06 December 2012

UMNO tidak bermoral, pimpinan rendah pula akhlaknya

Apa yang sedang dikatakan oleh Tan Sri Musa Hasan akhir-akhir ini merupakan ‘consequence’ yang amat buruk hasil daripada pencerobohan pihak ‘executive’ terhadap badan-badan bebas seperti Badan Kehakiman dan Perundangan serta ‘Badan Legislative’ yang mula dilakukan oleh pentadbiran Dr Mahathir dan Dr Mahathir itu sendiri. Walaupun ramai yang menentang tindakan Dr Mahathir mencemari badan-badan bebas negara semasa itu, tetapi mereka ini tidak dipedulikan kerana ketamakan kuasa dan tidak mahu tunduk kepada sistem demokrasi negara.

Pihak kerajaan pimpinan Mahathir semasa itu amat jelas tidak berakhlak dengan memecat Ketua Hakim Negara dan empat Hakim Mahkamah Agong semasa itu. Dr Mahathir telah menekan Badan Kehakiman khususnya terhadap Tun Salleh Abas semasa Mahkamah Agong bersedia untuk menghakimkan tuntutan ahli-ahli UMNO (asal) untuk menghidupkan UMNO yang telah dibunuh oleh Dr Mahathir.

Kalau dikaji dari mana sudut penghakiman sekali pun, UMNO asal akan hidup, dan inilah yang tidak digemari oleh Dr Mahathir. Mahathir mahukan UMNO asal itu mati terus dan tidak mahu melaksanakan penghakiman Mahkamah Tinggi yang memutuskan untuk diadakan sekali lagi pemilihan UMNO. Pemilihan sebelumnya itu tidak sah kerana wujudnya beberapa orang yang tidak layak mengundi dan menjadi perwakilan UMNO ke Perhimpunan Agung 1987.

Dr Mahathir tidak mahu pemilihan itu diadakan sekali lagi kerana takut dengan keputusan pemilihan yang demokratik dalam UMNO semasa itu. Dr Mahathir terpaksa menggunakan peguam, Sri Ram, untuk mengharamkan UMNO di Mahkamah Tinggi kerana Dr Mahathir mahu UMNO terus mati dan beliau terus menjadi Perdana Menteri walaupun jawatan yang beliau pegang itu sudah tidak lagi ‘legitimate’.

Untuk memenuhi kehendak dan nafsu beliau itu cara yang terbaik ialah dengan mengharamkan UMNO dan menubuhkan sebuah parti baru yang diberi nama UMNO (baru). Badan Executive pimpinan Mahathir telah menceroboh badan kehakiman dengan meminta Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas untuk duduk membuat penghakiman dengan hanya tiga Hakim Mahkamah Agong. Mahathir mahukan Tun Salleh sebagai Ketua Hakim Negara bersama dua orang Hakim yang Mahathir boleh pengaruhi duduk untuk menghakimkan tuntutan ahli-ahli UMNO untuk menghidupkan UMNO yang telah terbatal pendaftarannya itu.

Tun Salleh tetap dengan pendirian untuk semua kesembilan hakim-hakim Mahkamah Agong untuk duduk bersama menghakimkan tuntutan itu kerana isu ini merupakan isu yang amat besar bagi orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya. Tetapi Dr Mahathir tidak gemar dengan tindakan Ketua Hakim Negara itu kerana Mahathir begitu ‘desperate’ untuk mempertahankan jawatan Perdana Menteri yang beliau pegang itu. Dr Mahathir mahu semua pihak tunduk kepada beliau kerana beliau begitu terdesak dan akan kehilangan kerusi PM itu jika demokrasi terlaksana secara telus.

Dr Mahathir sudah hilang pertimbangan dan tidak mahu lagi institusi demokrasi menghalang niat beliau untuk berkuasa mengikut kehendak hati beliau. Beliau secara peribadi telah memanggil Tun Salleh Abas dan bertanyakan samada Ketua Hakim itu mahu bersara. Tun Salleh tidak berganjak kerana Hakim-Hakim mempunyai umur persaraan dalam usia 65 tahun sedangkan beliau semasa itu baru berumur 59 tahun.

Tun Salleh memberitahu yang beliau mengetuai Badan Kehakiman yang bebas dari campur tangan ‘Executive’ termasuk Perdana Menteri. Sesungguhnya Tun Salleh akan hanya boleh berhentikan jika ‘brother judges’ melakukannya. Cara kedua untuk memberhentikan Ketua Hakim ialah dengan menubuhkan tribunal yang di titahkan oleh Yang di Pertuan Agong.

Tribunal untuk membicara Tun Salleh ditubuhkan oleh Yang di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dengan tergesa-gesa dan lucunya cara penubuhannya tetap menjadi ingatan kepada semua yang mengikuti isu itu dengan cara yang lebih dekat. Tribunal itu telah di tubuhkan dalam satu hari dan dengan pantas.

Nasihat PM kepada Tuanku Agong di buat pada 1hb Mei 1988  dan persetujuan YDP Agong juga didapati pada 1hb Mei. Perlantikan hakim Mahkamah Tinggi Sri Lanka dan Singapura dibuat pada 1hb Mei dan jawapan persetujuan mereka pun pada hari yang sama. Yang lebih lucu dan menyedihkan 1hb Mei itu adalah hari buruh dan cuti umum dan hari minggu pula. Semuanya ini adalah tindakan ‘desperate’ pimpinan semasa itu untuk bergayut kepada kuasa yang hampir terlepas itu.

Insiden ini merupakan titik hitam dalam sejarah negara kerana pada saat itulah bermulanya Badan Kehakiman dicerobohi dan ditakluk oleh pihak ‘executive’ yang diketuai oleh Dr Mahathir Mohammad. Dari saat itulah semua badan-badan bebas demokrasi dikuasai oleh Perdana Menteri dan semua sistem demokrasi terkubur dan tidak lagi bebas untuk melaksanakan tugas dengan betul.

Dari saat itu jugalah badan kepolisian negara tercemar serta badan perundangan seperti Jabatan Peguam Negara tidak lagi bebas untuk melaksanakan tugas dengan betul. Apabila sesuatu badan bebas yang mempunyai tanggungjawab terhadap negara sudah tidak bebas lagi, maka politik sahajalah yang menentukan segala-galanya.

Kecacatan sistem demokrasi kita ini telah rosak sehingga ke hari ini dan tidak mungkin boleh diperbetulkan oleh parti atau kepimpinan kerajaan yang telah mencemarinya iaitu UMNO dan Barisan Nasional. Kenyataan-kenyataan Tan Sri Musa Hasan itu adalah sebahagian yang sangat kecil dari apa yang sebenarnya dilakukan oleh pimpinan kerajaan yang tidak henti-henti mencemari tugas Ketua Polis Negara dan Peguam Negara misalnya.

Segala tindakan ‘professional’ telah diambil alih oleh tindakan politik di mana-mana dan jika pimpinan politik itu gila, ia bermakna kita dipimpin oleh orang-orang gila. Hasil daripada pencerobohan inilah yang telah menjadikan segala-galanya tidak betul lagi termasuk politik yang kini menjadi aktiviti ganas yang dilakukan oleh penyokong pihak kerajaan yang sudah dibenci rakyat dan akan ditumbangkan oleh rakyat juga dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Jika kita pertimbangkan secara halus kita sudah boleh membuat pertimbangan yang ‘conclusive’ Dr Mahathir bukanlah seorang PM yang ‘legitimate’ dan tidak bermoral. Mengekalkan Dr Mahathir semasa itu amat mahal harganya sehinggakan semua sistem demokrasi kita telah punah ranah.

Keadaan ini lebih teruk lagi kerana pimpinan yang mewarisi kepimpinan Mahathir telah terikut-ikut dengan budaya dan sistem Mahathir dalam mentadbir negara. Mereka yang mewarisi Dr Mahathir telah melakukan perkara yang lebih teruk lagi kerana sistem Mahathir itu telah menjadi ikutan pimpinan yang mengambilalih darinya (Mahathir). Pendeknya memang tepat kata-kata perbidalan, "jika bapa kencing berdiri anak-anak pula kencing berlari." Mahathir yang kencing berdiri, Pak Lah dan Najib juga kencing berlari. Jika Muhyiddin mengambil alih Najib sekarang seperti yang dihajati Dr Mahathir mungkin Muhyiddin akan kencing sambil menonggeng.

Kenyataan Musa Hasan wajar didengar dengan baik kerana beliau mempunyai hak untuk membela diri dari tohmahan pimpinan UMNO terhadap beliau sedangkan apa yang berlaku semasa beliau dalam perkhidmatan sehingga hari ini ialah UMNO dan pimpinnya sendiri.

Musa Hasan wajar membuat kenyataan-kenyataan dari masa ke semasa dengan membongkar segala apa yang berlaku dan yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Kenyataan Musa itu nanti akan menjadi kenyataan yang membantu usaha ramai untuk mengetahui segala-gala yang berlaku di belakang tabir dan ia akan ditambah pula dengan kenyataan Deepak yang akhir-akhir ini telah membongkar isu Altantuya dan lain-lain yang berkaitan dan yang menghangatkan itu.

Pendeknya, tidak ada lagi yang betul dalam UMNO dan BN sekarang ini. Jika mereka benar, masakan apa yang kita lihat dan dengar itu boleh berlaku di hadapan mata dan kepala kita.

29 comments:

Anonymous said...

Saya harap ramai dikalangan PR spt Sdr.Aspan. Menulis dgn fakta bukan emosi

antisyaitan said...


salam sejahtera semua,

Sesungguhnya watak MAMAK BENDAHARA yang melakukan porak-peranda sehingga menghancurkan zaman kegemilangan kerajaan melayu-islam dibawah kesultanan Melaka akan terus wujud demi mempertahankan kuasa dan hartabenda yang disamun dari khazanah kekayaan yang ada dibumi tercinta ini.

Apakah rakyat akan terus terpedaya dengan gerombolan MAMAK BENDAHARA setelah lebih 50tahun diberi peluang melalui sistem pilihanraya yang wujud pada hari ini???

Anonymous said...

Musa Hassan ni tetiba jer nak ikot mahadeyyy. Orang lain semuanya tak betul!!

Dia naik ke jawatan KPN pun kita tahu ianya LABA pasal dia penat pekena DSAI utk Mahadeyyy. Penat dia pikol tilam! Bersama Mokhtar Abdullah, segala2nya sudah termaktub!

Utk naik, dia main Datuk Ramli. Masa jadi TKPN apa yang dia buat kat TS Bakri Omar serupa apa yang Mahadeyyy buat kat Tun Hussein. MENCUCUK pasal nak cepat naik jawatan!!!

Macam bossnya Mahadeyyy, hari ni dia nak bersyarah, berucap, buat Press Conference menunjuk kesalahan kat orang lain?

APA PUNYA MANUSIA NI????

Anonymous said...

Akibat drp kerosakan sistem kepolisian,kami di kampung berada dlm ketakutan.Kenapa? Seorg penagih pil kuda yg ditangkap hanya perlu membayar RM700 kpd polis yg boleh dirundingi,kemudian polis itu akan menukar air kencing ketika di bawa ke jabatan kimia.Keputusannya nanti tentulah negatif. Lalu penagih itu akan bebas dari tuduhan kerana tiada bukti,dan meneruskan aktivitinya iaitu menagih dan mencuri.Pecah rumah berlaku hampir setiap malam. Begitulah juga prosesnya jika berlaku kpd balaci sehingga kpd yg paling atas dlm organisasi meruntuhkan manusia ini. Kerana BN parti yg mengoperasi instrument (perkakas) kerajaan sedang kebingugan dan sudah tidak boleh diharapkan lagi.Dan dialah yg merosakkan sistem kepolisian

Anonymous said...

Bang,

Jangan lupa. Musa Hassan, Rodwan, Mokhtar Abdullah dan Gani Petail semuanya KUDA MAHADEYYY.

Jangan bela dia lebih2 bang!

tebing tinggi said...

Apa kata kita beralih kapada yang jauh berbeda dari tradisi,yaitu 'Melayu mesti mengepalai kerajaan',apa kata kita ubah selera dan merungkai tradisi sekiranya PR dapat menguasai parlimen.
Barisan kepimpinan Melayu yang ada dalam barisan PR tidak begitu menyakinkan ,kebanyakanya EX....EX>>EX....UMNO yang lagu dan iramanya lebih kurang sahaja ,hanya lambang yang berbeda sedangkan orangnya masih sama.

Anonymous said...

Bro Aspan,

Penjelasan Bro mwngenai kejadian mengapa UMNO lama dibunuh dan pemecatan Tun Salleh Abas adalah suatu kebenaran. Saya tahu sdra amat dekat dengan peristiwa-peristiwa ini. Terima kasih.

angkara mamak bendahara menikam kerajaan melayu melaka dulu kini berulang kepada kerajaan UMNO Pok Jib kita. Mamak bendahara moden ini menggunakan suku sakatnya juga nak menjatuhkan Pok Jib - anak buah dia kali ini bernama DEEPAk!

Dengan bantuan petualang-petualang dari orang-orang melayu sendiri termasuklah Musa Musang.

Bat8my

Anonymous said...

Koncing sambil nonggeng bahayo ni bang...buleh tersiram muka sendiri ni. Tu perangai syaitan yang dikenali dan juga yang tidak dikenali tu. Bertambah busuklah jadinya. Oleh itu tak usahlah dibiarkan Najib atau Muhyiddin jadi Perdana Menteri, kita tukar sajalah melalui PRU 13 nanti.

Unknown said...

Kepada pegawai2 tinggi yg dulunya perlaksan arahan kerajaan penipu marilah kita sama2 memohon ampun kpd allah d atas kesilapan yg kita tidak mampu utk mengelak dek kerana kezaliman dan kebengisan org politik yg berkuasa dan dengan sisa hidup yg d kuniakan allah ini marilah kita sama2 memperbetulkan keadaan ini demi kelangsungan hidup anak cucu akan datang sesunggunya allah maha pengampun ....katakan tidak pd umnobn

Unknown said...

T kasih tok pan sejarah hitam d bumi bertuah ini dpt meninsafkan diri kita betapa kerajaan yg memerintah msia selama ini d bentuk dgn cara menipu dan sebagai rakyat yg ada iman dan maruah bangsa tak boleh sama sekali terima pemimpin penipu spt ini.kpd anak muda yg akan mengundi pertama kali pd pru13 penipuan ini d lakukan ketika anda masih dlm buaian jd ayuh kita sinkirkan penipu ini dan konconya yg sdg bermaharajalela d tampuk kuasa dgn cara menipu ini

ordinary malaysian said...

Akhlak dan moral adalah adik beradik. Mereka tidak boleh dipisahkan. Tiada moral, maka tiada akhlak. Nescaya saja.

Tapi, kepada lanun-lanun negara, itu bukan lah isu dan tidak nescaya. Isunya kepada mereka ialah - adakah kau berkepunyaan harta dan benda? Kalau jawapnya 'tidak', maka tidak bermoral lah. Moral pada mereka yang kumpulan ini, adalah berdasarkan pada beberapa kah banyak harta dan benda seseornag mempunyai. Lebih banyaknya harta dan benda yang dipunyai, lebih lah moralnya. Haha.

Kita tak mahu buang masa banyak sibuk sibuk dengan pendedahan Musa Hassan ini. Maklumlah, apa yang 'didedahkan' sekarang bukan yang rakyat tidak tahu menahu sejak dari lama dulu. Soalan nya, kenapa menunggu sampai sekarang baru tiba tiba 'mendedah'? Kenapa tidak menentangan dulu? Kenapa sanggup mengikut atau menuruti dulu? Ada udang disebalik batu sekarang?

Moral memerlukan seseorang berdiri tegak pada kepercayaannya dan tidak mudah dipengaruhi walau apa pun kesan sampingan yang bakal menjadi. Alasan periuk nasi tidak boleh dijadikan sebarang justifikasi. Kalau tidak, atas alasan itu segalanya yang bukan bukan akan terjadi. Seseorang boleh menghalalkan segala tindak tanduk dan tindak lakunya, termasuk membunuh, merompak dan merogol.

Mahathir hanya seorang perdana menteri dan tertakluk juga pada undang undang negara seperti semua rakyat Malaysia yang lain. Kalau pemimpin peminpin kita, termasuk ketua badan polis, ketua badan kehakiman, ketua kamar AG dll bermoral dan bertegak pada prinsip prinsip dan moral tinggi, mereka boleh mengikut undang undang yang berada dan menangkap dan membawa Mahathir kemuka keadilan sekiranya terdapat perbuatan atau percubaan untuk memkompromi sebarang institusi awam.

Sebarang kegagalan bertindak atas prinsip prinsip moral dan undang undang, akan membawa padah kepada integriti sesebuah institusi.

Saya rasa tidak lambat lagi untuk mengambil balik dan memulihkan segalanya yang tidak betul dengan menendang keluar Umno dan memastikan bahawa yang bakal mengambil alih pentadbiran negara tidak diberi peluang mengulangi angkara jahat pentadiran dulu.

Itu semuanya didalam tangan rakyat untuk menentukan. Kita tiada pilihan lain - nasib kita dan anak anak kita terpulang pada kita.

Alternatifnya adalah kehancuran negara bukan dari segi ekonomi tapi juga dari segi moral.

Musa is an ungrateful man said...

Sir,

Please be reminded that it is the same Musa Hassan and A-G Gani Patail who fabricated evidence in Sodomy I. Have you forgotten that Musa was the celebrated Mattress Carrier who planted DSAI’s semen on the stained matters? It is the same Musa Hassan who was the Investigating Officer (IO) who made up stories about the driver Azizan being sodomised in Tivoli Vila and PJ Hilton when the buildng was not even ready!

Musa was the incompetent IO who made so many errors in the investigation paper that the late Judge Augustine Paul had to rule irrelevant to many of the inconsistent evidence before God made Augustine Paul himself irrelevant.

Also be reminded that when Musa was IGP, he was again the main actor in the script for Sodomy II. So let us be very clear of who this Musa Hassan is. Please dissociate yourself from this wolf in sheep’s skin.

Ask yourself why is he now attacking the government as evil whereas he once was its key perpetrator?

Do not forget that it was during Musa Hassan‘s time as IGP that crime peaked to an all time high; the Along syndicate became a national menace; and the Police morale was at an all time low.

Anonymous said...

Bang,

Maklumat ni bagus dihadam oleh mereka2 yang berkuasa dengan menipu @ tak bermoral tuh!

http://ikutsukaakuisa.blogspot.com/2012/12/melayu2-bodoh-gombak-rupanya-spesies-3.html?zx=ba0abffcb254cd36

DAN

Inilah blogger TERSOHOR mereka yang TUKANG interview CURI RAKAM!!

http://addin77.blogspot.com/2012/12/papagomo-bacul-tidak-mahu-mengaku-blog.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+addin77+(addin77)

Yang pekat2 tu telanlah berita2 ni yer, Tebing Tinggi terutamanya!!

Anonymous said...

Bang,

Katak punya lidah panjang bang. Lalat terbang 100m jauhnya pun boleh melekat!

http://paspb2.blogspot.com/2012/12/bodek-brahim-ali-perkasa-buat-kutipan.html

Lidah tu nak dibuat ganti lidah resmi puak tu bang. Puak yang rendah moral lagi menipu dalam PWTC!!

Anonymous said...

Bang,

Musa Hassan belaan Mahadeyyy. Jangan lupa 2010 dia pernah kata akan ada dua letupan di dua kuil!

Dia sedang main jarum ni nak tunjuk baik kunun!

Jangan terpedaya semua!

Malay Gentile said...

Untuk pengetahuan umum sebenarnya semangat UMNO telah beransur2 pupus sejak terkuburnya UMNO lama ditangan Mamak Bendahara.

Untuk terus survive, Mamak Bendahara telah menghidupkan element2 buruk didalam UMNO Baru dan diantaranya adalah seperti berikut:-

a) Melantik & memberi jawatan2 penting kepada mereka yg boleh dipercayai & bukannya dari kalangan yg boleh bekerja. Diantara kesan2 negative yg jelas kita lihat sekarang adalah kebanyakan pemimpin2 dan menteri2 UMNO adalah dari golongan yg tak boleh pakai, bebal, penjilat, bisu dan tidak bertaring lagi.

b) Memperkayakan golongan2 kapitalis elite UMNO seperti Halim Saad, Tajuddin Ramli, Amin Shah, Syed Mokhtar Al-Bukhary Allahyarham Yahaya Ahmad, Samsuddin Abu Hassan & dll.

c) Menubuhkan pelbagai syarikat UMNO seperti Renong, Alam Flora, Bernas, Faber Group, KUB, MRCB, Media Prima, NST, UEM dll. Dengan ini, UMNO berupaya menjana pendapatan kewangan untuk membiayai segala bentuk program dan projek parti khususnya bagi menghadapi pilihan raya yang diadakan.

d) Meminda berbagai2 jenis akta yg menyusahkan Mamak Bedahara seperti akta ISA, akta Tanah, Akta Pehimpunan, Akta Percetakan, Akta AUKU dll.

e) Menyekat perkembangan minda & ekonomi orang2 yg menentang UMNO seperti yg terjadi di Kelantan. Di Kelantan pelabur2 asing tidak dibenarkan melabur di negari tersebut selain dari royalty minyak dinafikan. Kelantan akan dilihat negeri yg mundur dari semua aspek.

d) Melucutkan kuasa raja2 demi untuk mengelakan overlapping kuasa.

e) Memperkukuhkan agensi2 propoganda sekerti BTN, KEMAS, Rakan Muda, PLKN, Penguasaan UMNO didalam Saluran Media (NST, Media Prima & Utusan)

f) Melantik menteri agama didalam kabinet untuk menguasai masjid2 dan mengeluarkan fatwa2 baru.

g) Melantik2 tokoh2 UMNO yg tidak mempunyai kelayakan menerajui GLC.

UMN0 telah sampai ketahap "BUSUK" kerana UMNO telah menyekat perkembangan mental rakyat Malaysia dan orang2 Melayu khasnya dengan memperkenalkan sistem2 lapuk dan lebih teruk dari sistem komunis.

Bagi pemimpin2 UMNO anda semua harus sedar bahawa rakyat bukan lagi bodoh .... kini "BLACKBERRY & APPLE" bukan lagi sekadar buah-buahan.

Aspan Alias said...

Dear Muusa is an ungrateful man,

You are right there. That is why I never fail to tell everyone collaborators for ill intention will never last and they will split in the end.

This is is the best example but Musa's perpetual attacks on the leadership currently helps the rakyat to know the exact and the actual happenings within BN especially under Mahathir's administration.

We don't have to do anything now. They will kill each other bro.

Thnx

muzium padi gunung kheyang said...

Salam ,

Kita tak payah nak tentukan siapa salah...Musa,Mahadeath Gani 4tahil dan rakan2 yang sewaktu dengannya..

mereka ini merupakan watak yang akan menguburkan umno dari bumi Malaysia ini.Biarkan statement mereka beredar dialam maya atau media cetak..

semuanya akan membawa Umno rebah. percayalah hukum kebenaran pasti akan mengambil tempatnya.
bak kata sinisnya....cakap tak guna..tembak pun tak kena...

sejarah melaka nampaknya akan berulang, bagaimana golongan Mamak durjana menjahanamkan negara.

Anonymous said...

"Malay Gentile" your remark is excellent and spearheading Malaysia toward regaining her sovereignity & dignity so as to instill back the love of all Malaysian to Malaysia. Just imagine, what a disgraceful image that the Malay has to bear due to unlawful job done by the Malsy leaders

Anonymous said...

Saudara AA dan bloggers

Pandangan saudara mengingatkan saya mengenai kenyataan yang disebut oleh Lord Atkin, seorang hakim yang berwibawa di United Kingdom, "Power corrupts; absolute power corrupts absolutely." Tanpa clear separation of powers dan check and balance, badan executive memang berkuasa gila.

Monkey Shooter said...

As Salam Tuan Aspan.

Saudara yang budiman.... Musuh kepada musuh kita adalah sahabat kita. Itulah sebenarnya politik. Musa Hassan kini adalah sahabat kita, sampai bila kita mahu mendendaminya? Salahkah dia berubah dan menyokong kita?

Kalau nak harap para pemimpin lama (musuh Maha Kutty) seperti Ku Razali, dah lama Melayu mampus kerana pemimpin begini bukannya ada "telor", takutkan Maha Kutty, lebih dari takutkan jembalang. Manakala Menteri "Perogol Amah" pula hanya pandai menjilat jubur Roswah dan Ahjib Gor aje, yang lain dia tidak tahu kerana maruah dia hanya di hujung pelir sahaja.

Kepada penjenguk blog Tuan AA yang tidak mahu bahasa kasar sikit atau mahu orang lain bawa "Fakta" 1000 buah lori ke rumah mereka, baru nak percaya dan sokong PR, rasanya elok sahaja mereka layari blog "1Malaysia" yang penuh dengan puji-pujian dan sanjungan kepada PM Korupsi yang mereka sanjungi. Untuk Tuan AA, tulisan anda amat jelas dan hanya Melayu Otak Batu yang tak mahu atau tak boleh menerima kenyataan bahawa mereka telah ditipu hidup-hidup oleh para pemimpin UMNO sejak dari setengah abad (50 tahun) lalu. Pergi mampus untuk mereka ini yang tidak mahu memikirkan nasib anak dan cucu mereka jika penyangak ini terus berkuasa.

insafdoh67 said...

slm. Pak AA. Sy nk tnya apa itu MORAL.. Dari sy kecik sy knal Umno.. Mkn minum tido dlm Kandang Org Melayu UMNO.. Psl Moral dia org x peduli. Yang Penting ada Duit. Kami org Miskin dlu x kisah Pemimpin buat ape pun. Xpe r. Dia buat dia tanggung. Org kampung xnk mengumpat berdosa. Kalau buat Jahat kita di ajar bertaubat. Ckp Psl Agama xleh tuduh org Berdosa. Ustaz ckp psl Hadas Besar Hadas Kecil je. Spai leni Masjid Umno crite yg sama je. Jkkk masjid dari muda spai tua duk dgr wat tu le je.. Rakyat curi ayam takut. Report mri tangkap slalu polis.. Org kampung takut. Curi buah pauh.pelam.betik.kerana nk mkn. Bukan mcm pemimpin ckp psl Moral dlm diam sapu KEKAYAAN. Rakyat kampung orgtua kami memang caya puok ni Baik... Dpt tanah lot untuk mereka. Tp masa tu zaman sape. Zaman Tun Razak. Pemimpin UMNO Hari ini mane ada Moral.. Mereka xtau ape itu MORAL. Ckp sje. Semua Ahli UMNO yg sya kenali. kebanyakannya x Moral... Tengok Keluarga mereka dan kroni atau kawan2 mereka. Apakah ini di namakan Moral. Fikirkanlah.. INSAFLAH Kawan...

Anonymous said...

Salam AA n sdr2..

Apa yg telah di buat oleh Mahadir itu...itu lah gerakan zionis n freemason antarabangsa lakukan terhadap anak negeri yg d perintah nya...maka beliau ni lah anak didik zionis mamak dan cara ini lah yg d ikuti oleh UMNO BN skrg ni....WAJIB tumbangkan dan hancorrrkan mereka ni dlm PRU13 ni...jika tidak sampai kesudah mereka akan memperhambakan rakyat di Msia ni....

-hmkaziz-

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Saya amat berharap pakatan rakyat berhati hati dgn musa hassan dan deepak ni.. Seperti macam ada yg tidak kena dengan perlakuan mereka. Kes scorpene pun dah caca marba. Jalan terbaik, promote diri sendiri tanpa baling batu ke rumah orang lain. Perangkap sedang menunggu terutama disaat PRU makin hampir. Hati hati lah.

Anonymous said...

Satu bacaan dan telaah yang amat baik buat generasi muda di dalam UMNO termasuk Khairy Jamaluddin.

Kalian masih hingusan sewaktu tragedi pencerobohan orang politik ke dalam badan perundangan negara kita.

Singkap dan telitilah sejarah ini bagaimana pimpinan UMNO baru dan tidak tulen kini yang begitu kalian sanjung, telah merosakkan negara kita sebegini rupa.

Kita amat perlu kembali kepada semangat UMNO yang asal berteraskan perjuangan, bukannya kewangan.

Dan perjuangan inilah yang kini ditunjangi oleh gelombang Pakatan Rakyat.

Perjuangan kami bagi membela rakyat, sama sebagaimana pimpinan awal negara berjuang membebaskan rakyat dan negara dari British.

FMZ

KEYANG DOT said...

Madeiyy KUTTY Kerala India yg pelingkup sistem Kehakiman.Madeiyy ketika itu selalu rujuk kepada Daim Zainuuddin yg satu kapal.Inilah bapa syaitan...dia selalu berkata apa nama....make fren with the devil whom u know.He himself is the devil!Maka ramailah kroni Madeiyy jadi mcm dia. Dia ni mempunyai karektor yg rendah kepimpinan akhlaknya.Dari segi moral tak ada lah!Ini sedang diwarisi oleh UMNO sekarang yg tidak bermoral! Semua orang UMNO yg baru balik dari PAU nak berperang sekarang.Madeiyy KUTTY juga pencetus 13 Mei.KUTTY ni juga cuba mencetuskan Republik tetapi dia tidak berani menghapuskan sistem beraja!

Lawan tetap lawan dalam PRU.Kita mahu rakyat bangun membenamkan BN jadi pembangkang!Mungkin setelah UMNO menjadi pembangkang, mereka akan belajar moral dan ciri kempimpinan kerana sudah tidak ada Madeiyy KUTTY.


Keyang Dot

Anonymous said...

Musa hassan seperti anjing mahadey..yg disuruh menyalak pada hishmuddin..supaya lorong mukhriz tidak mempunyai semak samun yg akan menyukarkan perjalanan mukhriz...

Mahadey sekarang tengah merancang untuk mukhriz..sambil itu membiarkan dan memberi peluang najib dan naib presedin ameno yg lain merompak duit negara dalam tempoh 5 tahun lagi..

Hanya kemenangan pakatan rakyat dlm pru nnti akan membantut rancangan pengkianat bangsa seperti mahadey...bagi mahadey ameno baru ialah dia punya..tetapi negara malaysia belum tentu lagi...

Sekarang ini jika masalah negara akibat penyelewengan duit negara,ganguan dlm undang undang..pasti nama mahadey terpalit...rakyat telah sedar keburukan mahadey..hanya ahli ameno yg makan rasuah saja buta hati dan mata...

Anonymous said...

Assalamu alaikum tuan.

Kalau dah namanya polis, tambah pula yang bergelar "former IGP", maka kelicikannya juga adalah tetap polis. Dunia risikan, siasatan, penyamaran, under cover,perang psikologi, mencator dan percatoran dan banyak lagi adalah permainan mereka. Setiap apa yang mereka lakukan pasti ada matlamatnya dan mereka bukan bertindak kosong.

Bagi saya, PR memang kena berhati-hati dan jangan sampai mengali lubang untuk memearangkap diri sendiri. Mereka punya umpan yang menarik. Kalau PKM pun mereka boleh jinakkan, tak kan PR tak mampu untuk mereka lunakkan bagi menghadapi UMNO. Mereka punya hubungan terus dengan Perdana menteri dan bekas perdana menteri lalu konspirasi mereka juga bertaraf 5 bintang dan kita tidak dapat mengelak melainkan berhati-hati.

Apa pun menarik rambut dalam tepung kenalah berhati-hati agar rabut tak putus dan tepung tak bertabur. Kita berdoa agar ada keikhlasan dalam hati mereka yakni bekas ketua-ketua polis ni dala menegakkan keadilan dan kebenaran yang akhirnya akan menguntungkan rakyat.

Anonymous said...

salam sejahtera;
biar apapun yang berlaku suatu ketika dulu, jadikan pengajaran. Saidina Umar AlKhattab pernah menjadi musuh nombor satu Islam suatu ketika, tapi beralih kepada Pembela Islam nombor satu apabila menerima hidayah Allah hatta syaitan pun takut melalui lorong atau mengikuti jejejak Saidina Umar. Jadi kita berdoalah agar Musa Hassan memperolehi hidayah dan nur dari Allah untuk menegakkan kebenaran dan menguburkan kemungkaran. Sekiranya beliau mempunyai niat sebaliknya, Allah Penentu Segalanya : "Mereka merancang dan ALLAH juga merancang, dan ALLAH adalah sebaik-baik PERANCANG". Kita jgn bersangka buruk tapi tidak bersalahan untuk merasa sedikit curiga agar lebih berwaspada ; ... mengapa diserang Hishamuddin sahaja, adakah Mahathir bin Mohamad Iskandar Kutty itu 'bersih'... adakah ini ada kaitan dgn Mukhriz dan Muhyiddin??? Isu ini perlu dianalisa dari pelbagai sudut. Harap beliau tidak menjadi seperti Abdullah Ibn Ubay Ibn Salul, bapak segala munafik, menunjuk baik dihadapan Rasulallah tetapi 'syaitan' dibelakang Baginda dan Baginda mengetahuinya cuma tidak mengambil tindakan, elak fitnah kerana umum mengetahui beliau adalah seorang Islam; bimbang Islam difitnah... Begitu juga dlm isu Musa Hassan ini, berilah peluang kpd beliau. Sekiranya terus ditolak, mungkin kita dikatakan prejudis. Rasulallah pun tidak terus menghukum Si Bapa Munafik itu malah diurusi jenazahnya spt muslim yang lain walaupun tempatnya di sana telah dijanjikan NERAKA JAHANNAM; apa salahnya Musa Ex IGP diberi peluang. ALLAH MAHA MENGETAHUI DAN ALLAH MEMBERI HIDAYAHNYA KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKI dan AZABNYA AMAT PEDIH BAGI YANG MENDUSTAINYA.
Semoga kebenaran mengatasi kebatilan.
**p/s : Betoika Pak Aspan, khabarnya MB Mat Hassan NS nak bertanding di Paroi sbb Rantau dah tak selamat dan 'Dato' Sahak Lenggeng' akan buat 'comeback' dlm arena politik Negeri Sembilan... bunyinya menarik sbb ramai politikus UMNO sekarang ni akan 'dikorbankan'. Speaker DUN NS pun akan 'ditamatkan' perkhidmatan di DUN Pertang bagi memberi laluan kepada Pengarah Jbtn Belia Dan Sukan Negeri sekarang ini yg menjadi 'anak emas' MB walaupun beliau tidak begitu disukai oleh orang politik negeri sembilan...
Bolabuh pado yang tonang,
boghonti pado yang toduh,
besilo pado yang ghato... fikir-fikirkan...