08 March 2013

Najib masih Perdana Menteri tidak dipilih rakyat

Pilihanraya umum tidak juga sampai sedangkan waktu tamatnya penggal ke-12 ini sudah hampir ke penghujungnya. Isu pencerobohan di Lahat Datu dan Semporna mungkin dijadikan sebagai isu yang menghalang pilihanraya tidak diadakan sampai ke penghujung penggal. Kita tidak nampak kenapa pilihanraya masih tidak nampak bayangnya akan tiba.

Kalau ada pun bayangnya ialah dengan melihat BN melakukan serangan terhadap pimpinan pembangkang dengan tidak beretika dengan sumpah seranah yang dibawa oleh media perdana setiap malam. Najib yang bercakap besar itu tetap dan masih seorang Perdana Menteri yang tidak dipilih rakyat.

Dalam isu Lahat Datu dan Semporna ini apa yang perlu dilakukan ialah untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada pasukan keselamatan, samada Polis mahupun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau pihak-pihak keselamatan yang lain. Kalaulah isu mempertahankan kawasan dan persempadanan kita diberikan pihak keselamatan untuk menyelesaikannya mengikut tatacara yang sedia ada saya yakin isu ini telah selesai dengan lebih mudah lagi.

Jika masalah di Sabah itu berlarutan pasukan keselamatan tetap akan menjalankan tanggungjawab mereka terhadap negara walaupun siapa yang memerintah negara kita selepas pilihanraya nanti. Angkatan Tentera, Polis dan yang lain-lain itu adalah penjawat awam yang ‘professional’ dan tugasnya ialah untuk memberikan khidmat kepada ‘government of the day’ tidak kira Pakatan Rakyat atau BN yang memerintah.

Tetapi oleh kerana ada pertimbangan-pertimbangan politik dan mungkin pertimbangan kewangan maka ‘professionalism’ yang ada kepada pasukan keselamatan kita mungkin telah terganggu dan membawa ‘stand off’ itu berlarutan sehingga hampir tiga minggu lamanya. Apa yang dirundingkan oleh kerajaan dengan penceroboh itu Tuhan sahaja yang tahu. Bagi UMNO dan BN pilihanraya mesti diadakan secepat yang mungkin kerana yang patut berlalu itu biarkan ianya berlalu dan yang mendatang tetap kita laksanakan mengikut kehendak sebuah negara demokrasi yang sudah sepatutnya masuk ke zaman dewasanya.

Kita mesti faham yang kemerdekaan selama lebih dari lima dekad itu sudah sepatutnya melepasi tahap yang tinggi etikanya dan tidak seperti apa yang kita lihat pada hari ini. Hari ini demokrasi itu membolehkan sesiapa yang berkuasa melakukan apa yang mereka suka tanpa mengambil kira perasaan dan kemahuan rakyat. Jika benar yang rakyat mahukan perubahan pimpinan adalah berwajib bagi kerajaan memberikan apa yang dikehendaki oleh rakyat sekarang, iaitu kesempatan membuang undi bagi melepaskan manifestasi mereka melalui peti undi secara demokrasi sebenarnya.

UMNO mungkin mengalihkan pandangan rakyat buat sementara waktu dengan menggunakan isu Lahat Datu sebagai alasan untuk penangguhan pilihanraya itu. Penangguhan itu tidak memungkinkan UMNO boleh melekakan rakyat dengan isu itu kerana apabila sampai waktunya keputusannya tetap sama. Dalam situasi sekarang ini, semangat rakyat yang sedang dalam penantian untuk perubahan itu sudah tidak dapat disorokkan lagi.

Isu Lahat Datu itu biarkan pasukan keselamatan kita mengendalikannya. Kita mesti ingat yang negara kita adalah satu-satunya negara yang telah berjaya memerangi peperangan gerila dan tidak dialami oleh negara lain termasuk Amerika Syarikat. Kuasa besar AS telah terpaksa mengundurkan tenteranya dari Vietnam kerana kekalahan dalam peperangan gerila itu di sana.

Sebaliknya Malaysia merupakan satu-satunya negara yang telah berjaya menumpaskan kumpulan gerila semasa zaman negara kita diancam oleh pengganas komunis yang menggunakan tektik peperangan gerila terhadap kerajaan kita dahulu. Bagi saya, kita tidak perlu merasa curiga dengan kemampuan pasukan keselamatan kita dalam menghadapi taktik gerila yang dilakukan oleh pengganas Sulu ini terhadap kita. Tetapi hanya satu persoalan yang menjadi tanda-tanya kita, iaitu kenapa di negara kita terutamanya ATM tidak ada lagi wujudnya pasukan yang mahir dalam peperangan gerila ini?

Berlakunya insiden di Sabah ini memungkinkan UMNO itu bertambah hilang keyakinan rakyat terhadapnya, tetapi waktu pilihanraya sampai ia mesti dilaksanakan. Kita tidak ada masa lagi untuk bermain-main dengan perasaan dan kehendak rakyat ini. Jika pilihanraya diadakan dua tahun dahulu seperti yang diwar-warkan oleh pihak BN kejadian di Sabah ini tentunya berlaku jauh lebih lama selepas pilihanraya itu.

Tetapi dengan penangguhan ini UMNO tidak dapat memberikan alasan lain selain daripada takut kepada kekalahan. UMNO menangguhkan pilihanraya ini untuk mencari jalan dapat membetulkan persepsi rakyat sementara penggal parlimen itu masih ada. Tetapi hasilnya sudah terbalik. Lebih lama ditangguhkan lebih besar masalah yang datang menimpa parti pemerintah kita.

UMNO mesti menerima hakikat kemungkinan parti menghadap kekalahan kali ini adalah besar tetapi ia tidak boleh mencari alasan yang munasabah lagi untuk menangguhkan pilihanraya ini.

Apa pun keputusannya UMNO perlu redha menerimanya. Jika sampai waktu berehat di petak pembangkang, berehatlah sampai rakyat kembali memberikan keyakinan terhadap mereka. Sementara itu biarlah rakyat memilih pihak yang lebih meyakinkan dahulu.

Rakyat sudah tidak sabar untuk keluar mengundi sekarang ini. Sekarang ini rakyat sudah memahami yang kuasa itu adalah kuasa mereka bukannya kuasa UMNO untuk memilih sesiapa, kerana UMNO itu sendiri adalah parti yang bersama-sama menawarkan diri untuk dipilih semula jika mereka (UMNO) masih laku di pandangan mata rakyat.

Kalau benar UMNO itu sudah kembali kuat seperti yang dikatakan oleh Najib dan seluruh kepimpinan UMNO itu, tidak ada sebab penangguhan ini berlarutan tanpa penghujungnya. Bubarkan sahaja Parlimen dan semua Dewan Legislatif negeri-negeri, rakyat tahulah untuk memilih siapa untuk dimandatkan memerintah penggal ini.

Baik buruknya biar rakyat menjadi penentu.

20 comments:

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah, tepat sekali ulasan saudara. Malah, hari ini, genap sudah 5 tahun penguasaan UBN ini yang turut menyaksikan tragedy rampasan kuasa dalaman setahun kemudian gara-gara penyangak terkenal itu. Justeru, demi mengekalkan kuasanya (Najib) yang memang belum beroleh "endorsement", ditambah kes jenayah antarabangsanya yang semakin terserlah, dia sekat hak kita; dengan makna lain, dia nak kita bertuhankan dia sebenarnya, sebagaimana Mahathir. Ya, mungkin pandangan saya ni melampau; tapi, itulah hakikat sebenarnya, kan?

Satu kisah lagi untuk dikongsi: Kalian bolehlah merujuk akhbar Harakah Daily dalam ruangan "Column" mengisahkan betapa rendahnya martabat dia ni sehinggakan perhimpunan asnaf bersama ulama' dan umara' di Stadium Bukit Jalil tiga hari lalu turut menjadi pentasnya untuk melagakan sesama saudara seagama. Justeru, inikah dia yang dikatakan pemimpin Negara Islam? Sebab itu, saya bersyukur benar, Alhamdulillah, walaupun saya turut tersenarai sebagai antara asnaf untuk majlis semulia itu, tetapi, atas permasalahan teknikal daripada penganjur, akhirnya saya turut "terhalang" daripada menyertainya, sekaligus turut menghalang saya daripada mendengar pidato insan yang telah kematian qalbu ini ... Bayangkan, dalam suasana kediaman kita diceroboh, dia masih boleh lagi berseronok dan mencari "publicity" murahan? Kalau begitu, dia ni, sah, tergolong antara golongan OKU walaupun sempurna fizikalnya ...

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...


Baik buruknya biar rakyat yang tentu.
Hanba stuju.
Kami sudah jelas sipa paling layak untuk tadbir-urus negara. Tunggu bubar sahaja.
Kini kami sangat suka dengan perkataan yang dipopularkan dari sabah..
Ini kali lah.

PokAmid said...

"Kalau benar UMNO itu sudah kembali kuat seperti yang di katakan oleh Najib dan seluruh kepimpinan UMNO itu".... Aku nak ketawa besau. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH.
Kuat kelentong rakyat, itu aku setuju dengan Najubbb!

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Pelik lagi ajaib bagaimana PM Malaysia tanpa mandat rakyat ini bakal dicalonkan lagi sebagai calon PM Malaysia oleh UMNO BN walhal sudah terbukti Najib Razak ini terlalu banyak terbelit dengan masalah dan skandal.

Bagi sesiapa saja yang rasional, Najib sebenarnya adalah calon dalam senarai teratas BUKAN sebagai " winable candidate " berbanding ratusan calon lain dalam UMNO BN. Tapi itulah UMNO BN...calon paling bermasalah tidak saja dalam UMNO BN tetapi juga di Malaysia ini tetap melepasi tapisan SPRM.

Bagaimana mungkin seseorang yang didakwa dalam SD serta mempunyai saksi jelas yang dikatakan terbabit dalam pembunuhan Altantuya boleh dipilih oleh UMNO BN untuk bertanding malah bakal diberi peluang menjadi PM?. Orang Melayu khususnya pencacai UMNO BN yang masih menyanjungi Najib Razak ini sebenarnya menempah malang dn musibah buat Malaysia.

Pada saya inilah calon PM paling " durjana " di dunia yang pernah dikemukakan oleh rakyat sesuatu negara untuk menjadi pimpinan negara. Memang Malaysia BOLEH ! Hancur lebur Malaysia lambat laun kalau UMNO BN tidak segera ditumbangkan kerana segelintir Melayu spesis UMNO masih berterusan menyanjungi pimpinan HAPRAK yang diselaputi DOSA BESAR !

Dalam kedudukan sebegini...menolak UMNO BN sudah menjadi WAJIB. Tidak dapat tidak UMNO BN harus ditumbangkan hatta dengan apa cara sekali pun jika rakyat Malaysia tidak mahu negara ini akhirnya tumbang oleh sekelompok manusia manusia bermasalah ini.

Mahathir Mohamad yang telah menggadai keselamatan negara melalui anugerah ic segera kepada warga asing WAJIB dihukum seberat beratnya dan ini hanya boleh dilakukan dengan memenangkan PR. Telah disebut bahawa dikalangan penceroboh Sulu..adalah mereka yang memiliki ic Malaysia. Inilah hasil kerja durjana manusia bernama Mahathir Mohamad. Masihkah mahu kita biarkan manusia petualang ini lepas bebas begitu saja????.

Anonymous said...

Sistem pemilihan kita tidak pernah memungkinkan rakyat menentukan PM, cuma 2000 perwakilan UMNO enjoying that privileges. The corupt 2000 who visit Lorong Haji Taib "soft" merchandise during their AGM pemilihan.

Anonymous said...

hari ini dalam sejarah,Malaysia membuat 1Sejarah hari ini kerana tiada seorang PM yang pernah menghabiskan tempoh penggal pemerintahan di negara Malaysia.Yang pelik ialah penggal Yang dah sampai ke penghujung ni BUKAN milik PM sekarang.
it was Pak Lah mandate but the problem lied with this Thick Skinned LaCheat who still want to'occupy' Putrajaya without gaining it by himself

Anonymous said...

Setiap apa yang sdr tulis diruangan ini tidak pernah saya tertinggal untuk membacanya ..saya rasa amat puas skali..sekarang baru diketahui bahawa bertapa bobrok nya cara pemerintahan yang ada..

Anonymous said...

Betul tu, biar pasukan keselamatan menjalankan tugas dengan Jeneral-Jeneral mereka. Sekejab saja beres penceroboh laknat tu.

Anonymous said...

SalammSdr Aspan;

Nasiblah kita di Malaysia terpaksa menerima PEAM pilihan makhluk yang tinggal busuk sampai keusus.

Najib PEAM????

Ingat jika dah berkuasa nanti tentang pilihan PM ini kena fikir dan rombak...... Myi

Orang Miskin Mersing said...

Pak Aspan,

Dapat tak berita bapa Saiful Bukhari buat statement kes liwat hanya sandiwara untuk jatuhkan DSAI?

Ini baru namanya pecah berita dengan pecah panggung sekali.

Ini kes sama macam PI Bala dan Deepak..duit tak settle jadi kena lah dedahkan konspirasi.

Anonymous said...

Najib : Bermasalah kerana prestasi PRU 13 merudum.
Hishamudin : Bermasalah kerana Prestasi isu Lahat Datu.
Zahid : Bermasalah kerana Isu duit LTAT.

Pemilihan Presiden UMNO masa akan datang.

Shafie vs Tg. Razaligh

Moralnya : Pemimpin UMNO tandus

aidono said...

Assalamualaikum Pak Aspan dan semua.

Masihkah kita ingat bahawa Dr. Maza pernah dalam satu ceramahnya yang diupload ke youtube mendedahkan, bahawa beliau diberitahu oleh seoarang "orang Besar" TUDM bahawa jet pejuang (kapal terbang) tentera udara kita ni jika berlaku sesuatu kepada kelelamatan negara (contoh kes Lahad Datu) hanya 5 buah shj yang boleh digunakan.

Dah terbuktipun, haritu mereka gunakan air asia untuk pengankutan tentera ke Lahad Datu. Apa punya turr. Tok leh rok. Aduhai negaraku.

Anonymous said...

Lahat Datu kawasan Ahli Parlimen siapa ?
Berapa luas ladang sawit Shafie Afdal ?
Kebun Sawit siapa antara tempat pasukan Penceroboh beroperasi?
Berapa ramai pekerja Kebun Sawit terdiri dpd PATI pilipino.?
Siapa yg bawa masuk Pati di Lahat Datu.?

Anonymous said...

Kenapa polis yang berpangkat tinggi mati lebih awal dari polis berpangkat rendah?

Bagai mana bagitu mudah polis yg ditugaskan membuat risikan masuk dalam kelompok pencoroboh?

Adakah polis yg mati itu polis yang sama dalam Isu yg didedahkan oleh Deepak?

Anonymous said...

Mcm mana nak bubar da, asyik timbul kes baru yg ada kaitan dgn Pok Jib. Skrg ni ingat ks lepas Bala tak de cerita dah rupanya satu satu timbul. Apa lagi pak aspan lepas kes Bapa Saiful ni?

Anonymous said...

Pak Aspan,

Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.

financetwitter said...

Sir,

What Are The Lessons Learned from Sabah Invasion?

Hamzah said...

Tragedi Lahad Datu digunakan dg sebaiknya utk mengalihkan tumpuan Rakyat.Hilang sekejap isu peribadi Najid.Ini yg Najib mahu! Rakyat senyap tidak membicarakan isu Deepak dan BALA.Barulah Najib dan mak Mah boleh tersenyum puas.

Semua Media Perdana menyiarkan berita Lahad Datu.Lagi gelak sakan lah Najib,Hishamuddin dan Zahid.Tiap-tiap hari gambar yg sama direcyclekan.Pertemuan Najib dg Sultan Sulu di manila tidak pernah disiarkan.Ini bahaya....bobby trap!

Sekarang datang lagi pengakuan Bapa Saiful mengatakan DSAI telah menjadi mangsa fitnah!Berita ini memeningkan Madeiiyy mamak tongkang KERALA!Kes madeiiyy menyumbatkan Dsai ke dalam penjara.Dsai telah dihentak oleh Rahim otak dilutut dg berbinjul mata Anwar!

Itulah kehebatan Madeiiyy menggunakan approach klasik Goebbles." if u repeat a lie often enough it becomes the truth.I u tell a lie big enough and keep repeating it,people will eventually come to believe it.Apa pun mesti kena ada BUT.For the truh is the mortal enemy of the lie and thus by extension,the truth is the greatest enemy of the State.Ini yg telah terjadi kpd Madeiiyy kerana dia banyak membaca buku-buku bersabit HITLER.Sekarang ini telah ramai general-general ATM dan Ketua Polis menyebelahi PR.

Kes Lahad Datu telah digunakan oleh Najib yg Tian Chua ini adalah tidak bertanggung jawab dg statementnya.Maka utusan dan TV 3 sibuk menyiarkan muka-muka NGO,Askar,polis dan orang-orang UMNO yg mengaku orang awam dan begitu juga MCA menghentam Tian Chua. Goebbles tersenyum puas kerana tektiknya telah diguna pakai oleh UMNO bermula dari Madeiiyy Mamak tongkang KUTTY dan Najib!

bagaimanapun kebenaran akan menjelma juga.Kehebatan IT pada masa ini telah mebongkarkan penipuan ,kebohongan,kelentongan dan talam dua muka oleh pemimpin-pemimpin UMNO.Ini ditakuti oleh UMNO.Rakyat telah tahu brapa banyak duit yg Madeiyy dan Najib telah dapat dari kerja klasik Goebbles.

Hamzah

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Many lives might have been saved if Prime Minister Najib Tun Razak had apprehended the armed Suluks in Lahad Datu

Ontahsaponamo said...

Salam Tuan Aspan dan semua pembaca,

Ralat: Untuk sekian lamanya sistem politik kita tidak memberi laluan kepada rakyat untuk memilih PM hanya ahli UMNO seramai 3 juta saja di beri hak untuk memilih PM Malaysia. 25 juta lagi rakyat malaysia terpaksa akur dengan pemilihan tersebut.Rakyat terbanyak cuma ada hak untuk memilih parti mana untuk memerintah, Kalau saya silap tolong perbetulkan