27 April 2013

Kemenangan hakiki datangnya dari Allah swt

Dua perkara berlaku di Putrajaya semalam dan kedua-dua insiden ini menarik perhatian ramai. Kematian Dato' Shaharudin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Di Raja Malaysia semalam amat mengejutkan seluruh rakyat negara. Kita telah kehilangan seorang penjawat awam yang berdedikasi di tangan dan perbuatan penjenayah yang tidak berperi kemanusiaan.

Persimpangan jalan juga merupakan tempat yang amat merbahaya sekarang ini kerana penjenayah boleh meragut nyawa seseorang dengan begitu mudah dan sampai ke saat ini kedua penjenayah yang melakukan kerja hina itu masih bebas. Hanya kita berharap pihak berkuasa akan secepatnya dapat mengesan kedua penjenayah ini dan dihadapkan kemuka pengadilan dalam masa yang sesingkatnya.

Kita berdoa agar roh beliau dibariskan sebaris dengan mereka yang syuhada dan roh beliau dilimpahi rahmat yang sepenuhnya dari Allah SWT. Kita berharap ahli-ahli keluarga beliau bersabar dan menerima kejadian ini sebagai ketentuan Tuhan yang Maha Esa semata-mata. Tentunya keluarga Jabatan Kastam Di Raja yang besar itu merasakan kehilangan seorang pegawai tertingginya dan mereka juga wajar menerimanya sebagai satu ketentuan Tuhan yang tidak ada siapa dapat mengelakkannya.

Kejadian kedua ialah sambutan terhadap Mursyidul Am Pas Tok Guru Nik Abdul Aziz yang luar biasa semasa beliau bersembahyang Jumaat di Masjid Putrajaya semalam. Puluhan ribu datang bersolat di Masjid itu dan bersalaman dengan TGNA dan ini juga merupakan satu lonjakan kepada sokongan terhadap calon PAS, Husam Musa yang akan menentang calon BN Tengku Dato Adnan Mansor pada 5hb Mei nanti.

Sambutan terhadap kedatangan TGNA ini amat mempersonakan banyak pihak kerana TGNA sesungguhnya seorang yang sangat dihormati oleh semua masyarakat yang berbilang kaum ini. Seorang pemimpin yang tidak berubah budaya dan cara hidupnya kepada gaya hidup ‘glamour’ walaupun beliau seorang yang disanjung dan dihormati ramai.

Kedatangan TGNA itu tentu sekali memberikan banyak sokongan tambahan kepada Husam Musa dan tidak terkejut jika Husam akan memenangi kerusi Putrajaya dalam pilihanraya nanti. Itu bermakna Tengku Adnan akan menghadapi kekalahan dan niat beliau untuk menghilangkan ‘deposit’ Husam itu hanyalah mimpi di siang hari sahaja.

Sesungguhnya pertarungan di antara Husam dengan Tengku Adnan itu adalah pertarungan yang besar kerana ia akan menentukan nasib dan masa depan UMNO itu sendiri. Kedatangan Husam adalah satu lonjakan besar untuk PAS dan jika ia benar-benar berlaku PAS akan memenangi kerusi yang tidak pernah dijangka akan berlaku sebelum ini.

Tekanan terhadap pengundi dilakukan dengan agak terbuka oleh pihak kerajaan yang telah mengeluarkan surat pekeliling melarang penjawat awam memilih pembangkang. Tetapi penjawat awan di Putrajaya itu juga sedar yang mereka akan ditadbir oleh PAS dan rakan-rakannya selepas 5hb Mei yang akan datang ini.

Penjawat awam tahu mereka tidak akan menghadapi apa-apa masalah untuk memilih PAS kerana memilih apa-apa parti pun dalam pilihanraya itu adalah dibenarkan oleh undang-undang dan perlembagaan negara. Memilih PAS bukannya kerja jenayah seperti kerja rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh UMNO dan BN itu.

TGNA sesungguhnya seorang pemimpin semua kaum walaupun beliau selalu dicerca oleh pihak UMNO dan BN dengan berbagai cercaan. Tetapi dalam cercaan yang datang bertalu-talu itu TGNA tetap tenang dan menghadapi kesusahan tanpa merasa kepayahan apa-apa bagi dirinya. Sememangnya seorang yang berjiwa tenang tidak mudah dikalahkan oleh pihak musuh lebih-lebih lagi dalam keadaan musuh itu berada di dalam situasi panik yang teramat sangat itu.

Orang yang tenang dan berjiwa luhur akhirnya mendapat kemenangan kerana segala kemenangan itu datangnya dari Allah swt semata-mata.

11 comments:

Anonymous said...

Bila ALLAH KEHENDAKI TIADA KUASA MAKHLUK LG BOLEH MENAHANNYA. PR SDG MARA

govind said...


AA, lets come to term that DAP does not need Indian dan Malay votes any longer bro. the chinese are supporting them strongly.

They are already in the 'cloud nine'. They believe they can sustain that they will perpetually be strong. So, is there any difference wth UMNO?

Anonymous said...


En Aspan, saya pengundi mambau. Itu pengerusi DAP Negri sudah kasi mampus saya punya wakil rakyat mambau. Saya tidak tahan tengok. Dia tidak patut menang lagi.

Allen, seremban 2

Anonymous said...

AA, Bila mana Allah berkehendak untuk merubah sesuatu kerajaan yang zalim dan korup tiada satu kuasa lain pun dapat menghalang, Tergerak dihati rakyat tanpa disedari tak kira bangsa, agama,kecil muda maupun tua dan darjat untuk bersama dan bersatu menentang kezaliman dan kerosakan atas muka bumi ini. Sesungguhnya Dia lah Maha Perancang, Maha Pelindung dan Maha Penentu segala. Subhanallah...

Anonymous said...


AA, I m a bystander never will I vote for racially perverted party. I am sick of rhetoric and slogan.

vivian

Anonymous said...



AA, good is for the good and bad is for the bad. DAP/PKR suits the bill. One is with UMNO DNA the other is thick and thin only for chinese and the like. Mana ada beza! BN dan PKR/DAP serupa.

mohan

ahmadyani said...

Bila sudah yakin dengan Allah, kemenangan akan disyukuri, kekalahan tidak dikesali. Menang atau kalah tetap ada kebaikkan pada keduanya. Mampukah BeeEnd memegang konsep kepercayaan ini?

Anonymous said...

Tok Guru dan Husam Musa diserang di Putrajaya

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=0va1sC1173s

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Py5Asa3o6ns

Unknown said...

dap x perlu undi org islam sbb undi cina solid pegi kt mereka dan org islam pn x perlu undi mereka sbb mereka ni mmg x suka islam terutamanya bab hudud itu yg saya faham baru2 ni so no vote for u karpal n kit siang

Anonymous said...

Mr Mohan... then please choose the one less 'harmful' to our nation... harm reduction approach.

Anonymous said...

Serupa tapi tak sama...