BN telah mengumumkan bahawa 49% daripada calon-calon Dewan Undangan Negeri adalah muka baru dan 30%
daripada calon Parlimen merupakan calon-calon gantian untuk memantapkan prestasi
parti itu dalam PRU yang akan datang. Beberapa Menteri Kabinet BN juga telah digugurkan, antaranya ialah Rais Yatim dan Nor Mohammed Yakcop. Mohamad Khaled Nordin,
Menteri Pendidikan Tinggi akan
bertanding di Kawasan DUN di Johor untuk menjadi Menteri Besar jika BN
memenangi pilihanraya kali ini.
Tidak payah kita sebut siapa yang
digugurkan dan siapa yang beralih kawasan dari Dewan Undangan Negeri atau
Parlimen yang diumumkan oleh Pengerusi BN semalam. Isu yang saya hendak komen
hari ini ialah tentang kebanggaan Najib menurunkan calon-calon yang
berkelayakan akademik yang tinggi serta berpelajaran. Najib telah menurunkan
calon-calon yang berpelajaran tinggi, setidak-tidaknya pemegang Diploma dan ke atas.
Pemilihan calon yang berpelajaran
tinggi itu adalah wajar kerana tindakan itu sejajar dengan keadaan semasa dalam
mana rata-rata rakyat telah berpelajaran. Tetapi yang dihadapi oleh UMNO
sekarang ini bukannya masalah taraf akademik calon-calonnya. Dari dahulu
sememangnya calon-calon dalam UMNO itu adalah di kalangan orang yang
pandai-pandai belaka. Ada
yang berpendidikan sehingga Doktor Falsafah, ada yang Doktor perubatan, ada
akauntan dan berbagai-bagai lagi bidang professional dan separa
professional yang hebat-hebat diletakkan sebagai calon.
Tetapi apabila mereka yang
pandai-pandai ini menyertai UMNO, mereka dipengaruhi oleh budaya yang songsang
dan buruk seperti rasuah dan berbagai-bagai lagi kesalahan undang-undang dan
moral yang dilakukan oleh pimpinan BN. Keadaan itu bertambah meruncing dari
masa ke masa dan sekarang budaya buruk itu sudah tidak terkawal lagi. Pendeknya,
berpelajaran tinggi itu tidak dapat memperbaiki akhlak kepimpinan mereka
setelah menyertai UMNO walau setinggi mana sekali pun taraf pelajaran mereka.
Mereka itu mungkin berpelajaran,
tetapi kurang pendidikan. Seseorang yang berpelajaran tidak semestinya seorang
yang berpendidikan. Seseorang yang berpendidikan baik itu akan mencakupi nilai
moral yang selari dengan pelajarannya yang tinggi itu. Saya selalu berkata
sebaik mana pun seseorang itu, apabila menyertai UMNO dan mendapat kedudukan,
mereka akan lupa yang diri mereka telah belajar di menara gading tetapi sikap
mereka seolah-olah seperti orang yang tidak pernah melalui pendidikan yang
betul.
Apabila menyertai UMNO mereka
akan menganggap yang buruk itu sebagai baik dan baik itu sebagai buruk, seolah-olah
mereka ini adalah pembawa dalil hari hendak kiamat. Pendeknya mereka yang berpelajaran
tinggi tidak mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang terdidik.
UMNO sentiasa gagal untuk
mengetengahkan mereka yang terdidik sejak tiga dekad yang lalu. Dalam UMNO ada
yang berkelulusan bidang kejuruteraan sehingga PhD tetapi kita nampak dengan
jelas kelulusan tinggi itu tidak mampu untuk menjadi orang yang mampu berfikir.
Mendapatkan sarjana muda, atau sarjana serta doktor falsafah itu hanyalah untuk
mengesahkan mereka telah lulus mata pelajaran dan module yang mereka pilih di
menara gading itu. Tetapi matlamat sebenar kita masuk universiti itu ialah
untuk belajar dan mendidik kita untuk berfikir dengan baik dan tahu membezakan
yang mana satu yang bermoral dan yang sebaliknya.
Tetapi apabila bergiat dalam UMNO
kemampuan mereka untuk berfikir semakin tumpul kerana budaya yang tidak
membolehkan sesiapa bersuara dan memberikan pandangan yang bernas. Maka jadilah
mereka perasuah dan penyalahguna kuasa yang besar apabila mendapat kuasa mandat
rakyat itu untuk bersama membina budaya membina kepentingan dan kekayaan
peribadi dan keluarga mereka. Sepatutnya jika seseorang itu telah berjaya untuk
berfikir mereka tidak akan tergamak melakukan rasuah dan kerja-kerja hina yang
lain itu.
Maksudnya jika kita berjaya untuk
berfikir, maka gejala buruk akan terhindar dari diri mereka. Pemimpin yang
benar-benar terdidik tidak akan sanggup melakukan rasuah kerana mereka akan
merasakan malu yang amat sangat hasil dari didikan dan berfikir secara orang
yang berpendidikan tinggi.
Saya ingin mengulangi yang
berpelajaran itu tidak semestinya yang terdidik. Jika kita hanya berpelajaran
belum tentu kita akan melakukan kerja yang baik-baik. Hanya yang terdidik
sahaja yang boleh diberikan keyakinan, bukan kepada yang hanya berpelajaran.
Senarai calon-calon yang dikatakan sebagai barisan yang berpelajaran itu tidak
akan membawa apa-apa perubahan selagi budaya rasuah dan mementingkan keuntungan
peribadi itu tidak dihapuskan dalam UMNO. Keadaan dalam UMNO itu akan tetap sama. Jika UMNO
masih diberikan mandat ia tetap seperti biasa yang kita alami sekarang ini.
Salah laku itu akan tetap berlaku, hanya yamg menjadi pelakunya itu orang yang
berlainan sahaja.
Selalunya yang terdidik itu akan
mempunyai nilai etika, bermoral tinggi dan lebih lagi ada agamanya dan meng’addin’kan agamanya dalam
pentadbiran dan politik mereka. Yang terdidik itu selalunya akan melakukan
segala-galanya dengan beriktikad untuk melakukan fardhu kifayahnya sekali kerana
dengan fardhu kifayah itulah yang akan membuka jalan ke arah keredhaan Tuhan
dalam semua tindak-tanduk kita.
Pemimpin yang terdidik dengan
didikan yang benar, mereka akan ada sifat malunya untuk melakukan kerja rasuah
dan sebagainya. Merasa malu pada diri sendiri itulah yang mampu membendung kita
dari melakukan kerja terkutuk seperti rasuah, membunuh serta dosa dan noda yang
lain.
Walau apa pun, UMNO akan berpecah
dan kita akan saksikan bersama-sama semua yang akan berlaku dalam UMNO itu.
Tamat sahaja pengumuman calon nanti, kita akan lihat perpecahan itu berlaku
dengan cepat dan deras di mana-mana.
Malahan ia telah pun berlaku di
beberapa tempat di Selangor dan di Perak di mana ahli-ahli UMNO telah berkumpul
dan berarak menentang calon yang ditonjolkan oleh pucuk pimpinan parti.
Benar, bermula hari ini UMNO akan
berpecah. Dr Mahathir bolehlah saksikan apa yang beliau telah wariskan kepada pimpinan-pimpinan selepas beliau. Segala-galanya bermula hasil kerja beliau memecah dan memerintah rakyat semasa mentadbir negara dahulu.
Sekarang beliau boleh saksikan puas-puas. Kehendaknya telah tercapai sepenuhnya. Dr Mahathir boleh tidur lena sekarang.
Sekarang beliau boleh saksikan puas-puas. Kehendaknya telah tercapai sepenuhnya. Dr Mahathir boleh tidur lena sekarang.
38 comments:
matlamat menghalalkan cara ,apa saja boleh ! ABU jangan lupa !
"Kumpulan Syaitan Yang DiKenali" memang sudah terkenal dengan budaya bunuh-membunuh untuk mencapai kehendak nafsu serakah mereka.
Tidak ada halal-haram dalam mencapai matlamat dan kehendak nafsu mereka.
ABCD
Asal Bukan Calon Dacing
biar mereka hancur.....arap2 lpas ini xada nama party umno lagi......simpan dlm muzium.....klu boleh simpan madey kutty di sblhnya........
Great and strong leadership from real Malay/Bumi will protect their unique culture, traditions and way of life and being fair to others with good policies will move this country forward.
Sir, please fix yourself to contest in the coming GE. You are indeed a man of consequence sir.
Balan, Skudai
YA BENAR ABCD KAEDAH MEMAJU MSIA MENUJU NEGARA MAJU TANPA RASUAH TANPA SKANDAL TANPA MEMBUNUH TANPA KOMISEN HALAL HARAM TERAJU UTAMA. PEMIMPIN ITU KHADAM RAKYAT. JGN JADIKAN ANDA SEBAGAI KHADAM PEMIMPIN DULU KINI SELAMANYA. INILAH DEMOKRASI
Ahli Umno seumur hidup,
Yg lain tak penting ketika ini. yg paling penting Tuan AA mesti bertanding utk memberi ruang tuan bercakap dalam parlimen.
Adakah PR menurunkan Calon dari kelas PERMATA Roastmah. Selagi ada Bekas Calon korup maka yang baru akan ikut telunju mereka. Syabas Be End.
May god bless all the contestent being anounce by Najib for BN where mostly will be in history for PR victory to PETRAJAYA, as what ballot result been shown most of BN members were not satisfied with Najib proclaimed the names selected was agreed by all members of barisan components,go PR for victory.
Fascinating blog you have. No wonder you have huge followers Mr Aspan
Saudara AA
I say amen to what you have penned down. God willing, the march to Putrajaya will be unstoppable for PR!
We are also anxious to know where you will contest.
Observer.
SALAM Sdr Aspan;
Letaklah calun yg mempunyai"Accesories"berpuluh pun yg penting ketua misti BERSIH.
Si ketua cermin diri dulu, baru menilai orang bawahan, kalau cermin betul nama si ketua pun tak layak jadi calun.
INIKALILAH.....Myi
Salam Sejahtera Tuan.
Pecah dan Perintah adalah sistem politik Kuno yang masih teguh dan tegak berdiri walaupun usia dunia seperti seorang tua yang bongkok dan terlalu uzur.
Sistem ala-ala demokrasi ini sebenarnya terlalu buruk dan memudaratkan rakyat dan sebaliknya bagi para pemimpin yang berjaya mengamalkan politik tersebut, mereka akan berkuasa dan memerintah mengikut acuan mereka sendiri.
Keburukkan yang terlalu menyerlah terhadap sistem politik ini adalah timbulnya terlalu banyak korupsi dan rasuah di dalam pentadbiran. Pembentukkan golongan pemimpin pelapis yang terlalu lemah dan hanya pandai mengampu dan menjatuhkan lawan politik mereka. Lebih buruk lagi, para pemimpin baru ini tidak pandai menghasilkan idea dan pandangan-pandangan berinovasi, sebaliknya mereka ini hanya pandai menghabiskan apa yang sedia ada di samping menipu serta membuat perpecahan perpaduan rakyat supaya mereka boleh tampil sebagai penyelamat "palsu".
Yang amat sinonim dan terlalu hampir dengan maksud ini adalah para pemimpin "UMNO Baru".
Selalunya yg berfikiran berpelajaran tinggi luas pula cita-citanya, cuma kearah mana, nawaitunya, jika baik maka di cari kelompok yg baik, kalau sebaliknya pula, maka "padang buaya" lah di huninya
Tuan A.A.
Bg la tau tuan dpt bertading @ x? Klu dpt umum kan kat mana kami pembaca blog Akan dtg membantu tuan utk menang...awak malang jika tn x bertanding pru nie...coz idealisme tn diperlukan dlm parliament
Bayangkan, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang & Nik Aziz kalah dlm PRU 13 nanti. Apa Pak Aspan akan lakukan? Kembali ke pangkal jalan dgn menelan semua kata-kata sendiri atau meneruskan perjuangan yg sia-sia demi ego? pilihan perlu dibuat sebab inilah saja pilihan yg ada nanti.
Namun malangnya kejahilan tetap menjadi pilihan orang melayu yg memilih pemimpin spt Anwar Ibrahim, Lim kit Siang & Nik Aziz.
Most people are properly brought up with decent moral and principle until the join the wrong organisation or in the wrong environment with bad leaders and culture.
Paper qualifications, status or title is nothing.....it's the character and value of a person that are important.
AA, as long as you keep writing, the great and real Malays' leadership, pride and dignity will not be lost.
yes PR will just march to Putra Jaya to see how great it is & then go back home to dream again for the next five years....
.....you must be an Indonesian bcos you write like one....
Niat Najib menurunkan muka baru yang muda-muda yang dianggapnya berpendidikan tinggi untuk meraih undi rakyat macamlah niat Mahathir meletakkan Khir Toyo anak muda berpendidikan DR untuk menjadi MB Selangor dahulu. Apa akhirnya kelakuan Khir Toyo?
Mereka yang diharapkan oleh Najib ini akan jadi macam Khir Toyo juga kerana pinggan untuk meletakan makanan iu sudah kotor! Selazat manapun dan semahal manapun makanan itu, kalau sudah diletak dalam pinggan kotor, ia tiada harga!
Betul, memang betul apa yang dikatakan di sini. Dr Mahathir memang banyak silap. 80% isi kandungan blog Tuan AA ni dari dahulu sehingga sekarang memang betul tentang UMNO dan negara.
Sekarang ni macam-macam gejala rasuah yang membuatkan bapak-bapak yang patut memberi perhatian kepada anak sibuk betul dengan politik, kuasa, glamour. Kalau betul pulak buat kerja tu. Dekat ahli keluarga, cakap macam-macam konon tanak glamour lah apa lah, dekat kawan-kawan ckp lain. Tahu2 dah ada kereta besar. (cakap tadi, live within your means; apa cita?)At last wrong doing bapak, (pemusingan cerita kepada ahli-ahli keluarga)anak yang tanggung (banyak). Nak diikutkan, 'manipulation' boleh dikira sebagai aniaya kerana membuat orang kena teka je 24 jam. Anak kena patuh je. Melawan, derhaka (walaupun benar apa yang dikatakan oleh anak itu). Kedua, cerita agama sana sini, konon jaga etika pemimpinlah apalah jangan gatal lah, tapi kantoi scandal sana sini. Anak tak patuh lah apa lah, anak itu dalil akhir zaman lah apa lah. (Dia je yg betul; mungkin terikut-ikut perangai Dr M agaknya dari kaca mata anaknya). Ketiga, berbalik kepada, ckp pusing-pusing tadi.
Memang bagus seorang pemimpin mendidik keluarga jangan jadi 'materialistic' (mendidik isteri dan anak-anak). Tetapi, kalau bila anak dah tak jadi materialistic, di carinya pula salah tempat lain. Kedekut pula khabarnya.(pasal masa tu beliau tgh takde duit). Bila anak dah jadi pemurah, ambil pula kesempatan. (perhatikan saja bila anak keluar gaji: boleh minta). Bila anak tak bagi, anak dikatanya derhaka.(for all you know, anak tu lah yang mendoakan beliau hari-hari). Tapi mungkin beliau (pemimpin zaman sekarang; tak kisah lah pemimpin UMNO ke pemimpin keluarga) sudah lupa ada satu firman Tuhan yang mengatakan yang anak tidak boleh menuruti kehendak bapa dan ibu jika kehendak mereka itu bertentangan dengan ajaran Tuhan (seperti; pride mereka anak harus cover, bila dekat kawan-kawan cara diceritakan seolah-olah beliau pandai mendidik anak; anak tgh suffer betul betul tak tahu kerana memang tak pernah kenal pun anak:assume je anak tu ok dari muda sampai tua.) It is a form of aniaya lah. Yang diisi dalam kepala family pride 24 jam. (cakap pelajaran tak menjamin pendidikan; tapi heboh ke hulu kehilir anak study overseas). Anak tu humble je.
Contoh yang terbaik Nurul Izzah dan Anwar. Mereka ada 'nama' masing-masing. No such thing as bapak dengki (jealous) dengan anak/ anak jealous dengan bapak. Yang ditekankan profesionalism bersembang dengan bapa sendiri.(Tidak ada bapa terasa "eh, nak melawan tauke ni. cerdik pulak anak aku ni"...takde pure professionalism).
Ini tanda-tanda pemimpin UMNO dan juga pemimpin kepada keluarga akhir zaman banyak menyelindungi perkara2 yang tidak mahu diketahui ahli keluarga.
Penutup, bila beliau (pemimpin) dah rasa semua orang keliling kita zalim, kita kena buat reality check. Kita ke yang leka sgt dgn surrounding (populariti, nama, siapa lagi megah) sampai isteri dan anak di 'bully'(mmg balance orang UMNO agaknya) ataupun memangbenar zlim kepada diri sendiri.
Wallahhualam
Keburukan umno menjadi kekuatan PR.. Segala tindak tanduk umno boleh dijangka... Umno seperti di dalam lubang yg digali sendiri..dan cuba merangkak naik tetapi tidak kesampaian...
Najib pembohong. Pelajaran tinggi calun bn konon..2 calun adun dlm parlimen aku hanya spm gred 3. Tipu berok mat yeh boleh la.
Bn gua musang
Saudara Aspian,
Ini artikel yang sungguh meriangkan hati. Biarlah UMNO pecah busuk sampai keususnya. Yang mustahak Pakatan Rakyat dapat berjaya menguburkan BN dan menuju ke Putrajaya. Inilah impian majoriti rakyat Malaysia untuk menubuhkan kerajaan baru Pakatan yang lebih tulus ikhlas, bersih dan adil sebagaimana yang telah terbukti di negeri2 dibawah Pakatan dengan pencapaian cemerlang dari segi ekonomi yang berhasil dan pentadbiran yang telus dan bersih. Takbir
Pucuk kepimpinan (Dr M) telah banyak melakukan kesilapan dan pemutaran alam. Sekarang sudah tidak berdaya lagi; terkejar sana sini menegakkan benang yg basah.
Pemimpin kecil-kecilan pun ada juga yang macam tu. Tapi sempat cover silap (ala..ada jugak silap).
Untung orang orang yang cover silap itu datangnya dari orang-orang yang hati (purified). Kalau tak, pemimpin kecil-kecilan ni pun masak jugak masuk neraka jahanam.
Wallahualam
Anon 18:31 DAN Anon 18:34 adalah orang yang sama. Dia takde banyak nak dikatakan sebab otak dia beku.
Kenapa beku?
Pasai dia sudah lama duduk dalam Tongkang Chap Keralla!!
hahahahahh
Jaga2 Zul 9/10 bertanding di Shah Alam
Dia ni akan jadi jarum umno (baru) CHAP Mahdei & Sons untuk jadikan kaum India sebagai 'BLACK SHEEP' setelah umno dgn kerja kuat Mahdei pada tahun 1969 gunakan sentimen anti CINA.
Benar Bang, mereka akan bergaduh!
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/18350-team-mahathir-tewas-di-tangan-rosmah
dan saya teringat doa TGNA di Jalan Kebun, Kelang beberapa tahun lalu akan berlaku perpecahan dalam umno (baru) satu hari nanti.
Paling klasik, Najib masih letak Ku Li di Gua Musang!. Selain DSAI, Ku Li ni musuh Mahdei seumur hidup tapi Najib masih letak di Gua Musang?
PANGlima Mahdei Berghaim ali kena gugur? wuh berani Najib yerrr.
Zul 9/10 dapat bertanding? Najib bagi?. Abislaaa dia ni kena cincang kat Shah Alam oleh adik Shahril, Khalid Samad!!
Mahdei kecewa dgn Najib? atau Mahdei kecewa dgn roastmahaha???
Satu perkara: saya nak tahu hassan ali masih mahu jaja nama Mahadei lagi kah????
Jelas kelihatan tahap pemikiran & fahaman penyokong PR, dangkal & penuh kepura-puraan. Mereka menyanjung ciri-ciri pemimpin yg tdk berprinsip & tdk bermoral hingga digelar "chameleon" oleh seorang penganalisis politik dr USA. Dalam temubual Hard Talk di UK pula Anwar berbohong & tdk konsisten dlm menjawab hinggakan orang yg menemubualnya menggelengkan kepala pd akhir siaran. Sungguh menakjubkan, sebab sungguh pun perlakuan & tindak-tanduk Anwar Ibrahim yg tdk konsisten, tdk berprinsip & tdk bermoral telah dibuktikan berkali-kali dgn jelas & disokong pula oleh ramai saksi, namun terdapat juga manusia yg menyokong beliau. Benarlah spt apa yg telah dinyatakan Quran iaitu jika mata, telinga, hati serta akal telah tertutup, kebenaran itu tdk akan kelihatan bagi mereka walaupun kebenaran itu adalah terang & nyata.
DSAI, LKS, TGNA & pemimpin PR yg lain xde masaalah kalau kalah. Mereka dah senang hidup dgn elaun pencen YB dll. Yg paling malang bukan mereka tapi rakyat yg akan menerima padah nya, terutama nya Melayu yg sebilangan besar nya miskin zahir utk cope up dgn sara hidup hari2. Yg lebih dahsyat lagi, jahil sbb x kenal siapa sebenarnya BN tertipu dgn hiasan zahiriah yg bina BN
Bro aspan,
i dah banyak kali check u punya nama untuk parlimen seremban, tapi tak jumpa. untuk dun pun belum jumpa lagi - apa sudah jadi bro. u punya kawan mahu tanding di raub pula. i ingat dia mahu challenge bekas boss dia di pekan.
Bang,
Kat Penang dah mula pening laaa
Kaki Kerakan nak lawan BN
Bekas Timb Ketua Menteri nak bertanding bebas....
Gado2 satu!
Bang,
Berahing kata dia rasa tertipu!
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/04/17/back-the-bn-man-for-pasir-mas/
Puas Mahadet bersora bagi pihak dia utk dipilih sebagai calun, tetapi Najib enggan dengar!
Gado2 DUA!
Bang,
Jol 9/10 neh lagi hebat dari boss dia berahim kaa???
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18373-tiga-bilik-gerakan-umno-shah-alam-tutup
Perkosa Shah Alam @ Najib dah langgau umno (baru) chap Mahadet??
Ezam mana????
hahahahahahah
Gado2 TIGA!
MANAH AMAT @BAGUS BETUL ARTIKEL YG APAI ASPAN TULIS DALAM BLOG INI.MEMANG BETUL BANYAK CALUN BN DAN BAKAL CALUN BN DI TEBANG SIANG SIANG .DI SARAWAK ADA CALUN BN MELEBIHI 5 PENGGAL DAN KALI INI BEROK BEROK INI PASTI DI TURUNKAN OLIH RAKYAT.ADA INCUMBENT YANG BEGITU EGO SEHINGGA MENYATAKAN TIDAK ADA CALUN LAIN YANG LAYAK WALAUPUN DIA BERJALAN PUN PAKAI TONGKAT.ADA YANG GUNA TALIAN DASAR LAUT UNTUK DI KEKALKAN MELALUI BINI NAJIB DAN INI KALILAH !TUMBANGLAH MANGKOK HAYUN BN DI SARAWAK..JANGAN UNDI BN ...KERANA CALUN BN SELALU BULAK @ BOHONG ..
Malaysia memerlukan lebih ramai pemimpin yang bolih beri khidmatan seperti Gabenor Jakarta, JOKOWI yang berjiwa rakyat biasa, telus, tidak berpendidikan tinggi, yang mampu membawa kemajuan dengan pimpinan "decisif" di daerah mana2 dia dihantar sehingga dapat ranking yang ketiga di antara Mayor2 (Dato Bandar) seluruh dunia.
Post a Comment