03 March 2013

UMNO menyamakan kelemahan mereka dengan kebolehan orang lain

Sekarang ini UMNO dan BN sibuk mengkritik manifesto Pakatan Rakyat pula. Penghujung tahun lepas UMNO terutamanya Najib sibuk dengan komennya tentang bajet Pakatan Rakyat teapi takut untuk berhadapan dengan wakil dari Pakatan Rakyat untuk membahaskan bajet BN itu sendiri. Najib tidak hadir di Dewan Rakyat untuk mengelakkan perbahasan dan mempertahankan bajet BN yang beliau sendiri bentangkan.

Apabila diajak berbahas Najib menjawab yang berbahas bukannya budaya kita. Najib patut di beritahu yang rasuah dan menyalah gunakan kuasa bukannya budaya kita juga. Budaya kita di tempelkan dengan adat dan adab dan letaknya dalam lingkungan hukum syarak agama yang tidak membenarkan pemimpin melakukan rasuah.

Sekarang sudah diperbesarkan oleh BN khususnya UMNO yang manifesto Pakatan Rakyat itu tidak realistik dan mustahil untuk dilaksanakan. Kebanyakkan yang di paparkan dalam manifesto Pakatan itu menjadi masalah kepada BN. UMNO menggunakan media massa arus perdana mencela dan mencacatkan paparan manifesto Pakatan Rakyat. Dalam hal ini rakyat masih lagi menunggu giliran Pakatan Rakyat untuk menggunakan media massa perdana pula untuk memberikan penerangan tentang manifesto nya kepada rakyat..

Pimpinan UMNO dan BN selalu menyamakan kemampuan orang lain dengan kemampuan terhad mereka dalam UMNO itu. Bagi mereka jika UMNO tidak dapat melakukannya maka orang lain tidak mungkin mampu melakukannya. Kemampuan UMNO dan Pakatan tidak mungkin sama. Jika UMNO tidak mampu membendung rasuah di kalangan pimpinan mereka tidak semestinya pimpinan Pakatan Rakyat tidak mampu membendung kegiatan yang hina itu di kalangan pimpinan mereka.

Masalahnya rakyat belum dapat membuktikan yang Pakatan Rakyat mampu melakukan pembaik-pulihan semua nilai buruk seperti yang di persepsikan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO. Ia akan di buktikan setelah Pakatan Rakyat di berikan peluang untuk memerintah. Biar rakyat yang menentukan dan membuat penilaiannya, bukannya pemimpin UMNO. Jika di dengar kata-kata dan pandangan pemimpin UMNO tentulah ia tidak akan memberikan komen yang baik kerana kebaikan bagi Pakatan Rakyat itu adalah mudharat bagi UMNO dan BN..

Hakikatnya UMNO telah gagal menepati janji-janji mereka selama ini. Jika UMNO telah menepati janji-janjinya untuk meningkatkan pendapatan rakyat seperti yang dijanjikan sejak merdeka dahulu, mana mungkin orang ramai rata-rata miskin dan terpaksa UMNO mengambil kesempatan ke atas kemiskinan rakyat dengan memberikan BRIM yang di heboh-hebohkan siang dan malam itu? Lebih dari 50 peratus rakyat yang kebanyakkan nya orang Melayu tergulung dalam kategori berpendapatan kurang dari RM1500 sebulan?

Kalaulah UMNO itu telah melaksanakan semua janji-janjinya selama ini sekarang ini rakyat tidak perlu lagi di berikan BRIM dan RIM-RIM yang lain. tetapi kemiskinan rakyat ini sekarang diambil kesempatan oleh UMNO untuk mendapatkan sokongan lagi sekali dalam PRU yang akan datang ini dengan memberikan BRIM yang di bahagi-bahagikan oleh wakil rakyat UMNO dan BN. Peluang untuk UMNO menepati janji-janji mereka telah di berikan sejak merdeka lagi tetapi sekarang UMNO masih lagi bergantung dengan sokongan orang-orang miskin untuk sokongan dalam PRU ini.

Sebab itu lah saya tidak berhenti-henti memberikan gambaran yang UMNO tidak akan membiarkan rakyat mendapat pendapatan yang tinggi. Jika rakyat sudah berpendapatan tinggi UMNO tidak akan ada lagi cara untuk memujuk orang ramai untuk menerima BRIM dan memberikan sokongan kepada UMNO lagi. UMNO selama ini menggantungkan ‘survival’ politiknya di atas kesusahan rakyat yang tidak terdedah kepada nmaklumat yang tepat dan betul bagi menilai tahap kemampuan UMNO mentadbir dan pencapaian prestasi mereka dalam menyelenggara negara dan rakyat.

Dalam keghairahan mereka untuk menawan Selangor UMNO telah melakukan segala-galanya untuk mencapai matlamat jahat mereka. Di gunakannya semua janda-janda dan ibu tunggal untuk berdemonstrasi di depan kamera TV3 setiap malam dan siang. Apabila sudah tiada lagi cara untuk mendapatkan sokongan maka kali ini UMNO menggunakan janda-janda dan ibu tunggal pula untuk membuat fitnah yang tidak terperi jahatnya itu.

Sepatutnya UMNO Selangor membariskan pimpinan yang boleh diletakkan harapan serta masa depan rakyat tetapi parti itu masih lagi menggunakan pemimpin yang telah ditolak oleh rakyat Selangor dalam pilihanraya yang lalu. Bukannya kecil masalah yang UMNO Selangor hadapi sekarang, Mereka berpecah di antara satu dengan lain untuk merebut kesempatan bertanding dalam pilihanraya kali ini.

Entah siapa yang akan di tonjolkan untuk menjadi Menteri Besar jika UMNO berjaya merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat tidak dapat di bayangkan sampai kehari ini. Selangor seperti juga banyak negeri-negeri yang lain sudah ketandusan kepimpinan. UMNO terpaksa juga menggunakan ‘warlords-warlords’ yang berpengaruh untuk melakukan satu-satu tindakan dan keputusan dan tidak berdasarkan kepada kehendak ramai. Jika mereka mahu pun untuk memilih calon kemahuan rakyat, parti itu sudah tidak ada lagi pemimpin seperti itu sekarang.

Satu lagi kesusahan yang akan dihadapi UMNO dalam pilihanraya yang akan datang ini ialah apabila sampai waktu penyerahan watikah untuk menjadi calon nanti. Semua di antara mereka dalam UMNO itu mengaku diri sendiri sebagai ‘winnable candidates’. UMNO akan berperang sesama sendiri apabila sampai hari penentuan calon itu.

Ada di antara yang saya kenali telah datang berbincang dengan saya sendiri dan saya tahu puak yang tidak dapat menjadi calon akan memberikan sokongan kepada calon-calon Pakatan Rakyat. “Alang-alang berebut, biar semua tidak merasa” kata seorang pemimpin UMNO bahagian di Selangor yang bercita-cita menjadi calon PRU ini semasa minum petang dengan mereka semalam.

“Dia orang ni bang, hanya hendakkan duit dari UMNO sahaja. Mereka anggap UMNO ini sebagai tempat bisnes  sahaja, bukannya nak melihat sangat UMNO tu menang. Mereka lebih suka UMNO kalah sebab duit akan datang mencurah-curah untuk merampas Selangor dalam pilihanraya yang akan datang ini.” sambung beliau lagi. “Nak tengok bilik gerakan tutup kali ini, pilihlah orang lain. Saya dah lama membuat kerja” beliau terus bersungut.

Oleh yang demikian eloklah UMNO tumpukan perhatian kepada masalah dalaman mereka yang tidak terlerai di setiap peringkat itu, dari menumpukan kepada manifesto Pakatan Rakyat.

8 comments:

ahmadyani said...

Kalau benar Be End telah menepati janji, sepatutnya tidak banyak janji lagi yang Be End sebutkan kerana rakyat telah lama menikmati janji itu.

PR berjanji kerana banyak benda yang Be End tidak buat selama mereka memerintah.

Rakyat patut buka minda mereka.

Anonymous said...

Apa2 yg BN buat semuanya perfect bila PR buat tak perfect contohnya menurun cukai kereta.komen Pak Aspan patut focus on direction bila memerintah nnt. Dah dekat nak take over, dah bersedia ke belum?

Anonymous said...

This blog present logical argument in favor of PR budget http://pirates-of-putrajaya.blogspot.com/2013/03/mahathir-silap-pr-mampu-membiayai.html?m=1

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Minta Pak Aspan bertanding dalam PRU13 nih. Kami orang muda masih perlukan fikiran orang-orang seperti Pak Aspan...

Anonymous said...

Pak Aspan,

If only PUTRAJAYA had listened

Unknown said...

Buat rakyaat malaysia semua.
Buat sekian kalinya tv 3 suku cukup gila....
Matikan ego nya Kali ini
PM dah tak leh tidur........

Anonymous said...

Parti Umngok dan B End wajar di humban kelaut. Parti temberang. Patutnya rakyat Malaysia dah lama mewah tapi habis dibolot oleh penjangak2 BN. Celaka ini.

Anonymous said...

Saudara Aspan..
minta maaf kalau terlari tajuk sedikit..
saya melihat perkembangan terbaru di lahad datu ni sebagai sesuatu yang begitu mencabar kedaulatan negara kita..mengapa mereka sebegitu berani??mengapa pertahanan kita begitu longlai??adakah pakatan rakyat yang harus disalahkan atau kerajaan??

atau adakah ianya berpunca dari seekor syaitan yang bernama mahathir sewaktu memberi IC free dulu??
mohon jasa baik Aspan untuk kupaskan..