Pilihanraya semakin hampir. Najib
dan kumpulannya dalam UMNO sedang berperang menutup keterlaluan perbuatan dan
Deepak sedang menjadi orang yang sedang menggemparkan negara sekarang ini. Isu
Altantuya dan Scorpene kini merebak kepada isu bagaimana Kementerian Pertahanan,
LTAT dan Raja Ropiah telah di ketahui umum. Semua pihak yang bergaduh akan
mendapat habuan, jika dicampur-campurkan ia melibatkan ratusan jutaan ringgit.
Dalam isu yang terkini, bekas
anggota tentera yang jumlahnya ratusan ribu orang pula yang menyelamatkan
mereka (pemimpin) padahal mereka melakukan jenayah dan salah laku ekonomi ini.
Sesungguhnya isu sekarang terbukti, jika melakukan konspirasi kerja kotor dan
jenayah akhirnya ia akan terbongkar juga dan rakyat lah yang menjadi mangsa di
atas salah laku mereka itu. UMNO dan BN tidak habis-habis dan serik dengan
perlakuan kotor yang bersifat jenayah ini.
LTAT di kaitkan dengan isu ini
apabila koperasi untuk bekas anggota tentera ini di minta untuk membeli 80
peratus saham syarikat Astacanggih yang di punyai oleh Deepak dan
syarikat-syarikat kepunyaan Deepak. Kerana apa ini berlaku? sedangkan syarikat
ini tidak mempunyai nilai walaupun satu sen! Syarikat yang mempunyai liabiliti
sebegitu besar di beli dengan harga yang tinggi? Astacanggih Sdn Bhd mempunyai
hutang dengan Kuwaiti Finance House sebanyak RM90 juta. Jawapannya mudah: ia
adalah cara untuk menutup mulut Deepak yang sangat merbahaya bagi Perdana
Menteri suami isteri.
Satu persoalan yang perlu di
jawab oleh ramai terutamanya kepada penyokong-penyokong membabi buta UMNO di
seluruh negara ini ialah, apa kah yang mereka dapat untuk bergaduh-gaduh dengan
penyokong Pakatan Rakyat sehinggakan mengganggu kegiatan Pakatan Rakyat di
mana-mana? Kita semua tidak sepatutnya bergaduh dan sebaliknya kita semua
sepatutnya bersatu menentang segala kemungkaran politik dan ekonomi yang di
lakukan oleh pimpinan-pimpinan tertinggi parti UMNO itu.
Mereka bergaduh mendapat hasil
yang berpuluh-puluh juta ringgit malahan sampai ratusan juta. Yang di bawah ini
bergaduh-gaduh itu apa yang mereka dapat? Itulah sebabnya kita meminta semua
rakyat khususnya orang Melayu bersatu di luar UMNO kerana sekarang sahajalah
masanya untuk melakukan pembaharuan dan pembersihan terhadap kekotoran yang
dilakukan oleh UMNO itu.
Kita mesti juga persoalkan kenapa
Muhyiddin dan kumpulannya hanya berdiam diri dalam isu Deepak dengan syarikat
Astacanggihnya itu? Sebabnya kumpulan ini ada agenda tersendiri dalam UMNO itu.
Kalau hendak tahu cerita sebenarnya tanya
Dr Mahathir kerana beliau adalah orang yang
berpengalaman memporak-perandakan UMNO itu yang akhirnya mendapat kepentingan
peribadi dan keluarga beliau.
Kita sebut satu persatu. Hari ini
kita sebut tentang Astacanggih, besok lusa kita cerita pasal tanah Kementerian
Pertahanan yang dua ratus ekar pula jika umur saya sampai sehingga besok lusa.
Tetapi dalam pada itu kita harus
bertanya kepada diri kita sendiri. ‘yang kita bergaduh sesama kariah dan mukim
ini kenapa?’ Kita bersatu sahaja di luar UMNO itu. Selagi UMNO mendapat kuasa,
selagi itulah kejahatan ini tidak akan berhenti.
20 comments:
LTAT hanya menurut arahan Board of Directors saja yang terdiri dari political appointees. Manakala Chairman dan CEO mestilah orang yang dipilih oleh Najib.
Memang inilah caranya UMNO/BN merembat wang rakyat tak kira kepunyaan pembayar cukai biasa atau anggota tentera yang berpanas berkeringat bersedia mempertahankan kedaulatan negara ini.
Masa Razak Baginda bermaharaja lela dulu, Najib selaku Menteri Pertahanan mengarahkan LTAT membeli saham syarikat kepunyaan rakan baik kongsi selubangnya itu (nak tahu maksud tanyalah Bala Subramaniam).
Esok bila UMNO kalah dan cuba membuat huru hara menjejaskan ketenteraman negara ini, kami berharap tuan-tuan semua anggota Askar Melayu Di Raja sila jalankan tugas menghantar penipu-penipu kamu ini ke neraka!!!
JAKUN alias JAKIM sibuk pasal amanat Haji Hadi yang langsung tidak mentekedarah harta rakyat. Tapi soal PM yang dikatakan terbabit dengan pembunuhan, rasuah dan komisyen haram, menghina agama Islam dan banyak lagi bersama para kroni dan mentor beliau Mamak Kutty Madir yang kesemuanya melibatkan penyelewengan khazanah negara..JAKUN ini buat pekak badak saja.
JAKUN atau Jabatan Kemakmuran Untuk Najib ini tak layak di sebut lagi sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia kerana Jabatan ini jadi buta bila soal lebih besar dan lebih penting yang melibatkan pemimpin UMNO BN langsung tidak disentuh walau pun ianya jelas satu kesalahan besar malah bercanggah dengan ajaran dan hukum Islam.
Aku takut nanti JAKUN akan keluar fatwa membunuh warga asing kerana komisyen adalah HALAL siap keluar Sijil Halal sekali. Inilah masalahnya kalau yang mengkepalai JAKUN ni spesis sama macam Najib dan Madir Kutty. Jangan harap la JAKUN ni dapat membela warga Melayu atau Islam kerana pimpinan JAKUN itu sendiri jenis yang fikirkan untuk memboroi perut diri sendiri saja.
JAKUN dan UMNO ini dari spesis yang sama saja. Tak lebih tak kurang. Kalau PM terus terlibat membunuh 1000 orang pun..JAKUN akan terus sebagai JAKUN saja. Pakatan Rakyat bila berkuasa harus meng JAKIM kan JAKUN ini agar tidak tergelincir dari landasan dan pastikan JAKUN ini ada keberanian berkata serta bersuara benar.
Selagi 6 Jahanam dalam UMNO BN tidak disingkir...sampai kiamat pun UMNO BN tidak akan berubah. KAlau ahli UMNO BN masih sayangkan UMNO BN..maka 6 Jahanam ini perl dihumban keluar secepatnya. Kalau mahu tahu siapa 6 jahanam ini...pastikan UMNO BN tersungkur setidak2nya satu penggal agar semua kepala 6 jahanam ni boleh dipenggal satu persatu jika perlu berbuat begitu.
>
.
..
.
there is no shortage of mat baruas''dalam negara.
Ada aje mat barua nak bersihkan
masalah pemimpin 1 malaysia
hidup 1 malaysia, hidup lah
regim kukubesi mat najib
Salam Pak,
Anggota tentera samada yang telah bersara atau yang masih berkhidmat yang sentiasa PATUH ARAHAN di kianati oleh pemimpin-pemimpin mereka.
Kes Kapal Selam, kes enjin jet hilang, masih belum boleh membuka hati sebilangan besar anggota tentera. Mereka tahu mereka dikianati. Tapi apa boleh buat ' biar mati anak jangan mati adat' atau ' biar aku dikhianati dari dulu, kini dan selama-lamanya- Yes tuan'.
Mohd Zuki
Bousted berhad di kuasai oleh bekas pelajar maktab tentera malaysia..Old Putera,mereka ini yg selalu membuat onar/benda buruk yg mencemarkan nama baik angkatan tentera malaysia seperti raja nong chik yg cuba merampas tanah melayu dan ling leong shit yg mencuri berbilion duit rakyat...begitu juga old putera yg masih berkhidmat dlm ATM..
Bousted berhad di kuasai oleh bekas pelajar maktab tentera malaysia..Old Putera,mereka ini yg selalu membuat onar/benda buruk yg mencemarkan nama baik angkatan tentera malaysia seperti raja nong chik yg cuba merampas tanah melayu dan ling leong shit yg mencuri berbilion duit rakyat...begitu juga old putera yg masih berkhidmat dlm ATM..
Pak Aspan...
Semenjak zahid hamidi mnjadi menteri pertahanan..bnyk isu belaku di kementerian pertahanan..nilai nilai agama yg di pelajari oleh zahid hamidi tidak berguna lagi akibat sifat tamak yg menguasai diri..mungkin perbelanjaan kementerian pertahanan yg menjadi rahsia..susah diaudit..sesiapa saja boleh menyeleweng..
Dapat pulak jeneral jeneral pon
sama bersikap tamak..habis keselamatan negara...negara asing jika ingin menguasai malaysia tidak payah berperang...cukuplah dengan mengumpan jeneral jeneral ini dengan duit..
Sekarang ini projek projek kecil yg di peruntukan untuk kontraktor kecil seperti kelas f..habis disapu oleh kroni kroni dengan dikumpul untuk menjadi kontraktor bermasa selama 3-5 tahun..agar jika pakatan rakyat menang pru nnti..kroni kroni ini mempunyai kontrak dlm tangan..
Di hospital angkatan tentera sultan mizan wangsa maju..semua kontrak samada sivil,elektrik,mekanikal diberi kepada syarikat yang Datuk K mempunyai kepentingan..sebab itu datuk siti nurhaliza menganggotai tentera simpanan kononnya mempunyai semnagat cintakan negara tetapi sebenarnya untuk bolok semua projek dlm kementerian pertahanan...mungkin datuk k kemalangan di new zealand akibat disumpah oleh kontraktor kecil yg ingin mencari rezeki di kementerian...
Ameno sendiri hendak lah menolak menteri seperti zahid hamidi..agar tidak melahirkan pemimpin yg tamak seperti mamak mahadey..tunggulah pru nnti,agar rakyat mengajar bn...
The truth eventually prevails....Deepak nampaknya untung! deepak's co is defunt,No bisnez at all! LTAT telah selamatkannya melalui MINDEF atas arahan Zaid Hamidi!Inilah kepakaran yg diperolehi dari guru mereka...Mahathir!
Orang-orang UMNO yg diupah dg rm 1000 setiap orang,yg buat kacau bilau di perhimpunan kebangkitan Rakyat oleh PR adalah UMNO dropouts dari sekolah! Pencacai UMNO ni tidak boleh berfikir kerana kurang membaca.Pemimpin UMNO memang bela budak-budak muda ini untuk mengharubirukan kebangkitan Rakyat.Bayangkan Polis tidak mengambil tindakan apa-apa!
Selama ini UMNO boleh menakutkan Rakyat dg Perhimpunan Agung UMNO tetapi tidak kini! Rakyat sudah sedar tindak tanduk 192 bahagian UMNO itu.Malah Ketua UMNO Bahagian 3 serangkai pun tahu Rakyat akan menghukum mereka dalam PRU 13.UMNO akan mendapati api dalam sekam lebih bahaya! Kejatuhan UMNO dari faktor dalaman dan luaran!
Keyang Dot
Wahai rakyat 1 MAlaysia. Kalau tian tuan ada maklumat tentang kes kes kecurian, pembunuhan, rasuah atau apa saja hatta kes kemalangan langgar lari pun...buat dak saja dan tak payah report polis atau mana mana pihak berkuasa. Polis tak akan peduli punya.
Cuba tuan puan tengok...kes bunuh Altantuya tu, ada pemberi maklumat sanggup kehadapan memberi maklumat secara terbuka tentang siapa yang terlibat dalam kes pembunhan tu...tapi polis buat pekak badak saja.
Agaknya polis suka orang ramai ambil tindakan sendiri. Sebagai rakyat Malaysia aku tak tergamak untuk mengatakan polis makan nasi kangkang dan bacul..tapi apa yang berlaku depan mata seakan mengesahkan memang dalam kes sepenting dan sebesar ini yang melibatkan maruah negara..polis jadi bacul dan dayus.
Mana maruah KPN sekarang?. Sekian lama tindakan polis dipertikaikan rakyat...namun berganti KPN..polis tetap sama saja.
Jadi untuk memastikan jabatan polis kembali berada di landasan sebenar, PM dan parti yang berkuasa sekarang yang perlu ditukar dan kepimpinan polis yang ada sekarang harus dirombak jika perlu.
Ingat ! Jangan lapor polis kalau anda ada maklumat jenayah kerana polis tidak serius. Contoh terbaik ialah kes bunuh Altantuya. Walau pemberi maklumat muncul memberi info. Silap silap tuan puan beri maklumat...tuan puan yang akan masuk dalam. Banyak kes kes lepas membuktikan perkara ini. Yang beri maklumat pula disiasat dan ditekan.
Undang undang lanun mana yang dipakai di Malaysia ni ???
Salam Pak Aspan,
Selamat Berminggu Pak Aspan, kadang2 saya tidak faham apakah golongan tertentu membuat kacau untuk apa? Kedaulatan Negara? Perjaungan Agama? Perjuangan Kebebasan? Apakah mereka tu tak tahu yang selama ini, golongan atasan tertentu yang merampas kekayaan negara hinggakan banyak di antara kita terpaksa beratur panjang2 untuk BRM? Golongan atasan yang tertentu ni sedang bercuti2 di Singapura dengan tempat penginapan hotel bintang 6. Saya berdoa pengacau ni insaf negara kita dalam pertengahan jalan ke tahap kemiskinan,tak payah kita mengulas kenapa negara kita menuju ke tahap tu..
Sekian Terimakasih
Pak Aspan..dibawah zahid hamidi banyak tanah angkatan tentera tergadai...dan banyak juga tanah angkatan tentera yg disewakan..hasilnya masuk poket sendiri...contohnya tanah di tepi kem sungai besi yg di buat 2nd car dealer..dekat bandar tun razak..
Terdapat juga pegawai kanan dua bintang tentera yg terpaksa berhenti awal kerana skandal tanah angkatan tentera..
Aku tak akan percaya Zahid. Kes memukul kawan lelaki anak perempuan dia hingga hampir mati masih terbayang di mata. Tetapi kes ini hilang menjadi wap
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.
Saya mulai ulasan ini dengan ucapan selamat tahun baru 2013 Masihi dan selamat berubah kepada sekalian warga Malaysia tercinta ini. Terima kasih dan penghargaan tak terhingga kerana sekian lama saudara tidak jemu dan penat berjihad menerusi "cyber penn" yang kelihatan tumpul, tetapi, sebenarnya, jauh lebih berbisa lagi beracun ... Maksud saya, berbisa lagi beracun dalam menjatuhkan regim kediktatoran ini.
Ma sha Allah! Berdasarkan artikel terkini serta sebanyak 10 ulasan yang sempat saya tinjau, bolehlah saya simpulkan bahawa cukup sudah untuk kita menghalau berambus sekalian penipu, perompak, penyamun lagi penjenayah ini daripada mahligai kekuasaan mereka sekarang. Terus-terang saya simpulkan, sebenarnya mereka telah terpedaya dengan kaedah "istidraj" yang ditentukan-Nya ke atas para penderhaka lagi sombong takabbur. Sekali lagi, untuk perhatian semua, bukankah ini ulang-tayang skrip drama regim Fir'aun laknatullah? Atau, kalau nak ringan sikit, regim-regim abu-abu lahab dan jahal? Bayangkan, semasa rakyat kebanyakan hidup bagaikan dalam kubur, golongan kapitalis yang dah "out-of-faith" ini boleh berbelanja sakan, paling ringan, buat kenduri kahwin besar-besaran sehari setengah dengan pelbagai bentuk hiburan yang melalaikan lagi memekakkan telinga sambil bermarhaban, konon nak berkat? Sudahlah begitu, dianjurkan di kawasan rumah pangsa yang, TST ajalah, kan, padat lagi tak selesa, sedangkan ianya boleh, barangkali, dipindahkan ke dewan perhimpunan orang ramai yang mungkin jauh sedikit tetapi lebih selesa? Apapun, tujuan saya mendedahkan kisah ini pada ulasan ini bukan sekadar mahu meleretkan ulasan, tetapi, saya benar-benar mengharapkan agar pada PRU kali ini, kita bersuaralah dengan pekikan senyap sebatang pen berdakwat menyatakan sokongan kita kepada lambang selain dacing yang dah tak boleh pakai ini, k? Insha Allah, dengan cara ini sahajalah segala simpulan yang membelenggu kita semua saban waktu ini akan terungkai.
Terima kasih dan salam jihad.
ratusan ribu tentera di kaitkan oleh najib, sound familiar.
mcm ratusan ribu rakyat di kait kan tiap kali anwar londeh seluar.
and now latest , ratusan ribu rakyat will hv to go to the streer again to save anwar from what shamsidar hv to say in court.
Tuan Aspan,
Saya kadang kadang rasa bosan jadi rakyat Malaysia kerana sering ditipu,di khianati dan macam di oleh pihak pemerintah yang di dokong oleh regim Umno dan Bn.Lepas satu-satu angkara yang dibuat serta memperibadi dan meng'kepala bapakkan'harta negara.Semua onar tersebuat dibuat oleh pemimpin2 Umno yang berada dalam kerajaan.Mereka di sokong oleh hanya satu pertiga sahaja orang melayu tetapi terlalu berkuasa sehinggakan raja raja pun takut dengan mereka.Kita kesian kerana orang orang kampung khususnya di Felda mati2 sokong mereka (saya generasi kedua felda).Saya berasa terlalu marah kerana saya membayar cukai setiap tahun lebih dari 30 ribu tapi pengorbanan itu tidak langsung dihargai.Walaupun saya bukan pakar ekonomi tetapi saya rasa kalau tak betul caranya Malaysia boleh jadi seperti Greece.Masa tu menangis pun tak guna lagi.Saya kesian dengan sikap rakyat Malaysia yang suka dirasuah dari dulu hingga sekarang,dengan Rm 500 dan Rm 200 mereka boleh lupa dan tak boleh berfikir,dalam kepala mereka rm,rm dan lima tahun lagi dapat rm lagi.
Salam Tuan Aspan,
Maafkan saya terlebih dahulu. Sekarang nasi sudah jadi bubur.Saya sudah sedar tentang kejahatan pemimpin umno sejak dari tahun 1980 lagi.Masa tu tiada internet,yang ada hanya utusex dan berita hairan.Tapi sayangnya orang melayu adalah spesis manusia yang paling bodoh dalam dunia ni, kerana mempercayai propaganda jahat Mahafiraun yang sememangnya ia jahat sampai sekarang.
Sudah 30 tahun berlalu dan dialah yang memperkosa negara ini, dan dia sendiri akan melihat parti yang dia bangga akan jatuh menyembah bumi. manusia merancang tapi yang maha esa juga mempunyai perancangannya sendiri.
Saya disini menyalahkan semua penggunjung blog ini yang juga sekiranya suatu ketika dahulu mengundi si mamak ini, bukan menghina bangsanya tapi kesalahan dia menindas rakyat adalah layak dia di panggil begitu.
Pada suatu ketika ditahun sekitar 80an utusex telah menghina KuLi dengan memaparkan Kuli memakai tengkolok bersalib Kristian di Sabah,walhal si mamak Mahathir tu juga pernah memakai tengkolok yang sama tapi disenyapkan oleh Utusex.
Masa di zaman reformasi bila mana Anwar jatuh, saya ketawa pada melayu-melayu bonggok yang tak sedar diri kerana masih percaya pada si Tua jahanam tu,Dia memang kaki spin, seolah-olah dialah yang bagus sehingga sekarang menjadi bekas ketua kerajaan dengan harta sebanyak US44 Billion. Adakah melayu nak jadi bodoh lagi. Cukuplah dengan permainan siTua yang tak sedar diri tu.
Hasil kerja dia melahirkan manusia yang lebih zalim dari dia dan lebih rakus seperti Paklah dan Najib. PakLah hanya bertopeng agama tapi dialah manusia seperti Dajjal, begitu juga dengan Najib si penyamun tegar.
Najib tau kementerian pertahanan banyak melibatkan isu isu penyelewengan...dengan pegawai kanan tentera yg menjalani kehidupan melebihi pendapatan..agar nampak menpunyai kelas dan gaya di mata masyarakat..
Sebab itu zahid hamidi di letakkan sebagai menteri pertahanan agar senang di buang akibat perbagai skandal dan isu di kementerian pertahanan..
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Maaf, mencelah lagi. Saya bersetuju tanpa bangkangan walau sebesar zarah pun kenyataan rakan kita yang terbaru ini. Sedih benar jika kita imbas kembali akan pelbagai bentuk penipuan dan kebejatan moral UMNO-BN ini, khasnya di bawah dakyah sang maha bapa syaitan 1-Malaysia itu. Memang mereka ni dah terobek sama sekali akan nilai kehormatan dan kesucian diri sehingga habis segala macam alat diperalat demi memuaskan hawa nafsu mereka. Antara bukti terkini ialah kenyataan seorang bekas menteri yang telah mengisyaratkan sejelasnya bahawa sistem pilihanraya kita adalah ala-komunis tetapi dihias seindah serapinya oleh para ahzab iblis ini dengan pelbagai kaedah seperti undi pos, persempadanan semula, ..., ..., ... ---- Malah, Tuanku Sultan Pahang pun boleh menyokong membabi-buta kenyataan jahil Najib berkenaan penemuan telaga minyak terbaru di Terengganu yang telah dibuktikan sahih oleh pakar carigali luar negara bahawa ianya memang terletak di wilayah Terengganu, lantas meredhai suapan wang haram masuk ke tembolok sekalian warga Pahang ... Justeru, amat tak menghairankan sama sekali bilamana agensi keselamatan seperti tentera pun mampu diperalat, apatah lagi, spesies menteri-menteri pertahanan ini (Zahid Hamidi dan Najib Razak) adalah 2 * 5. Gara-gara siapa semua kebejatan ni? Justeru, kepada Najib dan UBN, sahutlah cabaran kami ni rakyat miskin lagi dha'if pada pandangan kalan, untuk bersiaran langsung dengan kepimpinan PR yang kalan sering fitnah, caci dan maki hamun tu, k, atau, memang kalian selayaknya dipanggil "Ad-Daiyyus no 1" aja?
Terima kasih dan salam jihad.
Dear Anon 10.08,
I don't really understand what you are trying to say here.
Orang cerita fasal isu-isu rasuah, sdr pulak cerita perkara lain. Grow up!
Anon 10;08 pencacai BUMno macam tu lah, Haramjadah, apa yang dia tahu, tolol dan bangang betul piss off anon 10;08
Post a Comment