuk pimpinan parti. Ahli-ahli UMNO, kata Dr Mahathir mesti memenangkan parti bukannya calon. Kali ini Dr Mahathir mahukan semua menyokong parti dan ini merupakan pendirian yang terbalik jika kita ingat apa yang beliau seru pada pilihanraya yang lalu. Pilihanraya ke14 nanti tidak pula kita ketahui apa sikap Dr Mahathir. Mungkin beliau akan kekal dengan seruan menjayakan parti dan ada juga kemungkinan beliau akan membuat seruan untuk menyokong calon bukannya parti.

Kali ini Dr Mahathir berusaha keras untuk memenangkan UMNO dan BN. Beliau telah memanggil pimpinan bahagian seluruh negara untuk berbai’ah dan berjanji tidak mensabotaj calon UMNO dalam pilihanraya ini. Kita telah diberitahu yang kali ini UMNO akan menurunkan calon-calon yang baru untuk menukar imej parti itu dalam menghadapi rakyat dalam pilihanraya kali ini.

Tetapi ramai berpendapat yang usaha ini telah terlambat. Sepatutnya ia dilakukan dua puluh tahun dahulu dengan mengenepikan pemimpin-pemimpin yang tidak baik kerana semasa itu keadaan UMNO tidak seteruk sekarang. Tetapi oleh kerana kelalaian pimpinan semasa itu yang hanya memberikan tumpuan kepada kepentingan peribadi dan sokongan padu dari pimpinan bahagian dan cawangan UMNO tidak peduli samada mereka itu korap atau pelaku jenayah yang tegar dalam parti itu.

Kita tidak nampak bagaimana sumpah dan bai’ah di depan Dr Mahathir itu boleh membantu BN untuk mengelak dari tindakan sabotaj-mensabotaj dari berlaku dalam pilihanraya kali ini. Kali ini nampaknya UMNO akan menurunkan calon-calon pilihan pucuk pimpinan dan pimpinan di bawah diminta bersumpah untuk memberikan sokongan terhadap calon-calon itu dan tidak mensabotaj mereka (calon-calon). Apa yang tidak di fahami oleh pucuk pimpinan ialah semangat ahli-ahli UMNO telah begitu lemah dan mereka menganggap tindakan pucuk pimpinan untuk tidak menerima bulat-bulat cadangan bahagian-bahagian sebagai satu tindakan yang sudah terlambat.

Mereka menganggap calon-calon boleh menang yang di pilih oleh pucuk pimpinan itu tidak relevan kerana sememangnya UMNO sudah berada diperingkat mati dalam erti dan hakikatnya yang sebenar. Siapa pun yang dipilih oleh pucuk pimpinan tidak akan boleh membantu UMNO lagi. Mereka berkata biarlah mereka yang bersumpah sahaja yang bekerja untuk parti itu. Mereka berkata yang mereka tidak pernah bersumpah kerana melakukan sumpah taat setia terhadap parti itu merupakan tindakan yang keterlaluan yang seolah-olah menganggap parti politik itu lebih penting dari agama kita.

Mereka beranggapan bersumpah itu hanyalah untuk kepentingan mereka yang memimpin yang sedang dalam ketakutan kerana kesalahan jenayah yang banyak dilakukan oleh pimpinan mereka. “Bagaimana kita boleh bersumpah untuk mempertahankan kebathilan yang dilakukan oleh pimpinan tertinggi parti?” kata salah seorag dari AJK UMNO dan Pemuda Bahagian di Negeri Sembilan  semasa beliau terserempak dengan saya di Seremban dua hari yang lepas. “Saya pun sudah tidak ambil peduli dengan parti lagi dah, kerana segala-galanya hanya untuk kepentingan pemimpin yang sedang enak berkuasa dan tidak tahu menahu tentang keresahan kami di bawah ini” sambungnya lagi.

Di sini kita lihat dengan jelas yang UMNO hanya mengambil jalan rigkas untuk menyelesaikan masalah sokongan dari ahli-ahlinya sendiri, dan itu belum lagi bagi rakyat yang tidak menjadi ahli UMNO. Bagi sesebuah parti pemerintah, yang terpenting ialah parti itu mendapat penghormatan rakyat. Jika ahli-ahlinya sendiri bermasalah dengan kepimpinan partinya bagaimana ia boleh memberikan keyakinan ramai terhadap partinya dan dalam kontek ini, UMNO.

Besarnya keahlian UMNO tidak semestinya memberikan kebaikan kepada parti itu. Malahan dalam keadaan sekarang besarnya masalah yang dihadapi oleh UMNO ialah kerana jumlah keahlian yang besar. UMNO terpaksa menumpukan menjaga dan mentadbir ahli-ahlinya dari memberikan tumpuan terhadap dasar perlaksanaan yang bersih yang di hormati masyarakat dan negara.

Banyaknya cawangan-cawangan yang bercambah di setiap bahagian itulah yang menyebabkan terlalu banyak ‘infighting’ di dalam parti itu. Banyak parti dalam dunia ini jatuh kerana keahlian yang terlalu besar. Sesungguhnya parti perlu mendapatkan penghormatan dari rakyat termasuk yang tidak menjadi ahli UMNO. Tetapi UMNO tidak berusaha untuk mendapatkan penghormatan itu kerana parti mengharapkan keahlian ramai yang berpecah belah itu yang besar itu untuk mendapatkan sokongan ramai.

Keadaan sebenarnya tidak begitu. Parti Buruh dan Conservative di Britain tidak mempunyai keahlian yang ramai dan tidak pun sampai satu peratus dari jumlah penduduknya. Parti-parti itu bergilir-gilir mentadbir negeri termaju dunia ini, kerana dalam sesuatu masa rakyat menghormati dasar dan kepimpinan parti-parti itu. Itu sebabnya rakyat di Britain dan negara-negara maju yang lain menentukan nasib sesuatu parti itu, bukannya parti yang berkuasa boleh melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

Parti-parti itu mengambil kuasa yang dimandatkan sebagai tanggungjawab dan bukannya mendapatkan kuasa semata-mata kerana kuasa. Kita tidak mendengar pemimpin parti Buruh atau Conservative menjerit ke hulu dan ke hilir akan berbuat apa sahaja untuk mempertahankan 10 Downing Street. Pemimpin-pemimpin di sana tidak pula bermuka-muka dengan rakyat dengan memperlekehkan usaha parti lain yang sama-sama sayangkan negara dan rakyat.

Apabila parti Buruh dan Gordon Brown tewas dalam pilihanraya yang lalu tidak ada apa-apa kegemparan di Britain. Gordon Brown terus sahaja mengadap ‘the Queen’ dan peralihan kuasa seperti yang dikehendaki oleh rakyat berlaku dalam tempoh enam jam sahaja. Itu pilihan rakyat Britain dan Gordon Brown akur dengan kehendak rakyat Britain tanpa melakukan perkara-perkara yang tidak baik terhadap David Cameroon.

Tetapi di sini pemimpin yang sedang berkuasa seolah-olah menjadi seperti orang hilang akal menjerit-jerit dan memperlekehkan pihak lain dengan menggunakan kuasa yang ada di tangan mereka. Pimpinan kita masih tidak sesuai dengan demokrasi yang sebenarnya.. Bagi mereka demokrasi ialah kemenangan untuk mereka sahaja dengan cara apa pun yang boleh dilakukan mereka.

Pimpinan UMNO masih berfikir, menggantikan mereka sebagai pemerintah itu adalah satu jenayah besar sedangkan mereka tidak berhenti-henti melakukan jenayah politik dan ekonomi terhadap rakyat dan negara.

Sesungguhnya perubahan adalah perkara yang sudah menjadi kemestian dan tidak ada kompromi lagi dengan UMNO yang sudah tidak mampu untuk berubah kepada kebaikan. Malahan UMNO tidak pun tahu cara untuk berubah kerana parti itu sudah sebati dengan mentadbir negara ini seperti mentadbir sebuah persatuan sepak takraw daerah Pekan atau persatuan penjaja daerah Pagoh dan Kubang Pasu.

Rakyat sudah muak dengan sikap pimpinan UMNO menjadikan parti itu sebagai modal perniagaan dan tempat membina ‘empire’ perniagaan keluarga masing-masing. Segala perniagaan keluarga yang ‘monopolistic’ di kaut oleh semua pimpinan besar-besar, tidak kira oleh mereka yang sedang berkuasa dan yang sudah bersara.

Mengambil kesempatan di atas kekayaan negara merupakan kerja sepenuh masa pimpinan UMNO khususnya dan BN amnya. Rakyat pula dibiarkan berada di dalam keadaan meminta-minta dan menadah tangan di kaki pemimpin-pemimpin yang mempunyai kuasa yang besar yang mereka perolehi dari rakyat yang meminta-minta tadi.

Rakyat tidak boleh mengharapkan pihak UMNO untuk merubah nasib mereka. Hanya rakyat sendiri terpaksa melakukan perubahan itu. Cubalah dalam pilihanraya yang akan datang ini.

26 comments:

Anonymous said...

Salam Bro,jangan tukar kerajaan sedia ada.Yang mengganti belum tentu lebih baik daripada kerajaan yang ada.Sebenarnya inilah kenyataan orang-orang yang telah kecewa kerana kesilapan sendiri.Hidup UMNO....Hidup UMNO....

Aspan Alias said...

Anon 11:20,

Pandangan sdr saya terima yang kerajaan gantian belum tentu berbuat baik. Tetapi apa yang kita telah tengok di negeri-negeri PR pentadbiran lebih telus dan baik secara relativenya.

TETAPI yang sudah pasti BN telah gagal dalam banyak hal jika di kaitkan dengan pembangunan fisikal dan mental manusia. Itu merupakan kenyataan yang sudah pasti.

Maka kita elok pilih PR kali ini kerana rakyat mempunyai kuasa untuk memindahkan kembali kepada BN dlm PRU yang berikutnya.

Itu sebabnya rakyat mesti mengambil balik kuasa dan gunakan dengan sebaik-baiknya.

Alasan yg PR belum tentu baik seperti yg sdr sebut itu merupakan alasan usang yang menjadi momokkan BN selama ini.
Bagi saya, saya berfikir kerana saya pergi juga sekolah sikit-sikit dan saya boleh lah membaca sikit-sikit dan menulis sikit sikit.

Saya pun berfikir juga sikit-sikit. Itulah pandangan saya. T Kasih

Anonymous said...

anon 11:20
Salam bro....retorik lapuk mcm tu tk pakai dah bro!! Dah 55 thun
umno bn jd kerajaan...banyak keburukkan yg mereke buat! Mereka buat msia ni mcm mak bapak mereka punya! Pemimpin2 UMNO dah jd jutawan billionwan! Kali ni bukan saja ABU....rakyat akan pilih ABCD!!! Undi sesiapa sahaja ASAL BUKAN CAP DACING!!!! ABU hanya melibatkan umno ABCD melibatkan semua komponen BN. Mentekedarah duit rakyat bukan saja umno...malah semua komponen BN pun 2x5 !! Maka sesuai sgt ABU diupgrade jadi ABCD!! HIDUP RAKYAT!! K.O BN!!!

Anonymous said...

setuju dgn pendapat yg mengatakan jgn tukar kerajaan, kerana kerajaan yg baru belum tentu baik...
'belum tentu baik' adalah lebih baik dari kerajaan sekarang yg memang 'dah tak baik'

Anonymous said...

Anon 11:20,

Apa yang takut sangat tukar kerajaan? Nikah pun Allah beri peluang talak dan rujuk sampai 3 kali.

-MAKORANG-

Titi Gajah said...

Madeiyy kutty kita faham kerana DNA dia India Kerala. Jika dibaca sejarah India memang terdapat gila kuasa spt Madeiyy.Siapa lebih gah? Madeiyy racist ke Rakyat Malaysia?Orang tua yg dah nyanyok ni cakap berubah-ubah.Dalam kepala otak dia memikirkan kekayaan utk anak beranak dia saja.Apakah Madeiyy begini yg kita mesti dengar?

Hairan bin Ajaib, Najib pernah menuntut di Nottingham.Cerita dari pegawai PTD di kedutaan Malaysia
di sana.Najib ni kaki boros, maklumlah anak Razak PM ke dua dan muda lagi.Dia belanja sakan.

Dia dipanggil pulang utk menggantikan tempat ayahnya.Oleh itu kita lihat bila Najib jadi PM,dia belanja sakan sehingga hutang negara mengjangkau > RM 600 billion.Paling sedih sekali, dia bertempik melalak menggalakkan perwakilan PAU baru-baru ni berperang habis-habisan menentang PR.

Orang pertama menyahut retorik beliau adalah anak Omardin,Guru silat yg pernah dibuang daerah tapi dapat Tan Sri!.Megat Dzulkarnain ni telah mengupah budak-budak muda buat kacau baru-baru ni di Gombak.Anak pun dapat Datuk! Apa dah jadi dengan sistem kerajaan BN ketika ini?

Dari perspektif demokrasi, menukar kerajaan adalah hak mutlak Rakyat!. Kita lihat demokrasi di Amerika, UK dan negara lain. Tidak ada provokasi dalam kempen politik.Di sini telah kena penyakit Madeiyy yg meroyan sasau takut ABCD hilang kuasa!


Titi Gajah

Pena Khalifah said...

Terbaik! itu lah yg sebenarnya..Rayat punya hak untuk tukar kerajaan sedia ada? apa perlu ditakutkan jika kita tukar kerajaan..UMNO BN dah patut bersara dr memerintah Malaysia

jika punya masa bertandanglah ke blog saya www.penakhalifah.com

Buah Kote Mamak said...

Pemikiran Rakyat Malaysia telah dikongkong oleh Media Perdana dan ASTRO.Seandainya PR mengambilalih Kerajaan, Kerajaasn PR mesti menggalakkan dunia terbuka di mana Rakyat dibenarkan menggunakan Antena Parabola!

Harga Minyak yg murah,tol dihapuskan,AES juga dihapuskan,Pembelajaran percuma hingga ke universiti, terapkan skill vokasional utk Rakyat Malaysia supaya lebih keterampilan, Saya pasti ABCD mengambil masa utk memenangkan hati Rakyat!BN akan menjadi parti pembangkang tegar


Buah Kote Mamak

Anonymous said...

MOSES KATA: Apalah sangat kalau kita berhijrah sekali sekala, tak lama pun 4 hingga 4 1/2 th aja. 55 th lama dah, nampak byk buruk dr baik dah ne. Jgn tanah tergadai kat org yg bukan dilahirkan di MALAYSIA( AMBIL KIRA LEPAS MERDEKA LAH)

Anonymous said...

hidup umno!!mampus rakyat!!memang. betul...kami ni golongan kecewa...kecewa kerana pihak yg sepatutnya membela rakyat...hanya tahu mengkayakan diri dan keluarga sahaja...kami bukan nak projek2.. ckuplah rakyat dibwh tidak ditindas dgn kehidupan yg tidak sepatutnya ada di negara seperti malaysia..rakyat miskin terus dibiarkan supaya bila pilihanraya diberi sekampit beras sudah memadai untuk memancing undi...cukuplah kamu menjadi bodoh dan diperbodohkan oleh umno.. dulu dgn rakyat dgn bangga memakai baju berlogo umno tapi sekarang..nak sebut umno pun malu..malu mengaku umno..umno ibarat najis bagi kami golongan bawahan

Anonymous said...

Biasakan tukar kerajaan supaya kita sebagai pengundi dihormati dan pemerentah akan fikir berkali2 jika nak buat sesuatu .Semua kepincangan berlaku adalah sikap pengundi melayu yang bodoh terikut2 ugutan UMNO .Pemimpin umno tahu yang rakyat tak bolih buat apa2 tetapi sekarang dah terlambat apabila ramai yang dah ramai celik dan bolih baca tindakan mereka .Shahrizat jangka ada 13 mei kalau umno tumbang jadi kita cadangkan pemimpinlah seperti Shahrizat duduk dibarisan depan hadapan diikuti olih menteri BN dan umno totok.Selagi itulah sikap orang umno yang tak mahu cuba selagi itulah melayu umat penakut dan ketinggalan dan senang diperlekehkan olih pemimpin yang ada udang besar sebalik batu.Tapi sebenarnya yang sanggup berkorban untuk umno dah tak ramai lagi dah kerana merasa rasa dah tertipu dan siperlekehkan olih pemimpin mereka.Kita sayangkan melayu tetapi mereka diatas tu mempunyai pendirian dan matlamat keuntungan dan material jadi ubatnya bersihkan dengan menumbangkan BN supaya mereka berehat dulu disungai buluh atau tanjung rambutan.Jadi apa susahnya nak berhijrah ni ...

Anonymous said...

dah terbukti di negeri2 .pakatan...ekonomi negeri lebih baik...tender2. dapat secara telus..bkan macam negeri lain ..nak projek dewan mkn asrama kena bayar rm200k...utk dpt 2juta...ktua cwangan..ketua bhgian..rasuah...rasuah..kpd puak2 syaitan yg dikenali..tak heran aku...syaitan dah mmang sifat dia suka benda haram

Anonymous said...

setuju bro..puak2 ..yg tak berfikir saja yg masih menafikan kerajaan PR

Anonymous said...

Puak2 umno dah kaya raya. Sampai masa PR perintah bg rakyat bernafas sikit. Pastikan bila dah perintah turunkan apa yg majoriti guna dlm hidup harian eg Minyak, tol, letrik dll. Kurangkan kos projek2. Hidup PR.

MAHApenipu said...

Dah bertingkat-tingkat kebodhan anon 11:20:00 nei. Wei,, klu dah bangang tu janganlah tunjuk kat orang lain pulak.

Negeri2 bawah PR telah membuktikan pentadbiran dan pengurusan kewangan yg jauh lebih baik dari negeri2 bawah BN yg hanya pandai melonggok hutang bertimbun-timbun, malahan negeri2 PR dipuji pula oleh Ketua Audit Negara Msia.

Keluarlah dari bawah tempurung UMNO tu yg tiada kerja lain melainkan menipu & mencuri duit rakyat.Mata ko dah buta ker tak nampak yg kaya raya adalah famili2 & kroni2 mereka shj manakala rakyat terkial-kial menghadapi kos hidup yg semakin tinggi setiap hari.

Cukuplah tu memberi UMNO kuasa selama 55 tahun. Kalau perkara2 lain dlm kehidupan, kita boleh ubah, kenapa kerajaan tak boleh di ubah.

Kita yg bayar gaji mereka. Kalau bagus bekerja kita simpan kalau tak bagus kita tendang. Bukannya susah pun.....

Anonymous said...

Saya ingat baru lagi mahathir cakap bai'ah hanya kpd Tuhan saja macam mana boleh pindah kat dia pulak. Inilah yg dinamakan AJARAN MAZHAP MAMAK.

Anonymous said...

Salam Pak,

Komen Anon yang pertama diatas itu dapat kita rumuskan betapa daya fikir kalangan juak-juak Umno. Ada mata macam tak nampak, ada telinga macam tak dengar, ada mulut cakap pula yang bukan-bukan. Mereka tak nampak apa yang dilakukan oleh kerajaan PR selama diberi peluang memerintah di 4 buah negeri. Oleh kerana terlalu taksub kepada pemimpin-pemimpin mereka tak sedar mereka selama ini di tipu hidup-hidup.

Ada laporan Ketua Odit Negara mengenai kecekapan Negeri-negeri Pakatan menguruskan kewangan negeri masing-masing, mereka macam tak ambil tahu. Tapi nak buat komen, tak pasal-pasal nampak kebodohan sendiri. Juak-juak Umno cakap kosong tanpa fakta yang kukuh.

Yang mereka nak pertahankan ialah pemimpin mereka yang korup, rompak hasil negara, rompak poket rakyat termasuk dari kalangan ahli-ahli umno sendiri. Mereka tak sedar yang mereka dirompak oleh pemimpin yang mereka sayangi.

Tapi apakan daya, mereka seronok di tipu dari dulu, kini dan selama-lamanya.

Bagi saya, berilah peluang kepada PR ke Putrajaya untuk 5 tahun. Jika PR korup, rompak hasil negara, kita tukar kembali. Apa yang susah sangat?


Mohd Zuki

Anonymous said...

anon 11:20:00 GMT+08:00,

kata sdra,Yang mengganti belum tentu lebih baik daripada kerajaan yang ada.

BELUM TENTU - maknanya tidak muktamad. Masih ada dua kemungkinan.Logik akal, kerajaan yang baru dipilih tentu tidak akan memusnahkan harapan yang pertama kali di beri oleh rakyat.

Gila la jika setelah berhempas pulas sejak merdeka, apabila diberi peluang yang pertama oleh rakyat untuk menjadi kerajaan, merka naik gila babi bertindak lebih teruuk dari UMNO.

bagaimana dengan UMNO? Keadaan terok dah terbukti. walaupun diberi pengajaran dalam tahun 2008, sehingga kini masih tidak berubah, masih jauh dari transformasi yang najib dok canang.

Terok bagaimana? Setelah 55 tahun merdeka, 70% dari 40% rakyat yang berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan adalah orang melayu.

Ini bermakna 8.5 juta orang melayu atau hampir separuh orang melayu yang berjumlah 17 juta orang di malaysia hari ini berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan. Kita tengoklah sekeliling kita betul atau tidak.

Sedangkan, dalam tahun 2020,ia itu 8 tahun lagi, kita akan mencapai taraf negara maju dimana Najib kata rakyat negara kita akan berpendapatan sekurang-kurang RM 3,000 sebulan!

55 tahun, masih separuh orang melayu berpendapatan kurang RM 1,500 sebulan, boleh ke dalam masa 8 tahun lagi pendapatan golongan ini mencapai peningklatan sekali ganda...dengan melihat ketidakmampuan kerajaan pimpinan UMNO mengurus ekonomi negara sejak 30 tahun yang lalu?

Jawabnya...mustahil!...berdasarkan kenyataan yang ada didepan kita hari ini. Tetapi Anon 11:20 boleh memperli dengan kenyataan seperti ini - "Yang mengganti belum tentu lebih baik daripada kerajaan yang ada"

Agak-agak le, anon 11:20 ni masuk kedalam kategori mana ekk...yang 40% atau 60%?

anon 5:05 ( blog WZWH)

muzium padi gunung kheyang said...

Salam,
Saudara Aspan,

Mau tak mau,the BeEnd regime mesti di kuburkan.Apapun alasan dan kupasan,kehendak rakyat tak dapat ditolak.

Pada sesiapa yang masih mempertahankan rejim yang munafik dan zalim ini,sebenarnya mereka yang akan merasa kesannya di Ahirat nanti.

insafdoh67 said...

Kerajaan yg ada memang baik.. Tak perlu tukar.. Knpe... Kerana memberi kekayaan kepada Pemimpin.kroni.saudara mara.jkkk. Kontrakor clas f kekayaan.. Itu yg dikatakan Baik.. Rakyat hidup menderita. Harga Barang naik.. Rakyat makin sedar.. Tunggu Pru13 Rakyat akan ajar Pemimpin yg KORUP... Kami tak akan di tipu lg.. Serik doh wei 55thn jaga Melayu. Ape jadi... Insaflah.....

Anonymous said...

Semenjak ameno membentuk kerajaan selepas hingga hari ini...ekonomi kebanyakan bangsa melayu masih ditahap rendah..termasuk macai macai pemimpin ameno terutama di luar bandar..

Diberi rm 50 untuk pacak bendera,menghadiri perhimpunan mereka puashati,tetapi pemimpin ameno bolot berjuta juta...

Diri sendiri miskin,bapak miskin,datuk pon miskin..masih lagi nak sokong ameno..selama 3 generasi kehidupan masih susah..bermakna aura ameno baru tidak sesuai dengan dengan bangsa melayu..

Cari la altenatif lain supaya kehidupan diri sendiri,anak dan cucu berubah menjadi lebih baik kerana telah jelas ameno baru memperjuangkan kroni masing masing..

Mahadey yg merosakkan bangsa melayu..dan terdapat usaha untuk melonjakkan nak beliau mukhriz untuk naik..xkan mau mamak memjadi pm lagi..ameno baru skrg tidak boleh dipercayai lagi..

Anonymous said...

Ramai rakyat Malaysia tidak faham bahawa mereka punyai hak mutlak untuk menentukan siapa sebagai wakil rakyat pada setiap kali pilihanraya umum diadakan. Jangan takut dan gusar sebab ini adalah asas demokrasi dan kebebasan memilih. Pilih wakil yang amanah, telus beriman atau berintegriti dan tidak senang di rasuah. Paling penting jangan terikut-ikut dengan janji2 pemimpin yang sah korup dan tidak amanah serta membelakangkan rakyat. Buka mata, hati dan minda anda. Jadilah Jauhari yang kenal Manikam.

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan & Pengunjung Blok,

Kalau pemimpin yg memerintah dah mengharamjadah rakyatnya, kini sampai masa kita hukum kesalahannya dengan tukar kerajaan haramjadah nie.
Yang baru akan dipilih kelak memang betul belum tentu baik, tetapi yang ada dah tentu haramjadah.

Jangan takut untuk berhijrah demi mencari kebaikan untuk negara dan cucu-cicit kita.

Mereka yang memerintah sekarang dah kayaraya, kalau tak joli 3 ke 4 keturunan makan tak habis. Yang takut sangat tu mengaku hero tapi banyak perilaku yang tak betul.

.......YA ALLAH perkenanlah permohonan rakyat Malaysia yang selama ini tertindas, berilah kemenangan kepada PR dalam PRU 13 nanti.....AMIN..


Anonymous said...

As-Salam

Semasa pilihanraya dijalankan.. parti2 politik akan menabur duit untuk anak2 perantauan yang pulang mengundi..

Saya memilih untuk tidak mengambil duit tersebut kerana ia merupakan tanggungjawab saya kepada negara dan bangsa saya..

Saya bukan lah penyokong BN.. apatah lagi penyokong tegar PR.. tapi kali ini saya memilih untuk berubah.. ini kalilah!!

Seperti mana Mahathir pesan kepada ahli2 umNO.. sokong parti bukan individu.. parti yang sudah teruk akhlaknya.. apatah lagi individu2 didlmnya..jadi xperlu untuk disokong kedua2nya..

Kerana pilihanraya tangunggjawab kita untuk memilih yang lebih baik.. bukan untuk kita.. tapi untuk anak cucu kita..

Budak Kilang

Anonymous said...

Amin...amin..amin...ya Allah.

Anonymous said...

anon mula2 td..pesanan.harap demo sedar laaa ngan komen n nasihat pak aspan....kita tgk sekarg laaaa ko pergi mane2 town kat malysia nie...sape yg duk mniaga...ko nk.belu sparepart pn sape yg supply...ak bukab resis tue semua usaha puok dio...mereka ad persatuan yg support ahli mereka...tp kita ad kerajaan yg terang2 org kita xkan xbo tolong langsung...55tahun perintah nie je hasil..utang negara dah setgh trilion dah...ko xtakut ke jd mcm greece...ak heran laaa ngan melayu mcm ko nie...tue pn kalu ko melayu..tp kalu ko melayu hope ko sedar laaa...kita ubah nie nak tunjuk yg rakyat berkuasa...rakyat yg bg arahan...mereka pelaksana...udah2 laaaa ko tmakan janji pik jib tue....marilaaa kita ABU..ABCD...utk umngok nie...