Tidak usah kita membuat spekulasi
tentang pilihanraya lagi kerana ia akan tetap datang. Tidak lari gunung dikejar, kata pepatah kita. Yang terpenting arus perubahan sudah tidak dapat dihambat lagi oleh pihak yang cuba
menahan arus perubahan itu. Setiap hari arus itu semakin pantas berkembang.
Perubahan jelas akan berlaku jika diizin Tuhan.
Bagi saya pilihanraya akan diadakan pada bulan Mei yang akan datang ini. Penggal kali ini adalah penggal
yang penuh dan terpanjang dalam sejarah Malaysia Merdeka. Penggal yang
terpendek ialah penggal 1978 sehingga 1982 yang hanya selama 3 tahun lapan
bulan.
Kita sedang melalui pengalaman
pertama kali di mana penggal pilihanraya yang dibawa sampai ke penghujung
penggalnya kerana pihak yang berkuasa amat takut menghadapi kekalahan. Najib
tidak dapat mengukur sejauh mana rakyat menyokong beliau dan partinya walaupun
berbagai-bagai ‘hand-outs’ diberikan kepada rakyat sekarang ini.
Dengan penangguhan ini ia
memberikan keyakinan penuh kepada sebilangan besar rakyat yang UMNO sudah
sampai ke penghujung kuasa. Sikap dan perasaan takut UMNO itu merupakan
penyumbang besar terhadap kehilangan keyakinan rakyat terhadap parti itu.
Perasaan takut UMNO itu telah membuat rakyat juga dalam ketakutan untuk
memberikan sokongan kepada parti yang sedang mengalami ketakutan itu.
Keadaan ini seolah-olah telah diatur
untuk memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat pula untuk mengambil alih. Saya
sendiri merasakan yang sudah sampai waktunya menggilirkan pusaka mentadbir negara
kepada pihak ‘alternative’ dan melakukan perubahan itu bukannya satu tindakan
jenayah seperti yang cuba
diyakinkan oleh pihak UMNO dan BN. Masa untuk membuktikan tuduhan dan lekehan
UMNO yang Pakatan tidak pandai untuk mentadbir negara itu salah, sudah hampir
sampai masanya.
Rakyat negara mahu merasakan
‘ambience’ politik yang berbeza kerana rakyat sudah terlalu lama menghadapi
tekanan dan dakyah dibina oleh UMNO itu. Rakyat mahukan sebuah kerajaan yang
membina pemikiran baru rakyat dan keluar daripada ancaman dakyah busuk UMNO dan BN
itu.
Saya ingin memberikan pandangan
yang agak susah bagi mereka yang malas untuk berfikir. Pilihanraya kali ini
kita akan menghadapi arus perubahan rakyat. Mana-mana parti mesti mengikut kehendak
dan aspirasi rakyat yang sebenarnya. Rakyat bukan lagi terikut-ikut dengan
dakyah yang dilakukan oleh UMNO dan BN yang menggunakan alat propaganda mereka
seperti saluran TV dan akhbar Utusan dan sebagainya.
Rakyat berkehendakkan bukan
setakat untuk memberikan kemenangan kepada pihak ‘alternative’ tetapi rakyat
mahukan perubahan dalam segala-galanya. Kerosakan yang dilakukan oleh UMNO dan
BN sejak Dr Mahathir mentadbir negara terlalu besar dan sudah melepasi sempadan
kemampuan orang ramai untuk melakukan penyelesaiannya.
Kali ini ia bukan setakat
mendapat kemenangan bagi pihak ‘alternative’ tetapi aspirasi dan kemahuan
rakyat lebih besar daripada mendapat kemenangan ke atas UMNO dan BN itu. Kini
rakyat memerlukan parti atau pihak yang benar-benar seorang ‘planner’
teknokrat, dan berkemampuan untuk membina sebuah negara yang baru dengan
memulakan dasar dan perancangan baru yang selari dengan kehendak waktu dan
zamannya serta berteraskan kepada Perlembagaan yang ada.
Apa yang boleh menyelesaikan
segala kekalutan negara ialah kegagalan pimpinan untuk membina ‘national unity’
yang betul dalam erti kata yang sebenarnya. Pimpinan hari ini tidak berusaha
untuk menyatukan rakyat kerana penyatuan rakyat itu akan memisahkan mereka daripada
kuasa. Mereka sanggup untuk terus menyuburkan perasaan saling mencemburui dan
membenci di antara satu dengan yang lain kerana kepentingan politik sempit dan
haloba mereka.
Membersihkan siasah dan politik
serta kerajaan hari ini bukan setakat menghapuskan rasuah dan penyalahgunaan
kuasa sahaja. Membersihkan negara daripada rasuah itu hanya ibarat menghilangkan sakit
seperti pesakit yang memakan ubat tahan sakit (pain killer) semata-mata. Memakan
‘pain killer’ itu hanya boleh menahan sakit tetapi penyakitnya tetap tidak
sembuh juga. Tugas yang lebih besar dari itu ialah untuk menyembuhkan penyakitnya,
iaitu penyakit yang menyebabkan kesakitan itu.
Negara perlukan sebuah negara
yang ditadbir dengan jujur dan mempunyai pelan jangka panjang yang mantap yang
boleh diguna pakai buat jangka masa yang panjang. Rakyat sudah tidak termakan
dan tertarik dengan ‘hand-outs’ yang ‘one-off’ sahaja kerana itu bukanlah
pentadbiran sebuah kerajaan yang progresif dan membeli perasaan dan jiwa rakyat
tidak lagi laku dalam zaman moden dan yang penuh ‘competitive’ ini.
Rakyat tidak lagi mahu melihat segala
projek yang melibatkan rakyat ditentu dan dilakukan secara ‘ad-hoc’ dan tidak
membawa rakyat untuk bersama-sama menyokongnya. Itu sebabnya seperti yang disebutkan tadi pimpinan mestilah seorang ‘planner’ yang berpengalaman dan
memahami roh politik negara yang mencukupi dan bukan setakat diberi tempat
kerana mereka termasuk di dalam koridor mereka yang berkuasa.
Kita tidak lagi memerlukan
pengumuman-pengumuman yang berbentuk ‘ad-hoc’ kerana itu akan memudaratkan
tahap kewangan negara dan tidak mempunyai ‘prudence’ yang tinggi dalam sesuatu
keputusan yang dibuat. Kita tidak mahu lagi setiap hari ada sahaja pengumuman
yang boleh ditakrifkan sebagai membeli undi kerana ia membuatkan kos
menyelenggara kerajaan terlalu tinggi.
Rakyat sudah begitu jemu dengan
tindakan memaksa agensi-agensi kerajaan dipaksa membawa manusia yang ramai
untuk menunggu kedatangan pemimpin-pemimpin besar negara kerana menunjukkan
sokongan politik sebagai yang dialami oleh pegawai-pegawai kerajaan sekarang
ini, lebih-lebih lagi semasa menunggu ketibaan pilihanraya.
Jika kerajaan sekarang ini
benar-benar kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan tidak akan menggunakan
tenaga dan waktu kerja pegawai kerajaan untuk menumpukan kepada usaha membawa
rakyat ramai ke perhimpunan politik pimpinan kerajaan. Tindakan ini
sesungguhnya merupakan satu tindakan yang tidak beretika dan amat rendah darjatnya
di sisi demokrasi dan moral sebuah kerajaan berdaulat.
Semuanya ini amat digusari oleh
penjawat-penjawat awam terutamanya mereka yang bertugas di Jabatan-Jabatan yang
melibatkan orang awam yang ramai. Mereka juga mempunyai perasaan bersalah
kerana terpaksa berbelanja wang rakyat yang banyak dengan menyewa ratusan bas
dan kenderaan yang lain untuk memaksa rakyat menghadiri program lawatan
pemimpin.
Kerajaan ini sesungguhnya ibarat
kereta tua yang sangat tinggi kos penyelenggaraannya dan kos ini ditanggung
oleh rakyat. Pihak yang mendapat sokongan ialah pihak yang menganjurkan program
yang dihadiri oleh puluhan ribu manusia yang datang dari jauh dan dekat tanpa
dibayar dan diberikan pengangkutan seperti yang dianjurkn oleh parti-parti
dalam Pakatan Rakyat.
Budaya ini nampaknya hanya boleh
dihapuskan jika rakyat beriltizam untuk melakukan perubahan kerana melakukan
perubahan terhadap budaya buruk ini merupakan satu perjuangan yang sangat
penting dilakukan.
7 comments:
SALAM BANG ASPAN... MEMANG TAK LARI GUNUNG DIKEJAR... DALAM TUJUH HARI MESTI PARLIMEN TUH BUBAR...TAPI BIASA LAH...KITA ORANG BIASA NIH...JENIS KURANG SABAR...
It is now or never
lembu yg liar, apabila dicucuk hidungnya, maka dia akan ikut tuannya
Salam,
Bagi para pegawai kerajaan yang ada berjiwa besar, memahami hati nurani RAKYAT dan perjuangan PR, tidak apa ... kamu jalankan tugas seharian seperti biasa walaupun adsa rasa tertekan dengan paksaan aktiviti gila Pak Jib sana sini, tapi, dalam mengundi nanti , kamu ada HAK untuk pilih siapa sahaja.
Kamu semua tetap pegawai kerajaan, walaupun nanti tukar kerajaan. Tapi Insya Allah, kerajaan PR nanti akan meletakkan kamu betul-betul dalam landasan yang adil dan saksama.
Kerajaan PR nanti harap akan beri kebebasan untuk pembangkang UMNO dalam TV nanti.
Inilah demokrasi segar dan baru. Inlah Malaysia baru yang akan di hormati dunia baik lawan maupun lawan.
Ahli umno seumur hidup.
Saya benci dgn ucapan pemimpin UMNO kerana yg baik2 itu adalah kerja umno yg buruk2 dikaitkan dgn PR.
Apa baik sangat ke Najib tu... dia yg saya tahu org jahat... Bini asalnya pun dia kata gila apa lagi org lain. Parti asal dia pun dia bunuh... Dia kena tangkap dgn artis di PD pun kes jahat dia jugak.
Isu lahat Datu saya tak percaya yg Anwar punya jahat sampai Liang Lahat saya tak caya.
Aku sedang mempersiapkan diri aku sebagai individu yg membangkang segala kelemahan kerajaan PR nanti.
Anon 19:25 well said bro. Kita rakyat dah terlalu manjakan kerajaan dulu sehinggakan mereka ni dah berlebih2 dan melampau.
We need changes in so many dept, from govt servant to police, macc, jurisdiction, PR pls don't wasted ppl trust if won.
Post a Comment