Pilihanraya mahu tidak mahu akan
sampai juga. Samada penggal kali ini penggal yang penuh atau sebaliknya ia akan
sampai juga. Seperti yang saya sebut dalam posting yang lepas, pengundi atas
pagar merupakan pengundi yang terpenting untuk diyakini. Isu yang terpenting
sekarang ialah bagaimanakah persepsi kumpulan ini terhadap kedua-dua belah
pihak yang sedang berebut untuk menguasai Putrajaya itu. Tidak ramai yang
begitu minat dengan kerajaan-kerajaan negeri kerana yang terpenting ialah kuasa
di Putrajaya itu.
Kalau ada pun minat terhadap
kerajaan-kerajaan negeri, yang direbutkan dengan kuat ialah Selangor dan Pulau
Pinang kerana kedua-dua negeri ini menyumbang sebanyak tidak kurang dari 40
peratus dari GDP negara ini. Kebetulan kedua-dua buah negeri ini di bawah
tadbiran Pakatan Rakyat dan negeri-negeri ini merupakan negeri yang ditadbir
secara relatifnya lebih baik dari zaman pentadbiran BN dahulu.
Banyak dari pembaharuan yang
berlaku di kedua buah negeri ini tidak dapat dipersoalkan oleh mana-mana pihak
kerana ia telah menunjukkan prestasi yang sangat luar biasa kalau dinilai dan
dibandingkan dengan pentadbiran BN dahulu. Bagi saya untuk BN mengambil alih
kembali kerajaan-kerajaan negeri-negeri di bawah Pakatan ini agak ‘impossible’
kerana BN pun bermasalah untuk menonjolkan calon Menteri Besar masing-masing.
Baik di Selangor, Pulau Pinang, Kedah mahu pun Kelantan, BN tidak berdaya
memberikan pimpinan ‘alternative’ yang berkesan kepada Pakatan Rakyat sekarang
ini.
Rakyat sedang berfikir, bukannya setakat
menjadi pengikut sahaja sekarang ini. Rakyat sudah mula memahami yang merekalah
sebenarnya yang bertanggungjawab jika berlaku perkara-perkara yang berbentuk
jenayah dan keburukan moral yang dilakukan oleh pimpinan, tidak kira di pihak BN
dan di pihak Pakatan Rakyat. Rakyat sudah tidak lagi berfikir tentang parti
atau badan-badan siasah. Bagi mereka kerajaan mana yang mereka fikirkan telah
menunjukkan prestasi yang baik, kerajaan itulah pilihan mereka terutamanya bagi
pengundi di atas pagar tadi.
Itulah sebabnya saya telah
memaparkan yang kehendak dan selera rakyat kini telah jauh berubah kerana mereka
tidak mahu lagi terikat dengan retorik dan ancaman dari pihak yang sedang
berkuasa. Rakyat sekarang tahu yang mereka lah yang mempunyai hak untuk menjadi
penentu kepada masa depan negara.
Kalau kita kaji dan mendengar
rintihan rakyat sekarang ini, berbohong adalah satu isu moral yang amat besar
kepada mereka. Rakyat tahu, sekali kita berbohong, mereka yang berbohong itu
terpaksa berbohong seribu kali untuk menutup bohong yang telah dilakukan mereka
terdahulu dari itu. ‘Once a liar, he or she will remain a liar forever’.
Politik bukan lagi perkara yang
mudah untuk dikendalikan seperti dahulu. Itulah sebabnya BN sedang menghadapi
fenomena dan isu berbohong itu sekarang ini. Setiap pilihanraya BN akan
bercakap dan berjanji seperti yang kita dengar sekarang ini. Janji-janji BN
sekarang ini adalah janji-janji yang sama seperti dalam pilihanraya-pilihanraya
sejak 30 tahun dahulu.
Di antara janji-janjinya ialah untuk
membina kemajuan rakyat semua kaum dengan membina kekuatan dan pegangan equiti
Melayu dan Bumiputra yang lebih tinggi. Janji-janji inilah yang berulang-ulang
kali di buat tetapi sehingga ke hari ini, usahkan hendak mendapatkan pegangan
30 peratus equiti, hendak mendapatkan 20 peratus pun sangat susah dan masih
tidak tercapai sehingga ke hari ini.
Apa yang mampu di capai oleh UMNO
dan BN hanyalah mewujudkan kumpulan kecil yang eksklusif yang lazim di sebut
sebagai kroni semata-mata. Mewujudkan komuniti kronism inilah yang telah
membantutkan kemajuan rakyat ramai termasuk orang Melayu kerana segala peluang
perniagaan yang besar-besar di kuasai oleh kroni-kroni ini yang mempunyai
hubungan yang rapat dengan pimpinan persekutuan dan negeri. Masing-masing pemimpin
ada kroni masing-masing.
Justeru perjuangan UMNO khususnya
telah gagal sama sekali kerana janji-janji nya untuk membentuk bumiputra yang
aktif di dalam bidang ‘commerce dan Industry’ tidak akan tercapai selagi budaya
membentuk kronism ini masih berlanjutan. Cita-cita besar Dr Mahathir dahulu
untuk membina masyarakat perniagaan Melayu telah gagal kerana perlaksanaan
dasar itu telah di gagalkan oleh beliau sendiri. Zaman beliau mentadbir lah mula
wujudnya budaya kronism ini dan semua di antara kroni ini tidak bersusah payah
untuk bersaing kerana mendapat ‘favour’ yang kuat dari pimpinan negara.
Maka wujud lah masyarakat Melayu
yang sentiasa bersandar kepada pucuk pimpinan di setiap peringkat dan usaha
untuk mewujudkan Melayu yang berdikari seperti yang Mahathir dan pimpinan
selepas beliau itu hanyalah merupakan retorik yang biasa kita dengar setiap
pilihanraya mendatang. Malahan Mahathir dan pimpinan yang lain sendiri telah
bersandarkan kepada UMNO dan kuasa untuk membina ‘empire’ perniagaan keluarga
beliau. Itu semua rakyat tahu.
Itulah sebabnya rakyat memberikan
tumpuan kepada janji-janji semua pihak termasuk dari mereka yang berdiri di
atas pagar. Itulah sebabnya jika ada janji-janji parti-parti dalam Pakatan
sendiri yang telah terdengar oleh rakyat, samada isu menghadapi pilihanraya
atau dari segi prestasi kepimpinan maka adalah penting kepada Pakatan Rakyat
untuk mempastikan janji-janji itu dipenuhi.
Jika kedapatan ada janji-janji
itu hanyalah janji politik pilihanraya sahaja maka rakyat di atas pagar akan
rela mengekalkan pentadbiran yang ada sahaja kerana mereka tidak mahu
terperangkap dengan janji-janji dan keadaan yang sama sahaja selepas mereka
merubah pemtadbiran negara.
Jika isu 'multi racialism' menjadi
janji yang besar kepada Pakatan rakyat seperti PKR dan DAP, pastikan ia nampak
terpapar dengan jelas kerana sesiapa sahaja yang mampu membawa sedikit
perbezaan yang ‘positive’ dari prestasi dan rekod kepimpinan BN. Pakatan akan
menjadi tumpuan untuk rakyat terutama yang duduk di atas pagar itu memberikan
mandat dan sokongan mereka.
Jika keterbukaan ini wujud dalam
Pakatan maka tidak syak lagi Pakatan boleh lah bersedia untuk menjadi pemimpin
di Putrajaya. Jika ada tanda-tanda yang isu rasis wujud dalam penampilan
kepimpinannya maka rakyat akan berfikir banyak kali sebelum melakukan
perubahan. Rakyat kini dalam ‘desperation’ untuk mencari kepimpinan yang
prakmatik dan ‘real’ dalam isu penyatuan kaum yang manjadi impian ‘ultimate’
rakyat zaman sekarang ini.
Dalam isu ini PAS nampaknya tidak
menghadapi apa-apa masalah dalam penampilannya di depan mata rakyat. Itu
sebabnya PAS di mana-mana sedang mendapat perhatian yang kuat dari rakyat. Baik
di kampung-kampung tradisi mahu pun dalam tanah rancangan Felda parti itu
sedang hampir kepada menjadi parti ‘alternative’ yang paling ‘viable’ bagi
orang Melayu.
Dalam kita sedang berada di
penghujung penggal ini, jangan kedapatan elemen-elemen permainan politik
peribadi yang keterlaluan kerana jika ada isu-isu politik peribadi yang
keterlaluan, takut-takut perubahan tidak akan dapat dilakukan.
Kini rakyat bukan memandang
sesuatu perkara itu dengan mata zahir mereka semata-mata. Rakyat juga akan memandang
dengan mata hati mereka kerana mata hati lah pandangan yang paling tajam dan
merentasi malam yang gelap dan segala halangan yang ada merintasinya.
Itu sebab nya kita wajar yakin
dengan pesanan Tuhan ‘tidak ada se zahrah pun gerak, selain dari gerak aku’.
Semuanya adalah af’alNya semata-mata.
15 comments:
Pilihanraya semakin hampir...rakyat tidak sabar untuk melihat perubahan kerajaan..supaya negara lebih makmur dan kehidupan lebih berkualiti...
Di negara maju seperti amerika syarikat,jepun,england,australia..perubahan kerajaan selalu berlaku...supaya kerajaan berkerja untuk rakyat..
Pihak bn juga harus bersedia untuk menerima kekalahan secara gentleman...dan jgn lah kerana xtidak sanggup menerima kekalahan akan cuba menipu dlm pilihanraya serta menimbulkan kakacauan dan huru hara...
Tiada yg lebih berkuasa melainkan Allah..dan dan jika Allah berkehendak..semua akan terjadi...
Najib jgn ikutkan kata kuda tua..mamak mahadey yg suka bertindak mengikut nafsu firaun...yg inggat hanya dia je yg betul...dlm masa 4 bulan..mungkin pihak pakatan rakyat telah mengkaji apa yg akan berlaku di malaysia..sebarkan supaya rakyat dpt ikut serta...kalo bn kalah..dunia belum kiamat
Nampaknya tiada apa lg yg mampu umno lakukan ketika kuasa di perhujungan ini..baik daripada kenyataan2 semakin hari semakin merapu mahathir mahupun bantuan2 " ikan " dari najib..
Telah terbukti bahawa dalam umno tiada yg cerdik,disebabkan itulah kata2 mahathir yg nyanyuk ini masih penuh mengisi lidah dan media milik umno..
Org yg nyanyuk kalau dilayan makin menjadi nyanyuk nya disebabkan itulah munculnya ayat "umno telah busuk hingga ke usus" "lebih baik memilih syaitan dikenali"..dan dalam masa yg sama menyokong penuh tindakan najib berbeza dengan era pak lah dulu semuanya salah..hakikatnya najib dan pak lah sama lemah..saya sebagai rakyat berterima kasih kepada rakyat yg memilih pembangkang pada pru lepas..tanpa mereka ini mustahil rakyat mendapat bantuan bersifat sementara seperti BRIM,PRIM dan bermavam vaucher sekarang ini..
yang menentukan kalah atau menang adalah ahli umno kerana yang memenangkan selangor dan lain DUN ada olih ahli umno yang memberi petunjuk kepada orang atas pagai dan sebagainya.Kalau ahli umno dah tak yakin yang atas pagar akan ikut sama.Sekarang jelas ahli umno lebih 52% dah lari dan mereka bolih menarik orang atas pagar.Kalau pemimpin umno gagal menjaga hati ahli umno macam mana orang atas pagar bolih tertarik dengan umno .Ini semua kegagalan pemimpin menjaga ahli2nya yang mereka patut terima hakikat yang pemimpinlah yang menyebabkan orang bawahan meninggalkan umno.Ahli umno bawahan dah kecewa dan terluka dan malu adalah tugas hampir mustahil untuk betulkan melainkan semua yang lama serahkan kepada kumpulan muda .Kita kena redha dan terima hakikat bawa semua makhluk ada awal dan ada akhirnya jadi tak ada apa nak dirisaukan kerana itulah demokrasi.Kalau Sharizat kata akan berlaku kekecohan kalau umno kalah ,kita cadangkan Syarizat duduk barisan hadapan sebagai pemimpin jangan pandai cakap tapi pengecut. Kalau nak maju persaingan perlu ada tapi kalau ikut umno melayu tak kemana dan orang yang sama memerentah dikelilingi dengan beberapa skendal yang akhirnya semua rakyat kena tanggung.....
Salam, sdr Aspan,
Dewasa ini jika dilihat dari sudut manapun,UMNO tidak ada halatuju perjuangan yang khusus.Matlamat mereka, dari yang berjawatan tertinggi hinggalah kebawah hanyalah untuk berkuasa dan mengumpulkan harta.
Mana ada perjuangan agama bangsa dan negara.Hari-hari menipu bohong dan fitnah sahaja kerja mereka.
Contoh yang paling jelas ialah perlaksanaan AES.
Bila di buat pengundian di parlimen,semua wakil BeEnd menyokong!Kalau tak sokong takut tak dicalonkan dalam PRU 13.
Nampak jelas bahawa,mereka mementingkan kuasa dan harta saja.Mana ada mereka tahu kesusahan rakyat jelata.
Pemimpin UMNO dengan gampang saja menipu Melayu Bangang untuk terus berkuasa.
Kebanyakan pengundi atas pagar adalah dari golongan pertengahan.Mereka ini sudah selesa dengan kehidupan yang sedia ada.Bagi mereka kerajaan manapun yang memerintah adalah sama saja,ramai juga dari kalangan bangsa Melayu.
Agak sukar meyakinkan golongan ini.Mereka tak pergi ceramah pakatan,membaca blog pun malas.
Bagi bangsa lain persepsi mereka bergantung kepada apa yang dapat pakatan kemukakan dan berikan,jika bertepatan dengan kehendak kelompok mereka maka swing terhadap pakatan akan menentukan pentadbiran selanjutnya.
Pak Aspan,
Tuntutan pokok Bersih masih tidak dilayani sampai hari ini.
Do you think UMNO/BN allows the 13th General Election to be free and fair?
Di padang yg rata pakatan pasti akan menang. Tp spr macam pengadil korea piala suzuki. Barua bn.
tidak kira sama ada PR menang atau kalah atau umno menang atau kalah.Yang paling penting disinisemua rakyat harus bangkit dan pergi mengambil kembali harta harta yang telah dirampas oleh pihak pemerintah serta orang orangnya.undang undang negara ini telah rosak menyebelahi pemerintah. jadi rakyat harus bangun untuk jadikan saperti kejadian di Libya.
Setuju dgn tuan aa. Calon-calon PRU13 dari BN dan PR mesti meterjemahkan realiti kehendak rakyat dari segi politiknya sosio-budaya dan sensiviti masyarakat. Tokoh yg dijadikan calon mesti yg mampu jadi 'fighter' dlm dewan dan luar dewan. Pintar berhujah adalah medium terpenting dlm senario sekarng. Kalau nak dibanding tokoh BN amat rendah kualiti hujah banding fgn PR. Kalau berhujah terkomut2 apa nak diharap buat keja lain tambahan pula buat keja politik.
untuk memastikan semua candidate PR terdiri daripada mereka2 yg berani kenapa tidak dicuba adakan debat atara calun2 yg telah dikenalpasti dan hendaklah disiarkan melalui apa cara shj supaya dapat diikuti olih semua pengundi. tampil dengan gaya yang hebat supaya puak - puak BN gentar terutama calun2 reput BN. biar rakyat yg pilih guna Fb or tweeter utk dptkan respond. mungkin Selanor PR boleh mulakan dulu.
Pak aspan, seorang saudara saya pertikaikan kenapa nak jatuhkan pemimpin Islam? Bukankah lebih baik melalui pendekatan dakwah?
Saya jawab, pasai apa kita pilih penyamun untuk kerja jaga harta negara kita? Lepas tu pasai apa kita dok kalut nak dakwah depa...
Kan lebih baik pilih pemimpin yg dah baik, alim, amanah untuk jaga negara? Bahkan pemimpin lebih mudah didik rakyat berbanding rakyat nak didik pemimpin !
Parti politik malaysia perlukan proses muhasabah diri/organosasi. Makenisma terbaik untuk PRU13 ini ialah KEPERLUAN BN DIREHATKAN PERANAN SEBAGAI PEMERINTAH DAN JALANKAN PERANAN SEBAGAI PEMBANGKANG. BN akan memperbaiki banyak perkara , PR pula akan belajar banyak bila jadi pemerintah. Matlamat akhir kualiti kehidupan rakyat akan meningkat bila makenisma demokrasi ini dimanafaatkan oleh rakyat dlm PRU 13 ini. Budaya rasuah akan TERGANGGU bila fail pembangunan dan pengurusan kerajaan bertukar ganti. Biaya untuk bayar rasuah hampir menyamai belanja pengurusan dan dibolot oleh keroni . Menteri, KSU,, MENTERI BESAR, EXCO, DO, JURUTERA DAERAH, JURUTEKNIK DAERAH, KERANI PEJABAT DAERAH, PENGARAH2 AGENSI KERAJAAN, PEGAWAI2 KEWANGAN NEGERI dan Pengerusi Jkk. Saya kontrektor berpengalaman dlm makenisma rasuah ini berlaku hingga ada projek yg saya buat cuma dpt untung cuma 3% sahaja dari harga projek, hati sakit dan marah Tuhan sahaja yg tahu.
When the ordinary Malays are liberated....BN is history and PR will be closely watched to stay in power to SERVE the people, the BOSS!
Khutbah di Selangor hari ini bertajuk CIRI CIRI PEMIMPIN YANG BAIK
Sdr aspan, kalau hati dah takde, mana ada mata?
Kalau pandang dengan mata hati ,pimpinan Lim Kit Siang sahaja yang agak releven ,yanglain hanchor.
Post a Comment