Pilihanraya kali ini merupakan
pilihanraya yang terbesar dan terhangat dalam sejarah negara. Gerakan untuk
melakukan perubahan jelas dan tidak dapat dinafikan begitu sahaja. Dalam masa
inilah kita boleh mengkaji sikap dan perangai kepimpinan mana-mana parti yang
bertanding dan menawarkan khidmat dan seterusnya mendapatkan mandat rakyat.
UMNO dan BN tidak lagi boleh
mendabik dada seperti dahulu. Dulu UMNO begitu angkuh dan di mana-mana mereka
berkata calon UMNO tidak payah datang berkempen, cukup kalau dihantarkan
songkoknya sahaja untuk mewakili calon UMNO itu. UMNO akan tetap menang.
Semuanya itu sudah menjadi sejarah. UMNO terpaksa akur terhadap kehendak rakyat
dan sekarang sedang menadah meminta belas ehsan rakyat untuk mendapatkan
sokongan.
UMNO sudah hilang segala-galanya.
Semalam Dr Mahathir meminta UMNO supaya jangan mengambil tindakan terhadap Johan Che Pa
kerana kononnya Johan telah berkorban untuk Perkasa dan niat Johan itu adalah
baik untuk BN. Mahathir tidak peduli dengan undang-undang untuk kepentingan
beliau dan kroninya.
Mahathir tidak peduli dengan
pandangan ramai. Kalau tidak masakan beliau sanggup membunuh partinya sendiri
dan memecat 5 orang Hakim Mahkamah Agong kerana kepentingan peribadi beliau.
Itu semua orang tahu, tidak payah dipanjangkan isu itu.
Dalam masa keghairahan gerakan
pembaharuan ini, terdapat banyak juga manusia yang cuba-cuba menjadi pemimpin
dengan tidak sengaja mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan sikap sebenar
seseorang atau kumpulan itu. Saya berharap apa yang ditulis oleh Norman
Fernandez, Timbalan Pengerusi DAP Johor, yang meminta rakyat tidak mengundi PAS
itu melambangkan keadaan dan pemikiran yang sebenar yang ada di dalam benak
Norman itu.
Ia melambangkan sikap angkuh dan
semuanya ini berlaku kerana sudah begitu yakin akan memenangi pilihanraya ini
dan terus berkuasa di Putrajaya. Manusia yang berfikir akan memilih isu ini
untuk menilai perlakuan seseorang pemimpin itu. Perlakuan seseorang pemimpin
itu akan menjejaskan kewibawaan parti yang beliau wakili.
Kenyataan Norman Fernandez itu
menusuk tulang orang Melayu Islam dan tidak memberi apa-apa faedah kepada
beliau dan partinya. Ingat, kadang-kadang apa yang sudah sampai ke mulut pun
boleh terkeluar dan menghampakan niat untuk merasai apa yang kita hajati. Kerana
keghairahan yang keterlaluan ia akan membantutkan niat kita untuk mendapatkan
kejayaan itu.
Saya selalu berkata, kalau hendak
menembak pelanduk atau burung, jangan bersorak dahulu. Nanti lari pelanduk atau
burung itu sebelum kita sempat menembak. Kalau hendak makan dengan tangan,
basuh tangan dahulu dan bersihkan kuman-kuman di tangan itu. Jangan pula oleh
kerana terlalu ghairah hendak makan, kita lupa untuk membasuh tangan pula.
Nanti kuman akan mengikuti kita
dan kuman itu akan masuk ke dalam tubuh badan kita yang boleh merosakkan
kesihatan. Itulah yang terjadi kepada UMNO dahulu dan sekarang. Pimpinan
terlalu banyak kuman yang berada di dalam pemikiran dan sikap mereka.
Rakyat memerhatikan sikap kita. Mereka
akan berkata yang kita mahukan perubahan yang sebenarnya. Jika kuasa itu
berpindah dari pihak yang korup kepada yang gila kuasa ia bukan perubahan. Maka
rakyat yang mengharapkan perubahan itu akan merasa hampa kerana mereka tahu
keadaan yang sama akan berlaku. Hanya orangnya sahaja yang berubah dan bertukar.
Rakyat akan tetap dalam kebingungan buat lima
tahun lagi.
Kenyataan Norman itu mampu
menjadi lambang kepada sikap keseluruhan partinya yang sebenar. Bagaimana DAP akan bertindak terhadap Norman ini sedang dinanti-nantikan oleh rakyat
terutamanya di Johor.
Saya berulang kali mengingatkan
semua pihak, siapa yang melakukan kesilapan walau sekecil mana sekali pun, merupakan
tindakan yang akan menghampakan diri sendiri. Jangan berfantasi sebelum
kejayaan benar-benar tercapai.
Keadaan politik kini terlalu
‘fluid’ dan keadaan akan berubah kerana kesilapan sedikit yang terhasil dari
sifat ghairah yang keterlaluan. Saya merasa takut jika tertanam persepsi
di kalangan orang ramai yang peralihan dan anjakan kuasa itu tidak membawa makna
yang positif kepada rakyat semua.
Jangan jadi sombong dan besar kepala semata-mata
kerana merasakan yang ‘power is just a door knock away’.
28 comments:
Sangat setuju. DAP jangan ingat mereka boleh mentadbir dengan undi kaum Cina semata. Kesombongan menganggap mereka boleh berjaya dengan sokongan satu kaum sahaja samalah memberi petunjuk kepada kaum lain mereka tiada beza dengan UMNO. PAS yang dituduh ekstrimis itu dilihat kini lebih universal/sejagat dari mana-mana parti yang mengaku mewakili semua kaum. DAP makin ketara persamaanya dengan parti-parti perkauman dalam BN. Rakyat makin jelak dengan sebahagian pemimpin mee segera dalam parti yang tidak sedar di untung!
This Norman is a clown. Seems like he is cutting his nose to spite his face.On othe reverse, how smart is it for PAS to bring up and insist on the sensitive issue of hudud at this stage of the GE?We need unity and purose at this point and it means,going by what has been agreed to in the Common Policy Framework of PR.There are idiots in PAS as well!
Itulah sebenarnya, apa yang ada pada benak hati dalam pemimpin lama DAP...chauvinis. Kalau pemimpin lama PAS pulak dengan sikap UG nya. Sikap takbur akan memakan diri sendiri mereka sendiri. Mungkin, tidak belajar dari sejarah lama tentang politik perkauman dan agama di Malaysia, atau mudah lupa kenapa sentimen perkauman dan agama akan menjadi modal setiap kali PRU untuk membonsai fikiran rakyat yang dahagakan kerajaan yang adil tanpa rasuah. Sikap pemimpin-pemimpin ini memang mengundang tidak keselesaan pada pengundi-pengundi yang menunggu masa untuk menghukum pemimpin-pemimpin sedia ada yang bongkak. Bagi pengundi-pengundi yang cerdik, masalah ini langsung tidak membawa kesan pada mereka kerana keputusan mereka telah muktamad. Kepada pemimpin-pemimpin ini, janganlah terikut rentak pesaing-pesaing mereka dalam mengeluar hujah. Peluang sudah ada depan mata, jangan mempersia-siakan peluang yang ada dengan mengeluarkan kenyataan yang kurang cerdik.
MS
Tuan Aspan......
Setuju atau tidak luahan pendapat saya bahawa 40% pengundi Melayu menyokong pihak Pembangkang atau PR bukan kerana kehebatan atau terpengaruh dengan manifesto PRU mereka (walaupun realiti sebenarnya boleh dilaksanakan), tetapi mereka ini sudah terlalu benci dengan keangkuhan, kesombongan, penipuan dan korupsi para pemimpin UMNO dan gabungannya (di pihak PR pun tidak kurang juga bakal-bakal pemimpin korupsi). Lihatlah semasa berkempen untuk PRU13 ini pun mereka (bekas Menteri/calon UBN) hadir dengan pelbagai kereta mewah, siap dengan eskot dan polis yang mengarahkan kenderaan awam lain supaya memberi laluan kepada bekas Menteri atau calon UBN (walaupun dalam perundangan mereka tiada hak untuk mengusir pemandu lain di jalanraya). Rakyat amat berkecil hati dan terlalu menyimpan dendam kesumat, ditambah dengan kenaikkan harga barangan keperluan yang langsung tiada kawalan oleh Menteri Hal Ehwal Peniaga (Bapa Penyanyi Dafi tu). Dendam rakyat akan dibalas seperti ledakan gunung berapi Karakatau apabila sampai waktunya nanti....Insyaallah.
Itu memang sikap DAP, takkan sdr tak tahu ...
Norman ni dah sewel macam tun Bapa kemerosotan Malaysia....maafkan dia, ...lupa makan 2 biji ubat macam Tun. nasib baik mereka tak bertanding kerusi. Macam kat PAS pun ada satu dua yang suka sangat cakap murtad, Allah macam jadi mulut UMNO.
Yang penting, kita teruskan Perjuangan sampai ada Lembara Baru dan Negara era Baru. Kita tak boleh Kontrol kebebasan manusia bersuara macam tak boleh Kontrol orang Islam Jihadist macam kat Boston. Media akan terus hangatkan yang tak releven..... Media ingat itu cerita besar Bom kat boston bunuh 3 orang...tapi tak Hangatkan setiap hari 9-12 mati kena tembak senapang?? Apa Logic ini!! tak akan media UMNO tak hangatkan isu Agama kata malaysia...itu semua sebab tak ada Kebebasan media, beragama dan UMNO racis bigot.
Rakyat malaysia bangkit, UBAH, Keluar undi PAS, DAP, PKR beramai-ramai.!!
Bagi saya, seluruh rakyat jelata harus rapatkan saf dan sebulatkan nawaitu kita hanya kerana Allah s.w.t untuk tawan Putrajaya sekaligus mengambil alih Pentadbiran Negara Malaysia ini.
Dan, bagi pendapat saya...Bagi golongan yang bukan beragama islam khususnya, janganlah kamu takut dan bimbang akan hukum Allah (Hudud) yang diwar-warkan sebelum ini...
Sebenarnya saya begitu pelik, kenapa golongan yang bukan beragama islam ini takut akan hukum hudud (sistem islam) ini?..Hukum hudud ini bagi orang islam . bagi yang bukan beragama islam tidak perlu takut dan hanya perlu menilai sahaja hukum allah ini bila dilaksanakan kelak.
Tapi saya juga berasa pelik, golongan UMNO/BN tidak habes2 bermainkan isu Hudud ini..sebabnya merekalah yang sebenarnya takut akan hukum ini dan sekiranya hukum ini dilaksanakan dibumi malaysia ini, mereka takut segala kerja-kerja jahat mereka akan terdedah dan musnah, itu yang mereka takutkan..dan mereka tiada pilihan lain turut menghasut orang cina, india tolak hudud...masalahnya orang cina, india tidak mengetahui tentang hukum hudud ini sebenar, sebab hukum ini tidak pernah dilaksanakan di sini.
dan sekali lagi , orang cina, india tidak perlu khuatir akan hukum Allah ini. Anda akan dapat lihat betapa indahnya hukum Allah ini bila dilaksanakan kelak.
saya bukan ahli mana 2 parti PR ataupun BN..
Tapi saya ABU...
sapa norman fernandez ini, tak kenal pun... Baru tadi terbaca LGE, anthony loke dan pimpinan PAS komen bahawa hal ni da diselesaikan...
Kenapa kenyataan satu orang patut letak Blame pada satu parti ???
Presiden Pas pun tempoh hari dilaporkan menyokong satu calon bebas cina dan bukannya parti PKR yang bertanding di sana?? so adakah saya perlukan ni jadi satu isu??
Kalau PAS, PKR dan DAP boikot pilihanraya ini, kami tetap undi calon Bebas, asal bukan UMNO....
Kami menentang UMNO dan BN... masalah remeh temeh begini tolong hiraukan.....
ABU.....
Para pembaca sekalian, tolong contohi Haris Ibrahim...
Terima kasih...
sila tolak politik sempit seperti itu.. mungkin ahli DAP tapi berotak UMNO.
Saya amat setuju dengan pandangan ini, Satu kesilapan, keangkuhan dan kesombongan boleh membawa padah. Allah tidak akan bersama dgn org2 seperti ini.
Perlawanan bola antara pasokan UMNOBN United dgn PR Reformnity di puncak utk memasukkan gol kemenangan. Penyokong berbaju hijau, biru tua, puteh tlh bersorak sambil berdiri, penyokong baju biru tengah mengurut dada dan mengaru kepala yg tidak gatal, wisel di mulut pengadil utk dibunyikan tanda penamat kemenangan maka.......(apa terjadi)
Kenyataan ditulis dalam blog. Daripada ratusan blog ahli parti politik, pihak Star boleh pulak terbaca blog yang ini. Itupun tepat masa lawatan DS Najib ke Johor.
Apa yang mendorong insan yang bernama Norman ini bersikap sedimikian? Jangan kita cepat melatah. Kalau tersilap, dia akan mohon maaf. Tapi kalau perangai dia tak ubah seperti bekas Pesuruhjaya PAS Sgor tu, memang tak payah layan. Kalau dipecat memang jadi hero.
Your frank opinion guides many back to the correct path. cheers AA
duffy
Sekarang kami nak minta BN berehat.... rehat yang panjang....
tetapi jangan harap PKR, PAS, DAP akan bersenang lenang... kerana anak muda akan humban pula mereka yang mengamalkan perkauman dan kronisme... Tunggu sahaja lepas PRU jika mereka mula nak mendabik...
AA, true. Your worry is real. Here in Seremban the element you just mentioned is seen here and it's too obvious. I adore your struggles tuan AA. I see that you fear no one. You are above everyone of them, over both side of the divide. Please continue on writing. You are a natural man of wisdom.
simon
Can we meet Mr Aspan Alias? Ive written to you. Check you email please.
AA, your worries are also mine. Congrats tuan for your uprightness. I pray that you have the last smile but a sweet one tuan.
chin
Well, looks like his aspiration as deputy state chief was not realised.
Its his lone opinion and he can do what he wants to but its ABU ---UBAH and we vote irrespective of which party in PR because we want PR to be next government post ge13.
Mr. norman ,will you learn to be a team player and dont try to score your own goal.I thought you were a better man before, did you smoke some weed of late ?
Ermm..
Sebenarnya apa yg berlaku kini merupakan suatu Rahmat krn Sebarang kesilapan dpt diperbetulkan diperingkat ini sebelum melarat..
Memang ianya suatu isu ttp jgnlah disebabkan isu yg boleh diselesaikan ini kita hilang Fokus utama iaitu melakukan perubahan dgn memilih wadah yg baru utk masa depan yg lebih baik..
Rakyat dh muak dgn politik perkauman krn kita memerlukan antara satu sama lain..
X payah jauh tgk la,Kalu nk cari barang letrik kita cari di kedai siapa,nk repair kereta kita cari kedai siapa,nk buat alignmen balancing kereta kita cari kedai siapa?
Kan hipokrit jika kita bersikap perkauman begini..
Hentikanlah semua khilaf yg berapa elok ini krn kita semuanya dijadikan Allah dlm berbagai suku dan bangsa..Ini semua tercatat di Dalam Al-Quran..
Jugn sempitkan pemikiran kita..
Aspan Alias, now you see why DAP has not been graced to power?
DAP patut pecat org mcm ni. Kononnya pandangan peribadi... kalau peribadi simpan jer dlm kepala lutut lu!!! Tak perlu war-war kat semua siap ajak jgn undi PAS lagi... apahal?!!! Kata peribadi??! Yg korang dengki dgn Agama orang lain ni pe hal??? Jaga Agama korang sendiri. Perselisihan dlm politik biasa la... bincang & runding elok-elok lepas PRU. ATAU MALAUN NI DAH DAPAT EHEM... EHEM... DARI PARTI SETAN... NAK JADIK SETAN KA???!!! Kepada malaun dan lain-lain lanun dlm PR yg berhajat nak tunjuk pandai/hebat... tunggu lps PRU. Kami kat bawah ni dah lencun dek peluh satu badan buat kerja nak menangkan PR @ kalahkan Parti Setan Dikenali. Jgn buat spoil... title lawyer tu simpan dulu... buat malu ja!!! Bodo...
Bengong ni kata PAS Ekstrem...Ekstrem PAS pun ada calon non-muslim di Ayer Hitam. Dia tak takut pun. Pelik jugak pasai apa Karpal & sekapal dengan dia ja lebih-lebih. Musykil aku ni dari dulu lagi ( kebanyakannya pula loyar ). Letak calon bukan seagama & sebangsa... ekstrem kepala hotak apa.
......dap ada norman......umno ada madey..... Allah jadikan manusia pelbagai agar kita saling kenal mengenali....Allah jua beri manusia akal agar manusia bebas memilih.... Allah mahukan manusia bebas pilih yg baik2 saja.....wallahuallam.......dgn izin Allah..........
pd pru ke 12 saya percaya ramai org melayu yg undi dap mereka dh tk was2 nk beri undi kt dap,salah seorangnya saya dan ramai kwn2 saya yg kata mereka beri undi pd dap sebab berada dlm satu pakatan,calon mca ditempat saya diselamatkan dgn undi pos yg dtg saat2 akhir dan menang majoriti tipis,calon mca ni mcm x percaya org melayu boleh undi calon dap,ini politik baru tp norman ni buta dia ni sekapal dgn madey rasis!
Tuan Aspan,
I memang mengikuti blog ini sejak 2 bulan yang lalu.
I dont know why u were not fielded as a candidate but lets look things from another angle.
Kemungkinan Norman ni agen selimut BN? Sebagai naib pengerusi DAP Johor, dia tak dapat dicalonkan. Mungkinkah dia bukan kualiti winnable candidate?
Kalau begitu, orang tengah BN kebarangkalian merasuah ataupun menghasut dia keluar kenyataan sebegitu.
He was the headline in The Star for two days. Dia punya muka seluruh Malaysia sudah tau dia naib pengerusi DAP.
Then came another chap Neemalakan from Perak nak masuk headline. Ini semua konspirasi agen BN bagi mempertikaikan isu sensitif hudud dan agama.
Jangan kita berpecah pada saat genting ni.
Dilihat respon daripada pemimpin PR cukup baik.
Both PAS & DAP brush off his statement & continue the ceramahs & lobbying.
Jangan kita terpedaya oleh Norman & neelamakan ni....they got ulterior motives to spoil PR campaign
Inilah penyakit ahli politik tak pandai berpolitik. Tiada strategi ampuh. Tersilap kata saat genting adalah racun
Мy brother suggеѕted Ι might
likе this blog. He was entіrelу right.
Thiѕ post tгuly maԁe my ԁаy.
Yοu cann't imagine simply how much time I had spent for this info! Thanks!
Also visit my web-site - Low Stakes Bonus
Greetіngs, ӏ do think уour site could be haνing internet browsеr сompatibility problems.
Whenever I look аt youг blog in Ѕаfari,
іt looks fіne howeveг, if opening in ΙE,
it haѕ somе overlapρing issueѕ.
I mеrеlу wanted to provide
you with a quіcκ heads uρ! Apart from that, wondегful
blog!
Alѕo visit my web blog ... RPMPoker Offer
Post a Comment