29 December 2012

Muhyiddin akan dalamkan Sungai Golok

Berapa kaki nak didalamkan Sungai Golok tu?
Sungai Golok akan didalamkan jika  BN memerintah negeri Kelantan. Itulah janji Muhyiddin Yassin kepada Kelantan dalam siri lawatan beliau ke pantai Timur Semenanjung yang di landa banjir sejak lima hari yang lalu. Kalau begitulah keadaannya Sungai Golok tidak akan didalamkan selepas pilihanraya yang akan datang ini.

Bagaimana pula janji-janji beliau bagi penduduk Kemaman yang juga tenggelam oleh kerana banjir ini. Di Kemaman air banjir kerana air laut begitu tinggi dan tidak dapat mengalirkan air sungai di Kemaman dan itulah yang menyebabkan Kemaman ditenggelami air bah.

Kita berharap Muhyiddin akan berjanji kepada rakyat di Kemaman yang kerajaan BN akan mendalamkan Laut Cina Selatan bagi air sungai di Kemaman itu mengalir dengan cepat ke laut. Tidak tahu pulak jika Muhyiddin boleh mendalamkan Laut Cina Selatan sehingga ke Sabah dan Sarawak untuk mengelak banjir dan air bah berlaku di negeri-negeri tersebut.

Dalam keadaan rakyat menghadapi banjir pun, Muhyiddin bermain politik dan janji beliau untuk mendalamkan Sungai Golok jika BN memerintah Kelantan melambangkan kepada kita mentaliti pemimpin kedua tertinggi negara itu berfikir dan bagaimana beliau memberikan persepsi terhadap demokrasi. Tidak ada kerja lain selain dari kerja politik walaupun rakyat sedang menghadapi kesusahan kerana banjir itu.

Di Britain sekarang pun banjir juga termasuk di Wales tetapi tidak pula Perdana Menterinya David Cameron atau Timbalannya, Nick Clegg meminta rakyat untuk mengundi kerajaan campuran Conservative dan Liberal Demokrat itu kerana kerajaan campuran iu juga telah membantu rakyat di England dan Wales yang sedang mengalami banjir sekarang ini. Mereka tidak melukah di tempat yang genting seperti yang dilakukan oleh Muhyiddin terhadap rakyat Kelantan dalam menghadapi banjir besar ini.

Itulah sebabnya saya serta ramai yang lain berharap PAS serta rakan-rakan dalam PR akan sampai ke Putrajaya dan mentadbir kerajaan Persekutuan dengan adil dan saksama. Jika PAS memerintah di Putrajaya kita tahu PAS akan lakukan apa yang sepatutnya untuk memperbaiki keadaan tempat dan negeri yang sering dilanda banjir itu tanpa mengira ‘political inclination’ rakyat.

Jika PAS dan Pakatan mentadbir Putrajaya dan di takdirkan pula Kelantan di tadbir oleh BN, kerajaan yang di terajui PAS melalui Pakatan Rakyat tidak akan bersikap seperti yang di tunjukkan oleh Muhyiddin yang tidak mempunyai ‘magnanimity’ sebagai pemimpin Persekutuan itu. Kerajaan bertanggungjawab terhadap semua rakyat tanpa mengira fahaman politik mereka.

Pakatan Rakyat terutamanya PAS wajar memberikan perlindungan dan mentadbir kerajaan rakyat ini seadil yang mungkin. Biarlah perbezaan pendapat dan serang menyerang ini berlaku semasa pilihanraya sahaja untuk masing-masing pihak berkempen dan berusaha mendapatkan sokongan. Pendeknya perbezaan hanya semasa proses untuk memilih kerajaan sahaja. Untuk menjadi ‘magnanimous’ ini jika kita harapkan UMNO atau BN untuk melaksanakannya adalah ‘impossible’. Maka PAS dan PR sahajalah yang kita harapkan untuk tidak mempolitikkan isu banjir ini jika di izin Tuhan untuk mendapat mandat rakyat nanti.

UMNO sememangnya begitu. Mereka (UMNO) beranggapan yang berhak untuk menang hanyalah BN dan pembangkang layaknya hanya menjadi pembangkang terus terusan. Tetapi Muhyiddin terlalu mudah lupa yang PR itu bukannya parti pembangkang sebaliknya Pakatan Rakyat adalah parti ‘alternative’. Pakatan Rakyat juga berhak untuk mendapatkan kemenangan kerana parti-parti dalam PR itu adalah parti halal dari segi undang-undang.

Kepada Muhyiddin, elok kita ingatkan yang kita tahu UMNO sedang terdesak, tetapi janganlah tunjukkan sangat perasaan itu. Kalau tidak ada perasaan malu kepada orang lain, setidak-tidak adalah sedikit perasaan malu kepada diri sendiri.

33 comments:

Anonymous said...


di dalam dunia ini, Malaysia paling gila. Semua orang berpolitik setiap hari...SETIAP HARI!

penat dengan semua ni..entah bila berakhir...

kueh

Anonymous said...

Politik akan berhenti dengan sendirinya bila BN dan Umno ditumpaskan dalam PRU13 nanti, Ha..ha.

Pantai Johor said...

Janji Muhyiddin nak dalamkan sungai Golok itu teringat kisah-kisah UMNO dulu dulu bila nak dekat pilihan raya.UMNO sanggup adakan lori bawa pasir dan batu dilambakkan di kawasan perkampungan.Bila menang saja dlm pilihanraya, pasir dan batu akan tercegat di situ utk lima tahun yg akan datang.Jalanraya tidak juga menjelma.Begitu juga letrik.UMNO bawa masuk tiang dipacakkan sepanjang jalan.Bila UMNO menang saja,tiang ke mana letrik ke mana!

Janji Muhyiddin tentang Sungai Golok itu adalah lagu lama iaitu zapin tetapi sekarang dalam versi rap!Begitulah desperadonya pemimpin UMNO no dua.Sekarang BN pula mengajar orang Asli mengundi BN di Tapah.BN fikir orang asli tidak tahu memangkah kot.Sudahlah begitu BN suap pula 5 kilo beras.BN sanggup buat apa saja ketika ni kerana tahu talian hayat menipu dalam pilihanraya sudah diketahui oleh Rakyat.inilah talian hayat yg lama..."Jangan suka berjanji Modin...jika tidak ditepati!Rakyat kelantan Modin ni kaki kelentong sj...

Janji Muhyiddin mengenai water mitigation (tebatan sungai) Muar tinggal janji saja!.Sekarang Muhyiddin nyanyi lirik lagu yg sama di sungai Golok.Najib pula entah di mana dan ke mana.tidak kelihatan sewaktu musim banjir tengkujuh di Pantai Timur.Mungkin Najib tengah karang dan nyanyi lagu lain kot.

Rakyat Kelantan pula balas nyanyian janji Modin"
Beginilah nasib diri kami yg malang!Ada minyak pun Kerajaan pusat ambik tidak tinggal pitih pun.Yang kaya cuma Awang adik dan Tok Pa.Duit royalti minyak tu boleh dalamkan sungai Golok Muhdin! Tak payah nak ajar kami"


Bulan Puasa mkn sahur,
Saya ni dari pantai Johor

Pemimpin UMNO tak malu said...

Pak Aspan,

Melayu sebenarnya kaya dengan sifat malu dan sopan.

Bangsa Melayu terkenal dengan adat dan agama Islam kaya dengan adab dan akhlak.

Padahal sifat malu merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Iman.

Malu merupakan sifat yang paling mulia yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-Nya. Seseorang yang memiliki sifat malu mampu menahan dirinya daripada melakukan sesuatu perbuatan keji. Oleh sebab itu sifat malu menjadi pelengkap kesempurnaan seseorang insan.

Sifat malu merupakan sikap yang boleh mempertahankan diri daripada melakukan dosa. Orang yang malu, takut melakukan perbuatan yang tidak baik. Hakikatnya sifat ini salah satu sifat peribadi orang yang beriman.

Pak Aspan, jika hati seseorang sudah dihiasi dengan iman yang sempurna maka lebih dalamlah sifat malunya. Tetapi seandainya nafsu lebih banyak menguasai hati nescaya hilanglah rasa malunya.

Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: "Sifat malu tidak akan membawa seseorang Mukmin itu melainkan untuk kebaikan sahaja."

Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: "Iman dan malu bergandingan, apabila terangkat satu daripadanya, terangkat kedua-duanya." Jadi, setiap orang wajib menjaga agar tidak tercabut sifat malu demi menjaga iman terhadap Allah S.W.T. Dalam masa yang sama, hati perlu dijaga kerana pada hatilah terletak iman dan malu itu. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Ingatlah, sesungguhnya pada tubuh badan manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah keseluruhan anggota jasadnya tetapi jika rosak daging itu maka rosak jugalah keseluruhan anggota jasadnya. Yang demikian itu ialah hati" (Riwayat Bukhari).

Anonymous said...

Semua nya ketagihan kuasa terutama BN. Kalau lah pilihanraya di buat awal2 lagi kaedaan tak lah jadi seperti sekarang. Semua kan di buat utk rakyat. Ini rakyat dah hadapi macam2 penderitaan masih lagi tak faham & tak nampak. Lepas tu buat bising, Negara jadi tak aman lah, ekonomi jadi lembab lah & macam2 lagi.

Anonymous said...

As Salam,

Persoalannya apakah Muhyiddin Yassin telah mengkoreksi dari dalam Umno akan kepincangan yang sudah meloyakan parti yang dipimpin?

Alternatifnya, apakah kesan dari post mortem merawati "penyakit" sebenar Umno?

Sangggupkah Umno dibedah siasat secara kritikal dan mendalam?

Anonymous said...

Siam telah bentengkan sungai golok 30 tahun dulu, menyebabkan hampir semua banjir dan hakisan berlaku sebelah sempadan Kelantan. Apakah maananya ini.

Anonymous said...

Landscspe politik yang berubah sejak 2008 membuatkan parti politik ghairah merebut Putrajaya.Fikir baik baik sebelum mengundi. Saya rasa ramai yang terlalu taksub politik sekarang .Apa yang akan terjadi selepas PRU 13 nanti dan keputusan diketahui adakah kita berbicara politik juga lagi ?.Elok kita bercerita lain gamaknya isu pelajaran, isu peluang pekerjaan, inflasi, pembangunan dan tidak lagi politik.Takut terlalu over sampai ketahap menyampah dan mual pulak.Boleh tak ?.

Ansk Felda

Rosaknya UMNO Kerana Pemimpin Tak Cerdik said...

Assalamualaikum Aspan,

SETIAP tahun, negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia akan menghadapi musim tengkujuh iaitu antara bulan November hingga Februari.

Seperti kebiasaannya, negeri Kelantan adalah antara negeri yang terjejas teruk dengan fenomena hujan yang turun dengan lebat dan mengakibatkan berlakunya banjir.

Rakyat di negeri Kelantan sudah lali dengan masalah banjir ini dan memang sudah bersedia.

Banjir yang melanda negeri Kelantan selalu dijadikan modal politik oleh pemimpin Umno bertujuan untuk menghilangkan sokongan rakyat Kelantan terhadap pimpinan kerajaan PAS Kelantan.

Sekiranya ditakdirkan Umno berjaya menguasai Kelantan, tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menangani fenomena tersebut. Ini adalah kerana, ketidakmampuan tersebut telah dibuktikan di negeri-negeri yang kini ditadbir oleh Umno sendiri.

Banjir yang berlaku di Kelantan turut berlaku serentak di Terengganu dan Johor yang turut sedang dilanda masalah banjir.

Kalau banjir di Kelantan, Umno terpekik-pekik menjerit mengatakan PAS gagal, bagaimana pula dengan Terengganu dan Johor?

Dalam masa-masa rakyat menghadapi kesusahan dan kesulitan ekoran bencana banjir yang melanda ini sepatutnya semua pihak, baik kerajaan negeri dan juga parti pembangkang (Umno) bergandingan bahu untuk memberi bantuan yang sewajarnya tanpa mengira batas-batas agama, perkauman dan fahaman politik demi untuk kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

Pemimpin yang cerdik dan matang tidak akan menjadikan sesuatu musibah yang menimpa rakyat sebagai bahan atau modal untuk kepentingan diri sendiri tetapi sebaliknya berusaha sedaya-upaya dengan penuh keikhlasan untuk membantu meringankan penderitaan rakyat.

Anonymous said...

Pak AA. I sensed a sublime message in this article you are endearing to PAS. What happened to DAP.

Muhyiddin perlu memperdalamkan serta memantapkan ILMU TAUHID said...

Assalamulaikum pengikut blog Tuan Aspan Alias,

Mengapa UMNO di Kelantan gagal mencari formula bernas untuk menawan Kelantan. Soalnya sangat mudah. UMNO di Kelantan telah melakukan kebodohan tahap melampau, dan rakyat Kelantan bukanlah rakyat yang bangang tapi rakyat yang rata-ratanya cerdik meskipun bekerja kampung sahaja tapi dasar politik dan tahap pemikiran politik mereka jauh lebih advance ke depan.

Akibat kebodohan dan ketamakan UMNO maka setiap kali pilihan raya rakyat sudah nampak UMNO ini sangat dungu, dan buta 'rengga' tak nampak. Tuli lagi pekak.

Mengapa dalam pergelutan untuk menawan Dewan Undangan Negeri, UMNO seolah buntu untuk mendapat kemenangan?

Dulu UMNO memerintah Kelantan, UMNO selalu gambarkan dan momokkan PAS adalah parti yang suka maki hamun, caci cerca dan sebagainya, suka menuduh orang UMNO kafir, sembelihan orang UMNO haram dimakan malah sembahyang 2 imam.

Kini segala itu sudah terbalik. UMNO pulak menuduh Nik Aziz sesat, kafir dan sebagainya. Sering memaki hamun PAS kerana tidak melaksanakan hudud, sering mengatakan PAS gagal membawa kemajuan kepada Kelantan. Caci, maki, cerca, samseng dan sebagainya telah menjadi amalan lumrah bagi UMNO di seluruh negara dan bukan hanya di Kelantan lagi.

UMNO kini sudah jadi PAS dulu. PAS sudah ke depan tapi UMNO pula ke belakang. Faktor ini menampakkan sangat kegagalan UMNO untuk menawan balik Kelantan selama-lamanya.

Kebodohan yang nyata ditunjukkan oleh UMNO di Kelantan adalah amalan 'cah keting' ramai yang berebut untuk menjadi calon kepada UMNO hinggakan sanggup melobi pimpinan tertinggi UMNO semata-mata bagi melepasi kehendak sebagai calon 'winnable candidate' yang dihadkan oleh Najib, hinggakan sanggup mengeluarkan harta kekayaan masing-masing. Berlumba-lumba untuk menjadi calon memenangi PRU dan bergelar YB.

Perlumbaan ini menyebabkan calon yang tidak terpilih akan memberontak dan memulaukan pilihan raya. Kesannya siapa yang rugi? Sudah tentu UMNO keseluruhannya.

Berlakunya pecah belah dalam UMNO baik di Kelantan atau keseluruhannya adalah tak lain dan tak bukan semata-mata berebut jawatan. Maklumlah jika ada jawatan maka ada kuasa...dan jika ada kuasa maka sudah tentu segala harta dapat dikumpul dengan senang melalui pelbagai projek. Inilah masalahnya dengan UMNO keseluruhannya.

Berebut untuk berkuasa dan menjadi kaya.



Pendek kata UMNO tidak ada formula dalam bab ini. Bodoh dan bangang...tak dapat mencari rahsia kelemahan PAS dan masih menggunakan strategi lama yang tidak setanding dengan keupayaan rakyat Kelantan yang berfikir terhadap politik matang dan moden masa kini.

Persoalan cepu emas bagaimana UMNO ingin merampas kembali Kelantan?

Inilah satu persoalan yang tidak terjawab oleh UMNO hingga ke hari ini. Betapa bangangnya UMNO yang mendakwa mempunyai ijazah dan cendikiawan dalam kumpulannya tapi tak mampu nak jawab persoalan mudah ini. Bermula dari pucuk pimpinan hingga ke akar umbi semuanya tak boleh nak jawab. Semuanya bangang belaka!

Maaflah kiranya agak terkasar sedikit tapi ini adalah hakikat. Selama ini PAS kekal kerana UMNO semakin lemah dan bodoh. Tidak berani keluar dari kotak masih berfikiran konservatif dan primitif, pemimpin UMNO tidak mahu berjuang dengan bersungguh-sungguh malah tidak mahu berkorban sedikitpun untuk Kelantan.

Sebenarnya amat senang sekali merampas negeri Kelantan ini sejak dari dulu lagi. Bukan soal agama yang menjadi tunjang kekuatan rakyat Kelantan. Bukan soal kehebatan para pimpinan. Mereka juga manusia biasa yang ada kelemahan masing-masing.

Pimpinan PAS juga adalah manusia yang sama saja dengan UMNO. Mengapa UMNO tewas? Tewas sebab berpecah? Berpecah kerana apa? Kerana wang dan projek?

Mampukah UMNO meniru gaya Nik Aziz yang memotong sedikit dari gajinya untuk kepentingan rakyat?

Anonymous said...

Saya rasa kalau UMNO/BN membuat kebajikan tanpa mengira fahaman politik rakyat dgn penuh ikhlas & penuh tanggungjawab sebagai mana khalifah Umar AlKhattab, rakyat akan berterimakasih dan mengekalkan mereka tapi malangnya semuanya itu hanyalah dibuat berdasarkan penilaian politik yg tidak profesional & dah outdated..zaman Jepun dulu pendekatan ini mungkin berkesan tapi zaman langit terbuka & info di akses dgn cepat & mudah, cara mereka ini akan backfire..rakyat bertanya kenapa kerajaan tidak adil sedangkan mereka dipilih utk memerintah di peringkat federal bagi memaju & memakmurkan seluruh Msia..wahai UMNO/BN..insaflah & sedarlah bahawa cara kalian semua tak betul dan berubahlah walaupun agak terlewat..semoga rakyat memaafkan kalian..

Anonymous said...

Apa tak gilanya politik Malaysia? Apa tidak nya di MAlaysia orang berpolitik sepanjang masa ?. Sebabya kerana Malaysia ditadbir oleh puak puak yang sewel dengan PM yang gila kuasa hingga kan tarikh pilihanraya pun tak pernah ditetapkan secara hitam putih.

Kalau tarikh GE dapat diketahui setiap warga Malaysia..tidaklah rakyat berpolitik sepanjang masa. Salah siapa ?. PM sendiri yang buat rakyat tertanya tanya dan masing masing mempunyai andaian sendiri tentang tarikh pilihanraya. Ini yang menjadi puncanya rakyat sentiasa berpolitik sepanjang masa.

Selagi UMNO BN meneraju negara...padah dan kesan buruk ini akan berterusan selamanya. Nak tamatkan kesan negatif ini mudah saja. UMNO BN perlu ditumbangkan segera.

Rakyat Biasa said...

Pakatan Rakyat tak cukup bersedia nak lawan penipuan BN dalam PRU13 nanti.
Wake up dan start bekerja keras!

Anonymous said...

Bani Melayu jadi bodoh dibuat dek orang politik dan bangsawan serta chukong yang suap pemimpin dengan duit dan material setiap hari..
Tak de kelas la politik Malaysia dan Bani Melayu..
Semua mulut longkang dan mentaliti rendah mengalahkan kambing..

Abu Amir said...

Politik kita jadi gila sebab pemimpin umno/bn yg gila kuasa. Setiap hari keluar TV/akbar hentam pembangkang dgn macam2 isu bila masa nak majukan negara. Singapura PM nak keluar berita kat TV pun boleh kira dgn jari kecuali bila ada pilihan raya baru mereka kempen secara adil.

Masalah jalan rosak, parit/sungai sumbat pun PM nak terlibat pelik sungguh mesia ni.Banjir pun bagi bantuan dgn kempen undi bn lagi. Buatlah kerja apa yg patut utk atasi masalah rakyat, undi rakyat akan pilih siapa yg prihatin dgn masalah rakyat.

Dulu kecoh PKR selangor tak buat apa2 bila banjir di Klang, sekarang bandar Kuantan pun banjir umno/bn buat apa? Senyap...... sibuk dgn Kelantan pula.

Biarkan umno/bn terus tenggelam bersama banjir dlm PRU13 ni. Tanpa umno/bn InsyaAllah Mesia lebih maju dan aman.

Anonymous said...

Bro Aspan,

Cerita Sungai Golok ini bukan cerita baru. Cerita nak membesar, mendalamkan sungaiini dah dijaja oleh Kerajaan sejak awal 90an dulu lagi. Mengikut perancangan masa itu projek ini dikawalselia oleh JKR dibawah rancangan KESBAN.

Cerita sebenarnya ialah ia akan memakan belanja yang agak besar kerana ia melibatkan sepanjamh sungai ini yang merupakan juga sempadan antarabangsa antara Malaysia-Thailand.

Ini rasanya punca utama mengapa projek itu tidak dibuat dahulu dan elemen nak mendera rakyat Kelantan itu adalah sikit-sikit, bukan faktor utama.

Pihak Kerajaan Thailand pula, telah lama buat bahagian sebalah dia. Sepanjang tebing disekitar Pekan rantau panjang telah buat sesuatu untuk mengawal hakisan dan kerja-kerja berkaitan.

Muhyiddin boleh berjanji apa sahaja kepada rakyat Kelantan tetapi rasanya sukar untuk mereka percaya. Isu royalti minyak menjadi punca. Isu ini telah menjadi satu isu yang besar dan difahami oleh sebahagian besar rakyat kelantan.

Zack

muzium padi gunung kheyang said...

Salam Sdr Aspan,

Ini lah contoh,manusia munafik tahap gaban.Semua janji nak buat lepas menanag PRU,hampeh!

mana ada orang umno yang cerdik!
nak tipu umno kat kampong, leh la moyidin oiiii!

Anonymous said...

Si Muhyideen ni begitu Cerdik dan Brilliant, Rosmah patut terima dia masuk kedalam golongan Permata Negara.

Anonymous said...

Like other matters of national interest, this flood problem should be above politics.

Lives and properties are affected...but those in power are political opportunists and lack basic morals and compassion.

Nothing is above politics.....ordinary people are used for political games at all costs.

No wonder the country is sick.

Anonymous said...

Kalau umno ikhlas bantu rakyat tanpa mengharapkan sebarang balasan dari rakyat saya yakin UMNO akan menang tetapi kalau ada udang sebalik batu termasuk mengungkit2 saya yakin umno bukan bolih rampas Kelantan tetapi UMNO akan tumbang dimana calunnya bertanding .Bila kita tolong kita harapkan balasan bukan dari makhluk tapi dari ALLAH itulah namanya IKHLAS .
Kita dah nampak yang pengundi dah cerdik secara perlahan2 dimana satudemi satu negeri dah tumbang kepada pembangkang seperti Kelantan,Terengganu,Perak ,Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (kalau diwujudkan negerilah).The game of impossible in politics dah menyerlah dan hidup subur sebab itulah UMNO dah mencungap2 dan lemas cuma tinggal nyawa ikan.Pendekatan yang UMNO ambil dah ketinggalan zaman dan tak mungkin bolih menyejukkan hati terutama ahli2 umno bawahan yang hancur berkecai dan malu atas tindakan,kerakusan,dan macam2 lagi yang dilakukannya yang mengayakannya dan menyusahkan rakyat .Ini semua janji ALLAH dan harap pemimpin umno baliklah kepangkal jalan sungguhpun dah agak terlambat ....kerana ruang bertaubat masih ada...

Anonymous said...

Orang2 UMNO/BN berebut nak jadi calon kerana nak menggunakan kuasa yang ada utk mendapatkan kekayaan..inilah hakikat sebenarnya..sedangkan dlm Islam pemimpin & kuasa adalah amanah yg jika disalahgunakan ataupun jika gagal menjalankan amanah itu akan dipersoalkan diakhirat kelak..sbb itu org yg memahami ttg perkara ini akan merasa takut utk berebut menjadi pemimpin..tetapi perkara ini reverse 360 degree dlm UMNO/BN yg mana semuanya berebut & melobi utk jadi calon bagi mengejar kekayaan..bilamana org yg bukan ahlinya menjadi pemimpin lihatlah apa yg berlaku di Msia sekarang yg diperintah oleh org UMNO/BN..rakyat masih ramai yg miskin sedangkan pemimpin UMNO/BN baru sepenggal jadi ADUN dah kaya raya..atau baru jadi setiausaha org2 kanan UMNO/BN dah kaya raya..rakyat melihat perkara ini & sudah mual dan loya..tolonglah pemimpin2 UMNO
don't insult our intelligence..

Anonymous said...

Mahayudin cuba untuk merosakkan rakyat kelantan supaya terjerumus dlm kancah maksiat...

Bila sungai di perdalamkan,akan mengakibatkan terdapat pembangunan di tepi sungai golok dan akan di bina jambatan yg besar menghubungkan rantau panjang dan pekan golok yg penuh aktiviti maksiat...serta di bina paip minyak untuk minyak yg dcuri dari kelantan...apabila iman rakyat kelantan dirosakkan..ameno senang untuk kekal berkuasa...

Itu lah rahsia ameno kekal berkuasa di malaysia...apabila bangsa melayu berugama islam selama ini dirosakkan iman oleh ameno untuk kekal berkuasa...

Anonymous said...

Pak aspan,

hari ini,saya perasan gereja gereja dikuala lumpur bersepah..seperti sama banyak dengan surau...di rumah kedai di dirikan gereja...walaupon pak aspan bersama dap,diharapkan jika isu yg merosakkan dan mengugat islam di malaysia..pak aspan harun ketengah isu tersebut...supaya pemimpin dap yg bukan islam berlebih lebih mengatakan mengenai islam..kerana hendak harapkan pemimpin ameno yg menguasai kerajaan..mcm haprak seperti nazri aziz dan zahid hamidi

Anonymous said...

yahudi bin kominis ni nakkan comisen aje itu yng nak dalam kan sg.golok tu.takan tak reti lagi setiap projek mesti masuk

Anonymous said...

Najib merupakan beban yang amat berat untuk BN lebih berat dari Pak Lah.Najib wajib meletak jawatan secara terhormat atau disuruh oleh UMNO...macam Paklah.

Monkey Shooter said...

As Salam Tuan Aspan.

Jawapan bagi anak haramjadah dan ank felda juga haramjadah yang jemu kita berpolitik sepanjang masa itu adalah... hidup dan bermasyarakat itu juga adalah berpolitik, dan demokrasi dalam agama itu juga berpolitik. Memisahkan agama dan pentadbiran (politik) adalah sekular iaitu munafik dan jauh rendahnya martabat dari kaum Kafir.

Tak usahlah kita bercita-cita nak menaik taraf pendidikan dan ekonomi sekiranya ketua pemimpin dan menterinya adalah dari kalangan bapa perasuah yang bersifat penyamun dan penyangak besar. Melainkan mereka ini berbuat sesuatu hanya untuk kepentingan periuk nasi mereka dan kroni sahaja tanpa memikirkan langsung permasalahan dan keperluan rakyat. Hanya rakyat yang berstatus "anak haramjadah" sahaja yang tidak pernah mahu sedar dan berfikir sejenak, bahawa sia-sia sahaja Allah SNT memberi kurnia otak melebihi 1 kilo kat kepala, tetapi sampai tua bangka bodoh dan masih suka ditipu dan diperbodohkan oleh pemimpin lahanat haramjadah itu. Mahu bahasa lembut? Pergi ke DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka).

Anonymous said...

Wahai TPM Pak Muh....

Cari jalan macam mana hendak meninggikan tahap pendidikan negara kita, mengurangkan beban tugas cikgu-cikgu, mengurangkan beban buku teks keatas belakang bahu murid-murid, mengurangkan keborosan membeli buku latihan itu ini tapi tidak terhabis di pakai, menaik taraf tandas-tandas di sekolah-sekolah .....

dan banyak lagi harus di fikirkan.

Anonymous said...

Wahai TPM, apakah yg kamu telak laksanakan dlm Kem. Pelajaran? Beban guru2 bertimbun dgn kerja2 kerani..dlm masa yg sama sukatan pelajaran kena habiskan dlm tempoh tertentu..ramai guru2 yg tension just do whatever they can to finish the syllibus..at the end anak2 murid yg jadi mangsa tak dpt memahami pembelajaran..wahai TPM, tolong tengok perkara ini..jgn sibuk nak mengugut rakyat Kelantan nak mendalamkan sg golok kalau undi UMNO..wahai TPM, sebagai anak org alim di Johor, anda tidak berasa bersalahkah dgn tidak menjalankan tanggungjawab ini???

Anonymous said...

Anon 10.19,

Kenapa sibuk dengan Kelantan serambi mekah sahaja ?.PAS cubalah tawan Pahang; Perak, Nogeri , Melaka, Johor dan Terengganu so far PAS gagal .Tolong lihat performance PAS secupit 23 kerusi parlimen sahaja.Tak boleh apa yang boleh dibanggakan.Kerjalah kuat sikit barulah hebat.Buat sekarang ada sikit lembik.Apa cerita dengan Hadi Awang ?

Anonymous said...

This is a natural disaster.

Both sides should put politics aside and focus on helping to prevent and minimise damage to homes, lives or animals so the people could get back to their normal ordinary lives.

You cannot play politics with every normal/common issues affecting the ordinary people lives....this is totally irresponsible and unacceptable.

Human decency is about letting ordinary people live their ordinary lives.

Anonymous said...

Anon 12.04,

I am in total agreement with you.Lets common sense prevails.Why pointing fingers when everyone is doing his best to help the affected parties.Least you can do is not politicising issues .Remember , it can have a negative inpact on your campign for support mind you.Lets put our hand together for the needy and the flood victims from us good Malaysians.

Linn Sondek

Anonymous said...

Monkey Shooter,

Nampak sangat awak tidak berpelajaran tinggi dengan bahasa dan cara sumbsng awak.Apa yang awak boleh hulurjan kepada mangsa banjir ?.Hanya haramjadah sana sini tidak membawa anda dan parti yang anda sojong kemana.Anda perly bersikap positif menangani isu negara.Boleh ?.

Anda bercerita ugama tetapi sayang perwatakan dari penulisan anda agak taksub sikit bro.Kenalah cool sikit.