Perhimpunan Agung UMNO yang baru
selesai pada 1 Disember 2012, mudah bagi kita untuk merumuskannya dan apa yang
berlaku dalam perhimpunan itu sangat tepat dengan apa yang kita telah tahu selama ini. UMNO itu sungguh tertekan dan akan
menghadapi pilihanraya yang paling getir dalam sejarah parti itu. Segala apa
yang berlaku dalam perhimpunan itu merupakan satu manifestasi yang jelas
tentang tekanan yang parti itu hadapi.
Setakat ini UMNO telah melakukan
banyak usaha untuk mendapatkan keyakinan rakyat dan salah satu dari perkara
yang dilakukan ialah berbai’ah di depan Dr Mahathir supaya ahli-ahli parti
tidak melakukan sabotaj terhadap calon-calon BN. ‘Initiative’ yang dilakukan
oleh Mahathir memanggil pemimpin-pemimpin Bahagian UMNO di seluruh negara untuk
berjanji dan bersumpah tidak mensabotaj parti itu menunjukkan yang sabotaj-mensabotaj calon merupakan masalah yang terbesar dalam UMNO.
Jika berbai’ah itu di jadikan
sebagai salah satu usaha besar untuk bertahan, maka itu sekali gus membayangkan
kepada kita UMNO sudah terlalu hampir kepada kekalahan. Jika isu sabotaj-mensabotaj
itu tidak besar masakan tindakan bersumpah itu di jadikan usaha yang dilakukan
oleh pemimpin besar yang pernah menjadi PM selama lebih dari dua dekad.
Tindakan bekas PM ini memanggil pimpinan Bahagian untuk bersumpah itu juga
mengiyakan apa yang di pandang oleh rakyat yang Mahathir merupakan orang yang
paling takut jika UMNO itu jatuh. Sebab beliau merasa takut itu boleh lah
tuan-tuan agak dan agakkan saudara-saudara itu tidak mungkin salah.
Kenapa sampai bersumpah?
Kalau parti itu (UMNO) kuat dan
mendapat sokongan, apa yang perlu bersumpah-sumpah itu? UMNO sepatutnya
memberikan kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin mereka di peringkat Bahagian
tetapi sebaliknya UMNO tidak yakin dan tidak mempercayai ahli-ahlinya sendiri. UMNO
mempunyai masalah dalaman yang ketara. Orang ramai tidak tahu masalah ini
asalnya, tetapi setelah berlakunya angkat sumpah di depan Mahathir itu sudah
cukup untuk menyatakan dengan ‘conclusive’ UMNO dalam kesempitan.
“Yang lebih lucunya kami terpaksa
angkat sumpah dengan orang yang menjadi penyebab kepada perpecahan kami dalam
UMNO ini. Nampak sangat Mahathir terlalu takut dengan masalah beliau jika UMNO
tewas dan dia mahu kita jadi pelindung dia setiap masa. Kita di bawah ni hanya
diperguna macam lembu saja” kata seorang AJK Bahagian yang saya kenali sebegitu
lama.
Lebih banyak bercakap lebih
banyak kelemahan kita lihat dalam UMNO ini. Kata Najib dalam perhimpunan itu,
“satu undi untuk DAP merupakan satu undi untuk tekanan terhadap orang Melayu”.
Kata perpatah ‘bercakap di siang hari pandang-pandang, bercakap malam hari di
dengar-dengar’. Najib tidak langsung nampak musuhnya di dalam BN sendiri yang
bercakap bertentangan dengan kata-kata pemimpin tertingginya. “Chua Soi Lek pula
berkata satu undi untuk DAP itu adalah satu undi untuk tekanan terhadap orang
Cina”. Apa maknanya semua ini?
Kata-kata ini sahaja sudah
menunjukkan kecelaruan dalam hala tujuan parti-parti dalam BN. MCA ke hulu UMNO
pula ke hilir.
Dalam bercakap dengan gegaran
tinggi tentang penyatuan kaum-kaum di negara ini UMNO dan Najib masih bercakap
isu yang berteraskan elemen rasis yang merbahaya dan ingin melihat rakyat yang
berbilang kaum ini untuk mengesyaki di antara satu dengan lain. Ini merupakan
manifestasi yang UMNO sedang tersepit apabila Pakatan Rakyat mampu untuk
mencari formula penyatuan kaum yang ampuh yang tidak mungkin boleh di capai
oleh BN.
UMNO memusuhi DAP seolah-olah
kami dalam DAP ini seperti haiwan dan binatang liar. UMNO tidak mahu mengakui
yang DAP lebih di yakini oleh sesiapa yang ikhklas mahu melihat kerjasama di
antara kaum itu. UMNO masih menakut-nakutkan orang Melayu dengan mangatakan
jika PR memerintah maka DAP dan orang Cina akan berkuasa. DAP hanya akan
meletakkan lima
puluh calon di dalam PRU ini dan jika calon-calon parti ini menang kesemua
kerusi sekali pun, orang-orang Cina tidak akan menguasai politik negara ini.
Lagi pun, adalah di perkatakan
yang di antara lima
puluh calon-calon DAP itu berkemungkinan ada calon Melayu yang akan menunjukkan
yang DAP bukannya parti rasis seperti UMNO dengan Melayunya dan MCA dengan
chauvinis Cinanya. Sesungguhnya kemampuan DAP untuk lebih bertanggungjawab
terhadap siasah yang realistik dan politik keamanan ini menjadikan BN khususnya
UMNO begitu goyah dari hari ke hari kerana yang pasti MCA akan kehilangan undi
Melayu dan UMNO juga bertambah kurang sokongan dari orang Melayu itu.
UMNO sekarang ini sedang
kehilangan sokongan dari orang Melayu kerana PAS telah menunjukkan
kemantapannya untuk menarik sokongan Melayu Islam. Isu ini lebih membuatkan
UMNO tidak tentu arah dan menyebabkan pucuk pimpinannya bercakap dengan nada
yang tinggi dalam PAU
baru-baru ini. Laungan dan jeritan pucuk pimpinan UMNO itu hanya melambangkan
betapa runsingnya UMNO dalam menghadapi pilihanraya kali ini, yang merupakan
ibu segala pilihanraya dalam sejarah kemerdekaan negara.
Hanya saya ingin mengingatkan
parti-parti dalam PR agar sentiasa bersyukur dengan perkembangan ini dan jangan
sekali-kali bersikap takbur dan mendahului Tuhan. Sikap parti-parti dalam PR
setakat ini baik dan diharapkan ia akan bertambah baik dari masa ke semasa.
Saya sendiri sangat berbesar hati yang PR tidak henti-henti berusaha untuk
mencapai matlamat yang satu negara kita, iaitu perpaduan kaum atau yang di
sebut selalu sebagai ‘national unity’ ini.
Perjuangan ini merupakan
perjuangan ‘ultimate’ rakyat. Rakyat sudah tidak mahu lagi diperguna oleh
mana-mana pihak untuk memecahkan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum
semata-mata kerana sikap ‘desperado’ mereka dalam politik kepartian yang jumud
dan merekahkan kesatuan yang sedang kita pupuk sekarang ini.
Apa yang perlu sekarang hanyalah
kesedaran rakyat yang orang Melayu khususnya tidak menolak perpaduan tetapi
biarlah perpaduan itu berlaku di luar UMNO dan BN. Inilah perubahan yang sedang
jelas berlaku di negara ini dan fenomena ini nampaknya akan membuahkan masyarakat
yang berpadu walaupun di bawah naungan siasah yang berbeza.
Rakyat wajar melakukan perbezaan
ini. Kita sudah muak dan jemu dengan kata-kata yang memecah belahkan kita
semua. Ingat! yang rugi hanya kita rakyat di bawah ini jika kita masih mahu
berfikir cara yang dikehendakki oleh UMNO.
Kita perlu menolak isu rasis
terus-terusan dan ini akan menjamin keamanan negara yang kita cintai ini. Ingat betul-betul, memberikan kepercayaan kepada pihak yang 'desperate' amat merbahayakan negara pada masa yang akan datang.
21 comments:
He got the easy task, (but) I got the difficult task. He announced ... made the vision, (but) I had to fill up his vision. Because he’s still watching over me.
........................Najib Razak
Dia angkat dulu, lepas tu dia sindir! (HE'S STILL WATCHING OVER ME!)
sapa kata Dr M sudah tak relevan? Kampong man?
ADOI!!
“Yang lebih lucunya kami terpaksa angkat sumpah dengan orang yang menjadi penyebab kepada perpecahan kami dalam UMNO ini. Nampak sangat Mahathir terlalu takut dengan masalah beliau jika UMNO tewas dan dia mahu kita jadi pelindung dia setiap masa. Kita di bawah ni hanya diperguna macam lembu saja” kata seorang AJK Bahagian yang saya kenali sebegitu lama.
KOYAK RABAKLAAAA UMNO (BARU) NI....
best best!
Malaysians have spoken. All fingers are levelled on Dr M!!
http://www.malaysiakini.com/news/215833
(It is a mistake if we believed that we are fighting only ONE umno!)
Bang,
SAPA YANG DESPERATE KINI??
umno?, Rosmah? Hisham? Najib? atau boss brahem?
hehehee
Dah mula dah, ROUND 2 nak bermula? ATAU Sebab ROUND 1 sudah terkena batang hidong Musa dan 'orang itu'?
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hasan-ali-dakwa-dap-penghalang-islam-walaupun-mca-seringkali-mengatakan-parti-tersebut-menyokong-negara-islam-pas/
Nak cover line ker?
Taat ada hadnya seperti tidak bertentangan dengan syariat.Taat Najib ialah menyokong dan menghalalkan semua yang telah ,sedang dan akan dibuatnya .Apa yang diharapkan olih Najib ialah dia suruh rakyat sign cek kosong lepas terpulang kepadanya apa nak gunakan cek tersebut.Lembu pun takkan bersedia berbuat demikian inikan pula manusia yang ada otak tambahan pula macam2 skandal diketahui umum masih belum terjawab lagi .BN dah tak terjawab lagi segala skandal yang lemparkan cuma sekarang menembak rambang yang akhirnya peluru habis musuh tak ada yang kena sebaliknya bertambah ramai.Kita harap rakyat tak ambil risiko untuk beri kuasa kepada orang yang banyak dan sengaja buat silap kerana orang bagini dah sedap buat demikian dah tak diambil tindakan ,jadi terpulanglah kerana semuanya ditangan pengundi2 ....
Siapa yg desperate? Ma'atdeyy lah. Mamak tongkang Yat ni tidak boleh tidur malam membayangkan apa yg akan terjadi kpd dirinya dan anak-anaknya jika UMNO jadi parti pembangkang.
Semua usaha Ma'atdeyy melagakan kaum dg fahaman mamak keling ni sudah backfire! Mana Aziz Samsuddin dan geng BTNnya yg manjadi macai Ma'atdeyy ? Aziz padahal pun bersongkongkol dg kontrektor Cina.
Siapa lagi yg Desperate? Selain Dolah Kaki Tido, siapa lagi? MCA,MIC dan Anak Razak iaitu Najib! Najib dah pening,sakit kepala memikirkan bagaimana nak menang dalam PRU 13.Oleh itu dia telah mengajak perwakilan PAU bersumpah! Najib dg Scorpene, hantu Altantuya dan Rosmah yg akan mendapat 26 billion dari kroni-kroni yg mendapat kontrek kerajaan!
Buatlah apa saja...Rakyat sudah tahu. Sekarang rakyat tidak sabar-sabar mahu melihat UBN jadi parti Pembangkang!
Gunung Jerai
Salam Pak,
Umno kini macam Anjing tersepit. Siapa berani nak tolong?
Mohd Zuki
Salam AA,
No one seems to see UMNO as the protector of the people any longer. The support comes only from those in the comfort zone, is those with businesses with the government and those who are sitting pretty having fun with the loots they stole while in service.
the rest will vote against the great wall of cronyism that BN has built since Mahathir's era.
UMNO is a good party but it's good for nothing than the sanctuary for all looters and thieves.
sohaili
Persoalannya sekarang apakah Najib akan terus menetap di Malaysia kalau UBN kecundang.
Lagi sebulan tahun 2013..bermakna ada 7 tahun lagi akan tiba wawasan 2020..
Bagi mahadey..juga lagi 7 tahun..paling lewat untuk mukhriz mesti menjadi pm..kerana itu bn mesti memenangi pilihanraya untuk memuaskan hati mahadey sebelum menutup mata terakhir..
Sudah tentu sebelum mahadey yg tamak kuasa akan mempunyai perjanjian dengan paklah sebelum menyerah kuasa..begitu juga dengan najib..kerana umno (baru) adalah ditubuhkan oleh mahadey...strategi pertama mahadey,mahu najib lantik ali hamsa (mamak)sebagai ketua setiausaha supaya pekerja kerajaan dlm gengaman mahadey...sharizat (mamak) di kekalkan sebagai ketua wanita..
Dan akan ada jawatan terpenting negara akan disandang oleh kaum mahadey...termasuk macai macai yg di bawa dari bangla..untuk bertindak di peringkat bawah...(yg diberi ic)
ahli majlis tertinggi umno yg ada sekarang bagaikan ular sawa yg kekenyangan memakan duit rakyat..jadi patung..
umno akan kekal tidak relevan untuk bangsa melayu lagi..kerana melayu telah sedar akan sifat penipu pemimpin umno..semuanya kerana mahadey...
Orang semua sudah tahu bahawa Umno akan kalah teruk di PRU 13.
Jadi, apabila Umno melantang mayatakan bahawa mereka akan nenawan balik kesemua negeri-negeri yang ditabdir Pakatan sekarang, and bukan itu sahaja, malah akan menang balik dua pertiga majoriti kerusi kerusi parliament, apakah yang dimaksudkan? Adakah ini bermaksud bahawa mereka akan menipu, dan menipu besar, diPRU 13?
Saya rasa sabotaj dalaman Umno bukan lah masaalah Umno yang besar.
Masaalah mereka adalah, Umno sudah kehilangan kredibiliti bukan hanya dimata ahli ahli biasa mereka sendiri, tetapi yang menjadi lebih merungsingkan ialah kehilangan kredibiliti dimata orang orang Melayu secara am.
Menakut-nakutkan orang Melayu bahawa tanpa Umno, orang Melayu akan diketuankan oleh bangsa lain sudahlah menjadi cerita donggeng.
Saya rasa ramai orang Melayu sudah dapat meneka bahawa ini adalah tipu helah Umno untuk memancing sokongan.
Tidak kira siapa pun yang memerintah nanti, orang Melayu adalah majoriti penduduk Malaysia. Tak lah, tanpa Umno, tiba tiba angka orang orang Melayu akan menjunam!
Lagi pun, bukan kah didalam Parti Keadilan dan juga Pas, kebanyakan ahli ahli Melayu? Apakah mereka ini bukan orang Melayu ke? Dan sebagai orang orang Melayu, apakah mereka akan menepikan bangsa sendiri? Atau hanya Umno sahaja mempunyai monopoli dimana bangsa Melayu berkenaan?
DiPulau Pinang pun, dimana kebanyakan penduduk adalah orang Cina dan negeri itu di ketuai Lim Guang Eng dari DAP, tidak kelihatan orang Melayu menderita ketinggalan atau kebuluran.
Kebetulan, kaum Melayu diPulau Pinang adalah yang mendapat bahahagian terbesar kontrak kontrak awam dari kerajaan diketuai seorang Ketua Menteri dari DAP, yang Umno suka mempergunakan untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Dalam pada itu juga, bolehlah ditinjau bahawa kontraktor kontraktor Melayu dapat bersaingan dengan mereka dari kaum kuam lain, sekali gus membodohkan dakwaan Umno bahawa tanpa sokongan, orang Melayu adalah lemah dan tidak boleh berdiri kari.
Lagipun, peruntukan bagi masjid masjid and surau surau diPulau Pinang dibawah pentadbiran Guan Eng adalah beberpa kali ganda lebih dari yang pernah diberi oleh kerajaan Barisan dibawah Koh Su Koon dulu. Begitu juga alaun yang diberi kepada guru guru agama Melayu.
Jadi, apa yang tertinggal untuk Umno cuma lah cubaan cubaan mempersalahkan pembangkan atas kelemahan diri sendiri. Dengan berbuat demikian, Umno harap bahawa orang Melayu akan bersimpati pada mereka, mudah mudahan terus menyokong Umno.
Ini sebenarnya adalah perbuatan dan tingkah laku budak budak tetapi Umno tidak sedar lagi, dan tidak lagi sedar, kerana kecelaruan permikiran akibat usang dan nazak.
Kita tunggu saja, apakah perbuatan nakal dan hina yang bakal Umno persembahkan.
nampak sgt mahathir dgn rosmah berlumba2 merompak duit rakyat ......akhirnyer rakyat yg papa kedana dibuat mereka.....pastikan mereka ini didakwa selepas PRU 13 nanti.....oleh itu jom singkir BN...caiyooookkkk
Sejak kalah teruk dalam PRU 12, umno (baru) sudah api2kan budak2 universiti (pindaan AUKU, membolehkan berpolitik di kampus), anggota2 sivil kerajaan, polis dan Tentera. PDRM dan ATM sudah pun berlatih bersama dan hasilnya dilihat masa Bersih 2 dan Bersih 3 lalu (ramai 'polis' beruniform tapi tanpa nama)
Bagi kumpulan silat, Umno (baru) nak HIJACK sebelom Bersih 2 lalu tetapi tak berjaya. Inilah benteng umat melayu!
Ada bersembang dengan seseorang, dia kata dia pencen Polis. Katanya Polis sudah terbelah dua jugak.
Ceritanya, dia ada pergi ke Balai Polis untuk bantu sesuatu kes, kawan2 lama dia yang masih bertugas ada sebut perkara itu! Dia tambah, semuanya nak jawatan dan pangkat! Dia tu ikut si Ketua. Si B pulak orang kuat si Timbalan! (Macam politik dalam umno baru jugak!!)
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/12/04/answer-musas-claims-cops-tell-top-brass/
Maka usahlah kita heran dengan keadaan yang sedang berlaku ini di mana Musa bersuara.
Bagi saya, dia tu pun bukan baik mana! (Yang saya tahu baik adalah Pak dia, Tok Hassan!)
Betullah Umno (baru)/BN akan menang 2/3 majoriti dalam PRU 13 ni. Usah kita berasa heran. Najib sudah kompiden, Noh Omar lagi kongpiden!!
http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2012/12/05/selangor-already-fallen-to-bn/
Dan bagi juak2 serta balachee umno dalam Blog ini dan dalam blog2 lain, mereka jugak sudah tahu kerja kotor yang maha halus perancangannya ini!
Cuma nak tanya orang2 melayu kat SPR tu. Mereka sanggupkah bertanggungjawab dengan perbuatan dan 'pertolongan songsang lagi mengkhianati amanah rakyat' yang mereka sudah lakukan??
Berpunca daripada keadaan ini (SPR ikut telunjuk dan perencanaan penipuan umno baru), maka adalah mustahil jika rakyat yang sudah celik matahati akan duduk diam!
Adakah mereka2 dalam SPR itu akan mahu bertanggungjawab jika berlaku keadaan huru hara? Bolehkah mereka mengadap Allah swt di Masyhar nanti memberitahu mereka hanya ikut arahan pemimpin2 umno (baru)??
Demi Umno (baru)? Demi Melayu? Demi Islam?
SEMENTARA SEMPAT, FIKIR2LAH!!!
Wah Wah ! UMNO dah mula kena histeria. Org histeria jgn kita layan walaupun dgn sepatah perkataan. Apatah lagi dgn anggota kita. Biar dia histeria. Jgn layan apa dia cakap ke buat ke. Tengok la nanti dia akam jatuh hancur. Kalau kita layan boleh, hanya dgn tulisan saperti di buat oleh Tn. AA.
Org gila kalau cedera atau tumbang tak akan salah kan kita, kalau tarok dlm bilik di kurung & kunci biar dia meraung. Biar dia mengamuk. Biar dia mahu anaiya diri dia sendiri. Tak perlu di gari pun. Bila dia dah keletihan & dah tak sedar diri, baru lah kita gari dia. Lepas tu senang la kita buat kerja kita. Dah di gari bawa lah ke Polis utk buat keadilan. Jgn lupa utk beri rawatan di Tanjung Rambutan
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.
Terima kasih jutaan kali di atas artikel ini. Juga, syabas kepada rakan-rakan sekalian yang berani menampilkan idea dan fakta bernas. Alhamdulillah, inilah antara nikmat IT yang seharusnya dimanfaatkan bersama; cuma, mereka yang makan cilil yang pasti akan terasa pedasnya, kan?
Rasanya, mudah sahaja kesimpulan yang boleh kita perolehi: UBN sememangnya cuba berlagak seolah-olah merekalah pilihan Allah, sebagaimana kata-kata Ahli Kitab di zaman Rasulullah SAW yang mendakwa merekalah anak-anak dan kekasih-kekasih Allah sebagaimana yang tercatat dalam Al-Quran. Malah, bukankah mereka sering mewar-warkan bahawa merekalah yang memberikan kemakmuran itu dan ini dan meminta kita berterima kasih dan menyembah mereka? Walaupun kalimah "menyembah" itu tidak diucapkan secara langsung, tetapi, daripada teks ucapan mereka sekian kali, bukankah jelas sudah itu yang mereka kehendaki? Walhal, sejarah turut membuktikan bahawa sesuatu ketamadunan itu akan pasti melalui pasang-surutnya, kan, lebih-lebih lagi bila membelakangi ketentuan-Nya. Oleh itu, marilah kita bersama memaklumkan kepada mereka bila tiba waktunya nanti walau bukan dengan bersuara lantang, apatah lagi beroleh izin mengadap boss yang berlagak macam Tuhan ini: "Suka hati akulah nak pangkah siapa, K!!!" ...
Terima kasih dan salam jihad.
Saya setuju Pak AA. Sya dlu pemuda tahan lasak Umno. Ape kejahatan Umno yg Sya x lakukan. Sya tau mcmne taktik yg d gunakan. Buat Nampak baik d luar. Org Melayu kta ramai yg jenis kenang Budi. Kadang2 dia tau ape yg puok ni buat. Tp mereka takut tidak dpt bantuan. Kita x blh Salahkan mereka. Mereka org miskin amat perlu bantuan dr puok UBN. Sekarang d kampung d jaja Malaysia akn d perintah kaum lain. Pihak Pakatan kna Fikir cara nk rapat dgn warga emas ini. X semua percaya pd ape yg katakan Ubn. Mereka cuma takut.. . Kami Anak Muda x mau ada Kaum. X kira Bangsa. Kamu mahu HIDUP AMAN SEJAHTERA. Itu yg Kami Ank Muda Harapkan dr Pakatan. Jangan Guna Ank Muda Jd Perisai Politik.. Di Harap Pru 13 Pakatan akn mnjdi Kerajaan RAKYAT. JOM UBAH SEKARANG. INSAFLAH..
terimakasih banyak jg info yg bernas dpt dikupas tq
Post a Comment