25 December 2012

Kali ini Ahmad Maslan pula melawak

Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata BN akan merampas dua puluh kerusi Parlimen dari yang dipegang oleh Pakatan Rakyat sekarang ini dan terus memenangi pilihanraya dengan kekuatan 2/3. Telahan Ahmad Mazlan ini amat menggelikan hati banyak pihak.

Mereka hendak bertanya kepada Ahmad Maslan “di mana BN hendak cabutkan 20 kerusi itu?” Di sebaliknya pihak yang inginkan perubahan pula berkata Pakatan Rakyat lah yang akan dapat merampas setidak-tidaknya 20 kerusi dari BN. Masing-masing mempunyai perkiraan masing-masing, tetapi yang jelas UMNO serta BN sedang menghadapi zaman getirnya yang belum pernah di alaminya sejak merdeka.

Buat kali pertamanya pemimpin BN bercakap hendak merampas kembali kerusi dari Pakatan Rakyat, sedangkan sebelum ini untuk pembangkang mendapatkan kerusi dari BN adalah perkara yang sangat mustahil. Keadaan yang mereka alami sekarang ini merupakan fenomena yang sedang menghantui BN khususnya UMNO kerana jika orang Melayu berubah seperti yang kita jangkakan kali ini UMNO akan kehilangan banyak kerusi bukan sahaja di Semenanjung malahan di Sabah sendiri parti itu sedang dalam kemurungan.

Bagi orang Melayu untuk berhijrah menyokong PAS merupakan keberangkalian yang sangat besar. Kegagalan UMNO untuk memperkuatkan kedudukannya sudah menjadi perkara yang sangat susah untuk di lakukan sekarang ini. PAS yang umurnya tidak berapa tahun sahaja muda dari UMNO yang asal dahulu telah melalui segala pahit maung politik dan sekarang parti itu sudah menjadi parti matang dan berpengalaman luas untuk menghadapi rakyat di seluruh negara.

PAS begitu lama terhimpit oleh kuasa BN dan bukan sedikit pemimpin-pemimpin mereka terperosok dalam tahanan politik dalam sejarah kemerdekaan negara. Tahap ‘resilience’ nya begitu tinggi sehinggakan PAS kini menjadi satu parti yang sangat tersusun dalam segala pendekatannya dengan rakyat. Elemen amal yang ada di dalam PAS tidak mungkin dapat di tandingi oleh BN dalam gerak kerja dalam PAS dan parti Islam itu telah berjaya mendekati hati dan jiwa rakyat Melayu Islam dan juga bangsa-bangsa bukan Melayu dan bukan Islam.

PAS begitu berjaya menunjukkan yang kesederhanaan seperti yang di tuntut agama itu sememangnya mampu di aplikasi oleh PAS dan ini berkehendakkan pengalaman yang luas. PAS akhirnya berjaya untuk meyakinkan rakyat beragama Islam dan bukan Islam yang semua yang kita lakukan itu mesti ada elemen keagamaannya. Itulah yang di katakan addin itu. PAS telah menunjukkan sifat rendah diri dan sanggup menghadapi segala tekanan dari pihak berkuasa UMNO sejak dulu sehingga ke hari ini.

Perjalanan parti itu adalah satu perjalanan yang begitu jauh dan mencabar kerana tekanan pihak pemerintah sebegitu lama. Kini PAS telah melepasi segala masalah-masalah lama kerana penerimaan rakyat terutamanya dikalangan orang yang berpelajaran dan berpendidikan tinggi amat jelas kelihatan. Di komuniti akedemik juga begitu ramai yang memberikan sokongan kepada PAS kecuali dari ‘professor-professor’ yang agak kangkong yang memerlukan UMNO sebagai tempat sandaran mereka untuk mengekalkan kedudukan glamour mereka.

Pengaruh PAS telah menular di mana-mana dan penularan pengaruh PAS ini telah menghantui UMNO kerana PAS lah parti yang akan menundukkan UMNO kerana parti itu juga akan berhadapan dengan UMNO dalam kawasan-kawasan yang majoriti Melayu Islam. Itulah sebabnya UMNO telah mula memainkan dan mendendangkan lagu agama di mana-mana walaupun dendangan lagu agama mereka sangat sumbang di dengar tetapi mereka sedang berusaha untuk menandingi PAS dalam hal ke agamaan ini.

Kita patut beritahu Ahmad Maslan yang penting jika UMNO ini sedar ialah untuk menentukan kerusi yang mereka (UMNO) pegang sekarang kekal di tangan mereka. Kerusi-kerusi di tangan mereka (UMNO) pun sedang menghadapi masalah besar untuk dipertahankan. Oleh itu saya tidak nampak di mana letaknya harapan untuk UMNO merampas 20 kerusi dalam pilihanraya kali ini dan terus sahaja mendapat kekuatan 2/3 dalam Dewan Parlimen selepas pilihanraya ini.

Tetapi Ahmad Maslan sememangnya ada hak untuk berangan dan tidak ada siapa yang boleh menahan beliau dari berangan. Berangan itu percuma….tidak payah bayar atau ambil lesen. Beliau boleh berangan sekehendak hati beliau. Beliau boleh berangan dari buka mata sehingga matanya pejam di tengah malam nanti.

Beliau akan sedar yang 66 kerusi yang dipegang UMNO di Semenanjung ini akan kehilangan beberapa banyak lagi. Di Sabah ada 13 kerusi lagi yang di tandingi UMNO. Satu persoalan yang pasti ialah di Sabah itu lebih dari setengah kerusi genggaman UMNO akan jatuh. Oleh itu saya tidak nampak UMNO akan menambah kerusi kali ini. Tetapi yang pasti Ahmad Maslan akan terdiam selepas pilihanraya kali ini.

22 comments:

muzium padi gunung kheyang said...

Salam,sdr Aspan,

Kupasan yang menarik mengenai organisasi seperti PAS.Apa yang BeEnd tak dapat tandingi dengan PAS ialah semangat JIHAD yang ada dalam dada majoriti ahli PAS.

Sebab itu,walau tentangan sekuat manapun,dari BeEnd ketahanan mental dan fizikal amat kukuh.

Ahmad Maslan ni bukan hanya kelakar tapi,bersifat munafik semulajadi.suka baling batu sembunyi tangan.

ahmadyani said...

Lawak berangan atau lawak membodek untuk menyedapkan hati. Untuk hati sendiri atau hati PM Najib...dia sendiri tahu.

Anonymous said...

Biarkan si Luncai terjun dengan labunya. Tak salah kalau nak berangan. Kalau setakat berangan tapi tak buat kerja jangan harap mimpi jadi kenyataan.

UMNO/BN electoral fraud said...

Sir,

Ahmad Maslan is conditioning the rakyat's mind to justify BN winning.

UMNO/BN electoral fraud said...

Sir,

Ahmad Maslan is conditioning the rakyat's mind to justify BN winning.

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,

Saya insn yg kerdil ini mengingatkan rakyat Malaysia terutama pengundi Melayu(terkecuali ahli umno totok) mengundi umno bermakna menjual negara.
Gulungan umno telah biasa hidup selesa, untuk menampung keselesaan mereka mereka akan membuat apa sahaja termasuk menjual hak orang melayu satu persatu.Lihatlah setakat ini apa yang tidak dijual oleh umno, jangan terperanjatlah satu hari nanti tempat letak kereta
pun mereka sapu jika kita maseh menyokong mereka dalamPRU akan datang.
Jika mereka memikirkan sesuatu atas nama penswastaan mereka akan memastikan pemegang konsessi penswastaan ini adalah anak buah atau kroni mereka, mereka kira selama mana mereka boleh makan ke atas sesuatu projek. Yang menanggung adalah rakyat, dia mengsap darah rakyat, habuan darinya untuk hidup mewah anak bini dan barua2. Barua2 yang mendapat kuahlah yang berkokok kuat buatmasa ini agar kemewahan yang tumpah kepada mereka tidak terputus.

ALLAHHUAKBAR,INSYAALLAH,JALAN KELUAR BAGI MEREKA INI AKAN MUNCUL PADA PRU 13 NANTI....

Biarlah mereka membuat andaian untuk menyedapkan hati mereka....
Sementara maseh bolih berangan....

Anonymous said...

Ahmad Maslan kata bn akan merampas 20 kerusi parlimen dari pr.

Ali Rustam kata 'nothing can sink umno'.

Adnan Yacob kata kalau bentong jatuh ke tangan pr dia akan potong telinga dan terjun sungai pahang.

Mat Zin n noh udang kata bn akan merampas selangor.

Mamak sup utara kata umno parti pilihan tuhan.

Bila jibby nak buat pilihanraya ?
Saya nak tengok betui ka apa pemimpin2 amenoo ataih tu kabaq ?
Awat lambat sangat pilihanraya ?
Jengoh menunggu. Tak sabaq2 dah.

Anonymous said...

Tuan,

Saya tak mahu komen panjang tentang lawak mat Maslan ni. Cukup dengan komen dibawah.

Kalau mat maslan masuk pertandingan maharaja Lawak kat Astro, dah gerenti dia boleh dapat tempat "TOP 5". Kalau pertandingan akhir nanti, gerenti jadi johan!

lufang said...

Ai..Yaa....!, Aspan ah, hali-hali iu cakap pasat olang punya pati,lu tatak itu promote lu punya parti itu Lea A P ,kasi lagi manyak itu Bulayu masok maa... .
Lu atak tengok itu Lea A P punya CEC ,tatak Bulayu menang ,itu pasat tatak cukup Bulayu mau undi loo .kalau itu Bulayu atak lebeh ramai balu itu Bulayu atak boilih menang leah.
Itu undi tatak bolih bagi subsidi loo...!.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Dulu, apabila menteri atau pemimpin bercakap, tak 100% pun 70% hingga 90% kita boleh percaya.

Tapi sekarang punya menteri atau orang yang suka gelarkan diri mereka pemimpin, cakap mereka tak boleh pakai langsung...temberang sini temberang sana. Benda yang dia orang cakap pun dia orang tak faham sebab bukan dia orang yang tulis....bayar kepada penulis teks mereka tuliskan ucapan mereka... Dulu tak pernah pun kita dengar perkatan retorik.... sekarang pasal dah benci sangat dengan cakap-cakap menteri yang mereka sendiri pun tak tau apa dia orang cakap tapi cakapnya berdegar-degar, itulah orang ramai mula gunakan perkataan retorik... sama dengan temberang la tu... Contohnya macam Menteri Kesihatan sekarang ini, dia tu bukannya tau tentang perubatan tapi nak cakap hal-hal profesional kesihatan... dengar pun tak percaya dengan apa yang dicakapkannya. Sekarang ini orang dah mual dan muntah bila mendengar ucapan menteri-menteri ini...

Anonymous said...

Ahmad mazlan ni memang jenis bangang...sekadar nak sedapkan hati sendiri dan ketua beliau...jika tidak beliau GAGAL sebagai ketua penerangan...

Sekurangnya,dengan kenyataan beliau terselamat ahmad mazlan selama 4 bulan sebelum pru 13...

Anonymous said...

Moga2 majoriti MELAYU akan berubah dan beri sokongan kepada PAS, In Shaa Allah.

Anonymous said...

Tak seorang pon dlm umno yg berwibawa. Nak tak nak pilih sapa saja jd ketua penerangan. Ahmad maslan ni dah byk kelentong tp nak buat camno itu je yang ada dlm umno. Yg betul2 berakal dicantas cepat2 sbb tak suka dikomen. Semua suka diampu-ampu biar tak de fakta.

Anonymous said...

salam
Bukan saja berangan itu percuma tetapi berhati mulia itu juga tak perlukan Modal..!

Pantai Johor said...


Sdra Aspan,

Cakap tentang Ahmad Maslan ni teringat kpd menteri penerangan Iraq zaman Saddam Hussin.Iraq dah nak kalah ni tapi menteri Iraq badut buat lawak.Lawak dia kedengaran seantero dunia.Sekarang dia senyap menginap di Mesir.

Begitu juga dg Maslan ni.Melawak nak sedapkan kabinet Bee End.Lepas PRU 13,nasib Maslan sama dg mantan menteri penerangan Iraq tu!

Cakap berdegar Ahmad Maslan tidak boleh menghalang angin perubahan! Angin perubahan bertiup kencang.Sekencang angin membadai dan membanjiri Pantai Timur ketika ni.

Begitu juga sentimen Rakyat Malaysia dah kepingin dan gian menukar Putra Jaya. Di dalam Parlimen adalah julung-julung kali pertama Ameeno dan juak-juak Bee End duduk di barisan parti Pembangkang.

Kemungkinan Ahmad Maslan tidak dipilih oleh Rakyat Johor kerana skandal Sawit di Felda.Kemungkinan juga setengah-setengah mesyurat cawangan Ameeno di bawah pokok ketapang kerana tidak ada balai raya.Faham-faham sajalah balai raya Ameeno dibina di atas tanah kerajaan!


Pantai Johor

Anonymous said...

Whoever governs, the ordinary people are the BOSS!

The ordinary people owe them ( BN & PR ) nothing and should demand good management, including social welfare, to improve their basic lives.

Government revenue from all sources are important to take care of the ordinary people welfare....corruption of all forms must be fully eliminated to protect revenue to carry out the social programs.

akma@site said...

Kita mungkin nak tergelak dgn statement tu..tp sebaiknya elok kita lebih berhati2 dan kerja lebih kuat supaya hal tersebut tdk menjadi realiti..ingatlah, org yg terdesak ni mcm2 dia bleh buat dgn sgala tipu helah dan kuasa yg ada..mungkin perancangannye dah sedia utk pelaksanaan..Akhir kata, kita hanya merancang tetapi Tuhan menentukan..

Anonymous said...

Bro Aspan, Jgn riak sgt juga nak kata PR boleh take over PRU 13. Kelmarin terbaca di Malaysiakini, LGE menyokong tuntutan puak Christian dlm The Herald utk penggunaan nama Allah dlm Bible versi BM. Isu ini pun boleh menyebabkan mereka yg mula berjinak dengan PR lari semula kpd Puak BeEnd yg haram jadah itu. Sy mmg teringin2 sgt nak tgk BeEnd tersungkur kali nih, tetapi, PR jgn pula terlalu overconfident sehingga boleh menggagalkan usaha2 tersebut.

Anonymous said...

Sdra Aspan dan pembaca,

Saya terkadang kadang terbaca penulisan tuan dan komen didalam nya.Ada yang saya setuju dan kebanyakan saya tidak setuju.Pada saya PR akan terus menjadi pembangkang dengan menghalang BN 2/3 majoriti di PRU 13.Saya berani cabar.

Saya tahu tidak mudah BN memenangi Selangor, Penang dan Kelantan.Kedah akan kembali ketangan BN dan perak 50:50 .Penang dan Kelantan adalah kubu kuat DAP dan PAS.Bagaimana yang lain ?

Jangan terperasan bahawa PR dengan mudah boleh menaklok Pahang, Johor, Negeri Sembilan,Melaka, Terengganu dan Perlis.Negeri ini semua adalah hampir MUSTAHIL bagi PR menawan mengikut ramalan penganalisa bebas.

Walaubagaimanapun pengundi tidak akan terbawa bawa dengan tohmahan dari kedua belah pihak.Mereka tahu siapa yang layak memerintah .Adakah banyak perubahan akan berlaku di PRU 13 ?.Look around you in your kampong, towns, constituencies and be honest to yourself do you honestly feel it will be that easy for PR to win majority ?.You may make it you may not.For sure DAP will perform better than MCA that we agree.BUT do you honedtly think PKR will improve its current 31 seats to 45 ?.How ? and that of PAS from 23 seats to 40 seats ? An impossibility .Note BN had 140 seats PR 80 and Bebas 2 last election that cahnges the political landscape for the first time.I like to know ( anyone)your analysis rather the rhetorics and the wrong perceptions .Good night.


Don Mc Lean - Vincent


insafdoh67 said...

Pas umpama bunga yang harum..makin lama makin hebat baunya.. Umno hari ini umpama tong taik.. Makin lama makin busuk.loya.tengit.menjijikan. Kini umno makin di tingalkan oleh orgmuda... Hanya warga emas yg masih taat setia kpd umno... Kini tungu saat je untuk d kafan dan d talkinkan... Pru13 tarikh keramat... Kita tungu dan bersedia untuk ke putrajaya.... Serik doh leni... Kih.kih.kih...

Orang Seremban said...

Tuan Aspan,
Kita boleh gelak apa yang Mat Maslan cakap.Kalau tak salah saya ini kali ketiga keyakinan yang dijelaskan oleh wakil Umno dan BN. Mungkin dalam keadaan biasa Umno Bn boleh kalah tapi dalam keadaan luar biasa mereka boleh buat segala galanya.Ingatlah SPR bawah siapa,Jabatan Pendaftaran bawah siapa dan ingattak mamak Bendahara telah mengalahkan Ku Li dulu dengan hanya 40 undi dan masa tu bekalan letrik terputus?Ingatlah Bn adalah kerajaan sekarang ini.Mereka ada jentera yang tidak kelihatan seperti BTN,unit2 khas yang beruniform dan tidak dan tindak tanduk mereka tidak boleh di kawal oleh orang lain melainkan pm.Ingatlah siapa terfikir kekejaman yang dilakukan terhadap warga saudara Kublai Khan,ingatlah mereka ada dirty tricks department.Jadi perlu ada sikap berhati2 dan ambil berat apa yang dikatakan oleh Amat Maslan dan sudahkah ada pelan kontinjensi untuk menghadapi masalah yang bakal dicetuskan mereka nanti? Kita harus melihat sesuatu perkara itu dari sudut lain,fikir2 kan lah

Abu Amir said...

Kita(PR) perlu berusaha semaksima yg mungkin dan berdoa kpd Allah SWT utk tumbangkan umno/bn yg zalim dan khianat terutama kpd org melayu. Perancangan musuh yg tersusun akan berjaya walaupun mereka dipihak yg batil.

Kita(PR) hendaklah bersatu menjatuhkan umno/bn diatas dasar keadilan dan menentang kezaliman. Hosni mubarak yg menang 90% undi tipu pun boleh tumbang atas kehendak Allah SWT.

Malu di Johor ni ramai org cina sokong PAS dari org melayu sendiri. Org melayu sanggup tolak Islam kerana kesesatan yg dibawa umno. Semoga org melayu sedar dan kembali kpd Islam sebenar, InsyaAllah. Amin................