Sejak lama dulu saya tidak pernah
gagal untuk mengingatkan semua dalam tulisan saya yang UMNO sudah hilang punca
dan tidak mungkin dapat mengenali perjuangannya lagi. Puluhan kali saya
nyatakan yang UMNO sudah hilang segala-galanya, dari rupanya, ‘form’nya dan
perjuangannya. Justeru parti itu tidak akan lagi relevan untuk dijadikan
sandaran rakyat untuk masa depan semua. Yang lebih dari itu UMNO sudah hilang
identitinya, maka sekaligus UMNO sudah tidak ada lagi ‘legitimacy’ untuk
memimpin apa-apa pun.
Semasa saya mula-mula menulis
tentang isu ini berbagai ancaman yang saya terima dari entah siapa dalam blog
saya ini membidas dan melemparkan berbagai bagai tuduhan peribadi terhadap
saya. Tetapi keyakinan diri saya terhadap kebenaran apa yang saya katakan membuatkan
saya bertambah kuat untuk bertahan kerana saya percaya apa yang saya katakan
semasa itu akan sampai bukti kebenarannya. Saya hanya mendengar nasihat dari
beberapa orang sahabat yang rapat secara peribadi dan kesemuanya meminta saya
melihat ke dalam dan lakukan introspeksi diri secara intensif.
Kesemua di antara sahabat-sahabat
saya telah menasihatkan saya, jika saya kekalkan kebersihan dalam pemikiran (purity
of mind), secara ‘natural’ perjuangan untuk menyaksikan perubahan itu akan
terkabul juga akhirnya.
Saya selalu menyatakan dengan
jelas yang UMNO tidak akan kekal lama kerana parti itu sudah hilang arah
perjuangannya. Arah tuju perjuangan parti itu sudah jauh tersasar dan sekarang
tiada seorang pun dalam kepimpinan di peringkat Majlis Tertinggi parti itu memahami
apa yang sepatutnya dilakukan oleh parti itu sekarang. UMNO tidak mampu
berubah. Pimpinan UMNO bukan tidak mahu untuk berubah tetapi mereka tidak tahu
apa yang hendak diubah kerana kefakiran jiwa perjuangan mereka.
Bukti yang terakhir kita saksikan
ialah kegagalan kerajaan untuk membubarkan Parlimen yang sudah sampai ke penghujungnya.
Jawapan kepada soalan kenapa UMNO tidak membubarkan Parlimen itu, ialah kerana
mereka tidak berkeyakinan untuk menang dalam pilihanraya yang akan datang ini. Dalam
masa yang sama mereka tidak mahu mengalami kekalahan. Kenapa UMNO boleh
tidak dapat menerima hakikat menang kalah dalam sesebuah demokrasi itu adalah
perkara biasa?
Selemah-lemah parti pemerintah
dalam mana-mana demokrasi akan mampu untuk menentukan tarikh pilihanraya
umumnya. Australia
telah membuat keputusan untuk mengadakan pilihanraya umumnya pada 14hb Ogos
nanti dan pengumunan ini telah dibuat oleh Perdana Menterinya sebulan yang
lepas. Mereka di sana
akan mengadakan pilihanraya samada mereka menang atau kalah. Itu demokrasi.
Sememangnya itulah cara yang
betul. Memberikan tarikh mengundi itu berbulan-bulan sebelumnya itu akan
mengelakkan daripada rakyat tertunggu-tunggu dan meneruskan spekulasi yang tidak
sihat. Di sini menentukan tarikh mengundi itu dijadikan sebagai kaedah
menunjukkan betapa berkuasanya Perdana Menteri kita. Perdana Menteri kita
beranggapan yang kuasa menentukan tarikh pilihanraya oleh Perdana Menteri itu
dijadikan modal untuk Perdana Menteri itu mempunyai ‘privilege’ untuk
membuatkan rakyat tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu dan keliru.
Akhirnya permainan Perdana
Menteri ini telah memakan tuan dan sekarang rakyat ‘conclusive’ dengan anggapan
yang UMNO sudah terlalu takut untuk memberikan rakyat membuat pilihan. Itu sebabnya
UMNO kian hari kian lemah kerana apabila terasa oleh rakyat ramai yang UMNO itu
takut mengalami kekalahan.
Politik ini adalah ‘game of
perceptions’ dan apabila persepsi rakyat terhadap UMNO itu buruk, maka rakyat
tidak teragak-agak untuk menarik kembali sokongan yang telah mereka berikan selama
ini. Jika UMNO sendiri tidak mempunyai keyakinan diri, masakan rakyat boleh
mengekalkan keyakinan terhadap UMNO itu? Rakyat tidak akan berani untuk
berlindung di belakang parti dan pemimpinnya yang penakut.
Saya selalu berangankan negara
ini memulakan politik dan siasah yang baru bagi mencapai ‘national unity’
kerana itu merupakan ‘ultimate’ bagi sebuah negara yang serius untuk kekal
sebagai negara yang aman dan damai.
Carilah seorang yang
berpengalaman untuk memulakan rundingan di antara pemimpin yang mewakili semua
pihak dan wujudkan sebuah kerajaan yang benar-benar bersih dari elemen yang kotor
seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Carilah ‘Mandela’ Malaysia
yang tidak ada apa-apa agenda untuk dirinya sendiri selain daripada agenda negara. Kita benar-benar memerlukan negara kita
berada dalam kelompok negara yang betul-betul wujud di atas kehendak pencapaian
‘ultimate’ tadi, iaitu perpaduan national (national unity) yang berkekalan.
12 comments:
Kagum dgn tulisan anda...
Jika ketemu "Mendela" Malaysia maka
Ekonomi Malaysia boleh lebih maju dari tahap yg ada malahan berkemampuan mengatasi negeri negeri jiran .
Pak Aspan,
Banyak yang terlalu ghairah dan berkeyakinan PR boleh menang di PRU 13.Di negeri tuan saya lihat Mat Hasan kata BN akan menang besar dan dengarnya LKS mencari nahas di Johor.Bukankah Johor kubu kuat UMNO dari statistik pilihanraya lampau.Den tak cayo yang PR ni boleh meneruskan momentum 2008 dulu.Jangan marah Pak kerana ini pandangan saya yang diatas pagar.
Pengundi Tampin
tuan
Malaysia sebenarnya merupakan sebuah negara yang kaya. sebut sahaja apa yang tidak ada di Malaysia .Minyak, Emas, Kelapa sawit, getah dan yang lain-lain lagi.Rakyat Malaysia sepatutnya tidak ada yang merempat dan dapat hidup dalam keadaan adaan yang aman dan selesa.Kalau diukur daripada hasil yang kita ada Malaysia sepatutnya lebih kaya dan maju daripada Singapura tetapi semua itu hanya impian sahaja kerana adanya UMNO.ptuieh....ptuieh
Nak jadi pemimpin dlm umno payah kerana mesti ada duit banyak kerana ideologi umno berteraskan rasuah. Manakala nak jadi pengikut umno pula pemimpinnya penakut dan tidak ada integriti.
Kita dah ada pemimpin itu, orang yg pernah didera secara fizikal dan kini secara mental tapi masih boleh bertahan.Inilah lah sebenarnya pejuang sejati!!!!
Lontaran tulisan yang begitu tepat bagi mengambarkan apa sebenarnya yang berlaku...idea2 yang bernas dan mantap..sewajarnya di terima oleh parti itu...terimalah hakikat bahawa segala keindahan itu akan berakhir..itu norma putaran roda perjalanan sebuah parti ....dah lama berada dalam zon selamat dan kini tiba masa untuk bye2...hehehehe
Terasa saya yg AA punya kejujuran utk selamatkan rakyat Msia drpd peminpin ada kepentingan diri dgn menyalahguna kuasa yg boleh merosakan segala2nya. Peminpin yg betul bukan nya satu pilihan tetapi satu kemestian kerana jika tidak diri peminpin akan dpt padah nya. Cuba buka sejarah Islam, peminpin yg agong ini selalu kata kalau nampak apa2 yg tak betul tolong bagitahu kerana mereka tahu yg diri mereka sendiri akan juga terima padah nya.
Najib memang penakut.
Pak Lah walaupun 'Flip Flop' berani juga membuat keputusan biar pun bengap. Najib selalu 'undecided', rakyat melihat ini sebagai suatu kelemahan. Pakatan Rakyat mengeksploitasi kelemahan Najib dalam membuat keputusan ini walaupun dalam perkara kecil seperti tarikh pilihanraya ..
Najib memang lemah.
Ku li akan bertanding guna tiket pas jika tak dicalunkan bn di gm. Haeap dia tak jadi katak dari pasir mas. Aspan tolong jaga bekas bos u.
Bekas 46
Dato sak dah sah jadi calun di raub. Sure menang. Saya org raub. Aspan bila u nak diumumkan.? Harap dapat kerusi state. Jadi mb.ini doa kawan lama.
Asalam.. tuan Aspan,
SU Agong DAP YAB Tuan LGE telah menamakan Dato Arif Sabri aka Sakmongkol sebagai calon Parlimen Raub, saya sangat sangat berharap agar Tuan LGE menamakan tuan Aspan samada calon perlimen atau pun Dun di N9
Tuan,
Nak derma sedikit tetapi bagaimana? Tolong bagi maklumat.
RM5, 10, 15, 50, 100, 1000 .... atas kemampuan dan keikhlasan masing-masing.
Post a Comment