BN masih dalam kegelisahan. Hari Jumaat yang lepas, saya telah mendengar apa yang dikatakan oleh juruhebah radio
yang mereka sedang menunggu pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri
pada bila-bila masa sahaja semasa itu. Dalam hati saya “at last, Najib is brave
enough to dissolve the Parliament”. Saya terus sahaja berhenti di tempat makan
untuk makan tengah hari. Jam semasa itu sudah 3 petang kerana agak teruk juga
keadaan di jalan raya selepas solat Jumaat itu.
Saya pun tertunggu-tunggu untuk
mendengar pengumuman itu dan saya tidak berhenti-henti menerima sms dari
rakan-rakan memberitahu saya yang PM akan membuat ‘press conference’ untuk
pembubaran Parlimen tetapi sampai ke malam hari tiada juga pembubaran itu. Pada
malamnya dalam perjalanan ke Sekinchan untuk
berceramah, saya telah mendapat berita apa yang dikatakan oleh juruhebah radio
itu tidak berlaku dan pihak berwajib telah menafikan berita pembubaran itu.
Pagi tadi saya telah difahamkan
yang BN masih mempunyai masalah besar yang belum dapat diselesaikan. Masalah
‘inter-party’ dan ‘intra-party’ masih menyelubungi BN dan pengumuman itu terpaksa
ditunda lagi. Seorang sahabat saya dari UMNO memberitahu saya, “jangan susah,
pilihanraya akan diadakan juga, percayalah...selewat-lewatnya sebelum dunia
kiamat, Najib akan umumkan tarikh pilihanraya itu,” dalam mood menyindir.
Saya selalu menulis tentang isu
ini dalam penulisan saya sejak setahun yang lalu. BN sesungguhnya mempunyai
masalah pembahagian kerusi. MCA terlalu meminta-minta kerusi yang lebih
sedangkan parti itu tidak mendapat sokongan lagi. UMNO sebenarnya sudah
menganggap MCA ini sebagai ‘baggage’ yang besar dan tidak boleh mendapat kerusi
yang terlalu banyak. Malahan mengikut pandangan ramai ahli-ahli UMNO sendiri
berpendapat membawa MCA bersama merupakan satu beban yang besar.
UMNO sendiri sudah tidak berdaya
menanggung bebannya sendiri, tetapi ditambah pula dengan bebanan yang diberikan
lagi oleh MCA dan rakan-rakan kongsi yang lain dalam BN itu. Itu masalah
‘inter-party’. Bagaimana pula dengan masalah ‘intra-party’ dalam UMNO dan MCA
itu sendiri? Apa yang saya jangkakan dahulu sudah terbit buktinya. Dulu saya
selalu mengatakan kalau hendak tengok macam mana seriusnya perpecahan di dalam
UMNO itu tunggu pilihanraya sampai.
Saya telah memberitahu yang
sejurus sahaja nama-nama calon diumumkan UMNO akan berpecah lagi. Sabotaj
terhadap parti oleh ahli-ahli dan pekerja pilihanraya mereka sendiri akan
memainkan peranan untuk menjatuhkan calon parti mereka. Mensabotaj parti itu
merupakan budaya yang tegar dalam UMNO sejak sepuluh tahun dahulu
sekurang-kurangnya. Kalau apa yang saya katakan ini tidak benar, masakan Dr
Mahathir telah memanggil pimpinan peringkat bahagian seluruh negara datang
secara bergilir-gilir untuk mengangkat sumpah untuk tidak mensabotaj parti dalam pilihanraya kali ini.
Apa semuanya ini? Kalau terpaksa
mengangkat sumpah di depan Dr Mahathir yang mereka tidak akan sabotaj parti, itu
menunjukkan yang UMNO pada hakikatnya sudah mati keseluruhan semangatnya.
Jika UMNO menghadapi masalah di kalangan ahli-ahlinya sendiri, bagaimana parti
ini diberikan mandat pula? Jangan sekali-kali memberikan sokongan kepada parti
yang bermasalah kerana mereka tidak akan mentadbir dengan betul jika mendapat
mandat nanti.
Isu pemilihan calon masih tidak
dapat diselesaikan bagi setengah kawasan yang diwakili oleh UMNO dalam
pilihanraya ini. Sedangkan masalah UMNO di Perlis, negeri yang terkecil dalam
negara itu pun tidak dapat diselesaikan, bagaimana hendak menyelesaikan
masalah UMNO di seluruh negara? Selagi pimpinan UMNO takut kepada ‘warlords’
yang sedang mengambil kesempatan semasa UMNO dalam krisis ini, masalah tidak
akan selesai walaupun pilihanraya sudah diumumkan.
Blog ini selalu menasihatkan agar
UMNO menumpukan terhadap masalah dalaman mereka sendiri daripada menumpukan
tenaga untuk ‘mengerjakan’ pihak pembangkang. Dalam pembangkang tidak
menghadapi banyak masalah seperti yang dihadapi oleh UMNO. Lim Kit Siang hendak
berpindah ke Gelang Patah dalam pilihanraya kali ini tidak menghadapi masalah.
Penghijrahan pemimpin-pemimpin
DAP dan PAS ke Johor itu menunjukkan yang pemimpin pembangkang berani menghadap
risiko semata-mata untuk mementingkan demokrasi untuk kebaikan rakyat dan
negara. Menang kalah bukan ‘ultimate’ bagi pemimpin-pemimpin ini. Yang terpenting
ialah untuk mendidik rakyat untuk melangsungkan demokrasi dengan sepenuhnya.
Sallahudin Ayob sanggup meninggalkan kawasan selamat di Kelantan untuk
memperjuangkan semangat demokrasi itu.
Kalau dahulu pemimpin-pemimpin
dari negeri lain berhijrah ke Kelantan tetapi sekarang keadaan sudah terbalik. Pemimpin
dari Kelantan pula yang kembali ke Johor untuk meningkatkan perjuangan seperti
juga yang dilakukan oleh Lim Kit Siang. PAS dan DAP adalah parti yang hidup dan
berkesan. Sebaliknya, UMNO menghadapi masalah-masalah yang masih tidak
selesai kerana kali ini merupakan krisis keyakinan yang paling besar mereka
hadapi dalam sejarah kemerdekaan negara.
Kedua-dua parti ini telah
mengalami puluhan tahun zaman susah mereka kerana tekanan parti pemerintah. Sekarang
ini PAS dan DAP sedang menghadapi zaman mudahnya untuk mendekati rakyat dengan
lebih hampir lagi. Hanya media perdana sahaja yang belum lagi membuat perubahan
untuk lebih terbuka dalam menghadapi demokrasi yang kian hari kian menjadi
tuntutan rakyat. PAS dan DAP sedang mengecapi apa yang disebut dalam
peribahasa, ‘berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit
dahulu, bersenang-senang kemudian’.
Walaubagaimanapun kehendak
rakyat kali ini adalah ‘predictable’. Samada Parlimen dibubarkan esok atau
penghujung bulan April nanti keputusannya tetap sama. Rakyat mahukan perubahan
dan mahukan kerajaan yang baru. Tindakan untuk melakukan perubahan ini,
bukannya satu jenayah.
Dalam pada itu UMNO juga boleh
mencuba untuk melakukan perubahan tetapi semasa mereka berada di luar kerajaan.
UMNO akan merasakan nikmat menjadi pembangkang kerana semasa menjadi pembangkang
parti itu akan berkesempatan untuk meningkat jati diri mereka dan menjadi parti
yang mempunyai perjuangan yang betul.
PAS dan DAP mengalami berada di
luar kerajaan puluhan tahun lamanya. Itulah sebabnya parti-parti itu lebih
mantap dari segi perjuangan mereka.
UMNO akan tetap menjadi parti
yang lebih baik jika parti itu melalui proses memperbaiki diri dengan berada
di luar kerajaan buat satu atau lebih baik dua penggal pilihanraya.
6 comments:
BN harus menerima kekalahan dapam PRU13 ini. Hanya dengan kekalahan BN dapat 'menapis' ahlinya. Sememangnya hukum alam begitu, hanya orang yang kalah akan sedar diri. Kalau masih tidak sedar walau sudah kalah, itu tandanya 'dosa-dosa BN' sudah terlalu berat...
Bang,
'Baca' apa yang Paklah cakap yang bertentangan dengan rasa dan sergahan Mahadeii terhadap Najib!
http://www.malaysiakini.com/news/225353
Berbezakan....
Sejak berdepan Bersih 2 lalu, saya sudah perhatikan Paklah sudah akrab dengan Najib. Kenapa? Kerana mereka berdua sudah dapat rasai nasib mereka adalah serupa. Nasib menjadi bahan gunaan buat Mahadeii untuk sementara waktu sahaja DAN ikut sedap rasa dia sahaja!
Sejak 2010, Mahadei sudah cucuk Najib untuk buat PRU 13. Kini sudah 2013, Najib masih membeli waktu secara degil untuk 'melawan' Mahadeii.
Kita tunggu wayang terus berputar2....
Satu cara untuk menguatkan parti adalah melalui proses muhasabah parti iaitu semangat juang ahli-ahlinya.
Pilhanraya di malaysia ini semacam malam lailatul qadar. ketibaannya ditunggu tapi tarikh yang tepat tidak diketahui..
sekurang2nya,lailatulqadar punya klue, pada 10 mlm terakhir ramadhan, beribadat dengan ikhlas, nescaya anda akan mendapat pahala dan ganjarannya.
tapi malangnya pru di malaysia, tak punya klue langsung, dan pm pulak berlagak seperti tuhan, hanya dia sorang yang tahu bila kah masa itu akan sampai?? tidak kah zalim tuhan pada penganut ubn berlagak seperti itu?
oh malaysia tanah air ku...
Salam,
Yang peliknya sana-sini pimpinan UMNO kata rakyat sudah beralih arah ke BN. Sana sini kata BN akan menang akan majorit besar. Kenapa dalam TV kata ratus ribu hadiri ucapan PM Najib?
Kalau dah rasa yakin, maka kenapa melambatkan bubar parlimen?
Kalau dah rasa yakin BN dapat sokongan, kenapa tak berani berdebat secara LIVE dalam TV? Kenapa UMNO kata belum masanya lagi untuk debat LIVE? Kan ini sudah abad ke21? Ini UMNO hidup dalam guakah?
Cara UMNO sebenarnya sudah lapuk dan ketinggalan zaman, macam Stone Age.
Pak Aspan...saya komited,pakatan rakyat akan menubuhkan kerajaan selepas pru 13 nnti...In sya Allah..
isu pengundi hantu..terutama oleh pendatang asing hendaklah di beri keutamaan oleh pakatan rakyat..kerana rakyat malaysia telah bersatu hati untuk menolak barisan nasional..Amaran keras hendaklah di beri kepada pendatang asing supaya tidak menerima ajakan pihak bn untuk menjadi pengundi hantu...
Isu lahad datu juga,adalah sebahagian dari pengundi hantu..supaya pengundi hantu diiringi oleh pihak kesalamatn ketika membuang undi..agar tidak berlaku kebocoran rahsia..bawaha terdapat ramai pengundi hantu nnti...
Post a Comment