22 March 2013

Perkampungan air di Sabah: Jangan hiraukan nasihat Mahathir

Kebelakangan ini terdengar suara-suara yang mendesak supaya perkampungan air di Timur Sabah itu dirobohkan kerana ia boleh menggugat keselamatan dan kerosakan sosial masyarakat dan negara. Antara yang meminta rumah perkampungan air itu dirobohkan ialah Dr Mahathir Mohamad dan bekas Pengarah Akademi Imigresen, Encik Shahul Hamid baru-baru ini.

Shahul Hamid telah meminta supaya disegerakan tindakan merobohkan perkampungan air itu kerana perkampungan itu telah dimasuki pendatang haram yang tidak disedari oleh pihak berkuasa kita. Perkampungan ini juga telah dikatakan memberikan masalah kerana berlaku perkahwinan campur di antara rakyat tempatan tanpa diketahui dan pendaftaran yang betul dengan kerajaan kita.

Perkampungan air ini juga mengakibatkan masalah sosial yang tidak terkawal dan tiada jalan lain selain daripada merobohkan perkampungan itu serta-merta. Pandangan ini adalah lanjutan daripada kemasukan pengkhianat-pengkhianat dari luar dan kejadian di Lahat Datu dan Semporna itu dipermudahkan oleh perkampungan air ini.

Dr Mahathir menganggap perkampungan air ini telah merosakkan pemandangan selain daripada banyak isu keselamatan yang menyelubungi kawasan kampung air itu. Tindakan merobohkan perkampungan itu sememangnya tindakan yang mudah, tetapi itu merupakan tindakan yng tidak holistik dan pandangan orang suntuk pemikiran.

Adalah lebih molek jika keadaan buruk itu diambil kesempatan oleh kerajaan dengan meningkatkan tahap dan taraf perkampungan air itu menjadi kampung air yang tersusun dan ia mungkin boleh dijadikan produk pelancongan yang baik untuk Sabah dan negara.

Dalam tahun lima puluhan dahulu kerajaan kita menghadapi ancaman komunis yang berselerak di kawasan hutan di Pahang dan negeri-negeri yang lain. Hutan kita didiami oleh pengganas-pengganas komunis kerana pada zaman itu adalah zaman darurat.

Tetapi Tunku Abdul Rahman menjadikan tempat persembunyian pengganas itu sebagai tempat untuk dimajukan dan itulah pencetus kepada penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) sekarang FELDA. LKTP diwujudkan pada tahun 1956 untuk mengambil kesempatan daripada pelan menghapuskan pengganas yang tinggal di hutan rimba kita itu dengan memberikan rakyat tanah kepada yang tidak bertanah.

Tunku telah membuka hutan belantara yang luas untuk menghapuskan komunis. Tunku mengambil kesempatan itu dengan memberikan tanah hutan belantara itu kepada LKTP dan memasukkan peneroka-peneroka tanah dan dibangunkan menjadi tanah rancangan yang tersusun. Tunku telah berjaya membersihkan negara daripada ancaman komunis dengan memberikan tanah kepada peneroka-peneroka LKTP itu. Sekarang rancangan tanah itu telah menjadi besar dan merupakan ‘plantation’ yang terbesar di dunia ini dengan nama baru iaitu FELDA.

Pengwujudan FELDA itu merupakan sumbangan besar terhadap menghapuskan komunis selain daripada usaha-usaha keselamatan yang lain. Perkembangan FELDA itu sangat berjaya sehinggakan ramai pemimpin kerajaan yang berniat serong ingin menggunakan FELDA itu sebagai tempat meraih keuntungan peribadi yang besar.

Penyelesaian terhadap masalah kampung air di Sabah itu juga boleh dilakukan dengan membina kembali struktur perkampungan itu dengan baik dan diurus dengan serius untuk membina satu masyarakat perkampungan air yang tersusun. Tetapi selama ini rakyat di tempat seperti ini tidak mendapat perhatian kerajaan sehinggakan tempat ini telah didiami oleh setengah pendatang asing dan berbagai jenis manusia yang membahayakan negara.

Jangan kita dengar nasihat Dr Mahathir dengan merobohkan perkampungan itu. Perkampungan ini boleh ditambah-baik dengan tumpuan diberikan oleh kerajaan. Perkampungan air ini mungkin boleh dijadikan produk pelancongan yang baik dengan rumah yang tersusun dan dipantau oleh majlis tempatan seperti yang dilakukan terhadap penduduk lain di daratan.

Rumah-rumah perkampungan air ini mungkin boleh dibina semula secara tersusun siap dengan bekalan air bersih dan bekalan letrik seperti rakyat lain. Jika selama ini kita ada rumah murah dan mampu milik kepada masyarakat lain, elok jika kerajaan membina rumah-rumah yang mampu milik dan tersusun bagi masyarakat perkampungan air juga.

Alasan kerana keselamatan negara itu tidak relevan kerana di taman-taman perumahan yang mewah-mewah itu juga didiami oleh penjenayah-penjenayah negara yang lebih besar seperti perasuah dan pengkhianatan terhadap harta benda rakyat secara besar-besaran. Penjenayah rasuah yang besar-besar ini juga adalah pencerobohan terhadap kedaulatan rakyat dan negara seperti kesalahan yang dilakukan oleh penceroboh dari Filipina itu. Perasuah juga adalah pengkhianat terhadap Yang di Pertuan Agong kerana ia membahayakan negara.

Jika Pakatan Rakyat berjaya mendapat mandat, masyarakat perkampungan air ini boleh memulakan kehidupan seperti masyarakat lain di Sabah atau di mana-mana. Mereka perlu dididik tentang pentingnya menjaga keselamatan serta mempunyai kad pengenalan dan dokumen-dokumen perlu sebagai rakyat Malaysia yang sah. Diberikan juga tumpuan untuk memberikan pelajaran dan pendidikan terhadap anak-anak mereka sampai ke tahap yang tinggi.

Jika sudah tersusun dan dimajukan tempat ini dengan kemudahan penginapan yang baik dan selesa, perkampungan ini akan dikunjungi oleh pelancong-pelancong luar dan bukan lagi dikunjungi oleh pengganas dan peceroboh-penceroboh persempadanan kita. Elok diwujudkan Perbadanan Khas untuk mengendalikan isu perkampungan air ini dengan pembangunan daripada merobohkannya.

Pendeknya pandangan Dr Mahathir supaya dirobohkan perkampungan ini janganlah kita hiraukan. Dr Mahathir sememangnya mengambil jalan yang mudah untuk penyelesaian apa-apa masalah untuk kepentingan jangka pendek. Kalau diikut nasihat beliau semuanya mesti dirobohkan sebagai penyelesaiannya. Jika Dr Mahathir mahu menyumbang kepada negara, beliau boleh melakukannya dengan berdiam diri sahaja.

Dalam rekod sejarah beliau telah merobohkan UMNO yang asal dahulu, sistem Kehakiman dan perundangan serta banyak lagi institusi-institusi demokrasi negara. Hasilnya inilah yang kita sedang hadapi sekarang….hancur negara dibuatnya.

16 comments:

Anonymous said...

Di Brunai, bukan setakat rumah atas air, sekolah pun atas air. Memang betul sewaktu saya melancung ke sana salah satu destinasinya ialah rumah atas air dan di situ kami menjamu selera dgn hidangan makanan orang Brunai yang lazat dan unik.

Anonymous said...

Pesisiran Sabah adalah kaya dengan minyak... kalau perkampungan air mahu dirobohkan tanda Mahathir melalui PETRON dan rakan nya di Filipina sedang berusha mendapat hak mengeluarkan minyaknya sendiri tanpa melalui PETRONAS..... Itu lah dia Mahathir.

Koi Swee Hing said...

Saudara Aspan Alias,
Ulasan dan idea saudara adalah amat sesuai untuk dilaksanakan oleh sesebuah pemerintah yang bertanggungjawab. Saya bersetuju 100%. Terimakasih.

Anonymous said...

Kalau Mahathir bekas PM yang berguna,dia patut kejam Najib kerana beli kapal selam dan sukhoi mahal mahal tapi seanag senang aje penganas2 Sulu dapat masuk sempadan Malaysia.Saya kena ludah kah gambar muka si orang tua yang berhati busuk ini barulah tekanan darah saya dapat menurun.

Anonymous said...

dari korang sibuk2 nak roboh kampung air kat sabah itu kununnyer dah dimasuki oleh pendatang asing.....ada elok korang kuburkan UMNO/BN dulu ...sbbnyer dah dimasuki dan disarangi oleh penjenayah spt perompak,penyamun,pembunuh dan pengkhianat.........JOM TUKOR...INI KALILAH....

Anonymous said...

Salam Bro,kita janganlah cepat sangat mengkritik pandangan orang lain.Mungkin ada betul dan tidaknya.Jangan terlalu cepat mengambil keputusan.Fikirkan dan bincangkan secara mendalam segala cadangan atau pandangan orang lain.Marilah kita membuka fikiran dan minda kita.Yang buruk kita tolak dan yang baik kita ambil.

Anonymous said...

Brunai, sana ada penempatan rumah atas air yg trsusun. Boleh belajar dari sana.

Alam Flora said...

As Salam Tuan Aspan.

Bagus juga pandangan Mamak Kutty From Kerala tu.... Lepas itu kita robohkan pula KLCC, Litar F1 Sepang, Putrajaya dam Proton yang hanya memberi manfaat kepada segelintir kroni politiking Melayu UMNO dengan menggunakan dana rakyat untuk membangunkannya.

Tamsilannya "ibarat rakyat menanggung bangkai Mamak Kutty yang hidup" menyebabkan rakyat hidup tertekan kerana cita-cita gila beliau yang tiada faedahnya kepada rakyat dan hanya memberi berfaedah kepada kroni.

Anonymous said...

yang wat artikel ni org islam ker yahudi...

Amuraria said...

roboh kampung air lepas tu hantar mamak kutty balik kerala hahaha ! ABU jangan lupa !

giorgio said...

Selamat Sejahtera Datok Aspan,

Wajib kita dengar ucapan Raja Nazrin kerana ucapannya membuka hati di kalangan bukan sahaja Melayu, tetapi di kalangan bangsa2 lain. Saya amat terpegun dan tersentuh apabila mendengar ucapan beliau dari Blog Salehhudin....
Terima Kasih Datok

Anonymous said...

Saya setuju dg pemikiran supaya kg air di sabah itu dirobohkan atau dihapuskan!. Saya pernah bekerja di Sabah. Pernah tinggal di Kg Air Pulau Gaya. Tidak ada seorang pun bajau,kadazan, melayu semenanjung atau pribumi Sabah tinggal di pulau itu. Semuanya org Suluk dari pelbagai suku dan puak.Suluk ini bagaimanapun kiblatnya kpd suku sakat di Sulu sulu,Tawi tawi, Basilan,Zamboanga dan palawan

Memang hasrat org Suluk yg hampir sejuta org dg niat satu hari nanti Sabah tetap diperintah oleh Suluk.Trajedi di Lahad Datu adalah angkara org Suluk yg mendapat IC dari ide Mahathir.Mahathir tidak tahu Suluk lebih kejam dari Komunis!Lihatlah bagaimana org Suluk mencincang mayat polis kita!
Kita selalu berniat baik tapi dg Suluk kita kena berfikir 1001 kali.Sewaktu saya di Filipina dulu, org Philippine tidak bagai chance.Mereka ajar sungguh-sungguh Suluk Laut iniyg dikenal dg MNIF atau MNMF

Untuk keselamatan kita lebih baik semua penginap kg air di Kota Kinabalu,Sandakan,Lahad Datu, Sempurna dan Tawau dipindahkan ke darat utk keselamatan NEGARA.

Ini percubaan saja tapi kita mesti ingat org Suluk jenis Suluk dan bajau laut yg amat pendendam.Jangan terkejut pada satu hari nanti , Org Suluk yg beranak pinak akan mengambil Sabah.Mungkin tidak pada masa sekarang tapi 50-100 thun dari sekarang? kekadang kita ini cuma berteori saja...

Saya sarankan supaya mereka yg respon kpd blog AA ini pergi sendiri menginap di kg Air Pulau Gaya.Bagaimana perasaan sdra ? kemungkinan sdr tidak kembali lagi.

Anonymous said...

yg perasuah, yg curi rompak harta rakyat, yg samun hasil mahsul negara utk memperkaya diri sendiri keluarga dn kroni perbuatan org islam kah yahudi....

Anonymous said...

tak kisah ler nak buek apa pun. yg penting kompomkan adakah semua penghuni atas air tu rakyat malaysia. kalau bukan hantar balik negeri asal. kalau ada ic, periksa dgn teliti pengkalan datanya di JPN untuk kesahihan maklumat. Pastu semak ngan SPR adakah suluk ni pengundi berdaftar... then cuba check ngan Parti Politik mana suluk ni jadi ahli... Jawapannya... Parti Komponen BN. tak caya? pi la siasat!!! Madet memang la nak hapus perkampungan tu... sbb di situ la BUKTI PALING KUKUH PROJEK HARAM IC MADET KUTTY... harap korang nampak isu ni. Madet tak kisah la kedaulatan Malaysia. Madet mana peduli keselamatan Pejuang Negara di Lahad Datu. MADET HANYA PEDULI KEPENTINGAN DIA & KRONI DIA JA!!!! salam jihad. ABU. INI KALILAH...

Anonymous said...

Anon 16:14.00 islam kah yahudi...ingin tahu.

Anonymous said...

Bang,

Bagi saya respon bagi pihak abang kepada TIGA anon berikut:

Anon 15:09 -Idea? Sudah terlalu banyak keburukan yang berlaku namun mamak kutty kata dia 'LEPAS TANGAN'. Dia mana nak ambik pertanggungjawaban, selain menuding jari kat Paklah dan DSAI.

Pun ko nak dengar lagi idea2 busuk dia?? Apsal bodoh sesangat??


Anon 16:14 - Yahudi? Udah ko baca rahsia hitam mamak kutty neh? Sudah ko selami sejarah 'perjuangan' dia dengan mula2 lagi, seawal tahun 1968, dia sudah menjalin hubungan dengan Yahudi di Harvard Business School. Guru politik dia adalah Henry Kissinger. Baca Biografi Henry Kissinger oleh Walter Isaacson, anda semua tahu sapa bersujud paling awal dengan Yahudi!


Anon 17:51 - Ko dah kaji sejarah Sabah? Dah tahu asal usul Kerajaan Kesultanan Brunei, Sulu dan Maguindanao? Apakah hubungan antara mereka? Adakah sultan2 ini lanun?
Sejarah politik Sabah bermula dengan Usno >> Berjaya >> PBS >> Umno dah tahu?

Hero melayu mana yang bagi IC kepada orang luar untuk adakan suasana kat Sabah dan di Pulau Gaya tu?? Adakah dia DSAI seorang sahaja?? Kan ini yang umnooo nak bagitau seluruh alam bahawa DSAI adalah punca keadaan kalut di Sabah?? Bukan begitu?

Inilah akibat adanya ko BERTIGA, tak abis2 nak selamatkan petualang dari kerala neh.

TAK CUKUP LAGI KER KERUNTUHAN YANG SUDAH BERLAKU DALAM NEGARA HASIL KERJA TANGAN DIA???